Utama Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Tafsir Surah Al-Humazah – Tafsir Ayat Ke-4 hingga Ke-6

Tafsir Surah Al-Humazah – Tafsir Ayat Ke-4 hingga Ke-6

647
0
Iklan

Dalam tiga ayat sebelum ini, telah disebut tentang kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang tidak beriman. Juga beberapa perkara yang berkaitan :

  1. Orang yang suka mengumpat dan mengeji orang lain.
  2. Masalah hati orang yang kufur kepada Allah.
  3. Sifat orang yang hilang fokus untuk menjadi hamba Allah di atas dunia ini.

Kemudian bermula dari ayat ini akan disebut pula balasan yang Allah akan berikan kepada mereka.

Ayat ini adalah huraian kepada kalimah :

وَيلٌ

Tafsir Ayat Ke-4: .

كَلّا ۖ لَيُنبَذَنَّ فِي الحُطَمَةِ

Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

Di dalam ayat pertama, Allah SWT hanya menyebut jenis golongan yang akan dihumban ke dalam neraka. Maka pada ayat ini, adalah huraian terhadap balasan Allah SWT kepada mereka.

كَلّا

Tidak sekali-kali.

Kalimah كَلّا ini adalah untuk membantah apa yang mereka sangka kan. Membawa maksud, Allah SWT hendak tegaskan bahawa fahaman mereka itu salah sama sekali dan akan menyebabkan mereka kerugian di hari akhirat.

الحُطَمَةِ

Dari kata dasar ح ط م yang bermaksud ‘patah’.

Ia untuk memberi gambaran seperti tumbuhan yang sudah mati dan kering, ia akan jadi rapuh dan mudah untuk patah dan hancur.

Neraka yang merapuhkan, sesuai kepada orang yang rapuh prinsip. Hingga mudah terjebak bab mengumpat, perli orang, asyik ulang / kongsi video aib orang, kemudian gelakkan pula jika orang lain “jatuh”.

Kalimah yang sama digunakan dalam Surah [ An Naml (16): 18 ]

حَتّىٰ إِذا أَتَوا عَلىٰ وادِ النَّملِ قالَت نَملَةٌ يا أَيُّهَا النَّملُ ادخُلوا مَساكِنَكُم لا يَحطِمَنَّكُم سُلَيمانُ وَجُنودُهُ وَهُم لا يَشعُرونَ

Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarang mu, agar kamu tidak diinjak (dihancurkan) oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari”

Oleh itu,

الحُطَمَةِ

Adalah sesuatu yang mematahkan dan menghancurkan tulang dan memakan daging manusia. Ia adalah api yang memakan daging, sehingga sampai ke jantung. Boleh difahami, “Hothomah” seumpama api neraka yang menghancurkan.

Allah Maha Pengampun kepada si Pendosa, Maha Mencintai dan Kasih kepada yang teraniaya.

وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ

Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih [Al-Buruj: 14 ]

Oleh itu jangan kita berlebih-lebih, seolah-olah orang lain disabitkan salah / hukuman dan tiada pengampunan. Selagi mana belum menghadap Allah semua kita tidak tahu lagi nasib masing-masing.

Kalimah :

لَيُنبَذَنَّ

Dari kalimah ن ب ذ yang bermaksud membuang / membaling sesuatu yang dikira tiada nilai.

Huruf ل dan ن syaddah itu pula, adalah sebagai “penekanan yang kuat” atau bermaksud : Mereka pasti akan dibuang.

Mereka menyangka seolah-olah mereka kaya, maka mereka tidak bersalah berbuat apa sahaja kepada orang lain yang berada “di bawah” mereka.

Maka Allah SWT akan membalas dengan membaling atau membuang mereka seperti benda yang tidak bernilai!

Apabila digunakan kalimah :

فِي

Dalam ayat ini, ia memberi isyarat neraka Huthomah sangat dalam. Bahkan, diterangkan lagi keadaan Huthomah dalam ayat seterusnya.

Tafsir Ayat Ke-5:

Sangat teruknya الحُطَمَةِ itu, tetapi kamu tidak mengetahui.

وَما أَدراكَ مَا الحُطَمَةُ

Dan tahu kah kamu apa Huthamah itu?

Dalam bahasa yang lain : Adakah kamu tahu bahawa neraka itulah bakal “menghancurkan’?

Kalimah

ما

Itu bermaksud penafian.

Bermaksud : Manusia tidak akan tahu melainkan Allah SWT yang terangkan.

Kerana hal syurga dan neraka itu adalah perkara ghaib dan kita tidak akan dapat tahu perkara ghaib melainkan Allah SWT yang beritahu kita.

– Untuk tarik perhatian

– Untuk berbicara dengan manusia

– Untuk menunjukkan manusia tiada ilmu

– Untuk menyatakan perkara yang penting

Jika begini neraka menjadi suatu nikmat, kerana kelak kita akan gembira jika terlepas dari zon bahaya tersebut.

Tafsir Ayat Ke-6

نارُ اللَّهِ الموقَدَةُ

(iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,

نارُ اللَّهِ

Api Allah

Ia tidak boleh dibandingkan dengan api-api lain. Tidak dapat kita bayangkan api itu kalau dibandingkan dengan api yang biasa dilihat.

Allah SWT menyebutkan nama-Nya pada api ini untuk menunjukkan bahawa api ini tidak sama.

الموقَدَةُ

Bermaksud : Sesuatu yang dinyalakan.

Kalimah ini dinyatakan dalam bentuk ism maf’ool. Ia memberi isyarat bahawa api itu telah dinyalakan dan akan terus bernyala untuk menunggu mangsanya.

Ia juga untuk menunjukkan api itu tidak akan padam dan terus menyiksa.

Pertama :

Gambaran Allah SWT yang melempar orang membuat dosa-dosa (5 kesalahan sebelum ini) menunjukkan betapa hinanya manusia yang melakukan dosa-dosa tersebut.

Sedangkan secara fitrah telah kita ketahui, bahawa manusia itu adalah makhluk yang mulia. Maka janganlah kita sendiri yang menjatuhkan maruah dengan berbuat dosa.

Kedua :

Peringatan Allah berkaitan dosa ini adalah perkara yang serius. Sehingga “tindakan” terhadap mereka terus dari Allah SWT ( Naarullah ).

Ibarat : Ini bukan setakat kena rotan dengan cikgu tetapi tindakan terus dari Guru Besar.

Ketiga :

Neraka Hothomah memberi maksud “rapuh”. Ia sesuai bagi mereka yang berjiwa lemah dalam menjaga iman dan taqwa.

Rapuhnya pendirian orang terjebak dengan gejala mengumpat, mengeji, mengumpul harta dengan mengabaikan taqwa.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan