Utama Bilik (109) Beriman Dgn Akhirat Hari Kebangkitan

Hari Kebangkitan

188
0
Iklan

Hari kebangkitan

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ
[Al-Hadid: 11]

Baguslah sesiapa yang bersedekah pada agama Allah ini. Siapakah orang mahu meminjamkan kepada Allah SWT, suatu pinjaman yang baik. Maka Allah SWT akan melipatgandakan pinjaman itu untuknya. Dan baginya balasan yang mulia iaitu Syurga.

Tafsir

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
[Surat Saba’: 39]

Bab 1
Beritahu mereka, sesungguhnya Tuhan-ku melapangkan rezeki-Nya pada sesiapa yang Allah kehendaki daripada hamba-hamba-Nya jadilah orang itu kaya.

Bab 2
Dan Dia Allah SWT menyempitkannya pada sesiapa yang Allah SWT kehendaki jadilah orang itu miskin. Semua bertujuan untuk menguji mereka sahaja.

Bab 3
Dan apa sahaja yang kamu infaqkan, maka Allah SWT akan menggantikannya.

Bab 4
Dan Dialah Allah, Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya.

Dari hadis, Abu Bakar ra menginfaqkan semua hartanya untuk agama Allah. Umar ra, menginfaqkan separuh hartanya untuk agama Allah. [Tirmizi: 3608, Darimi: 1601]

Kita semua sepatutnya infaqkan harta kita untuk agama Allah.

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
[Al-Hadid: 12]

Keadaan orang-orang beriman di hari Akhirat.

Bab 1
Pada hari kamu boleh lihat orang-orang beriman lelaki dan perempuan, bersinar di hadapan mereka cahaya mereka di sebelah kanan dan kiri mereka iaitu dari semua arah.

Bab 2
Dikatakan pada mereka: Pada hari ini ada berita untuk mu iaitu kebun-kebun Syurga yang mengalir di celah-celahnya anak-anak sungai, kekal kamu di dalamnya sekiranya ditakdirkan masuk.

Bab 3
Yang demikian itu suatu pencapaian kejayaan yang sungguh besar.

(يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ)
[Al-Hadid: 13]

Bab 1

Pada hari berkata orang-orang munafik lelaki dan perempuan kepada orang-orang beriman lelaki dan perempuan: Tunggulah kami supaya kami dapat tumpang atau ambil sebahagian daripada cahaya mu.

Tafsir

Orang yang beriman dengan Allah SWT diberikan kepada mereka cahaya tetapi orang-orang yang munafik tidak mahu tahu Al-Quran dan sunnah Nabi SAW cahaya itu tiada di hari kebangkitan. Jika kita hendak dapat cahaya itu, kita perlu mendapat daripada Al-Quran iaitu dengan belajar tafsir Al-Quran dan kita amal apa yang Allah SWT perintah pada kita semua.

Bab 2
Dikatakan pada mereka oleh malaikat: Kembali kamu ke belakang iaitu ke dunia, dan kamu carilah sendiri di sana.

Bab 3
Lalu diadakan di antara mereka hijab/dinding yang mempunyai pintu.

Bab 4
Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya ada azab.
Tafsir bagi ke 2 ayat

Daripada Ibn Mas’ud ra cahaya bersinar di hadapan mereka. Ada di antara mereka ada cahaya sebesar gunung. Ada cahaya seperti pokok tamar. Ada cahaya seperti seorang berdiri tegak. Yang paling gelap ialah mereka yang dapat cahaya pada ibu jari mereka sahaja, kadang-kadang bercahaya dan kadang-kadang padam.

Di sebelah kanan mereka ada buku catatan amal yang diberi pada tangan kanan mereka. Masing-masing bila dibangkitkan dalam keadaan bogel dan gelap kecuali orang-orang beriman sahaja yang ada cahaya. Semua orang akan di halau ke Mahsyar, ke tempat perbicaraan. Ada orang yang berjalan, ada yang merangkak, ada yang tarik badan dengan tangan dan ada yang berjalan dengan muka mereka, hanya Allah SWT sahaja tahu bagaimana Allah SWT buat. Semua yang sudah sampai di Mahsyar perlu tunggu orang terakhir sampai.

Semua manusia dicipta baru iaitu di tatar (upgrade) dari tubuh badan sekarang ini. Tidak ada makanan dan minuman di Mahsyar kecuali orang beriman yang dapat minum daripada telaga Kauthar. Yang lain semua tidak dapat minum dan makan. Tetapi mereka masih hidup walaupun tidak makan bertahun-ribuan atau ribuan tahun. Mereka tidak tidur, tidak rehat, tidak makan dan tidak minum. Kalau dengan tubuh badan sekarang, maka, tentu mereka akan mati selepas seminggu.

Soalan: Ayah Aji, apakah orang beriman yang sebesar biji sawi atau sagu pun dapat peluang minum air dari telaga tersebut? Atau perlu keimanan setaraf ulama dan ke atas sehingga taraf para nabi?

Ayah Aji: Orang yang imannya sebesar biji sawi adalah ahli Neraka yang paling akhir masuk Syurga.

يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّىٰ جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
[Al-Hadid: 14]

Bab 1
Orang-orang yang munafik berkata pada orang-orang beriman: bukankah kami bersama-sama kamu dahulu? Iaitu mereka dahulu berkawan dengan orang beriman.

Bab 2
Orang beriman: Bahkan benarlah. Akan tetapi kamu telah membinasakan diri sendiri dengan membuat syirik dan bid’ah pada agama.

Bab 3
Dan kamu menunggu-nunggu kebinasaan kami. Kamu hendak kami ditimpa bala.

Bab 4
Kamu ragu-ragu pada Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Kamu ragu-ragu dengan agama Islam.

Bab 5
Kamu terpedaya dengan angan-angan kosong dari amalan-amalan bid’ah yang kamu buat.

Bab 6
Sehingga datang kepada kamu keputusan Allah SWT iaitu mati.

Bab 7
Kamu juga terpedaya oleh setan yang memperdayakan kamu iaitu kamu bertangguh-tangguh untuk belajar tafsir dan hadis sehingga kamu tiba-tiba mati. Telah menipu kamu terhadap Allah SWT oleh setan yang menipu. Iaitu terhadap agama Allah SWT atau Al-Quran Allah.

Wallahua’lam

Komen dan Soalan