Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Sumbang Mahram, Aurat Mahram, Bakal Isteri

Sumbang Mahram, Aurat Mahram, Bakal Isteri

509
0
Iklan

1. Apakah pendapat mengenai anak perempuan yang telah berumur 14 tahun tetapi masih mandi dan tidur dengan ayahnya?
Sadd adzdzara’iy.
Ini membuka ruang kepada sumbang mahram. 14 tahun itu maksudnya sudah menjadi gadis, memandngkan anak perempuan baligh sekitar 9-10 tahun.

 

2. Mohon status hadis di bawah ini:
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam,

وَإِذَا أَنْكَحَ أَحَدُكُمْ عَبْدَهُ أَو أَجِيرَهُ فَلاَ يَنْظُرَنَّ إِلَى شَيْءٍ مِنْ عَورَتِهِ، فَإِنَّ مَا أَسْفَلَ مِنْ سُرَّتِهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ مِنْ عَوْرَتِهِ .

“Jika salah seorang di antara kalian menikahkan hamba sahaya atau pembantunya, maka jangan sekali-kali ia melihat sedikit pun dari auratnya kerana apa yang ada di bawah pusat hingga lutut adalah aurat.” [Ahmad: II/187 dan Abu Dawud: 495]
Ada 2 pendapat.
Ulamak mutaqaddimin mendhaifkan hadis ini.
Hadis ini berstatus hasan di sisi al-Albani, Ahmad Syakir, al-Arnaout.

وإذا زوَّجَ أحدُكُم أمتَهُ أو عبدَهُ أو أجيرَهُ فلا ينظُر إلى عورتِهِ والعورةُ فيما بينَ السُّرَّةِ إلى الرُّكبةِ
الراوي : جد عمرو بن شعيب | المحدث : ابن عدي | المصدر : الكامل في الضعفاء
الصفحة أو الرقم: 3/507 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] الخليل بن مرة هو في جملة من يكتب حديثه وليس هو متروك الحديث

Kata Ibn Adiy, al Kaamil, hadis dhaif kerana perawi al-Khalil bin Murrah.
Hadis itu berstatus hasan di sisi ulama mutaakhirin, tetapi fiqhnya tidak boleh diamalkan. Ia bercanggahan dengan Al-Quran dan uruf.
Penilaian di sisi ulama mutaqaddimin lebih logik dan sahih.
Kesimpulan:
1. Aurat isteri di hadapan suaminya ialah boleh berbogel keseluruhannya. Tidak ada batas aurat.
2. Aurat perempuan di hadapan keluarga berstatus mahram, ialah yang biasa di dalam rumah, boleh dibuka rambut, leher, lengan dan betis.
3. Aurat perempuan di hadapan ajnabi, seluruh tubuh, kecuali wajah dan dua telapak tangan.
Khilaf,
Ada pendapat yang kata, aurat wanita di hadapan ahli keluarga yang berstatus mahram ialah cuma antara pusat dan lutut, maksudnya boleh pakai pakaian dalam rumah.

 

3. Mohon status hadis ini:

عن جابر – رضي الله عنه – قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – – إذا خطب أحدكم المرأة , فإن استطاع أن ينظر منها ما يدعوه إلى نكاحها , فليفعل – رواه أحمد , وأبو داود , ورجاله ثقات , وصححه الحاكم

“Apabila seseorang kamu hendak meminang seorang perempuan, maka jika dia mampu untuk melihat perihal dirinya yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah”.
Status hadis: al-Albani, hasan, mutaqaddimin, dhaif kerana Ibn Ishaq.
Melihat bakal isteri secara total adalah sulit dan merbahaya. Fiqh zahiri tersebut tidak praktikal untuk diamalkan. Perempuan cantik ini dapat dikenali dengan wajah dan tangannya sahaja
.

Komen dan Soalan