Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Solat duduk, Baca al-Quran, Beli durian

Solat duduk, Baca al-Quran, Beli durian

16
0
KONGSI

1. Soalan

Saya menghadapi masalah kesihatan seperti sakit lutut dan menyukarkan untuk solat seperti biasa. Bolehkah saya solat duduk?

1. Jawapan

Hafal dalil-dalil seperti berikut:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

“Bertakwalah pada Allah sedaya upaya kamu” [At-Taghabun: 16]

Hadis:

فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

“Jika kalian diperintahkan akan sesuatu, maka lakukanlah sedaya upaya kamu” [Bukhari: 7288 dan Muslim: 1337, dari Abu Hurairah].

Penjelasan dalil
Solat berdiri adalah disyariatkan.
Jika tidak berkemampuan berdiri, boleh solat sambil duduk diatas kerusi atau katil.
Jika tidak berkemampuan solat sambil duduk, dibolehkan solat sambil berbaring, terlentang atau mengiring.
Jika semua tidak berkemampuan, dibolehkan solat dengan menggunakan isyarat mata atau imaginasi.

 

2. Soalan

Apakah status hadis dibawah ini?
Dari Atha’, Nabi SAW bersabda,
“Celakalah orang yang membaca Al-Quran tanpa berfikir dengan isi kandungannya” [Ibnu Hibban]

2. Jawapan

Tahqiq:

ويلٌ لمن قرأَها ولم يتفَكَّرها فيها
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند
الصفحة أو الرقم: 1654 | خلاصة حكم المحدث : حس

Menurut Al-Wad’iy, Al-Sahih Al-Musnad,
Status hadis: hasan [Ibn Hibban: 621]
Menurut Syeikh Syu’aib Al-Arnaout,
Status hadis: sahih.

Fiqh hadis:
Membaca tafsir Al-Quran lebih utama dari menghafal.
Jika tidak berkemampuan membaca tafsir, boleh membaca mukhtasar tafsir. Minimanya membaca mukhtasar tafsir.
Tadabbur atau membaca tafsir itu satu kewajiban.

 

3. Soalan

Apakah hukumnya membeli durian yang masih di atas pokok (belum gugur)?

3. Jawapan
Islam membenarkan bermuamalat buah-buahan yang sudah ada di atas pokok yang sudah hampir masak, yang dilarang ialah ketika pokok sedang berbunga atau berputik.
Hadis:
Ibnu ‘Umar ra, ia berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ بَيْعِ السُّنْبُلِ حَتَّى يَبْيَضَّ وَيَأْمَنَ مِنَ الْعَاهَة

“Bahwa Nabi SAW melarang menjual sesuatu yang masih bertangkai sampai ia memutih dan aman dari cacat.” [Muslim]

Syarah:
Jual beli kurma dibolehkan bila ia sudah matang (memutih) dan sudah bebas dari kecacatan. Kalau sudah matang dan akan gugur, maka bolehlah bermuamalat. Ketika berbunga dan berputik tidak boleh.

Komen dan Soalan