Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Ilmu Kebal dan Syirik

Ilmu Kebal dan Syirik

1653
0
Iklan

Ilmu Kebal dan Syirik

Malam tadi selepas berjumpa dengan pelajar Ayahaji lebih kurang jam 1 pagi, Ayahaji jumpa dengan seorang tuan kedai. Duduk sembang dengannya sekejap. Tiba-tiba datang orang lain minta duduk dengan kami. Dia adalah seorang kakitangan kerajaan. Selepas bercakap sekejap, Ayahaji tanya dia kerja apa? Dia kata polis.

Ayahaji: Pernah tidak jumpa dengan orang jahat yang ada ilmu kebal?

Orang: Ada.

Ayahaji: Kebal sungguh ke?

Orang: Ya.

Ayahaji: Lamakah kesan kebalnya?

Orang: Ya.

Ayahaji: Mahu atau tidak Ayahaji ajar bab kebal ini? Awak akan selalu jumpa orang macam ini.

Orang: Yalah, ada kawan kata dia pergi ke Sabah itu hari bertembak dengan mereka. Mereka kebal. Habis peluru.

Ayahaji: Ayahaji tengok dalam tv, mereka itu puja atau perasap keris. Macamana boleh jadi begini. Kita lawan orang jahat yang sesat pula, kita tembak, mereka kebal. Kalau begitu, orang jahat boleh berleluasalah. Suka atau tidak Ayahaji ajar macamana hendak hancurkan kekebalan mereka?

Orang: Ya. Mustahak benar bagi kami.

Ayahaji: Awak perlu tahu apa itu mukjizat, keramat dan sihir. Kebal adalah jenis keramat sebab ia luarbiasa. Tetapi sihir juga luarbiasa.

Mukjizat:
1. Anugerah Allah SWT pada Rasul dan Nabi SAW
2. Bukan atas kehendak Nabi SAW jadi mukjizat
3. Bukan boleh terjadi acapkali
4. Bukan boleh belajar untuk mukjizat
5. Boleh berlaku atas doa Nabi SAW

Keramat:
1. Anugerah Allah SWT pada wali
2. Boleh berlaku kerana doa wali
3. Bukan berlaku berulang kali
4. Bukan berlaku atas kehendak wali
5. Berlaku pada orang alim sahaja

Sihir :
1. Berlaku berulang kali
2. Boleh belajar oleh sesiapa termasuk orang jahat
3. Seru jin, wali, Nabi SAW, malaikat dalam upacara sihir iaitu tawassul

Kebal tadi berlaku pada orang alim atau orang jahat? Sentiasa berlaku kan? Berlaku berulang kan? Itulah sihir. Termasuk sihir juga ialah:
1. Nasrul haq
2. Silat seru
3. Boleh berjalan atas api
4. Boleh melompat tinggi
5. Boleh naik ke udara dan berhenti di udara
6. Pedang terbang
7. Tunjuk sahaja pada tupai atau burung ia akan jatuh
8. Tanam hidup-hidup dalam tanah
9. Keluar api daripada tangan
10. Tetak atau pukul dengan tangan, lalu mati

Berbagai lagi seumpama itu. Terpesir orang itu.

Semua jenis kebal dan seumpama dengan itu adalah syirik semua sekali. Hancur semua ibadat daripada masa belajar hinggalah ke akil baligh. Puasa, solat, ibadat dan lain-lain semua batal. Setelah mati mereka akan pergi terus ke Neraka, tanpa TOL, tanpa berhenti di pondok TOL, dipimpin oleh para malaikat terus ke Neraka untuk selama-lamanya. Sama macam orang Hindu yang sembah berhala, berkongsi sekali dalam Neraka.

Ada guru pondok duduk mengajar setengah daripada Ayahaji cakap. Ayahaji dulu belajar karut-marut ini daripada mereka juga. Timbul dalam hati masa jahiliyyah itu, tidak mungkin tok-tok guru ini hendak ajar salah! Tidak mungkin mereka hendak masuk Neraka! Sifat mereka mulia. Cakap sangat lemah lembut. Selalu merendah diri, tetapi akidah yang diajar masya Allah, sesat! Orang lain tidak belajar. Ayahaji belajar. Ada juga guru yang boleh tembak tupai atau burung masa guru itu training ilmu sihirnya. Jatuh sungguh. Ramailah datang belajar dipondoknya. Dia pula anak seorang tok guru juga.

Nasib baik Ayahaji tidak sempat hendak belajar. Cita-cita sudah ada. Ayahaji bercita-cita untuk guna masa jihad. Lawan Amerika. Tidak perlu pakai M16. Tembak dengan tangan saja. Peluru tidak perlu beli. Peluru tidak akan kehabisan, tidak putus. Tidak habis duit. Ramai tertipu kerana hendak berjihad, hendakkan Syurga. Kalau sungguh ilmu begini ada dan halal, tentu Nabi SAW kita pakai ilmu-ilmu ni. Dia lagi rapat dengan Allah SWT. Tetapi Nabi SAW kita guna baju besi, topi besi tetapi pecah juga topi besinya. Cedera Nabi SAW kita patah gigi taringnya. Hilang sikit kekacakan paras rupa Nabi SAW kerana patah gigi.

Kita pula guna kain cindai, bekong hitam, keris keramat, baju-baju yang ditulis ayat-ayat Al-Quran kononnya tidak lut, yakni kebal. Baju-baju ini serta segala alat senjata pejuang Melayu dahulu lawan Portugis, Belanda dan British ada tersimpan di muzium London, Amsterdam, Lisbon malah di Munich pun ada. Pejuang-pejuang ini yang ditangkap, jika tidak dibunuh penjajah, dijadikan hamba abdi di:
1. Madagascar
2. Sri Langka
3. Melawi
4. Seychelles Island
5. Christmas Island
6. South Africa

Semua mereka dijadikan hamba abdi. Kira anak-anak cucu mereka pula, dijajah negara mereka dan dijajah otak sampai sekarang. Kenapakah Kelantan yang terkenal dengan serambi Mekah yang ramai tok-tok guru diserang Jepun yang paling awal sekali. Jepun naik ikut Pantai Sabak. Jalan kaki naik ke darat. Siapa yang lawan? Askar Brittish, Gurka dan askar Melayu. Geng-geng tarikat, wirid-wirid keramat, tok-tok guru pondok, tok-tok guru wirid keramat semuanya senyap sahaja. Tidak lawan pun Jepun. Jepun kayuh basikal ke KL. Ada yang jalan kaki. Tidak ada siapa lawan. Tidak ada jerangkap samar. Tidak ada panah. Tidak ada serang hendap. Penakut semua.

Kita ini pula anak cucu mereka. Kita pun sekarang penakut. Orang curi 2.6 billion harta negara kita senyap. Jangan begitu wahai murid-murid Ayahaji. Jika mana-mana kafir serang kita, kita jihad lawan mereka. Kalau tidak anak cucu kita lagi akan dihina macam kita sekarang. Mereka yang mengamal amalan-amalan sesat ini adalah daripada geng guru yang akidah sesat. Ajaran akidah yang diamalkan termasuklah:

1. Bermula daripada boleh hantar pahala pada orang sudah mati.
2. Baca talkin, orang mati boleh dengar, orang mati boleh berhubung.
3. Baca Al-Quran atas kubur.

Ketiga-tiga amalan bid’ah ini datang daripada akidah percaya pada:
1. Orang mati boleh berhubung dengan orang hidup
2. Boleh baca Al-Quran atau tahlil di atas kubur iaitu di tempat yang salah
3. Boleh hantar pahala

Akibatnya:
1. Umur 15 tahun, sudah diajar amalan-amalan atau akidah sesat dalam persilatan. Bersilat tidak salah. Akidah dan amalan tertentu itu salah.
2. Umur 20 ke atas, mula berjinak-jinak dengan amalan-amalan tarikat dan wirid-wirid keramat kerana hendak berjihad.
3. Mulalah belajar akidah-akidah dan amalan lebih sesat.

Dulu masa Abrahah hendak serang Mekah, Abdul Mutalib datuk Nabi SAW, adalah Mufti atau Maha Guru Ajaran Nabi Ibrahim AS tetapi ajaran yang sudah sesat. Dia jumpa Abrahah minta daripadanya 1000 unta yang ditawan Abrahah.

Abrahah tanya, “Kenapa kamu tidak hendak bela kaabah yang aku akan hancurkan? “

Abdul Mutalib menjawab, “Unta itu saya rabbnya atau tuannya. Kaabah itu ada rabbnya. Dialah yang akan bela Kaabah bukan saya.”

Bila Abrahah hendak serang Kaabah, geng musyirikin naik bukit dan tengok sahaja. Serupa atau tidak apa yang berlaku semasa perang Jepun? Benar, kata seorang tabligh kepada orang itu dan jangan risau akan hasilnya. Hasilnya bukanlah pada kita. Hasilnya adalah pada Yang Maha Pencipta. Maha Agong, Maha Mengasihani, Maha Pengampun. Allah SWT akan pilih apa dan siapa yang dikehendakiNya, selalunya mereka yang punya inabah atau orang yang ingin mencari kebenaran.

Satu tabligh bermaksud berjihad dengan lidah atau lisan. Pahalanya jihad sabilillah. Lebih besar daripada solat sunat 1000 rakaat satu malam. Jika orang itu terima ajakan tauhid maka orang itu dapat bonus khas iaitu semua pahala ibadat orang yang terima ajakan tauhid itu akan diberi sama banyak pada orang yang ditablighnya. Orang itu sendiri tidak dikurangkan pahala sedikitpun. Balasan jihad itu ialah rahmat Allah SWT, suatu tiket ke Syurga.

Sambung kuliah malam tadi pada orang itu dan kawannya. Ayah Aji mengajar mereka berdua mengucap dua kalimah syahadah jam 3:30 pagi tadi. Nampak sangat keadaan mereka. Meremang bulu-bulu lengan mereka bila diajar kalimah syahadah. Ditanya apakah perasaan awak? Rasa pelik katanya. Kita sambung lain kali bab kalimah syahadah dan cara nak lawan sihir geng-geng bid’ah.
Doa yang biasa kita dengar dalam khutbah Jumaat:

“اللهم إنا نسألك و نتوسل إليك بنبيك الأمين ونتوسل بأسمائك الحسنى وصفاتك العلى……”

Ertinya : “Ya Allah Ya Tuhan kami kami bermohon kepada-Mu dan bertawassul kepada-Mu dengan Nabi-Mu yang bersifat amanah dan kami bertawassul dengan nama-nama baik-Mu dan sifat-sifat tinggi-Mu….”

Kalimat, “bertawassul kepada-Mu dengan Nabi-Mu” ini maknanya dia menyamakan Nabi SAW dengan Allah SWT. Definisi syirik adalah menyamakan selain Allah SWT dengan Allah SWT dalam perkara khusus milik Allah SWT. Seerti dengan maksud hadis ini:

“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu mengatakan, “Berdasarkan kehendak Allah SWT dan kehendakmu” Maka baginda bersabda, “Apakah engkau hendak menjadikan aku sebagai sekutu bagi Allah SWT?” Ucapkanlah “berdasarkan kehendak Allah SWT dan kemudian kehendakmu”. [An-Nasaii: 3733, sahih dan Abu Daud: 4980, disahihkan Al-Albani].

Inilah doa yang disebut tawassul di semua masjid di Selangor. Inilah masalah terbesar. Mereka tidak faham akidah tawassul. Sebesar-besar tawassul diharamkan Allah SWT dalam kitab Al-Quran dan Hadith. Kafir Kristian pula sesat kerana tawassul dengan Nabi Isa AS. Mereka tidak faham-faham. Mereka tidak mengerti. Yang paling menghairankan ialah ustaz-ustaz Sunnah juga tidak berapa jelas juga tentang tauhid MengEsakan Allah SWT. Mereka tidak faham bahawa inilah sebesar-besar syirik pada Allah SWT. Kisah semua nabi-nabi adalah mengajak orang pada tauhid, “allaaatakbuduu illAllah.”

Inilah suatu beban besar pada ulama Sunnah. Namun ia akan menjadi suatu pahala besar, suatu rahmat besar bagi sesiapa yang dapat laksanakan ajakan tauhid ini. Balasannya adalah jihad fisabilillah. Balasannya adalah Syurga. Balasannya dapat jumpa dengan Allah SWT Pencipta kita semua. Balasannya dapat jumpa Nabi SAW kita, serta dapat jumpa semua nabi-nabi dan ulama-ulama dan daie-daie Allah SWT daripada berbagai bangsa, berbagai zaman.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan