Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 98

Nota Fiqh Wanita 98

479
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

Soalan 1

Adakah dalil untuk tuntutan mengucapkan syahadah bagi mereka yang sedang nazak?

Jawapan

Talqin = menuntun orang nazak dengan syahadah. Dalil:

لقنوا موتا كم لا إله إلا الله

“Tuntunlah seseorang yang akan meninggal dunia untuk mengucapkan kalimat:

‘Laa ilaaha illa Allah’”
(HR Muslim no 916)

 

Soalan 2

Syeikh, boleh jelaskan maksud hadith ini?

Jawapan

Ulasan: cukur atau trim misai
Fatwa saudi arabia, syaikh bin othaimin rh, Majmu’ fatawa , jld 11
Yang sunnah ialah trim misai bukan mencukur habis atau gondol.

Berdasarkan fatwa Imam Malik

أرى أن يوجع ضربا وقال لمن يحلق شاربه : هذه بدعة ظهرت في الناس

“Aku beranggapan bahwa orang yang melakukan seperti itu lebih pantas untuk diberi hukuman iaitu dipukul.” Beliau mengatakan lagi terhadap orang yang mencukur habis kumisnya, “Ini adalah perbuatan bid’ah yang nampak di tengah-tengah manusia.”
(Dikeluarkan oleh Al Baihaqi. ref Fathul Bari 10:285-286).

 

Soalan 3

a. Adakah iddah bermula selepas dilafaz cerai atau didaftar/ lafaz rasmi di mahkamah?

b. Dalam masa iddah, adakah isteri itu wajib taat atau melayan suami?

Jawapan

a. Kiraan bermula serta merta ketika suami melafazkan talak. Kiraannya adalah 3 kali  haid.

b. Tidak ada keperluan untuk wajib taat dan melayan suami. Jika hendak layanan dan ketaatan, kenalah rujuk semula. Ini kerana cerai adalah proses transisi bukan lagi rumahtangga yang sebenar seperti dulu.

 

Soalan 4

Mohon pencerahan syeikh, tentang seorang pemuda bernama Al Kiflu yang Nabi ulang-ulang kisah taubatnya lebih dari 10 kali. Ada hadith ke tentang Al Kiflu ini?

Jawapan

الترمذي (2496) ، وأحمد (4747) عَنْ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ( كَانَ الكِفْلُ مِنْ بني إسرائيل لَا يَتَوَرَّعُ مِنْ ذَنْبٍ عَمِلَهُ ، فَأَتَتْهُ امْرَأَةٌ فَأَعْطَاهَا سِتِّينَ دِينَارًا عَلَى أَنْ يَطَأَهَا ، فَلَمَّا قَعَدَ مِنْهَا مَقْعَدَ الرَّجُلِ مِنْ امْرَأَتِهِ ، أَرْعَدَتْ وَبَكَتْ ، فَقَالَ: مَا يُبْكِيكِ أَأَكْرَهْتُكِ؟ قَالَتْ: لَا وَلَكِنَّهُ عَمَلٌ مَا عَمِلْتُهُ قَطُّ، وَمَا حَمَلَنِي عَلَيْهِ إِلَّا الحَاجَةُ ، فَقَالَ: تَفْعَلِينَ أَنْتِ هَذَا وَمَا فَعَلْتِه ِ؟ اذْهَبِي فَهِيَ لَكِ ، وَقَالَ: لَا وَاللَّهِ لَا أَعْصِي اللَّهَ بَعْدَهَا أَبَدًا، فَمَاتَ مِنْ لَيْلَتِهِ فَأَصْبَحَ مَكْتُوبًا عَلَى بَابِهِ ، إِنَّ اللَّهَ قَدْ غَفَرَ لِلْكِفْلِ ) .
فهو حديث ضعيف ، ضعفه محققو المسند ، وكذا الألباني في “ضعيف الترمذي “
terj:
Dari Abdullah bin Umar ra berkata aku telah mendengar Rasulullah saw menceritakan :

“Dahulu ada seseorang yang bernama al-Kifli dari bani Isra’il, dia tidak pernah menghiraukan dari perbuatan dosa apapun yang dikerjakannya, tiba-tiba datanglah seorang perempuan (pelacur, pen) kepadanya dan diberikan kepada wanita tersebut 60 dinar dengan syarat untuk digauli, tatkala keduanya hendak melakukan hubungan suami istri, tiba-tiba perempuan itu memberontak dan menangis, (al-Kifli bertanya) apa yang menyebabkan kamu menangis, apa kamu tidak suka? Perempuan itu menjawab tidak, akan tetapi ini adalah perbuatan yang tidak pernah aku lakukan sedikitpun, kemudian al-Kifli berkata lalu kenapa kamu melakukan hal tersebut dan kamu belum melakukannya sedikitpun, maka perempuan itu menjawab sesungguhnya aku terpaksa melakukannya karena mempunyai sesuatu kebutuhan. Lalu al-Kifli meninggalkannya seraya berkata, pergilah kamu dan bawalah wang itu, kemudian al-Kifli berkata, demi Allah sesungguhnya al-Kifli tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya. Kemudian di malam harinya pemuda itu meninggal dan esok harinya tertulis pada pintu rumahnya sesungguhnya Allah telah mengampuni al-Kifli.”
(HR. Tirmidzi , no 2496 dan Ahmad)

Dhaif kisah ini menurut a ahmad syakir, al-arnaout dan al-albani

 

Soalan 5

a. Apakah hukum bagi lelaki bekerja sebagai pramugara ? Adakah haram kerana bercampur dengan perempuan yang berpakaian tidak menepati syara’ ?

Jawapan

Percampuran dengan perempuan tidak menutup aurat adalah biasa seperti bekerja di bank,ofis dan GLC seperti TM, TNB dan maybank  sama suasana juga, bergaul dengan staff perempuan yang tidak memakai hijab.

b. Maksudnya bekerja sebagai pramugara ini dibenarkan syara’?

Jawapan

Halal dan haram ini ilmu fardhu ‘ain, jadi kita semua kena tahu asas halal dan haram.
Akhir zaman, manusia tidak peduli lagi dengan halal dan haram.
Yang haram itu jelas dan yang haram juga jelas, di antara keduanya ada syubhah.

Pertama: Menganggur adalah haram, juga budaya meminta-minta.
Maka dari menganggur, lebih baik bekerja.
Jika kerja halal 100% susah, maka boleh bekerja yang syubhah sehingga ada peluang yang halal.
Itulah panduan dalam halal dan haram kerjaya

Kedua: Pramugara ini kena tahu skop kerja dan airline yang diceburi.

c. Adakah betul pilihan saya, andai bekerja di Brunei atau Rayyan airline dan adakah jadi pramugara ni syubhah ?

Jawapan

Itulah halal bayyin, halal yang jelas Royal Brunei, Saudia Airlines, Qatar airways dan Oman airlines.

 

Soalan 6

Syeikh ,adakah sahih dua hadith dibawah ni?

”Dari Anas ra, Nabi saw bersabda, Haid itu tidak lebih dari sepuluh hari” (Hr al-Daruqutni)

“Bila wanita mengeluarkan darah haid lebih dari 10 hari,maka kedudukkannya seperti wanuta yang istihadah.Dia wajib mandi lalu solat” (Hr Al-Daruqutni)

Jawapan

Komen Daruqutni

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنِ الْجَلْدِ بْنِ أَيُّوبَ، عَنْ أَبِي إِيَاسٍ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: «الْحَيْضُ عَشْرَةٌ، فَمَا زَادَ فَهِيَ مُسْتَحَاضَةٌ» إسناده ضعيف جدا قال سفيان بن عيينة: ” حديث الجلد بن أيوب في الحيض حديث محدث لا أصل له “

Dikhabarkan dari Muhd bin Yusof, dari Sufyan, dari alKhald bin Ayyub dan abi Iyas Mu’awiyah bin qurrah dari Anas, katanya haidh tidak melebihi 10 hari, selebihnya adalah istihadhah” isnadnya amat dha’if, kata Sufyan bin Uyainah, hadith Khuld adalah baru dan tiada asalnya.

 

Soalan 7

Hadith yang seorang yahudi tanya Nabi saw ,
Apakah makanan pertama yang dihidangkan kepada ahli syurga ketika memasukinya” “Bahagian terenak hati ikan”
Selepas itu hidangan apa pula?
Disembelihkan lembu-lembu syurga yang berkekeliaran mencari makanan sekitarnya” Apakah minuman untyk mereka?”
‘Air dari mata air yang disebut salsabila.
(Riwayat muslim)

Adakah hadith ini memang sahih dan ada dalam Muslim?

Jawapan

Sahih, Bukhari dan Muslim

وفي (صحيح مسلم) عن ثوبان أن يهودياً سأل الرسول – صلى الله عليه وسلم – قال: ((فما تحفتهم حين يدخلون الجنة؟ قال: زيادة كبد الحوت. قال: فما غذاؤهم على إثرها؟ قال: ينحر لهم ثور الجنة الذي يأكل من أطرافها. قال: فما شرابهم عليه؟ قال: من عين تسمى سلسبيلا)) قال: صدقت

Ini lafaz Muslim no 315

 

Soalan 8

Syeikh, adakah hadith dibawah ini sahih?

Orang yang saling berkasih sayang demi keagungan-Ku akan mendapat mimbar-mimbar dari cahaya,hinggakan para Nabi dan Syuhada juga cemburu dengan mereka.
(Riwayat at-Tirmidzi)

Jawapan

Sahih

قالَ اللَّهُ عزَّ وجلَّ المتحابُّونَ في جلالي لَهُم مَنابرُ مِن نورٍ يغبطُهُمُ النَّبيُّونَ والشُّهداءُ
الراوي : معاذ بن جبل | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2390 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
kata Imam abu Isa, hasan sahih, no 2390

 

Soalan 9

Adakah dalil mengenai perempuan dalam haid ,junub dan nifas disunatkan menjawab apa yang muazzin sebut?

Jawapan

Kata Imam Nawawi (3:125) semua boleh jawab adzan kecuali tiga keadaan:
1. Didalam tandas
2. Ketika sedang jimak
3. Sedang solat

 

Soalan 10

Syeikh ,sahihkah hadith larangan bagi wanita memakai rambut palsu?

Jawapan

Di laknat, dalilnya:

لَعَنَ اللهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ

“Allah melaknat wanita yang pakai rambut palsu (wig) dan minta untuk memakai rambut palsu.” (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530)

Fatwa saudi, jika perempuan itu botak, boleh pakai rambut palsu kerana botak adalah aib bagi kaum wanita.

 

Soalan 11

Benarkah semasa bangun untuk berdiri selepas sujud, perbuatan mengenggam ke lantai untuk naik bukan tsabit dari Nabi saw yang sebetulnya?

Jawapan

Hanya albani yang berkata demikian, dia berhujah dengan hadith ini:
Berkata Al-Azroq bin Qois rahimahullah:

رَأَيْتُ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ وَهُوَ يَعْجِنُ فِي الصَّلاَةِ, يَعْتَمِدُ عَلَى يَدَيْهِ إِذَا قَامَ. فَقُلْتُ : مَا هَذَا يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ؟ قَالَ : رَأَيْتُ رسَوُلْ َاللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ يَعْجِنُ فِي الصَّلاَةِ, يَعْنِي اعْتَمَدَ

“Saya melihat ‘Abdullah bin ‘Umar dalam keadaan melakukan ‘ajn dalam solat, i’timad di atas kedua tangannya bila beliau berdiri. Maka saya bertanya : “Apa ini wahai Abu ‘Abdirrahman?”, beliau berkata : “Saya melihat Rasulullah SAW melakukan ‘ajn dalam solat (kepal)-”. (al-Albani, sahih, Silsilah ash-Shahîhah hadits no 2674.)

Yang  rajih, hadith ini dhaif.

Cara yang betul kata Imam Nawawi, alMajmu’, ialah menekan tapak tangan pada lantai bukan kepal.

 

Soalan 12

Adakah sah jika semasa sujud kita kenakan dahi saja ditempat sujud kecuali hidung?
Dalam hadith dari Imam Bukhari rhm, menyatakan lebih kurang
” aku diperintahkan sujud diatas 7 tulang, sambil menyebut dahi seraya menunjukkan hidung”. Mohon pencerahan Syeikh.

Jawapan

Saudi arabia, wajib kenakan hidung.
Mazhab syafi’iy ia sunat dan kesempurnaan solat, siapa yang tinggalkan, ia makruh.

 

Soalan 13

Adakah sahih hadis ini?

Jawapan

Sahih, yakni Nabi saw menikahi aisyah melalui mimpi

أُرِيتُكِ في المنامِ مَرَّتَيْنِ ، إذا رجلٌ يَحْمِلُكِ في سَرَقَةٍ من حريرٍ ، فيقولُ : هذه امرأتُكَ ، فأَكْشِفُها فإذا هي أنتِ ، فأقولُ : إن يَكُنْ هذا من عندِ اللهِ يُمْضِهِ
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 7011

Sahih Bukhari no 7011

 

Soalan 14

a. Adakah sahih hadith Nabi saw ini?

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya akan saling mencintai “
Hr Abu ya’la

Jawapan

(تهادَوْا تحابُّوا)
الأدب المفرد للبخاري 594، السنن الكبرى للبيهقي 12297 وحسّنه الألباني في صحيح الجامع 3004.

HR Bukhari, adabul Mufrad 594, baihaqi, sunan al-kubra, hasan, albani, sahih al-jaami’ no 3004

b. Adakah benar mengikut hadith ini di syurga nanti, manusia memang saling mengenali antara satu sama lain?

Jawapan
المرء مع من أحب يوم القيامة)
( رواه الترمذي وغيره وقال: حديث حسن صحيح
Seseorang itu bersama orang yang dicintainya pada hari kiamat.”
HR Termidzi, katanya hasan sahih

Bukan begitu maksudnya, kata al-sakhawi, (معنى الحديث أنه إذا أحبَّهم عمل بمثل أعمالهم ) maksud hadith tersebut, “apabila kita menyintai sesuatu golongan atau seseorang, amalan kita sama dengan amalan mereka”

Isu utama bukan kenal, tapi siapa yang kita cintai dan apakah amalan adalah sama. Ini isu icon dan idola

cth:

  • Golongan habeeb amat menyintai Rasulullah saw dengan memuja Nabi dgn mengadakan majlis selawat dan berzanji
    tapi apakah mereka akan dapat bersama nabi kelak di akhirat?
  • Golongan syiah amat menyintai keluarga Nabi saw atau ahlil bayt, mereka memuja 12 keturunan Fatimah-Ali, namun, apakah mereka akan dapat bersama ali dan fatimah pada hari mahsyar?
  • Yahudi amat memuja nabi Musa as, tapi apakah puak yahudi akan dapat bersama Moses?
    Kaum Nasara amat memuja Jesus son of Mary AS, tapi apakah Jesus akan bersama mereka nanti pada hari Kiamat.

Maka datanglah hadith ini menjelaskan kita bersama siapa pada hari kiamat nanti. Yakni kita bersama orang yang kita cintai dengan syarat manhaj dan amalan kita kena sama dgn mereka.

 

Soalan 15

Bagaimana hendak menegur atau menasihati orang supaya berubah? Kalau kita sudah lakukan, dia masih bersikap begitu. Adakah perlu dibiarkan sebab tugas kita hanya menegur (lepas dah tanggungjawab) dan ini bukan urusan kita lagi tapi Allah . Adakah boleh berbuat begitu?

Jawapan

Kena kuasai dulu ilmu, fiqh menegur, antara intipati fiqh menegur orang:

1. Kena miliki power yg sesuai, antaranya:
a. Power to influence (kuasa mempengaruhi)
b. Power of concern (kuasa prihatin)
c. Power of role model (ada kuasa sbg contoh teladan)

2. Menguasai sains dan seni untuk mempengaruhi orang agar berubah, antaranya:
a. Ada ciri kelembutan dalam menegur
b. Tidak memalukan yg ditegur
c. Mengharapkan redha Allah dalam menegur seseorang
d. Berdoa utknya supaya berubah

3. Tidak memaksa kehendak ke atasnya, hidayah milik Allah

4. Waktu yang tepat, timing.

 

Soalan 16

Adakah perbuatan mengumpul harta itu haram seperti mengumpul koleksi pinggan, koleksi gundam dan lego?

Jawapan

Follow pyramid of needs dalam islam:

1. Dharuriyat : Keperluan asasi seperti rumah dah ada bukan menyewa, kereta yang baik, makanan yang mencukupi untuk keluarga dan pakaian yang mencukupi.

2. Hajiat : Keperluan untuk keselesaan hidup seperti aircond di rumah, pelancungan dan makan di restoran

3. Tahsiniat : Keperluan untuk kemerlangan hidup seperti kereta yang mewah (bmw , merz, audi, vW).
Maka letakkan apa yang dikumpulkan dalam pyramid of needs/want.

 

Soalan 17

Dalil Aq 17:71,
” pada hari ketika kami panggil setiap ummat dengan pemimpinnya”

Ada hadith mengenai ini syeikh?
Adakah pemimpin itu maksudnya Nabi-nabi? Macam kita ummat Nabi saw.

Jawapan

AQ 17:71
“(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun”

Oleh kerana ia adalah ayat AQ, maka cepat2 kena lihat tafsir Ibn katsir:
Kata Ibn katsir, pemimpin itu ada dua jenis:

1. Nabi-nabi kepimpinan umum
2. Kepimpinan negara

Dalil hadith:

من كان يَعبدُ شيئَا فَلْيَتْبَعْهُ , …وَيَتْبَعُ مَن كان يعبدُ الطَّواغِيتَ الطَّواغِيتَ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 182
terj: ” seorang akan mengikut apa yang dia taati, jika dia taat kepada taghoot (pemimpin yg jahat) maka dia akan bersama para taghoot tersebut, : Sahih Bukhari dan Muslim, ini lafaz Muslim, 182

 

Soalan 18

Sahihkah Nabi Idris as, Nabi Ilyas as, Nabi Khidir as dan Nabi Isa as ,masih hidup?

Jawapan

Tidak sahih, khususnya Khidr dah wafat.

Dalil:
وما جعلنا لأحدٍ من قبلك الخلد أفإن مت فهم الخالدون (سورة الأنبياء: 34)

“Kami tidak menjadikan hidup abadi (immortal) bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?”.
(QS. Al Anbiya’ : 34)

 

Komen dan Soalan