Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 99

Nota Fiqh Wanita 99

275
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

Soalan 1

a. Apakah yang dimaksudkan dengan memakan harta anak yatim? Apakah waris boleh mengambil sebahagian keuntungan dari tanah pusaka yang di usahakan sebagai ‘upah penat’ atas ‘amanah’ yang dipikul oleh mereka?

b. Apakah memakan harta anak yatim itu sebahagian daripada harta yang tidak diberikan kepada hak waris/tidak ikut faraid? Boleh berikan hadis/dalil berkenaan hal ini untuk rujukan? Syukran..

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

وَٱبْتَلُوا۟ ٱلْيَتَٰمَىٰ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغُوا۟ ٱلنِّكَاحَ فَإِنْ ءَانَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْدًا فَٱدْفَعُوٓا۟ إِلَيْهِمْ أَمْوَٰلَهُمْ ۖ وَلَا تَأْكُلُوهَآ إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَن يَكْبَرُوا۟ ۚ وَمَن كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ ۖ وَمَن كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَٰلَهُمْ فَأَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِمْ ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ حَسِيبًا ﴿٦﴾

“Dan ujilah anak-anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk menikah. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka hartanya. Dan janganlah kamu memakannya (harta anak yatim) melebihi batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (menyerahkannya) sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah dia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa miskin, maka bolehlah dia makan harta itu menurut cara yang patut. Kemudian, apabila kamu menyerahkan harta itu kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi. Dan cukuplah Allah sebagai pengawas.”

(Q.S an-Nisa’ 4:6)

Inilah dalil boleh penjaga harta itu menggunakan sedikit dari harta yang dijaganya. Harta itu sebaiknya dikembangkan lagi dan hasil dari keuntungan itu bolehlah digunakan. Kerana kalau dikembangkan maka setiap tahun akan berkurang sahaja harta itu kerana kena bayar zakat juga.
Berapa banyak boleh ambil? Allah tidak tetapkan kerana Allah sebut secara ‘makruf’ sahaja. Yang ‘dikenali’ sebagai sesuai. Masyarakat lain juga boleh terima jumlah yang dia ambil itu.
Allahu a’lam

c.Mohon penjelasan berkenaan tentang ayat ustaz yang akhir.. “masyarakat lain juga boleh terima jumlah yang dia ambil itu.. ”

Jawapan Ustaz Azliza Nueq:

Dalam Qur’an selalu disebut ‘yang makruf’. Ini adalah keterbukaan yang Allah letakkan. Allah tidak tetapkan nilai. Allah suruh lihat keadaan setempat dan zaman itu.
Katakanlah ambil seribu ringgit sebagai gaji…pada zaman ini, ini tidaklah besar dan tidak menimbulkan marah orang.

Tapi kalau 50 tahun lalu, ini jumlah yang banyak. Maka kena nilai sendiri. Allahua’lam

 

Soalan 2

a. Apa hukum berimamkan orang yang fasik? Boleh berikan dalil dan dan ciri-ciri fasik.

Jawapan

Sah solat belakang Imam yg fasik atau ahli bidaah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

يُصَلُّوْنَ لَكُمْ، فَإِنْ أَصَابُوْا فَلَكُمْ وَلَهُمْ، وَإِنْ أَخْطَأُوْا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ.

“Mereka shalat mengimami kalian. Apabila mereka benar, kalian dan mereka mendapatkan pahala. Apabila mereka keliru, kalian mendapat pahala sedangkan mereka mendapat dosa.”

Juga perbuatan ibnu Umar dan Anas bin Malik yang tetap solat belakang hajjaj (yang dikatakan seorang yang amat zalim).

Paling kuat yang kata pun adalah makruh sahaja. Solat tetap sah. Fasiq adalah pelaku dosa.

b. Apakah maksud ” kalau mereka keliru? “

Jawapan

Terjemahan أَخْطَأُوْا bermaksud ‘mereka buat dosa’. Maknanya mereka tanggung dosa mereka sendiri.

c. Ini maksudnya ,kalau imam itu dari kalangan ahli bid’ah atau fasiq atau apa pun manhaj kita tetap solat dibelakang mereka kan?

Jawapan

Benar. Kita tidak dapat nak tentukan pemimpin atau imam kita, maka kita kena redha dan terima.
Allahua’lam

 

Soalan 3

Apa hukumnya solat dalam keadaan mengantuk hingga lupa rakaat ke berapa dan dia hanya berkira-kira sahaja? Bagaimana jika dia mengulang-ulang bacaan kerana dikhuatiri bacaan (cth:al-fatihah) tidak di dengari di telinga sewaktu membacanya di sebabkan membaca dalam keadaan mengantuk?
Apakah sah solatnya?

Jawapan

Kalau mengantuk, janganlah solat kerana takut bacaan tersilap.

Apabila seseorang mengantuk dalam shalatnya hendaklah ia menghentikan, karena mungkin dia berdo’a untuk kecelakaan (kebinasaan) bagi dirinya sendiri sedang dia tidak menyadarinya!”,
(HR. Nasa’i: 162) – http://hadits.in/nasai/162

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati salat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sadar apa yang kamu ucapkan”
Aq an-Nisa’ 4:43

Ayat diatas ini juga sebahagian lagi dalil. Tidur dulu kalau mengantuk.
Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w, sabda baginda:
Apabila seseorang kamu mengantuk ketika mahu solat, hendaklah ia tidur dahulu sehingga ia tahu apa yang dibacanya.
Riwayat Bukhari.

 

Soalan 4

Ustaz ,Bolehkah seorang suami menyatakan yang dia menyesal menikah dengan isterinya setiap kali bergaduh dan apakah yang sepatutnya isteri jawab dalam situasi itu?

Jawapan

Si suami tidak patut cakap begitu. Ini adalah kata-kata yang tidak patut keluar dari mulut seorang lelaki. Sudah ditakdirkan dia sudah berkahwin dengan isterinya itu. Allah telah berfirman dalam Nisa:19

وَعاشِروهُنَّ بِالمَعروفِ ۚ فَإِن كَرِهتُموهُنَّ فَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيئًا وَيَجعَلَ اللَّهُ فيهِ خَيرًا كَثيرًا
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

Dalam ayat ini Allah suruh bergaul baik suami isteri. Termasuk dengan kata-kata yang baik. Keduanya, mungkin lah isteri ada salah silap. Tapi entah ada kebaikan untuk kita, kita tidak tahu.

Situasi ini bukan memerlukan jawapan dari isteri. Isteri kena senyap sahaja. Suami waktu itu tengah marah, syaitan dah hasut macam macam. Isteri kena sabar dan senyap sahaja. Kena redakan marah suami dengan cara lain. Kalau menjawab, akan lagi masalah. Tidak ada kebaikan dalam menjawab balik.

 

Soalan 5

Ustaz, adakah terdapat dalil dari Nabi saw yang melarang perempuan haid membaca Al-qur’an?

Jawapan

Ada hadis yang melarang tetapi hadis itu dhaif. Mungkin ada yang kata tidak boleh kerana tidak tahu status ini.

“Artinya : Dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Janganlah perempuan yang haid dan orang yang junub membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an.”

Dalam riwayat yang lain, “Janganlah orang yang junub dan perempuan yang haid membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

DLA’IF Dikeluarkan oleh Tirmidzi (no. 121). Ibnu Majah (no. 595 dan 596). Ad-Daruquthni (1/117) dan Baihaqiy (1/89), dari jalan Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah dari Naafi, dari Ibnu Umar (ia berkata seperti di atas)

Berkata Imam Bukhari, “Ismail (bin Ayyaasy) munkarul hadits (apabila dia meriwayatkan hadits) dari penduduk Hijaz dan penduduk Iraq”

Jadi walaupun ianya ada dlm Sunan tirmizi, ianya adalah dhaif. Kerana perawi yang bernama ismail itu lemah. Munkarul hadis bermaksud dia meriwayatkan hadis yang berlawanan dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi tsiqah.

Oleh itu, boleh baca Qur’an walaupun dalam haidh kerana hadis yang melarang itu tidak sahih.

 

Soalan 6

Jika kita melancong ke luar negara dan meninggal dunia, lebih afdhal di kuburkan di mana? Adakah hadis tentang ini?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Di luar negara tempat matinya itu. Kerana jenazah perlu disempurnakan urusannya dengan segera. Kalau nak kena bawa balik pula, itu sudah melewatkan.

عن أبى هريرة رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم قَالَ: أَسْرِعُوْا بِالْجَنَازَةِ فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُوْنَهَا إِلَيْهِ وَ إِنْ يَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُوْنَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ

Dari Abu Hurairah radliyallahu anhu dari Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Bersegeralah di dalam (mengurus) jenazah. Jika ia orang shalih maka kebaikanlah yang kalian persembahkan kepadanya, tetapi jika ia tidak seperti itu maka keburukanlah yang kalian letakkan dari atas pundak-pundak kalian”. [HR al-Bukhoriy: 1315, Muslim: 944, an-Nasa’iy: II: 42, Abu Dawud: 3181, Ibnu Majah: 1477 dan Ahmad: II/ 240, 280, 488. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: shahih]. [8]

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم : إِذَا وُضِعَ اْلجِنَازَةُ وَ احْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلىَ أَعْنَاقِهِمْ فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ: قَدِّمُوْنىِ قَدِّمُوْنىِ وَ إِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةً قَالَتْ لِأَهْلِهَا: يَا وَيْلَهَا أَيْنَ تَذْهَبُوْنَ بِهَا؟ يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إِلاَّ اْلإِنْسَانَ وَ لَوْ سَمِعَهَا اْلإِنْسَانُ لَصَعِقَ

Dari Abu Sa’id al-Khudriy radliyallahu anhu berkata, telah bersabda Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam, “Apabila jenazah diletakkan dan digotong oleh kaum pria di atas pundak-pundak mereka. Jika ia (yakni jenazah itu) orang shalih, maka ia berkata, segerakan aku!, segerakan aku!”. Jika ia tidak shalih, maka ia berkata, “Duhai celakalah aku, kemanakah gerangan kalian hendak membawaku?”. Segala sesuatu dapat mendengar perkataannya kecuali manusia, seandainya ia dapat mendengarnya niscaya ia akan pingsan. [HR an-Nasa’iy: IV/ 41, al-Bukhoriy: 1314, 1316, 1380 dan Ahmad: III/ 41, 58. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahih]. [9]

 

Soalan 7

Ustaz, apakah hukum kita berdoa meninggal dunia di mekah contoh  semasa menunaikan haji atau umrah?
Ada dalil tak ustaz?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Saidina Umar pernah berdoa:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ ، وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ya Allah, berikanlah aku anugrah mati syahid di jalan-Mu, dan jadikanlah kematianku di tanah Rasul-Mu shallallahu ‘alaihi wa sallam.
(HR. Bukhari 1890)

 

Soalan 8

Apakah yang dimaksudkan dengan solat taubat? Adakah waktu tertentu untuk solat taubat sepertimana solat tahajjud? Apakah hikmah di sebalik solat taubat dan dalil mengenainya serta doa khusus solat taubat?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Pada saya, ‘Solat Taubat’ tidak ada. Yang ada adalah ‘solat sunat sebelum taubat.’ Ianya bukan kemestian dilakukan, tapi bagus dilakukan.

Ada hadis
Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat – 2 rakaat – kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :-

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal” -[surah Aali Imran 135-136]”
(HR. Abu Daud, an-Nasaie, ibn Majah, al-Bahaqi dan al-Tirmidzi)

Ini adalah saranan untuk solat sebelum taubat. Sama dengan doa doa yang lain, elok dilakukan selepas solat sunat.

Tapi solat yang dimaksud adalah solat sunat mutlaq sahaja. Dan ini bukan syarat. Kerana Nabi pernah melakukan solat istisqa (solat minta hujan). Tapi ada masa baginda berdoa sahaja untuk minta hujan. Jadi ianya bukan syarat.

Taubat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tanpa perlu solat dahulu. Tapi terbaik kalau didahului dengan amalan kebaikan seperti solat.

Allahua’lam

 

Soalan 9

Bukan hendak meniru amalan sesiapa tetapi meraikan ibubapa terdapat banyak caranya.
Salah satu dengan mengingati hari kelahiran mereka. Tiada acara potong kek dan meniup lilin tetapi menyediakan hidangan istimewa dan seumpamanya. Setiap hari adalah hari mencari redha ibubapa namun apa salahnya pada hari lahir mereka kita raikan juga sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah bagi ibubapa pada kita.
Apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Bismillah. Menyambut hari kelahiran sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita. Tapi kalau kita lihat kepada perbuatan Nabi dan para sahabat, tidaklah ianya dilakukan oleh mereka. Kalau dikatakan Nabi Muhammad menyambut hari kelahiran baginda dijadikan dalil, ini pun tidak boleh. Kerana para sahabat tidak ikut melakukan. Jadi ini bukanlah ‘sunnah’. Kerana untuk kita tahu samada sesuatu perkara itu sunnah, ianya dilakukan juga boleh para sahabat, kerana mereka amat menjaga sunnah.

Yang pasti adalah kalau buat dengan cara yang besar besaran, tiup lilin pula, ini memang tidak patut sama sekali.

Tapi bagaimana kalau kita sambut kecil kecilan sahaja? Ini pun tidak ada sebenarnya. Dan seeloknya tidak dimulakan. Ianya bukan sesuatu yg perlu diraikan. Saya sendiri tidak pernah sambut birthday ibu dan bapa saya dan mereka tidak ada masalah, tidak kecil hati. Saya kira sudah cukup kalau kita melayan mereka dengan baik, selalu bertanya khabar kpd mereka, itu sudah cukup.

Cuma kerana dalam masyarat yang mengamalkan sambutan ini, susah sikit hendak jaga. Kadang-kadang orang buat surprise birthday, ucap selamat hari jadi kepada kita, hantar kad dan sebagainya, memang susah hendak elak. Tapi sekurang-kurangnya, janganlah kita yang melakukannya. Kerana perkara ini nampak kecil, tapi selalu perkara yang besar, asalnya dari kecil-kecilan sahaja. Elok kalau kita tidak mulakan, supaya anak-anak kita pun tidak biasa dengannya; tidak terikut-ikut untuk meraikannya apabila mereka dewasa nanti.

Allahu a’lam.

 

Soalan 10

Adakah menjadi satu kesalahan,  kita sebagai orang yang duduk di rumah kakak kandung, tidak keluar apabila ada abang ipar?

Jawapan

Ustaz Azlizan Nueq:

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ . قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Berhati-hatilah kalian masuk menemui wanita.” Lalu seorang laki-laki Anshar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda mengenai ipar?” Beliau menjawab, “Hamwu (ipar)adalah maut.” (HR. Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172)

Mereka bahaya kerana mereka itu rapat juga dengan kita. Dan kadang-kadang duduk sekali dalam rumah, berpandangan dan sebagainya. Orang pun tak sangka sangat ada masalah sebab dah jadi keluarga kan? Jadi berhati-hatilah dengan mereka. Jaga perhubungan dengan mereka.

 

Soalan 11

Jika ibubapa menyuruh saya menjadi wedding planer adik, yang mana kenduri itu ada sanding dan merenjis, adakah saya berdosa? Saya sudah tegur tapi orang tua tidak menerima sebab risau orang mengata. Sama juga untuk majlis tunang, didahulukan adat dari cara islam.

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Berdosa kerana terlibat. Saya tidak akan pergi ke kenduri yang ada persandingan. Termasuk ahli keluarga sendiri. Datang pun tidak, apatah lagi membantu (saya akan pergi ke majlis pernikahan).

Dalam agama Hindu, persandingan adalah sebagai kenangan perkahwinan antara sri rama dan sita devi. Mereka abadikan dalam bentuk persandingan itu.
Maka ini bukanlah adat mereka tapi ada elemen amalan agama mereka.
Seperti kita tahu, agama tok nenek kita dulu adalah hindu. Ada yang carry forward dari amalan lama.
Kita hormati adat. Tapi apabila adat itu ada persamaan dengan agama selain Islam, maka kita kena tinggalkan.

Kerana sifat manusia yang tergesa gesa, kadangkala mereka mendoakan keburukan untuk diri. Contoh dalam putus cinta, mereka doa supaya mereka mati sahaja… Allah tegur dengan berfirman

ﻭَﻳَﺪْﻉُ ﺍﻟْﺈِﻧﺴَﺎﻥُ ﺑِﺎﻟﺸَّﺮِّ ﺩُﻋَﺎﺀَﻩُ ﺑِﺎﻟْﺨَﻴْﺮِ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺍﻟْﺈِﻧﺴَﺎﻥُ ﻋَﺠُﻮﻟًﺎ

“Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan. Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa. [QS.Al – Israa’ : 11]

Jadi tidak elok berdoa keburukan utk diri sendiri.

Tetapi saya tidak tahu tentang malaikat mengaminkan setiap doa kita. Kalau ada, itu dalam solat jemaah apabila amin kita bersamaan dengan Imam.

Malaikat juga mendoakan untuk kita kalau kita doakan untuk org lain.
Kalau kita duduk di masjid menunggu waktu solat dalam keadaan wudhu, malaikat juga mendoakan untuk kita.
Malaikat penjaga arash juga mendoakan kebaikan untuk manusia yang menjaga tauhid seperti disebut dalam surah Ghafir.

Allahu a’lam

 

Soalan 12

Contoh situasi, seseorang tidak tahu macam mana hendak buat amalan baik. Hendak sedekah/wakaf dia tidak mampu, jadi setiap ilmu yang dia dapat katakan dari group,dia sebarkan kepada orang ramai melalui media massa walaupun dia sendiri belum mampu praktikkan ilmu yang disebarkan tu..

Adakah dia tergolong dalam ‘golongan yang menyuruh ke arah kebaikan tapi dia sendiri tidak lakukan’ di neraka nanti ? Sebab pernah dengar hadis yang kata ada golongan macam tu di neraka..
Harap ustaz dapat tolong huraikan terima kasih..

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Dalam hal ini, ayat yang amat menakutkan saya adalah saff:2

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Jadi, jangan kita cakap sahaja, tapi hendaklah kita ada niat dan cuba untuk mengamalkan apa yang kita cakap.

Ini bukanlah menghalang kita utk memberi nasihat. Tetap kena beri nasihat kepada orang lain. Kerana tidak ada yang sempurna. Kalau nak tunggu sempurna baru boleh beri nasihat, sukalah syaitan.

Ada yang berkata pada Al-Hasan Al-Bashri,

إن فلانا لا يعظ و يقول : أخاف أن أقول مالا أفعل فقال الحسن : و أينا يفعل ما يقول ود الشيطان أنه ظفر بهذا فلم يأمر أحد بمعروف و لم ينه عن منكر

“Sesungguhnya ada seseorang yang enggan memberi nasihat dan ia mengatakan, “Aku takut berkata sedangkan aku tidak mengamalkannya.” Al-Hasan Al-Bashri berkata, “Apa ada yang mengamalkan setiap yang ia ucapkan?” Sesungguhnya setan itu suka manusia jadi seperti itu. Akhirnya, mereka enggan mengajak yang lain dalam perkara yang makruf (kebaikan) dan melarang dari kemungkaran.

Memang sudah menjadi kewajiban kita untuk menasihati orang lain. Dalam surah Asr

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Kalimah ‎وَتَوَاصَوْا dalam wazan sama-sama buat. Nasihat menasihati. Bila kita nasihat orang, org itu juga boleh nasihat kita.

Jadi jangan tinggalkan nasihat atau dakwah walau anda belum sempurna. Tujuan saya nak beritahu, apa yang kita nasihat kepada orang, itu adalah nasihat kepada diri kita juga. Orang itu berperangai jelek. Jenis orang yang tidak boleh terima nasihat. Mereka tolak dengan macam macam cara.
Jangan hirau kan. Tugas kita beri nasihat. Samada mereka terima atau tidak bukan dalam tangan kita. Takkan nak tunggu Nabi sendiri bagi nasihat baru mereka nak dengar .

 

Soalan 13

a. Bagaimana cara untuk mendapat Syafaat Nabi saw selain salawat contohnya?

Jawapan

Ini cara hendak dapatkan syafaat. Selain dari banyakkan selawat dan ikut sunnah baginda, yang paling utama untuk dapat syafaat ialah jangan buat syirik.

Takhriij:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِى وَعَدْتَهُ ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Barangsiapa mengucapkan setelah mendengar adzan’ [Ya Allah, Rabb pemilik dakwah yang sempurna ini (dakwah tauhid), shalat yang ditegakkan, berikanlah kepada Muhammad wasilah (kedudukan yang tinggi), dan fadilah (kedudukan lain yang mulia). Dan bangkitkanlah beliau sehingga bisa menempati maqam (kedudukan) terpuji yang telah Engkau janjikan padanya], maka dia akan mendapatkan syafa’atku kelak.”
(HR.Bukhari no. 614 )
dapat syafaat nabi saw

b. Ada yang baca selawat setiap kali nak lakukan sesuatu. Contohnya basuh beras, baca dalam air sebab hendak ubati sesuatu penyakit.

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Ini yg bahaya. kerana ditakuti bertawasul kepada Nabi. Secara umum, boleh baca selawat bila-bila sahaja. Tapi bila hendak basuh beras, diajar baca selawat, bila menanak nasi, selawat… ini kita takut. Sedangkan yang sebenarnya baca bismillah. Pengharapan kita kepada Allah 100%. Kerana itulah bila talqin kepada orang mati, la ilaaha illallah sahaja, tidak ada muhammadur rasulullah….kerana kembali kepada pengharapan kita.

Sekali baca, macam larang baca selawat pula… tapi tidak. Ramai yang salah faham. Kita nak jaga akidah kita. Dan perkara ini halus. Kita ubah sedikit mana yang tidak selari dengan sunnah. Permulaannya adalah kita persoal balik: “adakah perkara yg aku amal ini ada dalam islam?” Itu adalah langkah pertama.

 

Soalan 14

Adakah wujud perbezaan perkataan antara ibadah dan ibadat? Apakah bacaan yaasin pada hari khamis malam jumaat, doa qunut,sujud sahwi dan tahlil termasuk dalam ibadat yang disepakati ulama’ tiada dalam mana-mana dalil dalam al quran?
Mohon penjelasan dalam isu ini.

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Ibadah adalah mufrad (singular) dan ibadat adalah jamak (plural).
Baca yaasin (iaitu baca quran), doa qunut, sujud sahwi dan tahlil semuanya adalah ibadat yg ada dalil dalam quran. Cuma bezanya, tidak ada amalan khusus baca yaasin malam jumaat. Maka ini adalah bidaah – iaitu bidaah idhofiah (bidaah dalam kaifiah (cara)).

Tiada masalah dengan sujud sahwi. Doa qunut adalah khilaf yang muktabar (besar). Ada dalil untuk melakukannya. Walaupun begitu, dalil itu adalah lemah dan pendapat yg lebih kuat, tidak ada qunut subuh. Tapi kalau ada yang buat, tidaklah kita kata ianya bidaah.

Tahlil juga adalah ibadah yg sah dalam islam iaitu mengucap la ilaaha illallah – inilah tahlil yg sebenarnya. Tapi apabila dijadikan dalam bentuk ‘Majlis Tahlil’, dengan perbuatan-perbuatan tertentu, ini adalah bidaah dan dilarang. Allahua’lam

 

Soalan 15

a. Maksud mastautin itu termasuklah tempat asal kita. Adakah bila kita balik kampung, sampai di kampung maka berakhirlah musafir kita?
Bagaimana pula jika kita tidak punya rumah lagi di kampung sebaliknya kita cuma menumpang dirumah saudara mara yang ada seperti rumah adik atau emak saudara atau homestay?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Qasar tamat apabila sampai ke tempat kita bermastautin. Apakah takrif itu? Iaitu:
– Rumah kita. Mungkin lebih dari satu. Dalilnya Saidina Uthman solat tamam di Mekah kerana beliau ada rumah di Mekah.
– termasuk juga kalau rumah ibubapa kita.

Allahu a’lam

b. Jika rumah ibu bapa sudah tiada di kampung, rumah sendiri belum siap.

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Jadi masih dalam musafir dan boleh qasar

Jamak itu berbalik kepada kesusahan dalam musafir
Kalau seharian duduk homestay sahaja maka buat qasar. Kalau seharian sibuk dengan aktiviti atau berjalan-jalan lagi maka boleh jamak dan qasar.

Tidak ada dalil Nabi solat jamak dan qasar sekali. Nabi qasar sahaja dalam musafir. Cuma qasar pakej dengan jamak dibenarkan oleh ulama kerana jamak itu boleh digunakan apabila ada kesukaran. Dan memang dalam musafir ada kesukaran. Kena pandai nilai sendiri mana yang boleh dijamakkan atau tidak.

Allahu a’lam

 

Soalan 16

Apakah hukum membeli dengan peniaga lelaki semasa solat jumaat?

Jawapan Ustaz Azlizan Nueq:

Bismillah. Hukum tentang berniaga semasa waktu Solat Jumaat ada dalam Jumuah:9

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِذا نودِيَ لِلصَّلاةِ مِن يَومِ الجُمُعَةِ فَاسعَوا إِلىٰ ذِكرِ اللَّهِ وَذَرُوا البَيعَ ۚ
“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.”

Pengharaman ini kepada mereka yang wajib mengerjakan solat jumaat iaitu lelaki.

Bagaimana pula dengan wanita yang beli dengan lelaki? Ini pun tidak boleh kerana mereka waktu itu sedang melakukan dosa dan kita tidak boleh bersekongkol dengan mereka. Ini disebut dalam Maidah:2

وَلا تَعاوَنوا عَلَى الإِثمِ وَالعُدوانِ ۚ
dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan