Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Perihal/Ibrah Perang Ahzab

Perihal/Ibrah Perang Ahzab

1453
0
Iklan

Perihal/Ibrah Perang Al-Ahzab

Walaupun kita baca dalam sirah Badar adalah ghuzwah yang paling hebat, namun Alllah swt meletakkan Al Ahzab sebagai salah satu nama surah daripada surah-surah di dalam Al Qur’an.

Ibrah dari surah Al Ahzab sangat besar. Di saat Yahudi Madinah boleh bersatu dengan Musyrikin Makkah, menyerang dari segenap sudut Muhajirin dan Ansar. 4 tahun mereka membina Madinatun Nabi, kali ini mereka siap diuji. Betapa kuatkah ‘Madinah’ yang telah mereka bina dalam iman dan yakin mereka pada empunya Madinah.

Sorot kembali 4 tahun yang lalu, pengalaman-pengalaman yang dilalui mematangkan mereka.
– badar – bertawajjuh pada Allah
– uhud – taat amir
– pasar bani qainuqa’ – strategi dan helah
– badar II – kafir itu tidak bersatu hatinya

Umat Islam diserang oleh parti parti yang bersifat keagamaan, kebangsaan dan keduniaan. Selama sekitar sebulan, bulan Syawal hingga Zulkaedah, dikepung dan diserang.

Ahzab jama’ bagi Hizb yang bermakna parti/kumpulan.

Bagaimana umat Islam boleh bertahan dalam al Ahzab dan berjaya mematahkan musuh. Semua pengalaman dalam ghuzwah yang terdahulu telah diamalkan. Dalam Al Ahzab kebanyakan ahli Badar terlibat. Mereka telah menunjukkan kepada sahabat-sahabat yang junior di dalam saat getir sebulan dalam kepungan dan parit mereka tawajjuh kepada Allah swt. Disaat getir ini, diceritakan akan cerita Huzaifah dalam keadaan kekurangan pakaian dan cuaca sejuk yang membungkam tulang taat akan arahan Rasulallah saw untuk menjadi pengintip, walaupun beliau ada peluang untuk memanah Abu Sufyan di kala misi intipan ini, beliau taat, seperti taatnya pasukan yang taat menjaga bahagian belakang di dalam Uhud.

Kalau baca Sirah Syaikh Abul Hasan Ali An Nadwi, perang al Ahzab digambarkan kemuncak serangan akliyah dan imaniyyah umat Islam. Beliau menggambarkan serangan serangan al Ahzab akan terus berlaku sepanjang zaman. Jika kita tidak menyerang (berdakwah) maka bersiap sedialah kita akan di serang (dakyah). Siapa pernah mengalami pengalaman seperti dalam Al Ahzab, di asak dari pelbagai kumpulan, menyesakkan akal, merosakkan iman, jiwa memberontak dan hati terbentak. Mungkin pengalaman kita 1/1000 bahagian sahaja dari peristiwa al ahzab yang sebenar..

Ada beberapa persoalan teknikal dalam al Ahzab:

1. Kemampuan spy / perisik orang Islam hingga dapat menghidu pakatan kumpulan-kumpulan musuh.

2. Projek membina Parit sempat dibuat walaupun 10,000 telah berhimpun di luar Madinah.

Daripada 2 isu teknikal ini apa yang kita ambil pengajaran:

1. Peka dengan perkembangan semasa / keadaan semasa

2. Bersiap sedia melakukan tindakan drastik dengan keupayaan yang ada.

Dalam menguruskan amalan agama dan institusi agama, 2 perkara ini sangat penting, misalnya jika kawasan kita yang dahulunya selamat kemudian kita dengar berita pecah rumah, ianya menjadi ancaman kepada keselamatan kediaman kita. Usaha-usaha risikan dan menjaga keselamatan dengan lebih ketat lagi perlu di buat serta merta.

Dalam aspek yang menguruskan agama Islam di negara Islam juga perlu mengambil 2 perkara ini dalam menangani serangan dan mengukuhkan keselamatan dan kemakmuran orang Islam.

Selepas serangan hebat ini reda, pasukan Muslim mendapat maklumat bahawa Yahudi Bani Quraizah telah belot dengan perjanjian yang dipersetujui sebelum ini. Lagi sekali dalam keadaan konflik dan ketegangan satu perkara dan kata kunci yang sangat penting PEKA.

Inilah antara faktor kejayaan Rasulallah saw dan sahabat radhiaAllahu anhum. Mereka PEKA dengan keadaan, dalam situasi kita di ancam PEKA dan SENSITIF adalah sifat yang sangat penting. Kini masa untuk umat Islam menyerang, menyerang dan menyerang.

Apabila kita telah berada di dalam keadaan KUAT dan BERKUASA, bertindak dengan bijak dan mengatur langkah untuk menyerang adalah pilihan seorang pemimpin yang bijak.

Apa yang berlaku di Rusia dan Turki adalah perkara yang sama.

Di saat Islam tidak kuat dan lemah di awal tahun 2000 mereka mengumpulkan kekuatan, manakala setelah mereka ada kekuatan pada 2011, dengan berindikasikan serangan dari musuh dapat dipatahkan. Mereka bertindak menyerang fahaman fahaman sekular dan komunisme dengan memasukkan nilai nilai Islam.

Dalam perang Bani Quraizah 500-600 Yahudi di tawan dan di penggal kepalanya.

Panjang Parit yang dibina sewaktu perang Al Ahzab lebih kurang 5km

3000 lebih sahabat terlibat dalam projek penggalian parit dan diriwayatkan mengambil masa 6 hari untuk disiapkan.

Sahabat sahabat di pecahkan kepada kumpulan 10 orang bagi setiap bahagian. 5000 meter / 300 kumpulan = ~16 meter satu kumpulan. Menurut Dr Hamidullah kedalamannya kira kira 4.5 meter, siang dan malam tidak dapat dipastikan.

Dalam setengah buku sirah lebarnya di buat dengan cara setiap 10 kumpulan dilebarkan 40 hasta. Lebar biasa pula adalah 10 hasta, ini menurut ahli sirah.

Bagaimana projek ini boleh siap dalam masa 6 hari, kerana ianya di tunjukkan caranya oleh Rasulallah saw yakni sahabat melihat kesungguhan dan kejituan Rasulallah saw berusaha melindungi Madinah daripada ancaman musuh, yakni pada waktu itu adalah SEMUA Ummah, SELURUH Ummah.

Apa yang ditunjukkan adalah beginilah usaha dan sifat setiap ummat Islam dalam menjaga keselamatan Ummah. Sebanyak mana serangan yang dilancarkan, hendaklah kita berusaha untuk menjaga keselamatan ummah.

Seramai 10,000 musuh di luar dari kalangan Yahudi dan Arab Quraish ..

Sifat keummatan hanyasanya akan datang apabila kesatuan dalam menjaga Madinatun Nabi dirikan dahulu suasana Masjidun Nabawi maka kita akan dapat Madinatun Nabi dan perasaan Ummatun Nabi akan datang apabila kita sama-sama menjaga ummat di dalamnya..

Baik, kita masih dalam parit di Al Ahzab atau sudah berada di Lembah Bani Quraizah?

3 malam berturut-turut Rasulallah saw berdoa untuk di beri bantuan dalam Al Ahzab.

Allah swt telah datangkan bantuan dalam bentuk seorang Kafir Bani Ghatafan datang berjumpa dengan Rasulallah sawa, untuk memeluk Islam.

Siapakah nama lelaki yang masuk Islam di kala kegetiran perang Al Ahzab? Beliau adalah Nua’im Ibn Mas’ud. Beliau bersedia membuat apa sahaja yang diarahkan oleh Rasulallah saw. Rasulallah saw “beritahu oleh kerana kamu seorang buatlah apa yang kamu mampu” dan beliau telah berfikir dan membuat apa yang beliau mampu iaitu melakukan perang saraf dengan melemah kesatuan musuh dengan cara melemahkan kepercayaan antara musuh. Beliau telah pergi berjumpa Yahudi Quraizah memberitahu Kafir Quraish tidaklah bersungguh-sungguh untuk menghadapi orang Islam dan beliau berjumpa dengan Kafir Quraish dan Bani Ghatafan memaklumkan Yahudi Bani Quraizah telah kembali menyokong Rasulallah saw sehinggalah musuh musuh Islam itu telah hilang kepercayaan di antara sama sama lain. Dalam kecelaruan taktikal Allah swt telah mendatang angin kuat yang sangat sejuk mencengkam tubuh tentara Kafir yang berkhemah diluar Madinah.

Oleh kerana masing masing telah kalah dari segi psikologi dan telah patah semangat kerana perang yang panjang selama 25 hari masing masing telah mengambil keputusan untuk berundur dan begitulah apa yang terjadi di dalam Al Ahzab 25 hari yang sangat getir.

Menurut pendapat Aimmah yang Rasulallah saw telah solat 4 waktu di luar waktu semasa peperangan Al Ahzab .

Begitu suasana perang yang sangat sangat getir dan panjang.

Usai Al Ahzab belum pun mereka sampai ke sempadan masuk kota Madinah, Jibril as telah menyampai khabar akan ancaman Bani Quraizah dan belum pun sempat untuk menanggal pakaian perang Rasulallah saw telah meminta sahabat-sahabat untuk bersegera ke lembah Bani Quraizah dengan sabda baginda “Janganlah kami Solat Asar sehingga kamu sampai di lembah Bani Quraizah” dan perang Bani Quraizah pun berlaku.. seperti yang kita telah bincang.

Selepas Perang Bani Quraizah beberapa peristiwa dalam Tarajim Rasulallah saw.

Ancaman Al Ahzaab (pasukan-pasukan yang bersekutu)

Quraish dan Bani Ghatafan di Najd bersama dengan kabilah arab Badawi di sekitar Najd telah berpakat untuk menghancurkan Madinah. Kali ini dengan bilangan yang lebih besar dan perancangan yang lebih rapi kerana hampir genap setahun Quraish menanti saat-saat untuk mengatur pakatan ini.

Perang Al Ahzab satu satunya perang yang dinamakan Surah Al Qur’an dengannya.

Dalam surah Al Ahzab sarat dengan hukum ahkam berkaitan hubungan sesama manusia.

Hampir seluruh orang Kafir baik Yahudi, Arab dan Habshi yang tinggal berhampiran Madinah bersekutu menghancurkan Islam. 10,000 bala tentera dengan bilangan ini mereka hanya perlu melanyak sahaja Madinah dengan bilangan mereka akan hancur leburlah Madinah.

Dalam Sahih Al Bukhari, Al İmam memulakan dengan hadis.. İbn Umar ra.

“Telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id, dari ‘Ubaidullah, dia berkata, telah mengabarkan kepadaku Nafi’, dari Ibnu Umar, radliallahu ‘anhuma bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendapatinya dalam barisan perang Uhud ketika berusia empat belas tahun, namun beliau tidak mengizinkannya, dan kemudian beliau kembali menemukannya dalam barisan perang Khandaq, ketika ia berusia lima belas tahun, beliau akhirnya mengizinkannya.”

Perang Khandaq memerlukan tenaga manusia yang ramai, untuk membuat Parit di bahagian laluan masuk Madinah diarah Mekah dan Najd..

Syawal 5H.

“Telah menceritakan kepadaku Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz, dari Abu Hazim, dari Sahl bin Sa’d, radliallahu ‘anhu, dia berkata, “”Kami pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada perang Khandaq, sementara para sahabat tengah menggali parit, sedangkan kami yang mengangkuti tanah di atas pundak kami. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian bersabda: “”Ya Allah, tidak ada kehidupan (yang hakiki) kecuali kehidupan akhirat, maka ampunilah kaum Muhajirin dan Anshar.” Rasulullah SAW bersama sama menggali parit.

“Telah menceritakan kepada kami Khallad bin Yahya, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid bin Aiman, dari Ayahnya, dia berkata, aku pernah menemui Jabir, radliallahu ‘anhu, “”Ketika kami menggali parit pada peristiwa khandaq, sebongkah batu yang sangat keras menghalangi kami, lalu para sahabat menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka berkata, “”Batu yang sangat keras ini telah menghalangi kami dalam menggali parit, lalu beliau bersabda: “”Aku sendiri yang akan turun.”” Kemudian beliau berdiri (di dalam parit), semntara perut beliau tengah diganjal dengan batu (karena lapar). Semenjak tiga hari kami lalu tanpa ada makanan yang dapat kami rasakan, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil kampak dan memukulkan pada batu tersebut hingga ia menjadi pecah berantakan -atau hancur-. Aku lalu berkata, “”Wahai Rasulullah, izinkanlah aku untuk ke rumah.”” Setelah itu kukatakan kepada isteriku, “”Aku melihat pada diri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sesuatu yang aku sendiri tidak tega melihatnya, apakah kamu memiliki sesuatu (makanan)?”” isteriku menjawab, “”Aku memiliki gandum dan anak kambing.””

Kemudian ia meniyembelih anak kambing tersebut dan membuat adonan gandum hingga menjadi makanan dalam tungku, setelah itu aku menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, sementara adonan mulai matang, dan periuk berada di antara dua tungku api dan hampir masak, maka aku berkata, “”Aku memiliki sedikit makanan, “” maka berdirilah wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersama dengan satu atau dua orang saja. Beliau bersabda: “”Untuk berapa orang?”” Lalu aku memberitahukan kepada beliau, beliau bersabda: “”Tidak mengapa orang banyak untuk datang.”” Beliau bersabda lagi: “”Katakan kepada isterimu, jangan ia angkat periuknya dan adonan roti dari tungku api hingga aku datang.”” Setelah itu beliau bersabda: “”Bangunlah kalian semua.”” Bergegas kaum Muhajirin dan Anshar berdiri berangkat, ketika Jabir menemui Isterinya, dia berkata, “”Waduh, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah datang bersama kaum Muhajirin dan Anshar serta orang-orang yang bersama mereka.”” Isteri Jabir berkata, “”Memang beliau (Rasulullah) memintamu yang demikian?”” Jabir menjawab, “”Ya, begitu.”” Lalu Rasulullah berkata: “”Masuklah dan jangan berdesak-desakan.””

Kemudian Rasulullah mencuil-cuil roti dan ia tambahkan dengan daging, dan ia tutup periuk dan tungku api. Selanjutnya beliau ambil dan beliau dekatkan kepada para sahabatnya. Lantas beliau ambil kembali periuk itu dan terus menerus beliau lakukan antara mencuili roti dan menciduknya hingga semua sahabat kenyang dan masih menyisakan sisa. Setelah itu beliau bersabda: “”Sekarang makanlah engkau (maksudnya isteri Jabir) dan kalau bisa, hadiahkanlah kepada yang lain, sebab orang-orang, banyak yang masih kelaparan.”

Wallahu’alam.

Komen dan Soalan