Utama Bilik (53) AlQuran Harfiyyah Wa I'rab Terjemahan Harfiyyah – Al-Baqarah

Terjemahan Harfiyyah – Al-Baqarah

1157
0
Iklan

ذلك الكتاب لا ربب فيه هدى للمتقين

Kitab al quran ini tidak ada sebarang syak padanya, ia pula menjadi pertunjuk kepada orang ( yang hendak) bertaqwa.

ذلك : اسم إشارة مبني على السكون في محل رفع مبتدأ

Kata tunjuk yang dibina ( berbaris mati) dengan sukun , ianya ditempat rofa’ mubtadak

الكتابُ : صفة أو بدل من اسم

الإشارة ( ذلك ) مرفوع مثله علامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره

Sifat atau kata susulan dari isim isyaroh ذلك hukum i’rabnya marfu’ sesuai dengan mubdal minhu, dan tanda rofa’nya dzommah yang jelas diakhirnya.

لا : أداة نافية للجني

La nafi jenis, maksudnya la yang diikuti katanama selepasnya.

رببَ : اسم ( لا ) مبني على الفتحة

في محل نصب

Kata nama bagi لا dibina dengan fathaj رببَ , ianya ditempat nasab

فيه : ( في ) حذف جر و ( ه ) ضمير متصل للغائب

Fi huruf jar ( kata sendi ) dab hu
Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki mufrad.

هدى : خبر مبتدأ ( ذلك ) مرفوع بالضمة المقدرة على آخره الألف المقصورة منع من ظهورها التعذر.

Khabar (prideket) bagi mubtadak ذلك hukum i’rabnya mansub dengan dzommah yang hanya diperkirakan kerana diakhirnya alif maqsuroh ى terhalang dari zohirnya ( jelas dan dapat dilihat) oleh kerana ى terdiri dari huruf i’llah ( lemah).

للمتقين : اسم مجرور باللام و علامة
جره الياء لأنه جمع مذكر سالم و

المون عوض من التنوين .

Muttaqiin : kata nama hukumnya majrur disebabkan huruf jar ل dan tanda jarnya huruf ي kerana kalimah muttaqun dari golongan jamak muzakkar salim. Akhirnya huruf nun sebagai ganti tanwin bilamana ianya mufrad.

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيبِ و يُقيمونَ

الصَّلاةَ وَ مِمَّا رَزَقْنا هُمْ يُنْفِقُونَ (3 )

الذين : orang2 yang

يؤمنون : beriman

بالغيب : dengan sesuatu yang ghaib

و : dan

يقيمون : mereka yang mendirikan

الصلاة : solat
و : dan

مما : (membelanjakan)
Dari apa yang

رزقنا : rezeki yang kami kurniakan

هم : kepada mereka

ينفقون : mereka belanjakan.

الإعراب

الذين : اسم موصول مبني على الفتحة في محل جر صفة للموصوف ( المتقين ) في الآية الكريمة السابقة. و يجوز أن يكون في محل رفع خبرا لمبتدأ محذوف تقديره ” هم الذين ”

Kata penghubung di bina dengan baris atas di tempat jar kerana ia sifat bagi yang disifati
Iaitu ( المتقين ) yang terdapat pada ayat yang lepas. Atau boleh jadi hukum rofa’ bertempat khobar bagi mubtadak yang dihazafkan takdirnya هُمْ الذين.

يؤمنون : فعل مضارع مرعوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة التي ترفع بثبوت النون و تنصب و تجزم بحذف النون الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja yang sedang berlaku hukum i’rabnya marfu’ kerana bebas dari yang menasabkan dan yang menjazamkan dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan nun kerana ia terdiri dari afal khamsah yang dirofa’kan dengan mengekalkan nun serta hazaf nun ketika nasab dan jazam dan huruf wau adalah dzomir muttasil dibina dengan sukun kerana berkedudukan sebagai fa’il.

ب – حرف جر

الغيب : اسم مجرور بالباء و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره الجر و المجرور ” بالغيب ” معلق بيؤمنون و جملة فعلية ” يؤمنون بالغيب ” صلة الموصول ” الذين ” لا محل لها إعرابها.

Isim yang dimajrurkan dengan huruf jar ب dan tanda jarnya baris bawah jelas diakhirnya di mana jar dan majrur بالغيب
ada kaitan dengan  orang beriman يؤمنون dan jumlah f’iliah يؤمنون بالغيب adalah silah al mausul bagi الذين.

و : حرف عطف

يقيمون : فعل مضارع مرفوع علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja sedang berlaku, hukum i’rabnya marfu’ . Dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan nun kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima.

الصلاةَ : اسم منصوب وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة في آخره في محل نصب مفعول به.

Isim yang hukum i’rabnya mansub. Tanda nasabnya baris atas yang jelas diakhirnya berkedudukan nasab kerana objek yang dikenai perbuatan.

و مما رزقنا هم

الواو : استئنافية : yang bermaksud dan

من : حرف جر

ما : الاسم الموصول المدغم به حرف الجر ” من ” مبني على السكون في محل جر بمن الجر و المجرور ” مما ” متعلق بينفقون.

Kata penghubung yang dimasukkan ke dalam huruf jar iaitu من dibina dengan suku yang berada di tempat jar dengan huruf jar من . Jar dan majrur itu ada kaitan dengan perkataan ينفقون .

رزق : فعل ماضي ماضي مبني على السكون لإتصاله بضمير الرفع ” نا ”
صمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل .

هم : ضمير الغائبين مبني على السكون في محل نصب مفعول به أو تعرف الهاء صمير متصلا مبنيا على الضم في محل نصب مفعول به و الميم علامة الذكور .

Kata kerja yang telah lepas dibina dengan sukun kerana bersambung dengan dzomir rofa’ نا iaitu kata ganti diri bersambung yang juga dibina dengan sukun bertempat sebagai فاعل (pelaku perbuatan)
هم:

Ganti diri orang ketiga ramai dibina dengan sukun berada di tempat nasab sebagai مفعول به ( yang dikenai perbuatan) atau dikenali huruf ه itu dhomir sebagai ganti diri bersambung dibina dengan dzommah berada di tempat nasab sebagai مفعول به dan huruf م ialah tanda jamak bagi lelaki dan ayat رزقناهم adalah silah al mausul bagi ما.

ينفقون : فعل مضارع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسةو الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja sedang berlaku, yang bebas dari faktor nasab dan jazam dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf ن kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima da huruf و adalah ganti diri bersambung dibina dengan sukun bertempat sebagai فاعل ( pelaku perbuatan)

* sukun ialah tanda mati bagi kata kerja muzori’ yang tidak bersambung diakhirnya sesuatu.

وَ – dan

الَّدينَ – orang2 yang

يُؤْمِنُونَ – beriman

بِ – dengan

ما – apa yang

أُنْزِلَ – telah diturunkan

إلى – kepada mu
( Muhammad )
و – dan

ما – apa yang

أُنْزِلَ – telah diturunkan

من قبل – sebelum

ك – kamu

و – dan

بِ – dengan adanya

الأخرة : hari akhirat

هم : mereka

يوقنون : yakin

وَ : عاطفة – Huruf penyambung

الذين : اسم موصول مبني على الفتح في محل جر أو في محل رفع لأنه معطوف على اسم موصول ” الذين” في الآية الكريمة السابقة

Kata nama penghubung dibina dengan fathah berkedudukan jar atau rofa’ kerana dihubungkan dengan kata nama penghubung ” الذين ” yang terdapat didalam ayat 4 yang lepas.

يُؤْمِنُونَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة. و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل. و الجملة الفعلية ” يؤمنون” و ما بعدها صلة الموصول.

Kata kerja yang hukum i’rabnya marfu’ yang bebas dari faktor yang menasabkan dan faktor yang menjazamkan. Tanda rofa’nya mengekalkan huruf ن oleh kerana ia terdiri dari kata nama yang lima الأفعال الخمسة . Dan huruf و ganti nama bersambung dibina dengan sukun berkedudukan sebagai rofa’ fa’il ( pelaku perbuatan ) dan kata kerja يؤمنون dan apa yang selepasnya adalah mempunyai hubungan dengan
Kata penghubung ” الذين ”

ب : حرف جر – kata sendi

ما : اسم موصول مبني على السكون في محل جر بالباء و الجر و المجرور “بما ” متعلق بيؤمنون وما معنى ” الذي ”

Kata penghubung dibina dengan sukun berkedudukan jar dengan huruf ب . Jar dan majrur ( بما ) ada hubung kait dengan يؤمنون . Dan ما tersebut bermakna “yang ” ( الذي )

أُنْزِلَ : فعل ماضي مبني للمجهول مبني على الفتح و نائب فاعل ضمبر مستتر تقديره ” هو ” و الجملة الفعلية ” أنزل ” صلة الموصول ( ما).

Kata kerja yang lepas berbentuk fasif ( المجهول ) dibina dengan fathah dan نائب فاعل ( pengganti pelaku perbuatan ) ialah ganti nama tersembunyi yang diperkirakan sebagai هو da kata kerja أنزل adalah silah al mausul bagi ما .

من : حرف جر – kata sendi

قبل : ( ظرف الزمان ) اسم مجرور ب “من ” و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره و هو مضاف و الكاف ضمير متصل للمخاطب مبني على الفتح في محل جر بالإضافة و الجر و المجرور ” قبلك ” متعلق بفعل ” أنزل ”

( keterangan masa ) kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar من dan tanda jarnya baris bawah ( الكسرة ) yang jelas di akhirnya sedangkan kedudukannya ialah mudzof ( مضاف ) dan huruf ك ialah ganti nama bersambung (ضمير متصل ) bagi orang kedua lelaki ( المخاطب ) dibina dengan fathah, kedudukan ditempat jar kerana sandaran ( بالإضافة ) dan jar serta majrur ( قبلك ) ada hubungan dengan kata kerja ( أنزل ).

و بالأخرة

و : استئنافية – permulaan

ب : حرف چر – kata sendi

الأخرة : اسم مجرور بالباء و علامة جره الكسرة الظاهرة فى آخره و الجر و المجرور ( بالأخرة ) متعلق ب يوقون.

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar ب dan tanda jarnya ialah baris bawah (الكسرة ) yang jelas di akhirnya . Jar serta majrur ini ada hubungan dengan ( يوفنون ) iaitu yang terdapat di akhir ayat

هم يوقنون

هم : ضمير رفع منفصل مبني على السكون في محل رفع مبتدأ.

Ganti nama yang berpisah ( ضمير منفصل ) dalam kedudukan rofa’ (رفع ) berkedudukan sebagai mubtadak ( المبتدأ ) .

يوفنون : فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة و الجملة الفعلية ( يوقمون ) في محل رفع خبر المبتدأ ( هم ) و الجملة الاسمية ( يوقنون ) في محل نصب حال.

Kata kerja sedang berlaku (مضارع ) hukum i’rabnya marfu’ kerana bebas dari faktor nasab dan jazam dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf ن kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima dan kata kerja itu ( يوقمنون ) bertempat sebagai khabar mubtadak ( خبر للمبتدأ ) bagi هم dan jumlah ismiah ( هم يوقنون ) sebagai nasab kerana dalam kedudukkan ( حال ) menerangkan keadaan .

أولئك على هدى من ربهم وأولئك
هم المفلحون.

أولئك : mereka itu lah

على هدى : yang tetap mendapat pertunjuk

من :dari

رب : tuhan

هم : mereka

و : dan

أولئك : mereka itu lah

هم المفلحون :orang orang yang berjaya.

أولئك : اسم إسارة مبني على الكسر في محل رفع مبتدأ

Kata tunjuk dibina dengan baris bawah ( kasroh ) berkedudukan sebagai subjek (مبتدأ) dan ك dihujungnya huruf khitab ( yang dihadapkan)

على : حرف جر – kata sendi

هدى : اسم مجرور بعلى و علامة جره الكسرة المقدرة على آخره

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dan tanda jarnya baris bawah yang diandaikan ke atas alif kerana alif bersifat lemah untuk menerima baris bawah.

من : حرف جر – Kata sendi

رب : اسم مجرور بحرف الجر “من”
و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره و هو مضاف.

Kata nama yang hukum i’rabbya majrur denan huruf kat من dan tanda jarnya baris bawah كسرة jelas diakhirnya dan ia berkedudukan sebagai muzof.

هم : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل جر مضاف إليه.
Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati السكون berkedudukan jar kerana ia mudzof ilaih. مضاف إليه.

و: حرف عطف : huruf (kata penghubung)

أولئك : اسم إشارة مبني على الكسر في محل رفع مبتدأ لأنه معطوف على اسم إشارة ” أولئك ” في أول الجملة.
Kata tunjuk dibina dengan baris bawah كسرة berkedudukan sebagai rofa’ mubtadak kerana dihubungkan dengan أولئك yang terdapat di awal ayat.

هم: ضمير منفصل مبني على السكون الذي حرك بالضم للوصول الساكنين في محل رفع مبتدأ ثان.

Ganti nama bersambung dibina dengan sukun السكون pada asalnya, tetapi dibariskan dengan dommah kerana bersambung ال bertanda mati berkedudukan sebagai rofa’ mubtadak yang kedua.

المفلحون : خبر مبتدأ “هم” اسم مرفوع وعلامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر سالم .
Khabar mubtadak bagi هم ( prediket bagi hum) hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya huruf waw و kerana ia terdiri dari jamak lelaki di mana mufradnya مفلح. Manakala huruf nun ن dihujungnya ganti tanwin yang dibariskan ketika ianya mufrad – مُفْلِحٌ

إِنَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوا سَوَآءٌ عَلَيهِمْ

ءَأَنْذَرْتَهًمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمٌ لَا يُؤْمِنُونَ

Terjemahan harfiah

إِنَّ – sesungguhnya

الَّذينَ : orang orang yang

كَفَرُوا : telah kafir

سَوَآءٌ : sama sahaja

عَلى : ke atas

هِمْ : mereka

ءَ : sama ada

أَنْذرْتَ : kamu beri ancaman

هُمْ : kepada mereka

أَمْ : atau

لَمْ : tidak

تُنْذِرْ : kamu beri ancaman

هُمْ : kepada mereka

لَا : mereka tidak

يُؤْمِنونَ : beriman

Terjemahan bahasa melayu

Sesungguhnya orang orang kafir sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu ( muhammad) memberi ancaman kepada mereka ataupun kamu (muhammad ) tidak memberi ancaman kepada mereka, mereka tetap tidak beriman.

الإعراب

إِنَّ – حرف نصب أو توكيد

Hurup nasab ( عامل نصب ) atau taukid ( penegas )

ينصب الأول – الاسم و يسمى اسمه
ويرفع الثاني يسمى خبره

Kata nama pertama ( selepas inna) dii’rab nasab diistilahkan sebagai kata nama bagi nya, iaitu اسم إن . Merofa’kan katanama yang kedua dinamakan ( diistilahkan ) khobarnya ( prediket bagi إنَّ.

الَّذينَ : اسم موصول مبني على الفتح في محل نصب اسم إنَّ

Kata penghubung dibina dengan baris atas فتحة berkedudukan nasab kerana kata nama bagi inna اسم إنَّ.

كَفَرُوا : الجملة الفعلية : وهي فعل ماض مبني على الضم لاتصاله بواو الجماعة . والواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة.

Kata kerja: kata kerja masa lepas فعل ماض dibina dengan baris hadapan ضمة kerana disambung akannya dengan wau jamak ( و ) dan wau itu ialah ganti nama bersambung dibina dengan baris mati السكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan. Dan huruf alif selepas wau sebagai pembeza antara wau dzomir dengan wau kata asal dari فعل مضارع.

سَوَآءٌ : خبر مقدم مرفوع و علامة رفعه الضمة الظاهرة فى آخره.

Khobar ( pridiket ) yang didahulukan hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan الضمة di akhirnya.

على : حرف جرّ : Kata sendi

هِمْ : ضمير متصل مبني على السكون في محل جر ب على .

Ganti nama bersambung dibina dengan baris mati السكون berkedudukan sebagai jar ( hukum i’rabnya majrur)

ءَ : همزة التشوية
Hamzah yang bermaksud sama ada.

أَنْذَرْ : فعل ماض مبني على السكون لاتصاله بضمير الرفع المتحرك ، ضمير المخاطب .

Kata kerja kala lepas dibina dengan sukun السكون kerana bersambung akannya ganti nama berkedudukan rofa’ yang berbaris iaitu ganti nama orang kedua lelaki

تَ : و التاء ضمير متصل، ضمير المخاطب مبني على الفتح في محل رفع فاعل.

Huruf تاء ialah ganti nama bersambung bagi orang kedua lelaki dibina dengan baris atas berfungsi sebagai pelaku perbuatan. فاعل

هُمْ : ضمير الغائبين مبني على السكون في محل نصب مفعول به، أو تكون الهاء ضميرا متصلا مبنيا عل الضم في محل نصب مفعولا به و الميم علامة جمع الذكور.

Ganti nama orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris hadapan الضمة berkedudukan sebagai yang dikenai perbuatan ,atau boleh di i’rab bermula dengan huruf هاء ,iaitu hurug ha ialah ganti nama yang bersambung dibina dengan baris hadapan الضمة berkedudukan sebagai yang dikenai perbuatan مفعول به manakala huruf mim م adalah tanda jamak lelaki..

أَمْ : حرف عطف للتسوية
Kata penghubung yang digunakan selepas istifhan ءَ
Makna التسوية untuk menunjukkan persamaan.

لَمْ : حرف نفي و جزم

Huruf nafi dan berfungsi sebagai amil jazam bagi kata kerja sedang مضارع yang membawa maksud nafi kata kerja lepas ماض.

تْنـذِرْ : فعل مضارع مجزوم ب لم و علامة جزمه السكون الظاهر على آخره و الفاعل ضمير مستتر تقديره أنت .

Kata kerja sedang berlaku, di i’rab sebagai majzum kerana didahului oleh لم ، dan tanda jazamnya baris mati السكون yang jelas di akhirnya manakala pelaku perbuatannya ganti nama bersambung yang diandaikan kepada ” أنت ”

هُمْ : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل نصب مفعول به .

Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati السكون berkedudukan sebagai yang dikenali perbuatan مفعول به.

لا : نافية – nafi
يُؤْمِنونَ : فعل مضارع مرفوع وعلامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة
Kata kerja sedang berlaku hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima الأفعال الخمسة

خَتَمَ اللهُ على قُلُوبِهِمْ و على سَمْعِهِمْ
وَعلى أَبْصَارِهِم غِشَوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ
عَظِيْمٌ – ( ٧ )

خَتَمَ – telah menutup

اللهُ – oleh Allah

على – ke atas

قُلُوبِ – hati

هِمْ – mereka

وَ – dan

على – ke atas

سَمْعِ – pendengaran

هِمْ – mereka

وَ – dan

على – ke atas

أبـصَارِ – penglihatan

هِمْ – mereka

غِشَاوَةٌ – penutup

وَ – dan

لَ – bagi

هُمْ – mereka

عَذَابٌ siksa

عَظِيـمٌ – besar

Terjemahan: ( dengan sebab keingkaran mereka ) Allah memetrikan atas hati mereka serta pandangan mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutup, dan bagi mereka pula disediakan siksa yang amat besar.
الإعراب

خَتَمَ : فعل ماض مبني على الفتحة وفاعله ضمير مستتر تقديره ” هو “.

Kata kerja masa lepas ماض kekal baris dengan fathah dan pelaku perbuatannya ganti nama yang tersembunyi yang ditakdirkan kepada dia هو.

اللهُ – لفظ الجلالة اسم مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره في محل رفع فاعل.

Lapaz yang maha agung (الله ) kata nama اسم yang hukum i’rabnya marfu’ مرفوع , tanda rofa’nya رفع baris depan ضمة yang jelas diakhirnya berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل.

على – حرف جر – kata sendi

قُلُوبِ – اسم مجرور ب على و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره و هو مضاف .
Kata nama yang hukum i’rabnya majrur, tanda jarnya baris bawah كسرة jelas diakhirnya dan ia berkedudukan sebagai mudzof مضاف.

هم – ضمير للغائبين مبني على السكون في محل جر مضاف إليه. و الجار و المجرور ( على قلوبهم ) متعلق ب خَتَمَ بمعنى : طبع أي أغلقها.
Ganti nama (هم ) bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati berkedudukan jar mudzof ilaih dan jar dan majrur itu على قلوبهم ada hubung kait dengan telah menutup ختم dengan membawa maksud طبع cop di mana أغلقها menutupnya.

وَ – الواو حرف عطف
Wau adalah huruf penghubung.

على – حرف جر -kata sendi

سَمْعِ – اسم مجرور بحرف جر ” على” وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره و هو مضاف

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar على , tanda jarnya baris bawah كسرة
yang jelas diakhirnya sedangkan ia berkedudukan sebagai mudzof مضاف .

هم – صمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل جر بالإضافة
Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati berkedudukan sebagi jar kerana idzofah ( مصاف إليه ).

و – الواو حرف استئناف
Huruf wau istiknaf ( permulaan)

على – حرف جر – kata sendi

أبصارِ – اسم مجرور بحرف جر “على” وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره و هو مضاف.

Kata nama hukum i’ranya majrur dengan huruf jar على dan tanda jarnya baris bawah

هم – ضمير متصل للغائبين في محل جر مضاف إليه مبني على السكون.
Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai berkedudukan di tempat jar sebagai mudzof ilaih مضاف إليه
Ianya dibina dengan baris mati.

عشاوة – مبتدأ مأخر مرفوع بالصمة الظاهرة في آخره بمعنى لا يبصرون الهدى ولا يعقلون.

Kata nama berkedudukan sebagai subjek hukum i’rabnya marfu’ مرفوع dengan baris depan ضمة yang jelas diakhirnya terkandung makna ( mereka tidak melihat pertunjuk dan tidak berfikir )

و – الواو حرف استئناف

ل – حرف جر ( ملكية )
Kata sendi berfungsi menunjukkan milik.

هم – ضمير متصل للغائبين ميني على السكون في محل جر بحرف جر اللام

Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati سكون di tempat jar dengan huruf jar lam اللام

( لهم ) متعلق بخبر مقدم

Lahum ada hubung kait dengan prediket yang didahulukan.

عذابٌ – مبتدأ مأخر مرفوع بالضمة الظاهرة في آخره.

Subjek yang diakhirkan hukum i’rabnya maffu’ مرفوع dengan baris depan ضمة yang jelas diakhirnya.

عظيمٌ – نعت ( صفة ) للموصوغ
” عذاب ” مرفوع مثله وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في أخره
Sifat bagi yang disifati iaitu azab عذاب marfu’ sepertinya. Dan tanda rofa’nya baris depan jelas diakhirnya.

كُلَّمآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوا فِيْهِ ……….

Setiap kali kilat itu menerangi mereka, mereka berjalan dengan cahayanya

Makna Harfiah:

كُلَّمَآ : Setiap kali

أَضَآءَ : Menerangi

لَهُمْ : Untuk mereka

مَّشَوا : Mereka berjalan

فِيهِ : dengannya

I’rab :

كُلَّمَآ : اسم منصوب نيابة الظرفية الزمانية وهو مضاف

Kullama : Kata nama yang hukum i’rabnya mansub منصوب menduduki keterangan masa berlakunya perbuatan ( أضآء – مشوا ) dan ia sebagai مضاف .

مَا : مصدرية : و ” ما ” و ما بعدها في تأويل مصدر و في محل جر بالإضافة

Maa : Dinamakan masdayiyyah ,dan sesuatu yang dapat selepasnya di takwilkan hanya sebagai masdar dan berkedudukan مضاف إليه dari perkataan كُلَّ.

أَضَآءَ : فعل ماض مبني على الفتح و الفاعل ضمير مستتر فيه جوازًا تقديره ” هو ” يعود على البرق.

Adhooa : Kata kerja menunjukkan masa lampau. Dibina dengan baris atas فتحة ( kekal) dan pelaku perbuatanya ada ganti nama tersembunyi ( tersirat dalam kata kerja) yang ditaqdirkan kepada هو yang merujuk kepada البرق ( kilat )

لَهُم : اللام حرف جر
Lam ialah huruf jar

الهاء : ضمير متصل مبني على الضم في محل جر بحرف الجر اللام و الميم علامة جمع الذكور أو تكون ” هم ” ضميرا متصلا للغائبين مبنيا على السكون في محل جر باللام و الجر و المجرور ” لهم ” متعلقة بالفعل ” أضآء ”

Huruf ” ha ” ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris hadapan ضمة berkedudukkan jar dengan huruf jan ” lam ” dan huruf ” mim” dihujungnya tanda jamak lelaki ramai atau boleh dikatakan هم ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati سكون berkedudukan jar dengan huruf ” lam ” dan jar dan yang dijarkan الجر و المجرور itu ada kaitan dengan kata kerja ” أضآء ”

مَّشَوا : فعل ماض مبني على الضم المقدر و على الفتح المقدر على الألف المقصورة المحذوفة لاتصاله بواو الجماعة وبقيت الفتخة على الشين دالة على الألف المحذوفة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة و الجملة الفعلية ” مشوا ” مشبة لجواب الشرط .

Mashwa : Kata kerja yang menunjukkan masa lampau dibina dengan baris hadapan yang diperkirakan atau dengan baris atas yang diperkirakan kepada huruf alif maqsurah ” ى ” yang dibuang kerana bersambung dengan huruf wau tanda jamak, dan mengekalkan baris atas فتحة di atas huruf syiin ” ش ” menunjukkan ianya pengganti alif maqsurah ” ى ” yang dibuag tadi. Dan huruf yang sama itu juga ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan sukun berkedudukan rofa’ kerana ianya pelaku perbuatan فاعل dan huruf alif selepasnya ialah alif pembeza ( sama ada wau ganti nama atau wau asal yang terdapat di akhir kata kerja ) kata kerja مشوا ini seakan-akan jawab syarat bagi كامآ .

فيه : ” في” حرف حر
Fii : Kata sendi

هِ : الهاء ضمير متصل مبني على الكسر في محل جر بحرف الجر ” في ” الجر و المجرور ” فيه ” متعلق بمشوا .

Huruf الهاء : Ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris bawah berkedudukan jar dengan huruf jar ” في ” , jar dan yang dijarkan itu الجر و المجرور iaitu ” فيه ” ada kaitan dengan kata kerja مشوا

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامنَّا باللهِ وَ

يَوْمِ الأخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤمِنِينَ – ٨

وَ – dan
من – di kalangan
الناس – manusia
من – ada yang
يقول – berkata
ءامنا – kami beriman
وما هم – pada hal mereka tidak
بمؤمنين – beriman.

Dan dikalangan manusia ada yang berkata ” kami beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat” pada hal mereka sebenarnya tidak beriman.

الإعراب

وَ : الواو جرف استئناف.
Huruf wau yang bermakna dan berada di permulaan ayat.

مِنْ : حرف جر – kata sendi

الناس : اسم مجرور بحرف الجر ” من” و علامة جره الكسرة الظاهرة
في آخره ، و الجر و المجرور معلق بخبر مقدم.

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar من dan tanda jarnya baris bawah كسرة yang jelas diakhirnya, di mana jar dan majrur itu ada kaitan dengan khabar yang didahulukan.
مَنْ : اسم موصول بمعنى ” الذي”
مبني على السكون في محل رفع مبتدأ مؤخر.

Kata penghubung yang membawa maksud ” yang ” dibina dengan baris mati سكون
berkedudukan sebagai rofa’ mubtadak yang diakhirkan.

يَقُولُ : فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجزام و علامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره و الفاعل ضمير مستتر تقديره هو يعود على ” من” و الجملة الفعلية ،( يقول ) صلة الموصول ” من ”

Kata kerja sedang berlaku yang bebas dari faktor nasab dan jazam dan tanda rofa’nya baris depan الضمة yang jelas diakhirnya, di mana perlaku perbuatannya الفاعل adalah ganti nama tersembunyi yang ditaqdirkan kepada هو yang balik kepada “من” . Kata kerja
Ini ” يقول ” adalah صلة الموصول ada hubungan dengan ” من”.

ءامنا بالله : الجملة الفعلية في محل نصب مفعول به

Ayat yang bermula dengan kata perbuatan berkedudukan sebagai nasab ” yang dikenai perbuatan ” مفعول به

ءامنا : فعل ماض مبني على السكون لاتصاله بضمير المتكلمين ” نا ” ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja masa lepas ماض dibina dengan baris mati السكون dengan sebab bersambung dengan ganti nama bagi orang pertama mewakili orang lain ” نا ”

نا : ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Ganti diri bersambung dibina dengan baris mati السكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل.

بِ : حرف جر – Kata sendi

اللهِ : لفظ الجلالة : اسم مجرور بحرف جر بالباء و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره ، و الجر و المجرور ” باللهِ ” معلق بآمنا.

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar ب di mana tanda jarnya baris bawah الكسرة yang jelas diakhirnya. الجر و المجرور jar dan majrud بالله ada kaitan dengan ءامنا.

وَ : الواو حرف عطف
Huruf perhubung

بَ : حرف جر : kata sendi

اليومِ : اسم مجرور بحر الجر الباء و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره و الجر و المجرور ” باليوم ” معلق بآمنا أيضا

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar ب di mana tanda jarnya baris bawah الكسرة . Jar dan majrur itu ada hubungan dengan ءامنا

الآخر : صفة – نعت للموصوف
” اليوم ” مجرور و علامة جره الكسرة في آخره.
Sifat bagi yang disifati iaitu ” اليوم ” hukum i’rabnya sama dengan yang disifati موصوف iaitu baris bawah .

وَ : الواو حالية – wau hal

مَا : نافية بمنزلة ” ليس”

Huruf nafi yang bermaksud ” bukan”.

هُمْ : ضمير رفع منفصل مبني على السكون في محل رفع مبتدأ على لغة بني تميم أو اسم ” ما ” علي لغة الحجازيين.

Ganti nama berpisah berkedudukan sebagai rofa’ dibina dengan baris mati سكون
dan juga berkedudukan sebagai subjek مبتدأ bagi uslub bahasa bani tamin atau kata nama bagi ma ما bagi uslub bahasa hijaz.

بِ : الباء حرف جر زائدة لتأكيد معنى النفي.
Huruf jar tambahan berfungsi sebagai kata penegas bagi penafian و ما هم.

مؤمنين : اسم مجرور و علامة جره الياء لأنه جمع مذكر سالم .

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur di mana tanda jarnya dengan huruf الياء kerana ia terdiri dari jamak muzakkar salim.

و الله أعلم…. و أنا عبده فقير.

Bagi huruf بمؤمنين dalam ayat diatas dia datang selepas adanya huruf nafi و ماهم ، maka fungsinya ketika ini adalah sebagai penegasan terhadap pernafian itu, maka ب itu tidak lagi bermakna ” dengan” seperti makna asalnya, dari sinilah kita dapat mengenali ianya زائدة

يُخَادِعُونَ اللهَ وَ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَمَا

يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ- ٩

يُخَادِعُونَ : mereka memperdaya

اللهَ :

وَ : dan

الَّذينَ : orang 2 yang

ءَامَنُوا : beriman

وَ : pada hal

مَا : mereka tidak

يَخْدَعُونَ : memperdaya

إِلَّا : melainkan

أنْفُسَ : diri

هُمْ : mereka

وَ : sedangkan

ما : tidak

يَشْعُرُونَ : mereka sedar

Meraka (orang munafik ) saling memperdaya Allah dan orang2 yang beriman, pada hal mereka memperdayakan diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar.

الإعراب

يُخَادِعُونَ : فعل مضارع لتجرده عن
الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخسة،و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja sedang berlaku bebas dari faktor nasab dan jazam, tanda rofa’nya mengekalkan huruf nun kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima. Dan huruf wau و itu ganti diri bersambung dibina dengan baris mati السكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل .

اللهَ : لفظ الجلالة : مفعول به منصوب و علامة نصبه الفتحة الظاهرة على الهاء.

Lafaz yang maha agung (الله ) berkedudukan sebagai yang dikenai perbuatan, hukum i’rabnya mansub, tanda nasabnya baris atas الفتحة jelas di atas huruf الهاء .

وَ : الواو حرف عطف

Wau ialah huruf penghubung.

الَّذِينَ : اسم موصول مبني على الفتحة في محل نصب مفعول به لأنه معطوف على مفعول به منصوب لفظ الجلالة .

Kata penghubung dibina dengan baris atas الفتحة ، berkedudukan di tempat nasab diposisi yang dikenai perbuatan oleh kerana ia ( الذين ) dihubungkan dengan مفعول به yang pertama iaitu lafaz yang maha agung ( الله ) .

ءَامَنُوا : فعل ماض مبني على الضم لاتصاله بواو الجماعة، و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل، و الألف قارقة بين الأسماء و الأفعال.

Kata kerja kala lepas, dibina dengan baris depan الضمة kerana disambungkanya dengan huruf wau tanda jamak, dan huruf و tersebut adalah ganti diri bersambung yang dibina dengan baris mati yang berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل , dan huruf alif diakhirnya sebagai huruf untuk membezakan di  antara kata nama اسم dan kata perbuatan.

وَ : الواو استئنافية – rujuk i’rab yang lepas

مَا : نَافية – huruf nafi

يَخْدَعُونَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja sedang berlaku yang bebas dari faktor nasab dan jazam, dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima. Dan huruf wau ialah ganti diri bersambung di bina dengan baris mati السكون yang berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل.

إِلَّا : الإستثناء : pengecualian
( dalam kontek ayat ini ia tidak berfungsi sebagai faktor pengubah عامل.

أَنْفُسَ : مفعول به بيخدعون منصوب و علامة نصبه الفتحة الظاهرة في آخره و هو مضاف.

Ia adalah مفعول له ( objek yang dikenai perbuatan ) bagi kata kerja يخدعون , hukum i’rabnya mansub , dan tanda nasabnya baris atas الفتحة yang jelas kelihatan diakhirnya , dan juga berkedudukan pula sebagai kata sandaran مضاف.

هُمْ : ضمير الغائبين مبني على السكون في محل جر بالإضافة أو تكون الهاء ضمير ا متصلا مبنيا على الضمة في محل جر مضاف إليه و تكون الميم علامة جمع الذكور.

Ganti diri bagi orang ketiga lelaki ramai di bina dengan baris mati السكون di posisi jar kerana sandaran الإضافة atau huruf ha itu ialah ganti diri bersambung yang di bina dengan baris depan yang berkedudukan sebagai jar dan huruf mim di hujungnya tanda jamak bagi lelaki.

وَ : حالية – rujuk i’rab yang lepas

ما : نافية – penafian

يَشْعُرُونَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من لأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل. و الجملة الفعلية ” ما يشعرون ” في محل نصب حال.

Kata kerja sedang berlaku yang bebas dari faktor nasab dan jazam , hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya mengekalkan nun ن kerana ia terdiri dari kerja yang lima. Dan huruf wau ganti diri bersambung di bina dengan baris mati السكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل . Dan ayat فعلية
di hujungnya ” ما يشعرون ” berkedudukan nasab hal.

فِيْ قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا

وَلَهُمْ عَذَابٌ ألِيْمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Ayat ١.

فِي : di dalam

قُلُوبُ : hati

هِمْ : mereka

مَرَضٌ : ada penyakit

فَ : maka

زَادَ : tambah

هُمُ : mereka

مَرَضًا : penyakit

وَ : dan

لِ : bagi

هُمْ : mereka

عَذَابٌ : azab

أَلِيْمٌ : pedih

ب – bagi

ما : apa yang

يَكْذِبُونَ : mera\eka dustakan

Makna: dalam hati mereka (gulungan munafik ) terdapat penyakit ( syak dan hasad ) maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka , dan mereka pula beroleh siksa yang tidak terperi pedihnya dengan sebab mereka berdusta.

فِي : حرف جر : kata sendi

قُلُوبِ : اسم مجرور بحرف الجر “في” وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره وهو مضاف.

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan kata sendi “في” dan tanda jarnya baris bawah الكسرة pada akhirnya ( huruf akhir ) dan ianya berkedudukan sebagai muzof مضاف .

هِمْ : ضمير متصل للغاءبين مبني على السكون في محل جر بالإضافة و الجر و المجرور متعلق بخبر مقدم.

Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai dibariskan dengan tanda mati السكون berkedudukkan ditempat jar kerana sandaran بالإضافة , oleh itu jar dan majrur ada kaitan dengan prediket خبر yang didahulukan.

مَرَضٌ : مبتدأ مؤخر مرفوع بالضمة المنونة

Subjek مبتدأ yang diakhirkan hukum i’rabnya marfu’ مرفوع , tanda rofa’nya dengan baris dua dihadapan ,

ف : حرف استئناف: rujuk pada ayat2 yang lepas.

زَادَ : فعل ماض مبني على الفتحة ، الفاعل ضمير مستتر جوازا تقديره “هو” يعود إلى لفظ الجلالة

Kata kerja lepas dibina dengan baris atas (kekal) dan pelaku perbuatannya ganti nama tersembunyi yang diperkirakan kepada ” هو” yang kembali kepada lafaz yang maha agung iaitu Allah.

هُمْ : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون الذي حرك بالضمة لإشباع الميم أو لالتقاء السكنين في محل نصب مفعول له مقدم – مفعول الأول، أو تكون الهاء ضميرا متصلا مبنياعلى الضمة في محل نصب مفعول به أول ، و الميم علامة جمع الذكور و الفعل ” زاد ” يتعدي إلى مفعولين أو إلى م مفعول واحد.

Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai, dibina dengan baris mati tetapi digantikan dengan baris hadapan الضمة untuk menyempurakan vocalnya untuk bacaan wasal atau kerana bertemu dengan alif dan lam pada kalimah الله hukum i’rabnya nasab kerana berkedudukan sebagai ” yang dikenai perbuatan ” yang didahulukan, ianya ialah ” yang dikenai perbuatan ” yang pertama, atau الهاء boleh disebut sebagai ganti nama bersambung yang tidak berubah baris مبنيا dengan baris hadapan الضمة berkedudukkan sebagai مفعول به ” yang kenai perbuatan ” yang pertama dan huruf mim adalah tanda jamak lelaki, seterusnya kata kerja زاد kata kerja transirif untuk dua objek atau boleh satu objek.

اللّٰهُ : لفظ الجلالة فاعل مرفوع وعلامة رفعه بالضمة الظاهرة في آخره.

Lafaz yang maha agung sebagai pelaku perbuatan di mana hukum i’rabnya marfu’ yang tanda rofa’nya adalah baris hadapan الضمة yang jelas diakhirnya.

مَرَضًا : مفعول به ثان منصوب بالفعل و علامة نصبه الفتحة الظاهرة في آخره.

Objek “yang dikenai perbuatan” yang kedua oleh kata kerja زاد dan tanda nasabnya نصب ialah baris atas الفتحة yang jelas diakhirnya.

وَ : تيتئنافية ، lihat pejelasan di ayat-ayat yang lalu

لَ : حرف جر : kata sendi

هُمْ : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل جر بالاام أو تكون الهاء ضميرا مبنيا على الضمة في محل جر باللام و الميم علامة جمع الذكور والجر و المجرور متعلق بخبر مقدم

Ganti nama bersambung bagi orang lelaki ketiga ramai dibina dengan tanda mati السكون berkedudukan jar kerana didahului oleh lam ل atau huruf ha الهاء menjadi ganti nama yang mabni ( kekal baris ) dengan baris hadapan الضمة berkedudukan jar kerana didahului oleh huruf lam ل dan huruf mim م pula tanda jamak lelaki, jar dan majrur لهم ada hubungan dengan prediket خبر yang didahulukan.

عَذَابٌ : مبتدأ مؤخر مرفوع بالضمة الظاهرة على أخره.

Subjek مبتدأ yang diakhirkan hukum i’rabnya marfu’, tanda rofa’nya baris hadapan الضمة jelas diakhirnya.

أَلِيمٌ : صفة أو نعت للموصوف أو المنعوت ” عذاب” مرفوع مثله وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في أخره.

Kata sifat صفة bagi yang disifatkan

منعوت iaitu عذاب hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan الضمة jelas dihujungnya.

بِ : حرف جر : kata sendi

مَا : اسم موصول مبني على السكون في محل جر بالباء و الجر و المجرور معلق بعداب.

Kata nama penghubung di bina dengan baris mati السكون berkedudukan jar dengan huruf ba الباء jar dan majrur ini بما ada hubungan dengan عذاب .

كانوا : فعل ماض ناقص مبني على الضمة لإتصاله بواو الجماعة. الواو صمير متصل مبني على السكون في محل رفع اسم ” كان ” و الواو فارقة و الجملة الفعلية ” كانوا يكذبون ” صلة الموصول ” ما “.

Kata kerja lepas yang tak sempurna كانوا dibina dengan baris hadapan الضمة kerana bersambung dengan waw و jamak, waw jamak itu ialah ganti nama bersambung ضمير متصل yang dibina dengan baris mati السكون bertempat rofa’ kerana ia اسم كان. Dan huruf alif dihujungnya sebagai pembeza bagi huruf waw و tanda rofa’ atau و asal yang terdapat pada فعل مضارع. Ayat fi’liah كانوا يكذبون ialah silah al mausul bagi ما .

يَكْذِبُونَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الجملة الفعلية ” يكذبون ” في ممل نصب خبر ” كلنوا ”

Kata kerja sedang فعل مضارع hukum i’rabnya marfu’ kerana bebas dari amil nasab dan amil jazam , tanda rofa’nya dengan mengekalkan nun ن kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima, sedangkan huruf waw و sebelum nun ن ialah ganti nama bersambung yang dibina dengan baris mati السكون berkedudukan rofa’ pelaku perbuatan فاعل ,dan ayat fi’liah ” يكذبون ” di tempat nasab kerana ia prediket خبر bagi كانوا

انتهى.. و الله أعلم…

Komen dan Soalan