Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita Nota ke 70 (Umum)

Fiqh Wanita Nota ke 70 (Umum)

175
0
Iklan

 

#NourelChinta

S&J Fiqh Wanita 

 

Soalan 1

Solat sunat tasbih , adakah ia khilaf ? Ada sebarang hadith tak mengenai solat sunat tasbih syeikh?

Jawapan 1 Thtl

solat sunat Tasbih
hadithnya banyak, antaranya:
نْ عكرمة عَنْ ابنِ عبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ للعبَّاسِ ابنِ عَبْدِ المُطَّلِبِ : يَا عبَّاسُ يَا عَمَّاهُ ! الا أُعْطيكَ الا أَمْنَحُكَ الا أَحْبُوكَ الا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ ؟ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللهُ لَكَ ذَنْبَكَ : أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَ حَديِثَهُ خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيَرهُ سِرَّهُ وَعَلانِيَتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ : أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ في كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً فَإِذَا فَرَغْتَ مِنَ الْقِرَاءَةِ في أَوَّلِ رَكْعَةٍ فَقُلْ وَأَنْتَ قَائِمٌ : سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلا إِلهً إِلا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشَرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشَراً ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنَ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْراً ثُّمَ تَهْوِي سَاجِدَاً فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْراً ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنَ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْراً ثُمَّ تَسْجُدُ وَتُقُولُهَا عَشْراً ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْراً فَذلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ في كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذلِكَ في أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا في كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً – أخرجه أبو داوود وابن ماجه وابن خزيمة في صحيحه

Dari Ikrimah bin Abbas ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda kepada Al-Abbas bin Abdul Muttalib, “Wahai Abbas pamanku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Alloh akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan sholat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surat, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanalloh Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilalloh Wallohu Akbar 15 kali, Kemudian ruku’lah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sedang ruku, kemudian sujudlah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah saru kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu.” (HR Abu Daud 2/67-68, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaemah, dalam Shahihnya dan At-Thabarani.)

status hadith:
Ulama’ hadith era klasik, atau mutaqaddimin, spt Imam Ahmad dan Imam Termidzi, menyatakan ia dhaif. manakala ulamak mutaakhirin spt albani, ahmad syakir mensahihkan hadith ini.

jalan terbaik, pilih ulamak hadith klasik, yakni ianya dhaif kerana era klasik lebih mantop dalam menilai hadith. lagipun kaifiyat solat ni pelik dan dilakukan secara berjamaah.

 

 

Soalan 2

Memandangkan bulan RAMADHAN hampir tiba.ditempat kerja mesti akan ada majlis berbuka puasa .tapi malangnya mereka sibuk berselfie hingga kan terlepas waktu maghrib.lebih teruk lagi dicemari dengan wanita non muslim yang memang mendedahkan aurat turut bergambar bersama mereka khususnya lelaki.perlu ke majlis seperti ini.? Mohon pencerahan.

Jawapan 2 Thtl

majlis berbuka puasa opis yg berbaur bid’ah
Tujuan puasa ialah: agar meraih taqwa ( لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ). maka jika berbau bid’ah dan mempersenda hukum Allah, maka hendaklah dijauhi.

dalilnya:
“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam. [An Nisa’:140].

 

 

Hadith infaq
ما من يومٍ يصبحُ العبادُ فيه، إلا ملَكان ينزلان، فيقول أحدُهما : اللهم أعطِ مُنفقًا خلفًا، ويقول الآخرُ : اللهم أعطِ مُمسكًا تلفًا .
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1442
terj:
Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda: “Tiada satu haripun yang paginya mendatangi para hamba melainkan dua orang malaikat turun, salah seorang dari mereka berkata: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang menginfakkan hartnya”, dan yang lain berkata: “Ya Allah, berikanlah kecelakaan kepada orang yang tidak menginfakkan hartanya”. Muttafaq ’alaih
fiqh hadith: malaikat menguatkan fadilat sedekah

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya. AQ,Saba’: 39

 

 

Soalan 3

Apa pandangan Syeikh tentang suami-suami yang tidak menjaga adab pergaulan, sedangkan para isteri sering menjaga kehormatan diri dan menjaga maruah suaminya.Para suami selalu memandang isu ini sebagai remeh contohnya selamba bergambar,keluar beramai-ramai ,bersukan dengan bukan mahram dan banyak lagi perkara-perkara yang menyalahi syariat.mohon pencerahan.

Jawapan 3 Thtl

suami terlalu sosial
pasangan kahwin ni kena sekufu, sekufu yg utama ialah sekufu dalam kefahaman agama dan menjaga syariat. Jika isteri amat menjaga agama dan batas2 hudud, suami pulak geng sosial, pergaulan bebas. masalahnya tak lama suami akan terpikat kpd salah salah seorang dari rakan2 sosialnya itu. maka masalah lain plok akan mari.
cara penyelesaian: kena “talk” secara serius dan berterusan. guna skill komunikasi, guna diplomasi dan banyak berdoa.

 

 

Soalan 4

Dari Abu Hurairah radhiallaahu’anhu, Katanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Berapa ramai orang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar . Berapa ramai orang yang beribadah malam dia tidak mendapat apa-apa kecuali dapat berjaga malam. Hadith riwayat ibnu Majah, Al Bazzar dan Al Baihaqi ) .

Syeikh, boleh tolong jelaskan maksud hadith diatas?

Jawapan 4 Thtl

hadith abu hurairah
رُبَّ صائمٍ ليس له من صيامِه إلا الجوعُ ، و رُبَّ قائمٍ ليس له من قيامِه إلا السَّهرُ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترغيب
الصفحة أو الرقم: 1083 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

Berapa ramai orang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar . Berapa ramai orang yang beribadah malam dia tidak mendapat apa-apa kecuali dapat berjaga malam. sahih, albani, sahih al-targheeb
fiqh hadith:
puasa dan tahajjud yang tidak betul fiqh dan penghayatannya.

 

 

Soalan 5

Hukuman bagi pesalah yang melakukan sumbang mahram.

Jawapan 5 Thtl

Hudud Inses
Ia masuk dalam hudud zina. mahkamah akan menentukan inses berlaku secara rela atau unsur paksaan.

 

 

Soalan 6

Apakah hukum menggertak bos atau mengugut bos untuk menaikan gaji kita?
adakah duit yang kita perolehi bulan-bulan halal?

Jawapan 6 Thtl

Ugut boss utk kenaikan gaji
bergantung kpd apakah anda layak atau tak layak mengikut performance appraisal tahunan.
Jika anda layak, prestasi anda mmg bagus, maka tak ada apa-apa. sebab anda boleh menuntut hak anda dan anda bernasib baik kerana boss yg baik. Jika anda mmg tak layak, maka kenaikan itu adalah tidak sah dan kenaikan itu tidak halal buat anda.

 

 

Soalan 7

Apa hukum sambut harijadi dan wish birthday?

Jawapan 7 Thtl

sambut harijadi dan wish besday
Harus sebab ia uruf dan disambut oleh nabi2,
Nabi Isa:

“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali”. 19:33
Jesus juga seronok dengan bithdaynya
Nabi Muhammad saw:
ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَىَّ فِيهِ

“Hari tersebut adalah hari aku dilahirkan, hari aku diutus atau diturunkannya wahyu untukku.” (HR. Muslim no. 1162)

 

 

Soalan 8

Jika ayah,datuk dah meninggal dunia. Anak perempuan ingin berkahwin dan si abang sulung enggan menjadi wali disebabkan permusuhan,,Siapa yg layak menjadi wali selepas itu? Sekiranya anak perempuan tadi ingin menyuruh adik lelaki yang berusia 13 tahun menjadi wali boleh ke dan mahkamah akan izinkan ke?

Jawapan 8 Thtl

senarai wali

-Bapa
-Ayah kepada bapa (datuk)
-Adik-beradik lelaki seibu sebapa
-Adik-beradik lelaki sebapa
-Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa)
-Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa)
-Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
-Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
-Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
-Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)

Jika semua wali di atas tidak ada maka yang menjadi wali ialah wali sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).

adik 13 tahun tu tak layak sbb belum baligh, maka pindah kpd turutan berikutnya.

 

 

Soalan 9

Syeikh ,minta penjelasan tentang sambut harijadi mengikut cara islam.Maknanya jika ramai yang sambut harijadi,tiup lilin,make wish macam orang english ,salah ke?

Jawapan 9 Thtl

Kaifiat sambutan Hari jadi menurut Islam takder sbb tak ada contoh dari kaum salaf. maksudnya kaum salaf tidak ada yg menyambut birthday atau Mawlid, Maka jika umat Islam ingin sambut harijadi, maka dia kena sambut cara berlainan dari mat saleh, sbb tidak boleh tasyabbuh atau meniru kaum kuffar dalam adat dan ibadat.

 

 

Soalan 10

Apakah hukum seorang ayah benci dan menyampah tengok anak sendiri dan menghalau anak kandungnya daripada duduk dirumahnya…? Sedangkan anak dan menantunya selalu ambil hati ayah.

Jawapan 10 Thtl

ayah benci anak sendiri
Jika ayah benci sedangkan anak masih dalam tanggungan nafkah, maka dia boleh mengadu kpd hakim. Jika dia dah dewasa, melebhini umur 18. maka terpaksalah pindah kalau ayah tak suka dan duduk di rumah atuk, atau jika bercerai, duduk di rumah emak.

 

 

Soalan 11

Adakah saya boleh menggunakan perkataan seperti ‘in shaa allah’, ‘alhamdulillah’ dan lain perkataan yang berkaitan ketika sedang berurusan dan menjwab pertanyaan dari kawan saya yang bukan beragama islam.
mohon pencerahan.

Jawapan 11 Thtl

ungkapan Insya Allah kpd non-muslim
boleh, yakni harus, dalil:
“Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini esok’, kecuali (dengan menyebut): insya Allah…” (AQs Al-Kahfi ayat 23-24)
asbab nuzul ayat adalah org quraish yang masih kafir.

 

 

Soalan 12

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Barang siapa yang memperlihat-lihatkan amalannya maka Allah akan menampakkan amalan-amalannya “ (HR. Muslim)

Syeikh ,hadith ini boleh jelaskan tak maksudnya,saya tak berapa faham.

Jawapan 12 Thtl

riya’

1619- وعن جندب بن عبد اللَّه بن سفيان رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قال، قال النبي صلى الله عليه وسلم: (من سمّع سمّع اللَّه به، ومن يرائي يرائي اللَّه به) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. ورَوَاهُ مُسْلِمٌ أيضاً من رواية ابن عباس
Dari Ibn Abbas akan sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang memperdengarkan maka Allah akan memperdengarkan tentangnya, dan barangsiapa yang memperlihatkan (riyaa’) maka Allah akan memperlihatkan tentang dia” BM, no 1619 riadhus solihin
Ini bab riya’. jika anda memperlihatkan amalan dgn tujuan riya’, maka Allah akan dedahkan siapa dirinya yg sebenar. Fathul bari, jilid 11 dan syarah Riadhus solihin bab Riya’ syaikh ibn Othaimin

 

 

Soalan 13

Di rakaat terakhir, ketika hendak memberi salam, solat tidak sah, sekiranya ketika perbuatan memberi salam tersebut tidak diniatkan salam kepada malaikat yang berada di sebelah kiri dan kanan kita, yang mana turut berjemaah sama dengan kita,betulkah ?

Jawapan 13 Thtl

salam berakhirnya solat ditujukan kpd siapa?
Kata syaikh ben Othaimin, (Jawami’ as-Sholawaat) salam itu jika solat jamaah, ditujukan kpd makmum di kiri dan kanan kita, jika solat sendirian, ditujukan kpd Malaikat dikiri dan kanan.
Bukan maksud kena NIAT semasa bersalam, tapi kita tahu salam itu utk siapa. Niat sekali je dalam solat, ketika takbiratul ihram.

 

 

Soalan 14

 Voucher buku rm250. Ada yang terima untuk tukar kepada duit. Tapi dia tak kan bagi rm250. Akan bagi dalam 210 tapi yang pasti tak kan dapat 250 macam harga kita bagi voucher tu. Adakah berdosa?

Jawapan 14 Thtl

cash-in voucher buku RM250
apakah berdosa?
secara umum mmg berdosa sebab tidak amanah sebab duit tsb adalah duit pembayar cukai.
Namun, ia bergantung kpd penerima duit tsb, jika dia amat berhajatkan cash, dilanda kesempitan, belenggu hutang, maka ia diberi keuzuran. yang berdosa ialah yang ada wang, tapi tidak amanah dan akhlak yg tidak baik.

Komen dan Soalan