Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita Nota ke 69 (Umum)

Fiqh Wanita Nota ke 69 (Umum)

168
0
Iklan

 

#NourelChinta

S&J Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Solat istikharah tiap-tiap hari buat.
Tapi macamana kita tahu yang mimpi kita tu adalah alamat dari Allah?
Adakah yg dimimpikan itu betul?

Jawapan 1 Thtl

Alamat dr Allah
mustajab istikharah bukan datang melalui mimpi. ianya hanya metos sahaja. Istikharah hanya memohon Allah memantapkan lagi pilihannya.
cth: antara si A dan si B, yg mana satu benar2 calon suami yg cocok dengannya. Maka dia memilih B lantas solat 2 rakaat.
itu saja. bukan suruh Allah kasi alamat siapa yg patut dia pilih…Allah bukan sifatnya demikian.

 

 

Soalan 2

Beberapa hari yang lalu,ada kawan saya bukan islam telah meninggal dunia. Bolehkah saya menderma dalam bentuk wang untuk meringankan keluarga mendiang.apakah hukumnya?

Jawapan 2 Thtl

menderma utk org kafir
boleh, dalilnya:
“Allah tidak mencegahmu berbuat baik kepada mereka yang tidak memerangimu dan tidak mengusirmu dari tempat tinggalmu dan kamu berbuat adil terhadap me reka. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang berbuat adil.” 60:08
org kafir ada dua jenis, yang baik ada potensi akan menerima dakwah dan jenis yg membenci Islam. maka jenis yg baik boleh dibantu. bahkan ada asnaf utk menjinakkan org kafir kpd agama kita. jika wang zakat pun boleh kasi, maka apatah lagi sedekah sunat

 

 

Soalan 3

Menuntut ilmu( agama) hukumnya Wajib bagi setiap Muslim
( Hr Ibn Majah)

a) hadith ini shahih kan syeikh?

b) Apa hukum bagi seorang muslim yang tidak menuntut ilmu agama samada talaqi, di telegram,whatapps?

Jawapan 3 Thtl

menuntut ilmu wajib atas muslim
عن أنس بْنِ مَالِكٍ قَالَ :عن النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم أنه قالَ : ( طَلَبُ العِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَىْ كُلِّ مُسْلِمٍ ) . رواه ابن ماجه ( 224 ) .
وحسَّنه بكثرة طرقه وشواهده : المزي والزركشي والسيوطي والسخاوي والذهبي والمناوي والزرقاني ، وهو في ” صحيح ابن ماجه ” للألباني .
ومن ضعَّف هذا الحديث ، كالإمام أحمد وغيره من الأئمة المتقدمين [ انظر : المنتخب من العلل للخلال ص (128-129) ، وحاشية المحقق ] ؛ فإن معناه مستقيم عندهم ، وإن كان إسناده لا يثبت .
a) status hadith
sahih di sisi al-Albani, tidak sahih di sisi ulama; hadith era klasik atau mutaqaddimin spt Imam Ahmad. tapi makna hadith tsb sahih

b) muslim yg tidak menuntut ilmu agama baik secara talaqqi atau online adalah berdosa.

 

 

Soalan 4

Shahih ke hadith di bawah ini syeikh yang saya hormati ?

Segalanya sesuatu yang dibalasi dengan kelembutan niscaya akan membuatnya menjadi lebih cantik dan indah.Jika kelembutan dicabut segalanya akan menjadi rosak.
(Hr Muslim)

Jawapan 4 Thtl

lembut dan keras dalam kehidupan, khususnya dakwah

إن الرفق لا يكون في شيء إلا زانه، ولا ينزع من شيء إلا شانه

“Sesungguhnya sikap lemah lembuh tidaklah ada pada sesuatu, kecuali membuat indah sesuatu tersebut. Dan tidaklah sikap lemah lembut tersebut dicabut pada sesuatu, kecuali akan membuat buruk sesuatu itu”
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2594 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

 

 

Soalan 5

a) Macamana cara kita nak berterima kasih dengan guru atau asatizah yang selalu berkongsi ilmu agama yang ikut sunnah?

Jawapan 5(a)Thtl

Cara nak timakasih dgn ustaz
Ucap jazakallahu khairan pun dah OK
b) Jika bukan sekadar ucapan tapi dalam bentuk lain contoh kita bagi tiket umrah.
Hal macamni dibolehkan tak?

Jawapan 5(b)Thtl

nak hadiah kat tuan guru
kalau nak beri tiket umrah kat ustaz atau guru mmg terbaikler…
terbaik yg jariah, kekal.

bila kita mati, org masih guna benda yg kita beri

 

 

Soalan 6

Sekiranya kita letak barang kemas dipajak gadai kerana masalah kewangan perlukah kita bayar zakat emas?

Jawapan 6 Thtl

zakat barang kemas
Kalau di selangor, zakat barang kemas hendaklah melebihi 800 gm. yang kedua sempurna milik. oleh kerana ia berada di pajakgadai, anda pulak kesempitan wang, org yg berhutang, maka takderla zakat

 

 

Soalan 7

Ingin bertanya, kalangan org tua-tua selalu sangat mempercayai kalau mata kiri mengerdip dikatakan akan menangis, dan kalau mata kanan mengerdip pula dikatakan hendak tengok orang jauh.
Mohon penjelasan.

Jawapan 7 Thtl

mata kiri mengerdip
ia termasuk dalam hukum tathayur atau merasa sial dgn sesuatu, ia adalah sejenis syirik

اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ، وَمَا مِنَّا إِلاَّ، وَلَكِنَّ اللهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ.

“Thiyarah itu syirik, thiyarah itu syirik, thiyarah itu syirik dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya saja Allah menghilangkannya dengan tawakkal kepada-Nya. ” HR Bukhari, adabul mufrad, sahih, albani, no 429

 

 

Soalan 8

Berkaitan soalan ambik darah , bulan puasa,kalau dengan rongga sekalipun,jika kita korek telinga, hidung dan lain juga, tidak membatalkan puasa .betulkah syeikh?

Jawapan 8 Thtl

fiqh puasa, yg tidak membatalkan puasa
1. ambik darah
tidak batal menurut kesepakatan ulamak, kecuali mazhab hanbali, jika dalam kuantiti yg banyak. Jumhur, tidak batal secara mutlak (qardhawi, fiqh siyyam)
2. masukkan sesuatu dalam rongga, telinga dan hidung juga tidak batal, asalkan bukan makanan dan ia bertujuan nak makan dan minum

 

 

Soalan 9

Betul ke ada cara sapu tudung bagi menggantikan basuh ubun-ubun sebahagian kepala sewaktu berwudhu’?

Jawapan 9 Thtl

sapu tudung ganti basuh kepala
Boleh, dalilnya:
Dari al-Mughirah bin Syu’bah r.a. yang menceritakan;

تَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَالْعِمَامَةِ

“Rasulullah s.a.w. mengambil wudhuk dan baginda menyapu air ke atas dua khuf dan kain serbannya” HR Termidzi, dia menilainya hasan sahih.
ia umum utk serban dan tudung
(fiqh taharah, mohd yaakob mohd yunus, afn)

 

 

Soalan 10

Jika ada saudara atau tali persaudaraan terdekat yang meninggal dunia dan semua urusan di buat di masjid kita yang anak atau sepupu langsung tak boleh masuk masjid ke? Sebab masa mama meninggal ada kita masuk dan cium ?
lagi satu kata lah ada sepupu atau saudara yang nikah dimasjid, masa tu kita datang haid,kita pula incharge masa tu untuk urusakan hantran dan sebagainya?

Jawapan 10 Thtl

urusan jenazah di mesjid
Org mati biasanya di rumah. Urusan mandi, kapan dan solat biasa dibuat di mesjid sebab mesjid ada facilities bilik mayat.
semasa mayat di rumah, masa tulah nak cium ke, org haid pun tak der masalah.
Bila mayat sudah agak lama di rumah, barulah di hantar ke mesjid. Bila di dimesji, org perempuan masih boleh masuk mesjid termasuk yg haid kerana ia dhurarat dan bukanlah lama. org haid juga boleh duduk di beranda mesjid

 

 

Soalan 11

Hukum berpoligami dgn meletakkan isteri-isteri dalam rumah yang sama.

Jawapan 11 Thtl

menempatkan semua isteri dalam satu rumah
Hukumnya harus kerana tak ada nas yg larang. tapi amalan nabi dan salaf, mereka tidak menempatkan isteri2 mereka di bawah satu bumbung.

 

 

Soalan 12

Macam mana kalau kita beli barang di pasaraya, bila tiba di rumah periksa kat resit ada 2 ,3 barang yang tidak di kira.kena pegi balik ke?

Jawapan 12 Thtl

barangan yg belum bayar di supermart
Barang tsb bukan milik kita, cara nak selesai, kena bawa balik ke supermart tsb dan membayarnya semula bila kita datang semula utk shopping pada minggu berikutnya.

Komen dan Soalan