Utama Tazkirah Admin Bahagikan Ruang Makanan, Minuman, Pernafasan Ketika Makan

Bahagikan Ruang Makanan, Minuman, Pernafasan Ketika Makan

82
0

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله???
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3349.

Mewartakan kepada kami Hisyam bin ‘Abdul-Malik AlHimshiy, mewartakan kepada kami Muhammad bin Harb, mewartakan kepadaku ibuku, dari ibunya-yakni: nenekku”, bahawasanya dia mendengar Al-Miqdam bin Ma’dikariba mengatakan: Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Maka bila nafsu-keinginannya-memaksa anak Adam, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

RIWAYAT LAIN:
Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Komen dan Soalan