Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 38 – Mayat di Azab...

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 38 – Mayat di Azab kerana Tangisan Keluarganya

247
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 38-1: Si Mayat diazab kerana tangisan keluarganya lantas mereka (keluarganya) adalah paling kejam terhadapnya

(باب منه و ما جاء أن الميت يعذب ببكاء أهله عليه و هم من شر الناس له)

Hadith Anas رضي الله عنه (palsu)

روى أبو هدبة قال إبراهيم بن هدبة ، قال : حدثنا أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن العبد الميت إذا وضع في قبره ، و أقعد . قال : يقول أهله : وا سيداه وا شريفاه وا أميراه قال : يقول الملك : اسمع ما يقولون . أنت كنت سيداً ؟ أنت كنت أميراً . أنت كنت شريفاً ؟ قال : يقول الميت : يا ليتهم يسكتون قال : فيضعط ضغطة تختلف فيها أضلاعه

Menurut riwayat Abu Hadbah Ibrahim bin Hadbah , dia berkata: Telah menceritakan kepada kami, Anas bin Malik رضي الله عنه, dia berkata: Sabda Rasulullah ﷺ:

“Sesungguhnya apabila orang yang meninggal dunia telah diletakkan di dalam kubur lalu didudukkan, sedang keluarganya berkata, ‘Duhai sayyidku (tuanku)! Duhai syarifku (kebangsawananku)! Duhai pemimpinku!’ maka malaikat berkata, ‘Dengarkan apa yang mereka katakan! Kamu dulu tuan? Kamu dulu bangsawan? Kamu dulu pemimpin?’ mayit itu berkata, ‘Andaikan mereka diam saja.’”

Rasulullah ﷺ bersabda, “Lalu mayit itu dihimpit sekali himpit yang menyebabkan tulang-tulangnya hancur berantakan.”

———————————
* Abu Hadbah telah ditahqiq pada bab 27-1 (Bab Membentang Kain di atas Kubur Ketika Penguburan Jenazah)
(Maudhu’: Abu Hadbah adalah pendusta, dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudhuuat, 3/547), mana riwayat Abu Hadbah adalah maudhu’ .

Isu terseksanya mayat kerana ratapan/tangisan orang yang hidup (يعذب الميت ببكاء الحي)

إذا كان البكاء من سنة الميت و اختياره و كذلك إذا وصى به

Mayat diseksa dalam kubur jika:

1⃣. Si mayat sering melazimi tangisan terhadap mayat ketika dia masih hidup

2⃣. Jika ahli waris meratap atas hasil usaha si mayat

3⃣. Jika si mayat mewasiatkan kepada warisnya

Hadith Qailah (dhaif)

روى من حديث قيلة بنت مخرمة . و ذكرت عند النبي صلى الله عليه و سلم ولداً لها مات ثم بكت . فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أيغلب أحيدكم أن يصاحب صويحبه في الدنيا معروفاً . فإذا حال بينه و بينه من هو أولى به منه استرجع ؟
ثم قال : اللهم أثبني فيما أمضيت ، و أعني على ما أبقيت . فو الذي نفس محمد بيده إن أحيدكم ليبكي فيستعبر له صويحبه . يا عباد الله لا تعذبوا موتاكم
ذكره ابن أبي خيثمة ، و أبو بكر بن أبي شيبة و غيرهما . و هو حديث معروف إسناده لا بأس به و سياقه يدل على أن بكاء هذه لم يكن من اختيار لابنها لأن ابنها صاحب من أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم . و لا كان هذا البكاء المعروف في الجاهلية الذي كان من اختيار الميت و مما يوصي به

Diriwayatkan hadith daripada Qailah binti Makhramah (sahabiah daripada Bani Tamim) dia menceritakan ketika dia berada di sisi Nabi ﷺ saat anaknya meninggal dunia, di mana dia menangis yang kuat. Lantas Nabi ﷺ bersabda,”Apakah kamu mahu dikalahkan oleh persahabatan yang baik dengan seseorang di dunia, kemudian persahabatan itu dihalang oleh Dzat yang lebih dekat daripada sahabatnya tadi, maka apakah dia masih berhajat supaya sahabatnya (yang meninggal) itu kembali kepadanya.”

Kemudian Nabi ﷺ berdoa: “Ya Allah‎ ﷻ berilah pahala terhadap apa yang Engkau tetapkan (kematian), tolonglah daku atas apa yang masih berbaki (daripada umurku), maka demi Allah‎ ﷻ yang menggenggam jiwa Muhammad ﷺ sesungguhnya seorang daripada kamu telah menangis dengan kuat yang menyebabkan sahabatnya terseksa. Wahai hamba-hamba Allah‎ ﷻ , janganlah kamu menyeksa ahli keluarga kalian yang telah mati .

Ulasan Al Qurthubi akan hadith ini: HR Ibn Abi Khaithamah (murid Imam Ahmad, w.279H, Baghdad) dan Abu Bakar Ibn Abi Syaibah ialah hadith yang dikenali sanadnya dan ia La Ba’sa Bih (tidak ada apa-apa boleh dipakai)* ini kerana tangisan Qailah bukan wasiat daripada anaknya kerana anaknya adalah sahabat Nabi ﷺ dan bukan pula tangisan yang menyamai ratapan orang jahiliyah (di mana si mayit menganjurkan agar mayatnya diratapi) .

Tahqiq✍️:
Dinukil oleh Syaikh Syed bin Husin Al Affani, Sakbul ‘Abbaraat, hadith no 145, dhaif menurut muhaqqiq Syaikh Ismail Al Muqaddam .

—————————
*Ini adalah ulasan Abu Muhammad bin Abdul Haq Al Isybili dalam kitabnya Al Aqobah, 165 .

Hadith Abu Musa Al Asya’ari (hasan)

و ذكر أبو عمر بن عبد البر في كتاب الاستيعاب من حديث أبي موسى الأشعري عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : الميت يعذب ببكاء الحي عليه . إذا قالت النائحة وا عضده وا ناصراه وا كاسياه جبذ الميت و قيل له : أنت ناصرها ؟ أنت كاسيها .

Di sebut oleh Abu Umar bin Abdul Barr (malikiah, Andalus, w. 463H), dalam kitabnya Al Isti’ab dan juga Al Istizkar, hadith no.11,707, daripada Abu Musa Al Asyaari daripada Nabi ﷺ yang bersabda,”Mayat diseksa oleh tangisan orang hidup (warisnya), iaitu perempuan (berkabung) yang dalam ratapannya,” Duhai pembelaku, duhai penolongku, duhai pemberi pakaianku! Malaikat mengherdik si mayat,”Apakah benar kamu penolongnya dan pemberi pakaian mereka?”

Tahqiq✍️:
Dinilai hasan oleh Syaikh Al Albani, sahih Ibn Majah, 1305

الراوي : أبو موسى الأشعري | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 1305 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Sanad lengkap dalam sunan Ibn Majah (no 1596) :

1596 حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ حُمَيْدِ بْنِ كَاسِبٍ قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ الدَّرَاوَرْدِيُّ قَالَ : حَدَّثَنَا أَسِيدُ بْنُ أَبِي أَسِيدٍ ، عَنْ مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الْمَيِّتُ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ الْحَيِّ ،

Haddatsana Yaakub bin Humaid bin Kaasib, daripada Abdul Aziz bin Muhammad Addarawardi daripada Asid bin Abi Asid daripada Musa Al Asya’ari daripada ayahnya (Abdullah bin Qais Al Asya’ari) daripada Nabi ﷺ .

Hadith Nu’man bin Basyir رضي الله عنه (sahih)

و ذكر البخاري من حديث النعمان بن بشير قال : أغمي على عبد الله بن رواحة فجعلتلا أخته عمرة تبكي و تقول : و اجبلاه . واكذا . واكذا . تعدد عليه فقال حينت أفاق : ما قلت شيئاً إلا قيل لي : أأنت كذلك ؟ فلما مات لم تبك عليه . و هذا أيضاً لم يكن من سنة عبد الله بن رواحة ، و لا من اختياره ، و لا مما أوصى به ، فصابه في الدين أجل و أرفع من أن كان يأمر بهذا أو يوصي به

Daripada An-Nu’man bin Basyir رضي الله عنه, ia berkata, “Abdullah bin Rawaḥah رضي الله عنه pernah jatuh pingsan (kerana sakit berat) hingga membuat saudara perempuannya menangis dan berkata padanya, “Duhai gunung intan payung, begini dan begitu,” Dia menyebutnya berulang kali. Ketika Abdullah kembali sedar, ia berkata, “Tidaklah kamu katakan sesuatu melainkan aku akan disoal (dalam kubur), “Benarkah kamu seperti yang dikatakan?!” dikatakan selepas kewafatan beliau yang sebenar, saudara perempuannya tidak lagi meratapinya .

Takhrij✍️: HR Al Bukhari, Al Sahih, 4267 .

الراوي : النعمان بن بشير | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري ; الصفحة أو الرقم: 4267

Ulasan Al Qurthubi ✏️:
Ratapan saudara perempuan Abdullah bin Rawahah bukan kebiasaan Ibn Rawahah, bukan pilihannya atau wasiatnya. Ketinggian ilmu beliau tidak memungkinkan Ibn Rawahah berpesan atau menyuruh amalan ratapan tersebut .

Hadith Imran bin Hussain (dhaif)

و روى أبو محمد عبد الغني بن سعيد الحافظ من حديث منصور بن زاذان ، عن الحسن ، عن عمران بن حصين قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن الله ليعذب الميت بصياح أهله عليه فقال له رجل : يموت بخراسان و يناح عليه ها هنا ؟ فقال عمران : صدق رسول الله صلى الله عليه و سلم . و كذبت .

Hadith riwayat Abu Muhammad Abdul Ghani bin Sa’id Al Hafiz (w.409H, Egypt), daripada Manshur bin Zaadaan (tabiin kecil Basrah, murid Al Hasan Al Basri, Ibn Sirin, w.131) daripada Al Hasan (Al Basri, w.110H) dan Imran bin Hushain (sahabat, wafat di Basrah, tahun 52H) katanya, Nabi ﷺ bersabda,” Mayat benar-benar akan diseksa kerana ratapan kuat ahli keluarganya.” Ada seorang lelaki bertanya kepadanya,”Ada seorang meninggal di Khorasan tetapi diratapi di sini (Basrah, Iraq). Jawab Imran,” Benarlah Rasulullah ﷺ dan kamu dusta.”

Tahqiq Syaikh Al Albani✍️:
أخرجه الطبراني في (( المعجم الكبير )) (18/ 178/ 411) من طريق: منصور بن زاذان به. و أخرجه النسائي (4/ 17) بنفس الإسناد، إلا أنه أوقفه على عمران بن حصين; و على كل فالإسناد ضعيف لأجل تدليس الحسن البصري. وانظر (( ضعيف سنن النسائي )) رقم (111)

HR At Tabrani, Mu’jam Al Kabir, 18/178/411; Daripada sanad Manshur bin Zaadan, An Nasa’iy daripada sanad yang sama, menurut An Nasa’iy mauquf kepada Imran bin Hushain, apapun ianya dhaif kerana Al Hasan Al Bashri adalah perawi mudalis, dhaif sunan An Nasa’iy no 111 .

قال المؤلف رضي الله عنه : و هذا بظاهره أن بنفس الصياح يقع التعذيب و ليس كذلك . و إنما هو محمول على ما ذكرناه . و الله أعلم .
و قال الحسن : إن من شر الناس للميت : أهله يبكون عليه ، و لا يقضون دينه

Komen Al Qurthubi: Menurut zahir hadith, penyeksaan ke atas mayat disebabkan ratapan keluarganya, namun pilihan Al Qurthubi, mayat akan diseksa (apa yg disebutkan sebelum ini), disebabkan oleh kesalahan si mayat yang mewasiatkan agar dia diratapi.

Athar Al Hasan (Al Basri)✍️: Sesungguhnya orang yang paling kejam terhadap si mayat adalah keluarganya sendiri jika mereka meratapinya dan tidak melunasi hutangnya.”

Disebut oleh Imam Abdil Barr Andalusia, (w. 463H) , Jami’ul Bayan no 2249 .

#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Komen dan Soalan