Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita : Nota ke 45 (Umum)

Fiqh Wanita : Nota ke 45 (Umum)

214
0
Iklan

Soal Jawab Fiqh Wanita

 

online-business

Soalan 1

Apa hukum bisnes online ?

Jawapan 1 Thtl

Hukum Bisnes Online. Harus, sebab muamalat atau bisnes, hukum asal, semuanya harus kecuali ada nas yang melarangnya. Bisnes online harus jika memenuhi piawaian berikut:

  1. Pelanggan puas hati dengan kualiti barangan dan harga.
  2. Syarikat ada reputasi
  3. Cara bayaran yang jelas (COD, kad kredit , kad debit).
  4. Ada warranty.
  5. Ada money back guarantee.
  6. Dilindungai oleh akta AJL (akta jualang langsung) Malaysia.
  7. Syarikat yang berdaftar dengan SKMM.

 


 

Soalan 2

Apakah hukum menyusu anak sambil mengandung?

Jawapan 2 Thtl

Hukum menyusu ketika mengandung. Dalil hadith:

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ أَنْهَى عَنِ الْغِيلَةِ حَتَّى ذَكَرْتُ أَنَّ الرُّومَ وَفَارِسَ يَصْنَعُونَ ذَلِكَ فَلاَ يَضُرُّ أَوْلاَدَهُمْ

“Sungguh, aku ingin melarang (kalian) dari perbuatan ghiilah. Lalu aku melihat bangsa Romawi dan Persia dimana mereka melakukan ghiilah terhadap anak-anak mereka. Ternyata hal itu tidak membahayakan anak-anak mereka” HR. Muslim no. 1442

Kosa kata: ghillah = suami yang menyetubuhi isterinya yang menyusu atau seorang ibu yang menyusui anaknya ketika dia sedang hamil.

Maksud hadith, Nabi saw mulanya ingin melarang dua perkara: Suami mendatangi isterinya ketika pantang menyusu dan si ibu dari menyusui anaknya ketika hamil. Tapi tak jadi kerana Nabi dapat tahu orang Rome (orang putih) dan orang Parsi melakukan yang demikian dan tidak ada mudharat kepada isteri dan ibu.

Namun, eloknya berbincang dengan doktor anda, suami yang ingin mengadakan hubungan seks ketika menyusu dan proses menyusu bila hamil.

Dalilnya:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui!” [AQ, An-Nahl : 43]

 


zakat

Soalan 3

Selain gaji tiap bulan, suami ada pendapatan extra setiap minggu minima RM800-RM1400, perlu kah di zakat kan lagi? Berapa kiraannya untuk di zakatkan? Dizakat kan sebelum atau sesudah membayar utility dan hutang-hutang?

Jawapan 3 Thtl

Zakat maal al-Mustafaad. Maal al-mustafaad adalah pendapatan yang berkala atau yang masuk setiap bulan secara konsisten, seperti gaji, upah, elaun, bonus, dan pendapatan tambahan atau extra. Semua pendapatan Maal al-Mustafaad ada dua qaul:

Satu: Wajib zakat, pendapat baru Dr Al-Qardhawi, Muhammad Abu Zahrah.

Kedua: Tidak wajib zakat, 4 mazhab klasik kerana ia benda yg baru, yakni Maal al-Mustafaad. Ini kerana pada zaman salafus soleh, gaji dan upah adalah kecil.

 


Soalan 4

Suami bekerja, namun pendapatan tidak cukup. Jadi, isteri yang memang bekerja, mengeluarkan belanja bulanan untuk keluarga. Dan suami cakap nak ganti semula, namun, sehingga hujung bulan seterusnya, belanja yang isteri sudah keluarkan, tidak berbayar. Isteri mengharapkan bayaran balik dari segi wang ringgit, kerana beliau juga ada komitmen untuk beliau sendiri. Suami kata dia dah beli barangan keperluan isteri sebagai ganti.

Kadang tu isteri terpaksa mengungkit apa yang suami dah janji kan sebelum ini. Macam mana status wang yang dibelanja oleh isteri? Adakah jatuh hukum berdosa jika suami leka dengan situasi di atas dan berdosa juga ke bagi isteri yang mengungkit?

Jawapan 4

Perkongsian kos sara hidup untuk keluarga moden. Jika keduanya bekerjaya (career), maka kos perbelanjaan rumah kena bersama, antaranya sewa atau loan rumah, kereta, bil air, eletrik, astro, unifi, indah water, security, dan sebagainya. Ini kerana bila isteri keluar rumah 8 jam, maka suami kehilangan banyak hak dan layanan optimum isteri seperti memasak dan seksual. Maka keluarga bahagia di zaman moden, semua kena duduk dan berbincang mengenai jumlah pendapatan dan bagaimana nak settle bills dan loans.

 


 

Soalan 5

Apa hukum kalau bisnes baju/jubah online, guna gambar model menggayakan pakaian itu, tutup aurat dan bertudung, tapi make up.

Jawapan 5

Busines jubah/tudung Online. Harus, sebab lelaki sepatutnya menundukkan pandangan mereka, dalilnya:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. [QS. An-Nuur : 30-31].

 


cheese

Soalan 6

Bersangkutan dgn penggunaan bahan haiwan, cheese atau keju guna rennet, satu jenis enzim terdapat dalam perut lembu, tak pasti dah menjalankan proses istihalah. Keju ini ada sijil halal keluaran badan badan Islam Negara pengeluar. Kita tak perlu was-was ?

Jawapan 6 Thtl

Keju dari negara barat. Barangan dari negara Kristian adalah halal kecuali jika sah ada babi, dalil:

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ (سورة المائدة: 5)

Pada hari ini Dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (QS. Al-Maidah: 5)

Jika ada logo Halal, maka lebih lagi halalnya.

 


ihram1

Soalan 7

Apakah hukum menggunakan barang yang baru dibeli tanpa membasuhnya didalam ibadat contoh kain ihram dan telekong?

Jawapan 7 Thtl

Pakaian baru tanpa membasuhnya. Hukum asalnya suci, dalilnya kawaid fiqhiyah:

الْيَقِينُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ

Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan (Syak).

Ini kaedah yg asas, sesuatu yang suci dan bersih pada asalnya, tidak boleh kita ragu atau syak ianya kotor dan bernajis.

 

Komen dan Soalan