Utama Bilik (30) Tafsir Ibn Kathir Diskusi Tafsir – Nota 3

Diskusi Tafsir – Nota 3

73
0

Diskusi Tafsir Surah Al-Fatihah

Nota 3

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Fatihah (1:3)

ٱلرَّحْمَٰن –  Maha Pemurah 
ٱلرَّحِيم  – Maha Penyayang

Dalam hal ini, Imam Al Qurthuby mengatakan : “Allah menyebutkan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim untuk DiriNya setelah menyebutkan firmanNya (Alhamdu lillahi) Rabbil ‘alamin sebagai sebuah bentuk pemberian khabar gembira (targhib) setelah adanya pemberian peringatan (tarhib). Hal ini bersamaan dengan Firman Allah Ta’ala : 

نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْأَلِيمُ
“Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, dan bahawa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih.” (Al Hijr : 49-50)”

Juga sama ketika Allah mengatakan: 

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا ءَاتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al An’am : 165)

Perhatikan kepada kelompok ayat pertama (Al Hijr : 49-50), di sana Allah menegaskan bahawa ia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ini adalah sebuah bentuk pemberian khabar gembira (targhib) dari Allah Azza wa Jalla. Namun pernyataan itu kemudian diseimbangkan dengan peringatan dan ancamanNya (tarhib) ; ‘AzabKu adalah azab yang sangat pedih’.

Begitu juga dengan ayat yang kedua (Al An’am : 165), Allah Azza wa Jalla mengingatkan bahawa ‘Tuhanmu amat cepat siksaanNya’ yang kemudian dilanjutkan dengan sebuah penyejuk ; ‘Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.

Perkara yang sama juga terdapat dalam surah Al Fatihah ini – seperti telah diungkapkan oleh Imam Al Qurthuby-. Setelah sebelumnya Allah Ta’ala memperingatkan kita bahawa hanya Dia-lah Rabb –pencipta, penguasa dan pengatur- alam semesta ini sehingga kita tidak boleh seenaknya berbuat hal-hal yang tidak dicintaiNya di dalam kekuasaanNya, Allah kemudian memberikan ‘hiburan’ bahawa walaupun ia adalah Rabbul ‘alamin, namun Ia adalah Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kaedah yang sama juga dapat dilihat dalam salah satu sabda Rasulullah SAW–yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu- : “Seandainya seorang mu’min itu mengetahui bagaimana dahsyatnya siksaan Allah, maka tidak ada seorangpun yang boleh mengharapkan SyurgaNya. Dan seandainya orang kafir itu mengetahui bagaimana luasnya Rahmat Allah, maka tidak ada seorangpun yang akan putus asa dari RahmatNya itu.” (HR. Muslim)

Komen dan Soalan