Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Note 68 : Akad Perkahwinan & Berkaitan Dengannya

Note 68 : Akad Perkahwinan & Berkaitan Dengannya

164
0
Iklan

Bismillah…
Note 68 : ruj fiqh Manhaji 2

AQAD PERKAHWINAN DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

1. Pengertiaan Perkahwinan :

  Dari segi syara’ , perkahwinan bermaksud aqad yang mengharuskan pasangan suamisteri melakukan persetubuhan menurut syara’.

2. Jenis Perkahwinan :

2.1. Perkahwinan yang batal :  Yang tidak memenuhi rukun dan syarat sahnya. Hukumnya haram dan ia tidak memberi sebarang kesan.

Rasulullah SAW bersabda :
“Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya, perkahwinan itu adalah batal, Nabi mengulanginya sebanyak 3 kali. Jika suami telah menyetubuhinya, isteri berhak mendapat mahar mithli sebagai menghalalkan farajnya.”
Riwayat Al Tirmizi : 1102

2.2. Perkahwinan yang sah : yang memenuhi rukun syarat sahnya. Perkahwinan inilah yang memberi kesan kepada pasangan suamisteri.

3. Hak dan Tanggungjawab dalam Perkahwinan yang Sah :

3.1. Halal persetubuhan suamisteri menurut cara yang disyariatkan.

Allah SWT berfirman :
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu, sebagaimana yang kamu kehendaki.”
Surah Al Baqarah : 223

3.2. Isteri wajib mentaati suami, menyerah diri kepadanya, dan menjaga rumahtangga suami.

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila seorang perempuan tidur malam tidak bersama-sama suaminya malaikat akan melaknatinya hingga ke pagi.”
Riwayat Muslim : 1436

3.3. Mas kahwin, iaitu hak isteri yang wajib ditunaikan oleh suami.

Allah SWT berfirman :
“Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.”
Surah : Al Nisa : 4

3.4. Nafaqah, iaitu hak isteri yang wajib ditunaikan oleh suami berdasarkan ijma.

Allah SWT berfirman :
“Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf.”
Surah Al Baqarah : 233

3.5. Pembahagian nafaqah dan giliran dikalangan isteri jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang.

3.6. Nasab. Anak-anak yang lahir dsri persetubuhan selepas perkahwinan, dinasabkan kepada bapa mereka jika isteri melahirkannya selepas tempoh mengandung, sekurang-kurangnya enam bulan dan selebih-lebihnya empat tahun, sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.

Rasulullah SAW bersabda :
“Anak hasil daripada perkahwinan, manakala lelaki penzina tidak berhak atas anak yang terhasil dari perbuatannya.”
Riwayat Muslim : 1145

3.7. Boleh saling mewarisi harta antara suamisteri dengan syarat-syarat tertentu.

Allah SAW berfirman :
“Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang tinggalkannya, sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau sudah dibayar hutangnya.”
Surah Al Nisa : 12

4. Sunat dalam Akad Nikah :

4.1. Khutbah sebelum akad nikah : bakal suami atau walinya sunat berkhutbah.

4.2. Doa untuk pasangan suamisteri : sunat berdoa untuk pasangan suamisteri ketika berkahwin.

4.3. Mengiklankan Akad Nikah dan melahirkan kegembiraan dengan memukul rebana : sunat mengiklankan akad nikah dengan menghimpunkan orang ramai dimajlis dan makruh menyembunyikannya.

4.4. Berdoa ketika hendak melakukan persetubuhan dengan isteri.

“Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhilah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak yang Engkau kurniakan.”

4.5. Kenduri Perkahwinan :

Walimah bermaksud perhimpunan. Suami dan isteri akan bertemu dan berhimpun dalam majlis perkahwinan ini. Hukumnya sunat muakkad.

5. Syarat wajib memenuhi undangan ke Majlis Walimah :

5.1. Tuan rumah tidak mengkhususkan jemputan kepada orang kaya saja.

5.2. Orang yang mengundang dan diundang hendaklah beragama islam.

5.3. Memenuhi jemputan hari yang pertama saja sekiranya majlis tersebut lebih dari sehari.

5.4. Undangan tersebut melahirkan kasih sayang dan merapatkan hubungan.

5.5. Orang yang mengundang bukan seorang yang zalim, jahat atau memiliki harta haram.

5.6. Tidak terdapat perkara yang mungkar seperti minuman arak dan pergaulan bebas.

6. Makan hidangan di Majlis Walimah : wajib makan.

Komen dan Soalan