Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.10.01 #270315: Ilmu Tarikh Ar-Ruwaah

01.10.01 #270315: Ilmu Tarikh Ar-Ruwaah

145
0
Iklan

Nota 01.10.01 Mengenal Ilmu tentang Periwayat (علم الرواة). Susunan: BroSyarief

ILMU TARIKH AR-RUWAAH (علم تاريخ الرواة)

Ini adalah pecahan ilmu hadits dalam penilaian terhadap periwayat yang rumit dan terperinci. Secara umumnya, ia merujuk kepada penjelasan tentang hal-ehwal periwayat, seperti bila mereka lahir dan wafat, siapakah guru-guru mereka dan bila mereka bertemu dan mendengarkan dari guru-guru tersebut, siapa murid-murid mereka dan negara-negara yang mereka masuki, perjalanan rehlah mereka, bila mereka memasuki daerah-daerah yang berbeza dan banyak lagi.

Para ulama menggunakan ilmu ini untuk mengetahui benar atau tidak meriwayatkan dari guru sekian, sama ada sanadnya bersambung atau tidak, sehingga mereka dapat mengenal pasti siapa periwayat yang berbohong, dan banyak lagi keutamaan dari ilmu Tarikh ar-Ruwwah.

Hasil dari fokusnya ulama kepada ilmu ini, menyebabkan banyak penulisan berkenaan hal-ehwal periwayat, dalam pelbagai bentuk, sama ada ianya tentang sahabat sahaja, atau khusus tentang periwayat yang tsiqah sahaja, atau periwayat dha’if sahaja, atau periwayat mengikut peringkat-peringkat tobaqat tertentu, dan banyak lagi.

Dan antara kitab rujukan utama dalam bab ini, adalah:

  1. al-Kamal fi Asma ar-Rijal, karangan al-Maqdisi (w.600H)
  2. Tahzib al-Kamal fi Asma ar-Rijal, karangan al-Dimasyqi (w.742H)
  3. Tahzib at-Tahzib, karangan Ibn Hajar (w.852H)
  4. Taqrib at-Tahzib, karangan Ibn Hajar, meringkaskan yang sebelumnya.
  5. Ta’jil al-Manfa’ah bi Zawaid Rijal al-Aimmah al-Arba’ah, karangan Ibn Hajar juga.
  6. Ma’ani al-Akhyar fi Rijal Ma’ani al-Aatsar, karangan al-‘Aini

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan