Utama Kenapa Sunnah? En. Zuraideey Abdul Mutalib

En. Zuraideey Abdul Mutalib

147
0

Mula Dengan Aliran Sunnah:

Setelah saya menerima ijazah pada tahun 1998, sebelum pulang ke tanah air, saya mempunyai banyak masa dan saya mula membaca bahan-bahan agama di internet. Laman sesawang yang banyak menarik perhatian saya adalah ahkam online. Bahan bacaan tersebut membuka minda saya kepada keluasan agama dan banyak persoalan-persoalan timbul di dalam fikiran saya tentang agama kita ini.

Bermula dari tahun 2012, saya secara serius mengkaji aliran-aliran dalam Islam. Kajian tentang aliran Tabligh, perbandingan mahzab, Syiah, Tarikat dan aliran-aliran lain di Malaysia. Selain membaca, saya aktif mendengar syarah-syarah agama di surau, di internet dan bertanya dengan beberapa ustaz untuk faham dan bantu saya membuat penilaian.

Dalam proses pencarian tersebut, saya mendengar syarah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Idris Sulaiman, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Dr Abd Basit, Dr Zulkifli AlBakri dan penceramah-penceramah lain termasuk juga penceramah-penceramah di luar negara seperti Dr Zakir Naik, Ustaz Nouman Ali Khan, Mufti Menk dan lain-lain.

Setelah beberapa bulan, saya rumuskan aliran sunnah adalah aliran yang paling mudah untuk saya faham tentang agama ini. Setelah itu, secara serius saya tumpukan mendengar ceramah Dr Asri Zainal Abidin (Dr Maza) dan beberapa Ustaz di bidang hadis dan tidak ketinggalan, Ustaz Nouman Ali Khan untuk tafsir AlQuran.

Sehingga kini, selain dari ceramah-ceramah dan kelas agama secara formal di tempat tinggal saya, saya turut membeli buku-buku terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia untuk bacaan dan rujukan.

 

Komen dan Soalan