Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Tafsir Surah Az Zumar Ayat 5

Tafsir Surah Az Zumar Ayat 5

2337
1
Iklan

Tafsir Surat Az-Zumar Ayat 5

Bismillahirrahman nirrahim

Allah berkata: Dialah yang menciptakan  7 petala langit dan 7 petala bumi bil haq untuk zahirkan kepada kamu semua bahawa Dialah sebenarnya Tuhan kamu.

Allah berkata: Dialah yang memasukkan malam kepada siang, akibatnya siang jadi pendek, terjadilah musim sejuk (winter) bagi negara 4 musim.

Allah berkata lagi: Dia juga lah Tuhan yang memasukkan siang hari kepada malam menyebabkan malam jadi pendek, maka terjadi musim panas (summer).

Maksudnya musim sejuk dan panas bukan boleh terjadi dengan sendiri. Allahlah yang buat semua itu. Tetapi kenapa  kamu tidak menyembah, percaya pada ajaran Allah yang sebenar?

Dialah yang tundukkan iaitu beri ilmu kepada manusia, ilmu-ilmu matahari dan juga bulan. Allah beri manusia ilmu-ilmu matahari dan bulan  akibat nya kita boleh mendapat manfaat yang banyak, seperti Solar panel, membina atap bumbung sesuai dengan kepanasan dan lain-lain lagi.

Allah berkata kepada kita. Semua itu bergerak mengikut orbit-orbit yang Allah tentukan. Musim panas matahari di orbit ini. Musim sejuk matahari berorbit di sini.

Bergerak matahari dan bulan bukan bulat orbitnya tetapi spherical, oval. Maka jadilah air pasang surut. Akibat dari semua itu ada pergerakan angina, pasang surut air laut, ada arus laut, pokok-pokok, binatang-binatang, ikan-ikan digerakkan mengikut musim. Kita pula mendapat manfaatnya.

Semua itu matahari dan bulan serta segala yang lain bergerak bukan selama-lamanya tetapi sehingga Allah tentukan.  Semua akan hancur kerana ujian pada manusia telah tamat.

Semua yang di sebut di atas adalah Allah yang mengurus tadbir makhluknya dan memberi segala keperluan-keperluan makhluk walaupun mereka tidak mengetahui pun bahawa Allah sentiasa menjaga ciptaanNya.

Allah yang mencipta makhluk

Allah yang memiliki makhluk

Allah yang memberi rezeki kepada makhluk

Allah yang mentadbir makhluk dengan mencipta segala keperluan-keperluan makhluk supaya manusia dapat diuji tanpa boleh mengadu itu dan ini.

Pengumuman Allah lagi. Ketahuilah kamu semua. Dialah Allah Tuhan kamu, Maha Gagah Perkasa Maha Menang.

Wallahuaklam.

 

1 KOMEN

Komen dan Soalan