Utama Blog Halaman 97

Asas Feqah: Pengenalan & Perbezaan Pandangan Mazhab

0

Ilmu agama Islam adalah amat luas tetapi ia boleh dibahagikan kepada 3 pecahan yang besar:

1. Tauhid (akidah)
2. Feqah (ibadat)
3. Ihsan (akhlak)

Semua ilmu ini penting dan perlu dipelajari oleh seorang mukmin dan dimulai dengan ilmu akidah tauhid. Ini kerana jikalau akidah kita tidak betul/benar maka segala amal ibadah kita tidak diterima lagi oleh Allah.

Maka, alangkah ruginya jikalau beramal tetapi masih ada masalah dengan akidah. Jika hendak belajar akidah, maka mestilah belajar tafsir Al-Quran.

Selepas kita sudah mengenal Allah SWT dan beriman kepada-Nya maka hendaklah kita melakukan ibadat kepada-Nya sebagai bukti keimanan kita kepada-Nya. Tidak patut sama sekali jikalau kita mengatakan sudah beriman, tetapi kita masih tidak melakukan ibadah dengan betul.

Maka cara untuk melakukan ibadah itu mestilah dengan cara seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT dan disampaikan kepada kita melalui Rasul-Nya.

Maka, inilah tujuan kelas ini diadakan iaitu untuk mengajar bagaimanakah cara untuk melakukan ibadat dengan benar dan betul.

Konsep asas yang kita perlu tahu daripada awal adalah kita patut tegaskan ilmu akidah dan luaskan ilmu feqah.

Malangnya di negara ini, kelihatan seperti masyarakat kita ‘meluaskan bab akidah’ tetapi ‘menyempitkan bab feqah’. Maknanya konsep yang terbalik pula. Oleh sebab itulah, ramai yang hanya berpegang dengan pendapat mazhab Syafi’iy sahaja tetapi dalam bab akidah mereka luaskan sehingga tidak rasa bersalah berjumpa bomoh dan sebagainya. Di dalam bab feqah pula, seolah-olah hanya mazhab Syafi’iy sahaja yang ada. Tetapi malangnya di dalam bab aqidah, mereka tidak pula hendak mengguna pakai akidah Imam Syafi’iy.

Oleh kerana itu kita tidak hanya tertakluk kepada pendapat fiqh mazhab Syafi’iy sahaja di dalam kelas ini, malah kita luaskan kepada pemahaman yang kita panggil Fiqh Sunnah. Maksudnya ajaran yang kita sampaikan ini berdasarkan kepada dalil daripada As-Sunnah.

Maka, mungkin hukum-hukum Feqah di dalam kelas kita ini agak berlainan daripada apa yang sedia difahami oleh pengikut mazhab Syafi’iy seperti yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita.

Di dalam kita mengamalkan amalan feqah maka hendaklah kita melihat kepada dalil-dalil yang ada dan mencari manakah dalil yang lebih rapat kepada sunnah Nabi SAW.

Tetapi, di dalam masa yang sama tidaklah kita merendahkan pendapat imam-imam mazhab yang lain. Hanya sahaja kita hendak mencari manakah pendapat yang lebih rapat dengan As-Sunnah.

Oleh kerana kelas ini adalah kelas asas maka kita tidak akan membincangkan semua pendapat feqah yang ada dan kita hanya tumpukan kepada sesuatu pendapat yang kemas untuk kita boleh mengamalkannya.

Yang penting kita tahu apakah amalan-amalan yang diterima oleh sunnah dan boleh diterima pakai oleh kita.

Untuk menjimatkan masa dan ruang, maka kita akan ringkaskan pengajaran feqah di dalam kelas ini. Maka saya akan memberikan maklumat ringkas yang saya kira mudah untuk difahami tetapi jikalau ianya memerlukan penjelasan lebih lanjut maka silalah bertanya.

Oleh kerana ini adalah kelas asas, maka tidaklah ada perbincangan panjang tentang pendapat semua mazhab pula. Kalau anda sudah tahu ada pendapat mazhab lain, itu bermakna pengetahuan anda bukanlah di peringkat asas lagi. Kalau anda yakin kekuatan hujah pada satu-satu pendapat, itulah pegangan anda dan anda boleh terus mengamalkannya.

Kalau ada perbezaan pendapat yang besar, maka kita akan meneruskannya sahaja. Seperti yang telah saya katakan, bab di dalam bidang feqah ini memang luas dan mempunyai banyak pendapat.

Mana satu yang lebih rapat dengan sunnah memerlukan pembelajaran berterusan dengan menilai dalil-dalil dan hujah-hujah ulama yang ada. Sekurang-kurangnya kita akan tahu satu pendapat dahulu di sini.

Al-Quran mencela berpecah-belah. Ada salah faham yang mengatakan semua perbezaan pendapat adalah tidak dibolehkan. Sedangkan Al-Quran bukan mencela perbezaan pandangan. Tetapi yang dicela adalah perpecahan kerana perbezaan pendapat itu.

Jadi ada perbezaan di situ. Banyak kisah perbezaan pendapat antara para Nabi pun. Sebagai contoh, antara Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s di dalam Surah Taha.

Yang dilarang perbezaan pendapat adalah di dalam bab usul akidah. Kalau bab tauhid, mesti sama sahaja pandangan. Kalau ada yang berbeza pandangan tentang akidah, kita tidak boleh meraikan perbezaan pendapat itu kerana dalam Al-Quran kita disuruh berpegang pada ‘tali Allah’. Dan maksud ‘tali Allah’ itu adalah tauhid. Kita mesti mempertahankan akidah yang benar.

Nabi Muhammad SAW pun berbuat begitu sehingga berpecah belah dengan Musyrikin Mekah. Memang dituntut perpecahan sebegitu pun.

Sebenarnya Allah memberikan ruang untuk kita berbeza pendapat. Di dalam Al-Quran dan dalam hadith, banyak perkataan yang boleh ditafsir lebih dari satu makna. Itulah sebabnya susah untuk mendapatkan ijma’ (kesepakatan pendapat) ulama’.

Ayat-ayat itu dipanggil dzanni dholalah. Sehinggakan boleh berbeza pendapat di dalam perkara furu’ akidah. Seperti sama ada Nabi SAW nampak Allah SWT semasa Isra’ dan Mi’raj atau tidak.

Sebenarnya amat terhad sekali hal yang ulama’ sepakat. Sebagai contoh, semua setuju bahawa solat itu wajib tetapi cara untuk mengerjakan solat itu terdapat banyak sekali pendapat.

Jadi kita haruslah menghormati khilaf di antara ahli agama dan janganlah mencela dan mengutuk orang yang berlainan pendapat. Janganlah panggil mereka yang berlainan pendapat dengan kita sebagai ‘wahabi’ dan apa-apa kata cacian lagi.

Kenapakah Allah SWT membenarkan ada khilaf pendapat? Kenapa tidak diberikan sahaja lafaz-lafaz yang mudah untuk difahami sehinggakan tidak ada langsung khilaf?

Allah SWT berbuat begitu supaya adalah kerja ahli agama untuk menggunakan ijtihad, iaitu menggunakan akal fikiran untuk melakukan kajian bagi mencapai satu keputusan agama dan memberikan peluang kepada mereka untuk mendapat pahala.

Ini adalah peluang untuk mereka mendapat pahala kerana jikalau ijtihad (usaha mereka untuk mencapai sesuatu keputusan) mereka betul, maka mereka akan mendapat dua pahala.

Jika salah, mereka tetap mendapat satu pahala kerana mereka telah berusaha. Lihatlah begitu indah sekali Islam ini jika betul-betul kita fahami.

Kalau ada ilmu, maka akan senang untuk menghormati pandangan orang lain. Maka jangan takut dengan perbahasan ilmu. Dan jangan sekat manusia dari bercakap tentang ilmu. Jangan halang orang bijak untuk berbincang.

Jangan menghalang orang lain dari berbincang untuk mendapatkan pemahaman kerana ada juga orang awam yang pandai dan boleh memahami ajaran dan dalil dari agama, antaranya peguam, pensyarah dan sebagainya. Mereka bijak pandai cuma tiada kesempatan untuk mengkaji dan kerana itu mereka mendapatkan maklumat dari ahli agama kerana itu bidang mereka.

Pada zaman Nabi SAW juga sudah ada perbezaan pendapat.

Contohnya hadith apabila baginda hendak menyerang Yahudi Bani Quraizah. Nabi SAW telah memberitahu kepada sahabat untuk terus pergi ke sana dan jangan menunggu untuk solat Asar. Solat Asar di sana sahaja.

Akan tetapi, ada sahabat yang solat di pertengahan jalan semasa dalam perjalanan ke kawasan Bani Quraizah. Ini kerana mereka beranggapan, yang dimaksudkan Nabi adalah jangan terlambat, sebab itu Nabi menyuruh agar solat di sana sahaja. Apabila disampaikan kepada Nabi tentang perkara ini, Nabi tidak memarahi mereka yang solat semasa dalam perjalanan.

Khilaf yang terjadi di kalangan ulama’ sememangnya banyak. Ini adalah perkara biasa.

Ada beberapa sebab:

1. Perbezaan pendapat ini kerana keupayaan mereka berbeza dalam menilai hadith. Ada yang menerima sesuatu hadith dan ada yang tidak. Ini kerana mereka berijtihad. Apabila penilaian hadith berbeza, maka hukum yang dikeluarkan juga akan berbeza.

2. Ada antara mereka yang tidak tahu akan kewujudan hadith. Ini terjadi kerana pada zaman mereka hadith tidak dikumpulkan lagi dan ada juga sahabat yang tidak tahu kesemua hadith.

Contohnya:
Saidina Umar r.a pun ada hadith yang dia tidak tahu langsung.

Jadi, sekiranya kita memilih dan menggunakan hadith yang lebih sahih, itu bukanlah satu kesalahan kerana kita bukan mengikuti mana-mana Imam mazhab atau tokoh tetapi yang kita ikuti adalah Nabi Muhammad SAW.
Tidaklah salah sekiranya kita memilih pendapat yang kita rasa lebih kuat dan di mana kita boleh membuat perbandingan antara dua ulama yang berbeza pendapat.

Ada juga yang berkata: “siapalah kita untuk menilai pandangan ulama’ ada yang lemah, terima sahaja lah”.
Ini tidak menjadi masalah kerana kita semua ada akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT dan kita boleh menilai pandangan mana satu yang lebih kuat walaupun kita bukan ulama’.

Perbezaan pendapat di dalam memahami dalil.
Ada banyak dalil akan tetapi berbeza pandangan dari segi memahaminya.

Sebagai contoh:
Di dalam Al-Quran digunakan lafaz quru’ untuk mengira iddah wanita yang diceraikan. Fahaman lafaz quru’ antara Imam Hanifah dan Imam Syafi’iy berbeza. Imam Syafi’iy berpendapat quru’ itu ‘suci’ dan Imam Hanifah berpendapat quru’ itu ‘haidh’.

Ada juga yang tidak tahu bahawa adanya hukum yang telah dibatalkan daripada hukum yang asal.

Sebagai contoh:
Muaz bin Jabal r.a telah dihantar ke Yaman. Jadi ada hadith yang dia tidak tahu telah dibatalkan.

Maka tidak salah untuk berbeza pendapat tetapi harus mempunyai adab serta bersangka baik terhadap ulama’ yang telah melakukan ijtihad itu.

Memang ada yang telah melakukan kesilapan dan kita harus menerima perkara ini kerana mereka bukannya Nabi. Semoga Allah SWT mengampunkan kesilapan mereka itu. Dan ini biasa sahaja kerana kita pun ada berbuat salah juga.

Oleh itu, tidaklah kita harus menerima sahaja semua pendapat ulama’ itu sampai tidak boleh hendak menilai langsung. Yang salah tetap kita katakan salah. Cuma janganlah sampai katakan ulama’ itu sesat pula.

Mereka itu ulama’ dan kerana itu kita harus menghormati mereka. Kalau tidak setuju tidak mengapa kerana bukan semua kita tidak bersetuju, ada juga isu yang kita setuju.

Itu semua dikira sebagai ‘Khilaf Muktabar’ kerana dalilnya ada, cuma berbeza fahaman tentang dalil itu. Bukanlah seperti khilaf masyarakat kita sekarang.

Satu pihak ada dalil dan satu pihak lagi tidak ada dalil, cuma ada ‘pendapat’ sahaja. Ini bukanlah khilaf yang diraikan.

Jadi, janganlah asyik hendak berkata: “Ini perkara khilaf, Syeikh”, kalau tidak ada dalil untuk menyokongnya. Kalau begitu, maka rosaklah agama kalau berbuat benda bid’ah dan mengatakan itu ‘khilaf’. Apa-apa pun, kita mesti melihat akan dalil yang ada. Kalau tidak ada dalil barulah kita menggunakan qiyas dan ijmak ulama’.

Oleh itu, tidak boleh bantah membantah dalam khilaf muktabar. Seperti khilaf sama ada mesti membaca Al-Fatihah atau tidak apabila menjadi makmum.

Semua yang memberikan pendapat ada dalil masing-masing. Jadi kalau ada yang tidak membaca Al-Fatihah di belakang imam, jangan kita katakan dia sesat pula kerana ada pandangan dan dalil yang dia gunakan.

Ubat kepada masalah ini: Perlu belajar banyak ilmu. Belajar lagi dan lagi, supaya jangan taksub kepada satu-satu pendapat sahaja dan menyalahkan orang lain.

Harus beritahu khilaf kepada masyarakat supaya jangan kalut kalau nampak orang lain membuat amalan yang lain daripada apa yang kita amalkan.

Jangan salahkan dan menuduh tanpa usul periksa. Jangan tafsir benda yang orang tidak cakap. Sebagai contoh, kalau ada orang yang tidak menggunakan pendapat Imam Syafi’iy dalam sesuatu masalah, jangan kata dia menghina Imam Syafi’iy pula.

SESI SOAL JAWAB
=======================

📍Selain daripada empat Mazhab Sunnah yang terkenal ini, adakah lagi Mazhab Sunnah lain yang masih wujud tetapi tidak begitu dikenali?

🔵 Mazhab Sunnah ada berbelas tetapi banyak yang tidak diamalkan kerana pengikut tidak ramai. Empat mazhab ini terkenal kerana ramai pengikutnya.

Satu lagi yang mungkin ramai tidak tahu, Imam Bukhari ada mazhabnya sendiri. Memang mazhab-mazhab mengaku beliau mazhab mereka (mazhab Syafi’iy kata Imam Bukhari mazhab Syafi’iy dan mazhab Hanafi kata beliau mazhab Hanafi).

Namun kalau lihat fiqh yang beliau bawa, ia tidak mengikut hanya satu-satu mazhab. Kadangkala sama dengan salah satu dari empat mazhab itu dan kadangkala keluar terus dari pendapat-pendapat mazhab yang empat.

📍Adakah pendapat keempat-empat mazhab ini boleh digunakan pada bila-bila masa di dalam semua ibadah?

🔵 Ya. Secara ringkasnya kaedah keempat-empat mazhab ini boleh digunapakai di dalam feqah kita. Ini kerana mereka ini bergelar ‘Imam’, yang membawa maksud menjadi ikutan kita (seperti imam di hadapan makmum). Mereka juga adalah ulama’ besar dan layak untuk berijtihad.

Satu perkara yang selalu disebut adalah talfiq mazhab iaitu tukar-tukar mazhab. Kejap pakai pendapat mazhab ini dan sekejap pendapat mazhab itu. Sebenarnya tidak ada larangan untuk pilih pendapat-pendapat yang ada kerana mereka beri pendapat berdasarkan dalil dan hujah bernas.

Lagi satu yang menjadi tuduhan adalah kita tasahhul (bermudah-mudah) dalam mengambil hukum. Pilih mana yang senang sahaja. Ini tidaklah boleh. Kita pilih pendapat yang lain daripada kebiasaan jikalau pendapat itu berdasarkan dalil yang kita rasa lebih kuat.

📍Dalam mazhab ada ramai ulama seperti Imam Nawawi, Al Razi contohnya tetapi ada juga yang kata “Qil”. Adakah boleh pilih pendapat “Qil” ini?

🔵 Boleh. Mereka juga ulama yang diiktiraf. Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan meneliti apakah hujah-hujah dan dalil mereka. Ini kerana kita bukan ikut ‘mereka sebagai individu’ tetapi kita ikut dalil yang mereka bawakan. Kalau ianya pendapat mereka sahaja, kita masih boleh tolak. Tidaklah semestinya kita ikut. Kita akan mendapat pahala dari usaha kita belajar ini. Sepertimana ulama’ mendapat pahala kerana mengeluarkan ijtihad mereka, maka kita yang belajar ini juga mendapat pahala.

📍 Adakah wajib orang awam ikut mazhab?

🔵 Tidak wajib. Kalau wajib, dahulu sebelum mazhab ada, golongan salaf pakai mazhab apa?

📍Adakah boleh kalau kita pegang pada satu mazhab sahaja? Ini kerana orang awam seperti saya ini masih dalam proses menuntut ilmu jadi tidak tahu menilai pandangan mazhab yang lain yang lebih dekat dengan sunnah.

🔵 Ya boleh, tidak salah tetapi janganlah pula hendak marah kalau orang lain mahu pakai pendapat lain. Sekarang ini kalau nampak orang buat lain sikit, terus cemuh, perlu bertenang (relaks) dia mungkin orang yang belajar bab mazhab ini. Mungkin dia tahu pendapat lain dan awak pula tahu satu pendapat sahaja. Sudah nampak bukan keluasannya?

📍Kalau dalam satu isu itu ada dua orang agamawan yang bagi pandangan yang berbeza-beza, apa yang perlu saya buat sebagai orang awam?
Apakah terdapat adab-adab tertentu bagi orang awam untuk berinteraksi dengan perbezaan pandangan antara agamawan?

🔵 Kita belajar apakah hujah dan dalil yang mereka gunakan. Kemudian kita pilih satu dan tidak menghina yang satu lagi. ‘Orang Awam’ juga boleh faham dalil. Cuba tengok pilihanraya yang lepas semua sibuk bincang politik macam ahli politik saja.

📍Contohnya berbeza dari sudut hukum bila Ustaz A kata boleh manakala Ustaz B kata tidak boleh.

🔵Tengoklah dalil yang diberikan.

📍Adakah perbezaan fahaman aqidah yang 3 itu boleh diterima iaitu Rububiah,Uluhiyah dan Asma wa Sifat?
Ada yang kata “Allah SWT memang duduk dengan Zat-Nya di Kursi-Nya” itu tetapi duduk yang selayaknya bagi Allah SWT berbanding dengan yang tafsir kata duduk itu tanda kebesaran sahaja

🔵 Ini bab akidah tetapi furu’ akidah dan bukan usul akidah. Kalau furu’ masih boleh lagi kita layan. Tidaklah kita boleh kafirkan dia. Pendapat dia mungkin salah, tetapi kita tidak boleh kafirkan dia. Ini perlu kena tahu yang mana usul dan mana furu’.

📍Apakah perbezaan khilaf dengan ikhtilaf ?

🔵 Beza hanya pada bahasa seperti:
1. Berbeza / perbezaan
2. Raja / kerajaan
3. Suka / kesukaan.

📍Kita kena hormati pegangan pendapat mazhab lain. Kalau menurut pendapat Ustaz sendiri kalau orang sembahyang nampak kaki ikut mazhab lain di Malaysia, macam mana?

🔵 Boleh nampak kaki adalah mazhab Hanafi. Kalau nampak, bolehlah ajak dia berbincang. Memang mazhab Hanafi ringan bab kaki (dan rambut juga) dalam solat tetapi mereka solat dalam bilik. Jauh dari pandangan manusia. Kalau solat di luar, tidak sesuai.

📍 Setakat manakah campur-campur mazhab itu dibenarkan?
Adakah dibenarkan sehingga di dalam sebuah solat atau bagaimana?
Mohon ustaz jelaskan dengan ringkas tetapi padat berserta contoh.

🔵 Mazhab ini datang kemudian, bukan zaman Nabi SAW dan bukan zaman sahabat. Ia amat membantu memudahkan umat Islam untuk membuat keputusan hukum. Ulama’ sudah kupaskan dalil-dalil yang ada untuk kita terus praktik.
Namun, tetap kita sebagai umat Islam menilai kembali pandangan-pandangan yang ada. Ini kerana kita hendak serapat mungkin dengan dalil dan mencari pandangan yang lebih rajih. Imam mazhab bukanlah nabi maka tentu ada kesilapan dan kekurangan mereka.

Tidak mengapa kalau campur pandangan mazhab walaupun dalam satu solat. Tidaklah kesemua solat hendak kena pakai satu mazhab sahaja. Kalau hendak puasa kena kesemua pakai satu mazhab lain pula.

Tiada penetapan sebegini. Sebagai contoh, apabila ditanya kepada Saidina Ali tentang perkara yang membatalkan wuduk, tidaklah dia tanya: “bab ambil wuduk engkau ambil dengan siapa? Nak pakai pandangan batal aku, kena ambil cara wuduk dengan aku juga lah.” Tidaklah begitu, bukan?

Kita ubah dengan perkataan lain lebih senang. Bila kata ‘campur-campur mazhab’ bunyi negatif.
Kita kata: “Kita pilih pandangan yang lebih rajin”.

📍Boleh ustaz lampirkan pernyataan kepada kata-kata imam mazhab yang menyuruh kita semua tetap berpandukan kepada hadith-hadith Nabi berbanding kata-kata mereka? Sumber di petik dari sekian- kitab karangan mereka atau anak murid mereka. Ini bagi menjelaskan kepada semua akan larangan bertaklid secara semberono kepada mahzab tanpa mengetahui kekuatan dalilnya.

🔵 Perkataan para Imam tentang Taklid

Para imam juga menegaskan kepada para pengikutnya untuk mengikuti dalil, dan tidak bertakliq. Berikut perkataan mereka:

Pertama: Imam Abu Hanifah rahimahullah
Beliau mengatakan,

لا يحل لأحد أن يأخذ بقولنا ما لم يعلم من أين أخذناه

“Tidak boleh bagi seorangpun berpendapat dengan pendapat kami hingga dia mengetahui dalil bagi pendapat tersebut.”(Ibnu Abdil Barr dalam al-Intiqaa dalam Fadhaail ats-Tsalatsah al-Aimmah al-Fuqahaa (hlm. 145))

Diriwayatkan juga bahwa beliau mengatakan,

حرام على من لم يعرف دليلي أن يفتي بكلامي

“Haram bagi seorang berfatwa dengan pendapatku sedang dia tidak mengetahui dalilnya.”

Kedua: Imam Malik bin Anas rahimahullah
Beliau mengatakan,

إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأيي فكل ما وافق الكتاب والسنة فخذوه وكل ما لم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه

“Aku hanyalah seorang manusia, terkadang benar dan salah. Maka, telitilah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Al-Quran dan sunnah nabi, maka ambillah. Dan jika tidak sesuai dengan keduanya, maka tinggalkanlah.” (Jami’ Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlih 2/32).

Beliau juga mengatakan,

ليس أحد بعد النبي صلى الله عليه وسلم إلا ويؤخذ من قوله ويترك إلا النبي صلى الله عليه وسلم

“Setiap orang sesudah nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dapat diambil dan ditinggalkan perkataannya, kecuali perkataan nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Jami’ Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlih 2/91).

Ketiga: Imam Asy-Syafi’i rahimahullah
Beliau mengatakan,

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ودعوا ما قلت

“Apabila kalian menemukan pendapat di dalam kitabku yang berseberangan dengan sunnah rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka ambillah sunnah tersebut dan tinggalkan pendapatku.” (Al-Majmu’ 1/63).

Keempat: Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah
Beliau mengatakan,

لا تقلدني ولا تقلد مالكا ولا الثوري ولا الأوزاعي وخذ من حيث أخذوا

“Janganlah kalian taklid kepadaku, jangan pula bertaklid kepada Malik, ats-Tsauri, al-Auza’i, tapi ikutilah dalil.” (I’lam al-Muwaqqi’in 2/201;Asy-Syamilah,).

📍Mohon pencerahan apa yang harus dibuat jika ilmu tidak banyak, tidak tahu beza mana yang lebih rajin?

🔵 Di kelas ini, kita hendak tahu sekurang-kurangnya satu pendapat sahaja supaya sudah boleh buat ibadat. Jika hendak banding mana yang lebih rajih itu sudah ‘advance’.

📍Pernah nampak ahli keluarga sendiri rasmi rumah baru dengan panggil ustaz lepas itu azan beberapa penjuru rumah. Adakah perkara ini dianjurkan di dalam Islam?

🔵 Tidak. Tentu Nabi SAW dan sahabat pun ada masuk rumah baru. Adakah mereka buat amalan itu? Adakah mereka tidak tahu azan? Tidaklah begitu bukan?
Maka azan di penjuru rumah adalah bid’ah idhofiyah. Maksudnya Azan tidak bid’ah, tetapi digunakan untuk rasmi rumah, itu bid’ah sebab Nabi SAW dan sahabat tidak buat.

📍Apa maksud idhofiyah?

🔵 Maksud idhofiyah: Tambahan. Menambah cara-cara amal yang Nabi SAW dan sahabat tidak buat dan tidak ajar.
Azan – memang ada tetapi azan untuk rasmi rumah memang tidak ada.

📍Kalau cara yang bertepatan dengan sunnah yang dianjurkan, berkenaan pendirian rumah baru macam mana ustaz?

🔵 Bina rumah, duduk rumah adalah perkara muamalah, (perkara kehidupan) sebagai manusia biasa. Semua orang bina rumah dan ada rumah. Orang kafir juga ada rumah. Jadi ini bukan perkara ‘ibadat khusus’. Oleh itu duduk macam biasa sahaja. Binalah rumah, duduklah dalam rumah itu.

Perkara yang paling penting, jaga rumah itu dan hidupkan suasana Islam di dalam rumah. Tidak perlu rasmi dan buat majlis pun tidak mengapa, kerana tidak ada anjuran dalam Islam buat majlis sebegitu.

Ini mungkin kerana banyak baca buku Tamar Jalis. Dulu bina rumah hari sekian sekian, mengadap sekian-sekian… hendak masuk kena tunggu bulan purnama. Itu petua orang melayu lama yang tidak ada dalam Islam, petua sahaja.

Apa yang penting hidupkan suasana Islam di dalam rumah itu. Bukan hendak kira hari pertama masuk, setiap hari ada perkara yang kita kena buat. Sebagai contoh, masuk kena sebut nama Allah SWT, kena selalu baca Al-Quran, selalu solat sunat dan sebagainya.

Jauhkan dari buat dosa, perkara maksiat. Cara masuk rumah diajar dalam Al-Quran, cara anak-anak hendak masuk dalam bilik juga diajar dalam al-Quran. Malah cara hendak bagi salam diajar dalam hadith, cara duduk di luar pintu turut ada diajar.

📍 Cara duduk di luar pintu? Bagaimana itu ustaz?

🔵 Boleh praktik terus lepas ini sebab hendak beraya, kan?
Bila kita ketuk rumah orang, jangan duduk betul-betul depan pintu, duduk tepi sikit supaya bila dia buka pintu, tidak ternampak bahagian dalam rumah takut-takut anak dan isteri dia tidak pakai tutup aurat, Nabi SAW ajar begini.

📍 Jika hendak buat majlis seperti majlis makan-makan?

🔵 Ajak orang makan memang bagus. Bagi makan percuma tetapi jangan paksa mereka doa untuk kita pula. Doa selamat itu paksa orang doa dengan bagi makan.

📍Adakah setiap perbuatan kita mesti dimulakan dengan “bismillah” atau “bismillahir rahmanir rahim”? Sebab ada dengar kuliah di Youtube hanya “bismillah” untuk doa makan, adakah ini termasuk dalam semua perkara?

🔵 Jika penuh, namanya basmalah. Kalau yang pendek, namanya tasmiyah.
Kalau makan, tasmiyah sahaja kerana memang ada hadis Nabi sebut baca bismillah sahaja. Secara umum, waktu-waktu lain, boleh sahaja dua-dua. Tidak ada pengkhususan.

Allahu a’lam.

Dilalah Fi’il Mabni Lil Majhul: Aqiqah

0

[Dilalah fi’il mabni lil majhul]

Masalah:
Adakah orang lain selain ayahnya sendiri boleh aqiqahkan untuk anaknya?

Hadis:

عن سمرة – رضي الله عنهما – قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – الغلام مرتهن بعقيقته تُذبح عنه يوم السابع ، ويسمى ، ويحلق رأسه

“Daripada Samurah bin Jundub رضي الله عنه bahawa nabi ﷺ bersabda : seorang budak aqiqahnya tertanggung ke atas dirinya, disembelihkan binatang untuknya pada hari ketujuh, diberikan nama dan dicukur kepalanya” [ At-Tirmidzi ]

Mazhab 1:
◾️ Syafieyah:
Aqiqah wajib ke atas pihak yang memberikan nafkah kepada si anak.

◾️ Hanabilah mewajibkan kepada si bapa kecuali jika sudah meninggal atau bapanya enggan.

Mazhab 2:
Jumhur ulama’:
Sesiapa pun boleh dari kalangan saudara mara terdekat.

Hujjah lafaz:

Mazhab 2:
Pada perkataan تُذبح mabni lil majhul, tidak dinyatakan siapa pelakunya yang afdhal, selagi tiada dalil sokongan, maka sesiapa pun boleh.

Tambahan:
Ada hadith nabi ﷺ yang aqiqahkan kedua orang cucu baginda ﷺ, namun hadith ini pun ada tawil lagi.
Sila rujuk al-Mughni, al-Fath dan Subul al-Salam untuk lebih lanjut berkenaan hadis ini.

Ulasan:
Jika dilalah ma’ani dan jenis-jenis fi’il yang pelbagai masih belum dikuasai, ketahuilah anda tidak layak cepat menghukum sesuatu itu halal dan haram dan cuma berpandukan sebuah hadith sahaja.

@ustazdaud
#berinteraksidenganhadis

Hantar Sedaqah ke Negeri Lain

0

[Dilalah al-Ma’arif seperti dhamir]

Masalah:
Hantar sedaqah ke negeri lain.

Hadis:

عن عبدالله بن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لمعاذ بن جبل حين بعثه إلى اليمن: ((إنك ستأتي قومًا أهل كتاب، فإذا جئتَهم فادعهم إلى أن يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمدًا رسول الله، فإن هم أطاعوا لك بذلك فأخبرهم أن الله قد فرض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة، فإن هم أطاعوا لك بذلك فأخبرهم أن الله قد فرض عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فتُرَدُّ على فقرائهم، فإن هم أطاعوا لك بذلك فإياك وكرائمَ أموالهم، واتقِ دعوة المظلوم؛ فإنه ليس بينه وبين الله حجابٌ))

Daripada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما bahawa Nabi ﷺ berkata kepada Muaz bin Jabal رضي الله عنه ketika dihantar ke Yaman:

“Engkau akan bertemu dengan satu kaum ahli Kitab. Apabila engkau bertemu mereka, maka ajaklah mereka kepada ‘la ilaha illallah wa anna Muhammadan Rasulullah,’ jika mereka taat, maka beritahu mereka bahawa Allah ﷻ telah wajibkan salat 5 waktu sehari semalam, jika mereka taati juga, beritahu mereka Allah ﷻ juga wajibkan sedaqah (zakat) yang diambil daripada orang kaya mereka dan diberikan kepada orang miskin mereka, jika mereka taati juga, maka berjaga-jagalah dengan harta-harta yang mereka muliakan, dan berhati-hatilah dengan doa orang yang dizalimi, kerana ia tiada penghalang dengan Allah ﷻ”

Para ulama’ khilaf tentang hadith ini.
Bolehkah dipindahkan suatu harta zakat yang telah dipungut di suatu tempat ke tempat yang lain sedangkan penduduk tempat tersebut juga memerlukannya?

Mazhab 1.
Hanabilah dan sebahagian Syafi’iyyah: tidak boleh.

Mazhab 2
Ahnaf, Malikiah dan Syafi’iyyah: boleh, namun makruh jika masih ada yang memerlukan.

Dalil:

Mazhab 1:
Dhamir pada perkataan فقرائهم (orang miskin mereka) ia khusus untuk orang miskin di tempat mereka, kerana asal dhamir adalah tuju kepada kata nama yang pertama, bahkan lafaz ini dijadikan dalil harta zakat tidak boleh dipindahkan ke tempat lain (Ibnu al-‘Arabi رحمه الله‎) dan lebih khusus tidak boleh dipindahkan ke tempat lain sejauh jarak dibolehkan qasar.

Mazhab 2
Dhamir tersebut ditujukan kepada sekalian orang Islam walau di mana mereka berada, kerana dhamir ghaib (ْهُم) ditujukan kepada sesuatu yang tidak dinyatakan.

Ibnu Daqiq al-‘Aied رحمه الله‎ mengatakan bahawa lafaz ini untuk dijadikan dalil harta zakat tidak boleh dipindahkan adalah lemah dan lafaz ‘mereka’ di situ adalah selagi mana mereka adalah Islam dan bukan khusus untuk orang Yaman sahaja. Ini kerana ia mengandungi kemungkinan yang kuat:

◾️ Individu-individu yang disebut dan ditujukan secara khusus di dalam suatu nas syara’ umum adalah tidak boleh diambil kira, jika ia tidak disebut dalam bab zakat sekalipun ia pasti menunjukkan bahawa pengkhususan tersebut tidak termasuk. Memang terdapat satu suruhan kepada mereka tentang salat tetapi ia juga bukan khusus untuk mereka.

Ia seolah-olah mufti berfatwa:
Orang Islam Malaysia mesti salat dan mengeluarkan zakat, bukankah pelik begitu?, bukankah asalkan Islam mesti salat dan keluar zakat dan tidak perlu tunggu jadi warganegara Malaysia mesti baru salat!

Yang sahih ia boleh dipindahkan jika terdapat maslahah (kebaikan) di situ, dan dhamir kadang-kadang boleh ditujukan terhadap sesuatu yang tidak dinyatakan, contoh :

(إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ)

Perkataan هُ di situ ialah Al-Quran, tetapi tidak dinyatakan!

Jadi dhamir tersebut ditujukan kepada semua orang Islam adalah lebih kuat.

Ulasan:
Kunci berhukum daripada nas mentah adalah kefahaman bahasa Arab.

@ustazdaud
#berinteraksidenganhadis

Koleksi Tazkirah Harian UiTO Tertinggal (6)

0

TAZKIRAH HARIAN UiTO

Sombong halang hidayah.

Orang munafiq hidup bersama Rasulullah tetapi tidak mendapat hidayah.
Iblis ada penyakit sombong walaupun dia kenal Allah.

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ ۖ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah “.

Sombong menghalang kita mendapat hidayah.

>>> sertai telegram.me/bicaraCR

من الله الرسالة وعلى الرسول البلاغ وعلينا التسليم

Az Zuhri wafat 124 H

Risalah dari Allah
Kewajipan Rasul menyampaikannya
Kewajipan kita adalah taslim (menerimanya dengan sukarela)

telegram.me/bicaraCR

Ada hadith dhaif yang sebut rugi jika hari ini sama semalam. Tetapi surah al-‘asr: 2 ada sebut bahawa manusia benar-benar dalam kerugian.

Antara penghalang yang membantut proses perubahan diri adalah penyakit sombong.
Kita belajar untuk kenakan kepada orang lain bukan untuk diri sendiri. Jiwa kita masih pada takuk lama. Kita rasa kita okay dah walaupun kita tidak merasa halawatul iman.

telegram.me/bicaraCR

Cerita

Abdullah b Jabir cerita, dia lihat Rasullah saw kelaparan.

Abdullah suruh isteri masak tepung. Abdullah sembelih anak kambing. Isteri pesan Abdullah jemput Rasulullah dan beberapa orang.

Abdullah ikut arahan isteri.

Rasulullah saw datang dengan rombongan yang ramai jumlahnya.

Rasulullah suruh senduk gulai dari kuali.

Rasulullah saw dan para sahabat ahli khandaq makan dengan kenyang.

Segantang gandum dan seekor anak kambing cukup untuk 1000 orang!

Riwayat Muslim

Benarlah.. Muhammad saw itu Rasulullah.

Okay tak cerita ini? Ditulis dalam kedai mamak.

Muhasabah

Pada hari akhirat kita mengadap Tuhan secara individu. Tidak ada siapa yang boleh tolong kita. Tuan guru, habib, Pak Kiyai, Ibu bapa, adik beradik, best friend, semua tak boleh bantu.

Kita akan selamat jika di dunia kita beriman dan ber’amal. Pastikan iman kita benar; iman tanpa ragu. Iman yang benar mencetus rasa cinta, takut dan harap. Iman yang benar melahirkan ‘amal soleh.

‘Amal soleh ‘amal yang bersih tanpa syirik. ‘Amal yang soleh mesti mengikuti petunjuk Rasulullah saw. Generasi yang paling faham al-Qur’an dan as-sunah ialah generasi paling mulia; generasi para sahabat, diikuti tabi’in dan tabi’ut tabi’in. Jadi kita beramal menurut amalan generasi awal Islam.

#tazkirah1minit

t.me/bicaraCR

Dari Umar al-Khaththab r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang tertidur sehingga kelupaan membacakan hizibnya di waktu malam atau sebahagian dari hizibnya itu, kemudian ia membacanya antara waktu shalat fajar dengan zuhur, maka dicatatlah untuknya seolah-olah ia membacanya itu di waktu malam harinya.” (Riwayat Muslim)

Doa: Pahala Sedekah yang Mudah

0

🌿 Tazkirah 🌿

Doa Kebaikan Untuk Umat Islam Mendapat Pahala Sedekah Seramai Jumlah Umat Islam

DOA adalah senjata orang mukmin. Setiap masa dan saat kita perlu berdoa mohon untuk mendapat pertolongan Allah SWT tidak kira semasa senang atau susah. Doa untuk semua umat Islam adalah doa yang diajarkan Nabi SAW supaya terjalin rasa ukhwah dan kasih sayang sesama saudara muslim.

Doa yang paling besar fadilatnya adalah apabila kita mendoakan keselamatan untuk kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat baik yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Hadith sahabat Ubadah bin al-Shamit radhiyallaahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu wa sallam bersabda :

مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبََ اللهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً

“Barangsiapa yang memohonkan ampunan bagi orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, maka Allah akan mencatat baginya dengan setiap orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagai satu pahala kebaikan.”

(Hadis Sahih Riwayat al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir juz 19 [909] dan Musnad al-Syamiyyin [2155]. Al-Hafizh al-Haitsami berkata dalam Majma’ al-Zawaid juz 10 hlm 210, sanad hadits ini jayyid )

Sahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ مَالٌ يَتَصَدَّقُ بِهِ فَلْيَسْتَغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ فَإِنَّهُ صَدَقَةٌ

“Barangsiapa yang tidak memiliki harta yang dapat ia sedekahkan, maka hendaklah memohonkan ampunan bagi orang-orang yang beriman, kerana sesungguhnya hal tersebut adalah sedekah.”

(Hadith Hasan Riwayat al-Thabarani dalam kitab al-Du’a’ [1849] dan al-Mu’jam al-Ausath [2693].)

Hadith-hadith di atas menganjurkan agar kita senantiasa mendoakan ampunan kepada Allah bagi saudara-saudara kita orang beriman, laki-laki mahupun perempuan, baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal. Kerana dengan doa tersebut, kita akan mendapatkan pahala sebanyak orang-orang yang beriman dan akan dicatat sebagai sedekah kita kepada mereka, serta di aminkan oleh malaikat.

Mari kita saling mendoakan, agar Allah SWT mengampuni kita dan saudara-saudara kita, orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

Jangan lupa mendoakan setiap kali berdoa terutama doa selepas solat. “Ya Allah ampunkan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat baik yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau sahaja dapat mengampunkan segala dosa”. Aamiiin.

🥦 Wassalam 🥦

Makmum Sundari
31.1.2019

#MS#AB

#SuaraPrihatin

Dilalah مِنْ

0

[Dilalah مِنْ]

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Nabi ﷺ:

اجعلوا في بيوتكم من صلاتكم ولا تتخذوها قبورا

“Jadikan rumah sebagai tempat salat kalian dan jangan jadikannya seperti kuburan.” [ al-Bukhari ]

Berdasarkan hadith ini, Nabi ﷺ seolah menganjurkan sebahagian salat dilakukan di rumah, tetapi ulama’ khilaf adakah ia salat sunat atau salat wajib?

Mazhab 1:
Jumhur mengatakan ia adalah salat sunat.

Mazhab 2:
Dibolehkan sebahagian salat fardhunya dilakukan di rumah agar dapat diikuti oleh ahli keluarga.

Dalil:

Mazhab 1 mengatakan perkataan مِن pada hadis di atas membawa 2 makna:

◾️ Bermakna sebahagian, dan ia bermaksud salat sunat.

◾️ Ia hanya huruf zaiedah (tambahan) yang mana Sibawayh mengatakan ia akan menjadi taukid sahaja.

Mazhab 2 bagi lafaz من di situ bermaksud sebahagian yang bermaksud fardhu-al-Baaji.

Perbincangan:

1. Lafaz من di situ untuk dianggap zaiedah dhaif kerana ia mesti ada 2 syarat:

◾️ Majrurnya mesti nakirah, tetapi hadith ini mu’arraf dengan idhafah.

◾️ Konteksnya mesti berbentuk nafi atau syabih dengan nafi, syabih nafi adalah sighah nahy dan istifham, berkata Al-‘Aini: tidak boleh takwil ia zaiedh pada kalam yang tsabit dan tidak boleh takwilnya sebagai fardhu.

2. Ini fakta paling jelas, ia ditafsirkan oleh sebuah hadis lain dengan maksud salat sunat:

“Salat kalian di rumah lebih afdhal daripada salat di masjidku ini, kecuali salat fardhu”

Jadi di sini betapa pentingnya pengetahuan dilalah huruf ma’ani dalam istinbath, dan kuncinya kesanggupan kamu bersusah payah mempelajari bahasa Arab.

@ustazdaud
#berinteraksidenganhadis

Tafsir Az-Zumar: Tafsir Ayat Ke-2 dan Ke-3

0

Tafsir Surah Az-Zumar

Sambungan Tafsir Ayat ke-2

Kita disuruh untuk mengikhlaskan ibadat kita kepada Allah ﷻ . Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ikhlas’? Kita dikatakan ikhlas jikalau kita buat sesuatu ibadat itu atas kehendak sendiri tanpa perlu ada orang suruh. Kita buat ibadat itu kerana Allah ﷻ semata-mata, bukan kerana orang lain suruh.

Bukan kerana kita mengharapkan bayaran dari orang lain atau bukan kerana kita buat ibadat itu kerana kita malu kepada orang lain yang tengok kita. Itulah makna ikhlas yang kita selalu faham.

Kalau buat juga, itu adalah syirik khafi (syirik tersembunyi). Ini bahaya kerana itu maksudnya buat ibadat, tetapi terkesan dengan orang. Iaitu kalau dia solat sendiri, solat dia biasa sahaja, tetapi kalau ada orang yang tengok, solat dia lebih baik.

Maknanya, dia terkesan dengan orang, dia hendak menunjuk solat dia bagus. Dia mengharap dipuji atau dia takut dia dikeji kalau dia buat sambil lewa sahaja. Kalau suka dipuji, ini digelar: sum’ah. Ini boleh menyebabkan amal ibadatnya tidak diterima oleh Allah ﷻ.

Namun, adakah itu sahaja maksud ‘ikhlas’? Adakah sama ikhlas kita dengan ikhlas agama lain? Mari kita bincangkan. Ikhlas yang selalu difahami oleh masyarakat kita adalah ikhlas dalam hati tetapi bagaimana pula dengan ikhlas dalam perbuatan?

Satu lagi konsep ikhlas adalah: melakukan sesuatu ibadat mengikut cara yang Allah ﷻ mahukan, iaitu melalui apa yang Dia ajar melalui Al-Quran dan Hadith. Kita ambil contoh penyembelihan binatang. Ia adalah satu ibadat. Contohnya, kita sembelih binatang korban pada perayaan Hari Raya Haji.

Namun, ada juga golongan masyarakat kita yang sembelih binatang atas suruhan tok bomoh sebab hendak memberi makan kepada jin. Ini kerana bomoh itu kata, kalau hendak sihat dari gangguan jin hantu, kena sembelih seekor kambing, contohnya.

Sembelihan itu walaupun dibaca Bismillah semasa menyembelihnya, haram dimakan dagingnya. Ia lebih haram daripada makan daging babi kerana ia tidak ikhlas. Sembelihan itu bukan kerana Allah ﷻ, tetapi kerana hendak memberi makan kepada jin, dan kerana atas suruhan bomoh.

Satu lagi contoh adalah puasa. Bukan agama Islam sahaja yang ada ibadat berpuasa, tetapi agama lain juga ada ibadat puasa. Cuma cara agama lain berpuasa berbeza daripada cara yang disyariatkan dalam Islam.

Persoalannya, adakah ibadah puasa mereka diterima? Tentu tidak, kerana ikhlas mereka itu tidak mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh agama. Selain itu, iktikaf juga adalah satu bentuk ibadat. Agama lain pun ada iktikaf juga di rumah ibadat mereka – di gereja, sinagog, kuil dan sebagainya.

Adakah semua iktikaf itu diterima oleh Allah ﷻ? Tidak sekali-kali. Hanya iktikaf yang mengikut cara yang Allah ﷻ syariatkan sahaja akan diterima. Begitu juga dengan ibadat-ibadat di atas tadi. Walau bagaimana ikhlas pun mereka buat ibadat mereka, tetapi kalau mereka buat tanpa mengikut syariat Islam, maka ibadat itu tidak diterima. Kita pun selalu sebut yang Nabi itu adalah contoh tauladan yang patut diiikuti.

Amal ibadat yang kita buat mesti ikut sunnah Nabi, baru boleh ia dipanggil ‘amal soleh’. Kalau ibadat selain dari itu, tidak diterima. Jangan buat sesuatu amal ibadat kalau tiada dalil. Perbuatan yang ikhlas bukanlah satu dalil yang boleh dipakai kerana ada juga yang beri hujah: “kalau kita buat ikhlas, tentu Allah ﷻ akan terima.”

Ini tidak benar, kerana Allah ﷻ bukan sahaja menetapkan kita buat kerana kita ikhlas dalam hati, tetapi kita kena ikhlas dalam perbuatan juga. Contoh: Katakanlah kita iktikaf di masjid. Orang Kristian pun iktikaf juga, tetapi di gereja. Orang Hindu pula iktikaf di kuil dia. Agaknya ikhlas tidak perbuatan mereka itu?

Tentulah mereka ikhlas melakukan ibadat mereka itu. Kalau tidak ikhlas, tentu mereka tidak akan buat. Bukan ada sesiapa upah mereka untuk buat ibadat mereka itu. Tiada siapa yang bayar. Macam kita juga, kalau iktikaf, tidak ada siapa yang bayar. Bayangkan paderi, rela mereka tidak kahwin sampai bila-bila, sampai tiada zuriat dan tiada rumah, hanya tinggal di gereja itu sahaja.

Kalau kita bandingkan dengan imam kita yang tinggal berdekatan masjid, mereka boleh lagi kahwin. Boleh menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Jadi kalau hendak dibandingkan tahap ikhlas, mungkin orang kafir itu lebih ikhlas daripada kita. Sami Buddha itu pula, sanggup pakai kain dua lapis itu sahaja, jalan pula tidak pakai kasut dan duduk sampai mati di tempat ibadat mereka.

Adakah iktikaf mereka diterima oleh Allah ﷻ ? Tentu sekali tidak diterima ibadat mereka itu disebab ibadat tersebut tidak mengikut sunnah yang dibawa Nabi atau tidak ikut undang-undang Islam seperti apa yang Allah ﷻ mahu.

Jadi ‘ikhlas’ itu mesti mengikut sunnah. Mesti ikhlas sepertimana yang Allah ﷻ hendak. Kalau buat ibadat, tetapi tidak ikut seperti yang Nabi suruh, maka tidak diterima. Saidina Umar رضي الله عنه pernah berkata yang mafhumnya: “kalau tidak tahu apa perbuatan Arab Jahiliyyah, belum tentu iman seseorang itu betul.” Agaknya agama apa sebenarnya Orang Arab Musyirikin itu?

Memang kita tahu mereka sembah berhala dan ilah-ilah yang lain tetapi mereka juga buat ibadat Haji kerana mereka duduk dekat dengan Kaabah. Sahabat pernah kata yang pada zaman Jahiliah, mereka wukuf juga di Muzdalifah pada musim Haji. Mereka lakukan itu pun pada 9 Zulhijah juga.

Mereka juga melontar di tiga-tiga Jamrah. Tawaf pun sama sahaja dengan tawaf yang kita lakukan. Cuma mereka buat dalam keadaan bertelanjang. Mereka ada ubah dari ajaran Nabi Ibrahim عليه السلام yang asal. Sahabat juga kata mereka ambil wuduk dulu sebelum sembahyang. Maknanya, mereka pun sembahyang juga, cuma mereka sembahyang dua rakaat sahaja. Lain sikit cara sembahyang mereka.

Nabi pernah melakukan solat waktu pagi iaitu waktu Dhuha. Ini sebelum baginda menjadi Nabi. Sahabat kata mereka dulu pun sudah buat solat sunat Dhuha itu. Mereka juga dibenarkan untuk tunaikan nazar yang mereka buat semasa zaman Jahiliyyah iaitu pernah Umar bernazar untuk melakukan iktikaf di Masjidil Haram.

Maka, apabila dia dah masuk Islam, dia tanya Nabi adakah dia kena penuhi nazarnya itu? Nabi kata dia kena tunaikan. Maknanya, amalan bernazar itu sendiri sudah ada. Hukum kahwin cerai dulu pun ada juga. Cuma boleh rujuk walaupun selepas tiga kali cerai.

Jadi terdapat persamaan antara ibadat mereka dan kita. Jadi apa agama mereka? Dalam Al-Quran, apabila ditanyakan kepada mereka, siapakah pencipta langit dan bumi? Mereka akan jawab: Allah! Mereka juga tahu siapa yang beri rezeki iaitu Allah ﷻ yang berikan rezeki kepada mereka.

Dan rasul mereka adalah Nabi Ibrahim عليه السلام dan Nabi Ismail عليه السلام tetapi mereka dipanggil kaum Musyrik sebab mereka juga sembah berhala. Mereka mempunyai ilah selain dari Allah ﷻ. Untuk memahami perkara ini, kita kena faham apakah akidah mereka sampai mereka dipanggil ‘Musyrikin Mekah’.

Selain dari itu, lafaz فَاعْبُدِ juga menyuruh kita untuk ‘menghambakan’ diri hanya kepada Allah ﷻ. Selalunya disebut ‘ubudiyyah’. Kehidupan kita mestilah untuk Allah ﷻ sahaja. Jangan kita buat tidak tinggal ibadat kepada Allah ﷻ, tetapi dalam perkara lain kita tidak ikut – sebagai contoh, berbuat zalim kepada orang lain, bercakap baik kepada orang lain dan sebagainya.

Perkataan الدِّينَ itu juga bermaksud ‘cara hidup’. Allah ﷻ telah memberi banyak suruhan dalam Al-Quran dan melalui ajaran Nabi-Nya Muhammad ﷺ tetapi pengajaran itu bukan hanya dalam ibadat seperti Solat, Puasa dan Haji sahaja, tetapi dalam segenap kehidupan kita.

Adakah kita hanya ikut suruhan Allah ﷻ dalam ibadat khusus sahaja, tetapi tidak ikut Allah ﷻ dalam perkara lain? Oleh kerana tidak faham perkara inilah yang menyebabkan ada orang yang tidak tinggal sembahyang, tetapi mereka tidak ada masalah untuk memakan harta riba.

Tafsir Ayat ke-3

Ayat Zajrun.

Ayat ini juga dinamakan ayat mufassal: memberi penerangan intisari surah ini. Penerangan ini adalah sampai akhir surah. Ayat ini dan seterusnya adalah untuk menjelaskan maksud ayat ke-2 tadi. Oleh itu, perlu diingat supaya jangan lari daripada intisari surah ini yang diterangkan tadi iaitu mentauhidkan Allah ﷻ dalam ibadah dan doa.

Ayat ini adalah Zajrun kepada mereka yang jahil. Mereka berhujah bahawa yang mereka seru selain Allah ﷻ itu adalah kerana atas tujuan baik – untuk mendekatkan diri kepada Allah ﷻ, bukannya mereka hendak berbuat syirik kepada Allah ﷻ. Ini adalah salah faham tentang agama, dan Allah ﷻ menjelaskan perkara ini. Ayat ini adalah penukilan semula kata-kata Musyrikin Mekah, tetapi ia tidak lari dari kata-kata masyarakat kita:

أَلا لِلَّهِ الدّينُ الخالِصُ ۚ وَالَّذينَ اتَّخَذوا مِن دونِهِ أَولِياءَ ما نَعبُدُهُم إِلّا لِيُقَرِّبونا إِلَى اللهِ زُلفىٰ إِنَّ اللهَ يَحكُمُ بَينَهُم في ما هُم فيهِ يَختَلِفونَ ۗ إِنَّ اللَّهَ لا يَهدي مَن هُوَ كٰذِبٌ كَفّارٌ

Ingatlah semua! Milik Allah mutlak agama yang tulus. Dan orang-orang yang mengambil selain dari Allah pelindung dan penolong (wali-wali): “Kami tidak menyembah (atau memujanya) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

أَلَا

Ingatlah!

Ambillah perhatian! Ini adalah satu panggilan kepada kita tentang pentingnya apa yang hendak disebutkan. Dalam ayat ini, Allah ﷻ menyuruh kita ambil perhatian tentang apa yang Dia hendak sebut selepas ini.

Terutama mereka yang ahli ibadat, yang banyak buat amal ibadat dalam doa dan amalan, sesiapa sahaja yang hendak menghampirkan diri kepada Allah ﷻ. Tidak kiralah orang biasa, ahli sufi atau ahli ilmu. Dengar baik-baik apa yang Allah ﷻ firmankan kepada kita.

أَلا لِلَّهِ الدّينُ الخالِصُ

Milik Allahlah agama yang tulus ikhlas – yang tulen.

Kepunyaan Allah ﷻ lah agama yang tulen. Agama yang tulen itu maksudnya agama yang Allah ﷻ ajar kita, bukan ditambah dengan amalan-amalan dan fahaman-fahaman yang lain. Juga bermaksud bersih dari syirik. Kepada Allah ﷻ sahaja tempat tujuan ibadah dan tempat doa. Jangan buat ibadat kepada ilah-ilah yang lain, jangan doa kepada ilah yang lain.

Agama yang tidak tulen yang diamalkan kebanyakan manusia itu, bukan kepunyaan Allah ﷻ , ada ditambah sana dan sini, Allah ﷻ tidak mahu dan tidak suka. Seperti yang telah kita sebut dalam ayat di atas, ‘ikhlas’ itu bukanlah bermaksud ikhlas dalam bentuk ikhlas dalam hati sahaja seperti yang kita selalu faham, tetapi ikhlas dalam bentuk tidak dicampur amalan itu dengan amalan selain dari syariat.

Tidak layak kita beribadat mengikut cara selain daripada yang Allah ﷻ syariatkan, selain dari yang diajar oleh Nabi Muhammad ﷺ. Fahaman berkenaan agama hanya daripada Allah ﷻ sahaja, disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Kita kena rujuk Al-Quran dan Sunnah sahaja.

Bukannya hanya merujuk ulama-ulama, ustaz-ustaz atau tok-tok guru yang tidak bersumberkan dalil sahih daripada Al-Quran dan Sunnah. Ibadat tidak boleh campur aduk dengan mana-mana selain daripada apa yang diajar oleh Allah ﷻ melalui Nabi ﷺ kerana agama Islam ini adalah milik mutlak Allah ﷻ.

Allahu a’lam.

Nas bersifat Kebolehterimaan dengan Nas bersifat Kebolehujahan

0

[Bezakan…]

Bezakan di antara nas yang bersifat kebolehterimaan dengan nas yang bersifat kebolehhujahan.

Ini kerana para ulama’ kibar kerap meninggalkan untuk beramal dengan zahir sesebuah hadith yang sahih kerana mereka tahu dalil-dalil akan mengandungi ta’wil, takhsis, nasakh atau ta’arudh dengan zahir ayat Al-Quran.

Disebabkan itu, golongan Hanafiah tidak beramal dengan sebuah hadith riwayat Imam Al-Bukhari رحمه الله‎ di dalam al-Sahih:

“Seorang Islam tidak boleh dibunuh balas oleh seorang kafir”

Ini kerana bagi mereka hadis ini bertembung dengan zahir ayat Al-Quran: [ Al-Maidah: 45 ] iaitu tentang kewajipan bunuh dibalas bunuh.

Oleh kerana itu, sesuatu pandangan mazhab adalah tidak adil untuk diperlekehkan, jika anda belum mengkaji sebab keluarnya sesuatu fatwa. Ini kerana adanya satu perkara yang lebih besar daripada sekadar sebuah hadith ahad yang sahih.

Bahkan terdapat banyak atsar daripada salaf bahawa ada hadith yang mereka ambil dan ada yang mereka tinggalkan, seperti riwayat-riwayat Ibnu Wahab tentang Imam Malik dan Laith yang mengajar beliau cara berinteraksi dengan nas sehingga beliau berkata :

“Kalau bukan kerana Malik dan Laith pasti aku akan tersesat, kerana aku menyangka semua hadith yang asalkan datang daripada Nabi ﷺ boleh diamalkan semuanya”

@ustazdaud
#berinteraksidenganhadis

SnJ: Isu Panggilan “kekasih Allah”

0

📍Jika memanggil manusiawi biasa itu kekasih Allah ﷻ, adakah ia sama seperti menyekutukan Allah ﷻ atau tidak? Adakah panggilan itu seolah-olah menyamakan Allah ﷻ seperti makhluk yang dicintai dan menyintai?

🔵Kekasih Allah ﷻ atau habibullah atau golongan Habeeb sekarang itu bukan bermaksud literal sebagaimana yang kita fahami sebagai hubungan intim antara manusia yang ada unsur seksualiti. Ia bermaksud metafora atau balaghah.

Contoh lain, kita menyintai ibubapa, menyintai Malaysia, dan menyintai kerjaya kita. Maka apabila seseorang menjadi kekasih Allah ﷻ, tidak ada unsur asmaradana.

📌Dalil-dalil kecintaan Allah ﷻ kepada makhluk-Nya:

1. Allah ﷻ mencintai Orang Muhsin

إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang muhsin [Al-Baqarah: 195 ]

2. Allah ﷻ mencintai orang yang bertaubat dan mensucikan diri

إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri. [ Al-Baqarah: 222 ]

3. Allah mencintai orang yang bertaqwa

فَإِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

Maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa [ Ali Imran: 76 ]

4. Allah ﷻ mencintai orang yang sabar

وَاللّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

Allah mencintai orang-orang yang sabar [ Ali Imran: 146 ]

5. Allah ﷻ mencintai orang yang bertawakkal

إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya

[ Ali Imran: 159 ]

6. Allah ﷻ mencintai orang yang adil

إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang adil [ Al-Maidah: 42 ]

7. Allah ﷻ mencintai orang yang berperang di jalan-Nya

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh [ Ash-Shaff: 4 ]

Semua mereka itu adalah kekasih Allah secara balaghah.

📍Bolehkah kita mengunakan salam kekasih Allah ﷻ untuk sesama kita?

🔵Boleh sahaja, cuma itu adalah istilah puak sufi, khususnya Habeeb kerana Habeeb itu adalah kekasih Allah ﷻ. Namun, dengan syarat apakah orang yang anda hendak panggil itu ada ciri-ciri dalam ayat-ayat yang disebutkan di atas?Kalau tidak ada, maka lebih selamat di panggil dengan istilah yang biasa seperti wahai saudaraku, wahai orang-orang yang beriman, dan wahai umat Melayuku.

@FiqhWanitaUito

Berinteraksi dengan Hadith: Ta’arudh

0

[Berinteraksi dengan hadith]

1. “Seorang penzina tidak akan berzina dalam keadaan beriman, seseorang tidak akan mencuri dalam keadaan beriman..” [ Al-Bukhari ]

2. “Seorang hamba yang berkata ‘la ilaha illallah’ lalu mati dalam keadaan tersebut maka dia masuk syurga, berkata Abu Dzar Al-Ghifari: walaupun dia berzina dan mencuri?, baginda ﷺ berkata: walaupun dia berzina dan mencuri.” [ Muslim ]

Jadi, kedua hadith ini berlaku ta’arudh (pertembungan), satu kata positif satu kata negatif, bermakna ia cukup syarat untuk dikatakan ta’arudh.

Hadith 1 mengatakan orang yang berzina dan mencuri itu tidak beriman, dan orang beriman tidak masuk syurga.

Hadis 2 pula mengatakan orang yang berzina dan mencuri itu jika mati dalam tauhid, maka dia memasuki syurga.

Ringkasnya, satu hadith mengatakan penzina tidak masuk syurga dan satu lagi hadith mengatakan penzina boleh memasuki syurga jika mati beriman.
Bagaimana solusinya?

Maka, ulama’ dalam menangani jenis ta’arudh begini mereka cuba ta’wil dengan berkata:

Hadith 1 bukan bermakna tidak beriman secara mutlak yang bermaksud kafir tetapi tidak beriman dengan maksud iman yang tidak sempurna yang bermaksud fasiq, ahli maksiat dan lain-lain.

@ustazdaud
#berinteraksidenganhadis

Popular

Iklan

Iklan