Utama UiTO: Soal-Jawab agama bersama ustaz Abu Basyer Doa: Pahala Sedekah yang Mudah

Doa: Pahala Sedekah yang Mudah

918
0
Iklan

๐ŸŒฟ Tazkirah ๐ŸŒฟ

Doa Kebaikan Untuk Umat Islam Mendapat Pahala Sedekah Seramai Jumlah Umat Islam

DOA adalah senjata orang mukmin. Setiap masa dan saat kita perlu berdoa mohon untuk mendapat pertolongan Allah SWT tidak kira semasa senang atau susah. Doa untuk semua umat Islam adalah doa yang diajarkan Nabi SAW supaya terjalin rasa ukhwah dan kasih sayang sesama saudara muslim.

Doa yang paling besar fadilatnya adalah apabila kita mendoakan keselamatan untuk kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat baik yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Hadith sahabat Ubadah bin al-Shamit radhiyallaahu โ€˜anhu, Rasulullah shallallahu wa sallam bersabda :

ู…ูŽู†ู ุงุณู’ุชูŽุบู’ููŽุฑูŽ ู„ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ูŽุงุชู ูƒูŽุชูŽุจูŽูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูŽู‡ู ุจููƒูู„ู‘ู ู…ูุคู’ู…ูู†ู ูˆูŽู…ูุคู’ู…ูู†ูŽุฉู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹

“Barangsiapa yang memohonkan ampunan bagi orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, maka Allah akan mencatat baginya dengan setiap orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagai satu pahala kebaikan.”

(Hadis Sahih Riwayat al-Thabarani dalam al-Muโ€™jam al-Kabir juz 19 [909] dan Musnad al-Syamiyyin [2155]. Al-Hafizh al-Haitsami berkata dalam Majmaโ€™ al-Zawaid juz 10 hlm 210, sanad hadits ini jayyid )

Sahabat Abu Hurairah radhiyallaahu โ€˜anhu berkata, Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wa sallam bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุงู„ูŒ ูŠูŽุชูŽุตูŽุฏู‘ูŽู‚ู ุจูู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู’ ู„ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ

“Barangsiapa yang tidak memiliki harta yang dapat ia sedekahkan, maka hendaklah memohonkan ampunan bagi orang-orang yang beriman, kerana sesungguhnya hal tersebut adalah sedekah.”

(Hadith Hasan Riwayat al-Thabarani dalam kitab al-Duโ€™aโ€™ [1849] dan al-Muโ€™jam al-Ausath [2693].)

Hadith-hadith di atas menganjurkan agar kita senantiasa mendoakan ampunan kepada Allah bagi saudara-saudara kita orang beriman, laki-laki mahupun perempuan, baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal. Kerana dengan doa tersebut, kita akan mendapatkan pahala sebanyak orang-orang yang beriman dan akan dicatat sebagai sedekah kita kepada mereka, serta di aminkan oleh malaikat.

Mari kita saling mendoakan, agar Allah SWT mengampuni kita dan saudara-saudara kita, orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

Jangan lupa mendoakan setiap kali berdoa terutama doa selepas solat. “Ya Allah ampunkan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat baik yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau sahaja dapat mengampunkan segala dosa”. Aamiiin.

๐Ÿฅฆ Wassalam ๐Ÿฅฆ

Makmum Sundari
31.1.2019

#MS#AB

#SuaraPrihatin

Komen dan Soalan