Utama Blog Halaman 93

02.18 AL-MUSOHHAF

0

Panel: BroSyarief
asSalaamu ‘alaikum, saya kongsikan nota seterusnya..

#040717 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.18 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Percanggahan Riwayat Tsiqah dan Jenis-jenisnya (مخالفة الثقات وأنواعها).

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

AL-MUSOHHAF (المصحَّف)

Dari sudut bahasa, ia berasal dari perkataan at-Tashif (التصحيف) iaitu mengubah perkataan pada bacaan atau tulisan.

Ada yang mengatakan bahawa ia merujuk kepada perubahan kedudukan huruf, atau perubahan salah satu huruf kepada huruf lain yang menyerupainya yang berpunca dari kesilapan ketika membacanya.

Adapun secara istilah, ia bermaksud apa-apa perkataan atau huruf yang berubah, dalam keadaan bentuk tulisannya tidak jauh berbeza. Ia boleh berlaku pada sanad dan juga matan.

Contoh:

‘Abdullah meriwayatkan daripada ayahnya, Ahmad ibn Hanbal, (katanya:)

حدثنا أبو قطن عن شعبة عن العوام بن مراجم فقال له يحيى بن معين إنما هو بن مزاحم

Abu Qatn memberitahu kami, (riwayatnya) daripada Syu’bah, daripada al-‘Awwam ibn Muraajim.

Lalu Yahya ibn Ma’in menegurnya menyebut: Dia adalah Ibn Muzaahim.

فقال أبو قطن عليه وعليه أو قال ثيابه فيء المساكين إن لم يكن بن مراجم

Abu Qatn menyebutkan bahawa pakaiannya akan menjadi harta orang miskin, sekiranya namanya bukan Ibn Muraajim.

فقال يحيى حدثنا به وكيع وقال بن مزاحم فقلت أنا حدثنا به وكيع فقال بن مراجم فسكت يحيى

Kemudiannya Yahya menyebutkan: Waki’ telah menceritakan riwayat ini kepada kami dan dia menyebutkan Ibn Muzaahim.

Lalu aku menjawab: Waki’ juga telah telah menceritakan riwayat ini kepada kami, malah dia menyebutkan Ibn Muraajim.

Yahya pun diam.

قال أبي حدثنا يحيى عن شعبة عن العوام بن مراجم وهو الصواب

(Abdullah menyambung) Ayahku berkata: Yahya menceritakan kepada kami daripada Syu’ab, daripada al-‘Awwam ibn Muraajim, dan (sebutan) itulah yang benar.

[al-‘Ilal wa Ma’rifatir-Rijal]

Di atas ini merupakan contoh tashif yang berlaku pada sanad, yang merupakan kesilapan oleh periwayat sendiri.

Adapun contoh tashif yang berlaku pada matan, adalah pada hadits berikut,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَأَتْبَعَهُ شَيْئًا مِنْ شَوَّالٍ

Perkataan asalnya adalah سِتًّا telah tertukar oleh salah seorang periwayat, Abu Bakr as-Shuli, menjadi شَيْئًا.

Hukum hadits Mushohhaf:

Tidak dibenarkan sengaja melakukan tashif terutama pada matan hadits kerana ia mengubah makna hatta mempengaruhi ketetapan hukum.

Sekiranya ia berlaku tanpa disengajakan oleh seseorang periwayat dan jumlah tashif yang sangat sedikit, maka kredibiliti inteleknya tidak ditolak atau direndahkan, kerana tiada periwayat yang selamat dari kesilapan-kesilapan kecil.

Adapun sekiranya ia berulang kali berlaku dengan banyak, maka penilaiannya dari sudut kredibiliti intelek dan hafalannya direndahkan sebagai lemah.

Ibn Katsir (w.774H) menyebutkan:

وأكثر ما يقع ذلك لمن أخذ من الصحف، ولم يكن له شيخ حافظ يوقفه على ذلك

Kebanyakan yang tersilap melakukan tashif ini adalah yang mengambil dari kitab-kitab hadits secara langsung dalam keadaan dia tidak mempunyai guru yang hafiz untuk dia periksa hadits-hadits yang diriwayatkan.

[al-Baa’its al-Hatsis]

Di antara penulisan yang menyentuh khusus tentang perbuatan tashif ini:

* Tashifaat al-Muhadditsin, karangan Abu Ahmad al-‘Askari (w.382H)
* Islah Ghalath al-Muhadditsin, karangan al-Khatthaabi (w.383H)
* at-Tashif, karangan ad-Daraquthni (w.385H)

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi, Cet. ke-6, m/s 250-251.

__

#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Asas Usyul Fiqh

0

📚📖✍

🔴 Adakah kaedah qias boleh digunakan untuk menegak sesuatu hukum setelah tiada dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah?


Hukum ada dua jenis:

1. Ada nas dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.

2. Tiada nas, maka ia gunakan kaedah qias dan ijma’ ulama’.

Maka, sumber hukum Islam yang disepakati:

1. Al-Qur’an

2. As-Sunnah

Kaedah yang diterima jumhur ulama’:

3. Qias

4. Ijma’

Ini adalah asas usyul fiqh.

@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah

Wudhu’: Perkara yang Harus dan Anjuran Berwudhu’

0

Kitab Thaharah:
1. Hal-hal yang mengharuskan wudhu’
2. Hal-hal yang dianjurkan untuk berwudhu

Hal yang mengharuskan Wudhu’

1. Salat

Sama ada salat fardhu’ atau salat sunat. Dalilnya seperti disebut dalam [ Maidah: 6 ].

2. Tawaf di Baitullah.

✍🏻Ini adalah pandangan majoriti ulama’ berdasarkan hadith dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ فَأَقِلُّوا مِنْ الْكَلَامِ

“Tawaf di Kaabah seperti salat, namun di dalamnya dibolehkan sedikit bicara.”
(An Nasai no. 2922)

Maka hanya tawaf sahaja yang memerlukan wudhu’. Perlu diketahui bahawa taharah (harus bersuci) bukanlah syarat di dalam ihram dan bukan pula syarat di dalam amalan umrah atau haji lainnya selain dari tawaf (yang masih diperselisihkan). Ketika sa’i, melempar jumrah, mabit dan wukuf tidak disyaratkan untuk thaharah (dalam keadaan suci).

✍🏻Begitu pun, ada pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan diikuti oleh Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-‘Utsaimin رحمكم الله yang mengatakan wudhu’ bukan syarat untuk sah tawaf.

Ada hujah yang diberikan:

Pertama:

Hadith yang menyatakan bahawa tawaf itu seperti salat, tidaklah marfu’ (sampai pada Rasulullah ﷺ). Hadith ini hanya mauquf (berhenti kepada perkataan sahabat sahaja) sampai pada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه.

Kedua:

Tawaf tidaklah sama dari segi perbuatan dengan salat. Maka yang dimaksudkan ‘sama’ dengan salat itu adalah dari segi pahala, bukan di dalam semua keadaan. Maka, kita ambillah wudhu’ apabila hendak memulakan tawaf.

Namun, jika terbatal wudhu’ semasa tawaf, maka boleh teruskan sahaja tawaf itu. Maka tentulah ini lebih mudah membayangkan keadaan waktu itu amatlah sesak dan jika mahu pergi mengambil wudhu’ kalau terbatal wudhu’, amatlah susah.

Hal-Hal yang dianjurkan Wudhu’

1. Ketika berzikir kepada Allah ﷻ.

Berzikir di dalam keadaan suci itu lebih utama. Sebahagian ulama’ menilainya termasuk sunnah.

✍🏻Hal ini didasarkan kepada hadith Abi Juhaim bin al-Harits رضي الله عنه, dia berkata:

أَقْبَلَ النَّبِيُّ مِنْ نَحْوِ بِئْرِ جَمَلٍ فَلَقِيَهُ رَجُلٌ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ النَّبِيُّ حَتَّى أَقْبَلَ عَلَى الْجِدَارِ فَمَسَحَ بِوَجْهِهِ وَيَدَيْهِ ثُمَّ رَدَّ عَلَيْهِ السَّلاَمَ

“Rasulullah ﷺ kembali dari Bi’r Jamal (sebuah kota terkenal dekat kota Madinah) lalu seseorang bertemu dengan baginda ﷺ seraya mengucapkan salam, baginda ﷺ tidak menjawabnya hingga baginda ﷺ menemukan tembok dan mengusap wajah dan tangannya kemudian menjawab salam orang tadi.” (Muttafaq ‘Alaih)

Syarah:

Mengapa ada kena-mengena dengan tembok pula ini? Kena ingat yang tembok mereka dijadikan dari tanah. Maka, perbuatan Nabi Muhammad ﷺ itu adalah disebut tayammum.

✍🏻Dalam hadith Al-Muhajir bin Qunfud رضي الله عنه, dia mengucapkan salam kepada Rasulullah ﷺ ketika baginda ﷺ berwudhu’, baginda ﷺ tidak menjawabnya sehingga selesai dari wudhu’nya, baru menjawab salamnya. Baginda ﷺ bersabda,

إني كرهت أن أذكر الله عز وجل إلا على طهارة

Sesungguhnya aku tidak suka berzikir kepada Allah ﷻ kecuali dalam keadaan suci” atau baginda ﷺ mengatakan, “kecuali dengan bersuci.”
(Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad. Al-Syaikh Al-Albani berkata hadith ini sahih)

Ingat, ini adalah molek kalau dapat dijaga tetapi janganlah dijadikan ini sebagai sebab untuk tidak berzikir pula. Jangan memberi alasan tidak berzikir dan membaca Al-Qur’an kerana tiada wudhu’ pula.

✍🏻Imam An-Nawawi رحمه الله‎ berkata,

أجمع المسلمون على جواز قراءة القرآن للمحدث -يعني حدثاً أصغر-، والأفضل أن يتطهر لها

“Kaum muslimin sepakat di atas bolehnya membaca Al-Qur’an bagi orang yang berhadas –yakni hadas kecil -, dan paling utama dia bersuci untuk membaca Al-Qur’an.”

✍🏻Imam Al-Syaukani رحمه الله‎ berkata, “Apabila hadas kecil tidak melarangnya dari membaca Al-Qur’an, padahal ia zikir paling utama. Maka bolehnya berzikir selainnya adalah lebih kuat.”

📍Oleh itu, untuk berzikir tidak harus dalam keadaan suci atau ada wudhu’. Namun kalau berwudhu’ ketika berzikir ini lebih baik dan lebih utama.

2. Setiap kali hendak salat (walaupun wudhu’ tidak batal).

✍🏻Secara umumnya disunatkan berwudhu’ untuk setiap salat fardhu’ berdasarkan hadith-hadith yang meriwayatkan bahawa baginda ﷺ berwudhu’ setiap kali salat.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: {لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتهمْ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ بِوُضُوءٍ ، وَمَعَ كُلِّ وُضُوءٍ بِسِوَاكٍ} رواه الإمام أحمد بن حنبل

Maksudnya: Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika tidak membebankan umatku nescaya aku perintahkan mereka agar berwudhu’ untuk setiap salat dan bersiwak setiap kali berwudhu’.”
(Hadith Riwayat Imam Ahmad).

Amalan perbaharui wudhu’ tiada kaitan dengan pembaziran air kerana ia sendiri diamalkan oleh baginda ﷺ, selagi mana penggunaan air digunakan secara berjimat cermat dan bijak ia tidak dikira membazir.

Malah, amalan pembaziran juga boleh dikaitkan dengan pengambilan wudhu’ yang pertama dan tidak semestinya wudhu’ yang baharu.

Kita boleh melihat betapa ramainya orang yang mengambil wudhu’ melakukan pembaziran dengan membuka pili air sebesar-besarnya dan membiarkan air keluar mencurah-curah tanpa dimanfaatkan dengan betul.

Apatah lagi air yang digunakan itu adalah air wakaf di masjid dan surau yang tidak sepatutnya dibazirkan sesuka hati. Ini jelas bertentangan dengan sunnah Rasulullah ﷺ.

Ini sememangnya perangai yang amat buruk. Nanti kita akan lihat bagaimana masyarakat kita membuka air sewaktu mahu berwudhu’. Mencurah-curah airnya. Itu adalah pembaziran.

✍🏻Perhatikan hadith di bawah ini bahawa Rasulullah ﷺ sangat menitik beratkan penggunaan air agar tidak digunakan secara melulu dan membazir meskipun air itu digunakan untuk tujuan ibadat.

وعن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما ، أن النبي صلى الله عليه وسلم مر بسعد وهو يتوضأ فقال : ما هذا السرف يا سعد قال : أفي الوضوء سرف ؟ ! قال : ” نعم ! وإن كنت على نهر جار ) رواه أحمد ، وابن ماجه .

Maksudnya:
Abdullah bin Amr bin Al-‘As رضي الله عنهما meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah ﷺ melintasi Sa’ad bin Abu Waqqas رضي الله عنهما yang sedang berwudhu’, lalu baginda ﷺ berkata: Apa pembaziran ini? Lalu Sa’ad رضي الله عنه membalas, “Adakah dikira membazir untuk wudhu’?”. baginda ﷺ bersabda, “Ya, walaupun kamu di sungai yang mengalir”.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

3. Setiap kali berhadas.

Maknanya, sebaik sahaja terbatal wudhu’, terus diambil wudhu’ yang lain.

✍🏻Dari Abu Buraida رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ di pagi hari memanggil Bilal رضي الله عنه lalu berkata,

يَا بِلاَلُ بِمَ سَبَقْتَنِى إِلَى الْجَنَّةِ مَا دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَطُّ إِلاَّ سَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِى دَخَلْتُ الْبَارِحَةَ الْجَنَّةَ فَسَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِى

“Wahai Bilal, kenapa engkau mendahuluiku masuk syurga? Aku tidaklah masuk syurga sama sekali melainkan aku mendengar suara sandalmu di hadapanku. Aku memasuki syurga di malam hari dan aku dengar suara sandalmu di hadapanku.”

✍🏻Bilal رضي الله عنه menjawab,

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَذَّنْتُ قَطُّ إِلاَّ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ وَمَا أَصَابَنِى حَدَثٌ قَطُّ إِلاَّ تَوَضَّأْتُ عِنْدَهَا وَرَأَيْتُ أَنَّ لِلَّهِ عَلَىَّ رَكْعَتَيْنِ

“Wahai Rasulullah ﷺ, aku biasa tidak meninggalkan salat dua raka’at sedikit pun. Setiap kali aku berhadas, aku terus berwudhu’ dan aku membebani diriku dengan salat dua raka’at setelah itu.”
(Tirmizi no. 3689 dan Ahmad 5: 354. Al-Hafiz Abu Thahir رحمه الله‎ mengatakan bahawa sanad hadith tersebut hasan)

4. Setelah mengusung jenazah.

Sekiranya terlibat dalam mengusung jenazah, maka dianjurkan untuk berwudhu’ setelah itu.

✍🏻Ia telah disebutkan di dalam beberapa riwayat hadith seperti berikut:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم قَالَ: مَنْ غَسَلَ اْلمـَيِّتَ فَلْيَغْتَسِلْ وَ مَنْ حَمَلَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Barang siapa yang memandikan mayat maka hendaklah dia mandi dan barang siapa yang mengusungnya maka hendaklah berwudhu.”
(Abu Dawud: 3161, At-Turmudzi no. 993 dan Ahmad no. II/ 280, 433, 454, 472. Berkata Syaikh Al-Albani رحمه الله‎ bahawa hadith ini sahih).

📍Jangan dikaitkan dengan badi mayat pula. Ia tidak ada dalil dan ia adalah kepercayaan khurafat. Kita tidak tahu mengapa Rasulullah ﷺ menganjurkan sunat berwudhu’ selepas mengusung mayat.

Ia tidak wajib, tetapi dianjurkan untuk kita melakukannya.

5. Ketika hendak tidur dalam keadaan junub.

Ini adalah keadaan selepas melakukan hubungan suami isteri. Waktu itu mungkin kepenatan atau kesejukan, jadi tidak perlu untuk terus mandi wajib, cukup dengan wudhu’ sahaja dan tidur.

✍🏻Ada hadith yang menyebutkan sebagai berikut,

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – أَيَرْقُدُ أَحَدُنَا وَهْوَ جُنُبٌ قَالَ « نَعَمْ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرْقُدْ وَهُوَ جُنُبٌ »

Dari Ibnu ‘Umar رضي الله عنه, ia berkata bahawa ‘Umar bin Al Khattab رضي الله عنهما pernah bertanya pada Rasulullah ﷺ, “Apakah salah seorang di antara kami boleh tidur sedang ia dalam keadaan junub?” baginda ﷺ menjawab, “Iya, jika salah seorang di antara kalian junub, hendaklah ia berwudhu’ lalu tidur.”
(Bukhari no. 287 dan Muslim no. 306).

✍🏻Dari ‘Aisyah رضي الله عنها‎, ia berkata,
كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهْوَ جُنُبٌ ، غَسَلَ فَرْجَهُ ، وَتَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ

“Rasulullah ﷺ biasa jika dalam keadaan junub dan hendak tidur, beliau mencuci kemaluannya lalu berwudhu’ sebagai mana wudhu’ untuk salat.”
(Bukhari no. 288).

✍🏻Aisyah رضي الله عنها‎ pernah ditanya oleh ‘Abdullah bin Abu Qais رضي الله عنهما mengenai keadaan Rasulullah ﷺ,

كَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ فِى الْجَنَابَةِ أَكَانَ يَغْتَسِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ أَمْ يَنَامُ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ قَالَتْ كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فَنَامَ وَرُبَّمَا تَوَضَّأَ فَنَامَ. قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ فِى الأَمْرِ سَعَةً.

“Bagaimana Rasulullah ﷺ jika dalam keadaan junub? Apakah baginda ﷺ mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi?” ‘Aisyah رضي الله عنها‎ menjawab, “Semua itu pernah dilakukan oleh baginda ﷺ. Kadang baginda ﷺ mandi, lalu tidur. Kadang pula beliau wudhu’, barulah tidur.” ‘Abdullah bin Abu Qais رضي الله عنهما berkata, “Segala puji bagi Allah ﷻ yang telah menjadikan segala urusan begitu lapang.”
(Muslim no. 307).

Yang terbaik, tentulah terus mandi tetapi mungkin agak berat bagi sesetengah orang. Maka, dianjurkan untuk mengambil wudhu’.

📍Wudhu’ ini bukanlah wudhu’ yang boleh dibawa untuk salat. Ini untuk membolehkan tidur sahaja dan untuk meringankan junub.

6. Ingin makan dalam keadaan junub.

✍🏻Ini berdasarkan riwayat dari Aisyah رضي الله عنها‎ yang berkata “ketika Rasulullah ﷺ dalam keadaan junub dan baginda ﷺ ingin makan atau tidur, baginda berwudhu’ terlebih dahulu”.
(HR Muslim)

7. Ingin mengulangi persetubuhan.

✍🏻Ada hadith yang disebutkan dalam Sahih Muslim,

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يَعُودَ فَلْيَتَوَضَّأْ ». زَادَ أَبُو بَكْرٍ فِى حَدِيثِهِ بَيْنَهُمَا وُضُوءًا وَقَالَ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يُعَاوِدَ

Dari Abu Sa’id Al Khudri رضي الله عنه, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian menyetubuhi isterinya lalu dia ingin mengulanginya, maka hendaklah dia berwudhu’.” Abu Bakr رضي الله عنه dalam hadithnya menambahkan, “Hendaklah menambahkan wudhu’ di antara kedua hubungan intim tersebut.” Lalu ditambahkan, “Jika ia ingin mengulangi hubungan intim.”
(Muslim no. 308).

✍🏻Imam Malik رحمه الله‎ menambahkan lafaz,
فَإِنَّهُ أَنْشَطُ لِلْعَوْدِ

“Berwudhu’ itu lebih membuat semangat ketika ingin mengulangi hubungan intim.”

Syarah:
Ini adalah anjuran dari Rasulullah ﷺ supaya sebelum mengulangi hubungan intim itu, dengan berwudhu’ dapat menyegarkan kembali tubuh badan.

8. Muntah.

Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa muntah membatalkan wudhu’. Di antaranya adalah:

✍🏻Imam Ahmad dan Abu Hanifah رحمكم الله. Hanya saja Imam Ahmad رحمه الله‎ mensyaratkan agar muntahnya sangat banyak.

✍🏻Sedangkan Imam Syafii رحمه الله‎ berpendapat bahawa muntah tidak membatalkan wudhu’. Inilah pendapat yang benar, kerana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa muntah membatalkan wudhu’.

✍🏻Akan tetapi kita digalakkan untuk berwudhu’ setelah muntah berdasarkan hadith ini.
Hadith dari Ma’dan bin Abi Thalhah dari Abu Darda’, dia menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah muntah, kemudian berbuka dan berwudhu’. Lalu ku temui Tsauban رضي الله عنه di Masjid Damaskus dan ku ceritakan hal ini kepadanya.
Dia lalu berkata, “Benar. Akulah yang menuangkan air wudhu’ baginda ﷺ .”
(Sanadnya sahih: Sunan At-Tirmizi [I/58 no. 87])

9. Setelah makan makanan yang dimasak dengan api.

Kita dianjurkan untuk berwudhu’ setelah makan terutama makanan yang dimasak dengan api.

✍🏻Berdasarkan hadith Abu Hurairah رضي الله عنه, dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda

تَوَضَّؤُوْا مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ.

“Berwudhu’lah kerana memakan makanan yang tersentuh api’.”
(Hadith ini sahih: Mukhtashar Sahih Muslim [no. 147], Sahih Muslim [I/272 no. 352], Sunan An-Nasa-i [I/105])

Walaupun hadith ini sahih tetapi ia tidak menjadi arahan wajib kerana telah dimansukhkan dengan hadith yang lain:

✍🏻Berdasarkan hadith ‘Amr bin Umayyah Adh-Dhamri رضي الله عنه dia berkata, “Aku melihat Rasulullah ﷺ menghiris paha kambing. Baginda ﷺ kemudian makan sebahagian darinya lalu saat panggilan salat tiba, baginda ﷺ berdiri dan meletakkan pisau lantas salat dan tidak berwudhu’.”
(Hadith ini sahih: [Mukhtashar Sahih Muslim no. 148], Sahih Muslim [I/274 no. 355 [93], ini adalah lafaz darinya, Sahih Al-Bukhari [Fathul-Baari] [I/311 no. 208])

📍Maka, pada peringkat awal Islam, setelah makan makanan yang dimasak dengan api, wudhu’ batal dan perlu mengambil wudhu’ semula. Walau bagaimana pun setelah masa berubah, ia tidak jatuh wajib lagi dan hanya menjadi sunat.

10. Sebelum tidur

Terdapat hadith yang menunjukkan bahawa kita dianjurkan untuk bersuci sebelum tidur di antaranya,

✍🏻Hadith dari Al-Barra’ bin Azib رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ ، ثُمَّ قُلْ : اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ ، اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ ؛ فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ ، وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِ

“Apabila engkau hendak tidur, berwudhu’lah sebagai mana wudhu’ ketika hendak salat. Kemudian berbaringlah miring ke kanan, dan bacalah

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ ، اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Ya Allah ﷻ, aku tundukkan wajahku kepada-Mu, aku pasrahkan urusanku kepada-Mu, aku sandarkan belakangku kepada-Mu, kerana rasa takut dan penuh harap kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari hukuman-Mu kecuali kepada-Mu. Ya Allah ﷻ , aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan, dan kepada nabi-Mu yang telah Engkau utus.
Jika kamu mati di malam itu, kamu mati dalam keadaan fitrah. Jadikanlah doa itu, sebagai kalimat terakhir yang engkau ucapkan sebelum tidur.”
(Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

Dalam hadith lain, Rasulullah ﷺ menyebutkan keutamaan berwudhu’ sebelum tidur. Orang yang berwudhu’ sebelum tidur, akan didoakan malaikat.

✍🏻Dari Abdullah bin Umar رضي الله عنهما, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ بَاتَ طَاهِرًا، بَاتَ فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ، فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلَانٍ، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا

“Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah ﷻ, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.’”
(Ibnu Hibban 3/329. Syuaib Al-Arnauth mengatakan, perawi hadith ini termasuk perawi kitab sahih. Hadith ini juga dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani رحمه الله‎ dalam Sahih At-Targhib Wat-Tarhib I/37)

✍🏻Al-Hafiz Ibnu Hajar رحمه الله‎ menjelaskan beberapa manfaat berwudhu’ sebelum tidur,

وَلَهُ فَوَائِد : مِنْهَا أَنْ يَبِيت عَلَى طَهَارَة لِئَلَّا يَبْغَتهُ الْمَوْت فَيَكُون عَلَى هَيْئَة كَامِلَة , وَيُؤْخَذ مِنْهُ النَّدْب إِلَى الِاسْتِعْدَاد لِلْمَوْتِ بِطَهَارَةِ الْقَلْب لِأَنَّهُ أَوْلَى مِنْ طَهَارَة الْبَدَن .. ، وَيَتَأَكَّد ذَلِكَ فِي حَقّ الْمُحْدِث وَلَا سِيَّمَا الْجُنُب وَهُوَ أَنْشَط لِلْعَوْدِ , وَقَدْ يَكُون مُنَشِّطًا لِلْغُسْلِ ، فَيَبِيت عَلَى طَهَارَة كَامِلَة . وَمِنْهَا أَنْ يَكُون أَصْدَق لِرُؤْيَاهُ وَأَبْعَد مِنْ تَلَعُّب الشَّيْطَان بِهِ

. (Fathul Bari, 11/110)

Allahu a’lam.

Dibangkitkan Hamba Itu Dari Kubur, Menurut Apa Yang Dia Mati Atasnya

0
rbsh

TAZKIRAH HARIAN UiTO:

«116» الخامس: عن جابر رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيهِ)). رواه مسلم.
في هذا الحديث: تحريضٌ للإِنسان على حسن العمل، وملازمة الهَدْي المحمدي في سائر الأحوال، والإِخلاص لله تعالى في الأقوال والأعمال، ليموت على تلك الحالة الحميدة فيُبعث كذلك، وبالله التوفيق.

116. Kelima: Dari Jabir r.a., katanya: “Nabi s.a.w. bersabda: “Dibangkitkan setiap hamba itu – dari kuburnya, menurut apa yang ia mati atasnya.(Riwayat Muslim)

Keterangan:

Hadis ini menyerukan setiap manusia muslim lagi mu’min agar senantiasa berbuat kebaikan kepada siapapun, mengerjakan apa-apa yang diredhai Allah, menetapi sunnah-sunnahnya Rasulullah s.a.w. dalam segala waktu, tempat dan keadaan. Juga menyerukan supaya terus menerus memiliki keikhlasan hati dalam mengamalkan segala hal semata-mata untuk Allah Ta’ala jua, baik dalam ucapan ataupun perbuatan. Kepentingannya ialah agar di saat kita ditemui oleh ajal, maka kematian kita pun menetapi keadaan sebagaimana yang tersebut di atas itu, sehingga pada hari kita diba’ats atau dibangunkan dari kubur nanti, keadaan kita pun sebagaimana halnya apa yang kita tetapi sewaktu kita berada di dunia ini.

Semogalah kita memperolehi husnul-khatimah atau penghabisan yang bagus dan terpuji.

UiTO MindaCikguRahim
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati.
https://telegram.me/mindaCikguRahim

Tafsir Surah Az-Zumar – Tafsir Ayat Ke-11 hingga Ke-16

0

Tafsir Ayat ke-11

Ini adalah Dalil Wahyi sekali lagi.

Allah ﷻ ulang dakwa dan kali ini ada kalimah قل sebagai arahan khusus dari Allah ﷻ. Maksudnya, Nabi Muhammad ﷺ sampaikan ajaran Islam dan ajaran tauhid ini kerana baginda diarahkan oleh Allah ﷻ. Memang baginda kena sampaikan. Begitu jugalah dengan kita yang meneruskan tugas para Rasul ini.

Ini penting kerana ada orang yang marah kalau kita dakwah kepada mereka. Mereka kata: “kenapa kamu hendak sibuk-sibuk ni, kamu hendak buat amal kamu, buatlah… jangan kacau amalan kami.”

Maka jawapan kita kepada mereka. Kita sampaikan kerana Allah ﷻ suruh kita sampaikan.

قُل إِنّي أُمِرتُ أَن أَعبُدَ اللَهَ مُخلِصًا لَّهُ الدّينَ

Katakanlah lagi (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya;

Nabi Muhammad ﷺ, dan kita juga, disuruh untuk sampaikan ajaran tauhid ini kepada manusia. Selagi kita hidup, kita kena sampaikan. Ini kerana Allah ﷻ telah titahkan arahan secara khusus. Maka ini memberitahu kita yang menyampaikan dakwah adalah WAJIB iaitu kita beritahu kepada manusia, mesti beribadat ikut 100% sepertimana yang Nabi ﷺ ajar.

Maksud tulus ikhlas dalam ayat ini adalah apa sahaja ibadat yang dibuat kenalah ikut sunnah Nabi. Kalau ibadat yang bukan dari syariat, walau bagaimana ikhlas pun tidak diterima. Maka tidaklah boleh kita buat ibadat yang kita rasa molek untuk dibuat, tetapi tiada dalil.

Ayat ini juga memberitahu kepada kita bahawa tujuan hidup kita adalah kerana Allah ﷻ. Kita menjalani kehidupan di dunia untuk mencari redha Allah ﷻ. Bukannya mencari redha manusia. Ramai antara kita yang mencari-cari redha manusia sampaikan meninggalkan redha Allah ﷻ.

Sebagai contoh, Allah ﷻ tidak benarkan kita buat amalan bid’ah, tetapi kerana takut orang lain marah kita, maka kita buat juga. Takut sangat kalau orang lain ajak kita pergi Majlis Tahlil, tetapi kita tidak pergi. Kita risau apa orang kata namun kita tidak hiraukan apa yang Allah ﷻ akan kata kepada kita.

Maka Allah ﷻ ingatkan sekali lagi dalam ayat ini yang penyembahan kita mestilah hanya kepada Allah ﷻ sahaja. Jangan campur sembahan dan seruan kepada selain Allah ﷻ. Maka amalan doa bertawassul kepada Nabi, wali dan malaikat adalah haram.

Apabila kita sudah faham Islam, kita akan mengamalkan cara hidup Islam iaitu menjalani kehidupan yang beretika. Kadang-kadang kita ikut undang-undang, tetapi kita tidak hidup beretika. Jadi kena faham apakah ‘etika’ itu.

Etika itu adalah perkara seperti kesamarataan, keadilan, jangan rendahkan martabat sesuatu kaum, cara melayan orang lain, cara melayan pekerja kita, dan perkara-perkara lain.

Perkara-perkara ini sebenarnya kita boleh faham sendiri, tidak perlu fatwa pun, tidak perlu diberitahu satu persatu pun. Kadang-kadang manusia menyalahgunakan undang-undang untuk melanggar etika. Contohnya, seorang bapa yang mencari fatwa untuk tidak memberi harta kepada anaknya kerana dia marah kepada anaknya itu.

Kadang-kadang perkara kecil sahaja yang menunjukkan kita tidak beretika. Contohnya, beratur untuk mendapatkan sesuatu. Kadang-kadang kita memotong barisan yang telah ada. Memang tidak ada ayat al-Quran dan hadith berkenaan jangan memotong barisan tetapi perkara itu adalah perkara etika.

Orang bukan Islam pun tahu perkara itu kerana benda itu tidak payah diajar. Jadi, amat malu sekali kalau orang Islam sendiri tidak menjaga perkara ini dan ini boleh memalukan agama kita sendiri. Inilah yang dimaksudkan menjaga perkara dalam agama, bukan hanya tentang ibadat ritual sahaja. Jangan kita buat amalan-amalan ibadat sahaja, tetapi tidak menjaga perkara-perkara dalaman.

Tafsir Ayat ke-12

Apa lagi yang kita disuruh?

وَأُمِرتُ لِأَن أَكونَ أَوَّلَ المُسلِمينَ

“Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)”.

Maksud yang diperintah dalam ayat ini adalah Nabi Muhammad ﷺ. Perkara yang diperintahkan kepadanya adalah untuk mula-mula sekali menyerah diri bulat-bulat kepada Allah ﷻ. Ini kerana bagindalah yang pertama sekali menerima wahyu, jadi bagindalah yang kena menjadi muslim dahulu.

Baginda ﷺ disuruh menyerahkan diri baginda sepenuhnya kepada Allah ﷻ. Taat kepada segala perintah Allah ﷻ tanpa menolak satu pun. Itulah makna menjadi ‘muslimin’. Itulah maknanya ‘menyerah diri’. Kalau Allah ﷻ suruh sampaikan, maka kita kena sampaikan.

Nabi Muhammad ﷺ bukan sahaja menyuruh umatnya menerima Islam tetapi baginda sendiri telah mula-mula sekali menerimanya. Baginda menjadi contoh kepada orang lain. Kita pun sepatutnya awal-awal lagi telah terima hukum Allah ﷻ. Apabila telah sampai dalil yang sahih kepada kita, maka hendaklah kita awal-awal lagi terima. Jangan kita tangguh-tangguh lagi.

Jangan ada perasaan hendak tengok sama ada orang lain terima atau tidak. Kita terus sahaja terima kerana memang telah jelas manakah kebenaran apabila yang datang berdakwah kepada kita itu datang dengan membawa dalil yang sah.

Ayat ini memberitahu kita bahawa asal Islam ini adalah seorang diri sahaja. Jadi, kalau seorang pun masih boleh berjalan lagi agama Islam ini. Kalau kita sahaja yang mengamalkan tauhid, orang lain semuanya tidak mengamalkannya, maka kita kena tetap terus mengamalkan tauhid. Jangan kisah kalau kita seorang sahaja mengamalkan sunnah.

Tafsir Ayat ke-13

Kenapa kita ikut arahan? Ini kerana kita takut.

قُل إِنّي أَخافُ إِن عَصَيتُ رَبّي عَذابَ يَومٍ عَظيمٍ

Katakanlah lagi: “Sesungguhnya aku takut – jika aku menderhaka kepada Tuhanku – akan azab hari yang besar (soal jawabnya)”.

Ini kerana kita takut sangat dengan azab Allah ﷻ kalau kita tidak sampaikan, kalau kita tidak amalkan seperti yang Allah ﷻ suruh dan yang disuruh cakap begini adalah Nabi Muhammad ﷺ. Baginda membawa satu mesej yang perlu disampaikannya dan baginda sendiri takut jikalau baginda tidak menyampaikannya.

Baginda tidak takut kepada orang lain, tetapi apa yang baginda takut adalah tidak berjaya menyampaikan agama Islam kepada manusia. Ini kerana baginda tahu bahawa apa yang perlu disampaikannya itu adalah amat berat dan amat penting sekali.

Berdosa besar kalau baginda tidak sampaikan dan amat bahaya kepada umatnya kerana mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan kekal di dalamnya selama-lamanya. Nabi Muhammad ﷺ juga disuruh untuk memberitahu kepada manusia, kalau baginda sendiri derhaka, maka baginda juga akan menerima azab.

Ini sebagai kata sahaja, kerana tidak akan Nabi Muhammad ﷺ menderhaka kepada Allah ﷻ. Maka kalau Nabi Muhammad ﷺ sendiri pun takut, maka kita kena lebih-lebih takut lagi. Jangan kita rasa tenang sahaja buat apa yang kita hendak.

Tafsir Ayat ke-14

Allah ﷻ ulang Dakwa Surah sekali lagi. Oleh kerana pentingnya perkara ini, sampai diulang sekali lagi.

قُلِ اللَهَ أَعبُدُ مُخلِصًا لَّهُ ديني

Katakanlah lagi: “Hanya Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya.

Diulang-ulang ayat ini sebab ayat ini penting sangat. Jika sesuatu ayat di dalam al-Quran itu disebut berulangkali, bermaksud ia sangat penting untuk difahami dan diamalkan dalam kehidupan kita.

Ini kerana kadang-kadang fikiran kita boleh terima, tetapi hati kita tidak dapat terima. Oleh itu, kita perlu diingatkan berkali-kali tentang keikhlasan kepada Allah ﷻ. Segala perbuatan kita mestilah kena bandingkan adakah ia sesuai dengan agama.

📍Kepada Allah ﷻ sahajalah kita kena ibadat, kepada Allah ﷻ sahajalah seruan dalam doa. Tidak ada kepada yang lain.

Tafsir Ayat ke-15

Kalau masih berdegil dengan segala ayat-ayat sebelum ini, maka sekarang diberikan dengan ayat Takhwif Ukhrawi sebagai ugutan. Ayat ini ditujukan kepada sesiapa yang masih ingkar. Sekiranya masih ingkar tidak mahu ikut syariat, masih lagi hendak bertawasul dengan cara yang salah, maka Allah kata kepada mereka:

فَاعبُدوا ما شِئتُم مِّن دونِهِ ۗ قُل إِنَّ الخٰسِرينَ الَّذينَ خَسِروا أَنفُسَهُم وَأَهليهِم يَومَ القِيٰمَةِ ۗ أَلا ذٰلِكَ هُوَ الخُسرانُ المُبينُ

“(Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik, dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain daripada Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya)”. Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.”

فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِّنْ دُونِهِ

Maka kamu sembahlah apa sahaja yang kamu nak puja, selain dari Allah.

Maknanya Allah ﷻ suruh dengan ancaman. Bukan benar-benar Allah ﷻ suruh manusia untuk sembah apa sahaja. Ini seumpama kita suruh anak kita yang degil yang hendak main juga di sungai dalam hujan lebat.
Kita pun kata: “ha, kalau hendak pergi sangat, pergilah!”

Walau pun dari segi bahasa, nampak macam kita suruh, tetapi bukan kita hendak suruh sebenarnya. Kalau tidak faham bahasa, memang jenis orang bodoh sungguhlah.

Ada dua jenis perkara yang disembah selain Allah ﷻ. Ada perkara yang kita boleh nampak seperti berhala, patung, manusia dan sebagainya. Namun, ada juga perkara yang kita sembah yang kita tidak nampak, seperti nafsu. Itu pun kita kena berhati-hati.

قُلْ إِنَّ الْخٰسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ

Katakanlah sesungguhnya mereka yang sebenar-benar rugi itu merugikan diri mereka sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat nanti.

Mereka akan sedar kerugian mereka di akhirat nanti. Memang mereka sedang rugi di dunia ini lagi tetapi mereka tidak nampak lagi. Sudahlah mereka sendiri rugi, tetapi mereka juga merugikan keluarga mereka sendiri? Bagaimana pula dikatakan mereka akan merugikan keluarga mereka juga?

Mereka merugikan keluarga mereka sekali, sebab mereka akan ajar kepada anak isterinya kesyirikan yang mereka buat itu. Sama-sama akan masuk neraka belaka kalau berterusan begitu dan tidak sedar dan meminta ampun.

Sepatutnya dia gunakanlah ahli keluarga sebagai sumber pahala. Ini kerana kalau dia beri ajaran yang bagus, sampai mereka juga beramal tauhid seperti Allah ﷻ kehendaki, dia akan mendapat saham pahala dari orang itu tetapi malang sekali kalau tidak ambil peluang ini.Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka bersama-sama dan mereka akan merasa amat-amat rugi sekali nanti.

أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

Ingatlah! Sesiapa yang buat demikian betul-betul rugi yang jelas nyata.

Mereka akan kekal abadi dalam neraka. Itulah kerugian yang paling besar sekali. Ketika di dunia tidak nampak lagi kerugian itu tetapi ia akan nyata di akhirat kelak. Dalam ayat seterusnya, akan diterangkan apakah yang mereka akan terima.

Tafsir Ayat ke-16

Ayat Takhwif Ukhrawi kepada mereka yang tetap ingkar. Allah ﷻ hendak memberitahu yang rugi di akhirat tidak sama dengan rugi di dunia. Allah ﷻ terangkan apakah yang menanti mereka di neraka kelak.

لَهُم مِّن فَوقِهِم ظُلَلٌ مِّنَ النّارِ وَمِن تَحتِهِم ظُلَلٌ ۚ ذٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَهُ بِهِ عِبادَهُ ۚ يٰعِبادِ فَاتَّقونِ

Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: “Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!”

لَهُمْ مِّنْ فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِّنَ النَّارِ

Bagi mereka, dari atas mereka lapisan-lapisan azab api neraka.

Di bahagian atas mereka adalah azab daripada api. Berlapis-lapis api itu yang akan menaungi mereka di neraka kelak.

وَمِنْ تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ

dan di bawah mereka lapisan api lagi.

Bukan sahaja api di atas tetapi api neraka juga akan ada di bawah. Di ayat lain dikatakan api itu akan berada di sekeliling mereka. Apabila Allah ﷻ kata ‘atas dan bawah’, bermakna di setiap arah akan ada api neraka. Begitu juga, kalau Allah ﷻ kata timur dan barat, ia bermakna, di semua arah.

Dalam ayat lain pula, diceritakan lagi, sebelum dimasukkan dalam api neraka itu, mereka akan dicelur dulu di dalam air panas. Sebelum mereka dibakar, mereka akan ditambat dengan rantai besi, diikat kaki mereka, dan rantai itu akan ditarik ke belakang, kemudian baru dicelur dalam air panas. Kemudian dibakar.

Teruk sangat azab yang akan dikenakan tetapi ahli syurga tidak akan mati-mati. Dia tidak mati sebab tubuh badan dia sudah ditambahbaik. Jantung pun tidak pecah dan dia tetap masih bernyawa lagi. Selepas dibakar itu, dia akan dipulih kembali dan dicelur balik.

Untuk cuba bayangkan teruknya rantai yang merantai mereka itu, bayangkan kalau satu gelang rantai itu sahaja diletakkan di atas bukit Thursina, hancur bukit itu jadi debu. Sebab panasnya rantai itu.

ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَهُ بِهِ عِبَادَهُ ۚ

Demikianlah Allah menakutkan dengan ancaman neraka kepada hambaNya

Allah ﷻ memberi peringatan kepada manusia supaya manusia beringat untuk bertaubat. Tujuan Allah ﷻ menakutkan manusia adalah untuk kebaikan manusia sendiri. Inilah salah satu dari rahmat Allah ﷻ.

Allah ﷻ menakutkan manusia bukanlah seperti ibu bapa yang menakutkan anak mereka dengan hantu supaya mereka ikut kata. Malah yang ibu bapa itu buat adalah tipu sahaja tetapi apa yang Allah ﷻ takutkan kita itu pasti akan berlaku. Bukan kata yang main-main, olok-olok.

يٰعِبَادِ فَاتَّقُونِ

Wahai hambaKu, hendaklah kamu taqwa kepada Aku sahaja.

Hendaklah kita bertaqwa dengan menjaga hukum. Dalam ayat ini, ada disebut tentang ‘takut’ dan ‘taqwa’. Apabila dua perkataan itu diletakkan dalam satu ayat, itu bermaksud ia tidak sama.

Oleh itu, taqwa bukanlah hanya bermaksud ‘takut’ sahaja. Walaupun ramai yang menterjemahkan ‘taqwa’ dengan bermaksud ‘takut’. Sedangkan maksud ‘taqwa’ adalah lebih luas lagi. Ia adalah satu sifat dalam diri kita yang berhati-hati dalam segala perbuatan kita dalam hidup kita.

Muttaqeen amat prihatin dengan hukum Allah ﷻ dan setiap kali hendak melakukan sesuatu, dia akan periksa apakah kehendak Allah ﷻ dalam hal itu. Lihatlah cara Allah ﷻ memanggil kita dalam ayat ini: Allah ﷻ memanggil kita dengan panggilan manja: “HambaKu”. Allah ﷻ masih lagi memanggil kita sebagai hamba-Nya seperti seorang ibu yang menasihati anaknya: “Wahai anakku yang aku sayangi….”

Ada dalam kalangan kita yang telah jauh dari agama tetapi Allah ﷻ masih lagi sayang dan Allah ﷻ masih lagi membuka pintu rahmah-Nya untuk dimasuki oleh hamba-hamba-Nya. Maka jangan kita putus asa dengan sesiapa pun kerana mungkin Allah ﷻ akan beri dia peluang untuk kembali ke jalan-Nya.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Az-Zumar: Tafsir Ayat Ke-9 dan Ke-10

0

Tafsir Ayat ke-9

Ayat Tabshir.

Allah ﷻ hendak bandingkan dua jenis kumpulan manusia. Orang syirik ada cara hidup dia dan orang tauhid ada cara hidup dia pula. Tidak sama antara kehidupan mereka. Allah ﷻ memberi berita baik kepada mereka yang berbuat baik. Allah ﷻ memberi semangat itu kepada kita supaya kita amalkan cara hidup tauhid itu.

أَمَّن هُوَ قٰنِتٌ ءآناءَ اللَّيلِ ساجِدًا وَقائِمًا يَحذَرُ الآخِرَةَ وَيَرجو رَحمَةَ رَبِّهِ ۗ قُل هَل يَستَوِي الَّذينَ يَعلَمونَ وَالَّذينَ لا يَعلَمونَ ۗ إِنَّما يَتَذَكَّرُ أُولُو الأَلبٰبِ

“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Soalan Tuhan kepada kita semua:

أَمَّنْ هُوَ قٰنِتٌ ءآنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ

Apakah satu orang yang bangun berdiri teguh waktu malam, kadang-kadang sujud, kadang-kadang berdiri, kerana takut dia akan akhirat

Stail surah ini adalah Allah ﷻ akan bertanya kepada kita, tetapi Allah ﷻ tidak memberikan jawapannya kepada kita supaya kita boleh mencari jawapan itu sendiri. Kita kena fikirkan dalam-dalam.

Dalam ayat ini, Allah ﷻ membandingkan seorang yang beribadat pada malam hari dengan orang yang sifatnya telah diterangkan sebelum ini – tidak ingat Allah ﷻ apabila dalam keadaan senang, tetapi apabila susah, barulah kelam kabut hendak membuat ibadat.

Kalimah قانت dalam ayat ini kalau dibandingkan dengan ayat [ Baqarah: 238 ] bermaksud seorang yang khusyuk di dalam solatnya. Dia pandang satu tempat sahaja dan tidak melihat ke kiri kanan. Fikirannya tertumpu kepada Allah ﷻ dan solatnya. Kalimat ءاناء اليل bermaksud sebahagian dari malam sama ada awal, pertengahan atau hujungnya.

Allah ﷻ membandingkan dengan sifat seorang mukmin yang sentiasa ingat dan beribadat kepada Allah ﷻ, sama ada dalam keadaan senang atau susah. Dia bermunajat kepada Allah ﷻ.

Dalam ayat sebelum ini telah diejek golongan kuffar untuk bergembiralah selagi mereka boleh. Maka, sekarang Allah ﷻ hendak tanya kepada mereka, kamu baikkah atau orang-orang yang akan disebut nanti? Kenapa Allah ﷻ sebut ‘sujud’ dahulu sebelum qiyamullail dalam ayat ini? Ini kerana hamba paling hampir dengan Allah ﷻ dalam solat adalah semasa sujud. Maka didahulukan yang utama dahulu.

Allah ﷻ juga tidak sebut apakah kesan dari amalan orang itu. Ini kena diisikan oleh pembaca Al-Quran. Ulama tafsir mengatakan maksud Allah ﷻ adalah: mereka yang berdiri mendirikan solat pada malam hari itu akan masuk syurga cuma tidak disebutkan dalam ayat ini. Kita kena faham sendiri berdasarkan pemahaman dari ayat-ayat yang lain.

Dia beribadat kerana dia takut. Kenapakah orang yang mendirikan solat pada malam hari itu takut? Apakah yang dia takut? Dia takut azab dari Allah ﷻ sekiranya dosa dia tidak diampun kerana kita sendiri tidak pasti sama ada dosa yang kita lakukan itu Allah ﷻ akan ampunkan atau tidak. Memang kita sudah minta ampun, tetapi adakah Allah ﷻ akan terima taubat kita itu?

Kita tidak pasti kerana itu adalah perkara ghaib dan kita tidak tahu perkara ghaib. Ini kerana kalau Allah ﷻ tidak terima, alangkah malangnya kita nanti kerana akan dimasukkan ke dalam neraka dahulu – tidak tahu berapa lama.

Perumpamaannya kalau kita bawa kereta di kawasan yang kita tahu ada kamera yang akan ambil gambar kereta yang laju. Maka dalam keadaan begitu, tentulah kita akan memandu dengan berhati-hati dan tidak bawa dengan laju, bukan? Maka begitulah kalau kita sedar yang Allah ﷻ sedang memerhatikan kita – kita tentu tidak berani hendak membuat dosa dan buat salah.

Oleh itu, ayat ini mengajar kita bahawa dalam kehidupan kita, hendaklah kita ada rasa takut kepada akhirat. Sentiasa kita ingat bahawa kita akan mati dan akan dibangkitkan kelak. Kalau kita rasa senang hati sahaja, tentu kita tidak bersungguh dalam beramal ibadat dan menjaga agama kita.

وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ

dan dia mengharap rahmat Tuhan

Dalam masa yang sama, dia berharap semoga dia dapat masuk syurga. Ini kerana kita tidak dapat masuk syurga dengan amalan ibadat kita tetapi dengan rahmat Allah ﷻ sahaja. Alamat orang yang hampir dengan Allah ﷻ adalah dia akan berharap kepada Allah ﷻ.

📍Jadi ada dua sifat yang telah disebut: takut dan harap (khauf dan raja’). Dua sifat ini selalu disebut berulang-ulang dalam Al-Quran kerana ia amat penting. Dua-dua perkara ini kena ada dalam jiwa kita. Jangan salah satu terlebih dan terkurang. Kena seimbang.

Dalam ayat ini ada soalan yang dihazafkan: adakah sama orang yang buat begitu dengan orang yang tidak buat begitu? Tentulah tidak sama.

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Katakanlah: adakah sama seorang yang mengetahui dengan seorang yang tidak tahu?

Ini adalah satu lagi soalan yang Allah ﷻ tanya tetapi Allah ﷻ tidak jawab, maka kita kena jawab sendiri. Adakah sama orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu? Tahu apa? Dalam tafsir, disebut ‘tahu’ yang dimaksudkan adalah ‘tahu tentang Allah ﷻ’.

Oleh kerana tahu tentang Allah ﷻ lah yang menyebabkan manusia boleh buat amal dan dalam hati dia ada takut dan harap, dan manusia juga tahu tentang wahyu. Mereka tahu kerana mereka belajar, bukannya buat-buat tidak tahu sahaja. Tentulah tidak sama orang yang belajar Al-Quran dan hadith dan orang yang tidak belajar.

Ini kerana orang yang tahu wahyu akan tahu tentang Hari Akhirat. Maka orang yang tahu tentang Hari Akhirat tidak sama dengan orang yang tidak tahu. Ini kerana apabila kita tahu sesuatu perkara itu benar dan besar, tentulah kita akan mengambil tindakan. Tentulah orang yang tahu dan yakin tentang akhirat akan buat persediaan kepada akhirat itu.

Sebagai contoh, kalau kita dapat tahu dari media bahawa kawasan tempat kita akan banjir, tentulah kita akan ambil tindakan – mungkin kita akan pindah. Begitu juga dengan mereka yang tahu tentang Hari Akhirat. Mereka akan mengambil tindakan untuk menjalani kehidupan di dunia ini mengikut lunas-lunas Islam.

Kepada mereka yang tidak tahu, atau hanya tahu sedikit sahaja, mereka tidak buat apa-apa, macam Hari Kiamat itu tidak akan terjadi sahaja atau mereka rasa mereka akan selamat sahaja, padahal belum tentu lagi.

Jadi, secara lebih khususnya, ayat ini adalah berkenaan mereka yang tahu tentang Hari Akhirat dan mengambil tindakan untuk menyelamatkan diri mereka. Tidak sama antara mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu.

إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

Yang hanya akan menerima peringatan ini hanyalah orang yang otak waras sahaja.

Orang yang mempunyai akal yang waras dan cerdik sahaja yang boleh terima peringatan dari Allah ﷻ. Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang tidak guna Al-Qur’an dan hadith dalam menjalani kehidupan mereka adalah orang yang tidak berakal waras. Ini kerana mereka tidak menggunakan akal untuk mencapai satu keputusan yang benar dan akan menyelamatkan diri mereka.

Tafsir Ayat ke-10

Ayat Tabshir. Setelah tahu kelebihan beramal ibadat, maka buatlah sesuatu. Kena ikhtiar kerana kejayaan tidak datang dengan mudah, dengan begitu sahaja.

قُل يٰعِبادِ الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقوا رَبَّكُم ۚ لِلَّذينَ أَحسَنوا في هٰذِهِ الدُّنيا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرضُ اللهِ وٰسِعَةٌ ۗ إِنَّما يُوَفَّى الصّٰبِرونَ أَجرَهُم بِغَيرِ حِسابٍ

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas).

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

قُلْ يٰعِبَادِ الَّذِينَ ءآمَنُوا

Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman,

Ini adalah perintah Allah ﷻ kepada Nabi Muhammad ﷺ untuk disampaikan kepada orang-orang yang beriman dan kepada mereka yang telah beriman atas akidah tauhid.

اتَّقُوا رَبَّكُمْ

bertaqwalah kamu semua kepada Tuhan kamu semua,

Orang-orang yang telah beriman disuruh pula untuk bertaqwa. Ini menunjukkan bahawa iman dan taqwa itu tidak sama. Kalau seseorang itu beriman, belum tentu dia juga seorang yang bertaqwa. Namun, gunakanlah asas iman yang dia telah ada itu untuk naik lagi ke tahap taqwa.

Maksud bertaqwa itu adalah ‘jaga hukum Tuhan’. Ikut apakah suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.’ Termasuk dalam taqwa ini adalah takut kepada Allah ﷻ tetapi bukanlah bertaqwa itu hanya ‘takut’ sahaja. Malah lebih lagi kerana kalau ‘takut’ sahaja, perkataan ‘khauf’ lebih tepat.

Oleh itu, bertaqwa itu adalah sedar bahawa Allah ﷻ sentiasa melihat kita. Maka kerana kita yakin Allah ﷻ sedang melihat kita, maka kita akan berhati-hati dalam tindakan kita setiap hari. Kita akan jaga hukum dengan baik kalau tahu yang Allah ﷻ sentiasa memerhatikan kita.

Jika hendak buat apa-apa pun, kita akan tanya kepada diri kita: apa hukum perbuatan ini? Maknanya, dia jaga sungguh syariat yang Allah ﷻ telah sampaikan. Sama ada berkenaan hubungan dengan Allah ﷻ dan juga hubungan dengan manusia lain.

لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا

bagi orang-orang yang berbuat baik,

Tanda seseorang itu bertaqwa adalah mereka juga akan menjalankan amal kebaikan yang disuruh dilakukan oleh Allah ﷻ. Mereka akan mengisi hidup mereka dengan amal ibadat.

Mereka mengelokkan amal mereka supaya jadi betul balik. Mana-mana kesilapan yang mereka telah lakukan dahulu, mereka buang dan mereka mengaku bahawa apa yang mereka lakukan dulu adalah salah berdasarkan Al-Quran dan hadith. Apa sahaja kebaikan yang mereka buat, mereka akan tambahbaik lagi ke arah kesempurnaan.

Jangan kita degil dengan Tuhan. Kalau sudah tahu bahawa sesuatu amalan dan fahaman itu salah, maka tinggalkan sahaja. Malangnya, ada yang masih berdegil walaupun mereka sudah tahu kesilapan mereka akan mengundang malapetaka di akhirat.

Perkataan ‘ihsan’ juga ditafsirkan sebagai maksud ‘ikhlas’ dalam ertikata, kita melakukan sesuatu amal ibadat itu kerana Allah ﷻ sahaja – kerana mengharapkan balasan dan kerana suruhan dari Allah ﷻ sahaja, dan bukan sebab lain.

فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ

Dalam kehidupan dunia ini, dia akan dapat kebaikan

Apabila seseorang Muslim itu berbuat kebaikan di dunia ini, dia akan mendapat kebaikan untuknya semasa di dunia lagi. Dia juga akan mendapat kebaikan untuknya di akhirat.

Allah ﷻ akan melapangkan dadanya dan memberikan ketenangan dalam dirinya. Dia akan tenang sahaja menjalani kehidupan dunia ini. Kebaikan di dunia ini bukanlah bermaksud kekayaan sahaja kerana kalau kaya harta tetapi tidak beriman, itu tidak baik sama sekali.

وَأَرْضُ اللهِ وٰسِعَةٌ

Dan bumi Allah itu luas,

Ayat ini merujuk kepada sahabat Nabi ﷺ yang tidak mahu berhijrah walaupun mereka telah ditindas di Mekah. Ia juga merujuk kepada muslim yang duduk dalam kawasan orang kafir, tetapi tidak mahu berpindah.

Kenapa Allah ﷻ sebut bumi-Nya luas? Kalau kita rasa sudah tidak boleh hendak membuat amal ibadat, maka eloklah kita pindah ke tempat lain yang lebih sesuai. Janganlah kita terpedaya dengan harta sampai menyebabkan tidak mahu pindah.

Janganlah kita terkenang sangat kepada kampung halaman sampai tidak mahu tinggalkannya untuk mencari kebaikan. Kadangkala tempat tinggal kita tidak kondusif untuk mengamalkan Islam dengan sempurna. Maka kenalah berpindah.

Ini penting kerana ada orang yang kalah dengan suasana sekeliling sampai tidak boleh beramal ibadat. Jangan jadikan suasana sebagai alasan tidak dapat beramal. Kalau guna alasan itu, tidak akan diterima.

Ayat ini sudah memberi isyarat kepada muslim di Mekah bahawa mereka akan berhijrah ke tempat lain. Ayat ini adalah isyarat kepada kebenaran untuk hijrah ke Habshah. Ini kerana kalau duduk di Mekah, tidak dapat mengamalkan agama dengan bebas.

Memang tidak ada ayat jelas suruhan dari Allah ﷻ untuk berhijrah, tetapi diberikan dengan isyarat sahaja. Oleh itu, beberapa sahabat telah berhijrah ke Habshah diketuai oleh Saidina Uthman رضي الله عنه.

Jadi, kalau kita duduk dalam kawasan yang tidak mengizinkan kita mengamalkan Islam dengan sempurna, maka kita kena tinggalkan tempat itu dan cari tempat lain.

Jikalau sudah duduk dalam kawasan orang Islam, kena hidupkan suasana Islam. Kena mulakan pengajian tafsir Al-Quran di tempat itu kerana umat Islam kena faham apakah yang disampaikan dalam Al-Quran.

Dalam ayat lain, ada disebut bagaimana kalau kita tidak dapat mengamalkan agama kerana tempat kita tinggal itu tidak membenarkan, kita akan dipersalahkan dan tidak boleh menggunakan alasan itu untuk melepaskan diri.

Begitulah firman-Nya:

✍🏻Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu. (An-Nisa: 97)

Bagaimana pula dengan kita sekarang yang tinggal di Malaysia ini – hendak hijrah ke mana pula? Hijrah ke masjid kerana keburukan yang banyak terjadi itu adalah di luar rumah dan luar masjid. Maknanya, tempat yang terkawal adalah di rumah kita dan di masjid. Kalau di luar ada banyak sangat masalah, maka duduk di rumah sahaja, jangan duduk lepak di luar sangat.

Kalau di rumah dan di masjid juga tidak selamat, maka kenalah cari tempat lain pula – sepertimana juga orang Mekah kena hijrah ke Habshah dan juga ke Madinah kerana hendak menjaga agama mereka. Carilah kawasan banyak orang-orang baik yang dapat beri semangat kepada kita untuk beramal dengan sempurna.

إِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Sesungguhnya akan dibalas orang-orang yang sabar dalam amal ibadat mereka tanpa hisab.

Kalau kita sabar, susah letih dalam amalkan agama itu, terutama dalam hijrah itu, akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah ﷻ. Jika kita hendak mengamalkan Islam dengan sebenarnya, memang akan terima tentangan dari mereka yang tidak sedia menerimanya.

Allah ﷻ memberitahu kita dalam ayat ini bahawa perjuangan dalam Islam adalah berat – memerlukan kesabaran yang tinggi dan ketabahan yang tidak kurang tetapi kesabaran mereka itu amat berbaloi.

Apakah maksud ‘tanpa hisab’? Dibalas banyak sangat, sampai tidak boleh hendak kira. Hisab itu bermaksud ‘kira’. Balasan yang Allah ﷻ beri itu terlalu banyak sampai tidak terkira.

Tafsir kedua:

Ada juga hadis yang menunjukkan bahawa orang-orang yang sabar dengan dugaan berat yang mereka terima, tidak akan dihisab. Mereka terus sahaja masuk syurga. Padahal orang lain akan ditimbang-timbang dan dikira-kira amal ibadat mereka.

Ini kerana menunggu untuk dihisab di Mahsyar itu pun sudah satu kesengsaraan juga kerana kena tunggu dalam masa yang amat lama. Jadi kalau dapat masuk terus ke syurga tanpa hisab, itu adalah nikmat yang amat besar.

Kalau kita sabar dengan dugaan yang diberikan kepada kita, kita akan mendapat balasan dari Allah ﷻ yang amat banyak. Ini kerana amalan ibadat seperti solat dan puasa akan dibalas dengan kadar amal kebaikan itu. Namun, balasan kesabaran tidak ada kadar dan kerana itu dibalas dengan mengalir terus balasannya tanpa kiraan.

✍🏻Riwayat itu dari Anas bin Malik:

“Sehingga berkeinginanlah orang-orang yang sihat-sihat sahaja di dunia kalau kiranya dulu badannya digergaji dipotong-potong, setelah mereka lihat bagaimana kelebihan dan keistimewaan yang akan diterima oleh orang-orang yang sabar menderita itu.”

Allahu a’lam.

Salat di Masjid: Pahala 27 kali Ganda

0

📚📖✍

🔴 Adakah pahala 27 kali ganda khusus salat di masjid atau tempat selain masjid juga?


Pahala salat 27 kali ganda di masjid atau tempat selain masjid. Markah penuh untuk salat di masjid.

Dalil hadith:

صَلاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاتِهِ وَحْدَهُ، وَصَلاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ، وَمَا كَانُوا أَكْثَرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Salat seseorang yang berjamaah dengan satu orang, adalah lebih baik daripada salat sendirian. Dan salatnya bersama dua orang jamaah, adalah lebih baik daripada salat bersama seorang jamaah. Semakin banyak jamaahnya, maka semakin dicintai oleh Allah
[Abu Daud no. 467; An-Nasa’i no. 843, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam kitab Sahih Abi Daud].

Salat di Masjid Jami’ lebih afdal.

Dalil hadith:

صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي بَيْتِهِ وَصَلَاتِهِ فِي سُوقِهِ بِضْعًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً وَذَلِكَ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ لَا يُرِيدُ إِلَّا الصَّلَاةَ فَلَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلَّا رُفِعَ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ حَتَّى يَدْخُلَ الْمَسْجِدَ فَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ كَانَ فِي الصَّلَاةِ مَا كَانَتِ الصَّلَاةُ هِيَ تَحْبِسُهُ، وَالْمَلَائِكَةُ يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ يَقُولُونَ: اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ؛ مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ

“Salat seseorang (lelaki) secara berjamaah lebih banyak pahalanya dua puluh sekian darjat dibanding salatnya seseorang di rumah atau di pasarnya. Hal ini (boleh diraih) manakala salah seorang dari mereka membaguskan wudhu’nya kemudian datang ke masjid. Tidaklah ia menggerakkan (anggota tubuhnya) kecuali untuk salat, tiada pula yang ia inginkan kecuali selain menunaikan salat. Tiadalah satu langkah kaki yang ia ayunkan kecuali akan meninggikan darjatnya dan ayunan langkah kaki lainnya akan menghapus dosa-dosanya hingga ia memasuki masjid. Apabila telah masuk masjid, selama ia di dalam masjid maka dihitung salat terus-menerus dan para malaikat mendoakannya selama ia duduk menanti salat. Para malaikat berdoa, ‘Ya Allah, rahmati dia, ampuni dia, terimalah taubatnya’ (hal itu terus menerus) selama dia tak berbuat aniaya (kejelekan) dan tidak batal dari hadas”
[Al-Bukhari no. 647 dan Muslim no. 272]

🔴 Adakah pahala 27 kali ganda salat di masjid ini khusus untuk orang lelaki atau termasuk wanita juga?


Pahala salat di antara jamaah lelaki dan wanita.

Al-Hafizh Ibnu Rajab رحمه الله‎ dalam Fath Al-Bari (4: 34) menyatakan bahawa hadith salat lelaki dengan berjamaah akan dilipat gandakan menunjukkan bahawa salat wanita tidak dilipat gandakan ketika dilakukan secara berjamaah. Ini kerana salat wanita di rumahnya lebih baik dan lebih afdhal.

Dalam Fath Al-Bari (2: 147), Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله‎ juga menjelaskan tentang hadith “laki-laki yang terkait hatinya dengan masjid” menunjukkan bahawa pahala salat di masjid 27 kali ganda hanya ditujukan pada laki-laki kerana salat wanita tetap lebih baik di rumahnya dibanding masjid.

Dalil hadith:

خَيْرُ مَسَاجِدِ النِّسَاءِ قَعْرُ بُيُوتِهِنَّ

“Sebaik-baik masjid bagi para wanita adalah di bahagian dalam rumah mereka”
[Ahmad 6: 297. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahawa hadith ini hasan lisyawahidihi]

Isu ini agak panjang dan sulit untuk difahami oleh orang awam.

@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah

Jangan Campakkan Diri dalam Kebinasaan

0

📚📖✍

🔴 Apakah solusi, jika hanya seorang sahaja pekerja Muslim yang bekerja di atas kapal carigali milik syarikat luar dan beroperasi di negara luar?

Situasi:
1. Selama beberapa bulan di atas kapal di tengah laut, hanya makan makanan yang disediakan (kecuali daging babi).

2. Meninggalkan salat Juma’at sepanjang berada di atas kapal carigali.


Cari pekerjaan lain. Jangan mencampakkan diri dalam kebinasaan, wang masuk akan tetapi agama hanyut.

Firman Allah ﷻ,

إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ ظَالِمِىٓ أَنفُسِهِمْ قَالُوا۟ فِيمَ كُنتُمْ ۖ قَالُوا۟ كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِى ٱلْأَرْضِ ۚ قَالُوٓا۟ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةً فَتُهَاجِرُوا۟ فِيهَا ۚ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَآءَتْ مَصِيرًا ﴿٩٧﴾

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?”. Mereka menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)”. Para malaikat berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?”. Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,”
[ An-Nisa’: 97 ]

@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah

Wudhu’ – Sunat dalam Wudhu’

0

Kitab : Thaharah
Sunat dalam wudhu’

Perkara-perkara sunat dalam wudhu’

1. Bersiwak

✍🏻Ini berdasarkan dalil sabda Nabi sallallahu’alaihi wa sallam:

لَوْلا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ (رواه البخاري تعليقاً ، ورواه ابن خزيمة في “صحيحه” ، رقم 140 وصححه الألباني في “إرواء الغليل” 1/109)

“Jika tidak memberatkan umatku, (pasti) akan aku perintahkan mereka (mempergunakan) siwak pada setiap kali berwudhu.”
(HR. Bukhari secara dan diriwayatkan Ibnu Huzaimah dalam shahihnya, no. 140. Dishahihkan oleh Al-Albany dalam Irwaul Gholil, 1/109)

Apabila Nabi tidak perintahkan, maka ia menjadi sunat. Kalau baginda perintahkan, tentulah ia menjadi wajib bagi kita.Kalau zaman sekarang, pakai berus gigi juga boleh. Tidaklah perlu cari siwak. Namun kalau pakai siwak lagi bagus.

Bilakah siwak ini? Ulama pun berbeza pandangan. Yang banyak diberikan adalah semasa berkumur-kumur kerana waktu itulah mulut dibasuh tetapi kalau hendak siwak sebelum itu boleh juga.

2. Mencuci dua telapak tangan di awal wuduk

✍🏻Dalilnya adalah hadits shahihain dari Abu Hurairoh secara marfu’ :

ﺇِﺫَﺍ ﺍﺳْﺘَﻴْﻘَﻆَ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﻣِﻦْ ﻧَﻮْﻣِﻪِ ، ﻓَﻠَﺎ ﻳَﻐْﻤِﺲْ ﻳَﺪَﻩُ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺈِﻧَﺎﺀِ ﺣَﺘَّﻰ ﻳَﻐْﺴِﻠَﻬَﺎ ﺛَﻠَﺎﺛًﺎ ، ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻟَﺎ ﻳَﺪْﺭِﻱ ﺃَﻳْﻦَ ﺑَﺎﺗَﺖْ ﻳَﺪُﻩُ

“Jika kalian bangun tidur, maka janganlah mencelumkan tangannya ke bejana, sebelum mencucinya sebanyak tiga kali, kerana ia tidak tahu dimana tangannya bermalam”.

✍🏻Imam Syafi’i dalam “al-Umm” (1/39) berkata :

وأحب غسل اليدين قبل إدخالهما الإناء للوضوء للسنة لا للفرض

“aku menyukai (baca mensunahkan) mencuci kedua telapak tangan sebelum dimasukkan ke bejana yang digunakan untuk berwudhu, kerana sunnah bukan kerana wajib”.

✍🏻Sama ada tangan itu bersih atau tidak, tetap sunnah membasuh tangan itu. Imam Nawawi berkomentar (1/350) :

وأما أصل غسل الكفين فسنة بلا خلاف

“Adapun hukum mencuci kedua telapak tangan itu sendiri pada asalnya adalah sunnah, tanpa ada perbezaan pendapat”.

3. Membasuh sebanyak tiga kali

Kalau basuh sekali sahaja juga sudah sah, tetapi kalau buat dua atau tiga kali, itu adalah sunat.

✍🏻Abdullah bin Abi Aufa radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- تَوَضَّأَ ثَلاَثًا ثَلاَثًا وَمَسَحَ رَأْسَهُ مَرَّةً

Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berwudhu 3 kali-3kali. Dan beliau mengusap kepala sekali.
(HR. Ibnu Majah 451 dan dishahihkan al-Albani).

4. Doa setelah wudhu’

✍🏻Membaca do’a setelah berwudhu:

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Aku bersaksi, bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi, bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang (yang senang) bersuci. Maha Suci Engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi, bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu]

5. Solat dua rakaat setelah wuduk

Dianjurkan bagi orang yang berwudhu’ melakukan salat dua rakaat setelah selesai berwudhu.

✍🏻Berdasarkan sabda Nabi sallallahu’alaihi wa sallam:

مَا مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ وَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ يُقْبِل بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ عَلَيْهِمَا إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ (رواه مسلم،
رقم 234)

“Tidaklah seseorang berwudhu’ dan menyempurnakan wudhu’nya, lalu salat dua rakaat dengan sepenuh hati dan jiwa melainkan wajib baginya (mendapatkan) surga.”
(HR. Muslim, no. 234)

✍🏻Diriwayatkan oleh Bukhari, 160 dan Muslim, 22 dari Utsman bin Affan radhiallahu’anhu berkata,

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini kemudian berdiri melaksanakan dua rakaat dengan tidak mengucapkan pada dirinya, maka dia akan diampuni dosanya yang telah lalu.”

✍🏻Para ulama yang tergabung dalam Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta’ mengatakan, “Kalau seorang muslim berwudhu’ lalu masuk masjid setelah azan zuhur. Kemudian salat dua rakat dengan niat untuk keduanya; tahiyatul masjid, sunat wudhu’ dan sunat Zuhur, maka hal itu diterima untuk ketiganya. Berdasarkan sabda Nabi sallallahu’alaihi wa sallam, “Sesungguhnya amalan itu tergantung niat. Dan masing-masing orang tergantung apa yang diniatkan.” Hanya saja, disunnahkan baginya melaksanakan dua rakaat lainnya untuk menyempurnakan rawatib qobliyah zuhur kerana Nabi sallallahu’alaihi wa sallam biasanya selalu salat (sunnah) sebelum zuhur sebanyak empat rakaat.”
(Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, 7/248-249)

🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
=======================

1. Adakah sunnah bersiwak mansuh terhadap orang yang tidak mempunyai gigi.

🔵Tidak sunnah bersiwak untuk orang yang tidak mempunyai gigi. Walaubagaimanapun, masih ada sunnah lain yang boleh diamalkan.

2. Adakah mereka yang memakai gigi palsu mendapat pahala sunnah apabila bersiwak?

🔵InsyaAllah mereka memperolehi pahala sunnah bersiwak tersebut.

3. Jika menggunakan berus gigi bagi menggantikan kayu siwak, adakah mereka juga mendapat pahala sunnah bersiwak?

🔵InsyaAllah mendapat pahala siwak juga jika menggunakan berus gigi.

4. Adakah sunnah membasuh tangan selepas bangun daripada tidur ini khusus untuk semua jenis tidur?Tidak kira tidur sekejap mahupun lama, siang mahupun malam.

🔵Ya, kerana apabila seseorang tidur mereka tidak mengetahui apakah yang tangan mereka lakukan.

5. Adakah berteruskan membasuh anggota wudhu’ dengan bilangan sekali sahaja ataupun dua kali sahaja dibolehkan?

🔵Ya dibolehkan.

6. Adakah membasuh tangan selepas bangun daripada tidur itu hanya menggunakan air sahaja atau perlu menggunakana sabun?

🔵Cukup dengan menggunakan air sahaja.

7. Adakah rangkap terakhir doa selepas berwudhu’ itu dari hadith sahih?
“سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ”

🔵Ya sahih. Hadithnya ialah:

من تَوَضَّأ فَقَالَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِك أشهد أَن لَا إِلَه إِلَّا أَنْت استغفرك وَأَتُوب إِلَيْك كتب فِي رق ثمَّ طبع بِطَابع فَلم يكسر إِلَى يَوْم الْقِيَامَة

“Barangsiapa yang berwudhu kemudian setelah berwudhu mengucapkan doa,’Subhaanaka allahumma wabihamdika asyhadu an laa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika’[Maha suci Engkau ya Allah, segala puji untuk-Mu, tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu] maka akan ditulis di lembaran berwarna putih kemudian dilekatkan dan tidak akan hancur sampai hari kiamat
(Hadith riwayat. An-Nasa’i dalam ‘Amal Yaum wal Lailah no. 30. Dinilai shahih oleh Al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 6046 dan dan Irwa’ Ghalil, 1/135 dan 2/94)

Doa ini juga dikenali sebagai Tasbih Kaffarah, dibaca apabila menutup sesuatu majlis.

8. Adakah solat wudhu’ ini berasal dari hadith berkenaan perbuatan Bilal bin Rabah ‎رضي الله عنه?

🔵Ya. Ia tidak dinyatakan di sini kerana bagi mengelakkan kekeliruan berkenaan perbuatan Bilal (solat sunat wudhu’) yang disangka bid’ah tetapi disetujui oleh Nabi.

Maka golongan jahil akan menggalakkan perbuatan bid’ah mereka di sebalik salah faham berkenaan hadith tersebut.

Walhal, jika dilihatkan secara menyeluruh hadith-hadith berkenaan solat sunat wudhu’, ia memang telah diajarkan Nabi dan sebenarnya Bilal tidak membuat bid’ah.

9. Adakah berwudhu’ dengan pada anggota yang wajib sahaja tanpa diikuti perkara sunnah yang lain dianggap sempurna dan sah wudhu’nya?

🔵Secara zahirnya wudhu’ tersebut sah tetapi masih tidak sempurna kerana meninggalkan sunnah-sunnah yang diajarkan oleh Rasullullah.

Sunnah-sunnah wudhu’ dilakukan bagi menyempurnakan wudhu’ di samping menutupi kekurangan semasa mengambil wudhu’.

10. Adakah solat sunat wudhu’ ini boleh dilakukan di tempat kerja atau di rumah atau khas di masjid sahaja?

🔵Solat sunat wudhu’ tidak terikat dengan tempat bahkan ia terikat dengan wudhu’. Apabila sempurnanya wudhu’ maka sunnah untuk mendirikan solat sunat.

11. Melakukan 4 rakaat sesudah mengambil wudhu’ di masjid ketika masuk waktu zohor adakah terdiri daripada 2 rakaat solat sunat wudhu’ dan 2 rakaat solat sunat Tahiyatul masjid?

🔵4 rakaat tersebut adalah solat sunat qabliyah Zohor.

Apabila ada bertembungan solat sunat seperti solat sunat wudhu’, tahiyatul masjid dan qabliyah, cukup menunaikan salah satunya sahaja (2 rakaat sunat) tetapi oleh kerana qabliyah zohor mempunyai 4 raakat, maka perlu menambah 2 rakaat lagi bagi menyempurnakan solat sunat qabliyah zohor.

12. Adakah solat sunat qabliyah zohor yang dilakukan dua rakaat adalah sunnah?

🔵Ya sunnah melakukan solat sunat qabliyah zohor dua atau empat rakaat.

13. Adakah boleh berlafaz niat dalam bahasa melayu iaitu “sahaja aku solat sebelum zohor…” dan tidak melafazkan “qabliyah zohor”.

🔵Niat adalah iktikad yang terbit dari hati, maka ia tidak perlu untuk dilafazkan. Melafazkan niat dan penyusunan niat adalah sebahagian perbuatan bid’ah.

14. Adakah boleh menggunakan wudhu’ yang dilakukan untuk solat sunat wudhu’ bagi membaca al-Quran?

🔵Melakukan amalan sunnah tidak memerlukan pembaharuan wudhu’, cukup satu wudhu’ untuk semuanya. Hanya apabila membezakan solat fardu’, adalah sunnah untuk memperbaharui wudhu’.

15. Solat sunat 4 rakaat perlu dilakukan dengan 2 salam atau 1 salam sahaja?

🔵Semua solat sunat adalah dilakukan secara dua rakaat dan 1 salam, kecuali solat sunat witir.

16. Adakah pahala solat wanita di rumahnya menyamai solat di masjid?

🔵Ya, sama pahala solatnya.

17. Adakah kita digalakkan sentiasa di dalam keadaan suci dan berwudhu’?

🔵Ya. Sunnah untuk sentiasa dalam keadaan suci dan berwudhu’.

18. Apakah yang perlu dilakukan apabila ketika solat sunnah dua rakaat, terlupa untuk tahiyat akhir dan terus berdiri?

🔵Boleh sahaja terus duduk kembali untuk tahiyat akhir dan meneruskan solat. Tanpa melakukan sujud sahwi

19. Jika kita mengambil wudhu’ sebanyak sepuluh kali dalam sehari, adakah boleh menunaikan solat sunat wudhu’ bagi setiap kali wudhu’ tersebut?

🔵Ya dibolehkan.

20. Apakah nama khutbah yang di bacakan di awal kelas?

🔵‎Khutbah ini dinamakan Khutbah al-Haajah. Ia adalah suatu ucapan yang biasa diucapkan oleh Rasulullah ‎ﷺ sebelum memulakan ucapan Baginda kepada para sahabatnya.

‎إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ( اتَّقُوا اللَّهَ الَّذِى تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا)
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ)
( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

Maksudnya: Sesungguhnya semua pujian adalah milik Allah. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan memohon keampunanNya. Dan kita memohon perlindungan Allah dari kejahatan diri kita dan juga dari keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang diberikan Allah akan petunjuk, maka tiada siapa pun yang akan boleh menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan, maka tiada siapa yang boleh memberikannya petunjuk. Dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya.”

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan islam.”

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), Supaya Dia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.”

21. Manakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu di antara bersiwak dan membasuh tangan?

🔵Ianya tidak ditetapkan yang mana dahulu perlu dilakukan. Makanya boleh dilakukan mengikut kesesuaian dan kesenangan kita.

22. “Barangsiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini kemudian berdiri melaksanakan dua rakaat dengan tidak mengucapkan pada dirinya, maka dia akan diampuni dosanya yang telah lalu.”

Adakah frasa kata “dosanya” daripada hadith ini bermaksud dosa-dosa kecil?

🔵Ya, hanya dosa-dosa kecil sahaja.

23. Dalam keadaan masa yang suntuk, adakah boleh menghimpunkan solat sunat lain pada waktu selain zohor sebagaimana contoh yang dinyatakan?

🔵Ya dibolehkan jika masa tidak mencukupi. Kadangkala apabila kita sampai ke masjid, hanya cukup masa untuk menunaikan solat sunat dua rakaat sahaja sebelum imam keluar untuk menunaikan solat fardu berjemaah.

Jika ada masa sebelum itu, maka dibolehkan setiap solat sunat satu per satu.

24. Adakah berdosa apabila sudah terniat untuk berpuasa qadha’ keesokan harinya tetapi apabila sudah sampai esok niat tersebut dibatalkan?

🔵Dibolehkan membatalkan niat sebelum terbit fajar. Apabila sudah terbit fajar, maka tidak boleh kerana puasa qadha’ adalah seperti puasa wajib. Sebagaimana puasa wajib tidak boleh dibatalkan begitu sahaja, maka begitulah juga dengan puasa qadha’. Berbeza dengan puasa sunat.

25. Sekiranya kita datang awal ke masjid, manakah satu solat sunat yang perlu didahulukan selepas mengambil wudhu’?

🔵Solat sunat yang boleh dilakukan apabila sampai ke masjid dan setelah mengambil wudhu’ mengikut turutan adalah solat sunat wudhu’, tahiyatul masjid dan rawatib (qabliyah).

26. Apakah dalil melakukan solat witir hanya 1 rakaat? Adakah boleh menunaikan solat witir 1 rakaat sahaja?

🔵Tiada hadith Nabi menunaikan solat sebanyak satu rakaat sahaja. Solat witir ditunaikan 3 rakaat sahaja paling sedikit. Walaupun begitu, dibolehkan menunaikan solat witir sebanyak 1 rakaat sahaja apabila waktunya suntuk untuk menunaikan 3 rakaat.

27. Adakah sideburn termasuk anggota wudhu’ dan perlu dibasuh?

🔵Sideburn tidak termasuk sebahagian anggota wudhu’. Tetapi sebagai langkah berhati-hati, ia perlu dibasahkan sebagaimana melebihkan had siku apabila membasuh tangan.

28. Apakah dalil anjuran untuk menjaga wudhu’ setiap masa dan fadilatnya?

🔵Dari Abu Buraidah ‎رضي الله عنه, Rasulullah ‎ﷺ di pagi hari memanggil Bilal lalu berkata,

يَا بِلاَلُ بِمَ سَبَقْتَنِى إِلَى الْجَنَّةِ مَا دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَطُّ إِلاَّ سَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِى دَخَلْتُ الْبَارِحَةَ الْجَنَّةَ فَسَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِى

“Wahai Bilal, kenapa engkau mendahuluiku masuk syurga? Aku tidaklah masuk syurga sama sekali melainkan aku mendengar suara sandalmu di hadapanku. Aku memasuki syurga di malam hari dan aku dengar suara sandalmu di hadapanku.”

Bilal menjawab,

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَذَّنْتُ قَطُّ إِلاَّ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ وَمَا أَصَابَنِى حَدَثٌ قَطُّ إِلاَّ تَوَضَّأْتُ عِنْدَهَا وَرَأَيْتُ أَنَّ لِلَّهِ عَلَىَّ رَكْعَتَيْنِ

“Wahai Rasulullah, aku biasa tidak meninggalkan solat dua raka’at sedikit pun. Setiap kali aku berhadas, aku lantas berwudhu’ dan aku membebani diriku dengan solat dua raka’at setelah itu.” (Hadith riwayat. At-Tirmizi no. 3689 dan Ahmad 5: 354. Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadith tersebut hasan)

Antara fadilat menjaga wudhu’ adalah:-
i. Pahala.
ii. Memudahkan untuk melakukan ibadat setiap masa tanpa halangan.
iii. Jika dia mati, matinya adalah di dalam keadaan berwudhu’.

29. Adakah sentiasa melakukan perkara makruh akan mengurangkan pahala?

🔵Melakukan perkara yang makruh tidak memperolehi pahala. Makruh dari kalimah karoha (dibenci). Maknanya ia perkara tidak elok. Elakkanlah daripada melakukan perkara makruh.

30. Adakah tidak berdosa jika selalu melakukan perkara makruh?

🔵Ada yang mengatakan makruh itu hampir kepada haram tetapi pendapat ini tidak kuat.

Makruh termasuk di dalam perkara yang halal, dan Nabi bersabda dalam hadith yang sahih: “Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas“.

Tidak ada dalil yang menunjukkan suatu yang makruh jika selalu dilakukan akan menjadikannya sebagai haram.

Walaupun begitu, amat tidak digalakkan berterusan di dalam perkara makruh kerana:
i. Ia menunjukkan ketidakpedulian seseorang muslim terhadap hukum syarak terutamanya hukum larangan.
ii. Jika sikap bermudah-mudah di dalam perkara makruh berterusan, maka tidak mustahil selepas ini, timbul sikap bermudah-mudahan di dalam perkara haram.

31. Adakah mandi bogel dalam tempat tertutup termasuk perkara yang dilarang?

🔵Berkenaan dengan mandi secara telanjang, terdapat dalil yang menunjukkan keharusannya. Antaranya hadith Abu Hurairah ‎رضي الله عنه bahawa Nabi Musa عليه السلام mandi dalam keadaan tidak berpakaian di tempat yang jauh daripada orang ramai. Sabda Nabi ‎ﷺ:

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ يَغْتَسِلُونَ عُرَاةً، يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، وَكَانَ مُوسَى يَغْتَسِلُ وَحْدَهُ، فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا يَمْنَعُ مُوسَى أَنْ يَغْتَسِلَ مَعَنَا إِلاَّ أَنَّهُ آدَرُ، فَذَهَبَ مَرَّةً يَغْتَسِلُ، فَوَضَعَ ثَوْبَهُ عَلَى حَجَرٍ، فَفَرَّ الْحَجَرُ بِثَوْبِهِ، فَخَرَجَ مُوسَى فِي إِثْرِهِ يَقُولُ ثَوْبِي يَا حَجَرُ‏.‏ حَتَّى نَظَرَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ إِلَى مُوسَى، فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا بِمُوسَى مِنْ بَأْسٍ‏.‏ وَأَخَذَ ثَوْبَهُ، فَطَفِقَ بِالْحَجَرِ ضَرْبًا

Maksudnya: “Dahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka saling melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa as mandi seorang diri. Orang-orang Bani Israel berkata :’Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa mandi bersama kita kecuali kerana dia mengidap penyaki aadar.’ Suatu ketika Nabi Musa pergi mandi, baginda meletakkan pakaiannya di atas batu, lalu batu itu membawa lari pakaiannya. Maka Musa pun mengejarnya (batu itu), seraya berkata : ‘Hai batu, pakaianku!’. Akhirnya, orang-orang Bani Israel pun melihat Musa. Lalu mereka berkata : ‘Demi Allah, ternyata Musa tidak mengidap penyakit apa pun.’ Musa berjaya mengambil pakaiannya, lalu memukul batu tersebut dengan satu pukulan. Abu Hurairah berkata : “Demi Allah, bekas (pukulan) Nabi Musa pada batu itu sama dengan pukulan enam atau tujuh batu”Riwayat al-Bukhari (no: 274)

Begitu juga terdapat hadith sahih menceritakan bahawa Nabi Ayub عليه السلام mandi tanpa seurat benang. Sabda Nabi ‎ﷺ:

بَيْنَا أَيُّوبُ يَغْتَسِلُ عُرْيَانًا فَخَرَّ عَلَيْهِ جَرَادٌ مِنْ ذَهَبٍ، فَجَعَلَ أَيُّوبُ يَحْتَثِي فِي ثَوْبِهِ، فَنَادَاهُ رَبُّهُ يَا أَيُّوبُ، أَلَمْ أَكُنْ أَغْنَيْتُكَ عَمَّا تَرَى قَالَ بَلَى وَعِزَّتِكَ وَلَكِنْ لاَ غِنَى بِي عَنْ بَرَكَتِكَ ‏

Maksudnya : Sewaktu Nabi Ayyub mandi dalam keadaan bogel/telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayyub pun segera hendak mengambil kainnya, maka baginda pun dipanggil oleh Tuhannya, “Wahai Ayyub, bukankah engkau telah cukup kaya hingga tidak memerlukan lagi barang (belalang emas) yang kau lihat itu?” Ujar Ayyub, “Benar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak boleh mengabaikan keberkatan-Mu.” (Riwayat Al-Bukhari no. 279)

Bahkan Imam Al-Bukhari sendiri dalam Sahihnya meletakkan bab Orang yang mandi berseorangan dalam keadaan bersendirian, dan orang yang menutup aurat, maka menutup aurat adalah lebih baik.

SnJ Mengenai Wudhu’ Bahagian 2

0

☘ SESI SOAL JAWAB☘
=================

1. Apakah perbezaan di antara menyapu anggota wudhu’ dan membasuh anggota wudhu’?

🔵 Menyapu anggota wudhu’ itu hanya perlu membasahkan tangan kemudian diusap pada anggota wudhu’, manakala membasuh anggota wudhu’ hanya dengan melalukan air pada anggota wudhu’ tersebut.

2. Adakah menyapu kepala beserta telinga dengan sekali sapuan sahaja lebih menepati sunnah?

🔵 Ya, lebih menepati sunnah berdasarkan hadith amalan dan sahabat, memang sekali sahaja.

Dari segi praktikal, memang rambut kita ditutup dengan kopiah dan tudung selepas berwudhu’. Maka tidak perlu dibasahkan rambut sebab nanti akan berkuap.

3. Bolehkah mengambil wudhu’ dengan sekali sapuan atau basuhan pada setiap anggota wudhu’?

🔵 Ya dan itu cara sunnah.

4. Adakah mengusap anggota kepala dengan cara menadah air di tapak tangan lalu disapu ke atas kepala atau hanya basahkan tangan lalu disapu ke atas kepala dan telinga?

🔵 Basahkan tangan kemudian renjis air yang ada pada tangan. Dan sapu anggota kepala sebanyak sekali.

5. Bolehkah membasuh anggota wudhu’ lebih dari sekali?

🔵 Kepala sahaja sekali. Anggota wudhu’ lain boleh sampai tiga kali.

6. Sekiranya saya membasahkan tangan dan menyapu anggota kepala berkemungkinan air sudah kering di tangan semasa hendak menyapu telinga. Bolehkah saya meneruskan menyapu telinga?

🔵 Boleh sahaja, tangan masih di dalam keadaan basah.

Terdapat teknik yang boleh digunakan adalah dengan ibu jari dan jari telunjuk tidak disapu pada kepala. Disimpan untuk telinga.

7.
عن لقيط بن صبرة قَالَ: فَقُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَخْبِرْنيِ عَنِ اْلوُضُوْءِ! قَالَ: أَسْبِغِ اْلوُضُوْءَ وَ خَلِّلْ بَيْنَ اْلأَصَابِعِ وَ بَالِغْ فىِ اْلاِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُوْنَ صَائِمًا

Dari Luqaith bin Shabrah radliyallahu anhu berkata, aku bertanya, “Wahai Rasulullah khabarkan kepadaku tentang wudhu’!”. Baginda menjawab, “Sempurnakan wudhu’, sela-selalah jari jemarimu dan bersungguh-sungguhlah di dalam istinsyaq kecuali jika kamu sedang puasa”. [an-Nasa’iy: I/ 66, Abu Dawud: 142, Ibnu Majah: 407, Ibnu Khuzaimah: 150, 168, al-Hakim: 537 dan Ahmad: IV/ 33. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Sahih].

Apakah dimaksudkan “jika kamu sedang puasa” dalam hadith tersebut?

🔵 Sekiranya kita sedang berpuasa janganlah menyedut air (istinsyaq) dengan kuat dikhuatiri air boleh masuk ke dalam tekak.

8. Adakah dibolehkan jika ketika berwudhu’ dengan tidak melakukan istinsyaq?

🔵 Pendapat yang rajih adalah wajib melakukan istinsyaq.

9. Adakah betul caranya menyapu kepala menggunakan jari hantu, jari manis dan jari kelingking, manakala jari telunjuk dan ibu jari disimpan untuk mengusap telinga pula?

🔵 Ya betul caranya.

10. Adakah terbatal puasa jika terminum sedikit air ketika melakukan istinsyaq?

🔵 Tidak terbatal puasa tersebut jika tidak disengajakan.

11. Adakah perlu dilakukan serentak ketika menyapu kepala dan telinga?

🔵 Ya, perlu dilakukan secara serentak bukan dilakukan secara satu persatu.

12. Perlukah membasuh anggota badan yang berbalut kerana luka dan sebagainya ketika mengambil wudhu’?

🔵 Tidak perlu. Basuhkan bahagian yang boleh sahaja.

13. Perlukah kita menyapu bahagian tangan yang berbalut akibat cedera ketika berwudhu’ untuk mencukupi syarat berwudhu’?

🔵Memang terdapat pendapat sebegitu diqiaskan seperti menyapu khuf tetapi sebenarnya tidak perlu pun.

14. Kita seharusnya membasuh anggota tangan kanan dan kiri hingga ke siku apabila berwudhu’. Betulkah cara membasuh tangan kanan dari tapak tangan hingga ke siku manakala tangan kiri dimulai dari siku hingga ke tapak tangan?

🔵 Cara mengambil wudhu’ bagi tangan kiri yang dimulai dari siku hingga ke tapak tangan adalah salah.

15. Kebanyakan tempat berwudhu’ tiada disediakan tempat khas untuk duduk apabila hendak membasuh kaki dan menyebabkan kita kena berdiri untuk mengambil wudhu’. Bagi mereka yang berumur dan agak gemuk, amat sukar buat mereka untuk menyapu keseluruhan kaki (anggota wudhu’) menggunakan tapak tangan mereka untuk meratakan air wudhu’. Bolehkah kita menyela-nyela jari kaki menggunakan jari tangan tetapi bahagian kaki yang lain seperti tapak kaki hanya dijirus air paip yang mengalir tanpa diusap ?

🔵 Buat yang termampu sahaja mana yang boleh. Sekiranya tidak boleh jangan dipaksa kerana Islam tidak memaksa mereka yang tidak mampu. Kalau boleh menyebabkan individu tersebut tergeliat atau terjatuh di tandas maka tidak perlu dibuat seperti itu.

16. Adakah sah wudhu’ kita sekiranya kuku kaki dan tangan panjang serta kotor?

🔵 Sekiranya sedikit sahaja maka dimaafkan kerana pada zaman Nabi tiada pengetip kuku. Maka, jangan disusahkan.

17. Benarkah ada syaitan duduk di bawah kuku sekiranya memelihara kuku sehingga panjang?

🔵 Tidak.

Itu hanya pendapat orang sahaja yang mengatakan syaitan duduk di bawah kuku kita. Sebenarnya syaitan tidak akan duduk di kuku yang panjang tetapi seeloknya kita menjaga kebersihan dengan memotong kuku yang panjang kerana kotoran akan melekat di celah kuku dan masuk di dalam badan ketika kita hendak makan.

18. Benarkah wanita bertudung yang hendak mengambil wudhu’ di kawasan awam, memadai dengan hanya membasahkan tangan dan menyapu tangan di atas tudung pada bahagian atas, pertengahan dan belakang kepala?

🔵 Ya boleh. Sapukan sahaja keseluruhan bahagian atas tudung. Ini berdasarkan qiyas kepada Nabi Muhammad S.A.W ‎ﷺ di mana Nabi Muhammad S.A.W ‎ﷺ tidak membuka serban ketika menyapu kepala baginda.

19. Bagaimana pula dengan telinganya?

🔵 Untuk telinganya, sapu keseluruhan atas tudung.

20. Bolehkah kita mengambil wudhu’ tanpa membuka tudung meskipun di kawasan yang tertutup?

🔵 Boleh, kerana Nabi Muhammad ‎ﷺ hanya menyapu air wudhu’ di atas serban sahaja.

21. Adakah hadith mengenai situasi seperti di atas (menyapu air wudhu’ di atas serban)?

🔵 Dari al-Mughirah bin Syu’bahرضي الله عنه yang menceritakan;

تَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَالْعِمَامَةِ

“Rasulullah ‎ﷺ mengambil wudhu’ dan baginda menyapu air ke atas dua khuf dan kain serbannya” HR Termidzi, dia menilainya hasan sahih.

22. Adakah kepala dan kaki boleh disapu diqiaskan seperti khuf. Bagaimanakah tanggapan sekeliling jika dilakukan di tempat awam?

🔵 Tidak boleh takut pada apa orang kata. Tidak boleh takut kepada orang yang jahil. Mereka sepatutnya belajar.

23. Jika sudah bersugi sebelum berwudhu’, kemudian ketika solat, disedari terdapat sisa makanan di dalam mulut. Adakah boleh kita menelannya?

🔵 Jika sisa makanan itu sedikit sahaja, maka boleh ditelan sahaja.

Tetapi jika misalannya sisa makanan itu sebutir nasi, gunakan jari untuk mengeluarkannya. Jangan diludah ke hadapan. Hukumnya adalah haram kerana kita sedang menghadap Allah ketika menunaikan solat yaitu dihadapan kita adalah Allah.

24. Bolehkah kita meludah sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika solat ke sebelah kiri?

🔵 Boleh asalkan tiada orang.

Jika hendak meludah sisa makanan tersebut ke sebelah kiri, pastikan terlebih dahulu tiada orang di situ.

25. Ketika hendak berwudhu’ di dalam bilik air, adakah dibolehkan kita menyebut basmallah dan membaca doa masuk tandas di dalam tandas yang terdapat flush?

🔵 Boleh membaca basmallah dan doa masuk tandas di dalam tandas yang mempunyai flush.

26. Bolehkah kita terus mengambil air wudhu’ selepas mandi tanpa mengenakan pakaian dan hanya memakai tuala mandi sahaja?

🔵 Tiada syarat yang meletakkan sah wudhu’ mesti dengan mengenakan pakaian terlebih dahulu kemudian baharulah berwudhu’.

Boleh diteruskan sahaja berwudhu’.

27. Adakah kita perlu menutup aurat ketika solat walaupun kita solat bersendirian? Apakah terdapat batasan aurat antara kita dengan Allah ‎ﷻ?

🔵 Ya. kena menutup aurat ketika solat walaupun bersendirian kerana kita sedang menghadap Allah ﷻ.

28. Hadith dari Abdullah bin Zaid mengatakan ketika berwudhu’ hendaklah mengusap kepala dari belakang ke hadapan dan seterusnya dari hadapan ke belakang.

Tetapi, bolehkah kita menyapu air wudhu’ dari depan ke belakang dan seterusnya dari belakang ke hadapan?

🔵 Kedua-dua boleh diamalkan dan terdapat di dalam dua lafaz hadith yang sahih.

29. Ada dalam kalangan beberapa ustaz mengatakan sekiranya tidak boleh membasuh atau menyapu air pada anggota wudhu’ disebabkan luka atau berbalut maka hendaklah digantikan dengan bertayamum pada anggota wudhu’ tersebut. Mohon pencerahan?

🔵 Kalau tidak boleh disapu, biarkan.

Kebanyakkan yang diajar di nusantara, kena membasuh bahagian yang boleh, kemudian kena bertayamum pula pada anggota yang tidak boleh terkena air lagi.

Tidak sepatutnya orang sihat hanya dikenakan wudhu’ sahaja sedangkan orang sakit dikenakan wudhu’ dan tayamum sekali.

Sepatutnya orang sakitlah yang kena dimudahkan.

Ini sudah tidak praktikal. Bayangkan tangan dan muka sudah basah kemudian disapu debu tanah pula. Apa yang akan terjadi?

30. Sekiranya anggota wudhu’ tidak boleh terkena air adakah dibolehkan untuk bertayamum?

🔵 Bertayamum dibolehkan sekiranya tidak terdapat air atau keseluruhan anggota wudhu’ tidak boleh terkena air.

Sekiranya hanya sebahagian sahaja boleh terkena air maka basuhlah pada bahagian itu sahaja dan sebahagian lagi (tidak boleh terkena air) itu dimaafkan.

31. Adakah had minimum ditetapkan untuk menyapu kepala?

🔵 Mengikut Mazhab Syafi’iy, had minimum ditetapkan hanya 3 helai rambut. Manakala lain-lain mahzab tiada ketetapannya.

Rajihnya ialah menyapu pada keseluruhan kepala.

32. Adakah bahagian tengkuk juga merupakan sebahagian daripada bahagian yang perlu dibasahkan seperti kepala? .

🔵 Bahagian tengkuk bukanlah anggota wudhu’. Jadi tidak perlu dibasahkan.

33. Apakah hukumnya dan berkurangkah pahala selepas berwudhu’ kemudian menjamah sedikit makanan dan terus bersolat?

🔵 Tidak mengurangkan sedikitpun pahala berwudhu’ dan sunat berkumur sebelum menunaikan solat.

34. Bolehkah dilewatkan membasuh kaki selama 5 minit setelah membasuh anggota wudhu’ yang lain dan apakah hukumnya?

🔵 Ini di namakan hukum muwallat (berturut-turut). Ada yang meletakkan ia sebagai satu syarat di dalam wudhu’.

Boleh di jarakkan masa tetapi jangkamasa diberi adalah selagi bahagian lain yang telah dibasuh masih basah

35. Adakah kita perlu menyapu air wudhu’ di anggota wudhu’ yang berbalut akibat cedera? Bolehkah kita tidak menyapu air wudhu’ di bahagian yang cedera atau tetap menyapu air wudhu’ di atas balutan yang tercedera itu?

🔵 1. Dibenarkan tidak menyapu bahagian anggota wudhu’ yang berbalut akibat cedera.

2. Ada juga pendapat ulama’ mengatakan perlu menyapu tangan yang basah di atas bahagian yang berbalut seperti qiyas kepada khuf.

36. Adakah perlu menyapu bahagian tangan yang bersimen ketika berwudhu’ seperti cara khuf?

🔵 Boleh disapu dan boleh juga tidak disapu.

37. Sekiranya tapak tangan berbalut akibat cedera kecuali tapak tangan sebelah kiri. Hanya mampu menyapu air wudhu’ dengan cara membasahkan anggota wudhu’ dan menyapu air wudhu di anggota kepala menggunakan tangan kiri. Bagaimanakah cara untuk menyapu air wudhu di telinga sebelah kanan?

🔵 Basahkan tangan dengan air wudhu’ kemudian sapu telinga kanan.

38. Adakah dimaafkan menyapu air wudhu ala-ala kadar dikawasan yang tercedera?

🔵 Ya.

39. Sewaktu di sekolah rendah, saya telah difahamkan bahawa telinga adalah sunat. Disebabkan itu, saya tidak pernah menyapu air wudhu’ di bahagian telinga sampai sekarang. Adakah sah solat saya yang telah lepas?

🔵 Perkara yang telah berlalu kita hanya perlu meminta ampun kepada Allah ﷻ. Tidak perlu diulang solat tersebut.

40. Adakah kita perlu bertayamun selepas berwudhu’ bagi mereka yang tercedera?

🔵 Itu hanya ajaran ustaz nusantara. Tidak ada di dalam ajaran sunnah.

Sahabat Nabi Muhammad ‎ﷺ ramai pergi berperang dan mengalami luka lebih banyak daripada kita. Tetapi, tiada dalil yang mengatakan mereka perlu mengambil wudhu’ kemudian bertayamum.

41. Bagi perempuan yang mempunyai anak rambut yang panjang di tepi telinga. Adakah itu termasuk sebahagian daripada muka dan perlu disapu ketika berwudhu’ ?

🔵 Tidak termasuk.Tetapi untuk selamat maka sapukan sekali. Tidaklah sampai kena digunting.

42. Apakah hukum bercakap semasa berwudhu’? Bolehkah menjawab pertanyaan orang semasa kita berwudhu’ kerana risau di anggap sombong?

🔵 Boleh bercakap semasa berwudhu’.

43. Ketika berwudhu’, adakah dibolehkan bercakap tentang perkara yang perlu sahaja atau saja-saja bercakap?

🔵 Keduanya boleh tetapi apabila sedang mengambil wudhu’ lebih baik senyap sekejap.

44. Adakah kita akan kehilangan fadhilat bagi doa wudhu’ sekiranya lambat membaca doa wudhu’ disebabkan ada seseorang yang menegur dan mengajak berbual kemudian kita menjawabnya?

🔵 Masih dapat lagi fadhilat itu. Jangan sahaja memberi ceramah dan selepas itu baru hendak membaca doa.

45. Adakah benar kefahaman saya bahawa untuk menyapu bahagian kepala, hanya menggunakan satu tangan sahaja?

Bahagian telinga pula, baharulah kita membasuh air wudhu’ menggunakan kedua – dua belah tangan?

🔵 Menyapu air wudhu’ di kepala menggunakan dua belah tangan. Begitu juga, dua belah tangan digunakan untuk dua telinga.

46. Apakah kitab dan pengajian yang sedang kita pelajari ini?

🔵 Kitab Ensiklopedia Fiqh Praktis Menurut Al-Qur’an dan As Sunnah dari Syaikh Husain bin ‘Audah al ‘Awaisyah.
Kitab Thaharah Dan Salat.

47. Adakah sah wudhu’ sekiranya kita menggunakan minyak rambut? Malahan ia menyebabkan basuhan angota wudhu’ seterusnya berminyak apabila terkena air. Adakah sah wudhu’ tersebut?

🔵 1. Kita bukan menyapu rambut tetapi menyapu kepala. Disebabkan kepala mempunyai rambut maka kita menyapu wudhu’ di rambut sahaja.

2. Minyak itu sedikit sahaja dan tidak menjadi penghalang bagi apa pun. Lainlah sekiranya minyak rambut itu minyak tar.

48. Adakah sah wudhu’ sekiranya mewarnai rambut dengan pewarna?

🔵 Sah kerana kita hanya menyapu wudhu’ di kulit kepala, bukannya rambut. Disebabkan rambut berada di atas kulit kepala, maka kita menyapu wudhu’ di atas rambut.

Sebagai langkah lebih selamat, maka gunalah pewarna rambut seperti inai.

Disebabkan ramai yang risau mengenai pewarna rambut ini. Maka, itu adalah jalan penyelesaiannya.

49. Bolehkah kita menggunakan pewarna rambut berwarna hitam yang berjenama Shurah dan mempunyai logo halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)?

🔵 Itu pun sudah baik.

50. Adakah sah mandi hadas jika kita mewarnai rambut ?

🔵 Ya. Kita bukan hendak membasuh rambut, tetapi hendak membasuh kulit kepala.

51. Adakah rambut ini tiada kena mengena dengan wudhu’, walaupun kita menggunakan pewarna rambut yang kalis air?

🔵 Ya. Tetapi bukanlah itu bermakna saya menggalakkannya. Tidak cantikpun jika mewarnakan rambut.

Memang ada pendapat yang mengatakan tidak boleh. Maka, untuk selamat pakailah pewarna rambut yang boleh menyerap air.

Cuma, sekiranya ada muslimah yang berambut perang dan hendak berubah ke arah Islam, tidak perlulah kita berkata kena botakkan rambut dia.

52. Saya masih keliru, adakah sah wudhu’ jika air tidak terkena kulit kepala?

🔵 Sah wudhu’. Apabila mandi wajib baharulah kena dipastikan supaya air terkena kulit kepala.

53. Adakah niat dilakukan sebelum mandi wajib atau semasa hendak menyiram air ke anggota badan? Sebelum ini, ada penceramah memberitahu supaya kena berniat semasa tangan dibasahkan kemudian membasuh bahagian yang sulit dan mengambil wudhu’. Selepas itu, barulah meratakan air diseluruh anggota badan.

🔵 Niat tidak ditetapkan bilakah hendak kena ada sebelum mandi. Yang menetapkan waktu sekian-sekian itulah yang menambah dalam hal agama.

Ustaz lain kata niat kena mahu lain. Ini menandakan yang itu adalah rekaan sahaja. Kalau benar ia diajar oleh nabi, tentu semua sama sahaja.

Bab niat ini memang selalu disusahkan oleh ustaz-ustaz nusantara kita. Sehingga masyarakat menjadi keliru.

Saya terpaksa bercakap kerana kesan dari ajaran mereka inilah telah menyebabkan ramai yang susah hendak berbuat ibadat.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan