Utama Blog Halaman 72

SnJ: Iddah, Badal Haji & Suami di Syurga.

0

Iddah, Badal Haji & Suami di Syurga.
Soal  Jawab.

Soalan 1:
Bapa mertua saya baru sahaja meninggal dunia. Hujung minggu ini, adik ipar saya akan mengadakan kenduri kahwin. Bolehkah ibu mertua saya duduk di hadapan rumah dan menyambut tetamu?

Bolehkah dia pergi ke klinik untuk memeriksa tekanan darahnya setiap bulan sepanjang tempoh iddahnya itu?

● Jawapan:
Larangan di dalam iddah termasuk tidak boleh berhias dan menyambut tetamu. Mesti berada (duduk) di rumah sahaja.

Manakala dia dibenarkan pergi ke klinik atas sebab tujuan perubatan.

Soalan 2:
Bapa mertua saya baru sahaja meninggal dunia. Semasa hayatnya dia tidak pernah mengerjakan haji. Perlukah anak-anaknya membuat upah haji untuknya?

● Jawapan:
Boleh, sebab ada hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : بَيْنَا أَنَا جَالِسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أَتَتْهُ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ : إِنِّي تَصَدَّقْتُ عَلَى أُمِّي بِجَارِيَةٍ وَإِنَّهَا مَاتَتْ فَقَالَ : وَجَبَ أَجْرُكِ ، وَرَدَّهَا عَلَيْكِ الْمِيرَاثُ ، قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّهُ كَانَ عَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَصُومُ عَنْهَا ؟ قَالَ : صُومِي عَنْهَا ، قَالَتْ : إِنَّهَا لَمْ تَحُجَّ قَطُّ أَفَأَحُجُّ عَنْهَا ؟ قَالَ : حُجِّي عَنْهَا . رواه مسلم ( 1149 )

“Dari Abdullah bin Buraidah رضي الله عنه, beliau berkata, ketika kami duduk di sisi Rasulullah ﷺ, tiba-tiba ada seorang wanita datang dan bertanya, ‘Sesungguhnya saya bersedekah hamba abdi untuk ibuku yang telah meninggal.’ Beliau bersabda, ‘Anda mendapatkan pahalanya dan dikembalikan kepada anda warisannya.’ Dia bertanya, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya beliau mempunyai (tanggungan) puasa sebulan, apakah saya puasakan untuknya?’ Baginda menjawab, ‘Puasakan untuknya.’ Dia bertanya lagi, ‘Sesungguhnya beliau belum pernah haji sama sekali, apakah (boleh) saya hajikan untuknya? Baginda menjawab, ‘Hajikan untuknya.’ (HR. Muslim, 1149)

Soalan 3:
Bolehkah kita gunakan duit arwah untuk upah haji itu?

● Jawapan:
Sepatutnya begitu, sebelum faraidh kena ambil bahagian untuk badal haji

Jawapan dari Syeikh THTL
@FiqhWanitaUito

Soalan 4:
Mohon status hadith dalam foto seperti di atas.

● Jawapan:
Tahqiq,

إن شئت أن تكوني زوجتي في الجنة ، فلا تزوجي بعدي ، فإن المرأة في الجنة لآخر أزواجها في الدنيا ، فلذلك حرم الله على أزواج النبي صلى الله عليه وسلم أن ينكحن بعده لأنهن أزواجه في الجنة

“Jika kamu mahu menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah lagi sesudahku, kerana seorang wanita di syurga untuk (bersama) suami terakhirnya di dunia, oleh kerananya Allah ﷻ haramkan atas isteri-isteri Nabi ﷺ menikah lagi sesudahnya, kerana mereka-mereka akan menjadi isteri-isteri baginda di surga.”

[Syaikh Al-Albani رحمه الله‎ mendhaifkannya dalam Silsilah Al-Sahihah no. 1281]

● Jawapan Tambahan:
Status hadis dari Huzaifah :

Isteri bersama suami yang mana jika dia berkahwin lebih dari sekali?

Ada tiga pendapat:
1. Pendapat Qurthubi, bersama suami yang paling baik amalnya
2. Pendapat Syaikh Ibn Uthaimin, wanita tersebut diberi pilihan, sesuai dengan kedudukan penduduk syurga, mereka dapat semua benda yang diingininya
3. Pendapat majoriti, bersama suaminya yang terakhir. Hadith Huzaifah

إن شئت أن تكوني زوجتي في الجنة ، فلا تزوجي بعدي ، فإن المرأة في الجنة لآخر أزواجها في الدنيا ، فلذلك حرم الله على أزواج النبي صلى الله عليه وسلم أن ينكحن بعده لأنهن أزواجه في الجنة

“Jika kamu mahu menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah lagi sesudahku, kerana seorang wanita di syurga untuk (bersama) suami terakhirnya di dunia, oleh kerananya Allah ﷻ haramkan atas isteri-isteri Nabi ﷺ menikah lagi sesudahnya, kerana mereka-mereka akan menjadi isteri-isteri baginda di surga.”
HR al Baihaqi, komen al Baihaqi

قلت : فيه : أبو إسحاق السبيعي : وهو مدلس وقد اختلط ، فالأثر ضعيف

Dhaif, kerana perawi Abu Ishaq al Sabi’iy, mudallis
[Syaikh Al-Albani رحمه الله‎ mendhaifkannya dalam Silsilah Al-Sahihah no. 1281, dhaif kerana perawi Ab Isyhaq, tetapi sahih dengan syawahid.]

Jawapan dari Syeikh THTL
@FiqhWanitaUito

HUKUM BERTALFIQ

0

1)  Apakah hukum talfiq mazhab? Bagaimanakah cara untuk mengamalkan talfiq yang sebenar dengan tujuan mempermudahkan urusan agama dan tidak menjadi seperti  “mempermudah-mudahkan agama”.

Ada empat istilah asas Fiqh yang perlu diketahui: Ijtihad, Ittiba’, Talfiq dan Taklid. Kita jelaskan secara mudah:

a. Ijtihad bermaksud mencurahkan daya fikir secara maksima dalam mencapai ketentuan hukum syara’. Ia dicapai melalui dua atau tiga jalan:

i . Takhrij = mengeluarkan hukum daripada dalil dan nas.

ii.Tarjeeh = banding dan ambil pendapat yang terkuat.

iii. Tahqeeq = menilai dalil dan maqosyid syara’.

Para mujtahid ini wujud di sepanjang sejarah dan pada penghujung abad ke- 4 Hijrah, disyorkan pintu ijtihad ini ditutup memandangkan Khilafah Islam telah menetapkan agar madzhab-madzhab tertentu untuk diikuti dan pendapat-pendapat fiqih semuanya sudah dibukukan. Jika ijtihad terus dibuka akan menimbulkan kekacauan. Pendapat ini dibenarkan beberapa abad hingga dibuka semula oleh gagasan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah الله‎ رحمه  

( Prof Mahmud Syaltut, Muqaranatul madzhab fi Fiqhi )

b. Ittiba’ : Pengambilan hukum dengan mengetahui dalil dan alasan-alasannya dan ia diketahui dengan jalan yang ditunjuki oleh mujtahid.

*Dua cara ini (ijtihad dan ittiba’) adalah dua cara yang paling selamat.

(Ibn Taimiyah, Majmu’   Fatawa:20/212)

c. Taklid : Menerima pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Taklid ini tidaklah ditegah cuma ia tanda dangkalnya ilmu seseorang. Seperti kata Imam Ibn Taimiyyah (ibid/212) tanda dangkalnya ilmu seseorang ialah bila agamanya dilandasi dengan taklid kepada orang lain.

d. Talfiq: Gabungan pendapat-pendapat daripada pelbagai madzhab atau mujtahid. Jika taklid selalunya hanya kepada seorang mujtahid atau madzhab, talfiq pula bila seseorang mendapatkan pendapat daripada banyak sumber.     

Rumusan: Keempat-empat cara ini berlaku di sepanjang masa.Taklid ada disebut dalam Al-Qur’an:

 ” kerana itu bertanyalah kepada orang-orang yang mengetahui jika kamu tidak tahu”

[ an-Nahlu: 45. ]

Oleh itu orang yang ada kemampuan belajar dan memiliki ilmu agama, wajib menjawab bila ada yang bertanya. Wajib juga ittiba’ untuk lebih keyakinan beragama. Bagi yang tidak ada ilmu, wajib pula bertanya dan tidak ada kesalahan mencari ramai orang berilmu untuk ditanya. Ijtihad, Ittiba’, Taklid, Talfiq berlaku disepanjang masa bermula dari zaman Nabawi Khulafa’ Arrasyidin, zaman madzhab dan zaman sekarang. Yang dicela ialah malas belajar dan fanatik madzhab dan Imam sahaja. (Prof Ahmed Syurbasyi, Yas-Aluunak, Muhaddith al Bania, Fatawa Medina al-Munawarrah).

Kitab sahih fiqh sunnah karya Abu Malik Kamal Syed Salim, jurutera Mesir, murid kepada Syaikh Mustafa Adawi. Sekarang menetap di saudi arabia. Buku ni memang terbaik sebagai fiqh talfiq.

2) Bolehkah bertalfiq tanpa ada batasan selagi mana ada pendapat yang membolehkan dan selagi itu boleh diamalkan?

Perlu ada ilmu untuk buat semakan dalil-dalil yang digunakan oleh setiap imam. Dibolehkan selagi berada dalam 20 madzhab sunni. Khususnya 6 madzhab iaitu  Malik, Hanafi, Syafi’iy, Hanabilah, Daud Ibnu Hazam dan Ibn Taimmiyah. Pilih yang mudah asalkan dalilnya sahih atau hasan kerana asal agama ialah mudah.

 Orang awam bertalfiq dengan bertanya dan berbincang dalil dengan guru-guru atau ustaz-ustaz. Orang awam juga bertalfiq dengan mengambil ilmu dari laman web yang dipercayai seperti rumaisho.com. Contoh dalam isu bilangan rakaat tarawih, dia bertanya kepada 20 orang ustaz. Maka dari situ dia buat keputusan yang mana yang terbaik.

3) Dalam isu batal wuduk bersentuhan dengan isteri, ada yang mengatakan tidak boleh talfiq begitu, kerana wuduk diambil dengan kaedah Mazhab Syafi’iy, jadi syarat batal wuduk perlu ikut Mazhab Syafi’iy, sekiranya ingin ikut syarat batal wudhu’ Mazhab Hanafi, maka perlu ikut kaedah wudhu’ mereka.

Jika anda ingin praktik wudhu’ perlu belajar sifat wudhu’ Nabi. Mesti lihat dari A sampai Z. Cara berwudhu’ menurut fiqh talfiq atau fiqh sunnah. Tidak ada masalah untuk mencampurkan madzhab dalam sifat wudhu’ tersebut asalkan ia berasaskan hadith. Contohnya anda buka bab wudhu’ dalam Kitab Sahih Fiqh Sunnah atau Ahkam anNisa’ oleh Mustafa Adawi atau Dr. Abdul Kareem Zaidan al-Mufassal sebab ini kitab talfiq.

3) Mengapakah hanya 4 madzhab yang diketahui oleh orang awam?

4 mazhab ni yang menjadi mazhab rasmi di negara OIC, manakala mazhab lain tidak popular kerana kurang penajaan daripada penguasa. 4 mazhab ni popular dan kuat sebab rujukannya paling lengkap dan ia berkembang sampai hari ini. Mazhab lain yang banyak rujukan ialah Daud Zahiri dan Ibnu Hazm dari Mazhab Zahiri. Juga manhaj Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim juga banyak rujukannya, manakala mazhab lain, seperti Abu Tsaur, laith, Sufyan Thauri, Al- Bukhari, Muslim, Termidzi, perlu kena buat kajian sendiri sebab rujukannya terhad dan banyak yang masih berada dalam bentuk manuskrip dan tersimpan di Turki, Damsyiq, Cairo dan Riyadh.

Memperbetulkan niat dalam bertalfiq

Talfiq ini bergantung kepada niat seseorang. Apakah tujuan dia merentasi mazhab dan imam. Adakah dia ingin mencari pendapat yang amat lemah untuk hawa nafsunya atau dia ikhlas ingin mencari hakikat kebenaran itu hanya satu.

Contoh 1:

Ilmu pengetahuannya berkaitan meliwat isteri itu haram. Maka dia cuba mencari dalam semua mazhab, mana satu mazhab yang mengharuskan liwat isteri atau dia mencari pendapat mazhab yang membolehkan hubungan seks ketika isteri haid.  Niat dia mencari hukum tu penting. Dia mencari kebenaran atau dia mencari kerana hawa nafsunya.

Contoh 2:

Dia cenderung kepada tahlil mayat atau kenduri arwah ini sunat. Maka dia akan mencari qaul imam dan ulama’ yang mengatakan tahlil mayat ni memang sunat. Ini talfiq yang negatif. Talfiq yang positif, mencari hukum hakam yang ringan akan tetapi nasnya masih sahih atau hassan.

Contoh 3:

Selama ini dia berpegang kepada hukum menyentuh isteri itu batal wudhu’. Dia pun berfikir kenapa begitu susah sehingga menyentuh isteri sendiri boleh membatalkan wudhu’. Maka dia melakukan talfiq. Dia menjumpai fiqh Hanafi, menyentuh tanpa hawa nafsu tidak membatalkan wudhu’. Maka dia melihat hujah mazhab tersebut dan memilih Mazhab Hanafi.

Contoh 4 :

Dalam zakat fitrah, memang susah ingin membawa 2.7 kilogram beras untuk dirinya, isteri dan lima orang anak. Maka dia memilih pendapat Hanafi yang boleh menggunakan matawang kertas. Itu talfiq yang positif.

Pendapat yang mengharamkan bertalfiq

  1. Akidah Islam nusantara

Pendapat yang mengharamkan talfiq ini kerana tidak mahu kaedah usul nusantara akan berkubur seperti Akidah Asyai’rah, Fiqh Syafi’iyah, Tasawuf Al Ghazali, Tareqat Naqsyabandi, Ahmadiah, Syaziliah atau Qadiriah.  Maka dalam fiqh mesti kena ikut kepada Mazhab Syafi’iy. Itu memang dasar akidah di Nusantara.

  1. Fanatik madzhab

Sikap fanatik kepada satu mazhab fiqh ni sudah ditanam sejak abad ke-4 Hijrah lagi. Dua perkara ini menyebabkan perkongsian atau keluasan fiqh atau fiqh muqaran, fiqh rentas mazhab amat perlahan sehingga Al Azhar dan Universi Damsyiq yang memperkenalkan subjek fiqh muqaran atau fiqh rentas mazhab. Sejak ada silabus fiqh muqaran atau fiqh talfiq dan banyaknya kitab fiqh talfiq dalam pasaran sekarang, maka keluasan fiqh sudah semakin berkembang sekarang. Ini kerana masalah manusia yang semakin kompleks, satu mazhab memang tidak mungkin dapat menyelesaikan kompleksiti masalah umat Islam.

Kesimpulan:

Fiqh talfiq zaman kini telah dijadikan sebagai kemudahan dalam urusan agama. Apa yang kita perlu lakukan ialah memperbetulkan cara berfikir dan membuang kepercayaan khurafat(tahyul). Betulkan minda anda dari pemikiran lama satu negara satu mazhab dan khurafat, pecahkan mitos wajib satu mazhab. Golongan mainstream mengatakan puak wahabi, puak sunnah, puak tidak ada mazhab. Ini semua perang psikologi sahaja.

 

AT-Tazkirah Qurthubi: Bab Mengharapkan Kematian Jika Agama Terancam

0

At-Tazkirah Qurthubi (W671H)
Kod 2.0 Bab mengharapkan kematian

Dibolehkan mengharapkan kematian jika takut agamanya akan musnah (باب جواز تمني الموت و الدعاء به خوف ذهاب الدين )

Kes Nabi Yusuf AS, apakah sahih baginda mengharapkan kematian?

قال الله عز و جل مخبراً عن يوسف عليه السلام : توفني مسلماً و ألحقني بالصالحين
أما يوسف عليه السلام . فقال قتادة : لم يتمن الموت أحد : نبي و لا غيره إلا يوسف عليه السلام حين تكاملت عليه النعم و جمع له الشمل : اشتاق إلى لقاء ربه عز وجل فقال : رب قد آتيتني من الملك و علمتني الآية . فاشتاق إلى لقاء ربه عز وجل ، و قيل إن يوسف عليه السلام لم يتمن الموت و إنما تمنى الموافاة على الإسلام . أي إذا جاء أجلي تو فني مسلماً . و هذا هو القول المختار في تأويل الآية عند أهل التأويل . و الله أعلم

Firman Allah tentang permintaan kematian Yusof a.s:
“Wafatkan daku dalam keadaan muslim dan gabungkan aku dengan orang orang soleh” [12:101]

Qatadah berkata ada dua maksud:
1. Tidak ada orang yang mengharapkan mati melainkan Nabi Yusuf kerana baginda rindu untuk bertemu Allah SWT; atau

2. Yang sebenarnya Yusuf mengharapkan mati dalam keadaan muslim.

Yang kedua merupakan pilihan kebanyakan ahli takwil atau ahli tafsir Al-Qur’an.

Kod 2.1 Bab Mengharapkan Kematian Jika Agama Terancam

Dibolehkan mengharapkan kematian jika takut agamanya akan musnah (باب جواز تمني الموت و الدعاء به خوف ذهاب الدين )

Kes Maryam binti Imran a.s

و عن مريم عليها السلام في قولها : يا ليتني مت قبل هذا و كنت نسياً منسيا

Firman Allah tentang Maryam a.s yang memohon kematian: “wahai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini (kelahiran Isa a.s) dan aku menjadi orang tidak dipedulikan dan dilupakan saja” [ 19:23 ]

و أما مريم عليها السلام فإنما تمنت الموت لوجهين :
أحدهما : أنها خافت أن يظن بها السوء في دينها و تعير ، فيفتنها ذلك .
الثاني : لئلا يقع قوم بسببها في البهتان و الزور ، و النسبة إلى الزنا ، و ذلك مهلك لهم

Adapun motif Maryam mengharapkan kematian atas dua alasan:
1. Takut dengan tuduhan (zina) ke atasnya yang merosakkan agamanya;

2. Takut dengan kebinasaan ke atas bani Israil kerana sibuk dengan saling tuduh menuduh mengenai kes perzinaan (yang tidak wujud).

Soal Jawab Bersama Doktor: Penyakit Psoriasis

0

Soalan:
Apakah penyakit Psoriasis?
Jawapan:
Psoriasis merupakan sejenis penyakit kulit kronik yang tidak berjangkit. Ia menghasilkan plak kulit yang tebal dan bersisik. Serpihan kulit putih yang kering terbentuk hasil daripada proliferasi yang sangat banyak daripada sel-sel kulit. Psoriasis pada asasnya adalah masalah sistem imun. Perkembangan sel kulit dicetuskan oleh bahan kimia keradangan yang dihasilkan oleh sel darah putih khusus yang dipanggil sel T. Psoriasis biasanya menjejaskan kulit siku, lutut, dan juga kulit kepala.

Soalan:
Apa Sel T dengan penyakit tersebut?
Jawapan:
Sel T atau T-cells merupakan salah satu jenis dari darah putih yang berperanan sebagai antibodi pada tubuh. Sel T bekerjasama dengan makrofag untuk menyerang virus atau bakteri. Tidak seperti makrofag yang menyerang benda-benda asing secara umum, sel T menyerang virus secara spesifik.

Kajian menunjukkan bahawa Psoriasis adalah salah satu jenis penyakit ‘autoimun’. Di dalam penyakit autoimmune, sel imun badan menjadi keliru dan cuba untuk menghapuskan sel badannya sendiri. Psoriasis disebabkan proliferasi sel endothelium yang begitu cepat sehingga sel yang belum betul-betul matang menjadi sel kulit.

Soalan:
Adakah rawatan dan ubatan yang sesuai untuk menangani penyakit Psoriasis?
Jawapan:
Ubat yang digunakan termasuklah steroid dan juga ubat antikanser yang bertujuan untuk melemahkan sedikit sistem pertahanan kita Antara ubat-ubatan untuk merawat penyakit ini adalah:
Retinoids
Methotrexate
Cyclosporine
Azathioprine
• Dan beberapa jenis ubat yang lain

Talbis Iblis: Ghurur

0

Talbis Iblis: Bab Ghurur

Talbis adalah penampakan benda bathil dalam bentuk yang indah. Ia sebenarnya benda bathil tetapi syaitan bagi nampak cantik sampaikan kita rasa ia benda baik pula.

Maka kerana itu kita kena berdoa kepada Allah ‎ﷻ untuk tunjukkan kepada kita mana sebenarnya yang haq dan mana yang bathil.

Kemudian minta kekuatan daripada Allah ‎ﷻ untuk kita ikut yang haq dan tinggalkan yang bathil kerana kalau ikut kekuatan kita sahaja,  kita tidak akan mampu, maka kena doa kepada Allah.

Maka molek diamalkan doa ini:


ﺍﻟﻠﻬُﻢَّ ﺃَﺭِﻧَﺎ ﺍﻟﺤَﻖَّ ﺣَﻘّﺎً ﻭَﺍﺭْﺯُﻗْﻨَﺎ ﺍﻟﺘِﺒَﺎﻋَﺔَ ﻭَﺃَﺭِﻧَﺎ ﺍﻟﺒَﺎﻃِﻞَ ﺑَﺎﻃِﻼً
ﻭَﺍﺭْﺯُﻗْﻨَﺎ
ﺍﺟْﺘِﻨَﺎﺑَﻪُ، ﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻚَ ﻳَﺎ ﺃَﺭْﺣَﻢَ ﺍﻟﺮَّﺍﺣِﻤِﻴﻦَ .

Ya Allah Tunjukilah kami kebenaran dan
berikan kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukanlah kami kebatilan dan berikan kami jalan untuk menjauhinya

Ini adalah versi yang panjang sedikit daripada Tafsir Ibnu Katsir ayat Baqarah: 213;

اللَّهُمَّ، أَرِنَا الْحَقَّ حَقّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَوَفِّقْنَا لِاجْتِنَابِهِ، وَلَا تَجْعَلْه مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا


Ya Allah, tunjukilah kami kepada perkara hak yang sesungguhnya dan berilah kami rezeki untuk mengikutinya. Dan perlihatkanlah kepada kami perkara yang batil seperti apa adanya, dan berilah kami rezeki untuk menjauhinya. Dan janganlah Engkau jadikan perkara yang batil itu tampak samar bagi kami kerana nanti kami akan sesat, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Juga doa minta jauh dari fitnah dajjal sebelum salam dalam salat boleh sebab fitnah dajjal menampakkan yang haq itu bathil, dan bathil itu haq.

Kalimah ghurur dari غ ر ر yang bermaksud leka. Ghurur bermaksud sesuatu yang ambil kesempatan kepada mereka yang lalai leka. Kalau leka dengan dunia, maka syaitan akan ambil kesempatan untuk menyesatkan manusia.

Kerana itulah syaitan digelar الغَرورُ. Ini kerana syaitan akan ambil kesempatan atas mereka yang leka.

Jadi ghurur ini terjadi kerana jahil kerana dia jahil dengan talbis iblis, maka dia lalai dan senang syaitan hendak tipu dia. Oleh kerana dia kena ghurur, maka benda yang bathil, dia anggap sebagai haq/baik.

Jadi, banyak perkara boleh termasuk dalam Ghurur ini tetapi yang paling besar dan dibincangkan dalam Talbis Iblis adalah Kibr dan Ujub.

Kibr itu itu rasa diri hebat, besar, sombong. Inilah yang terjadi kepada Iblis apabila dia tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam عليه السلام selepas Allah ‎ﷻ mengarahkannya.

Lihat [A’raf:12]

قالَ ما مَنَعَكَ أَلّا تَسجُدَ إِذ أَمَرتُكَ ۖ قالَ أَنا خَيرٌ مِنهُ خَلَقتَني مِن نارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طينٍ

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

Iblis sendiri perasan dia lebih hebat dan lebih baik daripada Nabi Adam عليه السلام sebab dia dijadikan daripada api; api naik ke atas. Sedangkan tanah duduk di bawah. Jadi dia buat logik: api – atas… tanah – bawah. Jadi, aku lebih tinggi lah dari Adam عليه السلام ini.

Sendiri buat formula, sendiri sesat. Dia pakai hujah akal.

Jadi yang pakai hujah akal dalam agama ini, tidak salahlah kalau kita kata dia pakai sunnah Iblis, bukan?

Ini memang masalah hati:

“Aku lebih pandai dari dia
Aku lebih banyak ibadat dari dia
Aku lagi lama belajar dari dia
Aku lagi bagus dari dia
Aku lagi dulu masuk syurga dari dia”

Dia bandingkan dengan orang dan rasa dia lebih hebat atau baik daripada orang lain.

Terus bagi ubat:

Bila tengok orang, terus latih hati dan minda untuk tengok orang itu lebih beruntung daripada kita:

Contoh:

Kalau tengok orang tua, terus kata dalam hati: [“Dia lagi lama hidup daripada aku. Tentu ibadah dia lagi banyak daripada aku”]

Kalau jumpa orang muda, terus kata: [“Dia muda lagi, tidak banyak buat dosa macam aku yang lagi tua daripada dia”]

Kalau tengok orang yang kurang ilmu: [“Dia kalau buat dosa, dia buat kerana jahil, mungkin Allah maafkan. Kalau aku yang buat dosa dalam aku ada ilmu, tentu Allah lagi murka kepada aku….”]

Tengok orang kaya: [“Banyak harta dia boleh infak daripada aku”]

Tengok orang miskin: [“Dia kurang lagha daripada aku yang banyak duit, sibuk habiskan duit jer buat itu ini… selalu lupa Allah. Dia senang nak ingat Allah”]

💭💭

Soal Jawab

Soalan:
Didik hati terus merendah kan diri? Sedar diri. Mudah tergelincir bab ini. Bab perasan bagus.

Jawapan:
Perasan bagus tu Ujub. Kibr perasan lebih bagus DARIPADA orang lain.


Soalan:
Tetapi kan kadangkala, terlalu merendahkan diri pun juga tidak baik, bukan? Sampai hilang keyakinan diri.

Adakah rendah keyakinan diri ini talbis iblis juga?

Jawapan:
Tiada jati diri. Ini terlampau rendah sebab itu islam agama wasato. Agama pertengahan. Tidak ekstrim.

Kesalahan Di dalam Salat / 25

0

Beberapa kesalahan pesalat di dalam isu pakaian salat dan menutup aurat ketika salat.

الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة

Bahagian 1

Salat dengan bahu terdedah (صلاة مكشوف العاتقين)

Salat dengan bahu terdedah atau tanpa memakai baju banyak terjadi di zaman salaf kerana musim panas yang melampau atau disebabkan kerana kemiskinan di mana pakaian tidak mencukupi. Manakala di nusantara, ia biasa dilakukan oleh orang kampung kerana cuaca panas atau kerana kemiskinan.

Sekiranya benar-benar tidak berkemampuan dan pakaian juga tidak mencukupi, maka hukumnya harus.

Dalil:

Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.” 

(Ath-Thaghabun: 16)

 

Manakala dalil hadith yang melarang kerana mempunyai pakaian yang banyak:

عن أبي هريرة ـ رضي الله عنه ـ قال : قال رسول الله  : ((لايصلين أحدكم في الثّوب الواحد ، ليس على عاتقه منه شيء )) . متفق عليه

Terjemahan:

Janganlah salah seorang dari kamu salat dengan memakai sehelai kain tanpa ada sesuatu yang menutupi kedua bahunya.”

(Muttafaq alaih dari Abu Hurairah رضي الله عنه)

 

 Fiqh hadith:

قال ابن قدامة : ((يجب أن يضع المصلّي على عاتقه شيئاَ من اللباس ، إن كان قادراً على ذلك . وهو قول ابن المنذر . وحكي عن أبي جعفر : أنّ الصّلاة لا تجزىء مَنْ لم يخمّر منكبيه .

وقال أكثر الفقهاء : لا يجب ذلك ، ولا يشترط لصحة الصّلاة به . وبه قال مالك والشافعي وأصحاب الرأي ، لأنهما ليسا بعورة ، فأشبها بقيّة البدن  (المغني :1/618

Pendapat Ibnu Qudamah رحمه الله (Mazhab Hanabilah): 

Bagi Mazhab Hanbali, wajib menutup bahu jika dia berkemampuan. Ini juga pendapat Ibnu Mundzir رحمه الله dan Abu Jaafar at-Tohawi رحمه الله.

Majoriti ulama’ berhukumkan makruh dan bukan syarat sah salat.

Ini pendapat  Mazhab Syafi’iy, Maliki dan Hanafiy (ahli ra’yi) sebab bahu bukan aurat lelaki (Al-Mughni, 1:618)



Bahagian 2

Salat dengan bahu terdedah (صلاة مكشوف العاتقين)

Penjelasan Imam an-Nawawi رحمه الله,

والنهي الوارد في الحديث السّابق يقتضي التحريم ، ويقدم على القياس . مذهب الجمهور : عدم البطلان ، ولكنهم قالوا : ((هذا النهي للتنزيه ، لا لتحريم ، فلو صلى في ثوب واحد ، ساترٍ لعورته ، ليس على عاتقه منه شيء ، صحت صلاته ، مع الكراهة ، سواء قدر على وضع شيء يجعله على عاتقه أم لا (شرح النووي على صحيح مسلم : (4/232) 

Hadith di atas ada indikasi haram, tetapi mazhab jumhur menetapkan larangan hadith di atas adalah makruh tanzih.

Sekiranya si fulan salat dengan bahu terbuka sedangkan dia memiliki pakaian, maka hukumnya makruh dan salatnya sah. 

(Syarah Sahih Muslim, 4:232)

Rumusan daripada Syaikh alu-Salman:

ومن هذا : تعلم خطأ بعض المصلّين ، عندما يصلّون خصوصاً في فصل الصّيف ـ بـ((الفنيلة)) ذات الحبل اليسير الذي يكون على الكتف . فصلاتهم على هذه الحالة باطلة عند الحنابلة وبعض السّلف ، مكروهة عند الجمهور . هذا إذا لم يقع هؤلاء وهم على هذه الحالة في خطأ ((الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصفّ العورة)) أو ((الصّلاة في الثياب الرقيقة الشفّافة)) المبحوثْين سابقاً ، والله المستعان لا ربّ غيره 

“Di antara kesalahan pesalat ialah salat dengan bahu terbuka atau tidak sempurna pemakaian sehingga menampakkan bahu, maka salat begini tidak sah menurut mazhab Hanabilah (termasuk Arab Saudi) dan sebahagian salaf. Manakala jumhur berpendapat jatuh kepada hukum makruh.”

Allahu a’lam.

At-Tazkirah Qurthubi: Islam Merawat Gejala Bunuh Diri – Atsar Sahabat & Atsar Dhaif

0

At-Tazkirah Qurthubi (W671H)
Kod TQ 1:11

Islam merawat gejala bunuh diri, (suicide)
Atsar Sahabat

و قال أبو الدرداء رضي الله عنه : ما من مؤمن إلا و الموت خير له فمن لم يصدقني فأن الله تعالى يقول : و ما عند الله خير للأبرار و قال تعالى و لا يحسبن الذين كفروا أنما نملي لهم خير لأنفسهم

Berkata Abu Darda’ (sahabi, Amir bin Uwaimir, Bani Khazraj Madinah, wafat 32H di Syria): “Tidak ada bagi orang mukmin melainkan kematian adalah kebaikan baginya. Siapa yang tidak membenarkan kenyataan aku ini, (aku bawa dalil) akan firman Allah SWT:
“apa yang ada di sisi Allah SWT lebih baik untuk orang orang abrar (berbakti)” [ 3:198 ] dan “jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka tempoh masa yang diberikan kepada mereka itu lebih baik buat mereka” [ 3:178 ].

Tahqiq:
1. Ibn Abdil Barr, al Isti’aab, no. 2006
2. Tafsir at Tobary, 4:146


Atsar Dhaif 

Kod TQ 1:12

 

و قال حيان بن الأسود : الموت جسر يوصل الحبيب إلى الحبيب

“Berkata Hayyan bin al Aswad,”kematian adalah sebuah jambatan yang menyampaikan seorang kekasih kepada kekasihnya.”

Syarah:
Kenyataan seperti ini boleh menggalakkan manusia kepada bunuh diri (suicide), sedangkan secara umum, kematian adalah suatu musibah [ al-Maidah: 5 ].

————————-
*Tidak ditemui sebarang biografi mengenai Hayyan, namanya ada disebut oleh Abu Nu’aim dalam al Hilyah (10:164) tanpa sebarang profil mengenainya.

Tafsir Surah al-Baqarah: Tafsir ayat Ke-98 hingga Ke-100

0

Tafsir Surah al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-98 hingga Ke-100

Tafsir Ayat Ke-98

مَن كانَ عَدُوًّا لِلَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبريلَ وَميكالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلكافِرينَ

Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi Malaikat-malaikat–Nya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.

مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ

Sesiapa yang bermusuh dengan Allah;

Dalam ayat sebelum ini, kita telah diberitahu bahawa golongan Yahudi bermusuh dengan Jibrail عليه السلام. Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ hendak memberitahu bahawa sesiapa yang bermusuh dengan malaikat-Nya, sebenarnya dia menjadikan Allah ‎ﷻ sebagai musuh. Tentunya tidak akan berjaya sesiapa yang memusuhi Allah ‎ﷻ, bukan?

وَمَلَائِكَتِهِ

dan segala malaikat-malaikat-Nya;

Mereka tidak suka kepada Jibrail عليه السلام sahaja, tetapi dikatakan mereka memusuhi semua malaikat. Ini adalah kerana kalau marah kepada satu malaikat, bermakna marah kepada semua malaikat sekali. Seperti kalau kita sakiti seorang, bermakna kita juga menyakiti semua sahabatnya atau saudaranya sekali. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

وَرُسُلِهِ

dan segala rasul-rasul-Nya

Dan kalau bermusuh dengan rasul dari kalangan malaikat, maka bermakna dia bermusuh dengan semua rasul sama ada dari kalangan manusia atau malaikat. Dan kalau bermusuh dengan mana-mana utusan Allah ‎ﷻ, sama ada mereka itu utusan dari jenis manusia, atau dari jenis malaikat, sebenarnya mereka bermusuh dengan Allah ‎ﷻ kerana Allah ‎ﷻlah yang mengutus mereka.

Para Rasul itu hanya menyampaikan arahan Allah ‎ﷻ sahaja. Kalau posmen hantar surat, dan kita marah kepada posmen itu, ini tidak patut. Kalau kita marah, maksudnya kita marah kepada orang yang menghantar surat itu, bukan?

وَجِبْرِيلَ

lebih-lebih lagi Jibrail;

Dalam ayat ini disebut Jibrail عليه السلام sekali lagi walaupun Jibrail عليه السلام adalah salah seorang dari malaikat. Ini adalah sebagai pengulangan dan penekanan.

وَمِيكَالَ

dan Mikhail;

Sebelum ini telah disebut yang mereka kata mereka sukakan Mikhail عليه السلام. Ini ada disebut dalam kitab-kitab mereka. Tetapi dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ ingin memberitahu kalau tidak sukakan Jibrail عليه السلام bermaksud Mikhail عليه السلام pun mereka musuhi juga.

فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ

Maka Allah itu musuh bagi orang kafir;

Allah ‎ﷻ sebut perkataan ‘kafir’ di sini. Bermakna, sesiapa yang marahkan walaupun satu sahaja malaikat Allah ‎ﷻ, maka orang itu sudah menjadi kafir. Sememangnya Allah ‎ﷻ bermusuh dengan orang kafir.

Dalam ayat-ayat sebelum ini, mereka mengatakan mereka orang beriman, tetapi Allah ‎ﷻ ingin memberitahu di dalam ayat ini, bukan sahaja mereka tidak beriman, tetapi Allah ‎ﷻ sudah menjadikan mereka sebagai musuh-Nya. Alangkah beratnya kesalahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan.

Tafsir Ayat Ke-99

Mereka bukan sahaja berbalah dengan utusan Allah ‎ﷻ yang membawa wahyu itu, tetapi mereka sebenarnya berbalah dengan wahyu Allah ‎ﷻ. Sedangkan wahyu itu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

وَلَقَد أَنزَلنا إِلَيكَ آياتٍ بَيِّناتٍ ۖ وَما يَكفُرُ بِها إِلَّا الفاسِقونَ

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Qur’an), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

وَلَقَدْ أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu;

Iaitu kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Ayat ini hendak memberikan kekuatan kepada Nabi Muhammad ﷺ. Pelbagai tohmahan dan hujah batil yang diberikan oleh orang Yahudi untuk menentang Nabi Muhammad ﷺ. Maka, Allah ‎ﷻ hendak menekankan kepada baginda bahawa memang telah diturunkan Al-Qur’an itu kepada baginda. Siapakah yang menurunkannya?: Allah ‎ﷻ. Memang melalui Malaikat Jibrail عليه السلام tetapi sebenarnya, Allah ‎ﷻlah yang menurunkan. Jibrail عليه السلام hanya sebagai pengutus sahaja.

Kepada siapakah wahyu itu diturunkan? Kepada Nabi Muhammad ﷺ. Seorang insan yang mulia yang tidak ada apa-apa perkara buruk yang boleh dikatakan tentang baginda oleh musuh-musuhnya. Oleh itu mereka mencemuh Al-Qur’an dan cuba menjatuhkan nilainya kerana mereka tidak ada ruang dan fakta untuk mencemuh baginda kerana akhlak baginda yang mulia.

Oleh itu, kita sebagai pendakwah, kenalah mempunyai nilai-nilai akhlak yang murni. Jangan disebabkan oleh akhlak kita yang buruk di mata manusia menyebabkan mereka tidak mahu menerima mesej Al-Qur’an dan Islam yang perlu disampaikan.

Amat menyedihkan jikalau ada kalangan orang-orang yang mengaku ahli agama tetapi mempunyai akhlak yang buruk. Walaupun kita menyampaikan perkara yang baik, tetapi kalau kita sampaikan dengan cara yang buruk, boleh menjauhkan manusia dari ayat-ayat Allah ‎ﷻ. Mereka sudah datang belajar, maka ajarlah mereka dengan baik. Jangan kita marah mereka, maki mereka, perli mereka, tuduh mereka macam-macam, lebih-lebih lagi tuduh mereka sebagai ‘munafik’. Ini amat tidak patut sekali.

Jangan kita ceritakan keburukan mereka kepada pelajar yang lain. Jangan kita cari kesalahan anak-anak murid kita. Jangan kita bercakap dengan nada yang tidak elok sampai boleh menyakitkan hati pelajar-pelajar. Mereka sudah datang belajar dengan kita, maka kenalah layan mereka dengan baik.

آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ

ayat-ayat yang jelas nyata;

Ayat-ayat Al-Qur’an memang jelas. Yang tidak jelas kepada kamu adalah kamu yang tidak belajar.

Jadi, ayat Al-Qur’an itu telah diturunkan oleh Allah ‎ﷻ sendiri dan kepada Nabi Muhammad ﷺ yang jelas mempunyai akhlak yang mulia. Tidak ada apa yang boleh dicemuh tentang Allah ‎ﷻ dan Nabi ﷺ. Ia adalah “Perfect Combination” (Kombinasi Sempurna). Al-Qur’an itu adalah jelas nyata.

Jadi,

Pemberi wahyu itu adalah haq.

Penerimanya adalah haq.

Dan maklumat yang diterima itu juga adalah haq.

وَمَا يَكْفُرُ بِهَا

Dan tidaklah akan kufur dengan Al-Qur’an itu

Memang akan ada sahaja yang akan kufur dengan ayat-ayat Al-Qur’an itu. Tetapi siapakah mereka yang sanggup kufur dengan ayat-ayat Al-Qur’an itu?

إِلَّا الْفَاسِقُونَ

melainkan orang-orang fasik sahaja;

Iaitu orang yang banyak berbuat dosa. Yang tidak mahu menerima adalah orang-orang yang fasik. Namun begitu janganlah pula cepat sahaja untuk panggil orang lain fasik. Mereka menjadi fasik selepas tidak mahu menerima Al-Qur’an, apabila telah didakwahkan kepada mereka.

Tetapi kita kena tanya balik: adakah kita telah berdakwah kepada mereka? Berapa kali kita sudah jelaskan kepada mereka tentang ayat-ayat Al-Qur’an dan kepentingan belajar tafsir? Adakah kita pernah dakwah kepada mereka, atau kita terus panggil mereka fasik tanpa kita berdakwah untuk menyampaikan Al-Qur’an itu dahulu kepada mereka? Oleh itu, jangan senang-senang menuduh orang lain sebagai fasik pula.

Ditakuti kalau kita cuba menyampaikan kepada mereka tetapi cara dakwah kita pula yang tidak bagus. Kalau begitu, kita kena pertingkatkan lagi teknik dakwah kita. Mungkin cara kita tidak kena, jadi kita kena berbincang dengan orang lain yang ada pengalaman berdakwah.

Atau mungkin sikap dan akhlak kita yang menjadi punca mereka tidak mahu menerima Al-Qur’an itu. Kalau begitu, itu adalah salah kita maka kita kenalah banyak menilai diri kita sendiri.

Tafsir Ayat Ke-100

Allah ‎ﷻ menempelak mereka yang memungkiri janji mereka dengan Allah ‎ﷻ. Puak Yahudi telah mengadakan perjanjian taat setia dan mengikut ajaran dalam Taurat, tetapi mereka telah memungkirinya.

أَوَكُلَّما عاهَدوا عَهدًا نَبَذَهُ فَريقٌ مِنهُم ۚ بَل أَكثَرُهُم لا يُؤمِنونَ

Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

أَوَكُلَّمَا عَاهَدُوا عَهْدًا

Apakah setiap kali mereka buat perjanjian setia;

Perjanjian yang dimaksudkan itu adalah perjanjian yang dibuat dengan Allah ‎ﷻ. Bukan dengan manusia, tetapi dengan Allah ‎ﷻ.

نَبَذَهُ فَرِيقٌ مِنْهُمْ

maka setengah daripada mereka membuangnya?

Perkataan نَبَذَ itu bermaksud membuang sesuatu yang kita tidak perasan bahawa ia adalah penting. Kita tidak tahu bahawa ia adalah penting dan kerana itu senang-senang sahaja kita buang. Maknanya, orang jahil sahaja yang membuat perkara itu.

Adakah kita juga membuat perjanjian dengan Allah ‎ﷻ? Tentu sekali. Inilah yang kita sebut setiap hari dalam syahadah kita. Kita sebut syahadah itu dalam setiap kali kita salat. Dalam syahadah itu, kita berjanji dengan Allah ‎ﷻ yang kita akan hanya menyembah dan memohon kepada-Nya sahaja.

Tetapi ramai di antara kita tidak menepati perjanjian ini. Antaranya adalah kerana tidak faham bahawa itu adalah satu perjanjian kita dengan Allah ‎ﷻ dan ia adalah amat penting sekali. Ia adalah satu perjanjian yang berat. Bukan perjanjian main-main. Ingatlah bahawa itu adalah perjanjian kita dengan Allah ‎ﷻ.

بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Bahkan sebenarnya kebanyakan mereka itu tidak beriman;

Kalau mereka tidak kisah langsung akan perjanjian itu bermakna mereka tiada iman. Kebanyakan daripada golongan Yahudi itu memang tidak beriman. Mereka tahu apakah kebenaran itu tetapi mereka tolak kerana mereka degil sahaja.

Oleh itu, kalau kita pun berperangai begitu, maka kita ini ada sifat Yahudi.

Allahu a’lam. 

 

Tafsir Surah al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-95 hingga Ke-97

0

Tafsir Surah al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-95 hingga Ke-97

Tafsir Ayat Ke-95

Agak-agaknya adakah mereka akan meminta untuk dimatikan terus?

وَلَن يَتَمَنَّوهُ أَبَدًا بِما قَدَّمَت أَيديهِم ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ بِالظّالِمينَ

Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

وَلَنْ يَتَمَنَّوْهُ أَبَدًا

Dan tidak akan sekali-kali mereka itu akan meminta mati selama-lamanya

Nescaya dia tidak akan berdoa begitu kerana mereka paling takut untuk mati. Kalau berperang pun mereka tidak mahu berperang di barisan hadapan kerana mereka itu memang jenis penakut.

بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ

Dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dengan tangan-tangan mereka;

Bukan dosa-dosa tangan mereka sahaja tetapi termasuk jugalah segala dosa yang dilakukan oleh anggota mereka yang lain. Mereka tahu bahawa mereka tidak banyak amal yang baik yang mereka lakukan. Dan mereka tahu bahawa mereka melebihkan dunia dari akhirat. Dan sebab mereka tahu yang amalan yang mereka buat itu tidak sesuai dengan syurga. Mereka tahu yang mereka banyak dosa.

 

Macam kita juga, kita sudah boleh agak kita banyak amalan dunia atau amalan akhirat. Kita sendiri pun takut kalau kita tiba-tiba mati, bukan? Sebab kita tahu banyak lagi dosa kita tidak minta ampun. Kita tahu amalan ibadat kita tidak banyak. Kita tahu yang banyak lagi perubahan yang kita tidak buat lagi.

وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ

Dan Allah Maha Mengetahui sifat-sifat jelek orang-orang yang zalim.

Allah ‎ﷻ maha tahu apa yang dilakukan oleh hamba-Nya. Allah ‎ﷻ tahu siapa yang berbuat zalim di atas dunia ini. Ini memberi isyarat yang Yahudi itu telah berbuat zalim. Mereka zalim dalam hal agama, akidah dan juga hal keduniaan.

Tafsir Ayat Ke-96:

وَلَتَجِدَنَّهُم أَحرَصَ النّاسِ عَلىٰ حَياةٍ وَمِنَ الَّذينَ أَشرَكوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُم لَو يُعَمَّرُ أَلفَ سَنَةٍ وَما هُوَ بِمُزَحزِحِهِ مِنَ العَذابِ أَن يُعَمَّرَ ۗ وَاللَّهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ

Kamu akan dapati mereka manusia yang paling tamak

Allah ‎ﷻ beritahu sifat orang Yahudi. Mereka itu manusia yang paling tamak dalam dunia.

عَلَىٰ حَيَاةٍ

dalam kehidupan dunia;

Mereka memang manusia yang mementingkan keduniaan. Apabila berdoa, mereka akan minta panjang umur. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat kelebihan di dunia. Mereka mahu membolot semua sekali harta dalam dunia ini.

وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا

lebih teruk lagi daripada orang-orang musyrik;

Mereka lebih teruk lagi daripada orang Musyrikin Mekah yang membuat syirik itu. Mereka kutuk Musyrikin Mekah itu, tetapi mereka sebenarnya lebih teruk. Sedangkan orang musyrik pun mengharap supaya mereka mati dalam peperangan yang boleh menaikkan nama mereka dan disebut-sebut orang. Dan orang musyirikin Mekah tidak percaya kepada kehidupan selepas mati, jadi mereka tidak takut mati.

Tetapi orang Yahudi memang takut hendak berperang kerana mereka takut mati. Untuk mengelak berperang, mereka akan beri alasan mereka menunggu Rasul akhir zaman turun supaya mereka boleh mengalahkan orang-orang kafir dengan mudah. Dan kalau mereka berperang, mereka tidak akan duduk di barisan hadapan kerana mereka jenis takut mati.

يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ

Setiap orang dari mereka amat berkeinginan kalau diberikan umur seribu tahun;

Begitulah mereka. Mereka berharap sangat supaya mereka dapat hidup lama. Ini kerana mereka lebih selesa dengan dunia yang indah bagi mereka. Begitulah, puak yang sesat memang hendak hidup lama.

وَما هُوَ بِمُزَحزِحِهِ مِنَ العَذابِ أَن يُعَمَّرَ

Dan tidaklah umur yang panjang itu boleh melepaskan mereka dari azab Sekiranya Allah panjangkan umur mereka seribu tahun pun

Kalau doa mereka supaya umur mereka dipanjangkan itu dimakbulkan Allah ‎ﷻ, ia tidak dapat melepaskan mereka daripada azab Allah ‎ﷻ. Tidak ada kebaikan kalau umur panjang beribu-ribu tahun pun. Ini kerana mereka akan gunakan masa itu untuk membuat keburukan dan kezaliman.

Memang ia tidak akan terjadi, tetapi Allah ‎ﷻ hendak beritahu, kalau ia terjadi sekalipun, ia tidak bermanfaat untuk mereka.

وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

Dan Allah Maha Melihat terhadap apa yang mereka lakukan.

Allah ‎ﷻ tetap memerhatikan sahaja apa yang mereka perbuat dan Allah ‎ﷻ akan membalas segala perbuatan mereka itu.

Yang menjadikan kita susah hendak lupakan dunia ini adalah kerana kita sayang sangat kepadanya. Padahal, kita semua akan pergi jua meninggalkannya. Ini semua orang tahu, termasuklah orang musyrik. Maka, kalau kita sudah tahu yang kita akan mati juga akhirnya, janganlah terpaut sangat kepada dunia.

Ingatlah yang tempat tinggal kita yang sebenarnya adalah di syurga nanti. Ke situlah kita hendak kembali. Maka sebagai seorang Islam, kita hendaklah mempersiapkan diri kita untuk sampai ke sana iaitu dengan mengikut arahan Allah ‎ﷻ dan meninggalkan larangan-Nya.

Tafsir Ayat Ke-97

Allah ‎ﷻ menceritakan kesamaran-kesamaran yang ada pada Yahudi yang menghalang mereka mendekati ajaran dan arahan Al-Qur’an. Kalau hilang kesamaran-kesamaran itu, mungkin mereka boleh masuk Islam.

Macam juga orang kita yang tidak datang belajar ilmu secara sunnah sebab telah dimomokkan dengan gelaran ‘Wahabi’. Sudah masyhur dalam masyarakat Islam kita tentang Wahabi ini. Puak-puak bid’ah telah memberikan peringatan kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan ‘ajaran Wahabi’ – diberikan dengan berbagai-bagai fakta yang tidak benar tentang beliau.

Ini telah menyebabkan masyarakat takut untuk belajar sunnah kerana takut menjadi sesat (atau menjadi Wahabi). Tetapi, bila diperjelaskan dengan baik kepada mereka, baru mereka membuka hati dan mahu datang belajar. Maka dalam ayat-ayat ini Allah ‎ﷻ menceritakan apa yang puak Yahudi terkilan tentang Islam. Ada tiga perkara syubhat yang akan disebutkan.

Yang pertama, mereka kenal malaikat tetapi mereka suka Mikail sahaja dan mereka benci Jibrail. Sebab pada mereka Jibrail عليه السلام adalah malaikat yang membawa bala. Ini mereka dapat maklumat daripada kitab-kitab yang ditulis oleh pendita-pendita mereka. Jadi apabila Nabi Muhammad ﷺ datang, mereka tanya siapakah yang membawa wahyu kepada baginda. Apabila dikatakan Jibrail عليه السلام, mereka kata yang Jibrail عليه السلام adalah musuh mereka. Jadi mereka tolak segala apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ.

Memang ada orang Yahudi dan Kristian yang tidak suka kepada Jibrail ﷺ. Mereka hanya suka kepada Mikhail. Sebab itu ada mereka buat dalam filem mereka, peperangan antara “Angel Michael” dan “Angel Gabriel”. Sebab itu juga mereka tidak namakan anak mereka Gabriel tetapi mereka banyak menamakan anak mereka Michael. Mari kita lihat apakah jawapan Allah ‎ﷻ kepada kebencian mereka itu.

قُل مَن كانَ عَدُوًّا لِجِبريلَ فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلىٰ قَلبِكَ بِإِذنِ اللَّهِ مُصَدِّقًا لِما بَينَ يَدَيهِ وَهُدًى وَبُشرىٰ لِلمُؤمِنينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”.

قُلْ مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِجِبْرِيلَ

Katakanlah: dan sesiapa yang memusuhi Jibrail;

Membenci mana-mana malaikat adalah kesalahan yang amat besar. Kita tidak boleh memusuhi mana-mana malaikat. Memang sia-sia kalau membenci para malaikat. Namun itulah yang ada di dalam fikiran orang Yahudi.

Antara sebab lain yang mereka marah dengan Jibrail عليه السلام itu adalah kerana pada mereka, wahyu sepatutnya hanya sampai kepada Nabi dalam kalangan Bani Israil sahaja. Orang lain tidak boleh menerima wahyu, lebih-lebih lagi orang Arab. Mereka tahu bahawa yang menurunkan wahyu adalah Jibrail عليه السلام. Jadi, mereka berkata Jibrail عليه السلام telah salah bagi wahyu. Sepatutnya bagi kepada orang lain, tetapi Jibrail عليه السلام telah bagi kepada Nabi Muhammad ﷺ daripada bangsa Arab.

Macam sekarang, kita ada orang Syiah yang juga berkata yang Jibrail ﷺ telah salah bagi wahyu. Mereka berkata sepatutnya wahyu itu disampaikan kepada Ali رضي الله عنه tetapi Jibrail عليه السلام telah silap bagi kepada Nabi Muhammad ﷺ. Ini kerana semasa mencari-cari Ali رضي الله عنه semasa beliau sedang tidur di rumah, Jibrail عليه السلام telah terberi wahyu kepada Nabi Muhammad ﷺ yang juga sedang tidur di rumah yang sama.

فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلَىٰ قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللَّهِ

sesungguhnya dia menurunkan Al-Qur’an itu ke atas hati kamu dengan izin Allah;

Maknanya, dengan izin Allah ‎ﷻlah, masuknya Al-Qur’an ke dalam hati Nabi Muhammad ﷺ dengan perantaraan Jibrail عليه السلام. Bukannya Jibrail عليه السلام pandai-pandai pilih sendiri siapa yang patut mendapat wahyu. Ia bukan keputusan dari Jibrail عليه السلام, tetapi dari Allah ‎ﷻ sendiri.

Dengan izin Allah ‎ﷻ sahaja Al-Qur’an itu sampai kepada Nabi Muhammad ﷺ. Sebagaimana sekarang, apabila Al-Qur’an dibacakan kepada kita, yang boleh melekat apa yang diajar itu ke dalam hati dan akal kita, adalah kerana izin Allah ‎ﷻ jua. Oleh itu kenalah kita berdoa supaya Allah ‎ﷻ memberikan kita faham ajaran Al-Qur’an itu.

Kalau tidak, kita hanya dapat mendengar tetapi tidak faham apa yang hendak disampaikan. Berapa ramai yang sudah pergi ke kelas Tafsir, tetapi mereka tidak faham apa yang disampaikan. Atau, mereka salah faham maksud yang disampaikan oleh guru yang mengajar.

Orang Yahudi, apabila mereka mendengar bahawa Nabi Muhammad ﷺ telah mendapat wahyu daripada Jibrail عليه السلام, mereka kata: “Jibrail عليه السلام yang itukah yang sampaikan wahyu kepada Nabi kamu? Sebenarnya kami ada banyak masalah dengan Jibrail عليه السلام itu.” Mereka hendak menjatuhkan kredibiliti Jibrail عليه السلام. Mereka juga tahu bahawa Jibrail عليه السلامlah yang telah menurunkan bala kepada umat-umat dahulu yang menentang ajaran Allah ‎ﷻ. Maka, mereka kata Jibrail عليه السلام adalah seorang yang jahat.

Mereka kata, kalau Mikhail ‎عليه السلام yang membawakan wahyu itu turun, mereka akan terima Nabi Muhammad ﷺ. Ini kerana mereka sukakan Mikhail ‎عليه السلام sebab mereka tahu Mikhail عليه السلام‎ turun membawa rahmat dan rezeki kepada manusia. Itu semua hanya sebagai alasan mereka sahaja untuk menolak kebenaran kerana kedegilan mereka.

Dalam kitab mereka, mereka ada meletakkan kisah bagaimana malaikat-malaikat adalah ‘anak-anak Tuhan’ yang ‎berlawan sesama mereka untuk mendapatkan kuasa. Jadi, kita boleh tahu bahawa pemahaman mereka tentang para malaikat bukanlah pemahaman yang benar. Ilmu agama tentang perkara ghaib telah ditukar sampai mereka menjadikan malaikat ada nafsu pula untuk mendapatkan kuasa. Padahal, malaikat itu hanya menurut perintah Allah ‎ﷻ sahaja.

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ suruh Nabi ﷺ jawab bahawa Al-Qur’an itu walaupun dibawa oleh Jibrail عليه السلام, tetapi dia turun dengan izin Allah ‎ﷻ. Bukanlah dia turun membawakan sendiri dan pilih kepada siapa dia hendak berikan wahyu itu.

مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ

Yang membenarkan kitab yang ada dihadapan mereka;

Dan bukanlah wahyu itu menyampaikan ajaran baru tentang tauhid, tetapi ia adalah sama seperti yang ada dalam kitab-kitab yang terdahulu. Jadi, apa bezanya sampaikan mereka tidak suka dengan apa yang disampaikan kepada Nabi Muhammad ﷺ itu?

Kalau ia perkara yang lain dan salah, barulah ada sebab untuk melawan dan membenci, tetapi ia adalah benda yang sama sahaja dengan apa yang mereka ada. Tidak lain dan tidak bukan, itu adalah alasan-alasan mereka dan kesamaran yang ada dalam hati mereka sahaja.

وَهُدًى

Dan ianya adalah kitab yang memberi pimpinan;

Apa salah wahyu itu sedangkan wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad ﷺ itu memberi petunjuk. Maka kalau manusia mahukan petunjuk, kena dapatkan daripada Al-Qur’an, bukan dari sumber lain.

وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

dan berita gembira kepada orang mukmin;

Sesiapa yang mengikut ajaran yang disampaikan dalam Al-Qur’an, akan mendapat petunjuk. Dan sesiapa yang mendapat petunjuk, akan mendapat berita gembira. Dia akan dibalas dengan syurga.

Oleh itu hendaklah kita belajar bersungguh-sungguh tafsir Al-Qur’an ini. Sesiapa yang berniat untuk belajar isi Al-Qur’an sepenuhnya sebanyak 30 juzuk, dia telah menempah tempatnya di syurga. Barulah ada peluang untuk masuk ke dalam syurga. Bukanlah tentu masuk syurga lagi kalau sudah belajar tafsir.

Masih ada syarat iaitu kenalah istiqamah dalam belajar tafsir Al-Qur’an. Kalau dia mati dan tidak sempat habis belajar, dia pun in sha Allah akan memasuki syurga juga kerana Allah ‎ﷻ akan memasukkan dia di dalam golongan orang yang telah belajar Al-Qur’an kerana dia telah berniat. Walaupun tidak sempat habis, tetapi Allah ‎ﷻ akan melengkapkan niatnya itu. Apabila sudah berniat sahaja, Allah ‎ﷻ sudah suruh malaikat tulis dengan lengkap perbuatannya itu.

Tetapi belajar sahaja pun belum tentu lagi, jika tidak mengamalkan apa yang dipelajari itu. Ini kerana kalau belajar tetapi tidak mengamalkan apa yang dia belajar, maka tidak ada harapan untuk memasuki syurga.  Kenalah jadi orang mukmin terlebih dahulu. Jadi, berita baik itu adalah kepada orang yang mukmin sahaja. Kalau bukan mukmin, mereka tidak dapat terima berita baik itu. Oleh itu, berusahalah kita supaya kita termasuk dalam golongan mukmin.

Allahu a’lam. 

Talbis Iblis: Sentiasa Rasa Selamat Walaupun Berbuat Dosa

0

Salah satu lagi cara talbis Iblis adalah dengan bagi kita rasa selamat walaupun kita sudah buat dosa.

Apabila kita berbuat dosa, tetapi tidak ada apa-apa perkara buruk berlaku, hidup macam biasa sahaja, maka kita tidak rasa bersalah.

Kalaulah setiap kali buat dosa, sakit perut ke… pening kepala ke… kena sambar petir ke…. tidaklah kita berani hendak berbuat dosa lagi, bukan?

Namun kalau buat dosa, tetapi relaks sahaja, maka kita tidak rasa takut buat dosa. Mula-mula buat dosa kecil, tidak ada apa; buat dosa besar sedikit, pun tidak ada apa; buat dosa lagi besar… pun tidak ada apa…

Jadi sama sahaja buat dosa ataupun tidak.

Syaitan ambil peluang hasut untuk membuat dosa.. “Buat lagi… buat lagi… takde apa-apa kesan pun kan?” Maka kita pun rasa selamba sahaja buat dosa.

Ini amat bahaya. Nampak dosa itu kecil sahaja.

Dalilnya dalam [Mujadilah:8]

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ نُهوا عَنِ النَّجوىٰ ثُمَّ يَعودونَ لِما نُهوا عَنهُ وَيَتَنٰجَونَ بِالإِثمِ وَالعُدوٰنِ وَمَعصِيَتِ الرَّسولِ وَإِذا جاءوكَ حَيَّوكَ بِما لَم يُحَيِّكَ بِهِ اللهُ وَيَقولونَ في أَنفُسِهِم لَولا يُعَذِّبُنَا اللهُ بِما نَقولُ ۚ حَسبُهُم جَهَنَّمُ يَصلَونَها ۖ فَبِئسَ المَصيرُ

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan pembicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan kepada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Tafsir: Golongan munafik tidak takut berbuat dosa kerana mereka tengok mereka selamat sahaja, tidak dikenakan dengan apa-apa tindakan. Sampaikan mereka berkata dalam hati mereka:

لَولا يُعَذِّبُنَا اللهُ بِما نَقولُ

“Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?”

“Eh, tidak ada apa-apa azab kena pun walaupun kita dah buat macam ni? Maknanya, tak teruklah ni… kalau teruk, dah lama Allah kenakan azab kepada kita, bukan?”

💭💭

Soal Jawab


Soalan:
Maksudnya kalau kadangkala kita sedar yang kita mendapat musibah atau perkara yang tidak diingini berlaku ini berkemungkinan berpunca daripada perbuatan dosa kita yang sekian-sekian?

Maksudnya adakah kita harus bersyukur dengan balasan tersebut? Untuk menyedarkan kita agar tidak terus hanyut daripada membuat dosa?

Jawapan:
Ini bagus. Kena terus ingat: “Ini adalah dosa aku kat mana-mana ni”.

Istighfar.

Popular

Iklan

Iklan