Utama Blog Halaman 45

Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

0

MINIT MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA

PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA (PPM-004-10-04062019)

Tarikh              : 14 Mac 2020

Hari                 : Sabtu

Masa                : 9.00 pagi

Tempat            : Bushra Al-Birr Training Center, 52, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul   Ehsan

Laporan lengkap Minit Mesyuarat Agong Kali Pertama Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia boleh dibaca di link berikut:

https://drive.google.com/open?id=1GjAfVuIYo5LaoEMFSp9wvuGwoCzTfzK7

 

 

At-Tazkirah Qurthubi: Talqin Orang yang akan Mati

0

At-Tazkirah al-Qurthubi (w.671H)

Kod 10 Bab Talqin Orang yang akan Mati La Ilaha illalah (باب تلقين الميت لا إله إلا الله)

Bahagian 9: Kisah kewafatan Abu Zur’ah

قلت : و قد يكون التلقين بذكر الحديث عند الرجل العالم كما ذكر أبو نعيم أن أبا زرعة كان في السوق و عنده أبو حاتم ، و محمد بن سلمة . و المنذر بن شاذان و جماعات من العلماء ، فذكروا حديث التلقين فاستحيوا من أبي زرعة فقالوا : يا أصحابنا تعالوا نتذاكر الحديث . فقال محمد بن سلمة : حدثنا ضحاك بن مخلد ، حدثنا أبو عاصم ، قال حدثنا عبد الحميد بن جعفر عن صالح بن أبي غريب و لم يجاوزه . و قال أبو حاتم : حدثنا بندار ، حدثنا أبو عاصم ، عن عبد الحميد بن جعفر ، عن صالح بن أبي غريب و لم يجاوزه و الباقوت سكوت . فقال أبو زرعة و هو في السوق : حدثنا أبو عاصم عن عبد الحميد بن جعفر عن صالح بن أبي غريب ، عن كثير بن مرة الحضرمي ، عن معاذ بن جبل قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة و في رواية حرمه الله على النار و توفي رحمه الله

Kata al Qurthubi رحمه الله selain mengajar talqin kepada orang yang hampir mati, boleh juga membacakan hadith tentang Talqin kepada orang alim khususnya dalam kalangan ahli hadith. Ini terjadi ketika Muhaddith Abu Zur’ah al Radzi (wafat 264H), yang menziarahinya ialah Abu Hatim al Radzi (w. 288H) Muhammad bin Muslim al Radzi (bukan salamah, wafat 280H, Mundzir bin Syadzan dan yang lain. Namun kerana kehebatan ilmu Abu Zur’ah, seorang demi seorang tidak mampu menyampaikan hadith kepada Abu Zur’ah. Lalu Abu Zur’ah pula walaupun dalam keadaan nazak yang menyampaikan hadith daripada jalur Mu’adz bin Jabal, “Barangsiapa yang akhir kalamnya adalah La ilaha illallah, akan masuk syurga)* dalam riwayat lain “diharamkan Allah neraka atasnya” ** (kemudian Abu Zur’ah wafat sebaik sahaja membaca hadith tersebut رحمه الله.

  • Tahqiq al Arnaouth رحمه الله

مَن كان آخِرُ كلامِهِ لا إلهَ إلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ”.
الراوي : معاذ بن جبل | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج رياض الصالحين
الصفحة أو الرقم: 917 | خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن وله شاهد

Tahqiq Riyadhus Salihin, no 917, sanadnya Hasan kerana ada jalur penguat (hasan lighairihi)

**Riwayat diharamkan Allah ‎ﷻ neraka atasnya

[مَن شَهِد أنْ لا إلهَ إلَّا اللهُ صادِقًا مِن قَلبِه حَرَّمه الله على النَّارِ]
الراوي : معاذ | المحدث : الألباني | المصدر : كلمة الإخلاص وتحقيق معناها
الصفحة أو الرقم: 44 | خلاصة حكم المحدث : سنده صحيح

Dinilai Sahih sanadnya oleh al Albani, kalimah al Ikhlas no 44

Bahagian 10: Atsar Syubrumah

و يروى عن عبد الله بن شبرمة أنه قال : دخلت مع عامر الشعبي على مريض نعوده فوجدناه لما ، و رجل يلقنه الشهادة و يقول له : لا إله إلا الله و هو يكثر عليه فقال له الشعبي . ارفق به ، فكلم المريض و قال : إن تلقني أو لا تلقني . فإني لا أدعها ثم قرأ و ألزمهم كلمة التقوى و كانوا أحق بها و أهلها فقال الشعبي الحمد لله الذي نجى صاحبنا هذا .

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Syubrumah (tabi’in Iraqi, wafat 144H), aku dan Amir al Sya’bi (tabi’in Iraqi, w.104H) masuk menemui seorang yang sakit berat. Kami dapati ada seseorang sedang mentalqinnya berulang kali kerana dia sedang sakaratul maut. Kata al Sya’bi, “Kasihanilah dia” (maksudnya jangan diulang-ulang talqin itu). Tiba-tiba orang yang sakit tadi bercakap, “Sama ada engkau menalqinkan aku atau tidak akan meninggalkannya”. Kemudian dia membaca ayat (وَأَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوَىٰ وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا) [dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat-taqwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.] Ulas al Sya’bi, “Alhamdulillah yang telah menyelamatkan sahabat kami”.

Bahagian 11: Atsar al Junaid, Dhaif

و قيل للجنيد رحمه الله عند موته : قل لا إله إلا الله فقال ما نسيته فأذكره
قلت : لا بد من تلقين الميت ، و تذكيره الشهادة ، و إن كان على غاية من التيقظ

Al Junaid (sufi Baghdad, wafat 298H) ketika dia di ambang kematiannya, ada orang mentalqinnya, “Mengucaplah La ilaaha illallah”. Al Junaid menjawab, “Mana pernah aku lupa, aku sentiasa menyebutnya.” Dikeluarkan oleh Abu Muhammad al Isybili, al ‘Aaqibah ms 134.

✍️ Komentar muhaqqiq at Tazkirah, Dr Sodiq KSA, ia bercanggah dengan perintah Nabi ﷺ supaya ditalqinkan orang yang hampir mati tidak kira siapa.

Bahagian 12: Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه, Dhaif

و روي عن أبي هريرة قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : حضر ملك الموت رجلاً ، قال : فنظر في قلبه فلم يجد فيه شيئاً ، ففك لحييه فوجد طرف لسانه لاصقاً بحنكه يقول لا إله إلا الله فغفر له بكلمة الإخلاص .
ذكر ابن أبي الدنيا في كتاب المحتضرين بإسناده . و خرجه الطبراني بمعناه و سيأتي في آخر أبواب الجنة إن شاء الله .

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, katanya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Telah datang malaikat maut kepada seseorang lelaki, maka malaikat maut itu melihat di dalam hati lelaki tersebut. Maka tidak didapati di dalam hatinya akan sesuatu, lantas malaikat maut itu memerhatikan pula di hujung lidahnya yang berusaha untuk menyebut “La ilaha illallah “, maka diberi pengampunan dengan kalimah ikhlas tersebut” (HR Ibn Abi Dunya dalam kitab al Muhtadhirin dengan sanad yang lengkap, juga at Tabrani)

✍️ Tahqiq:
Didhaifkan oleh al Albani, dhaif al Jaami’ no 2825. Tidak ada dalam mu’jam at Tabrani.

Allahu a’lam.

Waqaf Al-Qur’an Frontliners dan Pesakit

0

Waqaf Al-Qur’an Frontliners dan Pesakit 

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia bersama pasukan NGO yang lain berbesar hati untuk meraikan Ramadhan Al-Mubarak 1441H bersama tim FRONTLINERS dan PESAKIT yang sedang berjuang menghadapi wabak Covid19 di hospital seluruh Malaysia.
Bantu kami untuk menyemarakkan semangat mereka dengan mewaqafkan senaskah AlQuran agar mereka terus kental berjuang di temani Kitabullah.

Infaq anda boleh juga disalurkan ke akaun:

PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA
MAYBANK
562058070928
Ruj: WaqafQuran

info lanjut:
http://www.wasap.my/60192831337/waqafQuran

Jazaakumullahu Khayran.

#Covid19

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-242 hingga Ke-244

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat ke-242

كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُم ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُم تَعقِلونَ

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu memahaminya.

كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُم ءَايَـٰتِهِۦ

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumNya

Begitulah Allah ‎ﷻ mengajar kepada kita cara-cara untuk menjalani kehidupan kita supaya semuanya dapat hidup aman dan damai dan dapat menjaga hukum Allah ‎ﷻ di atas muka bumi ini. Segala hukum yang Allah ‎ﷻ ajar kita ini adalah untuk kebaikan kita sebenarnya. Maka amatlah rugi kalau kita tidak melakukannya.

Atau kita ambil ringan mengenainya. Mungkin ada yang ambil ringan dengan mencari pendapat-pendapat yang ringan seperti tidak mewajibkannya. Maka akan ada yang kata: “Alahh, ia anjuran sahaja, bukannya wajib…”.

لَعَلَّكُم تَعقِلونَ

mudah-mudahan kamu dapat memikirkannya

Kena guna akal kita yang waras untuk memahami segala perkara ini. Akal yang sihat dan belajar dengan saksama, akan nampak kepentingan segala hukum yang Allah ‎ﷻ telah berikan. Apabila kita dapat faham hikmah sesuatu hukum itu, maka kita akan senang untuk melakukannya.

Tafsir Ayat ke-243

Ini adalah pengulangan semula bab jihad. Banyak ayat-ayat jihad dan infaq diselit antara ayat-ayat Umur Munazimah. Ini adalah kerana Allah ‎ﷻ hendak memberitahu bahawa perkara-perkara Umur Munazimah itu penting supaya jihad dan infaq dapat dilakukan.

Ini kerana apabila umat Islam baik dan bersatu, barulah jihad dan infaq dapat dilakukan. Maknanya, tujuan utama adalah untuk jihad dijalankan. Kalau kehidupan kita sendiri tidak harmoni (tidak mengikut hukum Allah ‎ﷻ) mana mungkin kita mampu hendak menjalankan jihad yang tentunya lebih berat?

Tujuan jihad dilakukan pula adalah untuk memperkenalkan Allah ‎ﷻ kepada manusia. Jadi kalau orang yang melakukan jihad itu sendiri tidak kenal Allah ‎ﷻ, tidak tahu apa tauhid dan syirik, maka jihadnya itu adalah sia-sia sahaja. Hendak ajak orang kenal Allah ‎ﷻ, tetapi dia sendiri tidak kenal Allah ‎ﷻ dan tidak taat kepada hukum Allah ‎ﷻ. Kalau dia sendiri mati semasa berjihad itu, dia akan terus masuk neraka kerana dia sendiri mungkin ada mengamalkan syirik.

Kalau seseorang itu mengamalkan tauhid dan meninggalkan syirik, barulah Allah ‎ﷻ akan tolong dia dalam jihad. Apabila kita kata ‘kenal Allah ‎ﷻ’, kenalah kenal Allah ‎ﷻ sebagaimana yang Dia ajar kita dalam Al-Qur’an. Bukanlah mengenali Allah ‎ﷻ itu macam cara tarekat dan tasawuf yang banyak zikir untuk kenal Allah ‎ﷻ.

Itu bukan caranya. Untuk kenal Allah ‎ﷻ adalah melalui ilmu dan untuk dapat ilmu, kena belajar. Yang penting adalah kena belajar tafsir Al-Qur’an kerana Allah ‎ﷻ memperkenalkan Diri-Nya dalam Al-Qur’an. Maka kerana itu, kenalah belajar tafsir dan belajar Asma’ul Husna.

Apabila disebut tentang jihad, salah satu perkara yang menghalang jihad dijalankan adalah takut mati. Maka Allah ‎ﷻ membuka cerita dalam ayat ini tentang golongan terdahulu yang takut mati sampai tidak menjalankan jihad. Kisah ini dibawa semasa umat Islam akan berperang dengan Musyrikin Mekah (Perang Badr).

Allah ‎ﷻ membawakan kisah Bani Israil sekali lagi dalam ayat ini. Ada kisah yang bagus dan ada kisah yang tidak baik tentang mereka. Kita sudah banyak baca tentang kesalahan yang dilakukan oleh golongan ini. Namun ada juga dalam kalangan mereka yang Allah‎ ﷻ suruh kita jadikan sebagai contoh.

۞ أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ خَرَجوا مِن دِيٰرِهِم وَهُم أُلوفٌ حَذَرَ المَوتِ فَقالَ لَهُمُ اللَّهُ موتوا ثُمَّ أَحيٰهُم ۚ إِنَّ اللَّهَ لَذو فَضلٍ عَلَى النّاسِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَشكُرونَ

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka: “Matilah kamu” kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ خَرَجوا مِن دِيٰرِهِم

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya

Ini tentang golongan Bani Israil dahulu yang lari keluar dari kampung halaman mereka kerana takut jihad. Mereka lari daripada berjihad mempertahankan tanah air mereka kerana mereka takut mati. Oleh kerana itu, mereka menjadi lemah dan telah dihalau dari Jerusalem dan telah dibawa ke Babylon dan dijadikan hamba abdi.

وَهُم أُلوفٌ

sedang mereka beribu-ribu ramainya

Sedangkan bilangan mereka waktu itu beribu-ribu dan lebih ramai daripada musuh mereka pada waktu itu tetapi mereka masih juga takut dan mereka tetap lari. Kalau musuh itu ramai, masuk akal juga, tetapi tidak. Ini adalah kerana mereka takut mati sangat sampaikan mereka tidak mempertahankan kampung halaman mereka sendiri.

Kita manusia biasa memang takut mati pun, jangan kata tidak takut pula. Namun kalau kita dijanjikan syurga kalau kita mati, siapa yang tidak mahu? Ingatlah bahawa Roh orang yang mati syahid akan terus dimasukkan ke dalam syurga, tidak sama dengan roh orang lain.

Roh mereka yang mati bukan semasa jihad, kena tunggu dibicarakan di Mahsyar barulah boleh masuk syurga. Oleh kerana telah dijanjikan dengan syurga sebegitu rupa, jadi tidak patut kalau kita takut mati dalam jihad.

حَذَرَ المَوتِ

kerana takutkan mati

Inilah bahayanya apabila cintakan dunia sangat sampaikan tidak mahu meninggalkan dunia walaupun dengan cara yang mulia. Sedangkan kita semua akan tetap mati akhirnya, tidak ada yang hidup selama-lamanya. Maka lebih baik kalau mati dalam jihad, bukan?

فَقالَ لَهُمُ اللَّهُ موتوا ثُمَّ أَحيٰهُم

Maka Allah berfirman kepada mereka: “Matilah kamu” kemudian Allah menghidupkan mereka.

Maka oleh kerana mereka takutkan mati sangat, Allah ‎ﷻ mengarahkan mereka mati terus. Dalam tafsir ada disebut bahawa mereka dimatikan selama lapan hari dan memang mereka mati betul, bukan pengsan. Ini kerana mereka takut mati sangat, Allah ‎ﷻ matikan mereka terus.

Kemudian Allah ‎ﷻ menghidupkan kembali setelah seminggu mereka mati. Allah ‎ﷻ hendak beritahu yang mereka takut mati sangat itu kenapa? Sedangkan mati itu adalah hak Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ boleh hidupkan dan Allah ‎ﷻ boleh matikan.

Ada juga yang mengatakan bukan mereka dimatikan daripada segi fizikal, tetapi hati mereka yang dimatikan sampai tidak mempunyai daya untuk melawan dan berjihad. Hanya keturunan selepas mereka sahaja yang kemudian berjihad.

إِنَّ اللَّهَ لَذو فَضلٍ عَلَى النّاسِ

Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurnia-Nya kepada manusia

Allah ‎ﷻ ada banyak kurniaan besar kepada manusia iaitu Allah ‎ﷻ masih lagi memberi peluang kepada manusia walaupun manusia sudah banyak berbuat salah. Sebagai contoh, boleh sahaja kalau Allah‎ ﷻ mematikan mereka dan kemudian terus masukkan mereka ke neraka. namun Allah ‎ﷻ masih beri peluang lagi kepada mereka dan hidupkan kembali mereka.

Begitulah juga kita, entah berapa banyak peluang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada kita. Kita masih bernafas ini pun adalah kurniaan daripada Allah ‎ﷻ. Masih lagi Allah‎ ﷻ beri peluang kepada kita untuk beribadat dan bertaubat.

وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَشكُرونَ

tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur

Namun ramai manusia yang tidak bersyukur di atas peluang yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada mereka. Mereka tidak ambil peluang dengan kehidupan yang mereka ada sekarang. Mereka ambil ringan sahaja.

Tafsir Ayat ke-244:

وَقٰتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ سَميعٌ عَليمٌ

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

وَقٰتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah

Sekarang Allah ‎ﷻ beri arahan berjihad. Ini adalah berperang dalam jihad kemuncak, iaitu jihad perang yang ada kemungkinan boleh mati. Kita gunakan terma ‘jihad kemuncak’ untuk membezakan antara beberapa jenis jihad.

Jihad kemuncak adalah jihad yang paling tinggi iaitu iaitu jihad perang yang ada kemungkinan mencabut nyawa kita. Jihad yang berhadapan dengan mati. Ini hendak membezakan sebab jihad itu ada lain – jihad melawan nafsu, jihad lisan dalam dakwah dan sebagainya. Kemuncak segala jihad itu adalah jihad perang.

وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ سَميعٌ عَليمٌ

dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Allah ‎ﷻ tahu laungan hamba yang menyeru dan mengajak kepada jihad. Allah ‎ﷻ juga tahu laungan hamba yang hendak menghentikan jihad. Ada yang sanggup mengatakan jihad perang tidak ada dalam Islam. Itu adalah pendapat yang salah kerana itu sudah menidakkan satu perkara yang penting dalam agama Islam.

Allah ‎ﷻ tahu hati manusia sama ada mereka ikhlas dalam jihad atau tidak kerana itu ada kisah sahabat yang mati dalam jihad tetapi dia tidak mendapat syahid. Ini kerana dia jihad bukan kerana agama.

Allahu a’lam.

10.3.7 Bagaimana Ya’juj dan Ma’juj Menghancurkan Tembok?

0

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.7 Bagaimana Ya’juj dan Ma’juj Menghancurkan Tembok? (كيف يخترقون السد) Bahagian 1

تقدم أن يأجوج ومأجوج قبيلتان كان لهم أنواع من الإفساد حتى بنى ذو القرنين السد ,فصار السد حائلا بينهم وبين الوصول إلى الناس , وهم داخل سدهم بلا شك عندهم طعامهم وشرابهم زلهم حباتهم ومعيشتهم الخاصة ولا يزال يأجوج ومأجوج يجتهدون في سبيل هدم السد ,فهم يحفرون وينقبون ويجتهدون

Sedia maklum bahawa Ya’juj dan Ma’juj adalah dua kabilah manusia yang suka melakukan kerosakan di atas muka bumi sehingga Zulqarnain membina sebuah tembok pemisah khusus untuk menghalang mereka daripada mendatangi manusia. Maka sudah tentu jika mereka terhalang mereka menghadapi isu makan minum dan terus berusaha keras untuk merobohkan tembok tersebut.

Dalil hadith:

Baginda ﷺ bersabda :

أبي هريرة : عن النبي صلى الله عليه و سلم في السد قال يحفرونه كل يوم حتى إذا كادوا يخرقونه قال الذي عليهم ارجعوا فستخرقونه غدا فيعيده الله كأشد ما كان حتى إذا بلغ مدتهم وأراد الله أن يبعثهم على الناس قال للذي عليهم ارجعوا فستخرقونه غدا إن شاء الله واستثنى قال فيرجعون فيجدونه كهيئته حين تركوه فيخرقونه فيخرجون على الناس فيستقون المياه ويفر الناس منهم فيرمون بسهامهم في السماء فترجع مخضبة بالدماء فيقولون قهرنا من في الأرض وعلونا من في السماء قسرا وعلوا فيبعث الله عليهم نغفا في أقفائهم فيهلكون فو الذي نفس محمد بيده إن دواب الأرض تسمن وتبطر وتشكر شكرا من لحومهم (رواه أحمد والترمذي والحاكم وقال: صحيح على شرط الشيخين ووافقه الذهبي)

“Mereka itu setiap hari menggali lubang, ketika hampir terjadi lubang, kata mereka yang ada di atasnya: “Pulanglah, esok lagi kita teruskan (kerja penggalian).” Lalu Allah ‎ﷻ kembalikan lubang itu lebih daripada keadaan semula, sehingga jika sampai waktu mereka dan Allah ‎ﷻ menghendaki untuk membangkitkan mereka pada manusia, berkatalah orang yang tadi mengatakan “Pulanglah, esok lagi kita kerjakan, in shaa Allah.” Maka mereka pun kembali dan menemui lubang itu seperti mereka ketika mereka tinggalkan. Kemudian mereka melubangi lagi, sehingga mereka dapat keluar dan meminum air dan manusia pun lari daripada mereka, lalu Ya’juj wa Ma’juj melempari mereka dengan tombak dari langit sehingga tombak itu berlumuran darah dan mengatakan, “Kita telah berhasil mengalahkan penghuni bumi, sebagaimana kita telah berhasil menaklukkan yang di langit.” Ungkap mereka dengan sombong. Sehingga Allah ‎ﷻ kirimkan pada mereka ulat-ulat sehingga membinasakan semua Ya’juj wa Ma’juj.” (HR Ahmad, Tirmidzi, al Haakim, beliau menilainya sahih atas syarat Bukhari-Muslim, disepakati oleh az Zahabi)

“Maka demi yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya binatang bumi menjadi gemuk, bangga dan bersyukur kepada Allah ‎ﷻ kerana daging mereka.”

10.3.7 Bagaimana Ya’juj dan Ma’juj Menghancurkan Tembok? (كيف يخترقون السد) Bahagian 2

في الحديث ثلاث فوائد:

الأولى : أن الله منعهم أن يواصلوا الحفر ليلا ونهارا ولو فعلوا ربما خرقوه
الثانية: منعهم أن يحاولوا الرقي على السد بسلم أو آلة , فلم يلهمهم ذلك ولا علمهم إياه ,ولعلمه حاولوا ولم يقدروا لعلوا السد وملاسته
الثالثة: لم يوفقهم القول: إن شاء الله حتى يجيء الوقت المحدود وتقرب القيامة
وفي الحديث :أن فبهم أهل صناعة وأهل ولاية وسلاطة ورعية تطيع من فوقها وإن فيهم من يعرف الله ويقر بقدرته ومشيئته
ويحتمل أن تكون كلمة” إن شاء الله ” تجري على لسان ذلك الوالي دون أن يعرف معناها فيحصل المقصود ببركتها (انظر فتح الباري ( 109/13).)

Fiqh Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه:

  •  Allah ‎ﷻ menghalang usaha Ya’juj dan Ma’juj melubangi tembok tersebut walaupun mereka berusaha keras siang dan malam;
  •  Apa jua usaha mereka menerubus benteng itu gagal baik mendakinya atau menggunakan sebarang peralatan disebabkan kecanggihan tembok tersebut;
  • Misteri kalimah “In shaa Allah” yang diucapkan oleh mereka kemungkinan ia berlaku ketika yang ditentukan Allah ‎ﷻ.

🔏 Rumusan:
Ini menunjukkan Ya’juj dan Ma’juj mempunyai sistem administrasi atau pengurusan (seperti kita juga) dan terdapat dalam kalangan mereka yang mengetahui tentang Allah ‎ﷻ sebagai Rabb. Kalimah In shaa Allah yang mereka sebut mungkin juga diucap tanpa mengetahui maknanya (mungkin seperti istilah “God willing” dalam uruf Barat). (Ibn Hajar, Fathul Bari, jilid 13:109)

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-238 hingga Ke-241

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-238

Dalam ayat-ayat sebelum ini kita telah banyak belajar tentang ayat-ayat Umur Munazimah iaitu tentang hubungan sesama manusia. Sekarang kita diingatkan di sini bahawa hubungan dengan manusia itu hanya boleh menjadi baik jikalau kita menjaga hal-hal Umur Muslihah iaitu hubungan dengan Allah ‎ﷻ.

Tidak mungkin hubungan dengan manusia ini akan menjadi baik jikalau tidak dijaga hubungan dengan Allah ‎ﷻ. Sebab itulah di antara ayat-ayat yang mengajar menjaga hubungan dengan manusia itu, diselitkan dengan ayat-ayat tentang menjaga hubungan dengan Allah ‎ﷻ.

حٰفِظوا عَلَى ٱلصَّلَوٰتِ وَٱلصَّلَوٰةِ الوُسطىٰ وَقوموا لِلَّهِ قٰنِتينَ

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

حٰفِظوا عَلَى ٱلصَّلَوٰتِ

Peliharalah kamu segala sembahyang fardhu

Hal-hal perkahwinan dan perceraian yang telah banyak disebut sebelum ini hanya boleh dijaga oleh mereka yang menjaga salat sahaja. Kalaulah mereka itu bukan jenis yang menjaga salat, mereka tidak akan ikut pun hukum dan saranan Allah ‎ﷻ itu sebab mereka tidak berasa pentingnya arahan yang telah diberikan oleh Allah ‎ﷻ. Sedangkan hukum tentang ibadat pun mereka langgar, apatah lagi hukum tentang ‘adat’.

Sebagai manusia, tentulah perceraian adalah sesuatu yang menyedihkan di mana satu perhubungan rapat telah terputus. Namun Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan, kalau perkara itu terjadi, masih kita kena jaga satu lagi hubungan: hubungan dengan Allah ‎ﷻ.

Semasa dalam salat itulah kita adukan segala kesedihan kita kepada Allah ‎ﷻ. Kita minta petunjuk daripada Allah ‎ﷻ bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi dan beri kita kekuatan untuk menghadapinya.

Jagalah hubungan kita dengan Allah ‎ﷻ dan lebih-lebih lagi hendaklah kita menjaga Salat Fardu. Salat lima waktu itu telah dipilih khas oleh Allah ‎ﷻ untuk menjaga hubungan yang rapat dengan Allah ‎ﷻ. Memang telah disusun sebegitu dalam waktu-waktu tertentu supaya walaupun kita dalam keadaan sibuk dengan kehidupan di dunia, masih kita luangkan masa untuk bersama dengan Allah ‎ﷻ.

Allah ‎ﷻ telah susun waktu-waktu salat itu supaya ia merangkumi sepanjang hari. Oleh itu, walaupun kita salat sebanyak 17 raka’at, tidaklah boleh kita buat semua sekali dalam satu waktu. Kita ikut waktu salat yang telah ditetapkan. Ini agar susunannya menjadi seolah-olah kita sentiasa dekat dengan Allah ‎ﷻ, di mana kita menjalani kehidupan seharian kita, dan tidak lama kemudian kita akan salat kembali.

Sebagai contoh, apabila kita telah salat subuh, kita telah menjaga hubungan kita dengan Allah ‎ﷻ dari waktu subuh membawa ke Zuhur keberkatan itu dan apabila waktu Zuhur tiba dan kita salat, kita berhubung kembali dengan Allah ‎ﷻ. Keberkatan salat Zuhur itu dibawa sampai ke Asar dan sampai waktu Asar, kita salat kembali. Kemudian seterusnya dengan salat-salat yang lain. Lepas Isyak, tidur dan bila bangun, salat Subuh pula.

وَٱلصَّلَوٰةِ الوُسطىٰ

khasnya sembahyang Pertengahan

Dalam salat Fardhu yang lima waktu itu, salat yang paling utama perlu dijaga adalah ‘salat pertengahan’. Apakah pula salat pertengahan ini?

Jumhur ulama’ mengatakan salat pertengahan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah salat Asar. Ini adalah kerana salat Asar duduknya di tengah-tengah antara siang dan malam. Salat Subuh dan Zuhur dikira salat dalam waktu siang dan waktu Maghrib dan Isyak dikira salat waktu malam dan Asar duduknya di tengah-tengah.

Walau bagaimana pun ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Salat Pertengahan ini adalah salat Subuh dan ini juga adalah salah satu pendapat Mazhab Syafi’iy.

وَقوموا لِلَّهِ قٰنِتينَ

dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Dalam salat hendaklah khusyuk. Jadi dalam ayat ini, ada dua perkara yang Allah ‎ﷻ suruh jaga – jaga waktu salat dan jaga khusyuk dalam salat.

Bukan itu sahaja, hendaklah kamu berdiri salat semata-mata kerana Allah ‎ﷻ – maksudnya ikhlas. Dalam salat itu, jaga rukun, jaga syarat yang wajib, jaga adab dan jaga hati. Maknanya kena jaga semua. Kena jaga zahir dan batin.

Kalau hendak dikirakan, sepatutnya boleh dijaga semua perkara ini kerana bukan lama pun salat itu. Selalunya orang salat dalam masa lebih kurang sepuluh minit sahaja. Kalau pendek macam itu, sepatutnya memang boleh jaga. Namun realitinya menjaga salat itu memang payah sedikit sebab semasa hendak salatlah syaitan akan hebat menyerang dan kacau kita. Ini adalah kerana syaitan tidak mahu kita ingat kepada Allah ‎ﷻ.

Oleh itu, segala perkara ini perlu dilatih dalam salat-salat sunat. Semua zikir dalam salat perlu dilakukan di luar salat juga supaya kita biasa melakukannya.

Tafsir Ayat ke-239

Suruhan menjaga salat ini bukan sahaja semasa aman, tetapi semasa perang juga. Semasa kita berperang dengan musuh yang zahir, jangan kita lupa untuk berperang dengan musuh yang batin juga, iaitu syaitan.

Maka dalam keadaan perang pun kita masih disyari’atkan untuk salat. Kena jaga juga hubungan kita dengan Allah ‎ﷻ iaitu dengan menjaga salat kita. Kalau perang pun kena jaga salat, apatah lagi kalau dalam keadaan aman. Maka, tidak ada alasan untuk meninggalkan salat.

فَإِن خِفتُم فَرِجالًا أَو رُكبانًا ۖ فَإِذا أَمِنتُم فَاذكُرُوا اللَّهَ كَما عَلَّمَكُم مّا لَم تَكونوا تَعلَمونَ

Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

فَإِن خِفتُم فَرِجالًا أَو رُكبانًا

Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan,

Kalau kamu bimbang disebabkan oleh peperangan yang berlaku, maka ada keringanan yang diberikan kepada manusia dalam mengerjakan salat.

Salat masih tetap wajib dilakukan tetapi diringankan iaitu boleh dilakukan semasa berjalan dan juga di atas kenderaan.

Salat yang dimaksudkan adalah Salat Khauf. Salat ini boleh dilakukan sambil pegang senjata, malah tanpa mengadap ke arah kiblat pun kalau perlu. Cara untuk melakukannya, hendaklah dirujuk dalam bab Fiqah.

فَإِذا أَمِنتُم فَاذكُرُوا اللَّهَ كَما عَلَّمَكُم

kemudian apabila kamu telah aman, maka hendaklah kamu mengingati Allah, sebagaimana Allah telah ajar kamu

Dalam ayat ini disebutkan bahawa kita kena ingat Allah ‎ﷻ, maknanya ayat ini hendak memberitahu yang dalam salat itu, perkara yang paling penting kita kena lakukan adalah ingat kepada Allah ‎ﷻ.

Apabila dalam keadaan aman, kena ikut cara salat sebagaimana yang Allah ‎ﷻ ajar kita untuk salat dalam keadaan biasa. Ingatlah bahawa salatlah ibadat terbaik. Maka jangan kita lepaskan peluang ini.

مّا لَم تَكونوا تَعلَمونَ

apa yang kamu dulu tidak mengetahuinya.

Sebelum ini kita tidak tahu pun cara-cara untuk salat tetapi Allah ‎ﷻ telah ajarkan kita melalui Nabi-Nya.

Kedua-dua ayat di atas adalah ayat Umur Muslihah. Lihatlah bagaimana Allah ‎ﷻ selang selikan antara ayat-ayat hubungan dengan masyarakat (Umur Munazimah) dengan ayat-ayat tentang hubungan dengan Allah ‎ﷻ (Umur Muslihah). Allah ‎ﷻ selang selikan kerana kedua-dua jenis ayat ini adalah amat berkaitan sekali.

Tafsir Ayat ke-240

Kembali kepada ayat-ayat Umur Munazimah tentang hal-hal perkahwinan.

وَالَّذينَ يُتَوَفَّونَ مِنكُم وَيَذَرونَ أَزوٰجًا وَصِيَّةً لِّأَزوٰجِهِم مَّتٰعًا إِلَى الحَولِ غَيرَ إِخراجٍ ۚ فَإِن خَرَجنَ فَلا جُناحَ عَلَيكُم في ما فَعَلنَ في أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعروفٍ ۗ وَاللَّهُ عَزيزٌ حَكيمٌ

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

وَالَّذينَ يُتَوَفَّونَ مِنكُم وَيَذَرونَ أَزوٰجًا

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri,

Ayat ini adalah kepada suami yang mati dan ada meninggalkan isteri. Tentulah perkara ini biasa sangat terjadi maka Islam telah meletakkan saranan tentang apa yang perlu dilakukan dalam keadaan seperti itu. Islam tidak meninggalkan keadaan balu wanita itu dalam keadaan tergantung dan terkontang kanting.

وَصِيَّةً لِّأَزوٰجِهِم

hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka

Suami itu hendaklah berwasiat iaitu meninggalkan pesan kepada walinya supaya menjaga isterinya itu. Tidak patut isterinya itu dibiarkan begitu sahaja. Maka seorang suami hendaklah memikirkan perkara ini: “Apa yang akan jadi dengan anak isteri aku kalau aku tiba-tiba tidak ada?”

مَّتٰعًا إِلَى الحَولِ غَيرَ إِخراجٍ

iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya.

Kena sediakan nafkah daripada harta yang ditinggalkannya sampai cukup setahun jikalau isterinya itu tidak kahwin lain. Diwasiatkan atas dasar jasa baik. Isterinya itu memang boleh kahwin lain tetapi jikalau mereka tidak kahwin lain, maka perlu diwasiatkan untuk penjagaan mereka.

Isterinya itu kena dibiarkan tinggal di rumah yang dia tinggal dengan suaminya sebelum itu selama cukup setahun. Janganlah dihalau isteri itu keluar walaupun suaminya sudah tidak ada lagi. Oleh kerana suaminya tidak ada lagi, maka waris kena jalankan tanggungjawab ini.

فَإِن خَرَجنَ فَلا جُناحَ عَلَيكُم في ما فَعَلنَ في أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعروفٍ

Kemudian jika mereka keluar maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut

Isteri itu boleh tinggal selama setahun di rumah itu, tetapi kalau isterinya itu keluar juga, maka tidaklah ada kesalahan kepada wali-wali arwah suaminya itu.

Namun kenalah pastikan yang apa yang dilakukan oleh wanita itu adalah perkara yang makruf (yang baik). Sebagai contoh, dia kahwin lain, atau kerja tempat yang jauh. Tidaklah boleh dibenarkan kalau ikut lelaki lain pula.

وَاللَّهُ عَزيزٌ حَكيمٌ

dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah ‎ﷻ Maha Berkuasa untuk menghukum sesiapa sahaja yang buat kesalahan dengan serta merta. Namun Allah ‎ﷻ Maha Bijaksana, maka Allah ‎ﷻ tangguh hukuman itu dan ini memberi peluang kepada mereka yang berbuat salah untuk bertaubat dan membaiki kesalahan mereka.

Maknanya, kalau ada yang menghalau balu waris sendiri, maka perbetulkan balik dengan membenarkan dia duduk di rumah itu. Kalau ada ambil hak dia, maka kena kembalikan.

Tafsir Ayat ke-241

وَلِلمُطَلَّقٰتِ مَتٰعٌ بِالمَعروفِ ۖ حَقًّا عَلَى المُتَّقينَ

Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut’ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.

وَلِلمُطَلَّقاتِ مَتاعٌ بِالمَعروفِ

Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut’ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut,

Kepada wanita yang diceraikan wajib diberikan sedikit sebanyak hadiah kepada mereka. ‘Makruf’ itu bermaksud hadiah yang boleh mengurangkan sedikit kesedihan dan kemarahan kepada mereka. Ini kerana kalau seorang wanita diceraikan setelah sekian lama berkahwin, tentulah ada kesedihan dan serba sedikit rasa marah kerana ditinggalkan.

Maksud ‘makruf’ itu juga, hendaklah mut’ah itu diberikan dengan cara yang baik. Oleh itu, waktu kita beri hadiah itu, kita berilah dengan cara baik dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan kesedihan dan kemarahan kepada wanita itu. Ini kerana ada orang yang beri tetapi mereka tunjukkan yang mereka tidak suka semasa memberi hadiah itu.

Jadi kita kena tahu tujuan kita memberi hadiah itu iaitu untuk mengurangkan kesedihannya. Jadi kalau kita memberi itu tetapi dalam masa yang sama menyebabkan dia sakit hati maka itu tidak mendapati syari’at.

حَقًّا عَلَى المُتَّقينَ

satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.

Ini adalah tanggungjawab kepada orang yang menjaga akidah dan taqwanya. Maka ulama’ berpendapat yang mut’ah ini adalah wajib. Akan tetapi, ramai dalam kalangan para suami yang menceraikan isterinya tidak menjalankan kewajipan ini mungkin kerana jahil tentang hukum ini.

Allahu alam.

Talbis Iblis: Golongan Toba’iyyun

0

Golongan Toba’iyyun

Mereka ini adalah subset kepada Atheis juga. Seperti yang telah diberitahu, golongan Atheis ada banyak jenis dan spektrum. Macam-macam fahaman mereka tetapi terdapat satu dasar yang sama iaitu mereka tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.

Golongan Toba’iyyun ini adalah golongan Naturalist. Toba’iyyun itu bunyinya seperti ‘Tabiaat’. Yang kita selalu katakan sebagai: semulajadi. Jadi golongan ini percaya semua yang terjadi dalam alam ini adalah daripada unsur alam seperti air, api, angin dan lain-lain.

Ada juga eleman mereka ini dalam masyarakat kita kerana ada fahaman-fahaman unsur alam ini juga, bukan? Kita selalu dengar bomoh sebut unsur-unsur ini juga. Contohnya kata orang ini ada unsur air, orang itu ada unsur tanah. Tidaklah kita kata mereka ini Atheis pula, tetapi bahaya bila ada fahaman-fahaman sebegini. Maknanya, ada terkesan juga dengan fahaman sesat ini.

Oleh kerana itu ada ajaran-ajaran yang menyebut 4 unsur alam ini. Antaranya yang kata:

Unsur Tanah: orang yang ada unsur ini bersifat istiqamah
Unsur Angin: orang yang jujur
Unsur Api: kuat perjuangan.
Unsur Air: orang yang tawadhu’ kerana air akan cari tempat rendah.

Maka terngangalah mulut kita bila dengar orang berhujah begitu. Dalam hati kita: [“Eh-eh, betul juga tok bomoh ni cakap…..”].

⚠️ Bahaya kalau begitu.

Kita kata ia bahaya kerana elemen-elemen ini tidak disebut dalam Al-Qur’an. Allah ‎ﷻ tidak sebut manusia terjadi daripada unsur-unsur itu secara tepat. Yang dijadikan dalil hanyalah anggapan-anggapan kosong sahaja.

Allah ‎ﷻ yang menjadikan kita semua, bukannya unsur-unsur itu. Maka kerana itu bahaya kalau ada fahaman ini kerana kita meletakkan kuasa pada alam pula (yang dipanggil alam semulajadi, padahal bukan mereka terjadi ‘semula jadi’, tetapi Allah ‎ﷻ yang jadikan.)

Maka, kalau kita tidak boleh kata sesuatu itu terjadi secara ‘semulajadi’, maka kita kena katakan bagaimana? Kita kata: sunnatullah.

Maksudnya, sesuatu itu terjadi kerana kehendak Allah ‎ﷻ. Bukannya alam terjadi dengan sendirinya, bukannya alam membuat alam yang lain, bukannya makhluk boleh mencipta makhluk yang lain pula. Semua yang terjadi adalah sunnatullah, atas kehendak Allah ‎ﷻ.

Maka kita kena jaga kata-kata kita. Kadangkala kita pakai cakap sahaja, tetapi sebenarnya ia membawa konotasi yang tidak baik. Kadang-kadang selamba sahaja kita cakap: “Tasik ini terjadi secara semulajadi”. Bagaimana pula ia terjadi secara semulajadi kerana semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah ‎ﷻ maka jangan kata ia terjadi semulajadi.

⚠️ Allah ‎ﷻ tegur salah faham manusia tentang hal ini dalam [Tur: 35]

أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ

Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?

 

Adakah manusia sangka mereka terjadi sendiri tanpa ada yang menciptakan? Takkan tiba-tiba manusia melalui proses evolusi daripada berudu, kemudian evolusi menjadi monyet, kemudian evolusi pula menjadi manusia? Tidak mungkin kerana itu mustahil sama sekali. Tidaklah manusia tiba-tiba wujud sendiri.

Takkan di rumah kita tengah tengok TV, tiba-tiba terjadi satu kereta Proton Saga secara ‘semulajadi’. Tidak ada yang terjadi dengan sendirinya tetapi Allah ‎ﷻ yang menjadikan sesuatu kejadian dan makhluk.

 

Soal Jawab Bersama Doktor: Sawan @ Epilepsi

0

Epilepsi atau sawan adalah satu keadaan yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kejang berulang kali. Kerosakan atau perubahan dalam otak dikenali sebagai punca kepada sebilangan kecil kes sawan atau epilepsi. Tetapi dalam kebanyakan kes yang telah berlaku, punca sebenar itu masih belum diketahui.

Di dalam otak manusia terdapat neuron atau sel saraf yang merupakan sebahagian daripada sistem saraf. Setiap sel saraf berkomunikasi dengan menggunakan impuls elektrik. Dalam kes epilepsi, sawan berlaku apabila impuls elektrik yang dihasilkan secara berlebihan, telah menyebabkan tingkah laku atau pergerakan badan yang tidak terkawal.

Kejang atau istilah ‘tarik’ memang merupakan simptom utama sawan, tetapi tidak semestinya orang yang mengalami sawan berpenyakit epilepsi. Dalam dunia perubatan, seseorang itu hanya disyaki berpengidap penyakit epilepsi selepas telah mengalami sawan atau “tarik” lebih daripada sekali. Tahap sawan bagi setiap pesakit epilepsi berbeza-beza. Sesetengah orang hanya alami sawan beberapa saat atau beberapa minit saja. Sesetengah orang pula mengalami sawan di beberapa bahagian badan mereka untuk tempoh lebih lama malah ada yang tidak sedar diri untuk jangka waktu tertentu.

Punca Sawan atau Epilepsi

Epilepsi boleh mula menyerang pada sebarang usia walaupun kebanyakan kes ini berlaku sejak zaman kanak-kanak. Disebabkan hal tersebut, epilepsi diklasifikasikan kepada dua iaitu Idiopatik dan Simptomatic.

Epilepsi idiopatik (disebut juga sebagai epilepsi utama) merupakan jenis epilepsi yang punca kejadiannya tidak atau sukar diketahui. Sesetengah pakar mengesyaki bahawa keadaan ini disebabkan oleh faktor genetik (keturunan). Sedangkan Epilepsi Simptomatik (disebut juga epilepsi menengah) merupakan jenis epilepsi yang penyebabnya dapat diketahui. Beberapa faktor seperti kecederaan kepala, tumor otak, dan strok dianggap sebagai punca kepada epilepsi sekunder (menengah) ini.

Rawatan dan Komplikasi Epilepsi

Sehingga kini tiada ubat atau kaedah khusus yang boleh menyembuhkan sawan atau epilepsi ini sepenuhnya. Rawatan seperti ubat anti-epileptik atau OAE mampu mencegah terjadinya kejang sehingga pesakit boleh melakukan aktiviti sehari-hari secara normal dengan mudah dan selamat.

Selain ubat-ubatan, pengendalian epilepsi juga perlu dimulai dengan cara hidup yang sihat seperti bersukan secara teratur, tidak mengambil minuman beralkohol secara berlebihan atau mengambil diet khusus.

Berlakunya kekejangan atau ‘tarik’ pada pesakit epilepsi perlu ditangani dengan betul untuk mengelakkan berlakunya keadaan yang boleh membahayakan nyawa pesakit. Contohnya jatuh, tenggelam atau mengalami kemalangan ketika memandu akibat kekejangan anggota badan.

Epilepsi juga boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba namun ia adalah kes yang jarang berlaku. Status epileptikus adalah satu keadaan dimana seseorang itu mengalami sawan lebih daripada 5 minit atau mengalami satu siri kejang anggota tubuh yang pendek. Apabila satu siri kejang pendek berlaku, orang yang mempunyai status epileptikus ini akan berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri sepenuhnya. Status epileptikus boleh menyebabkan kerosakan pada otak secara kekal malah boleh juga menyebabkan kematian.

Q&A

Soalan 1:

Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika kita berada di tempat kejadian atau berhadapan dengan seseorang yang diserang penyakit sawan secara tiba-tiba?

Jawapan:

Letakkan pesakit di tempat yang selamat dan jauhkan apa-apa barang yang boleh membahayakan pesakit tersebut.  Diingatkan juga jangan cuba masukkan apa-apa ke dalam mulut pesakit.

 Soalan 2:

Benarkah menurut petua orang tua jika terjadi sawan perlu meletakkan barangan seperti  menggigit sudu besi untuk mengelakkan pesakit tergigit lidahnya sendiri?

Jawapan:

Tidak benar. Pesakit hendaklah dimiringkan badannya untuk mengelakkan daripada tergigit lidah atau mencederakan dirinya sendiri dan pesakit perlu segera bawa ke hospital yang berhampiran.

Soalan 3:

a) Adakah cara mengiringkan badan pesakit juga dilakukan pada bayi yang diserang sawan?

b) Adakah penyakit sawan merbahaya atau boleh memudaratkan kesihatan pesakit?

Jawapan:

a) Benar, bayi yang terkena sawan juga perlu dimiringkan tetapi jika sawan disebabkan oleh demam yang tinggi, perlu redakan demam dan cuba turunkan suhu dengan meletakkan tuala basah di badan bayi.

b) Bayi yang diserang sawan kerana demam boleh berlaku kurang dari 20 minit dan tidak memudaratkan. Tetapi jika pada kanak-kanak dan dewasa yang tidak demam panas dan bukan pula sebab jangkitan di otak atau stroke, penyakit ini dinamakan Epilepsi.

At-Tazkirah Qurthubi: Bab Talqin Orang yang akan Mati

0

At-Tazkirah Qurthubi(w.671H)

Kod 10 Bab Talqin Orang yang akan Mati La Ilaha illalah (باب تلقين الميت لا إله إلا الله)

Bahagian 1: Hadith Muslim daripada Abu Sa’id al Khudri رضي الله عنه

مسلم عن أبي سعيد الخدري . قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لقنوا موتاكم لا إله إلا الله (رواه مسلم 916)

“Talqinilah orang-orang (akan) mati antara kamu sekalian dengan لا إله إلا الله”. (HR Muslim no 916)

✍️ Fiqh gharibil hadith:

Daripada hadith ini kalimah (موتاكم ) telah menjadi isu besar dalam cara hendak beramal dengan hadith ini. Kalau ikut maksud asal, mautaakum adalah yang telah mati, maka hadith itu berbunyi, “Talqinilah orang yang sudah mati di kalangan kamu”. Maka mereka membaca talqin di kubur selepas dikebumikan. Ini kefahaman aliran perdana di Malaysia. Mereka mengajar mayat talqin di kubur- kubur sebelum didatangi malaikat. Manakala majoriti ahli hadith berpendapat (موتاكم ) itu adalah majaz (kiasan) sahaja. Ia merujuk kepada orang yang hampir mati, nazak.

Bahagian 2: Hadith talqin mayat daripada Abu Umamah al Bahili

حديث أبي أمامة في التلقين . رواه أبو بكر عبد العزيز في ” الشافي ” ) ص 175 . ضعيف . أخرجه الطبراني في ” الكبير ” عن سعيد بن عبد الله الأودي قال : ” شهدت أبا أمامة الباهلي وهو في النزع فقال : إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمر رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) فقال : أذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب عليه فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل : يا فلان بن فلان بن فلانة فإنه يسمع ولا يجيب ثم يقول : يا فلان بن فلانة فإنه يستوي قاعدا ثم يقول : يا فلان بن فلانة فانه يقول : أرشدنا رحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل : اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة : أن لا اله الا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما فان منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول : انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته فيكون الله حجيجه دونهما قال رجل : يا رسول الله فإن لم يعرف أمه ؟ قال : فينسبه إلى حواء : يا فلان بن حواء ”

“Jika salah seorang di antara kalian mati, maka ratakanlah tanah pada kuburnya (kuburkanlah). Hendaklah salah seorang dalam kalian berdiri di pinggir kuburnya dan hendaklah berkata : “Wahai fulan (sebutkan nama orang yang mati) anak fulanah (sebutkan ibu orang yang mati)” sebab dia boleh mendengarnya tetapi tidak boleh menjawabnya. Kemudian berkata lagi : “Wahai fulan (sebutkan nama orang yang mati) anak fulanah (sebutkan ibu orang yang mati)” sebab dia akan duduk. Kemudian berkata lagi : “Wahai fulan (sebutkan nama orang yang mati) anak fulanah (sebutkan ibu orang yang mati)” sebab dia akan berkata : “Berilah kami petunjuk –semoga Allah merahmatimu-“ dan kalian tidak akan merasakannya. Kemudian hendaklah berkata : “Sebutlah sesuatu yang kamu bawa keluar dari dunia, iaitu persaksian bahawa tiada Tuhan kecuali Allah ‎ﷻ, Muhammad hamba dan utusan-Nya, dan sesungguhnya kamu redho Allah menjadi Tuhanmu, Muhammad menjadi Nabimu, dan Al-Qur’an menjadi imammu”, sebab Mungkar dan Nakir saling berpegangan tangan dan berkata : “Mari kita pergi. Kita tidak akan duduk (menanyakan) di sisi orang yang telah ditalqini (dituntun) hujjahnya (jawabannya), maka Allah menjadi hajiij (yang mengalahkan dengan menampakkan hujah) baginya bukan Mungkar dan Nakir”. Kemudian seorang sahabat lelaki bertanya : “Wahai Rasulullah! Jika dia tidak tahu ibu si mayit?” Maka Rasulullah ﷺ menjawab: “Nisbatkan kepada Hawa, wahai fulan bin Hawa” (H.R. Thabrani, HR abu Bakar abdul Aziz, al Syaafi ms 175; at Tabrani dalam Mu’jam al kabir. Dhaif)

✍️ Tahqiq: Dhaif

قال النووي في ” المجموع ” ( 5 / 304 ) والعراقي في ” تخريج الإحياء ” ( 4 / 420 ) : ” إسناده ضعيف ” . وقال ابن القيم في ” زاد المعاد ” ( 1 / 206 ) : ” حديث لا يصح

Berkata Imam Nawawi رحمه الله (al Majmu’ 5/304). al Iraqi (takhrij al ihya’, 4/420). Ibn Qayyim, Zaad al Ma’aad 1/206.

Bahagian 3: Hadith Uthman, Dhaif

و ذكر ابن أبي الدنيا عن زيد بن أسلم قال : قال عثمان بن عفان : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذا احتضر الميت فلقنوه لا إله إلا الله فإنه ما من عبد يختم له بها موته إلا كانت زاده إلى الجنة

Disebut oleh Ibn Abi Dunia daripada Zaid bin Aslam daripada Uthman bin Affan daripada Rasulullah ﷺ yang bersabda, “Apabila ada orang yang akan meninggal, maka talqinlah dia akan kalimah La Ilaha illallah kerana mana-mana orang yang akhir mautnya dengan kalimah tersebut, maka ia menjadi bekalan dia ke syurga.” (HR Ibn Abi Dunia, al Muhtadhirin, ms 20).

✍️ Tahqiq: Dhaif, kerana munqathi’ (putus sanad) antara Zaid dan Uthman.

Bahagian 4: Atsar Umar al Khattab رضي الله عنه, Dhaif

و قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : احضروا موتاكم و
لقنوهم : لا إله إلا الله و ذكروهم فإنهم يرون ما لا ترون

Berkata Umar al Khattab رضي الله عنه, “Hadirilah orang akan meninggal di kalangan kamu dan talqinlah mereka dengan La ilaha illallah dan peringatilah mereka kerana sesungguhnya mereka melihat apa yang kamu tidak lihat”.

Atsar riwayat Ibn Abi Dunya, Kitab al Muhtadhirin ms 22, Abu Muhammad al Isybili al Aqibah ms 144 (tanpa sanad)

Bahagian 5: Hadith Wa’ilah, Dhaif

و ذكر أبو نعيم من حديث مكحول عن إسماعيل بن عياش بن أبي معاذ عتبة ابن حميد عن مكحول عن وائلة بن الأسقع عن النبي صلى الله عليه و سلم : احضروا موتاكم و لقنوهم لا إله إلا الله و بشروهم بالجنة فإن الحكيم من الرجال يتحير عند ذلك المصرع و إن الشيطان أقرب ما يكون من ابن آدم عند ذلك المصرع . و الذي نفسي بيده لمعانية ملك الموت أشد من ألف ضربة السيف ، و الذي نفسي بيده لا تخرج نفس عبد من الدنيا حتى يتألم كل عرق منه على حياله . غريب من حديث مكحول لم نكبته إلا من حديث إسماعيل

Abu Nu’aim menyebut sebuah hadith daripada sanad Makhul daripada Ismail bin Iyasy daripada Abu Mu’adz ‘Utbah bin Hamid daripada Makhul daripada Wa’ilah bin al Asqa’ daripada Nabi ﷺ, “Hadirilah menyaksikan orang hampir mati dalam kalangan kamu dan talqinlah dia La ilaha illallah, beri khabar gembira akan syurga kerana orang yang bijak sekalipun akan bingung saat kematiannya. Sesungguhnya syaitan amat dekat kepadanya. Demi nyawaku yang dalam Genggaman-Nya, melihat malakul maut lebih ngeri daripada 1000 libasan pedang dan setiap nyawa yang keluar, setiap uratnya akan merasa sakit.”

Komen al Qurthubi رحمه الله: Hadith Makhul ini gharib (indikasi dhaif) dan kami hanya mencatat daripada jalur Ismail bin Iyasy.
Tahqiq al Albani: dhaif, silsilah al dhaifah, no. 2038

الراوي : واثلة بن الأسقع الليثي أبو فسيلة | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 2083 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف
التخريج : أخرجه أبو نعيم في ((حلية الأولياء)) (5/186)

Bahagian 6: Hadith Muadz bin Jabal, Sahih

فصل : قال علماؤنا : تلقين الموتى هذه الكلمة سنة مأثورة عمل بها المسلمون . و ذلك ليكون آخر كلامهم لا إله إلا الله فيختم له بالسعادة ، و ليدخل في عموم قوله عليه السلام من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة . أخرجه أبو داود من حديث معاذ بن جبل رضي الله عنه ، صححه أبو محمد عبد الحق

Isu talqin dan cara mentalqin:

Berkata ulama’ kami (guru al Qurthubi, yakni Abu al Abbas Ahmad bin Umar al Qurthubi, w.656H): “Menalqin orang yang hampir mati (sakarat) adalah sunnah makthurah (sunnah yang thabit) yang menjadi tradisi kaum Muslimin seterusnya bertujuan akhir kalam seseorang adalah kalimah La ilaha illallah. Semoga dia berakhir dengan kebahagiaan dan termasuk dalam keumuman hadith: “Siapa yang akhir kalamnya adalah La ilaha illallah, maka masuk syurga (من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة) (HR Abu Daud daripada sanad akhir Mu’adz bin Jabal, disahihkan oleh Abu Muhammad Abdul Haqq al Isybili (kelahiran Isybil Spain, w.581H)

✍️ Takhrij/tahqiq:
Disahihkan oleh al Albani, sahih Abu Daud, no 3116

الراوي : معاذ بن جبل | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 3116 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Bahagian 7: Larangan Memperbanyak Talqin

فإذا تلقهنا المحتضر و قالها مرة واحدة فلا تعاد عليه ليلاً بفجر ، و قد كره أهل العلم الإكثار من التلقين ، و الإلحاح عليه إذا هو تلقنها أو فهم ذلك عنه . قال ابن المبارك : لقنوا الميت لا إله إلا الله فإذا قالها فدعوه

Apabila dipastikan orang yang hampir mati itu sudah dapat mengucap sekali, maka ia sudah mencukupi baginya, maka jangan diulangi lagi kerana akan menyeksakan dia. Ahli ilmu tidak menyukai perbuatan memperbanyak talqin apabila orang yang gering sudah memahaminya. Berkata Ibn Mubarak (tabi’ tabi’in Iraqi, w.181H),” tuntunilah orang yang hampir mati akan la ilaaha illallah; apabila dia sudah mengucap, maka biarkan dia”. (Abdul Haq al Isybili, al ‘Aaqibah, 145)

Bahagian 8: Larangan memperbanyak talqin, atsar Ibn Mabarak

قال الحسن بن عيسى : قال لي ابن المبارك : لقني ـ يعني الشهادة ـ و لا تعد علي إلا أن أتكلم بكلام ثان ، و المقصود أن يموت الرجل و ليس في قلبه إلا الله عز و جل لأن المدار على القلب ، و عمل القلب هو الذي ينظر فيه ، و تكون النجاة به

Berkata al Hasan bin Isa (budak milik Ibn Mubarak, wafat 240H) pernah berkata kepada aku, “Talqinlah daku yakni (ajar syahadah) dan jangan ulangi kecuali jika aku menyebut benda lain.”

Syarah: Maksud Ibn Mubarak ialah supaya orang yang akan mati tidak ada apa dalam hatinya melainkan Allah ‎ﷻ. Amal hati itulah yang mendapat perhatian Allah ‎ﷻ dan itulah yang membawa kepada keselamatan. (Dikeluarkan oleh Ibn Jauzi, Sifatus Safwah, 4:146)

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-236 dan Ke-237

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-236

Ini pula adalah keadaan jikalau seorang isteri diceraikan sebelum disetubuhi dan sebelum ditetapkan mahr berapa banyak yang akan dibayar.

لّا جُناحَ عَلَيكُم إِن طَلَّقتُمُ النِّساءَ ما لَم تَمَسّوهُنَّ أَو تَفرِضوا لَهُنَّ فَريضَةً ۚ وَمَتِّعوهُنَّ عَلَى الموسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى المُقتِرِ قَدَرُهُ مَتٰعًا بِالمَعروفِ ۖ حَقًّا عَلَى المُحسِنينَ

Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi “Mut’ah” (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.

لّا جُناحَ عَلَيكُم إِن طَلَّقتُمُ النِّساءَ ما لَم تَمَسّوهُنَّ

Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka

Tidaklah salah kalau seorang suami menceraikan isterinya sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Mungkin perkahwinan itu perkahwinan yang dirancang oleh keluarga masing-masing dan apabila seorang lelaki melihat isterinya itu, dia tidak mahu meneruskan perkahwinan itu; atau apa-apa sahaja sebab.

أَو تَفرِضوا لَهُنَّ فَريضَةً

dan (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka.

Perkataan أَو (selalunya bermaksud: atau) dalam ayat ini dibaca dengan makna و (dan). Maknanya, isteri itu tidak disetubuhi DAN tidak ditetapkan kadar mahr untuknya. Kena ada kedua-dua syarat itu.

Maksudnya mahr tidak diberikan atau tidak ditetapkan pun kadar mahr dalam akad nikah. Maknanya, kalau akad nikah itu tidak sebut berapa banyak yang akan diberi, akad itu sah.

Hukum: Bayaran mahr adalah ‘wajib’, namun tidaklah ‘rukun’. Nikah itu sah tetapi hendaklah kemudiannya diberikan juga mahr itu. Selagi mahr tidak diberikan, seorang isteri boleh menahan farajnya daripada suaminya.

وَمَتِّعوهُنَّ

hendaklah kamu memberi “Mut’ah” (pemberian saguhati) kepada mereka

Mut’ah berasal daripada kalimah al-Mata’ (المتاع). Ia bermaksud sesuatu yang menyeronokkan dan dapat dimanfaati. Sementara mut’ah dalam bab ini ialah harta yang wajib diserahkan oleh suami kepada isterinya yang telah ditinggalkan sama ada dengan sebab penceraian atau dipisahkan.

Berikanlah hadiah kerana dia akan menjaga nama baik lelaki itu dan juga untuk menjaga hati dia. Ini bukanlah mahr tetapi pemberian saguhati kepada wanita itu.

Kiranya sebagai penghibur hati dia. Tidaklah sia-sia sahaja dia melalui proses perkahwinan itu tetapi tidak mendapat apa-apa kerana tentu dia malu juga kerana satu kampung sudah tahu dia telah berkahwin tetapi tiba-tiba kena cerai pula.

عَلَى الموسِعِ قَدَرُهُ

atas suami yang senang menurut ukuran kemampuannya;

Tidak ditetapkan berapakah kadar pemberian hadiah itu. Ikut kedudukan suami itu sama ada kaya atau miskin. Maksudnya, sekadar mana yang mampu. Kalau kaya, berilah banyak dan hadiah yang bernilai – mungkin sebiji kereta.

وَعَلَى المُقتِرِ قَدَرُهُ

dan atas suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya,

Kalau orang miskin, berilah apa sahaja yang dia mampu beri tetapi hendaklah beri sesuatu yang bernilai yang dapat menyentuh hati bekas isterinya itu.

مَتٰعًا بِالمَعروفِ

sebagai pemberian saguhati menurut yang patut,

Berikanlah mengikut apa yang selayaknya. Janganlah pula bekas isteri itu minta hadiah yang bukan-bukan.

حَقًّا عَلَى المُحسِنينَ

satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.

Ini adalah satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan bagi mereka yang ada hati yang baik.

Mut’ah wajib diberikan kepada perempuan yang berkeadaan berikut:

  1. Isteri yang diceraikan selepas persetubuhan.
  2. Isteri yang diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya tidak disebut semasa aqad nikah. Ini seperti dalam ayat ini.
  3. Isteri yang diperintah berpisah dengan suaminya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh suami murtad atau melakukan li’an (اللعان). Perpisahan tersebut berlaku selepas persetubuhan atau sebelum persetubuhan, dengan syarat mas kahwin tidak disebut dalan aqad nikah.

Isteri yang diceraikan sebelum persetubuhan, sedangkan mas kahwin telah disebut dalam aqad nikah, maka dia tidak berhak mendapat mut’ah kerana telah mendapat setengah daripada mas kahwin dan dia belum memberi sesuatu pun kepada suaminya (belum bermalam pun lagi).

Tafsir Ayat Ke-237

وَإِن طَلَّقتُموهُنَّ مِن قَبلِ أَن تَمَسّوهُنَّ وَقَد فَرَضتُم لَهُنَّ فَريضَةً فَنِصفُ ما فَرَضتُم إِلّا أَن يَعفونَ أَو يَعفُوَ الَّذي بِيَدِهِ عُقدَةُ النِّكاحِ ۚ وَأَن تَعفوا أَقرَبُ لِلتَّقوىٰ ۚ وَلا تَنسَوُا الفَضلَ بَينَكُم ۚ إِنَّ اللَّهَ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh daripada maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

وَإِن طَلَّقتُموهُنَّ مِن قَبلِ أَن تَمَسّوهُنَّ

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka,

Ini ada persamaan dengan ayat sebelum ini – pasangan itu sudah berkahwin tetapi tidak ada hubungan kelamin lagi. Diceraikan sebelum mereka jimak.

وَقَد فَرَضتُم لَهُنَّ فَريضَةً

padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka,

Cuma beza dengan ayat sebelum ini, mahr telah ditetapkan oleh pihak lelaki. Lelaki itu telah berjanji untuk memberikan sekian-sekian banyak kepada isterinya itu. Selalunya di negara ini, mahr itu disebut semasa akad nikah.

فَنِصفُ ما فَرَضتُم

maka mereka berhak mendapat separuh daripada maskahwin yang telah kamu tetapkan itu,

Oleh kerana mahr telah ditetapkan, syari’at menetapkan bahawa bekas suami itu hendaklah memberikan separuh daripada kadar mahr yang telah dijanjikan. Kalau sudah janji hendak beri 10 ribu, maka berilah 5 ribu kepada bekas isterinya itu.

إِلّا أَن يَعفونَ

kecuali jika mereka memaafkannya

Kecuali jikalau pihak isteri kata tidak perlulah beri walau separuh pun iaitu pihak isteri mahu menjaga nama baik. Ini memang boleh. Mungkin dia kasihan kepada lelaki itu kerana telah susah payah hendak mendapatkan wang itu, tetapi perkahwinan tidak jadi pun, maka ambillah balik kesemua daripada mahr itu kembali (kalau sudah bayar). Atau kalau tidak bayar lagi, tidak perlu bayar separuh pun.

أَو يَعفُوَ الَّذي بِيَدِهِ عُقدَةُ النِّكاحِ

atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya

Pihak yang memegang ikatan nikah itu adalah lelaki itu. Dia mungkin hendak menjaga nama baiknya, maka dia pun kata ambillah kesemua mahr yang telah dijanjikan itu. Dia boleh cari duit lagi, tetapi nama baik susah hendak jaga. Ini juga adalah bagus. Tambahan pula kerana dia yang memutuskan perkahwinan itu.

وَأَن تَعفوا أَقرَبُ لِلتَّقوىٰ

Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa.

Kedua-dua pihak tidak jadi berkahwin, tetapi janganlah ada rasa tidak selesa atau marah sesama sendiri. Maafkanlah sesama sendiri dan itu adalah tanda ketaqwaan yang ada pada kedua-dua pihak itu.

Terimalah kejadian itu sebagai takdir daripada Allah ‎ﷻ Maafkanlah apa kesalahan yang telah berlaku. Kita pun tidak pasti kenapa perkahwinan itu tidak menjadi. Namun terima sahaja takdir Allah ‎ﷻ itu.

Juga bermaksud, kalau salah satu pihak melepaskan hak untuk mendapat sebahagian daripada mahr itu, ini adalah sikap yang terpuji.

وَلا تَنسَوُا الفَضلَ بَينَكُم

Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri.

Berilah hadiah sesama sendiri sebagai tanda mereka masih lagi berbaik-baik supaya walau tidak jadi perkahwinan itu tetapi masih mesra lagi antara kedua-dua pihak.

Kalau pihak isteri kata tidak perlu bayar separuh, maka pihak lelaki itu berilah hadiah kepada pihak isteri itu.

Kalau pihak suami berikan seluruh mahr yang dijanjikan itu, maka pihak isteri balaslah budi itu dengan memberikan sesuatu sebagai hadiah.

إِنَّ اللَّهَ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

Allah ‎ﷻ melihat perbuatan hamba-Nya dan Allah ‎ﷻ menilai sama ada perbuatan itu baik atau tidak.

Lihatlah keindahan Islam di dalam mengajar manusia tentang perkara-perkara sebegini. Perkara-perkara sebegini tidak ada di dalam agama lain. Maka jikalau mereka tahu tentang perkara-perkara sebegini, iaitu jikalau kita sampaikan kepada mereka, tentulah mereka akan tertarik dengan keindahan agama Islam ini.

Mungkin mereka akan tergerak hati untuk masuk Islam. Masalahnya umat Islam sendiri pun tidak tahu apa yang ada di dalam Al-Qur’an ini, lalu bagaimana mereka hendak sampaikan keindahan ini kepada manusia lain?

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan