Utama Blog Halaman 46

At-Tazkirah Qurthubi: Bab Talqin Orang yang akan Mati

0

At-Tazkirah Qurthubi(w.671H)

Kod 10 Bab Talqin Orang yang akan Mati La Ilaha illalah (باب تلقين الميت لا إله إلا الله)

Bahagian 1: Hadith Muslim daripada Abu Sa’id al Khudri رضي الله عنه

مسلم عن أبي سعيد الخدري . قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لقنوا موتاكم لا إله إلا الله (رواه مسلم 916)

“Talqinilah orang-orang (akan) mati antara kamu sekalian dengan لا إله إلا الله”. (HR Muslim no 916)

✍️ Fiqh gharibil hadith:

Daripada hadith ini kalimah (موتاكم ) telah menjadi isu besar dalam cara hendak beramal dengan hadith ini. Kalau ikut maksud asal, mautaakum adalah yang telah mati, maka hadith itu berbunyi, “Talqinilah orang yang sudah mati di kalangan kamu”. Maka mereka membaca talqin di kubur selepas dikebumikan. Ini kefahaman aliran perdana di Malaysia. Mereka mengajar mayat talqin di kubur- kubur sebelum didatangi malaikat. Manakala majoriti ahli hadith berpendapat (موتاكم ) itu adalah majaz (kiasan) sahaja. Ia merujuk kepada orang yang hampir mati, nazak.

Bahagian 2: Hadith talqin mayat daripada Abu Umamah al Bahili

حديث أبي أمامة في التلقين . رواه أبو بكر عبد العزيز في ” الشافي ” ) ص 175 . ضعيف . أخرجه الطبراني في ” الكبير ” عن سعيد بن عبد الله الأودي قال : ” شهدت أبا أمامة الباهلي وهو في النزع فقال : إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمر رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) فقال : أذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب عليه فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل : يا فلان بن فلان بن فلانة فإنه يسمع ولا يجيب ثم يقول : يا فلان بن فلانة فإنه يستوي قاعدا ثم يقول : يا فلان بن فلانة فانه يقول : أرشدنا رحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل : اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة : أن لا اله الا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما فان منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول : انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته فيكون الله حجيجه دونهما قال رجل : يا رسول الله فإن لم يعرف أمه ؟ قال : فينسبه إلى حواء : يا فلان بن حواء ”

“Jika salah seorang di antara kalian mati, maka ratakanlah tanah pada kuburnya (kuburkanlah). Hendaklah salah seorang dalam kalian berdiri di pinggir kuburnya dan hendaklah berkata : “Wahai fulan (sebutkan nama orang yang mati) anak fulanah (sebutkan ibu orang yang mati)” sebab dia boleh mendengarnya tetapi tidak boleh menjawabnya. Kemudian berkata lagi : “Wahai fulan (sebutkan nama orang yang mati) anak fulanah (sebutkan ibu orang yang mati)” sebab dia akan duduk. Kemudian berkata lagi : “Wahai fulan (sebutkan nama orang yang mati) anak fulanah (sebutkan ibu orang yang mati)” sebab dia akan berkata : “Berilah kami petunjuk –semoga Allah merahmatimu-“ dan kalian tidak akan merasakannya. Kemudian hendaklah berkata : “Sebutlah sesuatu yang kamu bawa keluar dari dunia, iaitu persaksian bahawa tiada Tuhan kecuali Allah ‎ﷻ, Muhammad hamba dan utusan-Nya, dan sesungguhnya kamu redho Allah menjadi Tuhanmu, Muhammad menjadi Nabimu, dan Al-Qur’an menjadi imammu”, sebab Mungkar dan Nakir saling berpegangan tangan dan berkata : “Mari kita pergi. Kita tidak akan duduk (menanyakan) di sisi orang yang telah ditalqini (dituntun) hujjahnya (jawabannya), maka Allah menjadi hajiij (yang mengalahkan dengan menampakkan hujah) baginya bukan Mungkar dan Nakir”. Kemudian seorang sahabat lelaki bertanya : “Wahai Rasulullah! Jika dia tidak tahu ibu si mayit?” Maka Rasulullah ﷺ menjawab: “Nisbatkan kepada Hawa, wahai fulan bin Hawa” (H.R. Thabrani, HR abu Bakar abdul Aziz, al Syaafi ms 175; at Tabrani dalam Mu’jam al kabir. Dhaif)

✍️ Tahqiq: Dhaif

قال النووي في ” المجموع ” ( 5 / 304 ) والعراقي في ” تخريج الإحياء ” ( 4 / 420 ) : ” إسناده ضعيف ” . وقال ابن القيم في ” زاد المعاد ” ( 1 / 206 ) : ” حديث لا يصح

Berkata Imam Nawawi رحمه الله (al Majmu’ 5/304). al Iraqi (takhrij al ihya’, 4/420). Ibn Qayyim, Zaad al Ma’aad 1/206.

Bahagian 3: Hadith Uthman, Dhaif

و ذكر ابن أبي الدنيا عن زيد بن أسلم قال : قال عثمان بن عفان : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذا احتضر الميت فلقنوه لا إله إلا الله فإنه ما من عبد يختم له بها موته إلا كانت زاده إلى الجنة

Disebut oleh Ibn Abi Dunia daripada Zaid bin Aslam daripada Uthman bin Affan daripada Rasulullah ﷺ yang bersabda, “Apabila ada orang yang akan meninggal, maka talqinlah dia akan kalimah La Ilaha illallah kerana mana-mana orang yang akhir mautnya dengan kalimah tersebut, maka ia menjadi bekalan dia ke syurga.” (HR Ibn Abi Dunia, al Muhtadhirin, ms 20).

✍️ Tahqiq: Dhaif, kerana munqathi’ (putus sanad) antara Zaid dan Uthman.

Bahagian 4: Atsar Umar al Khattab رضي الله عنه, Dhaif

و قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : احضروا موتاكم و
لقنوهم : لا إله إلا الله و ذكروهم فإنهم يرون ما لا ترون

Berkata Umar al Khattab رضي الله عنه, “Hadirilah orang akan meninggal di kalangan kamu dan talqinlah mereka dengan La ilaha illallah dan peringatilah mereka kerana sesungguhnya mereka melihat apa yang kamu tidak lihat”.

Atsar riwayat Ibn Abi Dunya, Kitab al Muhtadhirin ms 22, Abu Muhammad al Isybili al Aqibah ms 144 (tanpa sanad)

Bahagian 5: Hadith Wa’ilah, Dhaif

و ذكر أبو نعيم من حديث مكحول عن إسماعيل بن عياش بن أبي معاذ عتبة ابن حميد عن مكحول عن وائلة بن الأسقع عن النبي صلى الله عليه و سلم : احضروا موتاكم و لقنوهم لا إله إلا الله و بشروهم بالجنة فإن الحكيم من الرجال يتحير عند ذلك المصرع و إن الشيطان أقرب ما يكون من ابن آدم عند ذلك المصرع . و الذي نفسي بيده لمعانية ملك الموت أشد من ألف ضربة السيف ، و الذي نفسي بيده لا تخرج نفس عبد من الدنيا حتى يتألم كل عرق منه على حياله . غريب من حديث مكحول لم نكبته إلا من حديث إسماعيل

Abu Nu’aim menyebut sebuah hadith daripada sanad Makhul daripada Ismail bin Iyasy daripada Abu Mu’adz ‘Utbah bin Hamid daripada Makhul daripada Wa’ilah bin al Asqa’ daripada Nabi ﷺ, “Hadirilah menyaksikan orang hampir mati dalam kalangan kamu dan talqinlah dia La ilaha illallah, beri khabar gembira akan syurga kerana orang yang bijak sekalipun akan bingung saat kematiannya. Sesungguhnya syaitan amat dekat kepadanya. Demi nyawaku yang dalam Genggaman-Nya, melihat malakul maut lebih ngeri daripada 1000 libasan pedang dan setiap nyawa yang keluar, setiap uratnya akan merasa sakit.”

Komen al Qurthubi رحمه الله: Hadith Makhul ini gharib (indikasi dhaif) dan kami hanya mencatat daripada jalur Ismail bin Iyasy.
Tahqiq al Albani: dhaif, silsilah al dhaifah, no. 2038

الراوي : واثلة بن الأسقع الليثي أبو فسيلة | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 2083 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف
التخريج : أخرجه أبو نعيم في ((حلية الأولياء)) (5/186)

Bahagian 6: Hadith Muadz bin Jabal, Sahih

فصل : قال علماؤنا : تلقين الموتى هذه الكلمة سنة مأثورة عمل بها المسلمون . و ذلك ليكون آخر كلامهم لا إله إلا الله فيختم له بالسعادة ، و ليدخل في عموم قوله عليه السلام من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة . أخرجه أبو داود من حديث معاذ بن جبل رضي الله عنه ، صححه أبو محمد عبد الحق

Isu talqin dan cara mentalqin:

Berkata ulama’ kami (guru al Qurthubi, yakni Abu al Abbas Ahmad bin Umar al Qurthubi, w.656H): “Menalqin orang yang hampir mati (sakarat) adalah sunnah makthurah (sunnah yang thabit) yang menjadi tradisi kaum Muslimin seterusnya bertujuan akhir kalam seseorang adalah kalimah La ilaha illallah. Semoga dia berakhir dengan kebahagiaan dan termasuk dalam keumuman hadith: “Siapa yang akhir kalamnya adalah La ilaha illallah, maka masuk syurga (من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة) (HR Abu Daud daripada sanad akhir Mu’adz bin Jabal, disahihkan oleh Abu Muhammad Abdul Haqq al Isybili (kelahiran Isybil Spain, w.581H)

✍️ Takhrij/tahqiq:
Disahihkan oleh al Albani, sahih Abu Daud, no 3116

الراوي : معاذ بن جبل | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 3116 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Bahagian 7: Larangan Memperbanyak Talqin

فإذا تلقهنا المحتضر و قالها مرة واحدة فلا تعاد عليه ليلاً بفجر ، و قد كره أهل العلم الإكثار من التلقين ، و الإلحاح عليه إذا هو تلقنها أو فهم ذلك عنه . قال ابن المبارك : لقنوا الميت لا إله إلا الله فإذا قالها فدعوه

Apabila dipastikan orang yang hampir mati itu sudah dapat mengucap sekali, maka ia sudah mencukupi baginya, maka jangan diulangi lagi kerana akan menyeksakan dia. Ahli ilmu tidak menyukai perbuatan memperbanyak talqin apabila orang yang gering sudah memahaminya. Berkata Ibn Mubarak (tabi’ tabi’in Iraqi, w.181H),” tuntunilah orang yang hampir mati akan la ilaaha illallah; apabila dia sudah mengucap, maka biarkan dia”. (Abdul Haq al Isybili, al ‘Aaqibah, 145)

Bahagian 8: Larangan memperbanyak talqin, atsar Ibn Mabarak

قال الحسن بن عيسى : قال لي ابن المبارك : لقني ـ يعني الشهادة ـ و لا تعد علي إلا أن أتكلم بكلام ثان ، و المقصود أن يموت الرجل و ليس في قلبه إلا الله عز و جل لأن المدار على القلب ، و عمل القلب هو الذي ينظر فيه ، و تكون النجاة به

Berkata al Hasan bin Isa (budak milik Ibn Mubarak, wafat 240H) pernah berkata kepada aku, “Talqinlah daku yakni (ajar syahadah) dan jangan ulangi kecuali jika aku menyebut benda lain.”

Syarah: Maksud Ibn Mubarak ialah supaya orang yang akan mati tidak ada apa dalam hatinya melainkan Allah ‎ﷻ. Amal hati itulah yang mendapat perhatian Allah ‎ﷻ dan itulah yang membawa kepada keselamatan. (Dikeluarkan oleh Ibn Jauzi, Sifatus Safwah, 4:146)

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-236 dan Ke-237

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-236

Ini pula adalah keadaan jikalau seorang isteri diceraikan sebelum disetubuhi dan sebelum ditetapkan mahr berapa banyak yang akan dibayar.

لّا جُناحَ عَلَيكُم إِن طَلَّقتُمُ النِّساءَ ما لَم تَمَسّوهُنَّ أَو تَفرِضوا لَهُنَّ فَريضَةً ۚ وَمَتِّعوهُنَّ عَلَى الموسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى المُقتِرِ قَدَرُهُ مَتٰعًا بِالمَعروفِ ۖ حَقًّا عَلَى المُحسِنينَ

Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi “Mut’ah” (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.

لّا جُناحَ عَلَيكُم إِن طَلَّقتُمُ النِّساءَ ما لَم تَمَسّوهُنَّ

Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka

Tidaklah salah kalau seorang suami menceraikan isterinya sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Mungkin perkahwinan itu perkahwinan yang dirancang oleh keluarga masing-masing dan apabila seorang lelaki melihat isterinya itu, dia tidak mahu meneruskan perkahwinan itu; atau apa-apa sahaja sebab.

أَو تَفرِضوا لَهُنَّ فَريضَةً

dan (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka.

Perkataan أَو (selalunya bermaksud: atau) dalam ayat ini dibaca dengan makna و (dan). Maknanya, isteri itu tidak disetubuhi DAN tidak ditetapkan kadar mahr untuknya. Kena ada kedua-dua syarat itu.

Maksudnya mahr tidak diberikan atau tidak ditetapkan pun kadar mahr dalam akad nikah. Maknanya, kalau akad nikah itu tidak sebut berapa banyak yang akan diberi, akad itu sah.

Hukum: Bayaran mahr adalah ‘wajib’, namun tidaklah ‘rukun’. Nikah itu sah tetapi hendaklah kemudiannya diberikan juga mahr itu. Selagi mahr tidak diberikan, seorang isteri boleh menahan farajnya daripada suaminya.

وَمَتِّعوهُنَّ

hendaklah kamu memberi “Mut’ah” (pemberian saguhati) kepada mereka

Mut’ah berasal daripada kalimah al-Mata’ (المتاع). Ia bermaksud sesuatu yang menyeronokkan dan dapat dimanfaati. Sementara mut’ah dalam bab ini ialah harta yang wajib diserahkan oleh suami kepada isterinya yang telah ditinggalkan sama ada dengan sebab penceraian atau dipisahkan.

Berikanlah hadiah kerana dia akan menjaga nama baik lelaki itu dan juga untuk menjaga hati dia. Ini bukanlah mahr tetapi pemberian saguhati kepada wanita itu.

Kiranya sebagai penghibur hati dia. Tidaklah sia-sia sahaja dia melalui proses perkahwinan itu tetapi tidak mendapat apa-apa kerana tentu dia malu juga kerana satu kampung sudah tahu dia telah berkahwin tetapi tiba-tiba kena cerai pula.

عَلَى الموسِعِ قَدَرُهُ

atas suami yang senang menurut ukuran kemampuannya;

Tidak ditetapkan berapakah kadar pemberian hadiah itu. Ikut kedudukan suami itu sama ada kaya atau miskin. Maksudnya, sekadar mana yang mampu. Kalau kaya, berilah banyak dan hadiah yang bernilai – mungkin sebiji kereta.

وَعَلَى المُقتِرِ قَدَرُهُ

dan atas suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya,

Kalau orang miskin, berilah apa sahaja yang dia mampu beri tetapi hendaklah beri sesuatu yang bernilai yang dapat menyentuh hati bekas isterinya itu.

مَتٰعًا بِالمَعروفِ

sebagai pemberian saguhati menurut yang patut,

Berikanlah mengikut apa yang selayaknya. Janganlah pula bekas isteri itu minta hadiah yang bukan-bukan.

حَقًّا عَلَى المُحسِنينَ

satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.

Ini adalah satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan bagi mereka yang ada hati yang baik.

Mut’ah wajib diberikan kepada perempuan yang berkeadaan berikut:

  1. Isteri yang diceraikan selepas persetubuhan.
  2. Isteri yang diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya tidak disebut semasa aqad nikah. Ini seperti dalam ayat ini.
  3. Isteri yang diperintah berpisah dengan suaminya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh suami murtad atau melakukan li’an (اللعان). Perpisahan tersebut berlaku selepas persetubuhan atau sebelum persetubuhan, dengan syarat mas kahwin tidak disebut dalan aqad nikah.

Isteri yang diceraikan sebelum persetubuhan, sedangkan mas kahwin telah disebut dalam aqad nikah, maka dia tidak berhak mendapat mut’ah kerana telah mendapat setengah daripada mas kahwin dan dia belum memberi sesuatu pun kepada suaminya (belum bermalam pun lagi).

Tafsir Ayat Ke-237

وَإِن طَلَّقتُموهُنَّ مِن قَبلِ أَن تَمَسّوهُنَّ وَقَد فَرَضتُم لَهُنَّ فَريضَةً فَنِصفُ ما فَرَضتُم إِلّا أَن يَعفونَ أَو يَعفُوَ الَّذي بِيَدِهِ عُقدَةُ النِّكاحِ ۚ وَأَن تَعفوا أَقرَبُ لِلتَّقوىٰ ۚ وَلا تَنسَوُا الفَضلَ بَينَكُم ۚ إِنَّ اللَّهَ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh daripada maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

وَإِن طَلَّقتُموهُنَّ مِن قَبلِ أَن تَمَسّوهُنَّ

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka,

Ini ada persamaan dengan ayat sebelum ini – pasangan itu sudah berkahwin tetapi tidak ada hubungan kelamin lagi. Diceraikan sebelum mereka jimak.

وَقَد فَرَضتُم لَهُنَّ فَريضَةً

padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka,

Cuma beza dengan ayat sebelum ini, mahr telah ditetapkan oleh pihak lelaki. Lelaki itu telah berjanji untuk memberikan sekian-sekian banyak kepada isterinya itu. Selalunya di negara ini, mahr itu disebut semasa akad nikah.

فَنِصفُ ما فَرَضتُم

maka mereka berhak mendapat separuh daripada maskahwin yang telah kamu tetapkan itu,

Oleh kerana mahr telah ditetapkan, syari’at menetapkan bahawa bekas suami itu hendaklah memberikan separuh daripada kadar mahr yang telah dijanjikan. Kalau sudah janji hendak beri 10 ribu, maka berilah 5 ribu kepada bekas isterinya itu.

إِلّا أَن يَعفونَ

kecuali jika mereka memaafkannya

Kecuali jikalau pihak isteri kata tidak perlulah beri walau separuh pun iaitu pihak isteri mahu menjaga nama baik. Ini memang boleh. Mungkin dia kasihan kepada lelaki itu kerana telah susah payah hendak mendapatkan wang itu, tetapi perkahwinan tidak jadi pun, maka ambillah balik kesemua daripada mahr itu kembali (kalau sudah bayar). Atau kalau tidak bayar lagi, tidak perlu bayar separuh pun.

أَو يَعفُوَ الَّذي بِيَدِهِ عُقدَةُ النِّكاحِ

atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya

Pihak yang memegang ikatan nikah itu adalah lelaki itu. Dia mungkin hendak menjaga nama baiknya, maka dia pun kata ambillah kesemua mahr yang telah dijanjikan itu. Dia boleh cari duit lagi, tetapi nama baik susah hendak jaga. Ini juga adalah bagus. Tambahan pula kerana dia yang memutuskan perkahwinan itu.

وَأَن تَعفوا أَقرَبُ لِلتَّقوىٰ

Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa.

Kedua-dua pihak tidak jadi berkahwin, tetapi janganlah ada rasa tidak selesa atau marah sesama sendiri. Maafkanlah sesama sendiri dan itu adalah tanda ketaqwaan yang ada pada kedua-dua pihak itu.

Terimalah kejadian itu sebagai takdir daripada Allah ‎ﷻ Maafkanlah apa kesalahan yang telah berlaku. Kita pun tidak pasti kenapa perkahwinan itu tidak menjadi. Namun terima sahaja takdir Allah ‎ﷻ itu.

Juga bermaksud, kalau salah satu pihak melepaskan hak untuk mendapat sebahagian daripada mahr itu, ini adalah sikap yang terpuji.

وَلا تَنسَوُا الفَضلَ بَينَكُم

Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri.

Berilah hadiah sesama sendiri sebagai tanda mereka masih lagi berbaik-baik supaya walau tidak jadi perkahwinan itu tetapi masih mesra lagi antara kedua-dua pihak.

Kalau pihak isteri kata tidak perlu bayar separuh, maka pihak lelaki itu berilah hadiah kepada pihak isteri itu.

Kalau pihak suami berikan seluruh mahr yang dijanjikan itu, maka pihak isteri balaslah budi itu dengan memberikan sesuatu sebagai hadiah.

إِنَّ اللَّهَ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

Allah ‎ﷻ melihat perbuatan hamba-Nya dan Allah ‎ﷻ menilai sama ada perbuatan itu baik atau tidak.

Lihatlah keindahan Islam di dalam mengajar manusia tentang perkara-perkara sebegini. Perkara-perkara sebegini tidak ada di dalam agama lain. Maka jikalau mereka tahu tentang perkara-perkara sebegini, iaitu jikalau kita sampaikan kepada mereka, tentulah mereka akan tertarik dengan keindahan agama Islam ini.

Mungkin mereka akan tergerak hati untuk masuk Islam. Masalahnya umat Islam sendiri pun tidak tahu apa yang ada di dalam Al-Qur’an ini, lalu bagaimana mereka hendak sampaikan keindahan ini kepada manusia lain?

Allahu a’lam.

10.3.6 Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj

0

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.6 Ciri fizikal Ya’juj dan Ma’juj (صفة خلق يأجوج ومأجوج)

Dalil hadith:

عن خالد بن عبد الله بن حرملة عن خالته قالت:خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو عاصب رأسه من لدغة عقرب فقال:<< إنكم تقولون لا عدو! وإنكم لن تزالوا تقاتلون حتى يأتي يأجوج ومأجوج: عراض الوجوه ,صغار العيون, صهب الشعاف , ومن كل حدب ينسلون .كأن وجوههم المجان المطرقة> (قال الهيثمي (6/8) رواه أحمد والطبراني ورجالهما رجال الصحيح وقال البوصيري في اتحاف الخيرة المهرة في المسانيد العشرة رجاله ثقات.
الراوي : خالة خالد بن عبدالله بن حرملة | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 8/9 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح‌‏

Daripada Khalid bin Abdullah bin Harmalah daripada makciknya, Nabi ‎ﷺ berkhutbah dalam keadaan kepalanya berbalut kerana sengatan kalajengking. Baginda bersabda, “Kamu ingat musuh sudah tiada lagi? Sungguh kamu semua tidak akan berhenti melawan musuh sehingga datangnya Ya’juj dan Ma’juj. Mereka berwajah lebar, mata sepet, rambut coklat dan mereka turun dengan pantas dari kawasan tanah tinggi. Wajah mereka seperti al majan al muthraqah (perisai yang berbentuk bulat, maksudnya muka yang lebar)

✍ Tahqiq: Dinilai sahih sanadnya oleh al Haithami dlm al Majma’ 8/9.

🗣 Syarah: Daripada apa yang dikhabarkan oleh hadith tersebut, ia menyerupai bangsa Cina, tartar dan pedalaman Turki, Uzbek, Turkmenistan.

Menurut Ibn Hajar رحمه الله dalam al Fath, 8:107, semua riwayat mengenai sifat fizikal Ya’juj dan Ma’juj adalah tidak sahih.

 

10.3.5 Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj

0

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

 

10.3.5 Jumlah Ya’juj dan Ma’juj yang ramai  (كثرة عددهم) Bahagian 1

 

Hadith Imran bin Husain رضي الله عنه,

 

وروى عمران بن حصين ((أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال وهو في بعض أسفاره، وقد تفاوت بين أصحابه السير، رفع بهاتين الآيتين صوته: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُم بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ [الحج: 1-2 ]، فلما سمع أصحابه ذلك حثوا المطي، وعرفوا أنه عند قول يقوله، فلما دنوا حوله قال:  أتدرون أي يوم ذاك؟ قال: ذاك يوم يُنادى آدم عليه السلام، فيناديه ربه عز وجل، فيقول: يا آدم ابعث بعثاً إلى النار. فيقول: يا رب، وما بعث النار؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعين إلى النار وواحد في الجنة. قال: فأبلس أصحابه، حتى ما أوضحوا بضاحكة. فلما رأى ذلك قال:  أبشروا واعملوا، فوالذي نفس محمد بيده إنكم لمع خليقتين ما كانتا مع شيء قط إلا كثرتاه: يأجوج ومأجوج، ومن هلك من بني آدم وبني إبليس  قال: فسري عنهم، ثم قال:  اعملوا وأبشروا، فوالذي نفس محمد بيده ما أنتم في الناس إلا كالشامة في جنب البعير أو الرقمة في ذراع الدابة)) رواه أحمد والترمذي والنسائي في كتاب التفسير في (سننهما)، وقال الترمذي: حسن صحيح

 

Daripada Imran ibnu Husain رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda membacakan dua ayat berikut dengan suara yang keras di salah satu perjalanannya, yang saat itu orang-orang yang berpergian dengan baginda sudah saling berdekatan: “Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusukan anak yang disusukannya dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil; dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat kerasnya. “[Al-Hajj: 1-2]. Ketika para sahabat (yang berpergian dengannya) mendengar bacaan baginda, mereka segera memacu kenderaannya mendekati sumber suara itu. Ternyata setelah dekat, mereka mengetahui bahawa yang membacanya adalah Nabi ﷺ dan saat mereka telah berada di sekelilingnya, maka Nabi ﷺ bersabda, “Tahukah kalian, hari apakah yang dimaksudkan oleh ayat ini? Iaitu suatu hari yang saat itu Adam عليه السلام dipanggil oleh Tuhannya, lalu Tuhan berfirman kepadanya, “Hai Adam, kirimkan satu kumpulan ke neraka.” Adam عليه السلام bertanya, “Wahai Tuhanku, berapa banyakkah yang patut diusir ke neraka?” Allah ‎ﷻ berfirman, “Daripada seribu orang yang sembilan ratus sembilan puluh sembilannya dimasukkan ke dalam neraka, sedangkan yang seorang dimasukkan ke dalam syurga.” Para sahabat merasa berdukacita kerana mereka masih belum memahami apa yang dimaksud oleh sabda Nabi ﷺ itu. Melihat keadaan tersebut Nabi ﷺ bersabda menjelaskannya: “Bergembiralah kalian dan beramallah. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, sesungguhnya kalian benar-benar bersama dengan dua jenis makhluk lainnya, yang tidak sekali-kali kedua jenis makhluk itu dikumpulkan bersama sesuatu, melainkan membuat sesuatu itu menjadi banyak bilangannya. Iaitu Ya’juj dan Ma’juj, dan orang-orang yang binasa dalam kalangan anak Adam serta anak-anak Iblis. Mendengar penjelasan ini hati para sahabat menjadi lega. Kemudian Rasulullah ﷺ melanjutkan sabdanya: Beramallah dan bergembiralah kalian. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, tiadalah jumlah kalian ini jika dibandingkan dengan seluruh manusia, melainkan seperti tahi lalat yang ada di badan unta, atau seperti belang yang ada di kaki ternak.” (HR Ahmad, at Tirmidzi dan an Nasa’iy)

 

✍ Fiqh hadith:

 

💥 Menggambarkan betapa ramainya penduduk manusia daripada keturunan Adam عليه السلام dan jin.

 

💥 Nisbah penduduk neraka dan syurga ialah 999:1, maksudnya 1 dalam 1000.

 

💥 Nisbah itu adalah daripada jumlah manusia dan jin termasuk Ya’juj dan ma’juj.

 

💥 Berita gembira; nisbah 1:1000 itu bukan diambil daripada jumlah umat Islam, tetapi daripada jumlah makhluk (keturunan Adam dan Iblis juga termasuk Ya’juj dan Ma’juj).

 

💥 Ya’juj dan Ma’juj disebut secara khusus kerana jumlah mereka yang ramai, melebihi umat Islam.

 

10.3.5 Jumlah Ya’juj dan Ma’juj yang ramai  (كثرة عددهم) Bahagian 2

 

وقال الطبراني : عن عبد الله بن عمرو ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” إن يأجوج ومأجوج من ولد آدم ، ولو أرسلوا لأفسدوا على الناس معايشهم ، ولن يموت منهم رجل إلا ترك من ذريته ألفا فصاعدا ، وإن من ورائهم ثلاث أمم : تاويل ، وتايس ومنسك ” . هذا حديث غريب بل منكر ضعيف

 

Daripada Abdullah bin Amru رضي الله عنهما daripada Nabi ﷺ yang bersabda, “Ya’juj dan Ma’juj adalah keturunan Adam عليه السلام. Jika mereka bergerak akan merosakkan kehidupan manusia. Sekiranya salah seorang mereka mati, mereka akan meninggalkan lebih daripada 1000 zuriat. Mereka (Ya’juj dan Ma’juj) terbahagi kepada tiga golongan umat: Taawil, Tawis dan Munsik.” (HR Tabrani).

 

Tahqiq Ibn Katsir رحمه الله, tafsir [al Kahfi: 99], hadith ini gharib (aneh) bahkan munkar dhaif.

 

رواه الطبراني في الكبير والأوسط وقال الهيتمي في مجمع الزواد (6/8)ورجله ثقات وحكم عليه الألباني بالنكارة كما في السلسلة الضعيفة

(159/9

 

Catatan Dr al Areefi, HR Tabrani dalam Mu’jam al Kabir dan al Awsath. Komen al Haithami dalam Majma (6:8) perawinya dipercayai. Akan tetapi al Albani menghukumnya hadith munkar (dhaif) dalam Silsilah al Dhaifah (9:159)

Selain al Haithami yang mensahihkan sanadnya, Ibn Hajar Asqolani رحمه الله dalam Fathul Bari (8:107) ada riwayat lain daripada Abdullah bin Salam dikeluarkan Musnad Abd bin Hamid, sanadnya sahih.

Ibn Katsir رحمه الله dalam al Nihayah, 1:154, ia hadith gharib (dhaif), kemungkinan besar adalah atsar Abdullah bin Amru sahaja.

 

10.3.5 Jumlah Ya’juj dan Ma’juj yang ramai  (كثرة عددهم) Bahagian 3

 

وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه قال: [ إن الله عز وجل جزأ الخلق عشرة أجزاء فجعل تسعة أجزاء الملائكة وجزءا سائر الخلق وجزأ الملائكة عشرة أجزاء فجعل تسعة أجزاء يسبحون الليل والنهار لا يفترون وجزءا لرسالته وجزأ الخلق عشرة أجزاء فجعل تسعة أجزاء الجن وجزءا بني آدم وجزأ بن يآدم عشرة أجزاء فجعل تسعة أجزاء يأجوج ومأجوج وجزءا سائر الناس ]

 

Atsar Abdullah bin Amru رضي الله عنه yang berkata,” Sesungguhnya Allah ‎ﷻ membahagikan manusia menjadi 10 bahagian: 9 bahagian untuk golongan Malaikat dan 1 bahagian untuk semua makhluk. Malaikat dipecahkan kepada 10 bahagian pula: 9 bahagian untuk bertasbih siang dan malam, manakala satu bahagian untuk menyampaikan Risalah-Nya. 1 bahagian untuk makhluk dijadikan 10 bahagian: 9 bahagian untuk golongan Jin dan 1 bahagian untuk keturunan Adam. 1 bahagian Adam dijadikan 10 pula, 9 bahagian untuk keturunan Ya’juj dan Ma’juj, satu bahagian sahaja untuk manusia lain” .

 

🗣 Komen al Hakim

 

هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الْإِسْنَادِ، وَلَمْ يُخْرِجَاهُ “

[التعليق – من تلخيص الذهبي]

8506 – صحيح

 

Kata al Haakim, sahih (atas syarat Bukhari dan Muslim) namun keduanya tidak mengeluarkan dalam kedua sahihnya, no 8506 (al Mustadrak dengan komentar al  Zahabi)

 

✍ Tahqiq Multaqa ahlil hadith:

 

فالحديث صحيح – إن شاء الله – موقوفاً على عبد الله بن عمرو

 

Hadith sahih mauquf atas Abdullah bin Amru رضي الله عنهما.

 

✍ Tahqiq Syaikh Muqbil, ta’aliq ke atas al Mustadrak al Hakim, mauquf.

 

قال الشيخ مقبل في تعليقه على المستدرك …. موقوف

 

✍ Komentar pengarang Dr al Areefi:

 

وهذا الأثر لعبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنه وليس مرفوعا إلى النبي صلى الله عليه وسلم وليس له حكم الرفع ,لأن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عرف عنه أنه الأخذ عن الإسرائيليات وتضمينها كلامه أحيانا ولكني ذكرت الأثر استئناسا به

 

Atsar ini adalah kata-kata Abdullah bin Amru رضي الله عنهما dan tidak marfu’ (bukan hadith nabi), kemungkinan Israiliyat kerana beliau antara yang dikesan mengambil sumber Israil. Maka kita ambil atsar ni sebagai peringatan sahaja.

10.3.4 Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj

0

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.4 Apakah agama Ya’juj dan Ma’juj? Apakah agama pernah sampai kepada mereka? (ما دين يأجوج ومأجوج؟وهل بلغتهم رسالة النبي صلى الله عليه وسلم؟)

👥 Asal usul etnik

يأجوج ومأجوج من بني آدم…
والذي رجحه الحافظ ابن حجر :أنهم قبيلتان من ولد يافث بن نوح(*)

Ya’juj dan Ma’juj adalah daripada keturunan Adam عليه السلام. Maksudnya asalnya “human being” atau manusia. Al hafiz Ibn Hajar Asqolani رحمه الله merajihkan (menguatkan) pendapat ini dengan menyatakan kedua qabilah tersebut adalah daripada anak Yafith bin Nuh (* Fathul Bari 13:106)

Ini menutup mitos bahawa Ya’juj dan Ma’juj adalah “alien being” atau makhluk asing, atau “monsters” seperti dalam filem-filem Hollywood seperti Orc, elf, Hobbits, giants yang bukan berasal daripada keturunan Adam عليه السلام.

At-Tazkirah Qurthubi: Jangan Mati kecuali dalam keadaan Baik sangka dan Takut (Bhg 2)

0

At-Tazkirah al-Qurthubi (w.671H)

Kod 9.0 Bab Jangan Mati kecuali dalam keadaan Baik sangka dan Takut kepada Allah ‎ﷻ
(باب لا يموت أحد و هو يحسن بالله الظن و في الخوف من الله ‎ﷻ)

Bahagian 9: Atsar Ibn Mas’ud رضي الله عنه, dhaif

و قال عبد الله بن مسعود : [ و الله الذي لا إله إلا غيره . لا يحسن أحد الظن بالله إلا أعطاه الله ظنه و ذلك أن الخير بيده ]

Berkata Ibn Mas’ud رضي الله عنه “Demi Allah ‎ﷻ yang mana tiada Tuhan melainkan Dia, tiada seorang pun yang berbaik sangka kepada Allah ‎ﷻ melainkan Allah ‎ﷻ memberinya apa yang dia berprasangka disebabkan semua kebaikan ada di Tangan-Nya.”

✍️ Takhrij/tahqiq Multaqa ahli hadith:

رواه ابن أبي شيبة في ” مصنفه ” والحسين المروزي في زوائده على ” الزهد لابن المبارك ” والبيهقي في ” شعب الإيمان ” من طريق أبي معاوية ، ورواه الطبراني في ” معجمه الكبير” من طريق زائدة بن قدامة ، ورواه ابن أبي الدنيا في ” حسن الظن بالله ” من طريق الفضيل بن عياض ، ثلاثتهم (أبو معاوية وزائدة والفضيل) عن سليمان الأعمش عن خيثمة عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه
ورواه أبو داود في ” الزهد ” من طريق أبي عوانة عن الأعمش عن خيثمة عن الأسود عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه
فالظاهر أن زيادة الأسود في إسناد هذا الأثر غير محفوظة ، فيكون الإسناد منقطعا حيث أن خيثمة لم يسمع من ابن مسعود إلا أنه يُتَساهل في مثل هذه الآثار.

HR Ibn Abi Syaibah, musyannaf, Husin al Marwazi dalam Zaidah al Zuhud Ibn Mubarak, al Baihaqi, Syu’ab al Iman daripada jalur Abu Muawiyah, HR Tabrani dalam Mu’jam al Kabir, Ibn Abi Dunya dalam Huznul Dzan Billah, Abu Daud dalam az Zuhd.

Kedhaifan kerana sanad munqathi’ (putus) antara Khuthaimah dan Ibn Mas’ud.

Bahagian 10: Atsar Ibn Abbas رضي الله عنهما, Dhaif

و ذكر ابن المبارك قال أخبر سفيان : أن ابن عباس قال : إذا رأيتم بالرجل الموت فبشروه ليلقي ربه و هو حسن الظن به ، و إذا كان حياً فخوفوه

Disebutkan oleh Ibn Mubarak daripada Sufyan al Tsauri daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما, “Apabila kamu melihat seseorang ada petanda kematian, maka berilah berita gembira bahawa dia akan bertemu Tuhannya dalam keadaan Husnul Dzann; tetapi jika dia masih hidup, maka berilah dia peringatan yang menakutkan”. (Atsar riwayat Ibn Mubarak, az Zuhud, no 442)

✍️ Tahqiq: Dr Muhamad Sadiq menyatakan ia adalah Dhaif kerana munqathi’ antara Sufyan dan Ibn Abbas.

Bahagian 11: Atsar Fudhail bin Iyadh, Sahih

و قال الفضيل : الخوف أفضله من الرجاء . ما كان العبد صحيحاً فإذا نزل به الموت ، فالرجاء أفضل من الخوف

Berkata Fudhail bin Iyadh (ahli zuhud Mekah, wafat 187H), “Rasa takut (khauf) lebih baik daripada mengharap (raja’) bagi hamba-hamba (Allah ‎ﷻ) yang masih sihat. Jika dia sedang bergelut dengan kematian, maka mengharap (raja’) lebih baik daripada khauf (takut). “ (Dikeluarkan oleh al Zahabi, Siyar A’lam an Nubala, 8:381; Abu Nu’aim, al Hilyah, 1:89)

Bahagian 12: Atsar Ibn Abi Dunya 1, Sahih

و ذكر ابن أبي الدنيا : قال ، حدثنا يحيى بن عبد الله بن البصري . قال حدثنا سوار بن عبد الله قال حدثنا المعتمر . قال : قال أبي حين حضرته الوفاة : يا معتمر حدثني بالرخص لعلي ألقى الله و أنا أحسن الظن به

Disebut oleh Ibn Abi Dunia daripada Yahya bin Abdullah al Bashri, daripada Siwar bin Abdullah daripada al Mu’tamir (w. 143H), katanya, telah berkata ayahku (Sulaiman at Taimi) menjelang wafatnya, “Wahai Mu’tamir, ceritakan kepadaku tentang keringanan (yang Allah ‎ﷻ kurniakan kepadaku) supaya aku dapat menemui Allah‎ ﷻ dalam keadaan husnul dzan kepada-Nya” (Dikeluarkan oleh Ibn Abi Dunya, kitab Huznul Dzann ms 40)

Bahagian 13: Atsar Ibn Abi Dunya 2, Sahih

قال : و حدثنا عمرو بن محمد الناقد . قال : حدثنا خلف بن خليفة عن حصين عن إبراهيم قال : كانوا يستحبون أن يلقنوا العبد محاسن عمله عند الموت ، حتى يحسن ظنه بربه عز و جل .

Juga daripada Ibn Abi Dunya daripada Amru bin Muhammad an Naaqid, daripada Khalaf bin Khalifah daripada Hushain dan daripada Ibrahim (an Nakha’iy, wafat 96H, Kufah), “Dahulu (kaum salaf) senang atau suka dibisikkan di telinga mereka akan amal kebaikannya ketika dia sedang maut, lantas dia berbaik sangka akan Allah ‎ﷻ.” (Ibn Abi Dunya, al Muhtadhirin, ms 40)

Bahagian 14: Atsar Thabit al Bunani al Basri

و قال ثابت البناني : كان شاب به رهق فلما نزل به الموت انكبت عليه أمه و هي تقول : يا بني قد كنت أحذرك مصرعك هذا ، قال : يا أماه إن لي رباً كثير المعروف ، و إني لأرجو اليوم أن لا يعدمني بعض معروفه ، فقال ثابت : فرحمه الله يحسن ظنه بالله في حاله تلك

Berkata Thabit al Bunani (Thabit bin Aslam al Bunani al Basri, tabi’in besar, wafat 127H), “Ada seorang pemuda yang sering melakukan kesalahan, ketika kematian mendatanginya, ibunya memeluknya dan berkata kepadanya, “Bukankah ibu selalu memperingatkanmu akan keadaan ini?” Pemuda itu menjawab, “Wahai ibuku, saya memiliki Tuhan yang Maha Luas Kebaikannya, sungguh saya berharap aku masih dapat sebahagian daripada kebaikan-Nya pada hari ini.” Maka ulas Thabit al Bunani, “Maka Allah ‎ﷻ merahmati pemuda itu kerana dia berbaik sangka kepada Allah ‎ﷻ dalam keadaan itu.” (Riwayat Ibn abi Dunya, Husnul Dzann billah ms 44)

Bahagian 15: Atsar Umar bin Dzar رحمه الله (HR Ibn Abi Dunya)

و قال عمر بن ذر يوماً في كلامه ـ و عنده ابن أبي داود و أبو حنيفة ـ أتعذبنا و في أجوافنا التوحيد ؟ لا أراك تفعل . اللهم اغفر لمن لم يزل على مثل حال السحرة في الساعات التي غفرت لهم ، فإنهم قالوا : آمنا برب العالمين فقال أبو حنيفة : رحمك الله القصص بعدك حرام

Berkata Umar bin Dzar رحمه الله (tabi’in Kufah, w. 156H) berbicara di samping dua temannya, Ibn Abi Daud (w.197H, ia syaz kerana Umar bin Dzar tidak ada sahabat bernama Ibn Abi Daud, yang ada ialah Ibn Abi Rawwad, wafat 197H) dan Abu Hanifah (pendiri Mazhab Hanafi, wafat 150H), Umar رحمه الله berkata, “Ya Tuhan, apakah Engkau akan mengazab kami sedangkan dalam hati kami ada Tauhid? Aku tidak pernah melihat Engkau melakukan sedemikian. Kemudian dia berdoa, “Ya Allah ampunilah orang-orang yang masih tetap (ada tauhid dalam jiwanya) seperti keadaan tukang-tukang sihir Fir’aun pada saat-saat Engkau mengampuni mereka ketika mana mereka mengucapkan, “Kami beriman kepada Rabb semesta alam ( آمنا برب العالمين) Al-Qur’an [26:47]; Lalu Abu Hanifah berkata, “Semoga Allah ‎ﷻ merahmati engkau, sepeninggalanmu nanti, adalah haram mengikuti caramu itu.” (HR Ibn Abi Dunya, Husnul Dzan ms 28)

Bahagian 16: Kisah Israeliyat

كان يحيى بن زكريا إذا لقي عيسى بن مريم عليهما السلام : عبس ، و إذا لقيه عيسى ، تبسم ، فقال له عيسى : تلقاني عابساً كأنك آيس ؟ فقال له يحيى : تلقائي ضاحكاً كأنك آمن ؟ فأوحى الله تبارك و تعالى إليهما : إن أحبكما إلي أحسنكما ظناً بي ذكره الطبري

Alkisah bahawa Nabi Yahya bin Zakariya عليه السلام jika bertemu Nabi Isa عليه السلام putera Maryam baginda bermuka masam, akan tetapi jika Nabi Isa عليه السلام yang bertemu Yahya عليه السلام, Nabi Isa عليه السلام akan tersenyum. Lantas Isa عليه السلام bertanya kenapa Yahya عليه السلام sering bermasam muka jika ketemu baginda. Maka jawab Yahya عليه السلام, “Saat engkau ketemu aku dengan senyuman seolah-olah engkau dalam keadaan aman?” Maka Allah menurunkan wahyu kepada kedua-duanya: “Sesungguhnya orang yang paling Aku cintai antara kamu berdua ialah yang paling baik prasangkanya terhadap Ku.” (Dicatat oleh Tobari)

✍️
Komentar muhaqqiq Dr Sadiq Ibrahim, kisah Israeliyat, tidak wujud dalam mana-mana karya Tobari.

Bahagian 17: Atsar Zaid bin Aslam

و قال زيد بن أسلم : يؤتي بالرجل يوم القيامة ، فيقال : انطلقوا به إلى النار فيقول : يا رب فأين صلاتي و صيامي ؟ فيقول الله تعالى : اليوم أقنطك من رحمتي كما كنت تقنط عبادي من رحمتي : قال : و من يقنط من رحمة ربه إلا الضالون

Berkata Zaid bin Aslam (anak kepada Aslam, khadam Khalifah Umar رضي الله عنه, wafat 163H) bercerita, “Ada seseorang didatangkan pada hari Kiamat, maka dikatakan kepadanya, “Bawalah dia pergi ke neraka. Dia bertanya, “Wahai Rabb, di mana pahala salat dan puasaku?” Maka Allah ‎ﷻ pun berfirman, “Pada hari ini Aku putuskan engkau daripada rahmat-Ku sebagaimana engkau dulu membuat hamba-hamba-Ku yang lain putus asa daripada rahmatKu”. Firman Allah ‎ﷻ: Ibrahim berkata, “Tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhan melainkan orang yang sesat”. [al Hijr: 56] (Riwayat abu Nu’aim, al hilyah, 3/222)

Allahu a’lam.

10.3.3 Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj

0

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.3 Siapakah Ya’juj dan Ma’juj (من يأجوج ومأجوج؟)

Asal usul Ya’juj Ma’juj masih diperselisihkan para ulama’ bahasa arab, usul dan hadith:

– قيل: يأجوج ومأجوج : اسمان اعجميان مثل طالوت وجالوت
-وقيل: يأجوج ومأجوج مشتق من قولهم :أجّت النار إذا التهبت وذلك أنهم أمة خبيثة تحرق وتدمر الأرض
– وقيل: مستق من الماء الأجاج وهو الشديد الملوحة
– وقيل: من الأجّ وهو شدة العدو والركض

💥 Pendapat pertama: Kalimah Ya’juj dan Ma’juj adalah bahasa ajam, sama seperti kalimah Thalut dan Jalut yakni bahasa Ibrani atau Hebrew. Ia berasal daripada bahasa Ibrani/Hebrew, manakala Gog Magog dalam “Old Testament”. Ini pendapat Maulana Abul Kalam Azad dari India dan Hamid Olki dari Turki.

💥 Pendapat kedua: Ahli bahasa Arab menegaskan Ya’juj Ma’juj adalah musytaq (berasal daripada kalimah asal Arab), ajatin nnar (أجّت النار ), yakni menyala atau membara, maka Ya’juj dan Ma’juj bermaksud umat yang jahat, membakar dan merosakkan muka bumi. Ini pendapat Ibn Manzur (Lisan al Arab, 2/207) Raghib al Asfahani (al Mufradat ms 10).

💥 Pendapat ketiga: Juga ia berasal daripada musytaq (asal bahasa Arab) daripada kalimah al maa’ul ahjaj (الماء الأجاج) yakni air yang sangat masin (Lisan al Arab, ibid)

💥 Pendapat keempat: Juga daripada musytaq (bahasa asal Arab) daripada kalimah al ajju (الأجّ ) iaitu datang dengan pantas dan maaja (ماج) yakni bergoncang dengan kuat. Ini merupakan pendapat Syaikh Yusof al Wabil, Ssyrat. Daar Ibn Jauzi, Riyadh, ms 365).

10.3.2 Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj

0

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.2 Kisah Pembinaan Benteng Mega Ya’juj dan Ma’juj (قصة بناء السد على يأجوج ومأجوج)
Bahagian 1: Firman Allah ‎ﷻ di dalam Surah al Kahfi: 92– 97

صة بناء السد على يأجوج ومأجوج
قال تعالى في قصة الملك الصالح ذي القرنين:{ ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا (٩٢) حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا (٩٣) قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا (٩٤) قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا (٩٥) آَتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آَتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا (٩٦) فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا (٩٧) }

Allah ‎ﷻ berfirman tentang kisah Raja yang soleh Zulqarnain: Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain. (92)

Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. (93)

Mereka berkata: “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Ya’juj dan Ma’juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (daripada hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” (94)

Dia menjawab: “(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (daripada bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (95)

“Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun memerintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. (96)

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (97)

 

10.3.2 Kisah Pembinaan Benteng Mega Ya’juj dan Ma’juj (قصة بناء السد على يأجوج ومأجوج)
Bahagian 2: Siapakah Zulqarnain? (من ذي القرنين؟)

أولا: من ذي القرنين؟
هو ملك مؤمن صالح ولم يكن نبيا على قول الراجح من أقوال أهل العلم سمي بذي القرنين لأنه قد بلغ المشارق والمغارب من حيث يطلع قرن الشيطان ويغرب وهو غير الإسكندر المقدوني فإن الإسكندر كان كافرا وزمنه متأخر عن ذي القرنين وبينهما أكثر من ألفي سنة والله أعلم

Kata Dr al Areefi, Zulqarnain adalah seorang raja mukmin yang soleh bukan seorang Nabi seperti pendapat ahli ilmu. Zulqarnain adalah Raja yang soleh adalah pendapat terkuat. Adapun dinamakan Zulqarnain sebab beliau telah menguasai empayar di timur hingga ke barat, tempat terbit dan terbenamnya tanduk syaitan. Beliau bukanlah Alexander Macedonia, sebab Alexander itu adalah seorang kafir dan hidup jauh selepas Zulqarnain lebih kurang 2,000 tahun.

 

10.3.2 Kisah Pembinaan Benteng Mega Ya’juj dan Ma’juj (قصة بناء السد على يأجوج ومأجوج)
Bahagian 3: Siapakah Zulqarnain? (من ذي القرنين؟)

Ulasan Dr Muhammad al Mubayyad (al Mausu’ah fi al Fitan Wal Malahim), mengenai siapakah Zulqarnain, terdapat 4 pendapat yang kuat:

💥 Pendapat pertama: Zulqarnain adalah Alexander the Great dari Macedonia.
Ini berdasarkan hadith dalam Fathul Bari:

أخرجه الطبري ومحمد بن ربيع الجيزي في “كتاب الصحابة الذين نزلوا مصر” بإسناد فيه ابن لهيعة أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم عن ذي القرنين فقال: كان من الروم فأعطي ملكا فصار إلى مصر وبنى الإسكندرية، فلما فرغ أتاه ملك فعرج به فقال: انظر ما تحتك، قال: أرى مدينة واحدة، قال: تلك الأرض كلها، وإنما أراد الله أن يريك وقد جعل لك في الأرض سلطانا، فسر فيها وعلم الجاهل وثبت العالم. وهذا لو صح لرفع النزاع ولكنه ضعيف (الحافظ ابن حجر في «فتح الباري شرح صحيح البخاري» (6/382))

Hadith dikeluarkan oleh at Tabari dan Muhammad bin Rabi’ al Jiizi dalam kitabnya Kitab al Sahabah Allazi Nuzzilu Misyr, dengan sanad di dalamnya ada Abu Lahi’ah, di mana seorang lelaki bertanya Rasulullah ﷺ akan siapakah Zulqarnain. Nabi ﷺ menjawab: “Dia adalah lelaki berbangsa Rom yang diberi kekuasaan dan menjadi penguasa Mesir dan kemudian membangunkan kota Iskandariah. Ketika dia keseorangan, datang seorang raja yang lain dan berkata, “Cuba lihat di sana, Zulqarnain berkata, aku lihat sebuah kota. Kemudian raja itu berkata, bahkan bukan kota itu sahaja, bahkan seluruh bumi adalah milik engkau dengan ketentuan Allah ‎ﷻ. Maka bergembiralah dikau, ajarilah kaum yang jahil akan ilmu dan perteguhkan para ilmuan.”

Komen Ibn Hajar, jika hadith ini sahih, maka selesailah khilaf (akan siapakah sebenar Zulqarnain) akan tetapi ia dhaif. (Fathul Bari 6:382)

Maka jelaslah, Alexander the Great dari Macedonia bukanlah Zulqarnain kerana dia seorang kafir dan juga gurunya Aristotle yang juga seorang kafir, sedangkan Zulqarnain adalah seorang penguasa mukmin yang soleh.

 

10.3.2 Kisah Pembinaan Benteng Mega Ya’juj dan Ma’juj (قصة بناء السد على يأجوج ومأجوج)
Bahagian 4: Siapakah Zulqarnain? (من ذي القرنين؟)

Ulasan Dr Muhammad al Mubayyad (al Mausu’ah fi al fitan wal malahim), mengenai siapakah Zulqarnain, terdapat 4 pendapat yang kuat:

💥 Pendapat kedua: Pendapat Imam al Bukhari رحمه الله

“لأن الإسكندر كان قريباً من زمن عيسى عليه السلام، وبين زمن إبراهيم وعيسى أكثر من ألفي سنة، والذي يظهر أن الإسكندر المتأخر لُقِّبَ بذي القرنين تشبيهاً بالمتقدِّم لسِعة مُلكه وغلبته على البلاد الكثيرة، أو لأنه لمّا غلبَ على الفرس وقتلَ مَلكهم انتظم له مُلك المملكتين الواسعتين الروم والفرس فلُقّبَ ذا القرنين لذلك، والحقُّ أن الذي قَصَّ اللهُ نبأه في القرآن هو المتقدّم.” (فتح الباري شرح صحيح البخاري، ابن حجر العسقلاني 6/382)

Petikan daripada al Fath, Jilid 6;

Ibn Hajar رحمه الله merumuskan, pendapat Imam al Bukhari رحمه الله, Iskandar Zulqarnain adalah raja semasa zaman Nabi Ibrahim عليه السلام. Al Bukhari رحمه الله menyatakan kelemahan pendapat yang menyatakan Zulqarnain adalah Alexander the Great dari Yunani yang sememangnya dekat dengan zaman Isa عليه السلام. Sedangkan zaman Isa عليه السلام dan Ibrahim عليه السلام adalah selang 2,000 tahun. Ada beberapa atsar yang menyebut Ibrahim عليه السلام sempat bertemu Iskandar, namun atsar tersebut tidak lepas daripada perbahasan sanad.

 

10.3.2 Kisah Pembinaan Benteng Mega Ya’juj dan Ma’juj (قصة بناء السد على يأجوج ومأجوج)
Bahagian 5: Siapakah Zulqarnain? (من ذي القرنين؟)

Ulasan dr Muhammad al Mubayyad

💥 Pendapat ketiga: Zulqarnain adalah seorang Raja Arab

قال شيخ الإسلام الحافظ ابن حجر في «فتح الباري شرح صحيح البخاري» (6/382)
والذى يقوى إن ذا القرنين من العرب كثرة . : ما ذكروه في أشعارهم

Imam Ibn Hajar رحمه الله dalam al Fath (6:382) menyatakan Zulqarnain mungkin seorang raja Arab daripada keturunan Humair atau Hira. Ini kerana banyak syair syair Arab klasik menyanjung ketokohan Zulqarnain dan kekaguman bangsa Arab terhadapnya.

Menurut al Mubayyad, pendapat ini dhaif kerana kerana biografi raja Arab bernama Zulqarnain tidak ada.

 

10.3.2 Kisah Pembinaan Benteng Mega Ya’juj dan Ma’juj (قصة بناء السد على يأجوج ومأجوج)
Bahagian 6: Siapakah Zulqarnain? (من ذي القرنين؟)

Ulasan dr Muhammad al Mubayyad

💥 Pendapat ke empat: Zulqarnain adalah Maharaja Farsi, Qurusy.

قال “أبو الكلام آزاد”: اطلعت على ما جاء في أسفار اليهود وعلى ما كتبه مؤرخو اليونان، فرجح عندي أن ذا القرنين هو الملك الفارسي “قورش”. ثم قال: لما تمكنت بعد سنوات من مشاهدة آثار إيران القديمة، ومن مطالعات مؤلفات علماء الآثار فيها، زال الحجاب؛ إذ ظهر كشف أثري قضى على سائر الشكوك، فتقرر لدي بلا ريب أن المقصود بذي القرنين ليس إلا “كورش” نفسه، فلا حاجة بعد ذلك أن نبحث عن غيره.. إنه تمثال على القامة الإنسانية، ظهر فيه كورش، وعلى جانبيه جناحان كجناحي العقاب، وعلى رأسه قرنان كقرني الكبش، فهذا التمثال يثبت بلا شك أن تصور ذي القرنين كان قد تولد عند كورش، ولذلك نجد التمثال وعلى رأسه قرنان، أي أن التصور الذي خلقه أو أوجد اليهود للملك المنقذ لهم كورش…..

Ini pendapat Allamah Sa’id Hawa رحمه الله dari Syria, Hameed Olki dari Turki dan Maulana Abul Kalam Azad dari India.
Ringkasan pendapat Abul Kalam Azad, Olki dan Said Hawa, kebanyakan kajian diambil daripada kitab “Old Testament” tentang kisah Nabi Daniel yang mana Qurush berjaya menyatukan empayar Mada dan Farsi kemudian menyelamatkan Bani Israil daripada penguasaan Babylon.

Maka setakat hari ini belum dapat dikenal pasti secara sahih, siapakah susuk sebenarnya Iskandar Zulqarnain itu melainkan memerlukan lebih banyak kajian lanjutan. Yang paling tepat masa ini, Zulqarnain ialah seorang raja yang mukmin, soleh yang melakukan banyak kebaikan di atas muka bumi semasa penguasaannya.

Patung Qurusy atau Zulqarnain di Iran

10.3.1 Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj

0

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

Pengenalan

Tanda Kiamat yang ketiga adalah keluarnya dua kabilah manusia yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj atau dalam Bible, sebagai Gog and Magog. Ulama’ berkhilaf mengenai banyak isu dalam isu kemunculan dua kabilah manusia ini; seputar:

💥 Apakah dua puak ini sudah muncul, dan jika tidak muncul lagi, di manakah mereka sekarang berada?

💥 Apakah Ya’juj dan Ma’juj ini difahami secara maqosyid, simbolik atau secara literal?

💥 Di manakah tembok Zulqarnain yang menghalang mereka daripada muncul ke alam dunia?

Ini semua akan dikupas seterusnya.

10.3.1 Muqaddimah

يأجوج ومأجوج قبيلتان عظيمتان أو شعبان من بني آدم كمت جاء في ذلك الحديث عن النبي صلى الله عليه وسلم وما ورد في بعض الكتب من أن منهم القيصر جدا والصغير ومنهم الكبير ومنهم الذي يفترش أذنا من أذنيه ويلحف بالأخرى وما أشبه ذلك فكل هذه لا أصل لها
وإنما هم من بني آدم وعلى طبيعة بني آدم لكنهم في وقت ذي القرنين كانوا قوما مفسدين في الأرض فطلب جيرانهم من القرنين أن يجعل بينهم وبينهم سدا حتى يمنعهم من الوصول إليهم وإفسادهم في أرضهم وفعل ذلك
وقد أخبر النبي صلى الله عليه وسلم أنه في آخر الزمان بعد نزول عيسى عليه السلام يخرجون على الناس وينتشرون في الأرض ويحصرون عيسى بن مريم و المؤمنين معه في جبل بيت المقدس ويشتد الأمرعلى المؤمنين
فيلقي الله عز وجل على يأجوج ومأجوج دودة تأكل رقابهم فيصبحون فرسى -يعني موتى- كلهم ميتة رجل واحد ويبفي الله عز وجل عيسى وأصحابه شرهم وفيما يلي تفصيل هذه الأحداث.

Kata Dr al Areefi, Ya’juj dan Ma’juj adalah dua kabilah atau dua bangsa berasal daripada keturunan Adam عليه السلام.

(Maksudnya mereka bukanlah “monsters”, “alien” atau E.T (extraterrestrial) makhluk asing). Ini termaktub dalam hadith. Adapun dalam kitab-kitab fitan dan malahim (kitab fitnah dan akhir zaman) mereka bertubuh agak kecil (berbanding dengan saiz bangsa Eropah atau Arab).

Muncul pertama kali di zaman kerajaan Zulqarnain kerana mereka dua bangsa yang suka melakukan kerosakan di atas muka bumi, sehingga penduduk dunia meminta Zulqarnain membina tembok yang kukuh, maka terhalanglah kejahatan dan kerosakan daripada mereka.

Kemudian, Nabi ﷺ mengkhabarkan kepada kita, Ya’juj dan Ma’juj juga akan keluar di akhir zaman ketika turunnya Nabi Isa عليه السلام dan berkesudahan mereka musnah semuanya di zaman kerajaan Isa al Masih (dengan cara Allah‎ ﷻ menghantar sejenis ulat atau sekarang virus yang memusnahkan mereka sekali gus) dan terselamat sekali lagi bumi daripada kejahatan mereka.

10. 2. 20 Penutup Turunnya Nabi Isa عليه السلام

0

🕸 PENUTUP TANDA BESAR KEDUA 🕸

10. 2 TBK Turunnya Nabi Isa عليه السلام
(نزول عيس بن مريم عليه السلام)

10.2.20 Penutup Tanda Besar Kedua: Isa al Masih عليه السلام

⚠️ Isu yang diperselisihkan: Rumusan Syaikh Dr Muhammad al Mubayyad (Mausu’ah fi al Fitan)

I.  Berapa lama Isa عليه السلام menetap di bumi

Tajammu’ (mendamaikan) antara dua versi hadith, Isa عليه السلام menetap selama 7 tahun (HR Muslim) vs Isa عليه السلام menetap selama 40 tahun.

Apa yang dilakukan oleh Imam ibn Katsir رحمه الله dalam al Nihayah di al Fitan (ms 118), Isa عليه السلام semasa diangkat berusia 33 tahun. Maka baginda berada di bumi selama 7 tahun, maka jumlahnya adalah 40 tahun.

Manakala menurut Imam Azim Abadi رحمه الله, aun al Ma’bud (11:454), pendapat yang rajih ialah 40 tahun.

Rumusan Dr al Mubayyad, Isa عليه السلام menetap selama 40 tahun, akan tetapi kedamaian yang betul-betul aman ialah selama 7 tahun. Manakala 33 tahun adalah masa pergolakan untuk mengukuhkan Islam sebagai kuasa di alam ini.

II. Isu perkahwinan Isa عليه السلام dan di mana baginda akan dikebumikan.

Ini juga tidak ada khabar yang sahih, cuma dicatatkan oleh Imam al Qurthubi رحمه الله dalam at Tazkirahnya.

Tazkiatul Qurthubi berikut;

ان عيسى بن مريم اذا نزل يتزوج و يولد له فيمكث خمسا واربعين سنة ويدفن معي في قبري فأقوم أنا و عيسى من قبري واحد بين ابي بكر و عمر

“Sesungguhnya Isa bin Maryam عليه السلام ketika turun akan menikah dan memiliki anak. Kemudian baginda menetap selama 45 tahun dan dikuburkan bersamaku di kuburanku. Kemudian aku dan Isa عليه السلام bangkit daripada kuburanku, dan salah seorang di antara Sayidina Abu Bakar رضي الله عنه dan Umar رضي الله عنه”.

🔏 Kita akan mengkaji kisah ini pada syarah Kitab al Tazkirah.

TAMAT

Popular

Iklan

Iklan