Utama Blog Halaman 317

Bersyahadah Selepas Tiap Kali Wuduk

0

100 Sunah

1 sunah setiap hari

11/100

UiTO Bilik(113) Fikratuna

Wudhu’

 

1⃣1⃣ Menambah jumlah bilasan sampai tiga kali ketika membasuh wajah, kedua tangan dan kedua kaki.

 

1⃣2⃣ Melafazkan dua kalimah syahadah selesai berwudhu’.

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَـهَ إِلاَّ اللّهُ وَحْدَهُ لَا شَريـكَ لَـهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّـداً عَبْـدُهُ وَرَسُـولُـهُ

“Dibukakan baginya pintu syurga yg jumlahnya lapan, dia boleh masuk dari pintu mana sahaja yg dikehendaki.”

HR Muslim.

 

CR, www.uito.org

Hadis 1: Perwatakan Rasulullah Dalam Syamail Muhammadiyyah

0

شرح الديارية ألاحديث  الشمدئل احملمدثة          

Syarhu d-Diyariyyah Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

 

Bab Apa Yang Datang Berkenaan Perwatakan Rasulillah

 

Muhammad bin `Isa bin Sawrah At-Tirmiziy:

 

Hadis 1

-1 حادَثاناا أابو راجااءٍ ق تا يْ باة بْن ساعِيدٍ، عانْ ماالِكِ بْنِ أاناسٍ، عانْ رابِيعاةا بْنِ أاِب عابْدِ الرَحْانِ، عانْ أاناسِ بْنِ ماالِكٍ، أانَه َساِعاه ياقول : كاانا راسول اّللَِ صالَى اّللَ عالايْ هِ واسالَما لايْسا َبِلطَوِيلِ الْباائِنِ، واَلا َبِلْقاصِريِ ، واَلا َبِْلابْ ياضِ اْلامْهاقِ ، واَلا َبِْلداِم، واَلا َبِْلاعْدِ الْقاطاطِ، واَلا َبِلسَبْطِ، باعاثاه اّللَ تا عااَلا عالاى راأْسِ أارْباعِنيا ساناةً، فاأاقااما ِِباكَةا عاشْرا سِنِنيا، واَبِلْمادِيناةِ عاشْرا سِنِنيا، واتا وافَاه اّللَ تا عااَلا عالاى راأْسِ سِتِِنيا ساناةً، والايْسا ِف راأْسِهِ واْلِْياتِهِ عِشْرونا شاعْراةً بايْضااءا.

 

1- Telah bercerita kepada kami Abu Raja’ Qutaybah bin Sa`id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi`ah bin Abi `Abdi r-Rahman, daripada Anas bin Malik, bahawasanya dia telah mendengarnya berkata: Rasulu Llah bukanlah orang yang ketara tinggi, dan bukan orang yang pendek. Dan bukan orang yang putih melampau , dan bukan orang yang coklat. Dan bukan keriting pendek, dan bukan lurus. Allah telah membangkitkannya pada puncak empat puluh tahun, maka dia tinggal di Makkah sepuluh tahun, dan di Madinah sepuluh tahun. Dan Allah mematikannya pada puncak enam puluh tahun. Dan tiada pada kepalanya dan janggutnya (melainkan) dua puluh

 

rambut yang putih.

 

Syarah Adou_Fr:

 

 

Hadis ini menjelaskan ketinggian Nabi, yang berada di pertengahan antara tinggi dan rendah. Seterusnya diterangkan warna kulit Nabi yang berada antara warna “putih” dan coklat. Perlu diketahuï bahawa putih dalam hadis ini bukanlah putih susu, tetapi putih seperti kulit orang Iran. Ini bermakna,

 

kulit Nabi bukanlah terlalu cerah, dan bukanlah terlalu gelap warnanya. Setelah itu diterangkan tentang rambut Nabi yang berada antara rambut seorang Negro yang pendek keriting dan lurus. Maksudnya, rambut Nabi

adalah ikal atau beralun sedikit.

 

Setelah menyebut tentang tubuh Nabi, hadis menceritakan tentang perihal kenabian iaitu pada umur empat puluh tahun. Hadis menyebut tentang jangkamasa Nabi berda`wah di Makkah dan di Madinah iaitu sepuluh tahun dan sepuluh tahun. Perlu diingat bahawa jumlah yang disebut di dalam hadis ini telah dibundarkan kepada puluh terhampir, jadi jangkamasa 13 tahun Nabi

 

di Makkah dibundarkan kepada sepuluh.

 

 

Kemudian, hadis menyebut tentang usia kematian Nabi iaitu enam puluh tahun. Ini juga telah dibundarkan kepada puluh terhampir, kerana Nabi mati

 

ketika umur enam puluh tiga tahun.

 

 

Penutup hadis ini ialah tentang uban Nabi pada janggut dan kepala Nabi yang ada sebanyak lebih kurang dua puluh helai. Ini menunjukkan bahawa Nabi

 

tidak mencabut ubannya, dan bukti bahawa Nabi mempunyaï janggut.

 

Apabila Anak Soleh Tidak Berniat, Adakah Ibu Bapanya…

0

621405_4997339977360_1366167258_o~3~2

 

 

🔴 Thtl, kalau anak soleh buat kebaikan seperti korban, Sedekah, infak, dan lain2 ibadah  adakah ibubapa dan dato nenek dapat manfaat?

🔴Atau anak kena niatkan baru sampai saham (amal ) tadi kepada ibubapa?

 

🔷 Jika anak soleh buat kebaikan, maka ibubapa datuk nenek dapat saham kerana anak soleh adalah hasil kerja keras si ayah juga

 

🔷 Anak soleh perlu Niat?

 

kedua-duanya, jika niat, akan sampai, insyaAllah, kalau tak niat pun akan sampai tempiasnya…

 

Dalil:

 

إِنَّ مِنْ أَطْيَبِ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَوَلَدُهُ مِنْ كَسْبِهِ

 

“Sesungguhnya yang paling baik dari makanan seseorang adalah hasil jerih payahnya sendiri. Dan anak merupakan hasil jerih payah orang tua.

HR Abu Daud, sahih, albani, 3528

 

🔴Betul ke jika waqaf satu benda pahala tak akan terputus sekalipun ketika dalam kubur?..

 

✅ Harta waqaf tidak akan putus

Dalil: hadith masyhur, ” bila mati anak adam, maka putuslah amalanya kecuali sedekah jariah..” wakaf adalah  jariah

Kelas 5: Sahih Bukhari ( Syahadah Dan Jenis-jenis Iman )

0

Assalamualaikum semua

 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

أما بعد،

Hari ini kita sambung bab dari Kitab Iman

 

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ { شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا } سَبِيلًا وَسُنَّةً { دُعَاؤُكُمْ } إِيمَانُكُمْ لِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ { قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ }

 

Dan Ibnu Abbas berkata ; Ayat شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا Maksudnya ; Jalan (tariqah) dan sunnah.

 

 

وَمَعْنَى الدُّعَاءِ فِي اللُّغَةِ الْإِيمَانُ

Dan makna “doa” dari segi bahasa arab bermaksud “iman”.

maksud imam albukhari menyebut شرعة ومنهاجا

 

‏﴿٤٨﴾ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتٰبِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وٰحِدَةً وَلٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرٰتِ ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

 

(48) Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,

 

(Al Maidah 5:48)

 

باب دعاؤكم ايمانكم

Bab: doa kamu (ialah bermakna) iman kamu

 

Penerangan,

Mengikut naskhah kitab sohih albukhari edisi cetakan pakistan di tambah bab baru seperti di atas manakala naskhah selainnya tiada menyebut bab baru. harap maklum.

 

PENJELASAN BAB

 

Doa di sini adalah ibadah yang khusus kepada Allah,  atas tujuan mendekatkan diri kepadaNya serta di minta hajat dan pertolongan hanya padaNya. Jelas-jelas syirik jika berdoa minta kepada selain Allah. Manakala doa yang hanya bermaksud minta bantuan kepada sesama manusia misalnya serta atas dasar kemampuan biasa di miliki manusia, seperti contoh, tolong pinjamkan duit,angkat kain dll. Maka ini tidak syirik jika tidak melampau batas ma`ruf.

Di sini dalil berdoa termasuk tanda keimanan seseorang muslim.

 

Satu kaedah terpuji buat Al Bukhari menjadikan adatnya mengukuhkan hujjahnya dengan di mulai dalil Al Quran dan kemudian Hadist, bukan hanya hujjah dengan menggunakan makna bahasa sahaja. Ini menunjukkan satu sikap yang patut di amal oleh setiap muslim.

 

صحيح البخاري ٧: حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا

قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

 

Shahih Bukhari 7: Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Musa dia berkata,

telah mengabarkan kepada kami Hanzhalah bin Abu Sufyan,

Dari ‘Ikrimah bin Khalid

Dari Ibnu Umar berkata:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Islam dibangun diatas lima (rukun); persaksian tidak ada ilah selain Allah dan Muhammad utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, haji dan puasa pada bulan Ramadhan”.

PENJELASAN

 

1- Ilah ; Diabdikan diri kepadanya, diserukannya, di minta pertolongan atau hajat kepadanya. Iaitu kalimah Mashdar yang bermakna isim faa’il اسم فاعل atau isim maf’ul اسم مفعول . cuma di sini ilah dengan makna maf’ul iaitu مألوه او معبود (yang dijadikan tuhan atau di sembah) dan seumpama makna itu.

 

2- Iman tanpa rukun islam tidak mencukupi untuk di anggap benar-benar beriman.

 

3- Rukun 5 ini hanyalah berbentuk kerangka kasar atau asas penting dalam islam semata-mata. Oleh itu banyak lagi kewajipan lain yang perlu dipenuhi oleh seorang muslim dari Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sekadar 5 ini sahaja. sebab itu kita akan jumpa hadist lain menyebut cabang2 iman ada banyak lagi.

 

4- Di dahului dengan persaksian tauhid mengatasi selainnya. Kerana ikrar dengan lisan secara zahirnya merujuk pada hati. oleh kerana masalah hati di serah kepada Allah, maka di kira secara zahir ucapan lisan sahaja. selain itu di zahir hal hati melalui amalan solat,puasa,zakat dan hajji.

 

5- Pengertian makna Syahadah,

Syahadah bermaksud tahu dan menyatakan yg diketahuinya itu dengan perkataan lidahnya. Dan dibenarkan isi hatinya sesuai dengan lidahnya. Kemudian mesti dizahirkan kebenaran lidah dan hatinya melalui ibadah zahiriah. Perlu diketahui, bagi orang kurang upaya hanya kadar yang semampu olehnya dalam menyatakan maksud persaksian.

 

6- Syahadah mewakili ibadah qalbiah (ruhani), Solat mewakili ibadah badaniah(jasmani), zakat mewakili ibadah maliah (harta), haji mewakili ibadah badaniah dan maliah, puasa mewakili ibadah badaniah dan maliah. Khulasahnya ibadah merangkumi qalbiah (hati) badaniah (anggota jasmani) dan maliah (harta benda).

 

7- Dan ini lah dasar rukun islam. Merangkumi tasdiq(membenarkan kebenaran hati/iman) melalui perkataan lidah, perbuatan anggota jasmani dan juga tasdiq melalui pemberian harta kebendaan.

 

8- Solat yang dimaksudkan ialah tunaikan solat secara sempurna ikut syariat. Dan begitu juga yang lainnya mesti sempurna baru di anggap beriman secara sebenar dan sempurna.

 

Habis di situ.

IMG_20150614_222144

Ada soalan boleh tanya.

 

🔴ustaz, jika membenarkan dalam hati tanpa perlaksanaan lidah dan perbuatan adakah manusia itu beriman?

 

♻ masih lagi tidak islam dan tidak beriman.

 

🔴 bilik 79: sorang yang nak revert kepada islam, adakah syahadah memang wajib dalam bahasa arab? Atau memadai dengan bahasa ibunda masing²?

 

♻ asal masuk islam mengikut sunnah dgn melafazkan dgn bahasa arab.selain dari itu khilaf sunnah.jika dia tidak bisu dan waras akal fikiran memang di wajib bahasa arab. tak perlu hafal masa nak lafaz tu. cukup saja kalau ada org baca dia ikut.. dan mesti ajar makna syahadah yg sebenar kpdnya.

 

ok. habis di situ.

 

 

3 –بَاب أُمُورِ الْإِيمَانِ

3-BAB JENIS JENIS IMAN

 

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {لَيْسَ البِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ، وَلَكِنَّ البِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ وَالمَلاَئِكَةِ وَالكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى المَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي القُرْبَى وَاليَتَامَى وَالمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ، وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ، وَأَقَامَ الصَّلاَةَ، وَآتَى الزَّكَاةَ، وَالمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا، وَالصَّابِرِينَ فِي البَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ البَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ المُتَّقُونَ} [البقرة: ١٧٧] وَقَوْلِهِ: {قَدْ أَفْلَحَ المُؤْمِنُونَ} [المؤمنون: ١] الآيَةَ

 

Firman Allah Ta’ala,

 

” Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”

(Al Baqarah 2:177)

 

Dan firman Allah,

 

‏﴿١﴾  قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ

 

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

(Al Mu’minun 23:1)

 

PENJELASAN

 

1- Maksud di ada bab ini bertujuan ingin menyatakan iman sangat banyak jenisnya atau bahagian2 iman. Untuk mencapai iman sempurna tidak dapat tidak mesti pelajari dari Al Quran dan As Sunnah. Bukan sekadar ucapan lafaz syahadah,solat,puasa,zakat dan hajji.

 

2- Lafaz لَيْسَ الْبِرَّ hingga habis ayatnya. Maksudnya ; Bukanlah di anggap kebaikan jika melakukan sesuatu ibadah bukan  yang di perintah atau di syariat Allah.

Tidak ada faedah jika mengadap ke arah tempat yg bukan mengikut syariat Allah.

Kebaikan sebenar mengikut ketentuan syariatNya.

 

3- Perkataan “al birr’ ; semua jenis kebaikan.

 

4- Dalil seseorang itu beriman yg sebenar ialah menyertakan iman bersama amalan ibadah yang di syariat. Bukan dengan amalan yang di reka-reka yang tiada dasar dari syariat Allah.

5- Kebaikan yang sebenar memberi harta infaq derma dengan harta yang dia cintai kepada orang2 yang amat memerlukan bantuan seperti ayat di atas.

 

6- Sifat2 di atas adalah sifat2 orang yang bertaqwa pada Allah.

 

7- Sifat2 orang mu’min seperti dalam surah almu’minun ayat 1 hingga 11

 

‏﴿١﴾  قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ

 

(1) Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

 

(Al Mu’minun 23:1)

 

‏﴿٢﴾ ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خٰشِعُونَ

 

(2) (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

 

(Al Mu’minun 23:2)

 

Maksud khusyu’ ialah solat dengan ada sifat merendah diri,tenang tenteram hati dan anggota badan, serta menghayati setiap bacaan zikir,alquran dan doa dengan penuh harap dan takut.

 

‏﴿٣﴾ وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنِ ٱللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

 

(3) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

 

(Al Mu’minun 23:3)

 

‏﴿٤﴾ وَٱلَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَوٰةِ فٰعِلُونَ

 

(4) dan orang-orang yang menunaikan zakat,

 

(Al Mu’minun 23:4)

 

 

‏﴿٥﴾ وَٱلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حٰفِظُونَ

 

(5) dan orang-orang yang menjaga kemaluannya

 

(Al Mu’minun 23:5)

 

 

‏﴿٦﴾ إِلَّا عَلَىٰٓ أَزْوٰجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

 

(6) kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

 

(Al Mu’minun 23:6)

 

‏﴿٧﴾ فَمَنِ ٱبْتَغَىٰ وَرَآءَ ذٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْعَادُونَ

 

(7) Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

 

(Al Mu’minun 23:7)

 

‏﴿٨﴾ وَٱلَّذِينَ هُمْ لِأَمٰنٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رٰعُونَ

 

(8) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

 

(Al Mu’minun 23:8)

 

‏﴿٩﴾ وَٱلَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوٰتِهِمْ يُحَافِظُونَ

 

(9) dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

 

(Al Mu’minun 23:9)

 

‏﴿١٠﴾ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْوٰرِثُونَ

 

(10) Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

 

(Al Mu’minun 23:10)

 

‏﴿١١﴾ ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خٰلِدُونَ

 

(11) (yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

 

(Al Mu’minun 23:11)

 

8- ayat2 di atas menunjukkan pelbagai jenis iman. jika di perhati iman yang di maksud oleh albukhari ialah mengerjakan amalan kebaikan.

 

habis di situ.

IMG_20150614_222150

masuk hadis bab:

 

صحيح البخاري ٨: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْجُعْفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ الْعَقَدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

 

Shahih Bukhari 8: Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad Al Ju’fi dia berkata,

Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Amir Al ‘Aqadi yang berkata,

bahwa telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal

Dari Abdullah bin Dinar

Dari Abu Shalih,

Dari Abu Hurairah,

Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda:

“Iman memiliki lebih dari enam puluh lebih cabang, dan malu adalah sebahagian dari iman”.

PENJELASAN

 

1- Malu adalah satu sifat yang mendorong melakukan amal terpuji dan meninggalkan amal keji. Contoh, seperti malu tidak melakukan kebaikan atau malu melakukan dosa. Iaitu malu kerana Allah dan malu sebegini adalah malu yang sebenar.

 

2- Manakala malu melakukan kebaikan atau malu hendak meninggalkan dosa,ini malu yang tercela. Kerana malu ini jenis malu yang tidak adil (meletak malu bukan pada tempatnya). Malu ini yang menyebabkan diri seseorang mendapat azab.

 

3- Lafaz بِضْعٌ bermaksud : bilangan dari 3 hingga hingga 10.

 

4- Makna “lebih dari enam puluh cabang ; ada 2 tafsiran di kalangan ulama`  (1-iman memiliki bilangan tertentu (60 lebih) dari cabang iman. (2- iman memiliki banyak bilangannya, iaitu bilangan yang di nyatakan bukan dengan maksud ketepatan bilangannya. bahkan hanya merujuk pada makna “banyak cabang iman”

 

habis di situ.. bole tanya.

 

🔴Bilik 111 : Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat, kefahaman saya yer… Malu utk melakukan perkara ditegah / dilarang adakah sama dengan menahan diri drpd melakukan perkara mungkar ?

 

♻ Malu ini cara untuk menghalang dari melakukan dosa.. hasilnya dia tak buat dosa. sememangnya malu ini malu terpuji.. manakala terus menolak diri dari melakukan dosa biasa tahap sebenar seseorang itu.. dan malunya itu sebenarnya sebagai pembantunya supaya tak buat dosa.

🔴 Salam ustaz. Apakah kalimah  لَيْسَ الْبِرَّ dalam ayat di atas bermaksud juga ibadah yang ditokok tambah oleh pengikut2 mazhab yang empat. Seperti talkin mayyit dsb?

 

♻ wsalam.. umum sangat soalan. talqin hanya utk org hidup atau org yg nak mati dapat faedah talqin tu..yg dah mati tak dapat.

 

 

🔴Bilik 111 Saya faham akan sifat malu tersebut… cuma kurang jelas bagaimana sebenarnya maksud “sifat malu membantu mencegah drpd melakukan perbuatan dosa ?”

 

♻ contoh,sorang tu dia nak mencuri..tiba2 dia rasa malu melakukan dosa itu..mungkin mula2 malu kat org,tapi selepas itu dia malu kepada Allah.. lalu dia tinggalkan.

🔴 Maksud saya, adakah amalan bid’ah hasanah juga termasuk dalam kategori لَيْسَ الْبِرَّ

 

♻ bid’ah hasanah tu macamana?

 

🔴 Dalam anggapan sebahagian pengikut mazhab Syafei kan ada amalan termasuk dlm bid’ah hasanah ustaz

 

♻ Abaikan bid’ah hasanah sbb memang takde hasanah pun..jika sunnah maka sunnah,jika bid’ah maka bid’ah..yg hasanah tu kalau nak letak byk benda bole jadi hasanah..antaranya syirik hasanah atau kafir hasanah..jangan bid’ah shj..

ya..jawapan dari awal tadi..sesiapa yg tak ikut syariat Allah maksudnya dia ikut syariat syaitan..tak kira la nak panggil hasanah atau molek comel. tetap tidak hasanah kerana tiada dalil syariat dari Allah..

 

Jazakallahu khairan ustaz

 

habis di situ

 

4 – باب الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

 

4-BAB “Seorang Muslim adalah orang yang Muslimun terselamat dari lidahnya dan tangannya.

 

 

صحيح البخاري ٩: حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ وَإِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا دَاوُدُ هُوَ ابْنُ أَبِي هِنْدٍ عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ عَبْدُ الْأَعْلَى عَنْ دَاوُدَ عَنْ عَامِرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 

Shahih Bukhari 9: Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata,

Telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abdullah bin Abu As Safar dan Isma’il bin Abu Khalid

Dari Asy Sya’bi

Dari Abdullah bin ‘Amru

Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda:

” Seorang Muslim ialah seorang yang (menjadikan) Muslimun terselamat dari (bahaya) lidahnya dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah ”

 

Abu Abdullah berkata; dan Abu Mu’awiyyah berkata;

Telah menceritakan kepada kami Daud, dia adalah anak Ibnu Hind,

Dari ‘Amir berkata; aku mendengar Abdullah, maksudnya ibnu ‘Amru, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam

Dan berkata Abdul A’laa dari Daud dari ‘Amir dari Abdullah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam

 

 

PENJELASAN

 

1- Makna ” Seorang Muslim adalah seorang yang (menjadikan) Muslimun terselamat dari…” Maksudnya, Seorang muslim yang sempurna islamnya ialah muslim yang

menjaga lidahnya dari mengatakan sesuatu perkataan yang zalim terhadap muslim lain.

 

2- Dan menjaga tangannya serta segala tindakanya dari melakukan sesuatu yang zalim terhadap muslim lain.

 

3- Sifat Muhajir yang sebenar bukan hanya berpindah dari sesuatu tempat tak baik ke tempat yang baik yg seperti zaman di kalangan sahabat yang berhijrah.. Bahkan Muhajir yang sebenar meninggalkan apa yang di tegah oleh Allah. Iaitu jadi hamba yang taat setia pada Allah dan RasulNya dalam segala perkara.

 

4- Islam terpuji bukan hanya khusus buat diri sendiri, bahkan merangkumi akhlaq baik ketika ber-mu`amalat sesama manusia walaupun terhadap orang kafir. sebab hadis ini bukan bermaksud tak salah buat jahat kepada orang kafir. hanya saja di sini ayat bentuk hendak memuliakan orang mu’min.

 

habis di situ..

 

wallahu a’lam

IMG_20150614_222200

🔴 Ustaz apakah yg ustaz faham dari kata2 ini; ” kita kan orang yg lemah, sudah tentu kena beramal dengan hadis yg lemah”? Adakah ia satu sindiran atau panduan bila ia keluar dari mulut seorang ustaz?

 

♻ SubhanaAllah.. tak patut dia sebut begitu..seolah dia jahil tentang ilmu hadis atau nak memperbodohkan diri sendiri dgn mengatakan demikian..belajar hadis ni kita nak tahu mana yg benar mana yg tak benar..sbb tu imam albukhari tulis kitab sohihnya..kerana betapa ramai ulama yg jahil hadis lalu berhukum berhujjah dgn hadis yg lemah yg tiada asalnya..jika salah faham tentang hadis maka akan salah tentang hukum hakam..

01.08.09 #190315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan Ibn Majah

0

 

 

Nota 01.08.09 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

 

Susunan: BroSyarief 

 

SUNAN IBN MAJAH

 

Nama sebenarnya ialah Sunan al-Mustafa sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

 

Nama penulis yang sebenar pula ialah Muhammad ibn Yazid ibn Majah al-Qazwini.

 

Beliau dilahirkan pada tahun 209H di Qazwin (berhampiran Tehran, Iran) dan meninggal di tempat yang sama pada tahun 273H.

 

Beliau memgembara mencari ilmu sehingga ke Iraq, Mekah, Syam dan Mesir. Dan beliau mendengar dari ramai guru, di antaranya:

 

01. Abu Bakr ibn Abi Syaibah

02. Abu Khaitsamah Zahir ibn Harb

03. Jubarah ibn al-Mughallis

04. Hisham ibn Ammar

05. Ali ibn Muhammad al-Tanafasi

06. al-Layts ibn Sa’ad

07. Ahmad ibn al-Azhar

08. Usman ibn Abi Syaibah

 

Dan ramai lagi.

 

Imam Ibn Majah memulakan kitabnya dengan muqaddimah membicarakan kepentingan berpegang dengan sunnah, kelebihan para sahabat dan seterusnya.

 

Beliau juga menyusun kitabnya mengikut bab-bab fiqh dan juga sedikit tambahan bab-bab selain fiqh seperti bab doa, bab tafsir mimpi, bab fitan dan lain-lain.

 

Jumlah keseluruhan hadits di dalam Sunan ibn Majah ialah sebanyak 4341 hadits kesemuanya mengikut kiraan oleh Ust Fuad Abdul Baqi. Dan 1552 daripadanya adalah yang tidak terdapat pada baki kitab yang 5.

 

Di antara keistimewaan kitab ini:

 

01. Mempunyai susunan bab yang baik dan banyak.

02. Tidak ada hadits-hadits yang berulang kecuali sedikit.

03. Penulis fokus kepada hadits-hadits yang tidak disebut dalam kitab yang 5 (Kutub al-Khamsah)

 

Di antara kitab-kitab yang mensyarahkan Sunan Ibn Majah pula ialah:

 

01. Syarh Sunan Ibn Majah oleh al-Hafiz ‘Alauddin Maghlitaa’i (w.762H)

02. Ma Tamassu Ilaihi al-Haajah ‘ala Sunan Ibn Majah, oleh Ibn al-Mulaqqin (w.804H)

03. ad-Dibajah fi Syarh Sunan Ibn Majah, oleh ad-Damiri (w.808H)

04. Misbah az-Zujajah ‘ala Sunan Ibn Majah, oleh as-Suyuthi (w.911H)

 

dan banyak lagi.

 

walLaahu a’lam

 

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi.

 

#BroSyariefShares

Usap Rambut Dan Seli Jari ( 1 Sunnah Setiap Hari )

0

100 sunnah

1 Sunah Setiap Hari

10/100

BILIK(113)

 

WUDHU’

 

9⃣ Cara usap kepala

 

“Rasulullah saw mengusap kepalanya; Baginda memulai dari bahagian depan lalu ditarik ke bahagian belakang.”

HR Al-Bukhari dan Muslim

 

 

1⃣0⃣  Menyela jari-jari tangan dan kaki.

“Sempurnakanlah wudhu’, dan sela-selalah antara jari-jari(dengan air).”

 

HR Abu Daud, At Tirmizi, Nasa’i, Ibn Majah

 

 

CR

Perkongsian Abadi- Sungguh Mati itu Pasti

0

Perkongsian abadi..sungguh mati itu pasti…..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dihindari dari kemaksiatan dan dipermudahkan untuk berbuat amal soleh, didoakan buat saudara mara dan sahabat sahabiah semua.

Di pagi yang penuh kesyahduan satu lembaran loh mahfuz di selak hari ini, dan kita akan menterjemahkanya lagi.  Pasti mengharap sesuatu yang baik namun jangan berharap sahaja tetapi bertawakkallah dahulu kemudian berdoa dan berusahalah untuk menjadikan lembaran kehidupan hari ini menjadi sebuah lembaran yang terbaik.

Teknologi terkini WA, FB, SMs dan pelbagai terasa seperti setiap hari ada berita kematian. Terasa benar yang kenapa kita perlu berdoa kepada Allah …” panjangkanlah usia kami sehingga ke Ramadhan..” Ramadhan karim yang penuh barokah dan bulan penuh kemuliaan. Bila terdengar kematian jiwa tersentak. Sudah hampir juga kita semua.  Sama-samalah kita hayati sebahagian hadis sohih ini:

“Sesungguhnya bila seorang mukmin menghadap ke alam akhirat dan meninggalkan alam dunia, turun kepadanya sejumlah malaikat berwajah putih yang seolah-olah seperti matahari. Mereka membawa sebuah kain kafan dan minyak wangi dari syurga. Mereka pun duduk di dekatnya sejauh mata memandang. Lalu datanglah malaikat pencabut nyawa dan duduk di dekat kepalanya. Malaikat pencabut nyawa berkata:

“Wahai jiwa yang baik, keluarlah engkau kepada keampunan dan keredhaan Allah.”
Maka nyawanya keluar dan mengalir seperti air mengucur dari mulut wadah. Lalu malaikat pencabut nyawa mengambilnya. Nyawanya tidak dibiarkan sekejap mata pun berada di tangan malaikat pencabut nyawa dan segera diambil oleh para malaikat yang berwajah putih tadi. Kemudian mereka meletakkannya pada kain kafan dan minyak wangi syurga yang telah mereka bawa. Maka nyawanya mengeluarkan aroma minyak wangi misik yang paling terbaik di muka bumi. Lalu mereka menyertainya untuk naik ke langit. Tidaklah mereka melewati sekumpulan malaikat melainkan para malaikat itu akan bertanya: “Siapakah nyawa yang baik ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah Fulan bin Fulan”, dan disebutkan namanya yang paling terbaik ketika mereka memanggilnya di dunia.

Tatkala mereka telah sampai membawanya kelangit, mereka meminta agar pintu langit dibukakan untuknya. Maka dari setiap langit dia diiringi oleh para penjaganya sampai ke langit berikutnya. Demikianlah yang akan terjadi hingga dia sampai ke langit yang di sana ada Allah. Maka Allah berfirman:

“Catatlah oleh kalian bahwa hambaku (ini) berada di surga ‘illiyyin, dan (sekarang) kembalikanlah dia ke muka bumi. Sungguh darinya Aku telah menciptakan mereka, dan padanya Aku akan mengembalikan mereka, serta darinya pula Aku akan mengeluarkan mereka sekali lagi”.

Kemudian nyawanya dikembalikan ke dalam jasadnya. Lalu datanglah dua orang malaikat kepadanya. Keduanya bertanya, siapa Rabbmu? Maka dia menjawab, Rabbku adalah Allah. Keduanya kembali bertanya, apa agamamu? Maka dia menjawab, agamaku adalah Islam. Keduanya kembali bertanya, siapa orang yang telah diutus di tengah kalian ini? Maka dia menjawab, beliau adalah utusan Allah. Keduanya kembali bertanya, siapakah yang telah mengajarimu? Maka dia menjawab, aku membaca kitab Allah, beriman kepadanya dan membenarkannya.

Kemudian terdengarlah suara yang menyeru dari langit, “Hambaku ini telah berkata benar. Bentangkanlah untuknya permaidani dari syurga dan bukakanlah sebuah pintu ke surga”.

Maka harum wangi syurga pun menerpanya dan kuburnya diperluas sejauh mata memandang. Lalu datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya, pakaiannya, dan harum wanginya. Orang itu berkata, bergembiralah dengan segala yang akan menyenangkanmu. Ini adalah hari yang dahulu engkau telah dijanjikan. Maka si mukmin bertanya kepadanya, “Siapakah engkau? Wajahmu adalah wajah yang datang dengan membawa kebaikan.” Dia pun menjawab, “Aku adalah amalmu yang sholih.” Lalu si mukmin berkata, “Wahai Rabbku! Segerakanlah hari kiamat agar aku kembali kepada keluarga dan hartaku”.

In syaa Allah ini adalah bahagian positif.  Di kesempatan yang lain kita akan berkongsi bahagian negatif pula.

Semoga hari ini di bina dengan caj-caj positif hanya untukNya.

Wassalam

Nazarudin Che Salleh

(Kolumnis UiTO)

Bab: Adakah hadith yang Munqathi’ (putus sanadnya) boleh menjadi Sahih

0

Bismillah

Minggu ke-12: Kelas Ulum Hadith Al-Sakandary

 

Kelas #12: 13 Jun 2015 @ 25 Sya’ban 1436

Bismillah, Alhamdulillah. Segala puji kepada Allah Rabb sekalian alam, kepadaNya kita memohon perlindungan, petunjuk  serta pengampunan, selawat serta salam kepada baginda Muhammad SAW penutup segala Nabi dan Rasul, serta kepada para Sahabat baginda serta keluarga baginda dan kepada mereka yang teguh atas manhaj baginda hingga kini..wa ba’d

Syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezqi untuk meneruskan kelas ulum hadith kita pada malam ini insyaAllah.

Dalam kelas yang lalu kita telah berbincang berkenaan al-Ittisal, bersambungnya sanad, yang merupakan syarat pertama bagi hadith Sahih.

InsyaAllah pada malam ini, kita akan meneruskan diskusi kita berkenaan al-Ittisal, ya betapa luasnya ilmu hadith!  walaupun kita telah sampai kelas ke-12 namun kita masih berbicara akan syarat pertama hadith sahih!

Saya akan cuba habiskan topik al-Ittisal pada malam ini, namun saya tangguh bab Irsal dan Tadlis, dua bab ini termasuk bab al-Ittisal namun ianya akan kita bincang selepas kita kenal syarat kedua dan ketiga iaitu ‘adil dan dhabit.

 

Baik, kembali kepada bab al-Ittisal, pada kelas yang lalu kita telah melihat pelbagai kaedah bagi mengenal sama ada sanad itu bersambung atau putus.

Lima kaedah telah kita lihat, iaitu:

 

1- Melihat siyagh adaa.

 

2- Melihat panjangnya perguruan serta mulazamah.

 

3- Melihat buku jarh dan tadil.

 

4- Melihat kalam para nuqaad sama ada fulan mendengar dari fulan atau tidak, tanpa mengira dalam apa juga buku, dalam atau luar buku jarh dan ta’dil.

 

5- Melihat petunjuk lain, semisal tarikh lahir dan wafat, rehlah pengembaraan rawi itu mencari hadith dan sebagainya.

 

Seterusnya, malam ini kita akan melihat beberapa qarain (perunjuk kuat) bagi mentarjih (menguatkan) bahawa sanad itu putus.

• Bab: qarain (petunjuk kuat) mentarjih bahawa sanad antara dua rawi itu  terputus dan tidak bersambung serta kedua rawi itu tidak mendengar antara satu sama lain

Beberapa qarain iaitu petunjuk kuat serta murajjihat iaitu petunjuk bagi menyimbulkan tarjih, bahawa perawi A tidak bertemu perawi B atau perawi A tidak mendengar dari perawi B, walau bertemu, serta hakikatnya periwayatan A dari B adalah putus serta tidak bersambung.

 

1- Berbeza tempat tinggal antara kedua rawi, kedua mereka tidak tinggal dalam bandar atau negeri yang sama, serta tiada bukti bahawa kedua mereka pernah pergi ke suatu bandar atau negeri yang sama. Maka ini menguatkan bahawa sanad itu putus.

 

2- Perawi A  meriwayatkan hadith dari perawi B  tanpa perantaraan, kemudian pada tempat yang lain dia meriwayatkan hadith yang sama dari perawi B  tetapi dengan menyebut perantaraan (perawi C). Iaitu pada satu tempat perawi A berkata “dari B”, namun pada tempat yang lain perawi A berkata “dari C dari B”, dan ini untuk hadith yang sama.

 

Para huffaz melihat hal ini sebagai petunjuk kuat bahawa perawi A dan B tidak mendengar antara satu sama lain dan mereka tidak pernah bertemu.

 

3- Perawi itu terkenal melakukan Irsal bagi sesebuah hadith dari sesebuah negeri, dan dia terkenal akan hal itu, maka ia petunjuk kuat bahawa hadithnya dari negeri itu kemungkinan besar adalah putus kerana Irsal. Kita akan berbincang bab Irsal ini lebih mendalam pada kelas akan datang insyaAllah

 

4- Perawi A banyak meriwayatkan hadith dari syaikh B, namun tiada satupun hadith-hadith itu pernah beliau riwayatkan dengan sighah sama’ (haddathana, akhbarani dan semisal), ini adalah petunjuk kuat bahawa parawi A tidak pernah bertemu B dan para huffaz beristidlal (berhujah) dengan hal ini bagi menunjukkan bahawa tiada sama’ antara mereka dan ia putus.

Boleh faham setakat ini?

 

Alhamdulillah

Baik, kita telah berbincang panjang berkenaan al-Ittisal, dan telah saya jelaskan bahawa al-Ittisal iaitu bersambungnya sanad adalah antara syarat utama hadith Sahih.

 

Soalan saya kepada anda semua, adakah semua riwayat yang munqathi’ (putus sanad) itu Dha’if?

Minta seorang jawab 😊

 

Muhaymin Aziz: tidak dr

 

Kenapa?

Muhaymin Aziz: mungkin hadith tu sahih sehingga sanad ye terputus.wallahu alam dr

 

Maaf saya tidak faham jawapan yang diberikan. Maksudnya bagaimana?

Cikgu Rahim: Perawi awal itu thiqah

Cikgu Rahim: Seperti tabi’in besar…

 

Perawi awal itu thiqah? Maksudnya?

Cikgu Rahim: Cthnya, hadith dari malik dari gurunya… allahu’alam.. 😑

 

Baik, katakan sanad A dari B, kedua mereka thiqah, tapi A tidak pernah mendengar dari B, hadith itu pasti Dhai’f? Sebab putus sanad kan? Ya atau tidak?

Najmuddin: Jawapan saya, jikalau ada jalan lain yang bersambung maka ia tidak dhaif…mungkin seperti hadis muallaq dalam tajuk bab sahih bukhari??

Jika seperti itu, maka ia tidak dikira putus lagi bukan? Sebab ada jalur lain sudah.

 

Baik, katakan tiada jalur lain, hanya satu saja. Maka bagaimana? Pasti Dha’if?

Kita brainstorm sikit malam ni 😊

Yang menjawab Dhaif minta berikan hujah, dan yang menjawab tidak mesti Dhaif juga sila berikan hujah.

Saya beri masa 5 min, masing-masing yang ada idea sila jawab 😊, 10:40 saya akan komen dan beri jawapan

 

Meor Haniff: Zahirnya dhaif kerana al-ittisal merupakan syarat sahih,  melainkan ada qarain lain.

Dhaif sebab tiada al-Ittisal, melainkan ada qarain lain, apa qarainnya? Contoh

Jika begitu, hadith itu tetap Dhaif, namun makna atau intipatinya saja benar.

Baik.

 

Khairul: Mungkin ia sahih tp bkn lagi melalui jln perawi t’sebut..maksudny id d riwayatkn mlaluit jln ittisal dr perawi lain..😅

Jika begitu, disebabkan ada jalur lain yang bersambung, maka ia tidak putus lagi.

Baik, jawapannya.

 

Jawabnya, al-Ittisal adalah syarat utama hadith Sahih, jika putus iaitu berlaku inqitha’ maka ia Dhaif kerana telah hilang syarat utama hadith Sahih. Namun ini adalah kaedah umum, ini adalah kaedah umum, di sana ada pengecualian.

 

Bila berlakunya pengecualian ini?

Bab: Bilakah hadith yang Munqathi’ (putus sanadnya) menjadi Sahih

 

1- Apabila diketahui bahawa perawi itu tidak meriwayatkan melainkan dari orang yang thiqah saja. Maka sekiranya dia meriwayatkan dari seseorang yang dia tidak pernah bertemu, maka disebabkan diketahui bahawa dia hanya meriwayatkan dari orang yang thiqah, maka hadith itu Sahih.

 

Maksudnya rawi A berkata “dari B”, sedangkan diketahui bahawa A tidak pernah bertemu B! Maka sanad itu putus. Namun diketahui bahawa A tidak meriwayat melainkan dari yang thiqah saja, maka pasti antara A dan B itu ada perawi lain, perawi C, dan si C pasti thiqah!

 

Maka hadith itu Sahih.

Walaupun zahirnya ia sepatutnya Dhaif sebab inqitha.

 

Terutamanya ia adalah dari para aimmah kubar, misalnya al-Sya’bi rahimahullah.

 

Misalnya hadith berkenaan doa keluar dari rumah (اللهم إن اعوذ بك أن أضل …).

Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh al-Nasaie, Abu Daud dan lainnya dari jalur Mansur bin al-Mu’tamir dari al-Sya’bi dari Ummu Salamah.

 

Zahir hadith ini ia Dhaif, kerana diketahui bahawa al-Sya’bi tidak mendengar dari Ummu Salamah sebagaimana yang dijazamkan para huffaz semisal al-Imam ‘Ali ibn al-Madini.

Akan tetapi hadih ini Sahih, kerana diketahui bahawa al-Sya’bi tidak meriwayat melainkan dari mereka yang Thiqah saja, maka di antara al-Sya’bi dan Ummu Salamah ada perawi lain, walaupun kita tidak mengetahui siapa perawi itu, namun tiada masalah kerana dia thiqah.

Maka hadith itu Sahih.

 

Faham contoh pertama ini?

 

Seterusnya,

Ya, ya, contoh pertama ini tadlis. Iaitu apabila si mudallis itu dikenali tidak melakukan tadlis melainkan dari mereka yang thiqah saja.

 

Seterusnya, kedua.

2- Apabila perawi yang hilang atau dibuang dari sanad itu, kita tahu siapa dia, dan kita tahu dia thiqah.

Misalnya riwayat Humaid al-Thawil dari Anas.

 

Sanad ini putus kerana Humaid al-Thawil dari mendengar dari Anas, tetapi diketahui dalam kebanyakan kes Humaid al-Thawil suka membuang Thabit al-Bunani dari sanadnya kepada Anas, terus Humaid sebut Anas dan membuang al-Bunani. Maka dalam kes ini manjadilah riwayat Humaid dari Anas itu Sahih, walaupun mereka tidak mendengar dan putus antara mereka berdua.

 

Sanad ini putus kerana Humaid al-Thawil tidak mendengar dari Anas, tetapi diketahui dalam kebanyakan kes Humaid al-Thawil suka membuang Thabit al-Bunani dari sanadnya kepada Anas, terus Humaid sebut Anas dan membuang al-Bunani, dan Thabit al-Bunanimadalah Thiqah. Maka dalam kes ini manjadilah riwayat Humaid dari Anas itu Sahih, walaupun mereka tidak mendengar dan putus antara mereka berdua.

 

Nik Mohd :Ralat dari yang atas tadi 👆

Sanad ini putus kerana Humaid al-Thawil tidak mendengar dari Anas, tetapi diketahui dalam kebanyakan kes Humaid al-Thawil suka membuang Thabit al-Bunani dari sanadnya kepada Anas, terus Humaid sebut Anas dan membuang al-Bunani, dan Thabit al-Bunani adalah Thiqah. Maka dalam kes ini manjadilah riwayat Humaid dari Anas itu Sahih, walaupun mereka tidak mendengar dan putus antara mereka berdua.

 

Faham contoh kedua ini?

 

Baik, seterusnya ketiga.

3- Periwayatan Abi Ubaidah bin ‘Abdullah bin Mas’ud dari ayahnya Ibn Mas’ud.

Sanad Abi Ubaidah dari ayahnya putus, kerana Abi Ubaidah tidak pernah mendengar hadith dari ayahnya, kerana ayahnya wafat ketika dia masih kecil.

 

Namun bukan semua riwayat Abi Ubaidah dari Ayahnya (Ibn Mas’ud) itu Dhaif kerana putus, ini kerana banyak hadith yang Abi Ubaidah riwayatkan dari Ayahnya (Ibn Mas’ud) beliau mengambilnya dari ahli keluarganya, dari adik-beradiknya yang pernah mendengar hadith dari ayah mereka.

 

Maka walaupun Abi Ubaidah tidak mendengar dari Ayahnya, namun disebabkan dia mengambil hadith ayahnya itu dari ahli keluarganya maka ia Sahih, kerana ahli keluarganya mendengar dari ayah mereka.

Faham?

 

Ini adalah 3 contoh pengecualian, di kana riwayat yang putus adalah Sahih.

Ini adalah 3 contoh pengecualian, di mana riwayat yang putus adalah Sahih.

 

Baik, satu lagi soalan saya.

Sebagaimana yang telah kita bincang dalam kelas-kelas yang lalu. Hanya Sahabat saja yang boleh berkata “Nabi berkata”.

 

Baik, soalan saya, adakah semua riwayat Sahabat dari Nabi itu bersambung? Pasti bersambung? Atau ada juga yang putus.

 

Cikgu Rahim: Ada terputus..

Kenapa?

 

Cikgu Rahim: Sahabat dapat dari sahabat lain

Betul!

Cikgu Rahim: Tetapi tidak sebut sahabat tu

Cikgu Rahim: 😃

 

Para sahabat mereka meriwayatkan sesama mereka, bukan semua mereka berada dengan Nabi 24 jam sentiasa.

Maka ada Sahabat yang mengambil hadith dari Sahabat lain, dan mereka riwayatkan hadith itu kepada Tabi’i tanpa menyebut nama Sahabat yang dia mengambil hadith itu, seolah dia mendengarnya sendiri dari Nabi, sedangkan tidak.

Namun ia Sahih, kerana kita tahu perawi yang dihilangkan itu thiqah, kerana semua Sahabat adalah thiqah.

 

Ini satu lagi contoh sanad putus tapi Sahih.

Baik, soalan lagi. Adakah jika selain Sahabat berkata “Nabi berkata” maka ia pasti Dhaif? Atau boleh jadi Sahih? Oh ya, dan ia satu jalur saja, tiada jalur lain, saya sebut siap-siap sebab nanti mesti ada yang suka jawab “ada jalur lain” 😬

 

Nik Mohd: Boleh jadi Sahih jika Tabi’in meriwayatkannya daripada Sahabat, dan semua sahabat itu Thiqah

Selain dari contoh ini, apa lagi contoh? Bukan kes tabiin riwayat dari sahabat tapi buang nama sahabat.

Jawapannya, jika seseorang itu dia kafir semasa Baginda SAW masih hidup, dan dia mendengar hadith dari Nabi SAW.

Setelah Nabi wafat, maka dia mendapat hidayah kepada Islam.

Setelah dia Islam, maka dia pun meriwayatkan hadith dari Nabi yang dia sendiri mendengar dengan telinganya, namun waktu itu dia belum islam.

 

Dalam kes ini si fulan tidak dipanggil sahabat, kerana dia tidak beriman ketika Nabi hidup. Dia beriman selepas Nabi wafat, maka dia adalah tabi’i.

Namun riwayatnya dari Nabi bersambung dan tidak putus.

Dan ia Sahih.

Faham?

 

Definisi Sahabat: hidup pada zaman Nabi, bertemu Nabi dan beriman dengannya serta wafat dalam keadaan beriman.

Saif SB: Ya. Definisi Sahabat mesti jumpa nabi dan beriman masa nabi hidup. Jumpa yaqazah tak kira he..he..

😊

Betul

 

Baik, setakat ini saja diskusi berkenaan al-Ittisal yang ingin saya sampaikan, tinggal sedikit bab irsal dan tadlis yang kita akan bincang secara mendalam kemudian.

Baik, sekarang jam saya telah 23:35 malam, bagaimana? Mahu berhenti? Atau sambung dengan syarat kedua dan ketiga.

Mulanya saya jangka sekejap saja, tapi lajak pula masa 😊

 

Tak mengapalah, saya pohon berhenti di sini saja dulu. Saya penat.

InsyaAllah kelas mendatang kita masuk perbincangan berkenaan al-Thiqah, apa itu maksud thiqah?

InsyaAllah

Kita tutup kelas kita dengan tasbih kaffarah.

Sempena Remadhan yang bakal tiba, saya ingin mengingatkan pesan guru saya al-Syaikh Hamzah al-Malibari kepada saya, agar menjadikan “imanan wahtisaban” sebagai motto kehidupan, bukan hanya dalam bulan Ramadhan, namun dalam semua bulan.

Dan jangan lupa menela’ah al-Quran. Salam ‘alaikum.

Tafsir Surah Az- Zumar Ayat 3

0

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR: AYAT 3

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ ۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. (Surah Az-Zumar (39:3)

Masih ada lagikah yang tidak berkenan dengan perintah Allah?

Berat rasa untuk memikul ajakan tauhid ini pada orang yang  ada akidah syirik terhadap Allah. Haa mim.

 بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ

Bahkan mereka berkata: Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka (Surah Az-Zukhruf (43:22)

 

Beginilah ajakan tauhid ini bila dibaca. Sabit yang tidak setuju adalah tok guru, ustaz hendakkah masuk neraka. Betul tidak ustaz kata?

Kalau begitu, paderi-paderi, tok ca-tok ca, tok sami-tok sami buat ibadat hendak masuk neraka ke? Bukan!  Mereka buat semua itu hendak masuk syurga. Betul tak?

Oleh itu, niat yang mulia itu bukan membolehkan sesorang itu masuk syurga. Niat yang mulia mesti di sokong dengan:

  1. Beriman iaitu tidak syirik
  2. Beramal soleh tidak melakukan bidaah.
  3. Orang-orang yang tunduk patuh, taat pada Allah dengan mengetahui perintah dan laranganNya.
  4. Orang-orang yang tunduk patuh pada ajaran Nabi Muhammad saw dengan mentaati apa yang disuruh dan apa yang dilarang.

Taat pada Allah dengan belajar kitabullah supaya tahu apa yang di suruh dan apa yang di larang.

Taat pada Rasul dengan belajar hadis-hadis kutubussittah supaya tahu apa Nabi Muhammad saw perintah dan apa yang dilarang.

Jika tidak belajar agak-agaknya boleh taat ke?  Daripada sedikit yang ustaz ajar ini pun berlambak kekufuran dan bidaah yang saudara-saudara telah buat.

Jadi bagi yang tidak belajar agak-agaknya mereka akan membenarkan kàh? Tidak buat syirik kah? Tidak buat bidaahkah?

Sebenarnya saudara-saudara sudah pun ustaz ajar mengucap 2 kalimah syahadah. Telah berikrar. Sudah bersumpah, tidak mahu syirik pada Allah dan hendak ikut ajaran Nabi kita. Saudara-saudara faham masa ustaz ajar. Saudara-saudara dengan  bersih hati, rela hati iaitu redha seperti mana saudara-saudara ucapkan.

Tetapi bila ustaz mula mengajar sahaja, susahlah, beratlah. Inilah sifat musyrikin yang di sebut berulang-ulang dalam Al-quran.

Musyrikin ialah orang-orang yang mengaku Allah tuhan. Mengaku Nabi utusan Allah iaitu hendak ikut ajaran-ajarannya.

Kalau pihak yang kedua pula ialah kulit Islam tapi hati kufur…munafiq

Pihak ketiga adalah mereka yang percaya Allah, percaya Nabi. Ikut setengah kitab Allah, ikut setengah-setengah ajaran tok guru. Syirik perantara juga ikut iaitu Yahudi dan Kristian.

Sudut ini dipanggil Ahli kitab. Jika demikian maka kita pun ahli kitab juga.  Anak-anak perempuan ahli kitab boleh dikahwini. Makanan ahli kitab boleh di makan.

Apa-apa yang ditulis semasa mula-mula bilik (75) ini dibuka, ada ayat-ayat Al-Quran tentang diri saudara-saudara berdasarkan apa yang saudara-saudara tulis.

Soalan: Ustaz…tiap hari kita doa bagi Allah tunjukkan jalan yang benar…dan kita berikhtiar belajar dan beramal semampu kita…perbaharui niat kerana Allah.  Kalau dalam perjalanan begitu kita serahkan pada Allah untuk menilai kita. Kita mengharapkan Allah jauhi neraka dan kurniakan kita syurga. Sentiasa istighfar dan taubat atas kesalahan yang nampak dan tidak nampak. Ada tertinggal langkah atau salah aturan atau salah macam mana ya?

Ustaz : Betul lah dalam berdoa itu.

Semoga semua di rahmati Allah.

Begitu juga pada orang-orang yang mendoakan ustaz.

Prakata UiTO Bilik (64) Syamail Muhammadiyyah

0

IMG_20150613_173603

UiTO Bilik (64) Syamail Muhammadiyyah

 

Syarhu d-Diyariyyah Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah ةثدملمحا لئدمشلا  ثيدحالأ ةيرايدلا حرش

 

Prakata

 

Sebahagian penuntut ilmu, mereka mempertikaikan kenapa mereka diajar dengan lambat, atau berulang dalam ilmu hadis, terutama yang berkaitan dengan syarah hadis.

 

Adou_Fr berkata:

 

1- Ramai manusia, apabila mereka membaca hadis, mereka hanya melaluï hadis itu sekali, dan tidak perasan pun perbezaan lafaz, rawi dan sebagainya, namun, mereka berlagak bahawa mereka telah mengkhatamkan bacaan itu.

 

2- Mempelajari hadis adalah sesuatu yang membosankan bagi orang biasa, kerana apabila mereka membaca sesuatu hadis sekali, mereka merasa sudah cukup.

 

3- Wal-hal, para `ulama’, mereka mengulang-ulang bacaan hadis yang sama, agar mereka dapat memahami dengan lebih lagi pada setiap kali ulangan.

 

4- Pada setiap kali ulangan juga, mereka akan lebih fasih membaca hadis dan lebih ingat, justeru ulangan itu adalah penting untuk sabat atau mengukuhkan bacaan dan ingatan.

 

5- Justeru, jika anda benar-benar ingin mendalami bidang hadis, dan ingin mendapat keberkatan daripada ilmu hadis, bacalah dan ulanglah, dan ulanglah lagi, sehingga hadis itu menjadi sebati dengan diri anda.

 

6- Janganlah dikejarkan – dalam konteks ini – jumlah yang dibaca atau dikhatam, kerana mempelajari maksud dan syarah hadis memerlukan kefahaman, bukan kelajuan.

 

WaLlahu a`lam

Popular

Iklan

Iklan