Utama Blog Halaman 312

Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1436h

0

Petunjuk daripada Al-Quran

 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ …

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…..” [Surah Al-Baqarah 185]

 

  • Selain daripada disyariatkan berpuasa, bulan Ramadhan juga merupakan bulan yg Allah pilih sebagai bulan Dia menurunkan al-Quran
  • Memandangkan al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan untuk menjadi petunjuk kepada manusia, tidak wajar bagi orang yang mengaku beriman kepada Al-Quran melebihkan bacaan ‘bahan2 lain’ (bc whatapps, fb, twitter, akhbar, makalah2 dll) selain Al-Quran dan tidak benar2 berusaha memahami al-Quran
  • Amat pelik juga bagi orang yang meyakini Al-Quran itu sebagai mukjizat agung tetapi tidak menjadikannya rujukan utama serta dasar kehidupan dan tidak menyibukkan diri dan ahli keluarga dengan Al-Quran, dibimbangi hal ini boleh menyebabkan kita ‘kufur’ kpd Al-Quran
  • Dengan membaca, mendengar, memahami, mentadabbur Al-Quran, kita akan mendapat hidayah dan pedoman hidup. Juga dapat memahami maksud iman dan kufur, mengetahui tauhid dan syirik, halal dan haram, dosa dan pahala serta perintah dan larangan

Firman Allah swt:

وَهَٰذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat” [Surah Al-An’aam 155]

 

Berkata Sayidina Usman bin Affan r.a:

“Kalau hati seseorang bersih, nescaya kita tidak akan pernah kenyang dengan Al-Quran. Aku tidak menyukai sesuatu iaitu di hari yang mana aku tidak membaca mushaf al-Quran” (Diriwayatkan oleh Imam al Baihaqi dlm Syu’ab al-Iman)

 

Berusahalah untuk memperolehi impak maksimum daripada Al-Quran

 

Tazkirah Zohor Ramadhan

0

Hati berkarat kerana dua perkara:

  • Lalai
  • Dosa

Dan hati bersih kerana dua perkara:

  • Istighfar
  • Zikir

Rasululllah saw bersabda:

“Perumpamaan org yg mengingati Tuhannya dan yg tdk mengingati Tuhannya adalah seperti orang hidup dan orang mati”  [Riwayat al-Bukhari]

Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1436h

0

Kesan Bila Manusia Bertqwa

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”َ [Surah Al-Baqarah 183]

 

Bila hati kita bersih dan segala pancaindera  dapat dikawal daripada dosa maka lahirlah umat yg bertaqwa sebagaimana dikehendaki oleh Allah. Bila lahirnya pemimpin yg bertaqwa maka tiada lagi berlakunya kezaliman terhadap rakyat dan penyalahgunaan kuasa dlm mengaut keuntungan peribadi. Bila lahirnya pegawai kerajaan dan kakitangan syarikat bertaqwa maka tidak berlakunya pecah amanah dan rasuah. Bila lahirnya peniaga yg bertaqwa maka tiada lagi amalan tipu dan monopoli harga barangan demi mencari keuntungan melampau. Bila lahirnya anggota masyarakat yg bertaqwa maka tiada lagi kes kecurian, ketagih dadah, rogol dan sebagainya.

Bila lahirnya suami yg bertaqwa maka tiada lagi kes penderaan dan pengabaian rumahtangga. Bila lahir isteri yg bertaqwa maka tiada lagi kes penderhakaan. Bila lahir anak yg bertaqwa maka tiada lagi kes melawan ibubapa. Bila lahir pelajar yg bertaqwa maka tiada lagi kes malas belajar, buli dan jenayah di tempat belajar.

Betapa indah dan damainya bila setiap anggota masyarakat bermula drp pemimpin hingga anak kecil bertaqwa kepada Allah sehingga keberkatan dan nikmat hidup melimpah-limpah datangnya daripada Allah

 

Tafsir Surah Az Zumar Ayat 5

1

Tafsir Surat Az-Zumar Ayat 5

Bismillahirrahman nirrahim

Allah berkata: Dialah yang menciptakan  7 petala langit dan 7 petala bumi bil haq untuk zahirkan kepada kamu semua bahawa Dialah sebenarnya Tuhan kamu.

Allah berkata: Dialah yang memasukkan malam kepada siang, akibatnya siang jadi pendek, terjadilah musim sejuk (winter) bagi negara 4 musim.

Allah berkata lagi: Dia juga lah Tuhan yang memasukkan siang hari kepada malam menyebabkan malam jadi pendek, maka terjadi musim panas (summer).

Maksudnya musim sejuk dan panas bukan boleh terjadi dengan sendiri. Allahlah yang buat semua itu. Tetapi kenapa  kamu tidak menyembah, percaya pada ajaran Allah yang sebenar?

Dialah yang tundukkan iaitu beri ilmu kepada manusia, ilmu-ilmu matahari dan juga bulan. Allah beri manusia ilmu-ilmu matahari dan bulan  akibat nya kita boleh mendapat manfaat yang banyak, seperti Solar panel, membina atap bumbung sesuai dengan kepanasan dan lain-lain lagi.

Allah berkata kepada kita. Semua itu bergerak mengikut orbit-orbit yang Allah tentukan. Musim panas matahari di orbit ini. Musim sejuk matahari berorbit di sini.

Bergerak matahari dan bulan bukan bulat orbitnya tetapi spherical, oval. Maka jadilah air pasang surut. Akibat dari semua itu ada pergerakan angina, pasang surut air laut, ada arus laut, pokok-pokok, binatang-binatang, ikan-ikan digerakkan mengikut musim. Kita pula mendapat manfaatnya.

Semua itu matahari dan bulan serta segala yang lain bergerak bukan selama-lamanya tetapi sehingga Allah tentukan.  Semua akan hancur kerana ujian pada manusia telah tamat.

Semua yang di sebut di atas adalah Allah yang mengurus tadbir makhluknya dan memberi segala keperluan-keperluan makhluk walaupun mereka tidak mengetahui pun bahawa Allah sentiasa menjaga ciptaanNya.

Allah yang mencipta makhluk

Allah yang memiliki makhluk

Allah yang memberi rezeki kepada makhluk

Allah yang mentadbir makhluk dengan mencipta segala keperluan-keperluan makhluk supaya manusia dapat diuji tanpa boleh mengadu itu dan ini.

Pengumuman Allah lagi. Ketahuilah kamu semua. Dialah Allah Tuhan kamu, Maha Gagah Perkasa Maha Menang.

Wallahuaklam.

 

Syirik dan Permulaan Syirik

0

Syirik

Sesudah seseorang Muslim itu mentawhidkan Allah, wajiblah baginya mengenali lawannya, iaitu syirik. Tujuannya supaya ia dapat menghindari amalan syirik dan menyelamat keluarganya daripada fitnah syirik. Oleh itu dikatakan:

عَرَفْتُ الشَّرَّ لَا لِلشَّــــــــــــــــــــرِّ لَكِنْ لِتَوْقِيهِ

Aku mengenali kejahatan bukan kerana sukakan kejahatan, akan tetapi kerana ingin menjauhinya,

وَمَنْ لَا يَعْرِفُ الشَّــــــــــــرَّ مِنَ النَّاسِ يَقَعُ فِيهِ

Orang ramai yang tidak mengenali kejahatan berkemungkinan terjerumus ke dalamnya

Syirik itu ialah melakukan sesuatu ibadah kerana selain Allah. Ia adalah dosa besar kerana menyerupakan makhluk dengan Khāliq pada ciri-ciri Ilāhiyyah-Nya.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. Surah Luqman (31:13)

Bahkan ia adalah kezaliman yang sungguh dahsyat kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Sesiapa tunduk mengabdikan diri kepada selain Allah, maka ia meletakkan ibadahnya pada bukan tempatnya dan menyerahkannya bukan kepada yang berhak ke atasnya. Justeru itu, syirik adalah dosa besar yang paling besar. Daripada Abū Bakrah, katanya: Rasulullah – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الكَبَائِرِ؟». (ثَلاَثًا)

“Mahukah kamu aku beritahukan tentang dosa besar yang paling besar?” (Tiga kali)

Jawab para sahabat:

بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ.

“Tentu sekali wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda:

«الإِشْرَاكُ بِاللهِ، وَعُقُوقُ الوَالِدَيْنِ».[1]

“Mensyirikkan Allah dan derhakakan kedua ibu bapa.”

Kata Ibn Mas‘ūd:

أَكْبَرُ الكَبَائرِ أَنْ تَجْعَلَ للهِ نِدّاً وَهُوَ خَلَقَكَ.

“Dosa besar yang paling besar ialah engkau mengadakan sekutu bagi Allah, sedangkan Dia yang menciptakan engkau.”

 

 Permulaan Syirik

Manusia pada asalnya berada di atas tawhid kepada Allah. Kata Ibn ‘Abbās – raḍiyalLāhu ‘anhumā:

«كَانَ بَيْنَ آدَمَ وَنُوحٍ عَشَرَةُ قُرُونٍ كُلُّهُمْ عَلَى شَرِيعَةٍ مِنَ الْحَقِّ، فَلَمَّا اخْتَلَفُوا بَعَثَ اللهُ النَّبِيِّينَ وَالْمُرْسَلِينَ وَأَنْزَلَ كِتَابَهُ فَكَانُوا أُمَّةً وَاحِدَةً».[2]

“Adalah jarak masa di antara zaman Ᾱdam dan Nūḥ itu adalah sepuluh kurun. Kesemua mereka pada ketika itu berada di atas syariat yang benar. Tatkala mereka berselisih, Allah telah membangkitkan para nabi dan rasul dan menurunkan kitab-Nya, lalu mereka menjadi umat yang satu.”

Adalah Ᾱdam – ‘alayh al-salām – itu mempunyai beberapa orang anak, antaranya ialah: Wadd, Suwā‘, Yaghūth, Ya‘ūq dan Nasr. Kesemua mereka adalah ahli ibadat. Setelah salah seorang di antara mereka mati, kaumnya merasa amat sedih kerana kematiannya. Syaitan lalu membisikkan kepada mereka:

حَزِنْتُمْ عَلَى صَاحِبِكُمْ هَذَا؟

“Adakah kamu merasa sedih dengan kematian ahli ibadat kamu ini?”

Jawab mereka:

نَعَمْ.

“Ya.”

Kata syaitan lagi:

هَلْ لَكُمْ أَنْ أُصَوِّرَ مِثْلَهُ فِي قِبْلَتِكُمْ إِذَا نَظَرْتُمْ إِلَيْهِ ذَكَرْتُمُوهُ؟

“Kenapa kamu tidak letakkan gambarnya di kiblat kamu supaya apabila kamu melihatnya, kamu dapat mengingatinya.”

Jawab mereka:

لَا نَكْرَهُ أَنْ تَجْعَلَ لَنَا فِي قِبْلَتِنَا شَيْئًا نُصَلِّي إِلَيْهِ.

“Kami tidak suka meletakkan di kiblat kami sesuatu yang kami sembah akannya.”

Kata syaitan:

فَأَفْعَلُهُ فِي مُؤَخَّرِ الْمَسْجِدِ.

“Kalau begitu, letakkanlah ia di sebelah belakang masjid.”

Jawab mereka:

نَعَمْ.

“Ya, betul.”

Lalu mereka membuat gambar orang yang salih itu. Sehingga apabila kelima-limanya meninggal dunia, dilukiskan gambar setiap orang daripada mereka lalu diletakkan di belakang masjid. Setelah berlalu masa yang panjang, berlaku perubahan sedikit demi sedikit sehinggalah mereka meninggalkan peribadatan kepada Allah dengan bertawassul memuja kelima-lima ahli ibadat yang sudah meninggal dunia itu. Allah kemudiannya mengutus Nabi Nūḥ – ‘alayh al-salām – bagi mengajak mereka kembali mentawhidkan Allah. Lalu ketua-ketua mereka menghasut:[3]

… ﮦ  ﮧ  ﮨ  ﮩ   ﮪ  ﮫ  ﮬ  ﮭ  ﮮ  ﮯ  ﮰ   ﮱ{.[4]

“Jangan sekali-kali kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan sekali-kali kamu meninggalkan Wadd, Suwaā‘, Yaghūth, Ya‘ūq dan Nasr.

Amalan syirik juga berlaku kerana terpesona dengan amalan yang dilakukan oleh orang lain atas sangkaan itu adalah kebaikan kerana kurangnya ilmu. Hal ini juga pernah berlaku kepada para sahabat Nabi – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam – di peringkat awal mereka memeluk Islam. Daripada Abū Wāqid al-Laythīy, katanya: Ketika tentera Islam dalam perjalanan ke Ḥunayn, mereka melintasi sebatang pokok yang dikenali di kalangan musyrikin sebagai Dhāt Anwāṭ, iaitu tempat mereka menggantung senjata atas kepercayaan bagi mengambil berkat. Sebahagian mereka berkata:

يَا رَسُولَ اللهِ، اجْعَلْ لَنَا ذَاتَ أَنْوَاطٍ كَمَا لَهُمْ ذَاتُ أَنْوَاطٍ.

“Wahai Rasulullah, buatkan bagi kami Dhāt Anwāṭ sebagaimana orang musyrikin itu mempunyai Dhāt Anwāṭ.”

Jawab Nabi – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam:

«سُبْحَانَ اللهِ هَذَا كَمَا قَالَ قَوْمُ مُوسَى } ﭟ  ﭠ     ﭡ  ﭢ    ﭣ  ﭤ{,[5] وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَرْكَبُنَّ سُنَّةَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ».[6]

“SubḥānalLāh, ucapan kamu ini samalah seperti ucapan kaum Mūsā: “Buatlah untuk kami suatu berhala sebagaimana mereka mempunyai beberapa berhala.” Demi Allah yang diriku di tangan-Nya, kamu benar-benar mengikut jalan orang yang sebelum kamu.”

[1]     Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [2654].

[2]     Al-Mustadrak ‘alā al-Ṣaḥīḥayn [3654]. Kata al-Ḥākim: Ṣāḥīḥ menurut syarat al-Bukhārīy.

[3]     Sūrah Nūḥ, 71:23.

[4]     Al-‘Aẓamah, 5:1591.

[5]     Sūrah al-A‘rāf, 7:138.

[6]     Sunan al-Tirmidhīy [2180]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

 

Kelas #6 | Ulum Hadith

0

2 April 2015 @ 12 Jumada Thani 1436

Bismillah, Alhamdulillah, wa ba’d.

InsyaAllah pada malam ini kita akan menyambung kelas ulum hadith kita, telah kita berbincang beberapa istilah pada minggu lepas seperti sanad dan matan, juga athar, serta khabar. Baik, secara umumnya para ahli istilah telah membahagikan hadith kepada sifatnya, yang saya maksudkan di sini ialah mereka menyebut hadith fi’li, hadith qauli, hadith taqriri, hadith wasfi.

Ini hanyalah penamaan istilah, istilah..tidak penting sangat dalam amali. Namun ada baiknya kita mengetahuinya, yang dimaksudkan hadith qauli ialah hadith yang berkait percakapan Nabi SAW, iaitu sanadnya berakhir dengan berkata Nabi SAW berkata “…”.

Hadith fi’li pula ialah berkait perbuatan Nabi SAW, apa saja hadith yang menceritakan Nabi melakukan sekian, sekian, maka secara istilahnya ia dinamakan hadith fi’li.

Hadith taqriri pula, taqrir iaitu tacit approval, ia merupakan persetujuan Nabi SAW atas apa yang berlaku ketika hayatnya dan Baginda mengetahui dan menyaksikannya, namun beliau tidak membantah.

Hadith wasfi pula ialah hadith yang menceritakan sifat Baginda SAW, baik sifat kejadian ataupun sifat akhlak, misalnya hadith yang menceritakan bentuk tubuh Nabi SAW yang tidak terlalu tinggi dan tidak juga pendek, juga hadith yang menceritakan akhlaknya Baginda SAW.

Baik. Itu secara umumnya. Hari ini kita masuk istilah baru, iaitu istilah al-Musnad.

 

* al-Musnad:

Al-Musnad mempunyai banyak definisi, definisi yang paling masyhur ialah hadith yang mempunyai dua sifat, iaitu sifat ittisal (secara zahir isnad) serta sifat rafa’nya ia kepada Nabi SAW. Berkumpulnya ittisal sanad (secara zahir) serta ia adalah hadith marfu’, maka ia dinamakan hadith musnad di sisi jumhur ahli hadith. Jika hadith itu hanya muttasil namun mauquf, atau maqtu’ tidak marfu’, tidaklah ia dinamakan musnad.

Ittisal, maksudnya bersambung, yang dimaksudkan di sini ialah bersambungnya sanad secara zahir. Marfu’, maksudnya hadith itu dinisbahkan kepada Nabi, baik ia hadith qauli, taqriri, atau lainnya. Mauquf dan Maqtu, akan kita bincang kemudian. InsyaAllah.

Baik, yang telah saya sebutkan sebelum ini adalah definisi al-Musnad di sisi jumhur iaitu majoriti ahli hadith. Namun perlu diketahui, di sana terdapat maksud lain bagi al-Musnad. Antaranya sebahagian ahli hadith mutaqaddimin dan juga mutaalhkhirin menggunakan istilah al-Musnad dengan maksud Ittisal, tidak mengira sama ada ia marfu’ atau tidak. Iaitu sanad hadith itu muttasil (bersambung), tak mengira ia bersambung akhirnya kepada Nabi (disebut marfu’), ataupun selain Nabi. Maka mereka tetap menyebutnya sebagai hadith musnad.

Sebahagian lain ahli hadith pula menggunakan istilah musnad dengan maksud marfu’ sahaja! Tak mengira sama ada sanad itu muttasil (bersambung) atau munqathi’ (putus). Berapa definisi al-Musnad yang telah kita sebutkan? Tiga, tiga ya.

  • Pertama: al-Musnad dengan maksud muttasil marfu’
  • Kedua: al-Musnad dengan maksud muttasil saja.
  • Ketiga: al-Musnad dengan maksud marfu’ saja.

Apakah faedah kita mengetahui maksud yang berbeza-beza bagi satu istilah ini?

Kerana, sebagaimana yang saya pernah sebutkan dalam kelas yang lalu, agar kita tidak salah faham ketika membaca kalam para huffaz hadith. Apabila kita membaca kitab ulum hadith, dan kita menjumpai seseorang hafiz hadith berkata “hadith ini musnad”, maka dalam minta kita terus keluar tiga definisi, tiga definisi, dan kita melihat apakah musnad yang dimaksudkan oleh hafiz atau imam hadith itu. Agar kita tidak salah faham, dan tidak terburu-buru.

Pesan guru saya Syaikhuna al-Muhaddith Abu Muaz Thariq Iwadullah, penting bagi seseorang penuntut ilmu mengetahui istilah yang dimaksudkan oleh seseorang hafiz atau imam itu, adakah musnad yang dia maksudkan ialah muttasil marfu’, atau marfu saja atau muttasil saja, mudahnya penting kita mengetahui manhaj para huffaz.

Satu lagi maksud al-Musnad yang saya lupa sebutkan ialah, al-Musnad dengan maksud kitab matan hadith yang disusun mengikut nama para Sahabat, misalnya Musnad al-Imam Ahmad, Musnad alHumaidi, serta Musnad Abi Daud al-Thayalisi. Baik. Demikian maksud istilah al-Musnad. Istilah seterusnya ialah al-Mutaqaddimin.

 

* al-Mutaqaddimin:

Yang dimaksudkan dengan al-Mutaqaddimin ialah para ahli hadith sehingga 300H, demikian kata alSyaikh Dr. Muhammad Abul Laiths Khair Abadi, misalnya Malik serta tabaqatnya, Syu’bah serta tabaqatnya, Waki’ dan tabaqahnya, Ibn Mahdi dan tabaqahnya, Ahmad bin Hanbal dan tabaqahnya, alBukhari dan tabaqahnya, al-Tirmizi dan tabaqahnya, serta al-Nasaei dan tabaqahnya. Atau disebut juga Salafus soleh. Seterusnya al-Mutaakhkhirin.

 

* al-Mutaakhkhirin:

Yang dimaksudkan dengan al-Mutaakhkhirin ialah mereka yang selepas 300H, demikian kata al-Syaikh Abul Laiths al-Khair Abadi. Misalnya al-Khatib al-Baghdadi serta tabaqahnya, al-Nawawi serta taqabahnya, Ibn al-Solah serta tabaqahnya, al-Iraqi dan tabaqahnya, Ibn Hajar dan tabaqahnya, alSuyuthi dan tabaqahnya, sehinggalah mereka di zaman ini. Pemisah antara Mutaqaddimin dan Mutaakhkhirin sebenarnya adalah lebih kepada manhaji, iaitu dari segi manhaj, bukanlah dari segi zaman, maka dimasukkan juga Ibn Abdul Hadi, Ibn Rajab, serta mereka yang berjalan atas manhaj mutaqaddimin pada zaman kita semisal al-Muallimi al-Yamani, Muqbil alWadie, al-Sa’d dan lainnya.

Boleh merujuk semula diskusi kita berkenaan perkembangan penulisan buku-buku ulum hadith dahulu, saya telah sebutkan dengan lebih rinci. Hanya saja di sini saya ulang, hanya saja saya ulang sebagai formaliti. Baik, seterusnya istilah al-Maqbul

Al-Maqbul dapat kita bahagikan kepada dua, iaitu al-Maqbul untuk perawi, serta al-Maqbul untuk hadith.

 

* al-Maqbul min al-Ruwah (Maqbul untuk perawi hadith)

Ini merangkumi para perawi yang ‘adil, serta sempurna dhabitnya, serta termasuk juga mereka yang rendah dhabitnya. Kita akan berbincang dengan lebih mendalam akan maksud ‘adil, serta dhabit kemudian apabila sampai babnya insyaAllah. Seterusnya al-Maqbul untuk hadith

Sekejap, berbalik kepada al-Maqbul untum perawi, al-Hafiz Ibn Hajar mempunyai definisi dalam kitabnya al-Taqrib, dalam buku ini al-Maqbul ialah para perawi yang majhul sekiranya dia dikuti, iaitu jika riwayatnya turut di bawa yang lain, maka Ibn Hajar menamakannya maqbul. Jika dia tidak diikuti, maka dia kekal majhul. Ini khas untuk maqbul yang disebut Ibn Hajar dalam kitabnya al-Taqrib. Baik. Seterusnya al-Maqbul untuk hadith.

 

* al-Hadith al-Maqbul

Istilah maqbul apabila digunakan untuk hadith pula, disebut hadith maqbul, ia bermaksud hadith yang mencukupi syarat qubul hadith, baik dari yang teratas atau yang bawah-bawah. Qabul iaitu penerimaan, diterima untuk dibuat hujah. Baik, seterusnya ialah istilah al-Sahih. Jika tadi kita telah melihat definisi al-Musnad yang pelbagai, sekarang kita akan lihat pula definisi Sahih
yang pelbagai. Saya tidak silap sebut, ya istilah Sahih juga mempunyai beberapa maksud juga, bukan hanya satu, bukan hanya satu. Pertama ialah definisi al-Sahih yang masyhur ialah, hadith yang bersambung-sambung sanadnya dengan para perawi yang thiqaat, serta tiada baginya ‘illah, ini definisi mudah. Ataupun sebahagian ahli istilah Mutaakhkhirin menyebut dengan lebih sistematik, iaitu hadith yang mencukupi 5 syarat, iaitu:

  1. Sanadnya bersambung (muttasil)
  2. Perawi yang ‘adil
  3. Perawi yang dhabit
  4. Bebas dari syaz
  5. Bebas dari ‘illah

Ini adalah definisi secara umumnya, ada kes penyecualian, dan kita akan berbincang hal itu kemudian bila tiba babnya. Definisi hadith Sahih dengan 5 syarat ini adalah definisi di sisi ahli hadith. Manakala definisi Sahih di sisi fuqaha’ dan ahli usul fiqh pula hanya 3 syarat, iaitu sanad bersambung, perawi ‘adil serta dhabit. Tidak dimasukkan syaz dan ‘illah. Definisi ini tidak tepat, tidak tepat, kerana apa? Kerana perawi yang ‘adil dan dhabit (kedua sifat ini disebut thiqah) juga boleh berbuat silap, kerana itu sesuatu hadith perlu bebeza dari syaz atau ‘illah.

Satu perkara yang perlu diketahui, para huffaz mutaqaddimin menggunakan istilah hadith Sahih untuk semua hadith yang mereka jadikan hujjah, ini merangkumi istilah Hasan dalam fahaman Mutaakhkhirin. Jika pening tidak mengapa, ia akan menjadi jelas apabila kita masuk bab hadith Hasan, ia satu bab yang amat besar.

Mudahnya Mutaakhkhirin membahagikan hadith kepada Sahih, Hasan, Dhaif. Mutaqaddimin hanya membahagikan hadith kepada Sahih dan Dhaif saja. Hadith Hasan dalam istilah Mutaakhkhirin termasuk dalam ketegori Sahih di sisi Mutaqaddimin. Adakah maksudnya di sini tiada istilah Hasan di sisi Mutaqaddimin? Jawabnya ada, cuma maksudnya berbeza, kita akan ulas kemudian apabila masuk bab hadith hasan. InsyaAllah.

Baik, itu definisi sahih yang masyhur. Iaitu yang mencakupi 5 syarat. Definisi yang lain pula untuk Sahih. Para huffaz Mutaqaddimin selain mereka menggunakan istilah Sahih bagi menunjukkan darjat hadith, iaitu hadith yang mencukupi 5 syarat yang telah saya sebutkan sebelum ini, mereka juga menggunakan istilah Sahih dengan maksud selain darjat hadith. Mereka menggunakan istilah Sahih dengan maksud Muttasil, atau Ittisal. Iaitu telah sahihya fulan mendengar dari fulan. Iaitu sanadnya fulan dari fulan bersambung.

Contohnya, kata para huffaz Mutaqaddimin “hadith-hadith fulan A dari fulan B adalah Sahih”, yang dimaksudkan di sini bukan Sahih dari segi darjat hadith (5 syarat tadi), tetapi yang dimaksudkan di sini ialah telah sahih fulan A mendengar dari fulan B. Atau juga ibarat yang semisal.

Contohnya ialah al-Imam Abu Daud pernah ditanya berkenaan ‘Ammar bin Abi ‘Ammar, maka kata Abu Daud “thiqah”, dia meriwayatkan dari Syu’bah satu hadith, dan berkata Syu’bah : لي يصح ال كان و – adalah dia tidak sahih dari ku” Maksud tidak sahih dalam ungkapan Syu’bah ini ialah, ‘Ammar tidak mendengar darinya, tidak Sahih bersambungnya ‘Ammar dari Syu’bah secara sama’

Contoh lain, berkata Yahya al-Qatthan : qatadah tidak sahih dari mu’azah. Maksdunya di sini qatadah tidak mendengar dari Mu’azah. Tidak thabit sama’nya Qatadah dari Mu’azah.

Baik, itu beberapa contoh penggunaan istilah Sahih di sisi Mutaqaddimin dengan maksud ittisal, atau sama’. Ada banyak lagi contoh, dan insyaAllah saya akan sebutkan dalam kelas akan datang. Satu lagi, saya terlupa, Istilah Sahih juga digunakan oleh huffaz Mutaqaddimin dengan maksud Sahih makna, iaitu Sahihnya intipati matan hadith, hadith itu sendiri boleh jadi Dhaif.

Baik, kesimpulannya terdapat 3 maksud Sahih.

  1. pertama: sahih dari segi istilah, iaitu hadith yang diriwayatkan secara bersambung-sambung, oleh
    mereka yang thiqah, serta tiada syaz dan illah
  2. kedua: sahih demgan maksud ittisal atau sama’
  3. ketiga: sahih dengan maksud benarnya makna matan hadith, walaupun hadith itu dhaif.

Tadabbur Kalamullah 3 Ramadhan 1436H

0

Kelebihan dan Kepentingan TAQWA

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”

[Surah Al-Baqarah 183]

 

Matlamat utama kepada setiap ibadat dalam Islam termasuk puasa iaitu melahirkan umat yang bertaqwa yang sentiasa berhati2 daripada melakukan dosa serta takut kepada ancaman murka Allah SWT sepanjang masa di setiap tempat.

Dengan taqwa Allah SWT akan lenyapkan kesusahan kita dan suburkan rezeki kita. Firman Allah swt:

 ۚوَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا  وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya” (Surah at-Talaq ayat 2 dan 3)

 

Dengan taqwa Allah SWT akan memudahkan urusan hidup kita. Firman Allah swt:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

“Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya” (Surah at-Talaq 4)

 

Dengan taqwa Allah SWT akan ampunkan kita dan gandakan ganjaran pahala kpd kita. Firman Allah swt:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya” (Surah at-Talaq 5)

 

Taqwa dimiliki- hidup harmoni, dunia sentosa dan akhirat bahagia

 

Tadabbur Kalamullah 2 Ramadhan 1436H

0

Hakikat Puasa

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”
[Surah Al-Baqarah 183]

  •   Hakikat puasa adalah utk melahirkan insan yg bertakwa. Takwa jg adalah pra syarat utk meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Firman Allah swt:

    “Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (Surah Al Baqarah 197)

  • Tidak kurang dari 15 kali perkataan taqwa berulang dalam Al Quran. Perintah bertaqwa (ittaqu) pula berulang sebanyak 69 kali sedangkan perkataan ‘muttaquun’ (orang-orang yang bertaqwa) sebanyak 6 kali dan ‘muttaqiin’ sebanyak 43 kali.
  • Puasa orang bertaqwa adalah menahan diri daripada segala perkara yg membatalkan puasa termasuk memelihara seluruh pancaindera daripada melakukan perkara dosa dan sia2, juga menjaga hati agar hanya mengingati Allah swt.
  • Sabda Nabi saw:

    “Bukan dinamakan puasa apabila hanya sekadar menahan makan dan minum tetapi puasa yg sungguh2 itu adalah menahan diri drp percakapan yg tidak aa gunanya dan kata2 yg keji” (HR Muslim)

  • Sabda Nabi saw lagi:

    “Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada…” (HR at-Tirmizi)

Nabi tidak hanya memerintahkan takwa semata namun bertakwa dimana pun kita berada

Oleh itu, pastikan:

  • Ketakwaan kita dlm sikap dan tingkahlaku.
  • Ketakwaan dlm pergaulan dan tutur kata.
  • Ketakwaan dlm berpakaian.
  • Ketakwaan dlm berkasih sayang
  • Ketakwaan dlm berkeluarga
  • Ketakwaan dlm menjalankan amanah
  • Ketakwaan dlm beramal ibadah
  • Ketakwaan dlm bermuamalah dan pekerjaan
  • Ketakwaan dlm amar makruf nahi mungkar

Hati orang bertakwa sepatutnya sentiasa peka dengan perkara yang mendatangkan kebencian dan kemurkaan Allah swt

Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1436H

0

Puasa Rasul dan Umat Terdahulu

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”

[Surah Al-Baqarah 183]

 

 

  • Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s sesampainya dibumi setelah diturunkan dari Syurga, baginda bertaubat kpd Allah dan berpuasa selama 3 hari setiap bulan.
  • Imam Ibnu Kathir dlm tafsirnya menyebut, sejak Nabi Nuh sehingga Nabi Isa, puasa wajib dilakukan 3 hari setiap bulan.
  • Imam Qurthubi dalam tafsirnya menyebutkan bahawa Allah SWT telah mewajibkan puasa kpd kaum Yahudi selama 40 hari, kemudian umat Nabi Isa selama 50 hari. Dinyatakan juga Nabi Zakaria dan Maryam juga sering mengamalkan puasa.
  • Dalam hadis sahih dikhabarkan bahawa Nabi Daud a.s melakukan puasa  dlm waktu yg cukup lama iaitu setengah tahun dgn cara puasa berselang seli, berpuasa sehari dan berbuka sehari, begitulah selama setahun
  • Nabi Muhammad saw sebelum diangkat menjadi rasul telah mengamalkan puasa 3 hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura yg jatuh pada hari ke 10 bulan Muharram bersama masyarakat arab Quraisy. Malah kaum Yahudi yg tinggal di Madinah pada masa itu turut mengamalkan puasa Asyura
  • Umat Islam diwajibkan berpuasa Ramadhan berdasarkan wahyu kepada Nabi Muhammad saw pada bulan Syaaban tahun ke-2 hijrah
  • Hakikat atau intipati puasa adalah pada menahan diri dan membangunkan kebaikan.

Siyam + Qiyam = Taqwa

 

Q&A bersama Dr. Fathi al-Sakandary siri #4

0

S38: Boleh dr berikan contoh abwab yg mengisyaratkan ‘ilal dalam kitab shahih al bukhari?

J38: Ini adalah soalan yang sangat baik bahkan penting. Baik, para fuqaha’ biasa berkata bahawa fiqh dari al-Bukhari terletak pada tajuk babnya, maka wajib bagi ahli hadith pula berkata ‘ilal dari al-Bukhari terletak pada tajuk babnya. Perlu diketahui, antara manhaj (metod) al-Bukhari meng’ilalkan sesuatu hadith ialah dengan memberi isyarat pada tajuk bab dalam kitabya al-Sahih.

Contohnya hadith yang dikeluarkan Muslim al-Hajjaj dalam Jami’nya al-Sahih daripada Habib bin Abi Thabit dari Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas dari Ayahnya dari ‘Abdullah bin ‘Abbas, yang mengisahkan bahawa Ibn ‘Abbas bermalam di rumah Maimunah, sebuah hadith panjang yang dalamnya disebut bahawa Nabi keluar pergi bersolat fajar ke masjid sambil berdoa

اللهمَّ ! اجعلْ في قلبي نورًا ، وفي بصري نورًا ، وفي سمعي نورًا

hadith ini menjadi dalil sunnahnya membaca doa ini untuk pergi ke masjid, iaitu doa keluar pergi ke masjid. Hadith ini dengan lafaz ini adalah Munkar, puncanya ialah kesilapan Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas yang terkeliru ingatannya, beliau tafarrud (menyendiri) meriwayatkan hadith ini dengan lafaz ini. Lafaz yang mahfuz (betul) ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh para ashab Ibn ‘Abbas lainnya terutamanya Kuraib maula ‘Abdullah bin ‘Abbas dari ‘Abdullah bin ‘Abbas akan hadith yang sama dengan kisah yang sama cuma disebut bahawa Nabi membaca doa ini ketika bangun untuk bersolat qiam malam, bukannya ketika keluar menuju masjid untuk solat fajar, maka yang mahfuz ialah doa ini adalah doa ketika qiam malam. Lafaz Kuraib ini yang rajih kerana beliau merupakan awsaq al-naas bagi hadith-hadith Ibn ‘Abbas, beliau adalah perawi yang paling jitu dalam meriwayatkan hadith-hadith dari Ibn ‘Abbas.

Siapakah yang meng’ilalkan hadith ini? Jawabnya adalah al-Bukhari dalam Jami’nya al-Sahih, bahkan juga Muslim turut meng’ilalkannya dalam Jami’nya al-Sahih! Bagaimana cara al-Bukhari meng’ilalkan hadith ini? Beliau meng’ilalkannya dengan isyarat dalam tajuk bab dalam kitabnya al-Sahih, iaitu beliau membuat bab bertajuk “bab doa apabila terjaga waktu malam” kemudian mengeluarkan hadith ini dengan lafaz yang mahfuz dari Kuraib. Tajuk bab yang dibuat alBukhari ini adalah isyarat akan Dha’ifnya lafaz hadith Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas, iaitu al-Bukhari ingin memberitahu bahawa Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas telah silap menjadikannya doa keluar menuju ke masjid, sedangkan yang betul ia adalah doa ketika bangun qiam malam. Ini adalah isyarat al-Bukhari, iaitu apabila al-Bukhari membuat satu tajuk bab dalam kitabnya alSahih yang bertentangan dengan hadith yang di luar kitabnya, itu adalah isyarat akan Dha’ifnya hadith tersebut.

Bagaimana pula Muslim mengisyaratkan ‘ilal bagi hadithi ini? Muslim meng’ilalkan hadith ini dalam kitabnya al-Sahih dengan mengeluarkan hadith ini dari jalur Kuraib dengan lafaz doa ini sebagai doa bangun qiam malam pada awalnya, kemudian beliau membawa semua jalur-jalur lain bagi hadith ini, kemudian di akhir-akhir itu barulah beliau mengeluarkan hadith ini dari jalur Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas dengan lafaz doa ini sebagai doa keluar ke masjid. Ini adalah isyarat dari Muslim akan Dha’ifnya lafaz hadith Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas. Berbeza dengan al-Bukhari yang mengisyaratkan ‘ilal bagi hadith dengan tajuk bab, Muslim pula mengisyaratkan ‘ilal hadith dengan cara susunan hadith-hadith dalam kitabnya, iaitu beliau akan mengeluarkan hadith yang paling mahfuz paling kuat jalurnya serta matannya, kemudian membawa hadith yang kurang sedikit tahap kekuatannya dari segi jalur dan matannya, sehinggalah yang Dha’if di akhir-akhir. Mereka yang meneliti kitab Muslim akan mengenal metod ini, antara buku yang baik membicarakan metod Muslim ini ialah karya guru saya al-Syaikh Dr. Hamzah al-Malibari bartajuk “Abqariah al-Imam Muslim”, dianjurkan menela’ah buku ini. Baik, demikianlah satu contoh dari sekian banyak contoh akan cara al-Bukhari dan Muslim mengisyaratkan ‘ilal dan Dha’ifnya sesuatu hadith dalam kitab mereka al-Sahihain. Allah Maha Mengetahui.

 

S39: Apa perbezaan riwayat bil makna dan riwayat bil lafzi? Benarkah ada ulama hadith yang melarang riwayat bil makna?

J39: Allah SWT mencipta manusia dan menetapkan mereka kapasiti yang berbeza-beza, ada yang gagah serta ada yang lemah, begitu juga ada kuat hafazannya serta ada yang tidak begitu kuat. Berdasarkan kapasiti kekuatan hafazan ini maka wujud para rawi yang menghafaz serta meriwayatkan lafaz hadith sebagaimana yang dia dengar dan ini dinamakan riwayat dengan lafaz, manakala ada pula yang menghafaz maksud isi (intipati) saja serta tidak terikat dengan lafaz, dia meriwayatkan hadith dengan lafaz sendiri bukannya sebagaimana yang dia dengar dan ini dinamakan riwayat dengan makna. Riwayat dengan lafaz adalah lebih awla secara mutlak berbanding riwayat dengan makna. Ini kerana riwayat dengan makna terdedah kepada kesilapan, dengan itu para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum meriwayatkan hadith dengan makna, ada yang melarangnya secara mutlak seperti ‘Umar alKhattab, Zaid bin Arqam, ‘Abdullah bin ‘Umar dan lainnya, manakala ada pula yang mengharuskan riwayat dengan makna dengan syarat-syarat, serta ada pula yang melarang riwayat dengan makna untuk hadith Nabi tetapi mengharuskannya untuk selain hadith Nabi seperti untuk kata-kata Sahabat atau Tabi’in, ada pula yang mengharuskannya untuk hadith yang panjang-panjang saja, dan lainnya syarat. Perbahasan rinci berkenaan hal ini beserta contoh-contoh, saya anjurkan menela’ah buku karya guru saya al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl bertajuk “al-Jami’ fi al-‘Ilal wa al-Fawaid”, jilid ketiga. Allah Maha Mengetahui.

 

S40: Jika kerja tashih dan tadh’if telah selesai dilakukan oleh imam dan huffaz mutaqaddimin maka apakah “kerja-kerja ilmu hadis” yg boleh dilakukan oleh muhaddith mutaakhirin dan muasirin

J40: Kerja tashih dan tad’if sememangnya telah selesai di lakukan para huffaz Salaf, mereka mengembara mengumpul hadith sekaligus mentahqiq Sahih dan Dha’ifnya. Namun bukan semua mereka menyatakan status hadith secara jelas seperti amalan al-Tirmizi dalam Jami’nya, ada yang menjelaskan status hadith dengan isyarat-isyarat, seperti amalan al-Bukhari yang mengisyaratkan ‘ilal bagi sesuatu hadith di luar al-Sahih dengan tajuk-tajuk bab dalam kitab Sahihnya, serta ada yang mengisyaratkan ‘ilal dengan cara susunan hadith semisal amalan Muslim dalam al-Sahih serta al-Nasaie dalam al-Kubra, dan lainnya cara.

Maka bolehlah kita katakan, antara tugas utama ahli hadith Mutaakhkhirin ialah mengkaji manhaj setiap para huffaz hadith Mutaqaddimin dalam tashih dan ta’lil, manhaj mereka dalam buku-buku mereka, isyarat-isyarat mereka, maksud istilah yang mereka gunakan kerana banyak istilah yang sama tetapi digunakan dengan maksud berbeza, semua ini penting untuk dikaji agar kita tidak salah faham membaca kalam-kalam huffaz serta tidak terlepas isyarat-isyarat mereka. Ini contoh satu tugas utama dalam
sekalian banyak tugas ahli hadith mutaakhkhirin. Allah Maha Mengetahui.

 

S41: Siapa yg mula2 memperkenalkan status taraf hadis dan mengapakah ulama tidak memasukkan hadis dhaif dalam kategori hadis maudhu’?

J41: Semasa Nabi SAW masih hidup, para Sahabat tidak mempersoal taraf hadith, namun selepas kewafatannya Baginda SAW dan timbul zaman fitnah maka para Salaf mula bertanya sumber hadith dan melihat Sahih dan Dha’ifnya. Hadith Maudhu’ termasuk jenis hadith Dha’if, bahkan ia adalah seburukburuk Dha’if. Allah Maha Mengetahui.

 

S42: Apakah makna hadith qudsi?

J42: Hadith qudsi ialah hadith Nabi yang perkatannya mengatakan Allah berkata, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya, ringkasnya ia adalah kata Allah yang disampaikan kepada Nabi dalam mimpi atau ilham, kemudian Nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada para Sahabat dengan susunan perkataan Baginda sendiri dan menyandarkan kepada Allah SWT, contohnya Nabi berkata; “Allah berkata “wahai Anak Adam…”. Perlu diketahui bahawa hadith qudsi
adalah sama seperti hadith lainnya, ada yang Sahih, Dha’if, Palsu. Telah silap dengan kesilapan yang amat besar mereka yang apabila mendengar hadith qudsi maka mereka mengangka ia Sahih secara automatik. Allah Maha Mengetahui.

 

S43: Adakah syarah hadis spt berikut: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu semua sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan dalamnya al-Baqarah…” bermaksud larangan membaca quran di kubur. Dan apakah benar ibn-Qayim dan imam an Nawawi menganggap bacaan al-Quran di kubur itu adalah amalan yg baik. Dan adakah hadis atau atsar tentang amalan para salaf membaca quran di kubur.

J44: Ya hadith tersebut Sahih dan merupakan satu dalil yang menunjukkan keharaman membaca alQur’an di kubur bagi sebahagian fuqaha’. Perkara penting yang perlu difahami ialah, permasalahan membaca al-Qur’an di kubur merupakan khilaf muktabar antara para imam mazhab, al-Syafie membolehkan, sedang Malik, Abu Hanifah serta Ahmad tidak membolehkan, dan dalam pendapat yangg lain Ahmad membolehkan hanya ketika pengebumian dan tidak selepas itu. Mereka yang membolehkan berdalilkan riwayat Ibn ‘Umar yang mewasiatkan agar membaca al-Baqarah di kuburnya setelah dikebumikan, riwayat ini diperselisihkan statusnya, dan ini menjadi titik perbezaan pendapat. Seperkara lain, mereka yang membolehkan membaca al-Quran di kubur bukanlah bermaksud bersedekah pahala bacaan itu. Allah Maha Mengetahui.

 

S44: Mohon pencerahan Dr Fathi tentang pembahagian Sunnah kepada Sunnah Tasyri’iyyah dan Sunnah
Ghair Tasyri’iyyah.

J44: Sunnah syariat ialah setiap sunnah yang dilakukan serta diajarkan Nabi dengan panduan wahyu, misalnya menutup aurat, ini adalah sunnah syariat dalam bab pemakaian yang hukumnya wajib, contoh lain pula ialah kewajipan memakan dengan tangan kanan, anjuran membaca basmalah, ini sunnah syariat dalam bab pemakanan, contoh lain anjuran memperbaharui wudhu’ apabila menyentuh kemaluan dan lainnya. Manakala sunnah bukan syariat ialah amalan yang dilakukan Nabi bukan sebab wahyu namun sebab Baginda adalah manusia berbangsa arab, misalnya memakai serban, ia contoh sunnah bukan syariat dalam pemakaian, contoh lain ialah menaiki unta, berubat dengan berbekam dan lainnya semisal. Allah Maha Mengetahui.

 

S45: Dalam hadis riwayat al-Bukhari berkaitan Nabi SAW mendengar bunyi selipar Bilal dlm syurga kerana solat Wudhuk. Mohon pandangan dari persetujuan Nabi SAW atas perbuatan Bilal (solat wudhuk) tanpa
anjuran Nabi @ adakah Nabi SAW juga buat solat Wudhuk. (soalan 2 in 1)

J45: Bilal (Allah redha atasnya) tidak melakukan perkara baru, solat dua rak’at setelah wudhu sememangnya dianjurkan Nabi SAW dan ia memang disyariatkan berdasarkan hadith Sahih yang dikeluarkan Muslim berbunyi:

فيصلّي ركعتَينِ . مُقبلٌ عليهما بقلبهِ ووجههِ . إلا وجبتْ لهُ الجنةُ

Terjemahan: “Tidaklah seorang Muslim berwudhu’ dengan sebaik-baiknya (sesempurnanya) kemudian mengerjakan solat dua rak’at dengan menghadirkan jiwa dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga”.

Maka jelas di sini Bilal tidak mereka-reka amalan, beliau hanya melakukan amalan yang sememangnya telah disyariatkan serta dianjurkan Nabi, secara konsisten. Allah Maha Mengetahui.

 

Popular

Iklan

Iklan