Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Tadabbur Kalamullah 3 Ramadhan 1436H

Tadabbur Kalamullah 3 Ramadhan 1436H

132
0
Iklan

Kelebihan dan Kepentingan TAQWA

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”

[Surah Al-Baqarah 183]

 

Matlamat utama kepada setiap ibadat dalam Islam termasuk puasa iaitu melahirkan umat yang bertaqwa yang sentiasa berhati2 daripada melakukan dosa serta takut kepada ancaman murka Allah SWT sepanjang masa di setiap tempat.

Dengan taqwa Allah SWT akan lenyapkan kesusahan kita dan suburkan rezeki kita. Firman Allah swt:

 ۚوَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا  وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya” (Surah at-Talaq ayat 2 dan 3)

 

Dengan taqwa Allah SWT akan memudahkan urusan hidup kita. Firman Allah swt:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

“Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya” (Surah at-Talaq 4)

 

Dengan taqwa Allah SWT akan ampunkan kita dan gandakan ganjaran pahala kpd kita. Firman Allah swt:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya” (Surah at-Talaq 5)

 

Taqwa dimiliki- hidup harmoni, dunia sentosa dan akhirat bahagia

 

Komen dan Soalan