Utama Blog Halaman 311

Berhati-hati Ketika Istimbat Hukum..

0

Soalan 1:

Assalamualaikum Sheikh THTL, nak tanya. Dari segi istimbat hukum daripada hadis Nabi s.a.w. Apakah cara yang betul untuk mengambil sesuatu hukum. Bila meneliti kitab yang di ajar di sebahagian pondok-pondok, kefaqihan dalam ilmu hadis di tinggalkan. Sehinggakan  kadang-kadang hadis dhaif di tsabitkan (sebagai) hukum. Bagaimana cara yang benar dalam mengistimbatkan hukum? Adakah kajian ilmu hadis perlu ditinggalkan dengan meninggalkan darjat sesuatu hadis. Mohon pencerahan.

 

Jawapan:

Cara yang standard nak istimbat hukum dari hadith:

 

1. Kritik kesahihan hadith, matan dan sanad.

 

2. Meletakkan hadith tersebut pada skala yang lima: wajib, haram, sunat, harus dan makruh

 

Cara Mazhab Syafi’iy:

 

1. Hadith disahihkan menggunakan muhaddith mazhab, antaranya Imam Syayuti dan Imam Baihaqi

 

2. Hadith itu diletak pada skala yang lima menurut imam-imam mazhab yang muttakhir seperti Dimyati, ar-Rimli, Khatib Syarbini

 

3. Jika ulamak itu menganut tareqat, maka hadith itu disahihkan pula ahli hadith tareqat yang mensahihkan hadith tersebut melalui kasyaf dan mimpi.

 

Sebab orang Syafi’iy ni mengamalkan trinitas:

1. Akidah asya’irah

2. Fiqh syafi’iyah yang muttakhir

3. Bertareqat dan bertasawwuf

 

Soalan 2:

Adakah hadis yang di bawa dalil oleh Imam Baihaqi dan Imam Suyuti adalah semua sahih dan boleh berhujjah?

 

Jawapan:

Tak, standard mereka berdua terlalu tasaahul, maksudnya santai dalam mensahihkan hadith…di sisi ahli hadith, hanya ada 4400 hadith sahih, di sisi mereka berdua mungkin 15K-20K hadith sahih

itu bukti amalan bermazhab akhirnya membawa kerusakan kepada manusia

 

Soalan 3:

Maksudnya, setiap hadis yang dibawa oleh Imam Baihaqi dan Imam Suyuti perlu berhati-hati dan dikaji kesahihannya dahulu Syeikh THTL?

 

Jawapan:

Yup, nak baca kitab hadith mereka berdua, kena beli edisi tahqiq/tashih

 

1. Contoh hadith syuyuti, Nabi saw menghidupkan semula ibubapanya dan mengajar mereka syahadah, lalu mereka kembali ke kubur mereka semula. Syuyuti mensahihkan hadith ini.

 

2. Contoh lain, fadhilat baca yasin malam jumaat, hasan di sisi syuyuti

 

3. Nisfu sya’ban pun sahih di sisi Syuyuti..

♡Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1436h♡

0

~Adab Berinteraksi Dengan al-Quran~

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ …

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…..” [Surah Al-Baqarah 185]

#Allah swt telah memuliakan kita umat Islam dengan Al-Quran. Sesiapa yang mencari selain Al-Quran, maka Allah sedang menyesatkannya

#Oleh itu, jom kita muliakan al-Quran dengan mengamalkan beberapa adab ketika berinteraksi dengan Al-Quran semoga kita beroleh petunjuk dan rahmat.

  1. Hendaklah pembaca Al-Quran berniat ikhlas, mengharapkan redha Allah, bukan niat ingin cari dunia atau cari pujian.
  2. Disunnahkan membaca Al-Quran dlm keadaan mulut yg bersih dan harum baunya
  3. Disunnahkan membaca al-Quran dlm keadaan suci. Namun jika membacanya dlm keadaan berhadas dibolehkan berdasarkan sepakat para ulama.
  4. Berada di tempat yg bersih. Para ulama anjurkan membaca di masjid krn pd masa yg sama dpt meraih fadhilat iktikaf.
  5. Mengadap kiblat dlm keadaan tenang dan damai
  6. Dimulakan membaca al-Quran dgn membaca ta’awudz (A’uzubillahi minassyaitonirrrajim)
  7. Membaca “bismillahir rahmanir rahim” di setiap awal surah kecuali pd surah Bara’ah (surah At-Taubah)
  8. Membaca dlm keadaan khusyuk dan berusaha untuk mentadabbur (merenungkan) setiap ayat yang dibaca.

** Adab membaca Al-Quran ini diringkaskan dari penjelasan Imam an-Nawawi dalam At-Tibyan

♡Al-Quran adalah tali Allah yg teguh dan zikir yang bijaksana serta jalan yg lurus. Berpegang teguhlah♡

~Beradablah Dengan Kalam Allah~

Tazkirah Ramadhan – 8/20

0

Jangan berdusta

 

– وعنهُ قال : قال النبيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « مَنْ لَمْ يَدعْ قَوْلَ الزُّورِ والعمَلَ بِهِ فلَيْسَ للَّهِ حَاجةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعامَهُ وشَرَابهُ » رواه البخاري .

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.”

As Suyuthi mengatakan,

“Yang dilarang dalam hadits ini adalah az zuur yaitu dusta dan menfitnah (buhtan). Sedangkan maksud “mengamalkannya” adalah melakukan perbuatan keji dan setiap apa yang Allah larang yang merupakan konsekuensi dari berkata dusta.”

Ibnu Hajar radhiyallahu ‘anha mengatakan,

“Perbuatan yang disebutkan dalam hadits ini, itulah yang mengurangi pahala puasa seseorang.”

Al Baydhowi radhiyallahu ‘anha mengatakan,

“Ibadah puasa bukanlah hanya menahan diri dari lapar dan dahaga saja. Bahkan seseorang yang menjalankan puasa hendaklah mengekang berbagai syahwat dan mengajak jiwa pada kebaikan. Jika tidak demikian, sungguh Allah tidak akan melihat amalannya, dalam artian tidak akan menerimanya.

En. Zuraideey Abdul Mutalib

0

Mula Dengan Aliran Sunnah:

Setelah saya menerima ijazah pada tahun 1998, sebelum pulang ke tanah air, saya mempunyai banyak masa dan saya mula membaca bahan-bahan agama di internet. Laman sesawang yang banyak menarik perhatian saya adalah ahkam online. Bahan bacaan tersebut membuka minda saya kepada keluasan agama dan banyak persoalan-persoalan timbul di dalam fikiran saya tentang agama kita ini.

Bermula dari tahun 2012, saya secara serius mengkaji aliran-aliran dalam Islam. Kajian tentang aliran Tabligh, perbandingan mahzab, Syiah, Tarikat dan aliran-aliran lain di Malaysia. Selain membaca, saya aktif mendengar syarah-syarah agama di surau, di internet dan bertanya dengan beberapa ustaz untuk faham dan bantu saya membuat penilaian.

Dalam proses pencarian tersebut, saya mendengar syarah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Idris Sulaiman, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Dr Abd Basit, Dr Zulkifli AlBakri dan penceramah-penceramah lain termasuk juga penceramah-penceramah di luar negara seperti Dr Zakir Naik, Ustaz Nouman Ali Khan, Mufti Menk dan lain-lain.

Setelah beberapa bulan, saya rumuskan aliran sunnah adalah aliran yang paling mudah untuk saya faham tentang agama ini. Setelah itu, secara serius saya tumpukan mendengar ceramah Dr Asri Zainal Abidin (Dr Maza) dan beberapa Ustaz di bidang hadis dan tidak ketinggalan, Ustaz Nouman Ali Khan untuk tafsir AlQuran.

Sehingga kini, selain dari ceramah-ceramah dan kelas agama secara formal di tempat tinggal saya, saya turut membeli buku-buku terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia untuk bacaan dan rujukan.

 

01.10.01 #270315: Ilmu Tarikh Ar-Ruwaah

0

Nota 01.10.01 Mengenal Ilmu tentang Periwayat (علم الرواة). Susunan: BroSyarief

ILMU TARIKH AR-RUWAAH (علم تاريخ الرواة)

Ini adalah pecahan ilmu hadits dalam penilaian terhadap periwayat yang rumit dan terperinci. Secara umumnya, ia merujuk kepada penjelasan tentang hal-ehwal periwayat, seperti bila mereka lahir dan wafat, siapakah guru-guru mereka dan bila mereka bertemu dan mendengarkan dari guru-guru tersebut, siapa murid-murid mereka dan negara-negara yang mereka masuki, perjalanan rehlah mereka, bila mereka memasuki daerah-daerah yang berbeza dan banyak lagi.

Para ulama menggunakan ilmu ini untuk mengetahui benar atau tidak meriwayatkan dari guru sekian, sama ada sanadnya bersambung atau tidak, sehingga mereka dapat mengenal pasti siapa periwayat yang berbohong, dan banyak lagi keutamaan dari ilmu Tarikh ar-Ruwwah.

Hasil dari fokusnya ulama kepada ilmu ini, menyebabkan banyak penulisan berkenaan hal-ehwal periwayat, dalam pelbagai bentuk, sama ada ianya tentang sahabat sahaja, atau khusus tentang periwayat yang tsiqah sahaja, atau periwayat dha’if sahaja, atau periwayat mengikut peringkat-peringkat tobaqat tertentu, dan banyak lagi.

Dan antara kitab rujukan utama dalam bab ini, adalah:

  1. al-Kamal fi Asma ar-Rijal, karangan al-Maqdisi (w.600H)
  2. Tahzib al-Kamal fi Asma ar-Rijal, karangan al-Dimasyqi (w.742H)
  3. Tahzib at-Tahzib, karangan Ibn Hajar (w.852H)
  4. Taqrib at-Tahzib, karangan Ibn Hajar, meringkaskan yang sebelumnya.
  5. Ta’jil al-Manfa’ah bi Zawaid Rijal al-Aimmah al-Arba’ah, karangan Ibn Hajar juga.
  6. Ma’ani al-Akhyar fi Rijal Ma’ani al-Aatsar, karangan al-‘Aini

 

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

HADITS ARBA’IN – 3

0

TENTANG RUKUN ISLAM

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري ومسلم.

(Riwayat al-Bukhari Kitab al-Iman no.8 dan Muslim Kitab al-Iman no.16(21)

Terjemahan Hadith

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab r.a beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnyaMuhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.”

 

Rasulullah SAW menyamakan Islam dengan bangunan yang kukuh dan tegak di atas tiang-tiang yang mantap.

 

1. KALIMAH SYAHADAH
Kalimah syahadah tentang  keesaanNya serta membenarkan kenabian Muhammad SAW merupakan hal yang paling asas berbanding rukun-rukun yang lain

 

2. DIRIKAN SHOLAT
Umat Islam dituntut agar mendirikan sholat dengan sempurna dengan syarat dan rukunnya, adab-adabnya dan sunnah-sunnahnya agar dapat merasakan kemanisan buahnya dalam diri seorang muslim. Dengan itu seseorang dapat meninggalkan perbuatan keji dan mungkar kerana sholat itu mencegah seseorang dariada perbuatan keji dan mungkar

 

3. KELUARKAN ZAKAT
Wajib mengeluarkan zakat daripada harta orang  kaya yang  telah cukup nisab dan haulnya lalu memberikannya kepada asnaf

 

4. PUASA
Wajib berpuasa pada bulan Ramdhan.

 

5. TUNAIKAN HAJI
Wajib mengerjakan ibadah haji di Makkah apabila mampu

 

Sesiapa yang mengingkari salah satu daripada rukun Islam tersebut maka dia bukan seorang Muslim berdasarkan ijmak ulama.

 

Tazkirah Ramadhan

0

Sunnah Berbuka

  1. Mulakan dengan kurma dan air putih
  2. Jangan lupa doa berbuka
  3. Berpada menyantap makanan
  4. Solat Maghrib berjemaah

Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan!!

Sunnah Bersahur

  1. Bangun awal pagi
  2. Sempatkan utk tahajud dan witir (bg yg belum tunaikan)
  3. Perbanyakkan istighfar sewaktu mempersiapkan jamuan [Istighfar sblm fajar besar pahalanya disisi Allah- rujuk surah Ali Imran ayat 17]
  4. Yang terbaik ialah sahur dengan tamar kering dan air putih
  5. Akhirkan makan sahur hingga beberapa minit sebelum azan Subuh

Pesan Nabi: “Bersahurlah kerana ada keberkatan padanya”!!

Nukilan Dhuha Ramadhan

0

Sabda Nabi saw:

“Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah swt daripada bau kasturi” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

 

  • Ini kerana bau tersebut lahir daripada kepatuhan dan ketaatan atas perintah Allah swt
  • Bagi orang yang bpuasa benar2 kerana menurut perintah Allah, maka tiada yang buruk padanya melainkan yg baik2 sahaja disisi Allah

 

Tadabbur Kalamullah 7 Ramadhan 1436h

0

Al-Quran Dipenuhi Lautan Ilmu

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ …

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…..” [Surah Al-Baqarah 185]

 

Sabda Nabi saw:

“Orang terbaik dalam kalangan kamu ialah sesiapa yg belajar Al-Quran dan mengajarkannya” (Al-Bukhari)

 

Al-Quran bukan sekadar dibaca dan diajar cara membaca tetapi kita juga mesti belajar dan mengajar menyelami lautan ilmu al-Quran

Firman Allah swt:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar” [Surah Sad 29]

 

Berkata Ibnu Mas’ud r.a:

“Sesiapa yang mahukan ilmu maka selamilah Al-Quran. Dalamnya ada ilmu umat yg terdahulu dan terkemudian” (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)

 

Berkata al-Hasan bin Ali, al-Tibyan fi Adab Hamalatul Quran:

“Orang sebelum kamu melihat Al-Quran bak surat2 utusan daripada Tuhan mereka. Mereka mengkajinya pada waktu malam dan mencari2nya (masa dan ketika untuk mengamalkan) pada waktu siang”

 

Dengan mengaut lautan ilmu di dalam Al-Quran, nescaya kita benar2 akan merasai Al-Quran adalah hudallilmuttaqin yakni pedoman buat org bertaqwa

 

Nukilan Dhuha Ramadhan

0

Berkata Imam Ibrahim an-Nakhaie:

 

“Puasa sehari dlm bulan Ramadhan lebih baik daripada seribu hari. Satu ucapan tasbih di dalamnya lebih baik daripada seribu tasbih dan satu rakaat di dalamnya lebih baik daripada seribu rakaat”

 

Jgn lepaskan peluang emas di depan mata.. Jom gandakan amal soleh kita dan mohon kekuatan daripada Allah swt agar berkekalan hingga akhir Ramadhan dan juga hingga akhir hayat kita

Popular

Iklan

Iklan