Utama Blog Halaman 310

TAFSIR SURAH JIN DARI AYAT 1 HINGGA AYAT 2

2

Bismillah ArRahman ArRahim

Allahumma Rabbana Zidna ilma

Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim

Amma ba’du

Surah al Jin

Firman Allah swt :

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا)

[Surat Al-Jinn 1]

via @QuranAndroid

Katakanlah Muhamad kepada mereka : Telah di wahyu kan kepada ku.. bahawa satu kumpulan daripada jin telah mendengar aku membaca Al Quran

Dan mereka berkata, sesungguhnya kami telah mendengar sebuah kitab yang sentiasa di baca iaitu Al Quran yang sangat menakjubkan.

Tafsir

Dalam Kitab Asbaab Nuzul diceritakan bahwa Rasulullah saw. tidak pernah membacakan al-Qur’an kepada jin, dan tidak pernah melihat mereka. Ketika Rasulullah saw. bersama rombongan sahabatnya menuju Pasar ‘Ukazh, setibanya di Tuhamah, beliau dan rombongan berhenti untuk Solat Fajar (Subuh).Hal ini menyebabkan berita-berita di langit yang biasa dicuri syaitan-syaitan terhalang. Bahkan syaitan-syaitan itu menerima balasan lemparan bintang-bintang, sehingga terpaksa pulang kepada kaumnya. Setibanya di tempat kaumnya, syaitan-syaitan itu ditanya: ” Apa yang terjadi sehingga kalian kembali?” Mereka menjawab: “Kami terhalang untuk mendapat berita langit, bahkan kami dikejar bintang-bintang.” Kaumnya berkata: “Tak mungkin terhalang antara kita dan berita langit. Tentu ada penyebabnya. Menyebarlah kalian ke timur dan ke barat, dan carilah sebab penghalangnya.” Mereka pun menyebar ke barat dan ke timur mencari sebab penghalang tersebut, sehingga sampailah sebahagianya ke Tuhamah, tempat Rasulullah saw berhenti untuk melaksanakan solat Subuh. Mereka mendengar bacaan Rasulullah saw serta memerhatikannya, kemudian berkata: “Demi Allah, inilah yang menghalangi kita dari mendengar berita dari langit.” Mereka pun pulang ke kaumnya dan menyampaikan kejadian itu. Mereka mengagumi al-Qur’an yang membawa mereka ke jalan petunjuk Allah, sehingga mereka pun beriman. Maka turunlah ayat 1 surah al-Jinn ini sebagai pemberitahuan kepada Nabi saw. agar kejadian tersebut diberitahukan pula kepada ummatnya.

Kisah tersebut juga dikisahkan Rasulullah dalam hadits beliau dari Ibnu Mas’ud. Hadits tersebut memiliki sanadnya sohih dan diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Baihaqi. Khabar dari Rasulullah ini pun kemudian menjadi penjelasan kepada muslimin mengenai eksistensi dan kehidupan jin.

Sewaktu nabi Muhammad saw dan para sahabat sedang bermusafir , dan bersolat subuh di satu lembah, satu kumpulan sebanyak 9 ekor jin telah mendengar baginda nabi saw membaca Al Quran iaitu sewaktu baginda sedang bersolat subuh.

Hanya setelah nabi saw dan para sahabat tiba ke Mekah, barulah wahyu surah al Jin diturunkan. Walhal nabi saw dan rombongan sahabat tidak pun mengetahui bahawa jin telah datang untuk mendengar bacaan Al Quran yang dibaca oleh baginda saw ketika musafir tersebut.

Jelas bahawa ini membuktikan bahawa nabi saw sendiri tidak mengetahui berkenaan hal Jin melainkan setelah Allah memberitahukan kepada baginda saw.

Jika nabi sendiri tidak tahu para sahabat lebih lagi tidak mengetahuinya.

Oleh itu bagaimana pula dengan mereka yang mendakwa bahawa mereka boleh scan Jin kononnya Jin ada di kaki, di kepala dan di belakang? Ini semua jelas karut belaka.

Jawapannya ialah barang siapa yang kufur pada Allah dengan melakukan amalan-amalan syirik nescaya akan diberikan kuasa sedemikian disebabkan mereka telah menjadi sahabat kepada Jin tersebut. Sedangkan di waktu yang sama mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka itu telah pun kufur terhadap Allah Azza wa Jalla disebabkan perbuatan mereka tersebut.

Golongan Jin tidak akan dapat merasuk manusia melainkan jika manusia sendiri yang menjemput mereka itu masuk ke dalam tubuh manusia. Tatkala manusia jadi kufur, maka Jin pun akan mempunyai kuasa ke atas manusia.

Firman Allah swt :

(يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ ۖ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا)

[Surat Al-Jinn 2]

via @QuranAndroid

Al Quran ini memberikan hidayah pertunjuk ke arah jalan yang lurus sekiranya kamu mahu mempelajarinya .

Maka hendaklah kamu beriman kepadanya iaitu Al Quran dan janganlah kamu  berbuat syirik terhadap Allah dengan sesuatu apapun.

Tafsir

Satu rombongan Jin telah datang kepada nabi lalu mendengar baginda saw membaca Al Quran sewaktu baginda bersolat subuh. Lalu mereka berasa takjub dengan  Al Quran kerana ayat-ayat yang menyeru kepada tauhid di dalamnya serupa sebagaimana di dalam kitab-kitab taurat dan Injil yang diturunkan dalam bahasa Hebrew (Yahudi) sedangkan Al Quran ini dalam bahasa Arab.

Maka Jin berbicara sesama mereka. Lalu mereka bersetuju mengatakan Al Quran ini menjadi hidayah bagi sesiapa yang mempelajarinya  dan menjadi rahmat pula apabila hidayah tersebut diamal serta disebarkan.

Maka Jin pun menyatakan keimanannya terhadap Al Quran dan berjanji tidak akan mensyirikkan Allah selepas daripada itu.

Peristiwa ini membuktikan bahawa nabi saw dan para sahabat tidak mengetahui akan kehadiran Jin-jin tersebut mendengar bacaan baginda saw. Baginda hanya mengetahuinya setelah baginda tiba di mekah iaitu ketika wahyu turun menceritakan kepada baginda saw.

Adalah tidak benar dan dusta apabila seseorang mengaku bahawa dia mampu skan Jin atau mengetahui samada Jin masih ada atau telah tiada dalam tubuh seorang yang dirasuk. Hanya dengan membacakan jampi mentera kepada orang tersebut mereka kata mereka tahu saat Jin tersebut keluar. Adakah mereka lebih alim dari nabi saw? Hakikatnya ini adalah Jahiliyah serta kekufuran terhadap Allah Azza wa Jalla.



Soalan : 

1. Adakah ustaz yang mendakwa mampu skan Jin dalam tubuh seseorang itu telah menjadi sahabat kepada Jin

Jawab :

Tidak perlu jadi sahabat Jin atau syaitan untuk dapat kuasa tersebut. Apa yang perlu hanyalah melakukan Syirik terhadap Allah. Bila seseorang itu syirik maka dia akan dapat kelebihan itu. orang yang jahil akidah, jahil ilmu tentang Jin, Malaikat, Nabi-nabi, wali-wali serta jahil tentang Allah akan mudah diperdaya oleh Jin. Yang dimaksudkan dengan Jin di sini ialah Syaitan.

2. pengalaman saya ialah, rakan sekerja telah dirasuk sewaktu beliau belajar ilmu perubatan Islam.

Ustaz, bagaimana pula jika seseorang itu mendakwa bercakap dengan Jin?

Jawab :

Ilmu Rawatan Islam pada masa sekarang bukanlah ilmu yang asli atau original lagi. Bahkan telah ditokok tambah dan dicampur adukkan dengan amalan syirik terhadap Allah Azza wa Jalla serta bertawassul dengan nabi, wali dan malaikat.

Apabila Jin mengetahui bahawa manusia itu syirik maka ia telah menjadi sahabatnya lalu ia akan datang ketika manusia membaca wirid-wirid yang tertentu.

3. Ustaz, bagaimanakah caranya hendak menghindar dari terkena gangguan Jin dan sihir?

Jawab :

Dengan mengukuhkan akidah tauhid terhadap Allah Azza wajalla serta mentaati Rasul saw nescaya akan jadi pelindung serta pendinding diri kita dari terkena rasukan Jin dan Syaitan. Apabila akidah kamu kukuh, maka kamu tidak perlu beramal dengan mana-mana wirid.  Sebenarnya syaitan dan pengikut-pengikutnya sudah lama mengajar manusia kepercayaan yang rosak hinggakan manusia mempercayai perlunya membaca wirid-wirid yang tertentu agar Jin tidak merasuk.

4. Adakah ustaz bermaksud Jin dan Syaitan tidak takut kepada wirid-wirid serta ayat-ayat Al Quran yang dibacakan akan tetapi yang mereka takut ialah orang-orang yang mentauhidkan Allah dengan sebenar-benar tauhid serta mentaati Rasulullah saw? Rata-rata apabila seseorang kerasukan Jin mereka akan dibacakan Surah Yaa Sin atau Ayat Kursy dan selainnya namun Jin masih tetap tidak lari.

Jawab :

Jika sekiranya seseorang itu membaca Surah Yaa Sin atau ayat Kursy dan Jin tidak menghiraukannya ini bererti bahawa dia telah menjadi sahabat kepada Jin itu  amalan syirik yang telah dilakukannya terhadap Allah Azza wa Jalla. Untuk itu dia perlu melafazkan Kalimah Syahadah sebanyak satu kali memohon doa pada Allah, membaca ayat Kursy. Nescaya Jin akan melarikan diri.

5. Ustaz, adakah terdapat hadis yang sahih berkaitan membaca surah Al Baqarah dan ayat Kursy bagi menghidar diri dari gangguan Jin dan Syaitan?

Jawab :

tidak terdapat hadis yang menepati maksud tersebut akan tetapi syaitan pernah berkata barangsiapa yang membaca ayat Kursy sebelum tidur nescaya syaitan tidak akan mengganggunya hingga ke pagi.

6. Ustaz, telah berlaku seorang dirasuk atau terkena sihir. Lalu dibawa bertemu pengamal perubatan Islam yang biasa beramal dengan selawat syifaa serta Yaa Sin Tujuh Mubin. Selepas dibacakan ayat-ayat ruqyah maka Jin pun menggunakan lidah pesakit untuk berbicara.Atau orang yang terkena santau tersebut telah mrngeluarkan barang-barang santau tersebut. Bagaimana hendak dikaitkan dengan hal akidah pengamal serta pesakit tersebut kerana rawatannya berkesan dan pesakit itu sembuh?

Jawab :

Untuk pengetahuan, selawat Syifaa yang dibacakan tersebut terdapat kesalahannya. ketahuilah bahawa sesiapa yang beramal dengan selawat Syifaa bahawa lafaz selawat tersebut mengandungi syirik terhadap Allah Azza wa Jalla.

Berhentilah dari mengamalkannya dan buanglah amalan tersebut dengan menyebut Bismillahir rahmaanir Raheem. Sekiranya tidak dibuang secara demikian maka Jin-jin akan tetap berdampingan dengannya dan tidak akan lari waplau dihalau secara apa sekalipun.

7. Ustaz, apabila amalan tersebut berkesan maka pengamal dan pesakit yakin bahawa amalannya tidak berkaitan dengan hal tauhid?

Jawab :

Segala-galanya harus. Sembuh itu harus dan begitu juga ke Neraka.

8. Ustaz, bolehkah ustaz berikan panduan ayat daripada surah apakah dalam Al Quran yang memberi amaran kepada sesiapa yang melakukan amalan syirik, bid’ah dan tawassul nescaya Allah akan beri dia seekor Jin atau syaitan pendamping?

Jawab :

Surah Saba’ ayat 40-41

9. ustaz, sekiranya ustaz perawat tersebut membaca Ayat Al Quran, selawat lalu tiba-tiba Jin itu keluar. Adakah ini juga merupakan satu perangkap Syaitan supaya ustaz tersebut meyakini bahawa rawatannya itu berkesan?

Jawab :

Bagaimana hendak mengetahui yang Jin-jin tersebut sudah keluar dari tubuh pesakit? Adakah ustaz tersebut sendiri yang memaklumkan? Ada kah sesiapa yang melihat Jin tersebut keluar? Tidak bukan? Jelas dakwaan yang mengatakan Jin telah keluar merupakan penipuan semata.

10. Ustaz apabila pesakit dirasuk Jin, suaranya akan bertukar menjadi garau. Dari manakah datangnya suara tersebut?

Jawab :

Tanda-tanda seseorang yang telah dirasuk oleh Jin antaranya ialah suaranya akan bertukar. Saya pernah berdebat dengan seorang Guru yang anti hadith di dalam sebuah masjid. Ketika saya menasihatkan agar jangan menjadi seorang yang menipu agama Allah lalu suara Guru tersebut berubah sambil merayu agar jangan memarahinya. Bererti Syaitan akan merasa takut apabila penipuannya itu terbongkar.

11. Benarlah kata-kata ustaz bahawa ini satu pembohongan. Jin yang berada di dalam tubuh pesakit yang merintih dan meronta tiba-tiba pesakit sembuh setelah dibacakan beberapa potong ayat Al Quran. Lalu semua orang mempercayai bahawa Jin telahpun keluar sedangkan tidak seorangpun yang melihat Jin itu keluar.

Jawab :

Hanya bomoh sahaja yang mendakwa Jin telah keluar. Hakikatnya Jin itu masih ada dalam tubuh pesakit. Ia hanya perlu mendiamkan diri agar tiada sesiapa yang tahu keberadaannya itu. Maka Jin itu telah berjaya membuatkan ahli keluarga tersebut sesat. Berjayalah tipudaya Syaitan dan tidak perlulah mereka untuk merasuk lagi kerana syaitan hanya bertujuan hendak menyesatkan manusia sahaja. Mission accompished!

12. Ustaz, kawan saya telah dirasuk dan mereka mengatakan dia diganggu oleh Saka dari Datuk neneknya yang turun kepadanya, benarkah?

Jawab :

itu adalah tipudaya Syaitan sahaja. Tidak ada manusia yang boleh mempusakai Jin. Syaitan mahu buat kita percaya sedemikian agar mudah untuk ia menyesatkan kita.

13. Assalamualaikum, ustaz. Ada orang bertanya, berdosakah jika kita terima hudud yang Kelantan telah implemented?

Saya berpandangan perlu melihat pada niat seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak mahu menerima kewajiban hudud maka ia berdosa serta imannya juga terjejas. Kerana hudud adalah hukum Allah. Kita wajib menyokong ulama yang berusaha menegakkan hukum hudud. I berkaitan dengan keimanan terhadap Allah. Bukan sekedar percaya semata malah perlu ada yakin. kerana hudud termaktub di dalam Al Quran dan AlQuran itu Kalam Allah. Apa pandangan ustaz?.

Jawab :

teruslah mengikuti tafsir Al Quran di sini nescaya kamu sendiri yang akan perolehi jawapannya.

Sekiranya terdapat ulama yang berjuang untuk menegakkan tauhid apakah tidak boleh disokong?

Bagaimana pula jika terdapat ulama yang menganjurkan solat hajat sedangkan ada ulama lain yang menegur amalan tersebut dengan mengatakan bahawa ini perbuatan syirik?

Perkara yang paling utama dan penting ialah hendaklah kamu berusaha menyibarkan ajaran tauhid. Walaupun kamu menyokong hudud tetapi tauhid kamu sendiri tidak diperbaiki, bercampur-aduk dengan amalan bid’ah dan syirik terhadap Allah semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. kerana akibat dari perbuat syirik dan bid’ah tersebut akan membawa ke Neraka yang kekal abadi.

14. Ustaz, adakah karomah itu terjadi kepada orang kebanyakan sebagaimana yang didakwa berlaku ke atas wali-wali? Di mana dengan karomah tersebut mereka mendakwa boleh mengetahui sesuatu yang manusia biasa tidak ketahui?

Jawab :

Sekiranya ianya adalah Karomah maka itu adalah dikhaskan untuk para wali. Maka perlulah dikenalpasti apakah karomah itu dan apakah ciri-ciri asas seorang wali Allah.

Bila menyebut tentang mukjizat maka ia tidak menimbulakn sebarang masalah kerana mukjizat hanya berlaku kepada para nabi:

1. Tidak boleh dbuat sendiri oleh nabi tetapi ia anugerah dari Allah.

2. Ia jarang-jarang berlaku.

3. Ia tidak berlaku secara berulang-ulang.

Karomah pula berlaku kepada para wali;

1. Karomah tidak dibuat sendiri oleh wali tersebut

2. Tidak berlaku berulang kali.

3. Boleh terjadi karomah itu pada bila-bila masa.

Adapun Wali pula siapakah yang layak bergelar wali?

1. Dia mestilah seorang guru yang mengajar masyarakat.

2. Dia mestilah sudah memahami dan mengetahui apakah itu syirik serta apakah itu tauhid.

3. Dia tidak buat amalan syirik dan bid’ah.

Oleh itu, sekiranya wali tersebut bukan seorang Tok Guru maka dia bukanlah seorang Tok Wali. Dia pula mestilah mengetahui tafsir Al Quran serta sunnah nabi saw. Dia bukannya seorang ahlul bid’ah.

15. Ustaz bolehkah manusia melihat Jin atau menangkap Jin?

Jawab :

Apabila nabi saw berkata bahawa Allah telah membuka hijabnya untuk dia melihat maka itu adalah merupakan mukjizat nabi saw.

 

 

Wallahu a’lam.

Syirik – Halangan, Gambaran dan Pengajaran

0

Halangan kepada Syirik

Oleh kerana kesan akibat syirik itu adalah merugikan pelakunya, maka Islam telah menetapkan beberapa ketetapan bagi menghalang terjadinya:

  1. Mengambil gambar, melukis dan mengukirnya: Islam melarang mengambil gambar, melukis dan mengukirnya. Allah – Jalla wa ‘Alā – mengutuk jurugambar, pelukis dan pengukir dengan ancaman seksaan yang keras pada Hari Kiamat kelak. Larangan ini bertujuan menghalang jalan ke arah syirik dan menjauhi perbuatan membuat sesuatu yang menyerupai makhluk Allah. Daripada ‘AbdulLāh, katanya:

«إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْـــــــــــدَ اللهِ يَوْمَ القِيَامَةِ المُصَوِّرُونَ».[1]

“Sesungguhnya orang yang paling keras seksaannya di sisi Allah pada Hari Kiamat kelak ialah muṣawwir.”

  1. Mendewa-dewakan orang yang salih: Allah – Jalla wa ‘Alā – melarang perbuatan ghuluw fi al-ṣāliḥīn, iaitu mendewa-dewakan orang yang salih dengan memanggilnya dengan panggilan yang memuja. Daripada ‘Umar, katanya:

«لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللهِ، وَرَسُولُهُ».[2]

“Janganlah kamu mendewa-dewakan daku sebagaimana golongan Nasrani mendewa-dewakan Nabi ‘Īsā bin Maryam. Sesungguhnya aku ini tidak lain adalah hamba kepada Allah. Maka panggillah aku hamba Allah dan Rasul-Nya.”

  1. Bergantung harap kepada selain Allah: Allah – Jalla wa ‘Alā – menggambarkan diri-Nya adalah amat dekat dengan hamba-hamba-Nya. Ia mende-ngar dan memperkenankan segala permohonan hamba-Nya. Justeru Dia lebih dekat daripada urat leher hamba-hamba-Nya itu. (50:16) Oleh itu, apabila memohon, maka mohonlah kepada Allah, apabila meminta, maka mintalah kepada Allah. Daripada Ibn ‘Abbās, katanya: Suatu hari aku membonceng Rasulullah – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam, lalu baginda menasihatiku dengan sabdanya:

«يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ، احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ  تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ».[3]

“Wahai anak muda, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”

Gambaran Syirik

  1. Allah – Jalla wa ‘Alā – menggambarkan orang yang mensyirikkan Allah itu seolah-olah ia jatuh dari langit, lalu disambar burung, atau dihumbankan angin ke tempat yang jauh. (22:31) Daripada al-Barrā’ bin ‘Ᾱzib, katanya: Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – menceritakan bahawa malaikat maut mengambil roh yang khabīth (keji) dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan buruk. Terbit dari roh itu satu bau yang amat busuk seperti bau bangkai yang paling busuk di atas muka bumi ini. Kemudian malaikat-malaikat yang berwajah hitam tadi akan membawa roh yang berbau busuk itu naik ke langit. Apabila sampai ke langit dunia, para malaikat yang membawa roh itu memohon dibukakan pintu langit, namun tidak dibuka. (7:40)

     Allah – Tabāraka wa Ta‘ālā – memerintah:

اكْتُبُوا كِتَابَهُ فِي سِجِّينٍ فِي الْأَرْضِ السُّفْلَى.

“Tuliskan kitabnya pada Sijjin yang paling rendah di bumi.”

     Maka dilemparkanlah rohnya itu dengan satu lemparan.[4]

  1. Perbandingan lain adalah seperti seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi, tetapi bertentangan tabiat dan kemahuannya dengan seorang hamba yang hanya dimiliki oleh seorang tuan sahaja. Adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya? Jawapannya, tentulah tidak sama. (39:29) Daripada Abū Hurayrah, katanya: Nabi – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ، فَمَنْ عَمِلَ لِي عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ غَيْرِي، فَأَنَا مِنْهُ بَرِيءٌ، وَهُوَ لِلَّذِي أَشْرَكَ».[5]

“Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan persekutuan. Sesiapa melakukan suatu amalan untuk-Ku, kemudian ia mempersekutukan diri-Ku padanya dengan yang lain daripada-Ku, maka Aku berlepas diri daripadanya dan ia menjadi milik apa yang ia persekutukan.”

PENGAJARAN 

Ada beberapa pengajaran yang dapat disimpulkan daripada hadith ini. Antaranya ialah:

  1. Manusia asalnya adalah umat yang satu dan berpegang teguh dengan tawhid kepada Allah.
  2. Permulaan syirik berlaku pada zaman Nabi Nūḥ – ‘alayh al-salām.
  3. Syirik adalah perbuatan dosa yang tidak diampuni jika pelakunya tidak bertawbat. (4:48).
  4. Syirik adalah amalan buruk yang menghumban pelakunya ke dalam kesesatan. (4:116)
  5. Syirik menghapus kesemua pahala bagi amalan kebaikan yang dilakukan. (6:88)
  6. Syirik menyebabkan pelakukan diharamkan memasuki syurga dan kekal dalam neraka. (5:72)
  7. Pelaku syirik tidak layak mendapat syafaat Nabi – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam. Daripada ‘Awf bin Mālik al-Ashja‘īy, katanya: Nabi – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«أَتَانِي آتٍ مِنْ عِنْدِ رَبِّي فَخَيَّرَنِي بَيْنَ أَنْ يُدْخِلَ نِصْفَ أُمَّتِي الجَنَّةَ وَبَيْنَ الشَّفَاعَةِ، فَاخْتَرْتُ الشَّفَاعَةَ، وَهِيَ لِمَنْ مَاتَ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا».[6]

“Tawaran telah datang daripada Tuhanku untuk aku memilih di antara memasukkan separuh daripada umatku ke dalam syurga atau syafaat. Aku lalu memilih syafaat, iaitu untuk orang yang meninggal dunia dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.”

________________________

[1]     Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [5950].

[2]     Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [3445].

[3]     Sunan al-Tirmidhīy [2516]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[4]   Musnad Ahmad [18534]. Tahqiq Shu‘ayb al-Arna’ut et. al.: Isnadnya Sahih dan Rijalnya Sahih. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih. Lihat: Mishkat al-Masabih, 15-[1630].

[5]     Sunan Ibn Mājah [4202]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[6]     Sunan al-Tirmidhīy [2644]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

 

Waktu membaca Ta’awudz ketika solat

0

Ibn Hajar al-Haitami berkata:

(وَيَفُوْتُ) دُعَاءُ اْلاِفْتِتَاحِ (بِالتَّعَوُّذِ) فَلاَ يُنْدَبُ لَهُ الْعَوْدُ إِلَيْهِ لِفَوَاتِ مَحَلِّهِ (وَ) يَفُوْتُ (بِجُلُوْسِ الْمَسْبُوْقِ مَعَ اْلإِمَامِ) كَذَلِكَ، فَلَوْ سَلَّمَ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ لَمْ يَفُتْ، وَ(لاَ) يَفُوْتُ (بِتَأْمِيْنِهِ مَعَهُ) أَيْ مَعَ إِمَامِهِ ِلأَنَّهُ يَسِيْرٌ.

Dan do’a iftitah itu hilang(berlalu) dengan bacaan ta’awudz, maka tidak disunnahkan bagi orang yang shalat kembali membaca do’a iftitah karena telah berlalu tempatnya. Dan hilang pula do’a iftitah dengan duduknya makmum masbuq (ketinggalan) dengan bersama dengan duduknya Imam, kalau imam itu salam sebelum makmum masbuq duduk maka ia dapat membaca do’a iftitah. Dan do’a iftitah tidak berlalu waktunya dengan bacaan amin makmum bersamaan dengan imamnya karena itu hanya sedikit.
[Syarh al-Minhaj al-Qowim hal 246]

Imam Nawawi Banten berkata:

وَيَفُوْتُ دُعَاءُ اْلاِفْتِتَاحِ بِالشُّرُوْعِ فِيْمَا بَعْدَهُ عَمْدًا أَوْسَهْوًا، وَخَرَجَ بِذَلِكَ مَا لَوْ سَبَقَ لِسَانُهُ فَلاَ يَفُوْتُ

Dan do’a iftitah itu hilang(berlalu) dengan melakukan (ucapan-ucapan) sesudahnya baik sengaja atau lupa. Kecuali bila lidahnya tidak sengaja (mengatakannya) maka dia boleh membaca iftitah.
[Nihayah al-Zain hal 63]

Sayyid al-Ba’lawi berkata:

يَفُوْتُ دُعَاءُ اْلاِفْتِتَاحِ وَالتَّعَوُّذُ بِاْلاِتْيَانِ بِمَا بَعْدَهُمَا مِنَ التَّعَوُّذِ فِى اْلأَوَّلِ وَالْبَسْمَلَةِ فِى الثَّانِيَةِ عَمْدًا أَوْ سَهْوًا بِخِلاَفِ مَا لَوْ سَبَقَ لِسَانُهُ

Dan do’a iftitah dan ta’awaudz itu hilang (berlalu) dengan melakukan (ucapan-ucapan) sesudahnya, yakni ta’awudz dalam masalah pertama (yaitu do’a iftitah) dan basmalah dalam masalah kedua (yaitu membaca ta’awudz) baik sengaja atau lupa. Berbeda halnya jika lidahnya tidak sengaja (terlanjur mengatakannya) 
[Bughyah al-Mustarsyidin hal 44]

Sifat Solat Nabi – Nota 2 – Niat

0

Sifat Solat Nabi – Nota 2 – Niat

Niat:

  1. Perbahasan lafaz niat semasa solat.

    a. Imam Asy Syafi’i berkata seperti berikut:
    “Jika seseorang berniat haji atau umrah maka itu sah walaupun tidak diucapkan. Berbeza dengan solat, solat tidak sah kecuali dengan pengucapan”.
    Imam An Nawawi berkata:
    “Para ulama madzhab kami berkata, yang berkata demikian telah salah. Bukanlah maksud Imam Asy Syafi’i itu melafazkan niat dalam solat, namun maksudnya adalah takbir” (Al Majmu’, 3/243)

    b. Sebahagian ulama mahzab Hanafi, Syafie & Hambali:
    mengatakan bahawa dianjurkan untuk melafazkan niat pada solat, puasa, haji & selainnya & sebahagian dari ulama Malik & hanafi tidak menganjurkannya.

Jika diambil dalil dari Imam Malik & Imam Ahmad, mereka ditanya:
“Apakah engkau mengucapkan sesuatu sebelum takbir? Maka ia menjawab : “Tidak”.
Dan ini lah yang benar. Nabi saw, para Khulafa’ Rashidin tidak pernah melakukan ucapan niat sebelum solat. [Buku Tuntutan Niat dalam Ibadat, Pustaka Ibnu Umar, ms 55]

c. Dalil2 tiada lafaz niat sebelum solat:

  1. Diantaranya riwayat dari ‘Aisyah Ra, ia berkata:

“Biasanya Rasulullah saw memulai solatnya dengan takbir” [HR. Muslim, no.498]

  1. Dari Abdullah bin Umar Ra berkata:

“Aku melihat Nabi saw memulai shalatnya dengan takbir, lalu mengangkat kedua tangannya”              [HR. Bukhari no.738]

Nota Tambahan Berkenaan dengan Niat.

Definasi “Niat” mengikut 4 mahzab (dari Buku Tuntutan Niat Dalam Ibadat, Terbitan Pustaka Ibnu Umar)

  1. Mahzab Syafie

“Bertujuan melakukan sesuatu disertai dengan melakukannya”

[Haasyiatul jamal ma’a Syarhil Minhaj (I/107)]

  1. Mahzab Hanafi

Bermaksud melakukan ketaatan dan taqurrub (mendekat kan diri) keapda Allah Taa’la dalam rangka melakukan sesuatu perbuatan”

Termasuk di dalamnya meninggalkan apa-apa yang dilarang, diatas sebab di situ adalah perbuatan juga, yakni menahan diri.

[Raddul Mukthaar ‘alad Durril Mukhtaar, Syarhu Tanwiiril]

  1. Mahzab Maliki

“Kehendak melakukan sesuatu. Niat termasuk dalam bab ‘uzuun (cita-cita kuat) dan iraadat (kehendak-kehendak), bukan sekadar ‘uluum (pengetahuan-pengatahuan) semata atau i’tiqaadaat (keyakinan-keyakinan) sahaja”

[Adz-Dzakhiirah hal 234-235]

  1. Mahzab Hambali

“Tekad hati untuk melakukan ibadat dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah. Bertujuan untuk Allah semata, tidak untuk yang lain, seperti pura-pura di hadapan makhluk, mencari pujian manusia,atau senang untk dipuji oleh mereka, dan keadaan lainnya yang serupa”

[Jaamil’ul Uluumi wal Hikam (I/110)]

Sifat Solat Nabi – Nota 3 – Sutrah (Pembatas Solat)

0

Sifat Solat Nabi – Nota 3 – Sutrah (Pembatas Solat)

Didalam buku Fiqh Manhaji, rukun seterusnya adalah “Berdiri Jika Mampu“.

Sebelum bincang tentang rukun tersebut, saya mahu kongsikan maklumat dari buku Enskilopedia Solat , mukasurat 263: Bab Sutrah.

Bab Sutrah @ Pembatas Solat

  1. Membuat sutrah jika menjadi Imam atau solat sendirian.

Dalil: Rasulullah saw bersabda:

“Hendaklah salah seorang di antara kalian membuat pembatas solat (sutrah) meskipun dengan anak panah”

[HR Ahmad, Sahih]

  1. Mendekatkan diri kepada pembatas solat tersebut

Sabda Nabi saw:

“Jika salah seorang di anatara kalian mengerjakan solat, hendaklah dia solat mengadap ke pembatas dan dekat kepadanya”

[HR Abu Daud, Hasan Sahih]

  1. Jarak dari pembatas dengan tempat berdiri tidak lebih dari 3 hasta melalui hadis dibawah:

Dari Ibnu Umar ra,

“Bahawasanya jika masuk Kaabah, Rasulullah saw mengerjakan solat di sana dan membuat jarak antara dirinya dengan tembok kira2 3 hasta”.

Beliau (Ibnu Umar) menunjuk ke tempat yang Bilal beritahu itu kepadanya tempat dimana Nabi saw solat.[Muttafakun Alaih]

  1. Menolak & menahan orang yang cuba lalu lalang & jika berkeras, tolaknya sekuat tenaga.

Hadits Abu Sa’id Al Khudri ra, Nabi saw bersabda:

“Jika salah seorang dari kalian solat menghadap sesuatu yang ia jadikan sutrah terhadap orang lain, kemudian ada seseorang yang mencuba melalui di antara ia dengan sutrah, maka cegahlah.

Jika ia enggan dicegah maka perangilah ia, karena sesungguhnya ia adalah syaitan”

[HR. Al Bukhari 509]

  1. Tidak boleh berjalan dihadapan orang yg sedang solat tanpa ada pembatas.

Dari Abu Juhaim ra, ia berkata,

Nabi saw bersabda ” Seandainya orang yang berjalan dihadapan orang yang sedang solat itu mengatahui balasan (hukuman) yang akan diterimanya, berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia berjalan di hadapan yang sedang solat”

Salah seorang perawi (Abu an-Nadhar mengatakan, “Aku tidak tahu apakah mengatakan empat puluh hari, bulan atau tahun”. 

[HR Muttafakun Alaih]

  1. Ada hadis yang diperselisihkan statusnya tentang sutrah dengan garisan (pilihan terakhir)

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda,

“Jika salah seorang dari kalian shalat hendaklah meletakkan sesuatu di depannya, jika tidak mendapatkan sesuatu hendaklah menancapkan tongkat, dan jika tidak mendapatkan hendaklah membuat garis. Setelah itu tidak akan membahayakannya apa-apa yang melintas di depannya.” 

[HR. Ibnu Majah no. 943 dan Ahmad 2/249]

  1. An Nawawi dalam Al Khulashoh (1/520) mengatakan bahwa hadits ini dho’if.
  2. Syaikh Ahmad Syakir dalam takhrijnya terhadap Musnad Ahmad (13/124) mengatakan bahwa sanad hadits ini dho’if.
  3. Syaikh Al Albani berkata ianya dhaif dalam Dho’iful Jaami’ (569)
  4. Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan bahwa hadits ini hasan.
  5. Ibnu Hibban menshahihkan hadits ini, begitu pula Imam Ahmad, Ibnul Madini dan Ad Daruquthni.
  6. Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz menshahihkan hadits ini dalam Majmu’ Fatawanya (11/101)

Info tambahan Bab Sutrah:

  1. Makmum masbuk, adakah perlu sutrah setelah Imam selesai solat?

Jawaban Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin,

“Setelah imam mengucapkan salam, makmum masbuk berubah status menjadi orang yang solat sendirian. Oleh karena itu, sutrah imam tidak lagi berfungsi sebagai sutrah baginya bahkan imam shalat saat ini tidak lagi berstatus sebagai imam karena dia mengucapkan salam dan meninggalkan tempatnya.

Akan tetapi, setelah imam mengucapkan salam dan makmum masbuk berdiri untuk menyelesaikan sisa solatnya apakah makmum dituntut untuk mencari sutrah?

Menurut hemat saya, hal itu tidak dituntut.

Alasan pertama, para sahabat Nabi saw ketika mereka masbuk dan hendak menyelesaikan sisa solatnya mereka tidak mencari sutrah

Alasan kedua, andai kita berpendapat bahwa memakai sutrah ketika solat itu dianjurkan atau wajib menurut yang menilai hal tersebut sebagai kewajiban maka biasanya untuk mencari sutrah lagi makmum masbuk perlu berjalan atau melakukan gerakan yang kita tidak boleh mengatakan hal itu dibolehkan melainkan berdasarkan dalil yang jelas.

Sehingga yang tepat kita katakan kepada makmum masbuk bahwa keadaan sutrah imam adalah sutrah bagi makmum itu telah berakhir dengan salamnya imam. Andai ketika ini tidak perlu mencari sutrah. Dengan alasan (baca:ketiga), tidak terdapat dalil dari Nabi saw yang memerintahkan untuk mencari sutrah di tengah-tengah shalat. hadis2 yang ada hanya menunjukkan bahwa kita mencari sutrah sebelum mulai solat.

Sumber:

Liqa’ al Bab al Maftuh-kaset no 155 pertanyaan no 16- Maktabah Syamilah

  1. http://rumaysho.com/shalat/hukum-shalat-menghadap-sutroh-1310

Bacaan tambahan untuk bab sutrah.

Soal Jawab Kesihatan

1

Diskusi bersama Doktor (S21-S30)

Soal Jawab Tentang Kesihatan

Soalan 21
Telinga selalu rasa berair waktu tidur dan rasa gatal-gatal. Bulan 6 ni doktor nak buat pembedahan buang air dari gegendang telinga, saya nak tahu ada kesan sampingan tak doktor?

Jawapan 21
Dulu penyakit ini di panggil serous otitis media dan sekarang dinamakan otitis media with effusion. Memang cecair dalam telinga tu kena di keluarkan, doktor akan buat lubang di gegendang telinga dan akan letakkan sejenis alat supaya lubang tak sumbat. Bila dah kering nanti alat itu akan dikeluarkan. Biasanya masalah akan timbul disebabkan oleh cecair dalam telinga.

Soalan 22
Apa sebab tumit selalu rasa ngilu terutama bangun dari tidur? Pada kedua-dua belah kaki saya.

Jawapan 22
Itu biasanya di sebabkan calcaneal spur, untuk supaya tidak sakit sangat kena pakai kasut yang lembut tapaknya dan di rumah kena sentiasa pakai slipper yang tebal. Insyaa Allah sakit akan kurang

Soalan 23
Apa penyebab nya dan kenapa telinga sakit yg menyucuk nyucuk. Sakitnya datang sekali sekala, sakit yang teramat dalam jangka masa yang pendek.

Jawapan 23
Sakit yang seperti itu mungkin di sebabkan oleh rangsangan saraf c 7, unlikely to be infection sebab sakitnya sekejap

Soalan 24
Ank saya berumur 13 tahun kena buasir. Apakah penyebab utama buasir dan macamana cara nak elakkan buasir.

Jawapan 24
Penyebab utama buasir ialah sembelit dan kerap cirit, suka menjerit, banyak mengangkat benda berat dan apa jua aktiviti yang meningkatkan tekanan dalam abdomen dengan tinggi. Untuk elak buasir banyak makan serat dan minum banyak air

Soalan 25
Assalam doktor,kalau dalam perut terasa pedih macam ada luka bila makan pedas, adakah itu tanda ulser perut?

Jawapan 25
Tidak semestinya ada ulcer, gastritis pun dapat keadaan yang seperti ini

Soalan 26
Didapati lebihan berat badan disebabkan air yang berlebihan dalam badan atau gemuk air. BMI 30. Apa rawatan yang bersesuaian di samping diet yang berterusan?

Jawapan 26
Overweight atau lebihan berat badan di sebabkan tisu lemak yang berlebihan sebenarnya, jadi untuk kurangkan berat kita kena kurangkan makan karbohidrat dan exercise supaya badan kita akan pecahkan lemak untuk membekalkan tenaga. Kata kita hanya kurangkan karbohidrat dan tidak exercise badan kita akan pecahkan protein kerana ia lebih mudah

Soalan 27
Berkenaan life support dalam kes brain dead dan bergantung kepada mesin sahaja. Apa kaedah terbaik menurut syarak?

Jawapan 27
Peraturan di hospital bergantung pada waris, bila waris kata off baru akan di off kan. Doktor hanya akan beritahu bila pesakit sudah brain death
Hospital akan tunggu sampai waris buat keputusan untuk off, mungkin boleh cari ustaz dan ceritakan situasinya untuk memberi nasihat pada waris

Soalan 28
Doktor, saya nak tanya tentang simptom-simptom awal bagi seseorang yang akan mengalami migrain dan apakah langkah-langkah awal bagi mengawal dan mencegah agar migrain lebih kritikal.

Jawapan 28
Migraine merupakan sakit kepala di diagnos by exclusion, bermaksud sakit kepala kemudian akan dilakukan ujian dan bila tidak di dapati sakit apa apa. Biasanya migrain ni sakit kepala patern sakitnya sama setiap kali sakit kepala.
Saya tak pasti ada langkah langkah awal pencegahan. Jika berlaku perubahan pada patern sakit kepala kena buat pemeriksaan lagi di khuatiri ada ketumbuhan di otak

Soalan 29
Assalamualaikum doktor, apa yang boleh saya lakukan secara sendiri di rumah untuk mengelakkan dari artritis atau rhumatism. Saya berumur lewat 50an dan apa sebenarnya penyakit dan symptom-symptom serta perkara-perkara yang perlu dibuat atau dielakkan. Terima kasih

Jawapan 29
Makan makanan yang seimbang, pastikan cukup calcium, semasa angkat barang berat pastikan tekniknya betul, sentiasa timbang berat supaya tidak terlebih dan exercise dengan cara yang betul, jika berjoging pakailah kasut khas joging.

Soalan 30
Doktor, kenapa telinga saya rasa berdesing dan bergema macam pekak.Apa yang perlu saya buat?
Jawapan 30
Ada dua kemungkinan, satu mungkin disebabkan tube eustachian yang menghubungkan telinga tengah dengan tekak tersumbat dan menyebabkan tekanan luar dan dalam telinga tidak sama. Biasanya terjadi semasa demam selsema dan selepasnya. Ia akan baik sendiri, insyaa Allah.
Kedua, mungkin gegendang telinga bocor. Ini perlu buat pemeriksaan dan kita comfirn bocor kena buat operation untuk tampal.
Sekian sesi soal jawab.

Jawapan Isu Makhruh Potong Kuku Dan Rambut Ketika Berjunub

0

Soalan :

🔴 Ada orang beritahu saya yang perempuan period ni kalau dia potong rambut atau kuku, dia kena simpan rambut dengan kuku tu. Nanti bila mandi wajib, kene mandi sekali dengan rambut dan kuku yang terpisah daripada anggota badan kita tu. Kalau kita tak bawak mandi wajib nanti masa dekat akhirat bahagian yang terpisah tu akan bercantum semula dengan jasad kita, jadi kalau tak dimandikan sekali benda tu akan jadi kotor. Bermakna kotorlah jasad kita nanti. ..Apa pendapat ustaz?

 

Ada nas ke kenyataan di atas?

 

🌴Jawapan:

وعليكم السلام

 

Berikut adalah jawapan daripada Ustadz Ammi Nur Baits:

 

x x x x x x x x x x

 

Tidak terdapat riwayat yang melarang wanita haid untuk memotong kuku maupun rambut.

 

x x x x x x x x x x

 

Dalam Fatawa Al-Kubra, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah terdapat pertanyaan, “Ketika seorang sedang junub, kemudian memotong kukunya, atau kumisnya, atau menyisir rambutnya. Apakah dia salam dalam hal ini? Ada sebagian orang yang mengatakan bahwa orang yang memotong rambutnya atau kukunya ketika junub maka semua bagian tubuhnya ini akan kembali pada hari kiamat dan menuntut pemiliknya untuk memandikannya, apakah ini benar?”

 

Syaikhul Islam memberi jawaban

قد ثبت عن النبي صلى الله عليه و سلم من حديث حذيفة ومن حديث أبي هريرة رضي الله عنهما : أنه لما ذكر له الجنب فقال : إن المؤمن لا ينجس. وفي صحيح الحاكم : حيا ولا ميتا

“Terdapat hadis shahih dari Hudzifah dan Abu Hurairah radliallahu ‘anhuma, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang orang yang junub, kemudian beliau bersabda, ‘Sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis.’ Dalam shahih Al-Hakim, ada tambahan, ‘Baik ketika hidup maupun ketika mati.’

وما أعلم على كراهية إزالة شعر الجنب وظفره دليلا شرعيا بل قد قال النبي للذي أسلم : ألق عنك شعر الكفر واختتن. فأمر الذي أسلم أن يغتسل ولم يأمره بتأخير الاختتان وإزالة الشعر عن الاغتسال فإطلاق كلامه يقتضي جواز الأمرين

Sementara saya belum pernah mengetahui adanya dalil syariat yang memakruhkan potong rambut dan kuku, ketika junub. Bahkan sebaliknya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh orang yang masuk islam, “Hilangkan darimu rambut kekufuran dan berkhitanlah.” Beliau juga memerintahkan orang yang masuk islam untuk mandi. Dan beliau tidak memerintahkan agar potong rambut dan khitannya dilakukan setelah mandi. Tidak adanya perintah, menunjukkan bolehnya potong kuku dan berkhitan sebelum mandi…’” (Fatawa Al-Kubra, 1:275)

 

x x x x x x x x x x

 

Sumber: http://www.konsultasisyariah.com/bolehkah-memotong-kuku-atau-rambut-ketika-haid/

♡Tadabbur Kalamullah 10 Ramadhan 1436h♡

0

َقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai” [Surah Al-Furqan 30]

#Al-Quran merupakan pedoman yg berharga yg berkait dgn individu, masyarakat, negara, pemimpin, rakyat dan seluruh umat.

#Sistem Al-Quran merangkumi seluruh aspek kehidupan samada ibadat khusus, sosial, ekonomi, nikah kahwin, muamalat, ekonomi, politik, pemerintahan dan sebagainya.

#Sepatutnya kita berusaha memartabatkan semula seluruh sistem al-Quran dlm kehidupan dan menjadikan perlembagaan hidup sesebuah keluarga, masyarakat dan negara agar lahirnya masyarakat bertaqwa yg dijanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat

#Sesiapa yg menjaga al-Quran dengan baik yakni menurut segala perintahNya dan menjadikannya peraturan hidup maka al-Quran akan membawa orang itu ke syurga.

#Sesiapa yg membelakangkan al-Quran yakni tidak mengikutinya bahkan menentangnya maka tidak ragu2 lagi al-Quran akan mencampakkannya ke dalam api neraka.

#Sayidina Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Al-Quran adalah pemberi syafaat yg syafaatnya diterima dan sebagai pembela yg pembelaannya dibenarkan. Sesiapa meletakkan al-Quran di hadapan (beramal dgnnya), al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan al-Quran di belakang (tdk beramal dgnnya) maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dgn Isnad yg Jayyid dan al-Hakim)

♡Jadikan al-Quran perlembagaan dlm kehidupan demi meraih kebahagiaan hakiki♡

♡Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1436h♡

0

~Keutamaan Membaca dan Mengkaji al-Quran~

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar” [Surah Sad 29]

#Al ( #Al )-Quran diturunkan bkn sekadar utk dibaca tetapi jg utk dikaji, ditadabburkan dan di aplikasikan dlm kehidupan.

#Terdapat beberapa keutamaan dan kemuliaan utk pembaca dan pengkaji al-Quran bdasarkan hadis2 Rasulullah saw

#Drp Abu Umamah r.a, Nabi saw bsabda: “Bacalah al-Quran krn ia akan dtg pd hari kiamat sbg juru syafaat bg pembacanya” (HR Muslim)

#Drp Ibnu Umar r.a, Nabi saw bsabda: “Tdk boleh irihati kecuali kpd dua jenis manusia iaitu seorang lelaki yg diberi Allah pengetahuan ttg al-Quran dan diamalkan spnjg malam dan siang; dan seorang lelaki yg dianugerahi Allah harta, kemudian dia menginfakkan spnjg malam dan siang” (HR Bukhari dan Muslim)

#Drp Abu Said al-Khudri r.a, Nabi bsabda, Allah berfirman: “Sesiapa yg disibukkan dgn mengkaji al-Quran dan menyebut namaKu, sehingga tdk sempat meminta kpdKu, maka Aku berikan kpdnya sebaik2 pemberian yg Aku berikan kpd org2 yg meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lain adalah spt keutamaan Allah atas makhlukNya” (HR at-Tirmizi; Hadis Hasan)

#Berkata Khabbab bin al-Arat dlm Mustadrak al-Hakim: “Dekatilah Allah dgn apa cara yg kamu mampu. Sesungguhnya tdk akan kamu dapati sesuatu utk mendekati Allah yg lbh disukaiNya drp dgn firmanNya (al-Quran)”

♡Rasakan roh al-Quran walau dimana kita berada. Pastikan al-Quran menguasai suasana dan tempat♡

Sifat-sifat Huruf

0

Sifat menurut bahasa: Adalah suatu keadaan yang menetap pada sesuatu yang lain.

Menurut istilah: Adalah keadaan yang baru datang yang berlaku bagi suatu huruf yang dibaca tepat keluar dari makhrajnya.

SIFAT HURUF BERLAWANAN

Sifat-sifat huruf yang berlawanan ada 5, ditambah lawan lagi 5 sifat, sehingga seluruhnya menjadi 10 sifat, iaitu:

1. جَهْرٌ (JAHAR) = Jelas  >  <  هَمْسُ (HAMAS) = Samar

3. شِدَّةٌ (SYIDDAH) = Kuat  >  <  رَخَاوَةٌ (Rakhawah) = Lunak

3. اِسْتِعْلاَءٌ (ISTI’LA’)= Terangkat  >  <  اِسْتِفَالٌ (ISTIFAL) = Turun

4. اِطْبَاقٌ (ITHBAQ) = Tertutup  >  <  اِنْفِتَاحٌ(INFITAH) = Terbuka

5. اِصْمَاتٌ (ISHMAT)= Diam  >  <  اِذْلاَقٌ (IDZLAQ) = Lancar

Huraian:

1.   جَهْرٌ (JAHAR) = Jelas

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan tidak berdesis dan nafas tertahan, sehingga bunyi terdengar lebih jelas dan bersih. Hurufnya ada 19; iaitu:

عَظُمَ وَزْنُ قَارِئٍ ذِيْ غَضٍّ جِدٍّ طَلَبَ

Sifat berlawanan:

هَمْسُ (HAMAS) = Samar.

Maksudnya ialah membuinyikan huruf dengan berdesis dan nafas terlepas, sehingga bunyi huruf terdengar agak samar. Hurufnya ada 10 iaitu:

 فَحَثَّهُ شَخْصٌ سَكَتَ

2.   شِدَّةٌ (SYIDDAH) = Kuat.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan suara tertahan dan lebih kuat tertahannya ketika mati atau waqaf. Hurufnya ada 8 iaitu:

 اَجِدُ قِطَّ بَكَتْ

Sifat berlawanan:

رَخَاوَةٌ (Rakhawah) = Lunak.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan suara terlepas, berlalu /berjalan beserta huruf itu. Hurufnya ada 16 iaitu:

خُذْ غَثَّ حَظَّ فّضَّ شُوْصٍ زَيَ سَاهٍ

3.   اِسْتِعْلاَءٌ (ISTI’LA’)= Terangkat.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan mengangkat pangkal lidah ke langit-langit mulut, sehingga bunyi huruf menjadi lebih tinggi, tebal dan berat. Hurufnya ada 7 iaitu :

خُصَّ ضّغْطٍ قِظْ

Sifat berlawanan:

اِسْتِفَالٌ (ISTIFAL) = turun.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan menurunkan pangkal lidah ke dasar lidah, sehingga bunyi huruf menjadi rendah, tipis dan ringan. Hurufnya ada 22 iaitu:

ثَبَتَ عِزُّ مَنْ يُجَوِّدُ حَرْفَهُ اِنْ سَلَّ شَكَا

4.   اِطْبَاقٌ (ITHBAQ) = Tertutup.

Maksudnya ialah membnyikan huruf dengan melengkungkan keliling lidah ke langit-langit mulut, sehingga bunyinya lebih besar dan berat. Hurufnya ada 4 iaitu:

 صَضْطَظَ

Sifat berlawanan:

اِنْفِتَاحٌ (INFITAH ) = Terbuka.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan pertengahan lidah terbuka (tidak melengkungkan keliling lidah ke langit-langit), sehingga bunyi huruf lebih kecil dan ringan. Hurufnya 25 iaitu:

 مَنْ اَخَذَ وَجَدَ سَعَةً فَزَكَا حَقٌّ لَهُ شُرْبُ غَيْثٍ

5. اِصْمَاتٌ (ISHMAT)= Diam atau menahan.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan berat dan tertahan. Hurufnya ada 23 iaitu:

 جَزُّ غِشَّ سَاخِطٍ صَدَّ ثِقَةٍ اِذْوَعَظَهُ يَحُضُّكَ

Sifat berlawanan:

اِذْلاَقٌ (IDZLAQ) = Lancar, ujung atau tajam. Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan ringan dan lancar. Hurufnya ada 6 iaitu:

 فَرَّ مِنْ لُبٍّ

Popular

Iklan

Iklan