Utama Blog Halaman 309

♡Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1436h♡

0

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan yang serupa sebahagian ayatnya, yang berulang-ulang kisah dan peringatannya. Kerananya menjadikan kulit orang yang takut akan Allah meremang. Kemudian mereka cenderung untuk mengingati Allah. Demikian petunjuk Allah untuk yang Dia kehendaki. Dan sesiapa yang Allah sesatkan maka tidak ada petunjuk arah baginya” [Surah Az-Zumar 23]

#Jika benar kita ‘membaca’ al-Quran, nescaya kita akan menjadi seperti apa yg Allah sifatkan dalam ayat ini iaitu bukti petanda seorang hamba benar2 sedang membaca Al-Quran

#Suatu ketika Abdullah bin Urwah bin az-Zubair bertanya neneknya, Asma’ bt Abu Bakar:

“Bagaimana keadaan para sahabat Rasulullah saw ketika diperdengarkan Al-Quran?”

Neneknya menjawab:

“Mereka menjadi sebagaimana yang disifatkan Allah yakni bercucuran air mata dan meremang kulit mereka” (al-Zuhd, Ibnu Mubarak)

#Para sahabat- memang mereka benar2 membaca al-Quran. Kita bagaimana???

#Kalau benar kita membaca al-Quran nescaya kita akan:

1. Bertambah ilmu dan iman
2. Mudah hendak menangis
3. Terdorong utk berdoa tidak semena-mena
4. Meremang badan apabila membaca ayat2 berkaitan azab, dosa, neraka dan azab2 kepada kaum terdahulu
5. Rasa seronok apabila membaca ayat2 berkaitan pahala, janji baik, kisah kemenangan, nikmat syurga dan seumpamanya
6. Selepas membaca, hati menjadi lembut dan terus ingat Allah
7. Terdorong utk sujud

♡Al-Quran hendaklah dibaca dengan lidah, akal dan hati♡

Fiqh Wanita 23 ( Umum )

0

Soalan 1
Bagaimana jika darah keluar sedikit-sedikit selepas bersalin sehingga hari ke 57, sedangkan saya telah mandi hadas besar dan solat pada hari ke 53 kerana dianggap darah telah kering tetapi masih lagi keluar pada bila-bila masa dengan sukatan yang sangat sedikit. Apakah solat dan puasa saya diterima dan bagaimana saya ingin mengetahui yang saya telah benar-benar suci dari darah nifas ini.?
Jawapan 1 Thtl
Darah Nifas 57 hari
Batas maksimal darah nifas adalah khilaf:
**Mazhab Jumhur: 40 hari
**Mazhab syafi’iy: 60 hari
(Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid/50)
Ibn Taymiyah: tiada batas maksimal (kitab al-Asma’, ms 27)
**Maka, ikut mazhab syafi’iy, darah nifas maksima ialah 60 hari.

Soalan 2
Apakah hukumnya mengambil pil penahan haid ketika bulan puasa ?
Jawapan 2 Thtl
Ambil pil penahan haid ketika ramadhan
Fatwa Dr Qardhawi, jangan lakukan demikian, yang dibolehkan ialah untuk Haji dan Umrah sahaja.

Soalan 3
Perempuan yang baru bernikah dan telah disetubuhi oleh suaminya buat kali pertama , orang melayu panggil pecah darah. Darah yang keluar itu di kira darah apa?
Satu lagi jika darah tersebut keluar lagi dan berterusan sehingga 2 ke 3 hari , perlukah mandi wajib setiap kali hendak solat?
Jawapan 3 Thtl
Darah biasa.ia bukan najis.cuma basuh dan perbaharui wuduk.

Soalan 4
Sekiranya perempuan yang sedang haid dan keluar air mani perlu ke mandi wajib berasingan atau tunggu sehingga haid kering dan mandi wajib untuk keduanya sekali ?
Jawapan 4 Thtl
Haid + mani
Memang sahkah mani keluar waktu haid?
Kalau ya, maka 2 in , mandi selepas haid kering, maka kedua hadas tersebut akan terangkat.

Soalan 5
Kalau nak buat upah haji bolehkah menggunakan duit dari kutipan adik-beradik untuk orang tua yang sudah meninggal ?
Jawapan 5 Thtl
Boleh, itulah maksud anak-anak yang soleh dan solehah.

Soalan 6
Adakah dalil yang menunjukkan boleh upah haji samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia?
Jawapan 6Thtl
Dari Abdullah bin Abbas ra, beliau berkata:
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- سَمِعَ رَجُلاً يَقُولُ لَبَّيْكَ عَنْ شُبْرُمَةَ. قَالَ « مَنْ شُبْرُمَةَ ». قَالَ أَخٌ لِى أَوْ قَرِيبٌ لِى. قَالَ « حَجَجْتَ عَنْ نَفْسِكَ ». قَالَ لاَ. قَالَ « حُجَّ عَنْ نَفْسِكَ ثُمَّ حُجَّ عَنْ شُبْرُمَةَ ».

Artinya: “Bahwa Rasulullah saw mendengar seorang laki-laki berkata: “Labbaika ‘an Syubrumah (Aku memenuhi panggilanMu atas nama Syubrumah”, Nabi saw bertanya: “Siapa Syubrumah?”, laki-laki itu menjawab: “Saudaraku atau kerabatku”, Nabi saw bersabda: “Sudah berhajikah kamu?”, laki-laki menjawab: “Belum”, Nabi bersabda: “Berhajilah atas dirimu kemudian hajikan atas Syubrumah”

HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Al Albani kitab Irwa Al Ghalil, 4/171

عَنْ أَبِى رَزِينٍ – قَالَ حَفْصٌ فِى حَدِيثِهِ رَجُلٌ مِنْ بَنِى عَامِرٍ – أَنَّهُ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبِى شَيْخٌ كَبِيرٌ لاَ يَسْتَطِيعُ الْحَجَّ وَلاَ الْعُمْرَةَ وَلاَ الظَّعْنَ. قَالَ « احْجُجْ عَنْ أَبِيكَ وَاعْتَمِرْ ».

Artinya: “Abu Razin ra berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya bapakku adalah orang yang tua renta, tidak mampu haji dan umrah serta tidak bisa menunggai kendaraan, Nabi saw bersabda: “Haji dan umrahkanlah atas bapakmu”. HR. Abu Daud dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Abu Daud, no. 1588.
Hukum boleh badal haji untuk si mati dan orang yang uzur

Soalan 7
Batalkah puasa jika kita muntah ?
Jawapan 7 Thtl
Puasa batal jika muntah?
Muntah tidak membatalkan puasa sebab puasa batal dengan memasukkan sesuatu ke dalam perut, kalau keluar dari perut tidak batal. fatwa Qardhawi, Fiqh Siyyam.

Soalan 8
Apa hukum kalau dya puasa ganti pastu dya sengaja buka puasa dya?
Jawapan 8 Thtl
Hukum puasa qadha, kemudian dia buka
Kena taubat:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.. (QS. At-Tahrim: 8)

Soalan 9
Cuci gigi dan tampal gigi bulan puasa bolehkah?
Jawapan 9 Thtl
Cuci gigi dan dental care bulan ramadhan
Fatwa Qardhawi, Fiqh siyyam, semuanya tidak membatalkan puasa.

Soalan 10
Waktu sahur dilewatkan sehingga bila,adakah imsak atau terbit fajar ?
Jawapan 10 Thtl
Waktu akhir sahur
Ayat dalil:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ (ورة البقرة: 187

“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam.” AQ. Al-Baqarah: 187
waktu akhir: azan subuh
waktu imsak itu tidak sahih, yakni 10 minit sblm azan subuh. (Qardhawi, fiqh siyyam)

Soalan 11
Ibu menyusu yang tidak berpuasa kerana susu tidak mencukupi untuk anak, perlu ganti puasa sahaja atau kena bayar fidyah juga?
Jawapan 11 Thtl
Ibu menyusu dan puasa.
Pendapat syafi’iy ganti dan fidyah
Pendapat hanbali, fidyah sahaja
Qardhawi, jika ibu kuat dan jarang beranak, ganti sahaja, jika ibu tidak kuat dan kerap bersalin, maka fidyah sahaja

Soalan 12
Apa hukum seseorang yang sudah berniat dimalam harinya ingin berpuasa diesok hari kerana nak qadha (ganti) puasa semasa tahun lalu,tetapi dia membatalkan dengan sengaja, adakah hukumnya berdosa besar ?
Jawapan 12 Thtl
Batalkan niat
Boleh asalkan sebelum terbit fajar

Soalan 13
1) Jika ayah dan ibu sudah meninggal dunia dan semasa hayatnya dia ada meninggalkan puasa bagaimana untuk jelaskan hutang puasa , adakah perlu bayar fidyah sahaja atau anak perlu tolang menggantikan puasa mereka ?
2) Dan kalau ada meninggalkan solat semasa hayatnya bagaimana pula ?
Jawapan 13 Thtl
Arwah ibubapa ada hutang puasa dan solat
Ia isu khilaf, banyak sekali pendapat…
kita ambil pendapat syafi’iy:
A. jika ibubapa sakit dan tertinggal puasa dan dia meninggal dunia, maka waris tidak wajib mengganti, kena keluar fidyah dari hartanya
B. Jika dia tidak puasa, masih ada masa dan peluang untuk menggantikan puasa, tapi dia tidak laksanakan, maka waris tidak wajib menggantikan puasa, cuma keluar fidyah dari harta si mati.
kerana mazhab syafi’iy, ibadat badaniah, orang lain tidak boleh ganti. ([al-Fiqh al-Islami, cet ke 3, 2/681]. )
Dr Qardhawi pulak, anak-anak tidak dipertanggungjawab mengganti puasa orang tua, cuma sunat jika mereka nak menggantinya dan sunat juga jika mereka keluarkan fidyah jika tidak mampu nak puasa, (fiqh siyyam, ms 76)

Soalan 14
Bagaimanakah cara terbaik untuk beriktikaf di masjid ketika bulan ramadhan bagi seorang wanita?
Jawapan 14 Thtl
I’tikaf bagi wanita
Ianya sunnah,
Dalil:
dari Aisyah ra,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ فَلَمَّا انْصَرَفَ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ إِذَا أَخْبِيَةٌ خِبَاءُ عَائِشَةَ وَخِبَاءُ حَفْصَةَ وَخِبَاءُ زَيْنَبَ

“Bahwasanya Nabi saw hendak beri’tikaf. Maka ketika beliau beranjak ke tempat yang hendak dijadikan beri’tikaf, di sana sudah ada beberapa khemah, yaitu khemah Aisyah, khemah Hafshah, dan khemah Zainab.” HR Al Bukhari (2033) dan Muslim (1173)
Dengan dua syarat:
1). Izin wali jika masih bujang, izin suami jika sudah berkahwin.
2). Aman dari fitnah
Ruj: abu malik kamal, sahih Fiqh Sunnah II/151-152)

Soalan 15
Jika orang yang tidak berupaya atau sakit tidak dapat berpuasa tetapi dapat meraih pahala dengan bersedekah , berzikir dan lain-lain.Tetapi pahala berpuasa pun perlu juga diraih.Adakah orang yang sakit yang tidak dapat berpuasa dapat menyamai pahala orang yang berpuasa?
Jawapan 15 Thtl
Orang sakit yang tidak dapat berpuasa.
Dia tidak lagi mendapat pahala yang sama seperti mana orang yang berpuasa,
Dalil:
الحديث الأربعون
HADITH KEEMPAT PULUH
عَنْ ابْنِ عُمَرْ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِمَنْكِبَيَّ فَقَالَ : كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ . وَكاَنَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ .
[رواه البخاري

Terjemahan:
Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw memegang bahu saya seraya bersabda : “Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara”, Ibnu Umar berkata : “Jika kamu berada pada waktu petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada pada waktu pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu
نِعمتان مغبونٌ فيهما كثيرٌ من النَّاسِ : الصِّحَّةُ والفراغُ
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري| المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6412 |
Terj: ada dua nikmat yg manusia selalu lupa, sihat dan lapang” HR Bukhari

Soalan 16
Boleh syeikh jelaskan secara lebih terperinci definisi I’tikaf?
Jawapan 16 Thtl
I’tikaf:
I’tikaf=menetap di masjid untuk mengkhususkan atau fokus kepada ibadat. Ia dilakukan khussunya 10 terakhir ramadhan untuk meraih malam lailatul qadar . Putuskan hubungan dengan dunia luar dan fokus kepada Allah.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ – رضى الله عنهما – قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan (HR. Bukhari no. 2025 dan Muslim no. 1171).

Soalan 17
Boleh ke kita sahur atau makan pada waktu syuruk?
Jawapan 17 Thtl
Hukum makan pada waktu syuruk
Waktu syuruk adalah waktu terbit matahari. Maka ia sudah waktu haram. waktu terakhir ialah bila azan masuknya waktu subuh. terbit fajar bukannya terbit mentari.

Soalan 18
Saya maksudkan yang 10 minit sebelum masuk waktu subuh.
Jawapan 18 Thtl
Masih boleh.Sebab ia adalah waktu lampu kuning sahaja. Masa berhenti ialah bila masuk waktu subuh. waktu subuh dah lampu merah.

Soalan 19
Saya mohon pjelasan berkenaan aqiqah. Jika ibubapa tak sempurnakah aqiqah anak dalam tempoh 15 thun, adakah si anak boleh sempurnakan aqiqahnya sndiri selepas tempoh itu?
‍Jawapan 19 Thtl
Hukum akikah dalam mazhab syafi’iy
Jika kanak-kanak itu tidak diakikahkan selepas usia 15 tahun, maka gugurlah sunnah tersebut. Tidak ada dosa kerana ia sunnat bukan wajib. Cuma jika dia mampu dianggap meremehkan sunnah Muhammad saw dan syiar agama .

Soalan 20
‍‌‌‌‌‍‍‌Jika kita buat aqiqah untuk anak lelaki 1 bahagian, apakah hukumnya ?
Jawapan 20 Thtl
Fiqh Akikah dengan satu bahagian lembu.
Jumhur tidak sah kerana akikah ada hari tertentu, yakni dilakukan segera dan hendaklah dengan kambing. sebab akikah berbeza dengan korban pada hari idil Adha, maka tidak boleh berkongsi niat dengan ibadah korban dan akikah tidak sama. hari tertentu di sisi jumhur ialah pada hari ke7, ditunda ke hari 14 dan akhir pada hari 21 atau dalam tempoh 1 bulan.
Manakala pendapat mazhab syafi’iy, boleh sebab akikah dan korban di sisi syafi’iyah adalah sama, maka boleh ambil satu bahagian lembu Korban untuk akikah.
***Tempoh akikah dalam mazhab syafi’iy adalah longgar, dari hari ke 7 sehingga dia baligh pada usia 15 tahun, maka ada 15 tahun peluang nak akikah anak.
***Mazhab jumhur perketat sunah akikah, manakala mazhab syafi’iy meluaskan dan memberi kemudahan.
***Pendapat yang betul ialah Jumhur, dilakukan segera tanpa menunggu Hari Raya Haji ‌

Soalan 21
Bayi yang telah sempurna dan berusia 6 bulan sudah meninggal didalam kandungan sebelum dilahirkan, perlukah dibuat aqiqah untuknya ?
Jawapan 21 Thtl
Hukum akikah bayi gugur pada usia 6 bulan
Khilaf, Jumhur kata tidak perlu sebab akikah adalah untuk bayi yang masih hidup. Mazhab hanbali saudi, jika janin dan ada sifat manusia, sudah berusia 120 hari ke atas, maka ia diakikahkan. (syaikh ben othaimin, Syarhul Mumti’, 7/540).
Maka terpulang. pendapat yang rajih tidak perlu sebab akikah ini kesyukuran dan kegembiraan kerana mendapat anugrah bayi, maka ditakdirkan meninggal, maka tak adalah hutang akikah keatas bayi yang meninggal.

Fiqh Wanita 22 ( Umum )

0

Soalan 1
Harus bertaqlid dengan 3 mazhab yang lain – Imam Hanafi, Imam Hanbali dan Imam Maliki tetapi afdal atau aula,kita mengikut Mazhab Imam Syafi’i ( panjang perbahasannya )
Apa pendapat syeikh?
Jawapan 1 Thtl
Apakah lebih afdhal ikut mazhab Syafi’iy?
Ya, kalau itulah kitab yang dia ada dan kena dengan amalan sesebuah negara, dia pula tidak minat belajar fiqh muqaran (fiqjh lintas mazhab) dan fiqh sunnah
Tidak, sebab penduduk tempatan ikut mazhab syafi’i yang mutaakhirin bukan dr kitab al-Umm

Soalan 2
Benarkah ada 5 fasa zaman-zaman umat Nabi Muhammad yang disebutkan dalam hadis dan dimaklumkan kita sekarang di fasa yang ke 4.. Mohon penjelasan Sheikh THTL…
Jawapan 2 Thtl
Lima fasa umat Muhammad
Dalil hadith:
تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون , ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة , فتكون ما شاء الله أن تكون , ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها , ثم تكون ملكا عاضا فيكون ما شاء الله أن تكون , ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها , ثم تكون ملكا جبريا فتكون ما شاء الله أن تكون , ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها , ثم تكون خلافة على منهاج النبوة . ثم سكت ” .
“Akan ada masa kenabian pada kalian selama yang Allah kehendaki, Allah mengangkat/menghilangkannya kalau Allah kehendaki. Lalu akan ada masa khilafah di atas manhaj Nubuwwah selama yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya jika Allah menghendaki. Lalu ada masa kerajaan yang sangat kuat (ada kedhaliman) selama yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya bila Allah menghendaki. Lalu akan ada masa kerajaan (tirani) selama yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya bila Allah menghendaki. Lalu akan ada lagi masa kekhilafahan di atas manhaj Nubuwwah”. Kemudian beliau diam” [Diriwayatkan oleh Ahmad 4/273 dan Ath-Thayalisi no. 439; dishahihkan oleh Al-Albaaniy dalam Silsilah Ash-Shahiihah no. 5]. Hadith ini tidak sahih di sisi Mutaqaddimin

Fasa 1: Nubuwwah (10 tahun) Nabi sebagai ketua negara

Fasa 2: Khulara arrasasyidin (30 tahun, abu Bakar-Ali)

Fasa 3-4: era dinasti Ummayad

Fasa 5: Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Ruj:
1. Tuhfatul-Ahwadzi Syarh Sunan At-Tirmidzi oleh Al-Mubarakfury Daarul-Fikr, tanpa tahun (terutama pada juz 6 hal. 476-478).
2. ’Aunul-Ma’bud Syarh Sunan Abu Dawud oleh Muhammad Syamsul-Haqq Al-’Adhim ’Abadiy, Penerbit : Muhammad bin ’Abdil-Muhsin, shaahibu Al-Maktabah As-Salafiyyah, Cet. 2/1488 (terutama juz 2/397-399).

Soalan 3
Pengukuhan IMAN, kena mantap Ilmu Tauhid/Aqidah. Pengukuhan ISLAM, kena mantap Ilmu Fiqh/Syariat. Pengukuhan IHSAN, kena mantap Ilmu Tasawwuf/Tariqat.
Benarkah ustaz berkenaan pernyataan IHSAN di atas? Bukankah ustaz pernah menyatakan bahawa mazhab As-Syafi’iy membenci Tasawwuf dan Tareqat?
Jawapan 3 Thtl
memantapkan Ihsan dengan tasawwuf ?
Ihsan = quality atau cemerlang atau excellence…
Tasawwuf=memilih jalan lapar, miskin dan pakaian usang atau hidup gaya monk dan rahib
Maka macam mana ihsan itu sama dengan tasawwuf? tak matching.
Muslim yg cemerlang ialah yang menambah ilmu dan beramal dengan ilmu yang dikutip setiap masa.ia sentiasa benchmark atau meletakkan para sahabat dan salafus soleh sebagai matlamat pencapaiannya.

Soalan 4
Adakah ajaran Sheikh Muhamad Abdul Wahab sebenarnya sama dengan mazhab hanbali? Kerana SMAW berguru dengan ulamak mazhab hanbali, dan beliau juga orang yang melaksanakan ajaran dalam kitab ibn taymiyah, imam besar mazhab hanbali.
Jawapan 4 Thtl
Wahabi lagi
Rujuk UiTO kerana kita sudah berwacana dalam isu Wahabiah.
Ringkasan, Muhd Abdul wahab memang mazhab hanbali dan legasi dia masih kekal di arab saudi sampai sekarang, saudi madzhab Hanbali

Soalan 5
jika seseorang terkena sihir adakah lebih baik dia berubat berjumpa dgn ustaz seperti darulsyifa atau berubat sendiri dengan membaca ayat kursi, 3 Qul dan 2 ayat terakhir surah al baqarah.. cara yang mengikut sunnah untuk perubatan bgaimana?
Jawapan 5 Thtl
Jika terkena sihir, apa nak buat
pertama: silap kita tak buat preventive atau penjagaan yakni imunisasi sihir…caranya:

احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ
“Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kamu jumpai Dia dihadapanmu (HR. Ahmad 2669, Tirmidzi 251), dan dishahihkan al-Albani
Jaga Allah dan Allah akan jaga kita, ini imunisasi sihir.
amalkan imunisasi dengan kurma Ajwa, atau kurma hitam madinah
من اصطبح بسبع تمرات عجوة لم يضره ذلك اليوم سم ولا سحر
“Siapa yang sarapan dengan 7 kurma ajwah, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya di hari itu.” (HR. Bukhari 5779 dan Muslim 2047)
seterusnya banyak zikir harian dan jangan lupa baca ayat kursi dan tiga Qul sebelum tidur
Jika kena sihir,ruqyah diri sendiri, dapatkan panduan ruqyah dari kitab-kitab seperti
Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qohthani dalam buku beliau Ad-Dua wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqa, Hal. 35). ada edisi terjemahan
jika tidak mampu barulah jumpa ustaz-ustaz yang soleh, akidah salaf dan warak, bukan ahli bid’ah

Soalan 6
Bolehkah kita ambil cebisan kain tutup kaabah dan rendam dalam air dan minum buat ubat ?.
Benarkah kelambu kaabah boleh bertukar milik kepada orang awam, sheikh?
Jawapan 6 Thtl
cebisan kelambu
Khurafat dan dilarang keras oleh saudi. bila kelambu Kaabah di tukar, kelambunya di potong dan dihadiahkan kepada tetamu kerajaan arab saudi. Tiada dibenarkan untuk tujuan perdukunan.
kelambu mekah tidak boleh bertukar tangan sebab mereka kena berjanji dengan pentadbir perbadanan mesjidil haram jangan diberi kepada orang awam kerana dikhuatiri akan menjadi syirik.
keduanya palsu.

Soalan 7
Dosa anak sebelum baligh ibubapa tanggung, selepas baligh diri sendiri tanggung.
Kemudian, dosa anak sebelum kahwin mak ayah juga tanggung tapi selepas kahwin suami tanggung.Benarkah?
Jawpan 7 Thtl
konsep tanggung dosa
1. dosa anak sebelum baligh, ibubapa tanggung
tidak sahih, dosa belum ujud kepada anak belum baligh
dalil:,” Diangkat kalam dari tiga golongan: orang tidur hingga dia jaga, kanak-kanak sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia berakal.” HR at Termidzi, Sunan, 2/438, hasan
2.selepas diri baligh, memang tanggung sendiri, nama istilah fiqh, Mukallaf =sudah dipertanggungjawabkan kerana usia baligh
3. anak bujang yang baligh, emak ayah tanggung, tak sahih, anak tanggung, sebab dah mukallaf
4. jika jadi isteri, suami tanggung, tidak sahih, setiap mukallaf, tanggung sendiri.
***Dosa ibubapa kerana cuai dalam memberi pendidikan agama dan akademik
***Dosa suami kerana tidak mendidik isteri dan mengawasi muamalatnya, tak ada konsep orang dewasa pikul ***Dosa orang dewasa yang lain walaupun tanggungannya.
Dalil:
“(yaitu) bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” (QS Al Najm [53]:38)

Soalan 8
kalau kita hendak solat boleh atau tidak kalau buat sanggul tinggi-tinggi?
Jawapan 8 Thtl
Bersanggul tinggi ketika solat
hadits Abdullah bin Abbas ra, dia berkata:
أُمِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ وَلَا يَكُفَّ ثَوْبَهُ وَلَا شَعَرَهُ
“Nabi صلى الله عليه وسلم diperintahkan untuk sujud di atas tujuh tulang (dahi, dua telapak tangan, dua lutut, dan dua kaki) dan untuk tidak menahan pakaian dan rambutnya.” [HR Al Bukhari (815) dan Muslim (490)]
Maka ketika solat sunnahnya sanggul dilepaskan.

Soalan 9
Adakah ini kita patut pegang bahawa semua solat sunat adalah 2 rakaat 1 salam?
Benarkah Rasulullah SAW menunaikan solat sunat zohor 4 rakaat 1 salam. Mohon pencerahan
Jawapan 9 Thtl
kaifiyat solat sunat
secara global, sunnah solat sunat ialah 2 rakaat dengan satu salam, dalilnya:
صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى (متفق على صحته من حديث ابن عمر رضي الله عنهما)
“Shalat malam itu dua rakaat-dua rakaat”. (Disepakati keshahihannya; HR Bukhari dan Muslim, dari hadits Ibnu Umar radhiallahu ’anhuma)
solat ba’diah zuhur dgn 4 rakaat satu salam hukumnya, boleh
Aisyah ra berkata:
ditanya tentang kebagusan dan panjangnya, kemudian shalat 4 rakaat lagi sekali salam مَا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّ الله عليه و سلّم يَزِيْدُ فِي رَمَضَانَ وَ لاَ فِي غَيْرِهِ إِحْدَ عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّى أَرْبَعًا، فَلاَ تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَ طُوْلَـهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّى أَرْبَعًا فَلاَ تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَ طُوْلَـهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّى ثَلاَثاً
“Rasulullah saw tidak pernah menambah bilangan pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan selain Ramadhan dari 11 Rakaat. Beliau shalat 4 rakaat sekali salam maka jangan ditanya tentang bagus dan panjangnya, kemudian shalat witir 3 rakaat.” (HR Muslim)hadith ni walaupun masa Ramadhan menjadi dalil bolehnya solat 4 rakaat sekali salam

Soalan 10
Waktu walimatul urus atau kenduri kahwin bolehkah atau tidak jamak solat (zohor dan asar) kalau kita ini ahli keluarga pengantin yang terlibat majlis di rumah? Walaupun ia majlis yang tidaklah sepenting pilihan raya.
Jawapan 10 Thtl
Hukum pengantin solat jamak
Jawabnya boleh sebab solat jamak adalah kerana masyaqqah atau kesulitan dan tidak dijadikan suatu kebiasaan, ,maksudnya dilaksanakan ketika benar-benar perlu. Contoh bersanding jam 1:00 tgh hari, maka ambil wudhuk dulu sebelum make-up, dan solat zuhur dalam waktu asar, jamak taakhir sebab majlis resepsi tamat jam 4 ptg.

Soalan 11
Bagaimana pula jika kita berdoa didalam bahasa melayu(didalam hati) ketika sujud didalam solat? Adakah dibolehkan?
Jawapan 11 Thtl
Doa dalam bahasa melayu
Khilaf, boleh dalam mazhab hanbali ((Fatwa Lajnah Daimah, volume 24, nomor 5782) )

dan mazhab syafi’iy, Imam Nawawi
– al-Majmuk: 3/247-248
dengan syarat ia hanya sementara sahaja hingga mampu menghafal

Soalan 12
Boleh ke baca doa tanpa lafaz hanya niat sahaja?
Contoh doa makan tetapi membaca doa, hanya dalam hati.
Jawapan 12 Thtl
Niat dalam hati
Dalil hadith:
إنَّ اللَّهَ تَعالى تجاوزَ عن أمَّتي ، كلَّ شيءٍ حدَّثَت بِهِ أنفسَها ، ما لم تَكَلَّم بِهِ ، أو تعمَلْ
الراوي : أبو هريرة / المحدث : الألباني/ المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 3433 / خلاصة حكم المحدث : صحيح
Terj” Allah belum mengambil kira apa yang tercetus dalam hati selagi belum diucap atau dilaksanakan” Hr Nasa’iy, al-Albani, sahih
Maka doa dalam hati belum dikira, kena lafaz baru jadi doa bila lafaz, kena usaha bukan doa dan tunggu.

Soalan 13
Apa hukum apabila seseorang itu solat menggunakan dalam bahasa melayu maksud membaca bacaan solat ertinya sahaja, dalam bacaan solat dia tidak membaca AlQurannya bahasa(arabnya)
Contoh surah alfatiha dia baca,dia hanya baca ertinya tidak membaca surah alfatihah
Sebab dia tidak pandai mengaji dan dia takut membacanya disebabkan takut salah bacaan kerana tidak mengenal huruf ayat alquran dan hukum tajwid langsung tidak mengerti.
Jawapan 13 Thtl
Solat dalam bahasa melayu
Ada dua pendapat:
1. mazhab Hanafi boleh jika muallaf baru masuk Islam dan tidak mungkin ia belajar dengan cepat
2. Haram, menurut Jumhur (mazhab malik, syafi’iy dan Hanbali) kerana tidak pernah difatwakan di zaman Nabi dan sahabat akan keharusannya. AQ dalam bahasa arab adalah mukjizat, jika dibaca terjemahannya, maka hilanglah mukjizatnya.
Dalil larangan:
“Apakah (patut Al-Qur’an) dalam bahasa asing, sedang (rasul adalah orang) Arab?” AQ 41:44
Maka pendapat yang rajih menurut Imam Ibn Taymiyah ialah jumhur (Balaghah alQur’an, ms 75)

Soalan 14
Adakah Taubat nasuha sama dengan solat sunat taubat biasa?
Taubat nasuha ialah kita kena solat kan memohon ampun pada Allah,adakah taubat nasuha sama dengan solat sunat taubat yang disebut dalam buku 75 solat-solat sunnat.
Jawapan 14 Thtl
Solat Taubat dan taubat nasuha
Dalil hadith:
ما من رجل يذنب ذنباً ، ثم يقوم فيتطهر ، ثم يصلي ، ثم يستغفر الله ؛ إلا غفر الله له
Terj:
Tidaklah seorang hamba melakukan dosa kemudian ia bersuci dengan baik, kemudian berdiri untuk melakukan shalat dua raka’at kemudian meminta ampun kepada Allah, kecuali Allah akan mengampuninya.” HR. Tirmidzi no. 406, Abu Daud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Tapi di sisi imam hadith era mutaqaddimun, era klasik spt Bukhari mendhaifkannya dalam tarikh al-Kabir, 2:54
وهذا الحديث ضعيف ؛ قال البخاري في ” التاريخ الكبير ”
Yang sebenar, hadith solat Taubat adalah dha’if, tapi kerana ada muhaddith kontemporeri yang sahihkan, ia boleh diamalkan,
Maka ada dua cara untuk taubat: 1.minta ampun dalam mana-mana solat sunat, tahajjud lebih baik dan solat taubat

Soalan 15
Jika bermukim, Contoh 12 hari atas urusan kerja, adakah dibolehkan untuk solat jamak? terutama dalam tempoh itu berada dalam situsi kerja sibuk?

Jawapan 15 Thtl
musafir selama 12 hari
Mazhab syafi’iy jika diketahui 12 hari tempoh musafir, maka dianggap mukim, kena solat tamam (sempurna sebab dah bermukim). Mazhab lain tak boleh jamak, cuma boleh qasar sahaja

Soalan 16
Bolehkah seorang perempuan bukan mahram beritahu yang dia tidak boleh solat kepada lelaki bukan mahramnya?
Jawapan 16 Thtl
wanita memberi tahu dia period
“Mereka bertanya kepada engkau tentang haid, katakan kepada mereka ia berupa kotoran”, AQ 2:222
Maka tidak ada masalah jika ada orang bertanya jika ada keperluan

Soalan 17
Adakah tahi hidung itu najis, setelah solat baru perasan ada terlekat dipipi. mohon pencerahan
Jawapan 17 Thtl
Status tahi hidung
ia tidak najis, ia termasuk yang didiamkan oleh syarak, maka dimaafkan

Soalan 18
Di pejabat saya ada surau kecil.bahagian lelaki dan wanita dibahagikan dengan partition kayu.Bagaimana cara perempuan nak minta solat jemaah dengan lelaki?
Jawapan 18 Thtl
Posisi wanita dalam surau kecil
Hukumnya harus untuk 4 mazhab, yang dilarang, wanita solat bersebelahan lelaki tanpa tirai atau dinding atau partition. Jika ada partition, maka hukumnya boleh. ia bergantung kepada design mssjid, ideal, partition adalah ruang wanita di belakang, kalau double story seperti di saudi, wanita di tingkat atas
(Imam Nawawi, al-Majmuk, Jld 3, bab wanita dan solat jamaah)

Soalan 19
Maksud saya macam mana saya nak minta untuk lelaki itu jadi imam?kalau lelaki dengan lelaki akan tepuk bahu..kalau perempuan dengan lelaki?
Jawapan 19 Thtl
Surau memang tidak boleh dikawal.Yang pertama itu saja yang boleh kawal, yakni solat diawal waktu, bila masuk waktu, azan dan solat buat pertama kali.
solat berikutnya masing-masinglah antara kawasan lelaki dan kawasan wanita. Yang dilarang dalam kawasan lelaki ada dua jamaah, dalam kawasan wanita ada dua jamaah.

Soalan 20
Hukum wanita yang pakai minyak wangi keluar dari rumah.Minyak wangi tu cuma di letakkan sedikit saja dan tak kuat , suami izinkan untuk pakai keluar…
Jawapan 20 Thtl
parfum lelaki dan wanita:
طيب الرجال ، ما ظهر ريحه وخفي لونه ، وطيب النساء ، ما ظهر لونه ، وخفي ريحه
الراوي: أبو هريرة المحدث: الترمذي – المصدر: سنن الترمذي – الصفحة أو الرقم: 2787
Terjemahnya: Dari Abu Hurayrah ra sabda baginda S.A.W
“Wangian lelaki, kuat baunya dan tiada warna; sedangkan wangian (perfume) wanita, yang nampak warnanya dan lembut baunya.” HR Abu Daud, Termidzi dan an-Nasa`iy, Termidzi, hasan, al-Albani sahih, dhaif di sisi at-Torifi
memang boleh, minyak wangi wanita bila keluar hendaklah yang ringan…

Soalan 21
Masa bersekolah dan tinggal diasrama,selalu tiada bekalan air. jadi masa tu mandi hadas haid dan ambil wuduk semua guna air mustakmal ( yang dalam baldi sahaja) dan pada masa itu tiada pengetahuan tentang air itu suci tapi tidak menyucikan. sekarang baru tahu.Macamana kedudukan solat saya pada 5 tahun saya di asrama? mohon penjelasan
Jawapan 21 Thtl
Air mustakmal
Jumhur kecuali syafi’iy, air mustakmal adalah suci. sifat kesucian air ditentukan oleh sifat dan warnanya. Jika tak ada perubahan kepada warna dan rupanya maka ia suci. manakala mazhab syafi’iy air mustakmal mesti dalam sukatan dua kolah atau 270 liter. Maka apa yang diamalkan itu memang sah dan air itu suci. pendapat Jumhur lebih kuat

Soalan 22
Jika muntah bayi tidak najis , bagaimana pula muntah kanak-kanak istimewa yang hanya makan dan minum makanan seperti bayi?
Jawapan 22 Thtl
Hukum muntah kanak-kanak
Hukum muntah dewasa
Beberapa ulama hadis lebih menguatkan pendapat bahwa muntah tidak najis. Diantaranya: Ibn Hazm, As-Syaukani, dan Shidiq Hasan Khan. Al-Albani memberikan komentar untuk keterangan Sayid Sabiq yang mengatakan najisnya muntah.
(al-Albani, Tamam Al-Minnah, hlm. 53)
maka muntah tidak najis

Soalan 23
Apakah hukum memutihkan gigi di klinik gigi?
Jawapan 23 Thtl
Dental cleaning and whitening
Harus, hukum asal tak ada larangan., yang dilarang mengikir gigi..
Hadits dari Abdullah bin Mas’ud r.a., beliau berkata:
لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله
Artinya : Allah melaknat wanita pembuat tato dan yang bertato, wanita yang dicukur alis, dan dikikir giginya, dengan tujuan mempercantik diri mereka merubah ciptaan Allah Ta’ala.” (HR. Bukhari)
Mengikir gigi suatu amalan orang zaman dulu, di mana mereka mengikir gigi mereka supaya menjadi kecil dan renggang. Ia bukan tujuan perubatan tetapi operasi kecantikan. Manakala memutihkan gigi adalah dalam bab oral hygiene atau urusan medik.

♡Tadabbur Kalamullah 12 Ramadhan 1436h♡

0

هَٰذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

“Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya)” [Surat al-Jathiyah 20]

#al ( #al )-Quran sbg petunjuk kpd org yg mengimaninya dan penawar kpd keraguan, kemunafikan, kemusyrikan, kesesatan, ketidak tetapan pendirian serta kekeliruan yg berlaku di dalam hati-hati manusia

#Ad-Darimi meriwayatkan dengan isnadnya dr Abdullah bin Mas’ud r.a drp Nabi saw:

“Bacalah Al-Quran kerana Allah swt tidak menyeksa hati orang yang menghayati Al-Quran. Dan sesungguhnya Al-Quran ini adalah jamuan Allah maka siapa yg masuk di dalamnya dia pun aman. Dan siapa mencintai Al-Quran, maka berilah dia khabar gembira”

#Berkata Qatadah: “Apabila Al-Quran didengar oleh orang yang beriman, lalu dia memahami, menghafal, dan mengamalkannya, maka akan menjadi penawar dan menjadi rahmat baginya.

#Al-Quran juga menjadi rahmat dan memberi impak yang luar biasa kepada ahli keluarganya. Sabda Nabi saw:

“Sesiapa yg membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, pada hari kiamat kelak Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dgn mahkota yang terbuat daripada cahaya yang sinarannya seperti pancaran matahari” (HR Abu Dawud dan al-Hakim)

♡Ya Allah, terangilah pandangan kami dengan Al-Quran dan lapangkanlah hati kami dengannya. Dan dapatlah kiranya beramal dengannya. Dan lancarkanlah lidah kami dlm mengucapkannya dan teguhkanlah hati kami dengannya..Aamiiin♡

♡Tadabbur Kalamullah 11 Ramadhan 1436h♡

0

مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ

“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan” [Surah TaHa 2]

#Berkata Qotadah:

لا والله ما جعله شقاء، ولكن جعله رحمة ونورًا، ودليلا إلى الجنة

“Tidak, wallahi (demi Allah), Al Quran tidaklah diturunkan untuk menyusahkan. Akan tetapi, Al Quran adalah rahmat dan cahaya, serta petunjuk menuju syurga”

#Ini menunjukkan Al-Quran itu mendatangkan kebaikan yang banyak dan bukan menyusahkan umatnya, malah mempermudahkan.

#Selain itu, Al-Quran juga sebagai peringatan bagi orang yang takut pada Allah Taala. Kerana orang yang tidak takut pada Allah, tidak bermanfaat Quran bagi dirinya. Firman Allah swt:

سَيَذَّكَّرُ مَنْ يَخْشَى * وَيَتَجَنَّبُهَا الأشْقَى * الَّذِي يَصْلَى النَّارَ الْكُبْرَى

“Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran, dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. (Iaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka)” (Surah al-A’laa 10-12)

#Ini dikuatkan lagi melalui sabda Nabi saw:

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ

“Sesungguhnya agama Islam itu mudah.” (HR. Bukhari)

♡Al-Quran dan ajaran Islam tidak menyusahkan, bahkan ajaran yg mudah. Kita saja yg menyusahkan dan buat2 susah utk amalkan Al-Quran♡

01.10.02 #300315 ILMU AL-JARH WAT TA’DIL

0

 

Nota 01.10.02 Mengenal Ilmu tentang Periwayat (علم الرواة)

 

Susunan: BroSyarief

 

ILMU AL-JARH WAT TA’DIL

(علم الجرح والتعديل)

 

Ilmu ini juga antara ilmu yang sangat mendalam. Ia melibatkan komentar para ulama hadits terhadap para periwayat hadits, yang kemudiannya akan mempengaruhi kualiti sanad dan penerimaan atau penolakan terhadap sesuatu hadits.

 

Secara umumnya, ia terangkum dalam dua bahagian yang utama, iaitu:

 

1) al-Jarh (الجرح)

 

Ia berasal dari perkataan al-Jurh (الجرح) yang bermaksud mencederakan atau melukakan, menggunakan pisau contohnya, pada fizikal tubuh badan. Adapun al-Jarh, ia berfungsi pada lisan atau bahasa badan, yang ‘melukakan’ menggunakan lidah.

 

Secara teknikal, ia merujuk kepada komentar negatif terhadap sifat dan kredibiliti periwayat, sama ada (i) dari sudut personalitinya, sama ada dia pembohong, pelaku bid’ah, tidak dikenali, pelaku maksiat, dll; atau (ii) dari sudut ingatannya, sama ada dia buruk hafalannya, banyak silap, nyanyuk selepas umur sekian, dll.

 

Sebahagian orang bertanya, bukankah ini mengumpat? Ya, ianya mengumpat, iaitu mengatakan tentang seseorang yang dia pasti tak suka. Tapi ianya pada kategori mengumpat yang dibenarkan, kerana tujuannya untuk memelihara ketulenan hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

 

2) at-Ta’dil (التعديل)

 

Ia bermaksud menegakkan dan menguatkan sesuatu.

 

Secara teknikal ia merujuk kepada komentar positif terhadap sifat dan kredibiliti periwayat, sama ada (i) dari sudut personaliti, sama ada dia seorang yang dipercayai, soleh, dll; atau (i) dari sudut hafalan, dengan contoh pujian sangat baik hafalannya, dll.

 

Di antara rujukan-rujukan bagi memahami ilmu al-Jarh wat-Ta’dil ialah:

 

01. Qa’idah al-Jarh wat Ta’dil, karangan as-Subki (w.771H)

02. al-Raf’u wat Takmil fi al-Jarh wat Ta’dil, karangan al-Lakwani (w.1304H)

03. al-Jarh wat Ta’dil, karangan al-Qasimi (w.1333H)

04. Dhowabit al-Jarh wat Ta’dil, karangan ‘Abd al-‘Aziz ‘Abd al-Latif (w.1421)

 

Dan banyak lagi.

 

WalLaahu a’lam

 

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

 

#BroSyariefShares

Berhati-hati dengan Rayuan Syaitan

0

Assalam…

Alhamdulillah melewati sehari lagi. Beruntunglah pada yang tidak pernah jemu mengajak dan melatih diri untuk berbuat perkara yang soleh hatta hatinya pun tidak mahu dibiasakan dengan perkara yang membusukkan hati.

Namun berhati-hatilah dengan pujukan syaitan.

Rayuan syaitan!

Rasulullah S.A.W bersabda:”dan dalam hati ada dua bisikan. Satu bisikan dari Malaikat mengajak kebaikan dan mempercayai kebenaran. Siapa merasakannya, ketahuilah dari Allah dan hendaklah memuji kepadaNya.Yang lainnya bisikan dari musuh(syaitan) mengajak kepada kejahatan dan mendustakan kebenaran, bahkan melarang kebaikan. Siapa menemukannya, hendaklah segera memohon perlindungan kepada Allah dan bisikan syaitan yang terkutuk…”

Kata Mujahid …syaitan itu mengintip hati. Jika segera mengingati Allah, dia akan pergi. Namun jika hati itu lalai dari mengingati Allah, dia akan terus menggoda. Antara ingat kepada Allah atau bisikan syaitan seperti antara Cahaya dan Kegelapan, antara siang dan malam, iaitu saling berbeza dan bertentangan.

Al-Quran menyebut..”mereka telah dikuasai syaitan, lalu dia melupakan mereka dari mengingati Allah.” Al-Mujahadah:19

Anas berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:“sesungguhnya syaitan meletakkan belalai di hati manusia. Jika manusia mengingati Allah, belalai itu akan ditarik kembali. Namun jika manusia melupakan Allah, belalai itu akan menutupi hatinya..”.

Bersabda lagi Rasulullah: “syaitan itu berjalan di setiap pembuluh darah manusia. Maka berhentikan perjalanannya dengan BERLAPAR.”

Ingatlah! syaitan itu musuh yang nyata. Jagalah hati jangan sampai digoda. Sabar dengan ujian yang diberikan.  Pohonlah kekuatan dari Tuhanmu. Moga bertemu syurga yang abadi. Insya Allah.

“Barangsiapa yang bertaqwa dan bersabar, tiadalah yang mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat demikian”..

Moga kita sentiasa sedar untuk tidak terjebak dengan perangkap ini. Jagalah dengan yang terbaik.  Banyaklah berzikir.  Ayuh mulakan segera!

Moga bermanafaat.

Wassalam.

Nazarudin Che Salleh

(Kolumnis UiTO)

9 SIFAT-SIFAT HURUF TUNGGAL (TIADA BERLAWANAN)

0

تَوَسُّطٌ (TAWASSUTH)

Pertengahan antara Syiddah dan Rakhawah. Maksudnya ialah membunyikan huruf.

 

لَيِّنٌ (LAYYIN) = Lunak.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan lunak, lemah dan lembut, ketika huruf itu mati dan jatuh sesudah harakat fathah.

Hurufnya ada 2 iaitu : وْ _َ يْ

 

اِنْحِرَافٌ (INHIRAF) = Condong.

Maksudnya ialah membunyikan huruf condong ke hujung lidah dengan sedikit melenturkan (melengkungkan) lidah.

Hurufnya ada 2 iaitu : ل ر

 

تَكْرِيْرٌ (TAKRIR) = Mengulang-ulang.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan lidah bergetar tidak lebih dari dua getaran. Apabila getarannya sampai tiga kali, maka rosak bacaan. Dan apabila sampai empat getaran, berarti huruf itu telah menjadi dua huruf.

Hurufnya ada satu iaitu: ر

 

صَفِيْرٌ (SHAFIR) = Siul atau seruit.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan berdesir bagaikan suara seruling.

Hurufnya ada tiga, iaitu : ص ز س

 

تَفَشِّيْ (TAFASY-SYI) = Menyebar.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan angin tersebar di mulut.

Hurufnya ada satu, iaitu : ش

 

قَلْقَلَةٌ (QALQALAH) = Goncang.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan goncangan pada makhrajnya, sehingga terdengar pantulan suara yang kuat pada saat mati atau dimatikan kerana berhenti (waqaf).

Hurufnya ada lima, iaitu: قُطْبُ جَدٍ

Qalqalah terbagi menjadi dua, yaitu:

  1. قَلْقَلَةٌ صُغْرَى (QALQALAH SUGHRA), iaitu pantulan suara huruf qalqalah agak lebih kecil, karena huruf qalqalahnya itu mati asli berada di tengah-tengah kata atau kalimat.
  2. قَلْقَلَةٌ كُبْرَى (QALQALAH KUBRA), iaitu pantulan suara huruf qalqalah agak lebih besar, karena huruf qalqalahnya itu sebenarnya hidup, tapi dimatikan ketika waqaf (menghentikan bacaan).

 

اِسْتِطَالَةٌ (ISTITHALAH) = Memanjang.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan memanjang di salah satu tepi pangkal lidah sampai ke depan.

Hurufnya ada satu, iaitu: ض

 

غُنَّةٌ (GHUNNAH) = Berdengung.

Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan suara berdengung yang keluar dari pangkal hidng.

Hurufnya ada dua, iaitu : م ن

TAFSIR SURAH JIN DARI AYAT 1 HINGGA AYAT 2

2

Bismillah ArRahman ArRahim

Allahumma Rabbana Zidna ilma

Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim

Amma ba’du

Surah al Jin

Firman Allah swt :

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا)

[Surat Al-Jinn 1]

via @QuranAndroid

Katakanlah Muhamad kepada mereka : Telah di wahyu kan kepada ku.. bahawa satu kumpulan daripada jin telah mendengar aku membaca Al Quran

Dan mereka berkata, sesungguhnya kami telah mendengar sebuah kitab yang sentiasa di baca iaitu Al Quran yang sangat menakjubkan.

Tafsir

Dalam Kitab Asbaab Nuzul diceritakan bahwa Rasulullah saw. tidak pernah membacakan al-Qur’an kepada jin, dan tidak pernah melihat mereka. Ketika Rasulullah saw. bersama rombongan sahabatnya menuju Pasar ‘Ukazh, setibanya di Tuhamah, beliau dan rombongan berhenti untuk Solat Fajar (Subuh).Hal ini menyebabkan berita-berita di langit yang biasa dicuri syaitan-syaitan terhalang. Bahkan syaitan-syaitan itu menerima balasan lemparan bintang-bintang, sehingga terpaksa pulang kepada kaumnya. Setibanya di tempat kaumnya, syaitan-syaitan itu ditanya: ” Apa yang terjadi sehingga kalian kembali?” Mereka menjawab: “Kami terhalang untuk mendapat berita langit, bahkan kami dikejar bintang-bintang.” Kaumnya berkata: “Tak mungkin terhalang antara kita dan berita langit. Tentu ada penyebabnya. Menyebarlah kalian ke timur dan ke barat, dan carilah sebab penghalangnya.” Mereka pun menyebar ke barat dan ke timur mencari sebab penghalang tersebut, sehingga sampailah sebahagianya ke Tuhamah, tempat Rasulullah saw berhenti untuk melaksanakan solat Subuh. Mereka mendengar bacaan Rasulullah saw serta memerhatikannya, kemudian berkata: “Demi Allah, inilah yang menghalangi kita dari mendengar berita dari langit.” Mereka pun pulang ke kaumnya dan menyampaikan kejadian itu. Mereka mengagumi al-Qur’an yang membawa mereka ke jalan petunjuk Allah, sehingga mereka pun beriman. Maka turunlah ayat 1 surah al-Jinn ini sebagai pemberitahuan kepada Nabi saw. agar kejadian tersebut diberitahukan pula kepada ummatnya.

Kisah tersebut juga dikisahkan Rasulullah dalam hadits beliau dari Ibnu Mas’ud. Hadits tersebut memiliki sanadnya sohih dan diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Baihaqi. Khabar dari Rasulullah ini pun kemudian menjadi penjelasan kepada muslimin mengenai eksistensi dan kehidupan jin.

Sewaktu nabi Muhammad saw dan para sahabat sedang bermusafir , dan bersolat subuh di satu lembah, satu kumpulan sebanyak 9 ekor jin telah mendengar baginda nabi saw membaca Al Quran iaitu sewaktu baginda sedang bersolat subuh.

Hanya setelah nabi saw dan para sahabat tiba ke Mekah, barulah wahyu surah al Jin diturunkan. Walhal nabi saw dan rombongan sahabat tidak pun mengetahui bahawa jin telah datang untuk mendengar bacaan Al Quran yang dibaca oleh baginda saw ketika musafir tersebut.

Jelas bahawa ini membuktikan bahawa nabi saw sendiri tidak mengetahui berkenaan hal Jin melainkan setelah Allah memberitahukan kepada baginda saw.

Jika nabi sendiri tidak tahu para sahabat lebih lagi tidak mengetahuinya.

Oleh itu bagaimana pula dengan mereka yang mendakwa bahawa mereka boleh scan Jin kononnya Jin ada di kaki, di kepala dan di belakang? Ini semua jelas karut belaka.

Jawapannya ialah barang siapa yang kufur pada Allah dengan melakukan amalan-amalan syirik nescaya akan diberikan kuasa sedemikian disebabkan mereka telah menjadi sahabat kepada Jin tersebut. Sedangkan di waktu yang sama mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka itu telah pun kufur terhadap Allah Azza wa Jalla disebabkan perbuatan mereka tersebut.

Golongan Jin tidak akan dapat merasuk manusia melainkan jika manusia sendiri yang menjemput mereka itu masuk ke dalam tubuh manusia. Tatkala manusia jadi kufur, maka Jin pun akan mempunyai kuasa ke atas manusia.

Firman Allah swt :

(يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ ۖ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا)

[Surat Al-Jinn 2]

via @QuranAndroid

Al Quran ini memberikan hidayah pertunjuk ke arah jalan yang lurus sekiranya kamu mahu mempelajarinya .

Maka hendaklah kamu beriman kepadanya iaitu Al Quran dan janganlah kamu  berbuat syirik terhadap Allah dengan sesuatu apapun.

Tafsir

Satu rombongan Jin telah datang kepada nabi lalu mendengar baginda saw membaca Al Quran sewaktu baginda bersolat subuh. Lalu mereka berasa takjub dengan  Al Quran kerana ayat-ayat yang menyeru kepada tauhid di dalamnya serupa sebagaimana di dalam kitab-kitab taurat dan Injil yang diturunkan dalam bahasa Hebrew (Yahudi) sedangkan Al Quran ini dalam bahasa Arab.

Maka Jin berbicara sesama mereka. Lalu mereka bersetuju mengatakan Al Quran ini menjadi hidayah bagi sesiapa yang mempelajarinya  dan menjadi rahmat pula apabila hidayah tersebut diamal serta disebarkan.

Maka Jin pun menyatakan keimanannya terhadap Al Quran dan berjanji tidak akan mensyirikkan Allah selepas daripada itu.

Peristiwa ini membuktikan bahawa nabi saw dan para sahabat tidak mengetahui akan kehadiran Jin-jin tersebut mendengar bacaan baginda saw. Baginda hanya mengetahuinya setelah baginda tiba di mekah iaitu ketika wahyu turun menceritakan kepada baginda saw.

Adalah tidak benar dan dusta apabila seseorang mengaku bahawa dia mampu skan Jin atau mengetahui samada Jin masih ada atau telah tiada dalam tubuh seorang yang dirasuk. Hanya dengan membacakan jampi mentera kepada orang tersebut mereka kata mereka tahu saat Jin tersebut keluar. Adakah mereka lebih alim dari nabi saw? Hakikatnya ini adalah Jahiliyah serta kekufuran terhadap Allah Azza wa Jalla.



Soalan : 

1. Adakah ustaz yang mendakwa mampu skan Jin dalam tubuh seseorang itu telah menjadi sahabat kepada Jin

Jawab :

Tidak perlu jadi sahabat Jin atau syaitan untuk dapat kuasa tersebut. Apa yang perlu hanyalah melakukan Syirik terhadap Allah. Bila seseorang itu syirik maka dia akan dapat kelebihan itu. orang yang jahil akidah, jahil ilmu tentang Jin, Malaikat, Nabi-nabi, wali-wali serta jahil tentang Allah akan mudah diperdaya oleh Jin. Yang dimaksudkan dengan Jin di sini ialah Syaitan.

2. pengalaman saya ialah, rakan sekerja telah dirasuk sewaktu beliau belajar ilmu perubatan Islam.

Ustaz, bagaimana pula jika seseorang itu mendakwa bercakap dengan Jin?

Jawab :

Ilmu Rawatan Islam pada masa sekarang bukanlah ilmu yang asli atau original lagi. Bahkan telah ditokok tambah dan dicampur adukkan dengan amalan syirik terhadap Allah Azza wa Jalla serta bertawassul dengan nabi, wali dan malaikat.

Apabila Jin mengetahui bahawa manusia itu syirik maka ia telah menjadi sahabatnya lalu ia akan datang ketika manusia membaca wirid-wirid yang tertentu.

3. Ustaz, bagaimanakah caranya hendak menghindar dari terkena gangguan Jin dan sihir?

Jawab :

Dengan mengukuhkan akidah tauhid terhadap Allah Azza wajalla serta mentaati Rasul saw nescaya akan jadi pelindung serta pendinding diri kita dari terkena rasukan Jin dan Syaitan. Apabila akidah kamu kukuh, maka kamu tidak perlu beramal dengan mana-mana wirid.  Sebenarnya syaitan dan pengikut-pengikutnya sudah lama mengajar manusia kepercayaan yang rosak hinggakan manusia mempercayai perlunya membaca wirid-wirid yang tertentu agar Jin tidak merasuk.

4. Adakah ustaz bermaksud Jin dan Syaitan tidak takut kepada wirid-wirid serta ayat-ayat Al Quran yang dibacakan akan tetapi yang mereka takut ialah orang-orang yang mentauhidkan Allah dengan sebenar-benar tauhid serta mentaati Rasulullah saw? Rata-rata apabila seseorang kerasukan Jin mereka akan dibacakan Surah Yaa Sin atau Ayat Kursy dan selainnya namun Jin masih tetap tidak lari.

Jawab :

Jika sekiranya seseorang itu membaca Surah Yaa Sin atau ayat Kursy dan Jin tidak menghiraukannya ini bererti bahawa dia telah menjadi sahabat kepada Jin itu  amalan syirik yang telah dilakukannya terhadap Allah Azza wa Jalla. Untuk itu dia perlu melafazkan Kalimah Syahadah sebanyak satu kali memohon doa pada Allah, membaca ayat Kursy. Nescaya Jin akan melarikan diri.

5. Ustaz, adakah terdapat hadis yang sahih berkaitan membaca surah Al Baqarah dan ayat Kursy bagi menghidar diri dari gangguan Jin dan Syaitan?

Jawab :

tidak terdapat hadis yang menepati maksud tersebut akan tetapi syaitan pernah berkata barangsiapa yang membaca ayat Kursy sebelum tidur nescaya syaitan tidak akan mengganggunya hingga ke pagi.

6. Ustaz, telah berlaku seorang dirasuk atau terkena sihir. Lalu dibawa bertemu pengamal perubatan Islam yang biasa beramal dengan selawat syifaa serta Yaa Sin Tujuh Mubin. Selepas dibacakan ayat-ayat ruqyah maka Jin pun menggunakan lidah pesakit untuk berbicara.Atau orang yang terkena santau tersebut telah mrngeluarkan barang-barang santau tersebut. Bagaimana hendak dikaitkan dengan hal akidah pengamal serta pesakit tersebut kerana rawatannya berkesan dan pesakit itu sembuh?

Jawab :

Untuk pengetahuan, selawat Syifaa yang dibacakan tersebut terdapat kesalahannya. ketahuilah bahawa sesiapa yang beramal dengan selawat Syifaa bahawa lafaz selawat tersebut mengandungi syirik terhadap Allah Azza wa Jalla.

Berhentilah dari mengamalkannya dan buanglah amalan tersebut dengan menyebut Bismillahir rahmaanir Raheem. Sekiranya tidak dibuang secara demikian maka Jin-jin akan tetap berdampingan dengannya dan tidak akan lari waplau dihalau secara apa sekalipun.

7. Ustaz, apabila amalan tersebut berkesan maka pengamal dan pesakit yakin bahawa amalannya tidak berkaitan dengan hal tauhid?

Jawab :

Segala-galanya harus. Sembuh itu harus dan begitu juga ke Neraka.

8. Ustaz, bolehkah ustaz berikan panduan ayat daripada surah apakah dalam Al Quran yang memberi amaran kepada sesiapa yang melakukan amalan syirik, bid’ah dan tawassul nescaya Allah akan beri dia seekor Jin atau syaitan pendamping?

Jawab :

Surah Saba’ ayat 40-41

9. ustaz, sekiranya ustaz perawat tersebut membaca Ayat Al Quran, selawat lalu tiba-tiba Jin itu keluar. Adakah ini juga merupakan satu perangkap Syaitan supaya ustaz tersebut meyakini bahawa rawatannya itu berkesan?

Jawab :

Bagaimana hendak mengetahui yang Jin-jin tersebut sudah keluar dari tubuh pesakit? Adakah ustaz tersebut sendiri yang memaklumkan? Ada kah sesiapa yang melihat Jin tersebut keluar? Tidak bukan? Jelas dakwaan yang mengatakan Jin telah keluar merupakan penipuan semata.

10. Ustaz apabila pesakit dirasuk Jin, suaranya akan bertukar menjadi garau. Dari manakah datangnya suara tersebut?

Jawab :

Tanda-tanda seseorang yang telah dirasuk oleh Jin antaranya ialah suaranya akan bertukar. Saya pernah berdebat dengan seorang Guru yang anti hadith di dalam sebuah masjid. Ketika saya menasihatkan agar jangan menjadi seorang yang menipu agama Allah lalu suara Guru tersebut berubah sambil merayu agar jangan memarahinya. Bererti Syaitan akan merasa takut apabila penipuannya itu terbongkar.

11. Benarlah kata-kata ustaz bahawa ini satu pembohongan. Jin yang berada di dalam tubuh pesakit yang merintih dan meronta tiba-tiba pesakit sembuh setelah dibacakan beberapa potong ayat Al Quran. Lalu semua orang mempercayai bahawa Jin telahpun keluar sedangkan tidak seorangpun yang melihat Jin itu keluar.

Jawab :

Hanya bomoh sahaja yang mendakwa Jin telah keluar. Hakikatnya Jin itu masih ada dalam tubuh pesakit. Ia hanya perlu mendiamkan diri agar tiada sesiapa yang tahu keberadaannya itu. Maka Jin itu telah berjaya membuatkan ahli keluarga tersebut sesat. Berjayalah tipudaya Syaitan dan tidak perlulah mereka untuk merasuk lagi kerana syaitan hanya bertujuan hendak menyesatkan manusia sahaja. Mission accompished!

12. Ustaz, kawan saya telah dirasuk dan mereka mengatakan dia diganggu oleh Saka dari Datuk neneknya yang turun kepadanya, benarkah?

Jawab :

itu adalah tipudaya Syaitan sahaja. Tidak ada manusia yang boleh mempusakai Jin. Syaitan mahu buat kita percaya sedemikian agar mudah untuk ia menyesatkan kita.

13. Assalamualaikum, ustaz. Ada orang bertanya, berdosakah jika kita terima hudud yang Kelantan telah implemented?

Saya berpandangan perlu melihat pada niat seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak mahu menerima kewajiban hudud maka ia berdosa serta imannya juga terjejas. Kerana hudud adalah hukum Allah. Kita wajib menyokong ulama yang berusaha menegakkan hukum hudud. I berkaitan dengan keimanan terhadap Allah. Bukan sekedar percaya semata malah perlu ada yakin. kerana hudud termaktub di dalam Al Quran dan AlQuran itu Kalam Allah. Apa pandangan ustaz?.

Jawab :

teruslah mengikuti tafsir Al Quran di sini nescaya kamu sendiri yang akan perolehi jawapannya.

Sekiranya terdapat ulama yang berjuang untuk menegakkan tauhid apakah tidak boleh disokong?

Bagaimana pula jika terdapat ulama yang menganjurkan solat hajat sedangkan ada ulama lain yang menegur amalan tersebut dengan mengatakan bahawa ini perbuatan syirik?

Perkara yang paling utama dan penting ialah hendaklah kamu berusaha menyibarkan ajaran tauhid. Walaupun kamu menyokong hudud tetapi tauhid kamu sendiri tidak diperbaiki, bercampur-aduk dengan amalan bid’ah dan syirik terhadap Allah semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. kerana akibat dari perbuat syirik dan bid’ah tersebut akan membawa ke Neraka yang kekal abadi.

14. Ustaz, adakah karomah itu terjadi kepada orang kebanyakan sebagaimana yang didakwa berlaku ke atas wali-wali? Di mana dengan karomah tersebut mereka mendakwa boleh mengetahui sesuatu yang manusia biasa tidak ketahui?

Jawab :

Sekiranya ianya adalah Karomah maka itu adalah dikhaskan untuk para wali. Maka perlulah dikenalpasti apakah karomah itu dan apakah ciri-ciri asas seorang wali Allah.

Bila menyebut tentang mukjizat maka ia tidak menimbulakn sebarang masalah kerana mukjizat hanya berlaku kepada para nabi:

1. Tidak boleh dbuat sendiri oleh nabi tetapi ia anugerah dari Allah.

2. Ia jarang-jarang berlaku.

3. Ia tidak berlaku secara berulang-ulang.

Karomah pula berlaku kepada para wali;

1. Karomah tidak dibuat sendiri oleh wali tersebut

2. Tidak berlaku berulang kali.

3. Boleh terjadi karomah itu pada bila-bila masa.

Adapun Wali pula siapakah yang layak bergelar wali?

1. Dia mestilah seorang guru yang mengajar masyarakat.

2. Dia mestilah sudah memahami dan mengetahui apakah itu syirik serta apakah itu tauhid.

3. Dia tidak buat amalan syirik dan bid’ah.

Oleh itu, sekiranya wali tersebut bukan seorang Tok Guru maka dia bukanlah seorang Tok Wali. Dia pula mestilah mengetahui tafsir Al Quran serta sunnah nabi saw. Dia bukannya seorang ahlul bid’ah.

15. Ustaz bolehkah manusia melihat Jin atau menangkap Jin?

Jawab :

Apabila nabi saw berkata bahawa Allah telah membuka hijabnya untuk dia melihat maka itu adalah merupakan mukjizat nabi saw.

 

 

Wallahu a’lam.

Syirik – Halangan, Gambaran dan Pengajaran

0

Halangan kepada Syirik

Oleh kerana kesan akibat syirik itu adalah merugikan pelakunya, maka Islam telah menetapkan beberapa ketetapan bagi menghalang terjadinya:

  1. Mengambil gambar, melukis dan mengukirnya: Islam melarang mengambil gambar, melukis dan mengukirnya. Allah – Jalla wa ‘Alā – mengutuk jurugambar, pelukis dan pengukir dengan ancaman seksaan yang keras pada Hari Kiamat kelak. Larangan ini bertujuan menghalang jalan ke arah syirik dan menjauhi perbuatan membuat sesuatu yang menyerupai makhluk Allah. Daripada ‘AbdulLāh, katanya:

«إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْـــــــــــدَ اللهِ يَوْمَ القِيَامَةِ المُصَوِّرُونَ».[1]

“Sesungguhnya orang yang paling keras seksaannya di sisi Allah pada Hari Kiamat kelak ialah muṣawwir.”

  1. Mendewa-dewakan orang yang salih: Allah – Jalla wa ‘Alā – melarang perbuatan ghuluw fi al-ṣāliḥīn, iaitu mendewa-dewakan orang yang salih dengan memanggilnya dengan panggilan yang memuja. Daripada ‘Umar, katanya:

«لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللهِ، وَرَسُولُهُ».[2]

“Janganlah kamu mendewa-dewakan daku sebagaimana golongan Nasrani mendewa-dewakan Nabi ‘Īsā bin Maryam. Sesungguhnya aku ini tidak lain adalah hamba kepada Allah. Maka panggillah aku hamba Allah dan Rasul-Nya.”

  1. Bergantung harap kepada selain Allah: Allah – Jalla wa ‘Alā – menggambarkan diri-Nya adalah amat dekat dengan hamba-hamba-Nya. Ia mende-ngar dan memperkenankan segala permohonan hamba-Nya. Justeru Dia lebih dekat daripada urat leher hamba-hamba-Nya itu. (50:16) Oleh itu, apabila memohon, maka mohonlah kepada Allah, apabila meminta, maka mintalah kepada Allah. Daripada Ibn ‘Abbās, katanya: Suatu hari aku membonceng Rasulullah – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam, lalu baginda menasihatiku dengan sabdanya:

«يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ، احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ  تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ».[3]

“Wahai anak muda, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”

Gambaran Syirik

  1. Allah – Jalla wa ‘Alā – menggambarkan orang yang mensyirikkan Allah itu seolah-olah ia jatuh dari langit, lalu disambar burung, atau dihumbankan angin ke tempat yang jauh. (22:31) Daripada al-Barrā’ bin ‘Ᾱzib, katanya: Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – menceritakan bahawa malaikat maut mengambil roh yang khabīth (keji) dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan buruk. Terbit dari roh itu satu bau yang amat busuk seperti bau bangkai yang paling busuk di atas muka bumi ini. Kemudian malaikat-malaikat yang berwajah hitam tadi akan membawa roh yang berbau busuk itu naik ke langit. Apabila sampai ke langit dunia, para malaikat yang membawa roh itu memohon dibukakan pintu langit, namun tidak dibuka. (7:40)

     Allah – Tabāraka wa Ta‘ālā – memerintah:

اكْتُبُوا كِتَابَهُ فِي سِجِّينٍ فِي الْأَرْضِ السُّفْلَى.

“Tuliskan kitabnya pada Sijjin yang paling rendah di bumi.”

     Maka dilemparkanlah rohnya itu dengan satu lemparan.[4]

  1. Perbandingan lain adalah seperti seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi, tetapi bertentangan tabiat dan kemahuannya dengan seorang hamba yang hanya dimiliki oleh seorang tuan sahaja. Adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya? Jawapannya, tentulah tidak sama. (39:29) Daripada Abū Hurayrah, katanya: Nabi – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ، فَمَنْ عَمِلَ لِي عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ غَيْرِي، فَأَنَا مِنْهُ بَرِيءٌ، وَهُوَ لِلَّذِي أَشْرَكَ».[5]

“Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan persekutuan. Sesiapa melakukan suatu amalan untuk-Ku, kemudian ia mempersekutukan diri-Ku padanya dengan yang lain daripada-Ku, maka Aku berlepas diri daripadanya dan ia menjadi milik apa yang ia persekutukan.”

PENGAJARAN 

Ada beberapa pengajaran yang dapat disimpulkan daripada hadith ini. Antaranya ialah:

  1. Manusia asalnya adalah umat yang satu dan berpegang teguh dengan tawhid kepada Allah.
  2. Permulaan syirik berlaku pada zaman Nabi Nūḥ – ‘alayh al-salām.
  3. Syirik adalah perbuatan dosa yang tidak diampuni jika pelakunya tidak bertawbat. (4:48).
  4. Syirik adalah amalan buruk yang menghumban pelakunya ke dalam kesesatan. (4:116)
  5. Syirik menghapus kesemua pahala bagi amalan kebaikan yang dilakukan. (6:88)
  6. Syirik menyebabkan pelakukan diharamkan memasuki syurga dan kekal dalam neraka. (5:72)
  7. Pelaku syirik tidak layak mendapat syafaat Nabi – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam. Daripada ‘Awf bin Mālik al-Ashja‘īy, katanya: Nabi – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«أَتَانِي آتٍ مِنْ عِنْدِ رَبِّي فَخَيَّرَنِي بَيْنَ أَنْ يُدْخِلَ نِصْفَ أُمَّتِي الجَنَّةَ وَبَيْنَ الشَّفَاعَةِ، فَاخْتَرْتُ الشَّفَاعَةَ، وَهِيَ لِمَنْ مَاتَ لَا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا».[6]

“Tawaran telah datang daripada Tuhanku untuk aku memilih di antara memasukkan separuh daripada umatku ke dalam syurga atau syafaat. Aku lalu memilih syafaat, iaitu untuk orang yang meninggal dunia dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.”

________________________

[1]     Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [5950].

[2]     Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [3445].

[3]     Sunan al-Tirmidhīy [2516]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[4]   Musnad Ahmad [18534]. Tahqiq Shu‘ayb al-Arna’ut et. al.: Isnadnya Sahih dan Rijalnya Sahih. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih. Lihat: Mishkat al-Masabih, 15-[1630].

[5]     Sunan Ibn Mājah [4202]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[6]     Sunan al-Tirmidhīy [2644]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

 

Popular

Iklan

Iklan