Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.10.02 #300315 ILMU AL-JARH WAT TA’DIL

01.10.02 #300315 ILMU AL-JARH WAT TA’DIL

331
0
Iklan

 

Nota 01.10.02 Mengenal Ilmu tentang Periwayat (علم الرواة)

 

Susunan: BroSyarief

 

ILMU AL-JARH WAT TA’DIL

(علم الجرح والتعديل)

 

Ilmu ini juga antara ilmu yang sangat mendalam. Ia melibatkan komentar para ulama hadits terhadap para periwayat hadits, yang kemudiannya akan mempengaruhi kualiti sanad dan penerimaan atau penolakan terhadap sesuatu hadits.

 

Secara umumnya, ia terangkum dalam dua bahagian yang utama, iaitu:

 

1) al-Jarh (الجرح)

 

Ia berasal dari perkataan al-Jurh (الجرح) yang bermaksud mencederakan atau melukakan, menggunakan pisau contohnya, pada fizikal tubuh badan. Adapun al-Jarh, ia berfungsi pada lisan atau bahasa badan, yang ‘melukakan’ menggunakan lidah.

 

Secara teknikal, ia merujuk kepada komentar negatif terhadap sifat dan kredibiliti periwayat, sama ada (i) dari sudut personalitinya, sama ada dia pembohong, pelaku bid’ah, tidak dikenali, pelaku maksiat, dll; atau (ii) dari sudut ingatannya, sama ada dia buruk hafalannya, banyak silap, nyanyuk selepas umur sekian, dll.

 

Sebahagian orang bertanya, bukankah ini mengumpat? Ya, ianya mengumpat, iaitu mengatakan tentang seseorang yang dia pasti tak suka. Tapi ianya pada kategori mengumpat yang dibenarkan, kerana tujuannya untuk memelihara ketulenan hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

 

2) at-Ta’dil (التعديل)

 

Ia bermaksud menegakkan dan menguatkan sesuatu.

 

Secara teknikal ia merujuk kepada komentar positif terhadap sifat dan kredibiliti periwayat, sama ada (i) dari sudut personaliti, sama ada dia seorang yang dipercayai, soleh, dll; atau (i) dari sudut hafalan, dengan contoh pujian sangat baik hafalannya, dll.

 

Di antara rujukan-rujukan bagi memahami ilmu al-Jarh wat-Ta’dil ialah:

 

01. Qa’idah al-Jarh wat Ta’dil, karangan as-Subki (w.771H)

02. al-Raf’u wat Takmil fi al-Jarh wat Ta’dil, karangan al-Lakwani (w.1304H)

03. al-Jarh wat Ta’dil, karangan al-Qasimi (w.1333H)

04. Dhowabit al-Jarh wat Ta’dil, karangan ‘Abd al-‘Aziz ‘Abd al-Latif (w.1421)

 

Dan banyak lagi.

 

WalLaahu a’lam

 

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

 

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan