Utama Blog Halaman 303

02.02.03#080415 Al-Marfu’, Mawquf Dan Al-Maqthu’

0

#080415 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.02.03 Kategori-kategori Perspektif Sumber Asal (المصدر)

Susunan: BroSyarief

AL-MARFU’ (المرفوع)
Secara bahasa, istilah ini berasal dari perkataan al-Raf’ (الرفع), yang bermaksud angkat.

Secara istilah, ia merujuk kepada apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, sama ada bersambung atau terputus sanadnya.

Secara mudahnya, apa sahaja hadits yang menyebutkan Nabi sebagai pembicara atau pembuat, maka ianya Marfu’.

Dari sudut hukum, bergantung kepada penilaian sanad dan matan, ia boleh menjadi sahih, hasan, lemah dan malah boleh jadi palsu.

AL-MAWQUF (الموقوف)
Secara bahasa, istilah ini berasal dari perkataan al-Waqf (الوقف), yang bermaksud berhenti.

Secara istilah, ia merujuk kepada apa sahaja yang disandarkan kepada sahabat radhiyalLaahu ‘anhu.

Secara mudahnya, apa sahaja yang menyebutkan sahabat sebagai pembicara atau pembuat, maka ianya Mawquf.

LAFAZ MAWQUF DENGAN HUKUM MARFU’
Akan ada beberapa bentuk periwayatan yang Mawquf, tetapi dinilai statusnya sebagai Marfu’:

01. Sahabat menceritakan sesuatu yang tidak ada ruang untuk mereka berijtihad padanya, seperti persoalan akhirat, hal-hal ghaib, dosa tertentu, dan seumpamanya.

02. Sahabat melakukan sesuatu yang mustahil mereka melakukannya hasil ijtihad sendiri, seperti Ali solat Kusuf dan ruku’ lebih dari dua kali dalam setiap rakaat.

03. Sahabat menyebutkan perkataan seperti Kunna (كنا) dan seumpamanya, seperti: ‘Kami dahulunya melakukan ini..’, ‘Kami tidak melihat apa-apa masalah dengan ini’, mengisyaratkan perbuatan itu telah dibuat di zaman Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

04. Sahabat menyebutkan perkataan seperti “أُمِرْنَا بِكَذَ” (Kami diperintahkan dengan ini..) atau “نُهِينَا بِكَذَ” (Kami dilarang dengan ini..), di mana suruhan dan larangan ini tidak mungkin hadir kecuali dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

05. Sahabat menceritakan tentang Asbab an-Nuzul tentang sesuatu ayat.

06. Periwayat menyebutkan, selepas nama sahabat, beberapa jenis istilah seperti Yarfa’uh (يرفعه), Yunmih (ينميه), Yablughu bih (يبلغ به), dan seumpamanya, yang menggambarkan maksud bahawa ianya dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

Dari sudut hukum, bergantung kepada penilaian sanad dan matan, ia boleh menjadi sahih, hasan, lemah dan malah boleh jadi palsu.

Di antara penulisan berkaitan al-Mawquf:

01. al-Wuquf ‘ala al-Mawquf, karangan Abu Hafs al-Musili (w.623H)

02. Ijmal al-Isobah fi Aqwal al-Sahabah, karangan al-‘Allaie (w.761H)

03. al-Wuquf ‘ala ma fi Sahih Muslim min al-Mawquf, karangan Ibn Hajar (w.852H)

Dan banyak lagi.

AL-MAQTHU’ (المقطوع)
Secara bahasa, istilah ini berasal dari perkataan al-Qath’ (القطع), yang bermaksud putus atau terpotong.

Secara istilah, ia merujuk kepada apa sahaja yang disandarkan kepada tabi’i atau tabi’ tabi’in atau selainnya.

Secara mudahnya, apa sahaja yang menyebutkan selain Allah, Nabi dan sahabat sebagai pembicara atau pembuat, maka ianya Maqthu’.

Dari sudut hukum, bergantung kepada penilaian sanad dan matan, ia boleh menjadi sahih, hasan, lemah dan malah boleh jadi palsu.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Terutusnya Nabi saw : Tanda Kiamat Pertama

0

♻1/131 Terutusnya Nabi saw

 

Dalil 1:

 

Hadits Sahl bin Sa’d beliau ra berkata :

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بِإِصْبَعَيْهِ هَكَذَا بِالْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِي الْإِبْهَامَ بُعِثْتُ وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ

 

“Aku melihat Rasulullah saw mengisyaratkan dengan dua jarinya seperti ini yaitu jari tengah dan jari telunjuk (seraya berkata): “Aku dan hari kiamat diutus seperti ini.”

HR Bukhari no 4936

 

(الراوي : سهل بن سعد الساعدي المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 4936

 

Dalil 2:

بُعِثتُ أنا والسَّاعةُ كهاتَيْن

 الراوي : أنس بن مالك المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 6504 خلاصة

 

Dari Anas, ‘(Masa) diutusnya aku dan (hari terjadinya) Kiamat seperti dua (jari) ini’, sahih Bukhari no 6504

 

Dalil 3:

بُعِثْتُ في نَسَمِ السَّاعةِ

 الراوي : أبو جبيرة بن الضحاك الأنصاري المحدث : الألباني

 المصدر : صحيح الجامع الصفحة أو الرقم: 2832 خلاصة حكم المحدث : صحيح

 

Dari Abu Jubairah

 

“Aku diutus pada awal hembusan angin Kiamat (awal tanda-tanda Kiamat).” HR al hakim, disahihkan oleh albani dalam sahihul Jaami’ no 2832

 

 

1/131 Perutusan Nabi saw sebagai tanda kecil Kiamat

 

ويقول الإمام القرطبي:

أولها النبي صلى الله عليه وسلم؛ لأنه نبي آخر الزمان، وقد بُعِثَ وليس بينه وبين القيامة نبي.

Terj: Berkata Imam al-Qurthubi rh:

 

“Tanda Kiamat yang pertama adalah diutusnya Nabi saw, karena beliau adalah Nabi akhir zaman dan beliau telah diutus sementara tidak ada lagi Nabi di antara beliau dan hari Kiamat.” [At-Tadzkirah fii Ahwaalil Mautaa’ wa Umuuril Aakhirah (1: 710)

 

Tamat 1/131: Rumusan, 

 

Perutusan Nabi Muhammad saw adalah tanda kiamat kecil yang pertama. Mungkin kita rasakan ia sudah lama berlaku, kira-kira 1436 tahun yang lalu. akan tetapi, inilah tanda yang pertama kerana selepas Nabi tiada lagi Nabi yang baru, menandakan inilah berakhirnya dunia, Adam as sampai Muhammad saw. 1436 tahun di sisi Allah tidak sama dengan kiraan tahun di sisi kita.

Hadis 10: Rasulullah Memakai Sepasang Merah Dan Lebih ‘Indah’ Dari Bulan

0

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-MuhammJadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Hadis 10

 

10- حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْثَرُ بْنُ الْقَاسِمِ، عَنْ أَشْعَثَ، يَعْنِي ابْنَ سَوَّارٍ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي لَيْلَةٍ إِضْحِيَانٍ، وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ، فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَيْهِ وَإِلَى الْقَمَرِ، فَلَهُوَ عِنْدِي أَحْسَنُ مِنَ الْقَمَرِ.

10- Telah bercerita kepada kami Hannad bin As-Sariy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Absar bin Al-Qasim, daripada Asy`as iaitu Ibna Sawwar, daripada Abi Ishaq, daripada Jabir bin Samurah, dia berkata: Saya telah melihat Rasula Llah pada malam yang cerah, dan dia memakai sepasang merah. Maka saya telah melihat kepadanya dan kepada bulan, maka sungguh dia – di sisi saya – lebih elok daripada bulan.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Hadis ini ialah riwayat Jabir, sama seperti hadis sebelumnya. Namun, rawi yang meriwayatkan daripada Jabir adalah berbeza. Dalam hadis sebelum ini, Simak bin Harb meriwayatkan daripada Jabir, manakala dalam hadis ini, Abu Ishaq meriwayatkan daripada Jabir. Dalam hadis ketiga dan keempat sebelum ini, Abu Ishaq telah meriwayatkan daripada Al-Bara’ bin `Azib. Justeru, kita boleh menghasilkan satu rajah perkaitan yang berkaitan seperti berikut:

 

Jabir  Simak

Jabir  Abu Ishaq

 

Al-Bara’  Abu Ishaq

 

Maka, Abu Ishaq ialah murid Jabir dan murid Al-Bara’.

Maka, Jabir ialah guru bagi Simak dan Abi Ishaq.

 

Rajah perkaitan ini adalah penting dalam mengkaji sanad hadis, untuk mengetahuï siapa guru dan siapa murid. Setiap rawi hadis, akan dikaji turjumah (biodata) masing-masing sehinggalah terhasil kitab-kitab yang menghimpunkan para rawi seperti At-Tabaqat Al-Kubra oleh Ibnu Sa`d dan At-Tarikh Al-Kabir oleh Al-Bukhariy.

 

Dalam hadis ini, Jabir menggunakan perkataan (رَأَيْتُ) saya telah melihat. Para sahabat, mereka itu dimuliakan kerana telah melihat Nabi, dan mereka sangat berbangga kerana dapat melihat Nabi. Justeru, dalam hadis ini, ditekankan perkataan (رَأَيْتُ) saya telah melihat. Melihat Nabi yang mulia, itu ialah satu penghormatan. Dalam Al-Qur’an disebut bahawa (وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ) «dan Allah tidak berkata-kata kepada mereka dan Dia tidak melihat kepada mereka» [Ali `Imran: 77] iaitu golongan yang membeli dengan janji Allah dan perjanjian mereka dengan harga yang sedikit. Tidak berkata-kata dan tidak melihat adalah satu bentuk `azab di akhirat. Justeru, melihat dan berkata-kata adalah satu bentuk ni`mat. Maka melihat Nabi adalah satu ni`mat, dapat berkata-kata dengan Nabi adalah satu ni`mat.

 

Bagi kita yang tidak sempat bertemu dengan Nabi, maka dapat bertemu dengan Nabi di dalam mimpi adalah satu ni`mat yang sangat besar – iaitu ia adalah kurniaan daripada Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang terpilih –. Justeru, terbatallah dakwaan sesetengah penipu yang menyuruh melakukan itu dan ini – walaupun ia adalah zikir – demi mendapat mimpi bertemu Nabi. Ia adalah ni`mat, maka mohonlah kepada Dia yang memberikan ni`mat, iaitu Allah yang maha Kaya. Jika pun tidak dapat bermimpi bertemu Nabi, hari akhirat adalah hari yang akan menggembirakan orang-orang yang beriman, kerana mereka akan bersama dengan orang yang mereka cintaï – iaitu Muhammad – tetapi bukan cinta yang diungkap dengan penipuan lidah, tetapi dengan kebenaran yang tulus melaluï banyaknya salawat, mematuhi ajarannya, tidak berbohong di atas namanya dan menjauhi apa yang dibenci olehnya.

 

Dalam hadis ini, Jabir melihat Nabi pada malam yang cerah, iaitu ketika bulan bersinar tanpa ditutupi oleh awan. Ketika itu, Nabi sedang memakai pakaian yang berwarna merah. Sila rujuk syarah hadis ketiga sebelum ini tentang maksud sepasang dan maksud merah (https://www.uito.org/2015/06/16/hadis-3-syamail-muhammadiyyah-pakaian-dan-rambut/) . Dan ketika itu, Jabir cuba membuat perbandingan antara keindahan bulan dengan keelokan perwatakan Nabi, dan dia menekankan bahawa Nabi itu lebih elok daripada bulan. Hal yang sama turut dinyatakan oleh Al-Bara’ dalam hadis ketiga sebelum ini.

 

Perbandingan dengan bulan menunjukkan bahawa bulan adalah satu simbol kecantikan, dan perumpamaan ini disebut dalam bahasa Melayu sebagai “seindah bulan purnama”. Bagi umat Melayu, perumpaan ini menggambarkan keindahan yang sempurna dan merupakan tahap tertinggi keindahan, sama seperti budaya `Arab. Namun, menurut dua sahabiy di atas, Nabi lebih indah dan lebih elok daripada itu.

 

ترجمة وشرح باللغة الماليزية 

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Diskusi bersama doktor

2

Diskusi bersama doktor..

Soalan 1
Apakah beza makan ubat sebelum dan selepas makan? Adakah akan membawa kesan yang berbeza?
Jawapan 1 
Bergantung juga, sebab ada ubat yang kalau diambil sebelum makan, kesan dia kurang. Dan yang paling penting ubat mesti ditelan dengan air. Sebab ada ubat boleh melekat pada esophagus dan menyebabkan ulcer. Cara makan ubat bergantung pada nature ubat tersebut, ada ubat yang penyerapan nya bagus masa perut kosong dan ada ubat penyerapan nya bagus masa perut penuh, dia tumpang mechanism penyerapan makanan.

Soalan 2
Adakah caffein menyebabkan masalah penghadaman?
Jawapan 2
Ya, caffiene boleh menyebabkan indigestion apatah lagi boleh sebabkan reflux.

Soalan 3
Apakah cara lain untuk mengawal darah tinggi selain memakan ubat hospital.
Betul ke kalau start makan ubat hospital , pesakit tidak boleh berhenti makan.
#pesakit baru dikesan ada darah tinggi. Belum mengambil apa-apa ubat hospital.
Jawapan 3
Bergantung, kalau peringkat awal masih boleh direverse seperti bp 143/ 90. Tapi kalau dah advanced seperti 160/ 90 susah sikit dan mungkin perlu bergantung kepada ubat.
Bekam pun boleh bantu kurangkan tekanan darah, cuma saya tak dapat pastikan samaada sementara atau kesan rawatannya berkekalan.

Soalan 4
Apakah punca tekanan darah rendah? Pernah beberapa kali mengalami, akan rasa pening, lemah dan lesu serta banyak menguap.
Jawapan 4
Tekanan darah dipengaruhi oleh jumlah darah dalam badan, jantung kita, dan elasticity saluran darah kita. Biasa tekanan darah rendah bila badan kurang air, maka jumlah darah dalam badan pun kurang.
Orang sakit jantung apabila jantung sudah tak boleh pam secara bagus turut menyebabkan tekanan darah rendah. Dlm sesetengah kes jangkitan serius, akibat rembesan kimia dalam jangkitan itu, saluran paip darah menyebabkan berkembang, menyebabkan resistance jatuh dan tekanan darah turut jatuh.

Soalan 5
Adakah ‘missed’ denyutan jantung akan menyebabkan seseorang itu akan mengalami sakit jantung?
Jawapan 5
Ini kita panggil ‘missing beat’ ini disebabkan oleh mungkin ectopic discharge atau bundle branch block pada aliran discaj elektrik di jantung. Ia boleh jadi tidak memberi kesan apa apa atau kesan dari serangan jantung masa lalu.

Soalan 6
Saya  berumur 49 tahun, baru terkena sakit lutut, saya dah pergi ‘check up’ di klinik. Sudah 2 minggu doktor beri ubat tahan sakit ,ubt urat/sendi,viartril-s 500 serta jel reparil. Tapi lepas ubat tahan sakit dengan urat sendi habis lutut saya sakit kembali. Soalan saya adakah saya kena makan ubat berterusan?Doktor cakap sakit sendi ni selalu kena pada perempuan. Mohon pencerahan dari doktor yang pakar dalam sakit lutut ni.
Jawapan 6
Sakit lutut ni insyaa Allah semua orang akan dapat bila sampai masanya di sebabkan kerosakan pada struktur sendi. Sekarang ni ada pelbagai cara rawatan selain dari makan ubat termasuklah dengan menggantikan sendi tersebut. Tapi yang penting ialah buat senaman ringan dan pastikan berat tidak melebihi yang sepatutnya. Semakin berat badan semakin sakit lutut sebab beban bertambah.

Soalan 7
Assalamualaikum, doktor, apa punca kebas kaki bila duduk dilantai terlalu lama? Sakit kaki dan sukar sedikit nak bangun? Adakah rawatan yang sesuai untuk kurangkan kebas atau elakkan perkara ini berlaku?
Jawapan 7
Ini memang semula jadi, elakkan duduk terlalu lama di lantai jika perlu kena ubah kedudukan selalu atau pun bangun seketika. Bila cramp itu menunjukkan kita kurang calcium, kena ambil supplement calcium 600 ke 1000 mg sehari.
Soalan 8
Apakah kesan aspartame? Bahan ni ada dalam banayk minuman dan saya selalu minum EJuzz ketika berbasikal yang mengandungi bahan ni selain dari 50mg caffeine.
Jawapan 8
Ini merupakan pemanis tiruan dan insyaa Allah selamat jika di gunakan mengikut jumlah yang disarankan.
Soalan 9
Doktor, apakah kesan sampingan pengambilan diclofenac? apakah tanda-tanda alergi pada NSAIDs?
Jawapan 9
‘Side effect’ diclofenac merosakkan buah pinggang, itu yang paling penting, menyebabkan gastrik dan ulser perut, darah susah nak beku. Jika allergic kita akan dapat gatal kulit dan bengkak kulit dan juga bibir. Kalau teruk sangat kulit akan melepuh dan mengelupas

Soalan 10
Apakah supplement yang sesuai untuk menggantikan sayur sebab saya tak makan sayur walaupun secubit.
Jawapan 10
Mungkin kena ambil multivitamin dan serat. Sebenarnya dalam sayur sayuran ada lagi nutrient selain dari vitamin, serat dan minerals yang belum di ketahui.

Soalan 11
Assalamualaikum doktor, saya nak bertanya, apakah maksud adhesion colic? Baru-baru ni adik saya buat opertion dan appendix dibuang. Apakah punca dia kena sakit tu dan apa penyebabnya? Dari segi pemakanan pula mcm mna? kena pantang ke?
Jawapan 11
Penyebab appendicitis ialah jangkitan kuman pada appendix. Adhesion colic disebabkan oleh kecederaan yang berlaku pada organ dalam abdomen semasa operation yang menyebabkan usus terlekat dan tidak bebas dan bengkok semasa paristalsis dan tersumbat sementara ini yang menyebabkan sakit perut.

Soalan 12
Nak tanya..betul kah kalau bangun tidur pagi-pagi rasa sakit tapak kaki tu, tanda byk kolestrol?
Jawapan 12
Tak lah, itu mungkin calcaneal spur atau fascitis
Calcaneal spur adalah lebih tulang tumbuh.

Soalan 13
Adakah semburan ethylchloride mendatangkan sebarang kesan buruk atau side effect?
Jawapan 13
Boleh skin sensitivity test untuk mengetahui kita alah pada benda apa dan kemudian elakkan. Sementara ini mandi jangan gunakan apa apa jenis sabun, sabun akan menjadikan kulit kering dan tambah gatal, gosok badan gunakan face towel.

Soalan 14
Assalamualaikum doktor. Apakah SLE? adakah ia bersangkutan dengan Vertigo? Bolehkah ia merebak ke seluruh badan? Apakah symptoms SLE? Ia penyakit keturunan? Bagaimana elakkannya? Jika ia diagnose, apakah rawatan terbaik dan penjagaan terbaik?
Jawapan 14
Wa alaikum salam, SLE merupakan sejenis penyakit dimana sistem immune kita menyerang dan memusnahkan tisu kita sendiri. Simptomnya bergantung tisu mana yang di rosakkan, biasanya buah pinggang yang dahulu rosak dan otak biasanya yang terakhir tapi ini bukanlah satu yang tetap, ada juga yang kena otak dahulu.
Ia bukanlah penyakit keturunan dan melibatkan seluruh sistem dalam badan itu dinamakan systemic lupus erythromatosis.
Cara mencegah tiada lagi dan rawatannya mula mula guna steroid, diikuti dengan hydrochloroquin dan akhir sekali methotraxate.

Soalan 15
Doktor, saya nak tanya apakah tanda-tanda haemopneumothorax? Adakah penyakit ini boleh menyebabkan takikardia? Jika terjadi takikardia, adakah ia disebabkan oleh peningkatan kardiac output?
Jawapan 15
Haemopneumothorax ialah keadaan di mana ada darah dan udara di lapisan pleura dan ini akan menyebabkan paru paru collapse. Bila ini berlaku bekalan oksigen akan kurang menyebabkan jantung berdenyut laju, ini kita panggil tachycardia.

Soalan 16
Boleh terangkan penyakit Hypotonic hyporesposive episode (HHE).
Jawapan 16
Ini merupakan keadaan di mana kanak kanak menjadi lembek anggota, tidak responsif dan menjadi pucat dan biru.

Soalan 17
Untuk treatment kawasaki memang perlu aspirin untuk 14 hari?/low dose aspirin
Jawapan 17
Kawasaki pada saya tak perlu treatment hanya perlu observation jika ada complication. Mungkin steroid boleh.

Soalan 18
Saya kebelakangan ni rasa dada kiri dihimpit dan ada juga rasa macam dicucuk dan sangat sakit jika bergerak. Terpaksa mengawal nafas dan minda supaya jangan panik. Sebab makin panik saya sukar untuk bernafas untuk makluman sebelum ni saya penah menjalani prosedur rawatan untuk svt di ijn dan bukan bawah pemerhatian lagi..
Jawapan 18
Susah untuk di kaitkan dengan masalah jantung jika di lihat dari paten sakit dan kelihatan seperti sakit otot dengan komponen anxiety. Svt biasanya apabila telah di periksa dan tiada masalah jantung biasanya okay dan tidak perlu rawatan.

Soalan 19
Bolehkah seorang wanita yg tempoh haidnya panjang (sebelum kahwin haid 7hari, sejak tahun lepas berubah menjadi 12 hari) mengambil ubat penahan haid utk memudahkan ibadat?ada kawan bagitau, ada wanita yang mengalami masalah haid yang panjang mengambil pil penahan haid untuk memudahkan ibadat.(bukan haji n umrah tapi solat)
Jawapan 19
Rasanya tidak perlu ambil ubat penahan haid, islam telah memberi garis panduan bagi yang haidnya lama.

Soalan 20
Doktor, saya nak tanya apa akan jadi jika vp shunt tersumbat dalam kes hydrocefalus? Adakah mengantuk, letih kesu, demam, sakit telinga?
Jawapan 20
Apabila tersumbat akan muntah-muntah dan sawan. Kalau mengantuk, letih lesu, demam dan sakit telinga kemungkinan ada jangkitan pada shunt.

 

Mukadimah Bilik Tanda-tanda Kiamat

0

♻

Siri Tanda-tanda KIAMAT

 

Rujukan Utama :

Susunan tanda mengikut kitab Nihayah al-‘aalam, karya Prof Dr Muhammad  Al-Arifi, King Saud UnivRiyadh

 

Disampaikan Oleh : THTL, Jazan, KSA

 

Tanda-tanda kecil Kiamat: tanda-tanda sebelum berlakunya Kiamat dgn tempoh yang agak lama, ia mungkin berulang, sudahpun berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dalam masa terdekat. Dihimpunkan 131 petanda kecil akan berlakunya Kiamat.

 

Tafsir Az-Zumar

0

(أَفَمَنْ يَتَّقِي بِوَجْهِهِ سُوءَ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ وَقِيلَ لِلظَّالِمِينَ ذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ)[Surat Az-Zumar: 24]

Bismillahirrahmanirrahim

Allahuma rabbanaa. Rabbi yassir wala tu assir. Watammim bilkhair.

Rabbana zidna ilma

Apabila kita telah tahu tuntutan Allah kepada orang-orang beriman bila ayat-ayat dibaca kepadanya kulit-kulit dan hati mereka bergetar.  Bila mereka sendiri baca kulit-kulit dan hati mereka jadi tenang. Maka mereka belajar untuk sebar ugama pula.

Allah berfirman;

“Apakah seorang yang menyanggah dengan mukanya azab pada hari kiamat, maka adakah lebih baik daripada orang yang selamat sejahtera di dalam syurga?

Maksudnya tentulah lebih baik ahli syurga. Apa maksud sanggah dengan muka api neraka? Macam ahli sepak takrawkah? Bukan begitu.

(إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ)[Surat Ghafir: 71]

Ketika diikat 2 tangan ahli-ahli neraka pada leher mereka dan rantai besi di belit pada tubuh mereka.  Rantai besi berukuran 40 hasta.  Boleh bergerak lagikah? Tentu tidak boleh bergerak, di seret ke air panas, diseret pada kaki. Tetapi sebelum diseret kaki mereka, mereka dilempar dengan bola api ke muka. Akibat  daripada tidak dapat bergerak untuk menahan bola api yang di lempar ke arah mereka,  maka mereka terpaksa menyanggah api itu dengan muka.

(أَفَمَنْ يَتَّقِي بِوَجْهِهِ سُوءَ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ وَقِيلَ لِلظَّالِمِينَ ذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ)[Surat Az-Zumar :24]

Tadi azab api terpaksa sanggah dengan muka kerana tertambat.  Kemudian mereka di seret untuk dicelup ke dalam air panas. Berjuta-juta  ◦C panasnya.  Bila elok empuk maka di dalam api pula mereka dipanggang (Ghafir: 72).

Bila mereka telah  letih daripada azab yang tidak mati-mati ini dan dikatakan kepada  mereka, maka azab jiwa/rohani pula selepas di azab fizikal.

Dikatakan pada orang yang  zalim iaitu orang yang syirik bidaah itu, rasakanlah azab neraka ini dgn sebab apa yang telah kamu lakukan dahulu.

Soalan

Ustaz, jika orang-orang yang syirik bid’ah itu tidak tahu yang perbuatan mereka itu salah adakah mereka akan diazab juga? Maksud saya, mereka sudah biasa ikut-ikut guru atau ustaz mereka seperti puak-puak pengikut habib dan tarikat.  Macam situasi sekarang ni kebenaran dihalang sedang yang bathil dikatakan kebenaran. Macam Kit Halau Hantu yang telah di endorse dan diiktiraf  itulah. Macam saya kata dengan kawan-kawan, saya sedang belajar dengan Tok Guru, mereka kata, entah-entah sesat..mana awak tahu itu betul? Maksudnya mentaliti mereka ini yang betul itu yang ditauliahkan atau dijemput oleh Mufti negeri seperti Ustaz Don Danial dan lain-lain.

Jawapan

Kembali kepada  asas yang  nabi ajar.  Terdapat lebih daripada 70 ayat turun tentang mendirikan solat dan keluarkan zakat di Mekah. Kenapa begitu? Ustaz pernah Tanya Maulana Hadi berkenaan hal ini.  Maulana Hadi kata semasa zaman Nabi di Mekah selama 13 tahun mengajar, kaum musyrikin buat macam-macam di Kaabah.  Buat macam-macam pada Nabi dan para sahabat. Para sahabat bukan penakut dan mereka minta untuk melawan balik tapi Allah turunkan  ayat di atas tadi maka redalah kemarahan orang-orang beriman.

Bagaimana dan apa yang Nabi buat? Nabi terus ajar sahabat-sahabat supaya mantap tauhid dan kefahaman ugama.  Itu lah akiimussolah wa aatuzzakah.

Berbalik pada soalan tadi.   Kita ini baru sahaja mula belajar. Tugas sekarang ialah selamatkan diri kamu dengan mempelajari Al-Quran dan Hadis dan ajarkan kepada keluarga,selamatkan mereka daripada neraka, sambil kita tabligh sedikit-sedikit pada orang lain. 

Di mana sahaja ustaz mengajar beginilah soalan yang diterima.  Itulah hidayah Allah yang telah  sampai kepada kita.  Kita tidak suka tengok syirik dan bidaah berlaku di depan mata kita. Dahulu ada juga perasaan itu tetapi sekarang makin kuat.  Itulah hidayah Allah.  Mereka tidak suka kita beritahu perkara itu, maka itulah tanda wahyu Allah  telah sampai maka mereka jadi tidak suka.

Apa makna tazkiah ?

Tazkiah itu adalah pembersihan sama erti dengan tazkiyatun nafs yang bermaksud pembersihan atau penyucian jiwa. Masalahnya apa itu pembersihan hati? Pembersihan hati daripada syirik dan bidaah.

Tahukah bahawa ada orang buat kitab berjilid, berdepa-depa kalau disusun?
Kitab yang berdepa-depa yang puak-puak tertentu belajar dan yang berakidah nur Muhammad ini adalah kitab tasawuf. Mereka kata kitab ini menyucikan hati. Tetapi kitab ini menghuraikan sifat-sifat penyakit hati, riak, ujud dan takabbur.

(كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِنْكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ)[Al-Baqarah: 151]

“Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.”

Menyucikan kamu daripada syirik dan bidaah yang berpahat di dalam hati.  Daripada perkataan tazkiah ini  di heret-heret menjadi berpuluh-puluh jilid sampai pelajar jadi hilang maksud tazkiah, sedangkan tujuan tazkiah adalah untuk membersihkan hati  daripada syirik bidaah.  Tugas guru pula adalah seperti yang dinyatakan di ayat 151 di atas,

Sepertimana Kami beri wahyu kepada kamu Nabi Muhammad saperti itu jugalah Kami beri kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kamu sendiri, orang yang tahu bahasa kamu.  Guru itu akan membaca kepada kamu ayat-ayat Kami.  Tabligh mesti guna Al Quran dan untuk menyucikan hati kamu daripada syirik bidaah, mengajarkan kamu tafsir Al Quran, hikmah hadis nabi serta mengajar kamu apa yang sebelum ini kamu tidak tahu.

Masa mula-mula ustaz mengajar pun terjadi seperti yang terjadi pada kamu semua. Ada ejekan, mereka juga dari kalangan ustaz, kaum keluarga dan kawan-kawan.  Oleh itu guru pertama sekali perlu diberitahu kepada murid-murid adalah tauhid dan syirik, amal soleh dan bidaah.  Sesiapa yang jadi ustaz/ustazah esok ajarlah dulu syirik dan kedua bidaah. Jika tidak maka tidak sanggup ustaz hendak berdepan dengan Allah jadi saksi antara murid dan ustaz.

 

SYIRIK – BAHAGIAN 2

0

SYIRIK – BAHAGIAN 2

(oleh Ustaz Baharuddin Ayudin, Semat Quran)

13 – عَنْ عَبْدِ اللهِ – ، قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ:[1] }الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ{, شَقَّ ذَلِكَ عَلَى أَصْحَابِ النَّبِيِّ – `، وَقَالُوا: أَيُّنَا لَمْ يَلْبِسْ إِيمَانَهُ بِظُلْمٍ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ – `: «إِنَّهُ لَيْسَ بِذَاكَ، أَلاَ تَسْمَعُونَ إِلَى قَوْلِ لُقْمَانَ:[2] }إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ{».[3

13 – Daripada ‘AbdulLāh – raḍiyalLāhu ‘anh, katanya: Tatkala turunnya ayat ini:  “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman,” para sahabat Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – ketika itu merasa tidak senang hati. Kata mereka: “Siapa di antara kita yang tidak bercampur keimanan mereka dengan kezaliman?” Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – lalu bersabda: “Sebenarnya ia bukan begitu. Apakah kamu tidak pernah mendengar ucapan Luqmān: “Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sungguh dahsyat.”

‘AbdulLāh bin Mas‘ūd adalah sahabat Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – yang pertama membaca al-Qur’an secara terang-terangan selepas baginda supaya bacaannya dapat didengar oleh musyrikin Quraysh di Makkah. Suatu hari para sahabat Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – berkumpul, lalu kata mereka:

وَاَللهِ مَا سَمِعَتْ قُرَيْشٌ هَذَا الْقُرْآنَ يُجْهَرُ لَهَا بِهِ قَطُّ، فَمَنْ رَجُلٌ يُسْمِعُهُمُوهُ؟

“Demi Allah, Quraysh tidak pernah lagi mendengar al-Qur’an ini dibaca secara terang-terangan kepada mereka. Siapakah di antara kita yang boleh memperdengarkannya kepada mereka?”

Jawab Ibn Mas‘ūd:

أَنَا.

“Aku.”

Kata mereka:

إنَّا نَخْشَاهُمْ عَلَيْكَ، إنَّمَا نُرِيدُ رَجُلًا لَهُ عَشِيرَةٌ يَمْنَعُونَهُ مِنْ الْقَوْمِ إنْ أَرَادُوهُ.

“Kami sangat bimbang mereka mengapa-apakanmu. Kami ingin seorang yang keluarganya berpengaruh supaya mereka dapat melindunginya jika mereka mengapa-apakannya.”

Jawabnya:

دَعُونِي فَإِنَّ اللهَ سَيَمْنَعُنِي.

“Biarlah aku lakukannya kerana yakin Allah akan melindungiku.”

Pagi-pagi lagi Ibn Mas‘ūd keluar menuju ke Kaabah dan sampai di Maqām Ibrāhīm pada waktu duha. Pembesar Quraysh ketika itu berada di kelab mereka. Ibn Mas‘ūd berdiri di hadapan Maqām Ibrāhīm lalu membaca dengan mengeraskan suaranya:

ﭑ       ﭒ  ﭓ  ﭔ

 ﭷ  ﭸ  ﭹ  ﭺ  ﭻ

“Tuhan yang Maha Pemurah. Dia mengajarkan al-Qur’an.”

Kata ‘Urwah: Ibn Mas‘ūd mengadap Quraysh dan membacakan ayat-ayat al-Qur’an seraya berkata:

فَتَأَمَّلُوهُ.

“Perhatikanlah kamu akannya.”

Lalu mereka saling bertanya:

مَاذَا قَالَ ابْنُ أُمِّ عَبْدٍ؟

“Apakah yang disebutkan oleh Ibn Umm ‘Abd itu?”

Kata ‘Urwah: Kemudian mereka berkata:

إنَّهُ لَيَتْلُو بَعْضَ مَا جَاءَ بِهِ مُحَمَّدٌ.

“Ia benar-benar sedang membaca sebahagian daripada apa yang Muḥammad bawa.”

Mereka pun bangun mendapatkannya. Lalu mereka membelasahnya dengan memukul muka-nya. Namun begitu beliau terus membacanya setakat yang termampu. Kemudian beliau pun kembali menemui sahabat-sahabatnya. Pada wajahnya terdapat kesan lebam. Lalu kata para sahabatnya:

هَذَا الَّذِي خَشِينَا عَلَيْكَ.

“Kejadian sebeginilah yang kami tidak mahu menimpamu.”

     Jawabnya:

مَا كَانَ أَعْدَاءُ اللهِ أَهْوَنَ عَلَيَّ مِنْهُمْ الْآنَ، وَلَئِنْ شِئْتُمْ لَأُغَادِيَنَّهُمْ بِمِثْلِهَا غَدًا.

“Musuh-musuh Allah itu tidak pernah lebih hina di mataku daripada mereka saat ini, dan jika kamu mahu, saya akan pergi lagi dan melakukan perkara yang sama esok.”

     Jawab mereka:

لَا، حَسْبُكَ، قَدْ أَسْمَعْتَهُمْ مَا يَكْرَهُونَ.[4

“Jangan, cukuplah setakat itu. Engkau telah memperdengarkan kepada mereka apa yang mereka benci.”

MAKNA KALIMAH

Taat: Ketaatan yang mutlak ialah ketaatan kepada Allah – Jalla wa ‘Alā – dengan mematuhi segala perintah-Nya yang terkandung di dalam Kitab-Nya, iaitu al-Qur’an sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam. Manakala ketaatan kepada makhluk Allah yang lain sesudahnya adalah kelangsungan daripada ketaatan kepada Allah.

ULASAN HADITH

Setiap Muslim diperintah mentaati Allah – Jalla wa ‘Alā. Tiadalah seorang hamba itu dikira taat sehinggalah ia menerima Allah sebagai Rabb, Ilāh, Ḥākim dan Walīy. Patutkah seseorang hamba itu taatkan selain Allah padahal Dialah Rabb yang mencipta segala-galanya. (6:164) Tiada sesiapa pun yang berkongsi dengan-Nya pada penciptaan la-ngit dan bumi. (46:4) Inilah yang difahami oleh Abū Bakr al-Ṣiddīq ketika beliau mengucapkan: ULASAN HADITH

[«أَيُّ سَمَاءٍ تُظِلُّنِي؟ وَأَيُّ أَرْضٍ تُقِلُّنِي؟ إِذَا قُلْتُ فِي كِتَابِ اللهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ».[5

“Langit mana hendak kujunjung? Bumi mana hendak kupijak? Sekiranya aku menyebutkan tentang KitābulLāh tanpa ilmu.”

Patutkah seorang hamba itu taatkan selain Allah dengan tunduk patuh memberi khidmat walaupun berlawanan dengan perintah Allah, padahal Dialah Ilāh yang sepatutnya diserahkan pengabdian diri sepenuhnya. (6:162-163)

Patutkah seseorang hamba itu taatkan selain Allah dengan membelakangkan hukum Allah dan menerima hukum yang bukannya hukum Allah bagi mengatur kehidupannya? Padahal Allah – Jalla wa ‘Alā – telah menurunkan al-Qur’an bagi mengatur kehidupan manusia di muka bumi ini.

Patutkah seseorang hamba itu taatkan selain Allah dengan mengambil musuh-musuh Allah itu sebagai penolong dan pelindung? Lalu ia takutkan mereka seperti takutkan Allah atau lebih takut daripada itu lagi. [4:77] Padahal Allah adalah penolong dan pelindung kepada sekalian hamba yang tunduk patuh mentaati segala perintah-Nya. [47:11]

Ketaatan kepada makhluk

Ketaatan kepada makhluk bukanlah ketaatan yang mutlak. Ia tertakluk pada batas yang dibenarkan oleh Allah – Jalla wa ‘Alā. Dia memerintahkan setiap orang yang beriman dengan kewajipan mentaati:

  1. Rasul: Taatkan Rasul – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dengan mencontohi model yang baginda tunjukkan dalam kehidupan seharian adalah lanjutan daripada ketaatan kepada Allah. (4:80) Seluruh perintah Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an dan diterangkan menerusi al-Sunnah itu hendaklah diterima sepenuhnya tanpa memilihnya. [33:36] Kata Abū Bakr ketika menegur kaum Muslimin yang tidak dapat menerima berita tentang kewafatan Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam:

[«أَمَّا بَعْدُ، فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا `، فَإِنَّ مُحَمَّدًا ` قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللهَ، فَإِنَّ اللهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ».[6

“Ammā ba‘d, sesiapa di antara kamu yang memuja Muḥammad – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam, sesungguhnya Muḥammad – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – itu sudah wafat. Sesiapa yang tunduk patuhnya mengabdikan diri kepada Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup, tidak mati-mati.”

  1. Ulū al-amr: Kewajipan pemerintah ialah me-negakkan hukum Allah di muka bumi ini. (5:49) Oleh itu setiap rakyat adalah diperintah tunduk patuh mentaati pemerintah kerana ia sedang bertungkus lumus bekerja menegakkan hukum Allah. (4:59) Kata Abū Bakr ketika menyampaikan pidato setelah dilantik sebagai Khalifah:

أَطِيعُونِي مَا أَطَعْتُ اللهَ وَرَسُولَهُ، فَإِذَا عَصَيْتُ اللهَ وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي عَلَيْكُمْ.[7

“Taatkan aku selama aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Apabila aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada lagi kewajipan kamu taat kepadaku.”

Ketaatan kepada pemerintah sampai melanggar hukum Allah adalah dilarang. Allah menggambarkan penyesalan ke atas orang yang melakukan yang demikian. (33:66) Daripada ‘Alīy, katanya: Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – mengutus satu pasukaan tentera. Lalu baginda melantik salah seorang di antara mereka sebagai ketua. Ia menyalakan api, lalu katanya:

ادْخُلُوهَا.

“Masuklah kamu ke dalamnya.”

Ada di antara mereka yang hendak masuk ke dalamnya atas alasan taat. Kata yang lain:

إِنَّمَا فَرَرْنَا مِنْهَا.

“Sesungguhnya kita tidak lain disuruh lari daripada-nya.”

Hal ini diberitahu kepada Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam. Lalu baginda bersabda kepada puak yang hendak masuk ke dalamnya:

«لَوْ دَخَلُوهَا لَمْ يَزَالُوا فِيهَا إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ».

“Kalau mereka masuk ke dalamnya, sentiasalah mereka kekal di dalamnya sampai ke Hari Kiamat.”

Manakala kepada puak yang satu lagi baginda bersabda:

«لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي المَعْرُوفِ».[8

“Tiada sebarang ketaatan dalam perkara maksiat. Sesungguhnya ketaatan itu hanya berkaitan dengan perkara kebaikan.”

  1. Para ulama’: Para ulama’ adalah pewaris para nabi. Justeru itu segala nasihat, panduan dan seruan mereka wajib diikuti selama mereka me-ngajak kepada mematuhi perintah Allah – Jalla wa ‘Alā – dan petunjuk Rasul-Nya – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam.

«إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ».[9

“Sesungguhnya ulama’ itu adalah pewaris para nabi.”

Namun begitu, mendewa-dewakan para ulama’ dengan mentaqdiskan mereka diluar batas yang dibenarkan syarak dan berlawanan dengan sifat sebagai manusia biasa dan menghubungkan mereka dengan cerita khawāriq al-‘ādah bagi menarik perhatian dan rasa kagum orang ramai adalah bertentangan dengan maksud taat yang diperintah. Allah – Jalla wa ‘Alā – mengutuk golongan Yahudi dan Nasrani kerana terlalu mendewa-dewakan para rahib dan pendeta agama mereka. (9:31) Daripada ‘Adīy bin Ḥātim, katanya:

أَتَيْتُ النَّبِيَّ –  – وَفِي عُنُقِي صَلِيبٌ مِنْ ذَهَبٍ، فَقَالَ: «يَا عَدِيُّ اطْرَحْ هَذَا الْوَثَنَ مِنْ عُنُقِكَ، فَطَرَحْتُهُ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ وَهُوَ يَقْرَأُ سُورَةَ بَرَاءَةَ فَقَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ }اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ{ حَتَّى فَرَغَ مِنْهَا، فَقُلْتُ: إنَّا لَسْنَا نَعْبُدُهُمْ، فَقَالَ: «أَلَيْسَ يُحَرِّمُونَ مَا أَحَلَّ اللهُ فَتُحَرِّمُونُهُ، ويُحِلُّونَ مَا حَرَّمَ اللهُ فَتَسْتَحِلُّونَهُ؟» قُلْتُ: بَلَى، قَالَ: «فَتِلْكَ عِبَادَتُهُمْ».[10

“Aku datang menemui Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam, sedangkan di tengkokku ketika itu masih lagi memakai salib. Baginda lalu menegurku: “Wahai ‘Adīy, buangkan berhala dari tengkokmu itu.” Aku pun membuangnya. Kemudian aku mendekati baginda yang ketika itu sedang membaca Sūrah Barā’ah. Baginda membaca ayat ini: “Mereka mengambil para rahib dan pendeta agama mereka sebagai tuhan selain daripada Allah.” Apabila baginda sudah selesai membacanya, aku pun memberitahu: “Sesungguhnya kami tidak pernah menyembah mereka.” Baginda menjawab: “Bukankah apabila mereka mengharamkan apa yang halal, maka kamu pun ikut mengharamkannya, mereka menghalalkan apa yang haram, maka kamu pun ikut menghalalkannya?” Aku pun menjawab: “Ya, bahkan mereka benar-benar lakukannya.” Baginda bersabda: “Itulah bentuk ibadat kepada mereka.”

‘Umar pernah bermesyuarat dengan para sahabat Nabi – ṣallalLahu ‘alayhi wa sallam, lalu mereka menyatakan persetujuan terhadap hasratnya hendak membukukan hadith. Namun begitu, selepas melakukan istikhārah selama sebulan, beliau lalu membuat keputusan:

«إِنِّي كُنْتُ أُرِيدُ أَنْ أَكْتُبَ السُّنَنَ وَإِنِّي ذَكَرْتُ قَوْمًا كَانُوا قَبْلَكُمْ كَتَبُوا كُتُبًا فَأَكَبُّوا عَلَيْهَا وَتَرَكُوا كِتَابَ اللهِ وَإِنِّي وَاللهِ لَا أَشُوبُ كِتَابَ اللهِ بِشَيْءٍ أَبَدًا».[11

“Sesungguhnya aku pernah bercita-cita hendak menulis hadith. Namun begitu, aku teringat suatu kaum sebelum kamu, mereka menulis buku-buku, lalu mereka menumpukan perhatian terhadapnya dan meninggalkan KitābulLāh. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak akan mencampur adukkan Kitā-bulLāh dengan sesuatu yang lain selama-lamanya.”

Ketika menafsirkan firman Allah tentang al-jibt dan al-ṭāghūt, (4:51) al-Ḍaḥḥāk menyatakan maksudnya ialah golongan Yahudi yang menjadikan Ka‘b bin al-Ashrāf dan Ḥuyay bin Akhṭab sebagai pemutus hukum bagi mereka: 

مَا حَكَمَا مِنْ شَيْءٍ خِلَافَ كِتَابِ اللهِ أَوْ يُوَافِقُ كِتَابَ اللهِ رَضُوا بِهِ، وَتَرَكُوا الْكِتَابَ الَّذِي عِنْدَهُمْ.[12

“Apa sahaja yang mereka berdua putuskan baik yang bercanggah dengan KitābulLāh atau menepatinya mereka reda mengikutnya dan meninggalkan petunjuk daripada kitab yang ada di sisi mereka.”

Bahkan golongan yang taksub kepada para ulama’ kurang memberi perhatian kepada sumber rujukan yang sebenar, iaitu KitābulLāh dan Sunnah Nabi-Nya, tetapi lebih menumpu kepada karya tokoh-tokoh mereka. Kata Ibn Mas‘ūd:

«إِنَّمَا هَلَكَ أَهْلُ الْكِتَابِ قَبْلَكُمْ، أَنَّهُمْ أَقْبَلُوا عَلَى كُتُبِ عُلَمَائِهِمْ، وَتَرَكُوا كِتَابَ رَبِّهِمْ».[13

“Sesungguhnya Ahl al-Kitāb sebelum kamu binasa kerana mereka menyambut baik kitab para ulama’ mereka dan mengabaikan kitab Tuhan mereka.”

 Ketaksuban itu membutakan mata daripada kebenaran. Oleh kerana itu, kata Aḥmad bin Hanbal:

لاَ تُقَلِّدْنِي، وَلاَ تُقَلِّدْ مَالِكاً، وَلاَ الشَّافِعِيّ، وَلاَ الأَوْزَاعِِيّ، وَلاَ الثَّوْْرِِيّ، وََخُذْ مِنْ حَيْثُ أَخَذُوا.[14

“Janganlah engkau bertaklid kepadaku, atau Mālik, atau al-Shāfi‘īy, atau al-Awzā‘īy, atau al-Thawrīy. Ambillah daripada sumber rujukan mereka.”

__________________________________________________ 

[1] Sūrah al-An‘ām, 6:82.

[2] Sūrah Luqmān, 31:13.

[3] Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [6918].

[4] Sīrah Ibn Hishām, 1:314-315.

[5] Jāmi‘ Bayān al-‘Ilmi wa Faḍlih [1561].

[6] Ṣāḥīḥ Ibn Ḥibbān [6620].

[7] Sīrah Ibn Hishām, 2:661.

[8] Ṣaḥīḥ al-Bukhārīy [7257].

[9]  Sunan Ibn Mājah [223]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[10] Al-Mu‘jam al-Kabīr [218].

[11] Jāmi‘ Bayān al-‘Ilm wa Faḍlih [343].

[12]  Tārikh al-Madīnah, 2:453.

[13]  Sunan al-Dārimīy [485]. Taḥqīq Husayn Sālim Asad al-Dārānīy: Isnādnya Ṣaḥīḥ.

[14]  Mawsū‘ah Mawāqif al-Salaf fī al-‘Aqīdah wa al-Manhaj wa al-Tarbiyah, 10:134.

 Sambungan……

02.02.02#070415: AL-HADITS AL-QUDSI (الحديث القدسي) Bhg. 02

0
 
Nota 02.02.02 Kategori-kategori Perspektif Sumber Asal (المصدر)
 
Susunan: BroSyarief 
 
AL-HADITS AL-QUDSI (الحديث القدسي) Bhg. 02
 
PERBEZAAN ANTARA HADITS QUDSI & AL-QURAN 
 
01. al-Quran diwahyukan melalui Jibril, sedangkan Hadits al-Qudsi diterima melalui Jibril atau Ilham atau Wahyu. 
 
02. al-Quran adalah mu’jizat yang kekal selamanya, Hadits al-Qudsi bukan mu’jizat. 
 
03. al-Quran mutawatir secara lafaz dan makna, dan terpelihara dari perubahan, sedangkan Hadits al-Qudsi tidak sedemikian. 
 
04. Bacaan al-Quran dikhususkan di dalam solat, tetapi Hadits al-Qudsi tak boleh dibaca dalam solat. 
 
05. Pahala diperoleh secara khusus dengan setiap huruf dibaca dari al-Quran, tetapi tidak ada pengkhususan pahala bagi bacaan Hadits al-Qudsi. 
 
06. Dilarang membacakan ayat-ayat al-Quran secara makna, adapun Hadits al-Qudsi boleh disebut walaupun berubah sedikit lafaz asalkan memelihara makna. 
 
PERBEZAAN ANTARA HADITS QUDSI & HADITS NABAWI 
 
al-Hadits sama Qudsi atau Nabawi, asal kesemuanya ini adalah dari Allah subhanu wa ta’ala, sama ada dari wahyu yang jelas secara langsung atau sebaliknya, atau perakuan Allah terhadap keputusan Nabi sallalLahu ‘alaihi wa sallam. 
 
Sebagaimana diisyaratkan oleh Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, di mana baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 
 
أَلاَ إِنِّي أُوتِيتُ الْكِتَابَ وَمِثْلَهُ مَعَهُ
 
“Sungguh aku telah diberikan al-Kitab (yakni: al-Quran) dan yang serupa dengannya (yakni: as-Sunnah) bersamanya” [HR Abu Dawud. al-Albani: Sahih]
 
Perbezaan yang berlaku di antara Hadits al-Qudsi dan Hadits Nabawi hanyalah pada lafaz apabila disebutkan Sabda Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, kemudiannya disebutkan lafaz ‘Qaala Allah’, yang bermaksud ‘Allah berkata’ dan seumpamanya. Sedangkan hadits Nabi, lafaznya akan berhenti pada merujuk kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
 
Di antara penulisan rujukan berkaitan hadits al-Qudsi: 
 
01. al-Ahadits al-Qudsiah, karangan Imam an-Nawawi (w.676H) 
02. al-Maqasid al-Hasanah fi al-Ahadits al-Ilahiah, karangan Amir al-Farisi (w.739H) 
03. al-Arba’un al-Qudsiah, karangan Mulla ‘Ali al-Qari (w.1014H) 
04. al-Ittihaafat al-Saniyyah bi al-Ahadits al-Qudsiyyah, karangan Abdul Rauf al-Munawi (w.1031H) 
 
Dan banyak lagi. 
 
WalLaahu a’lam 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares 

Hadis 9: Disebalik Pendeknya Hadis Sifat Rasulullah Ini

0

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Hadis 9

 

9- حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ سَمُرَةَ، يَقُولُ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَلِيعَ الْفَمِ، أَشْكَلَ الْعَيْنِ، مَنْهُوسَ الْعَقِبِ. قَالَ شُعْبَةُ: قُلْتُ لِسِمَاكٍ: مَا ضَلِيعُ الْفَمِ؟ قَالَ: عَظِيمُ الْفَمِ، قُلْتُ: مَا أَشْكَلُ الْعَيْنِ؟ قَالَ: طَوِيلُ شِقِّ الْعَيْنِ، قُلْتُ: مَا مَنْهُوسُ الْعَقِبِ؟ قَالَ: قَلِيلُ لَحْمِ الْعَقِبِ.

 

9- Telah bercerita kepada kami Abu Musa Muhammad bin Al-Musanna: Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Ja`far, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Syu`bah, daripada Simak bin Harb, dia berkata: Saya telah mendengar Jabir bin Samurah, dia berkata: Rasulu Llah itu lebar mulut, mata bercorak, tumit bergigit. Berkata Syu`bah: Saya telah berkata kepada Simak: Apa itu lebar mulut? Dia berkata: Besar mulut. Apa itu mata bercorak? Dia berkata: Panjang bukaan mata. Saya berkata: Apa itu tumit bergigit? Dia berkata: Sedikit daging tumit.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Hadis ini sebenarnya adalah pendek dan ia tamat pada (مَنْهُوسَ الْعَقِبِ) tumit bergigit. Jabir, iaitu seorang sahabiy, dia hanya menyebut tiga sifat Nabi dengan berkata: (كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَلِيعَ الْفَمِ، أَشْكَلَ الْعَيْنِ، مَنْهُوسَ الْعَقِبِ) Rasulu Llah itu lebar mulut, mata bercorak, tumit bergigit.

 

Walau bagaimanapun, seperti yang dilihat, masih ada lagi teks selepas ucapan Jabir tersebut. Ucapan itu datang daripada Syu`bah. Jika dilihat pada sanad (rantaian rawi) hadis ini, ia adalah seperti berikut:

 

Muhammad  Muhammad  Syu`bah  Simak  Jabir

 

Jadi ucapan Syu`bah ini: (قُلْتُ لِسِمَاكٍ) Saya telah berkata kepada Simak, ia merupakan suatu persoalan seorang anak murid kepada gurunya terhadap apa yang dia tidak fahami, kerana Syu`bah ialah anak murid Simak. Persoalannya adalah tentang maksud perkataan atau frasa yang tidak difahami di dalam hadis.

 

Sangat menghairankan kerana Syu`bah atau nama penuhnya Syu`bah bin Al-Hajjaj bin Al-Ward [85H-160H] yang digelar oleh Sufyan As-Sawriy dan Az-Zahabiy sebagai (أمير المؤمنين في الحديث) Amiru l-Mu’minin fi l-hadis, yang lahir di bandar (واسط) Wasit di `Iraq, yang tinggal di Basrah sehingga dia meninggal dunia, boleh bertanya kepada gurunya tentang setiap perkataan dalam hadis ini.

 

Lihatlah bahawa dia bertanya kepada Simak setiap ungkapan dalam hadis ini: (مَا ضَلِيعُ الْفَمِ؟) Apa itu lebar mulut?, (مَا أَشْكَلُ الْعَيْنِ؟) Apa itu mata bercorak?, (مَا مَنْهُوسُ الْعَقِبِ؟) Apa itu tumit bergigit?.

 

Bandingkan pula dengan pelajar pada zaman ini, tidak kira dalam apa juga disiplin ilmu, berapa ramaikan di antara mereka yang akan bertanya kepada gurunya? Tanyakan kepada para pelajar itu, adakah mereka benar-benar memahami apa yang diajar, atau mereka hanya berlakon dan berpura-pura? Syu`bah ini bukanlah orang yang bodoh, malah dia ialah Imam, Hafiz, Hujjah, tetapi dia masih bertanya. 

 

Tanyakan pula berapa ramai orang yang mempelajari hadis, dan hanya membiarkan hadis itu berlalu pergi tanpa bertanya apakah maksud hadis itu, dan bagaimana pula kefahaman hadis tersebut! Malah, berapa ramai yang tidak mengulang-ulang semula hadis yang dibaca atau dipelajari? Dan kemudian mereka mengaku bahawa mereka telah mempelajari hadis!

 

Seseorang yang jujur dalam menuntut ilmu, dia akan sentiasa bertanya, terutama kepada gurunya. Dia akan memastikan apa yang diterimanya itu sama seperti apa yang ingin diajar oleh gurunya. Dia akan memastikan bahawa dia memahami setiap apa yang diterima dan dipelajarinya.

 

Jabir iaitu perawi hadis ini menggunakan perkataan (ضَلِيعُ) lebar, yang dita`rifkan dalam kamus sebagai: (الْوَاسِعُ الْعَظِيمُ الْأَسْنَانِ) yang luas, yang besar gigi. Sifat ini dipuji dan oleh orang-orang `Arab, malah mereka mencela mulut yang kecil. Perkatan (ضَلِيعُ) lebar ini maksud asalnya ialah (الذي عظمت أضلاعه ووفرت فأجفر جنباه) orang yang membesar rusuknya dan ia menjadi besar hingga menjadi luas dua rusuknya. Justeru, ia diguna pakai untuk menggambarkan mulut besar, iaitu yang lebar, luas bukaannya, dan besar giginya.

 

Seterusnya Simak memberikan ta`rifan bagi (أَشْكَلُ الْعَيْنِ) mata bercorak dengan menjelaskannya sebagai (طَوِيلُ شِقِّ الْعَيْنِ) panjang bukaan mata. Walau bagaimanapun, ta`rifan ini adalah pelik, dan tafsir yang ganjil. Hal ini kerana sifat ini ialah sifat yang dicela oleh bangsa `Arab, bahkan tidak sabit sebagai sifat seseorang berbangsa `Arab. Justeru, Ibnu l-Asir menyebut ta`rifan bagi frasa ini sebagai: (فِي بَياضِهَا شَيْءٌ مِنْ حَمْرَةٍ) pada putihnya terdapat sedikit kemerahan.

 

Untuk bahagian terakhir, Jabir menyebut (مَنْهُوسُ الْعَقِبِ). Para pensyarah hadis ini menyebut bahawa lafaz ini diriwayatkan dengan dua lafaz, yang pertama (مَنْهُوسُ) dengan huruf sin, dan yang kedua (مَنْهُوشُ) dengan huruf syin. Yang pertama bermakna menggigit dengan gigi, manakala yang kedua bermakna menggigit dengan gigi geraham. Dalam konteks ini, tumit itu adalah sedikit dagingnya sehingga ia seolah-olah telah digigit atau dimakan sehingga hilang dagingnya.

 

Begitulah rumitnya bahasa yang digunakan dalam hadis, sehingga ia perlu dipelajari dan difahami dengan sebenar-benarnya, dan hendaklah menggunakan bahasa asalnya iaitu bahasa `Arab. Ini kerana, apabila seseorang hanya membaca terjemahan, separuh daripada ilmu hadis itu akan hilang, iaitu ilmu bahasa, morfologi kata, makna kalimah dan sebagainya. Maka adalah wajar bagi para pencinta Nabi, mula mempelajari bahasa `Arab – walaupun yang paling asas – sehingga sekurang-kurangnya dia dapat merasaï kenikmatan memahami kalam Nabi atau cerita-cerita sahabat tentang Nabi.

ترجمة وشرح باللغة الماليزية 

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL.

0

 

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى الله قَالَ : “ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

 

Abu Ayub al-Ansori radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun 

 

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1991]

 

Faedah puasa enam (Ringkasan daripada Lathoif al-Ma’arif oleh Ibn Rajab]

 

1- Mendapat pahala puasa setahun

2- Menampung kekurangan puasa Ramadhan

3- Isyarat puasa Ramadhan diterima Allah

4- Tanda bersyukur di atas nikmat Ramadhan

 

Tatacara melakukan Puasa 6

 

1- Boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam bulan Syawwal

2- Boleh dilakukan secara terpisah-pisah

3- Digalakkan dilakukan secepat mungkin

4- Ulama berbeza pendapat adakah mereka yang ada hutang puasa, boleh melakukan puasa sunat. Seeloknya dihabiskan baki puasa Ramadhan dahulu, kecuali ditakuti tidak sempat puasa 6 jika qadha dahulu

5- Mereka yang sibuk qadha puasa, dan berazam untuk puasa 6, tetapi tidak sempat kerana sibuk qadha, dia tetap akan mendapat pahala puasa sunat itu, Insya-Allah.

6- Ulama berbeza pendapat bolehkah digabung puasa sunat dan qadha. Akan tetapi, hatta di sisi ulama yang membenarkan gabung, mereka menyatakan pahala apabila digabungkan adalah kurang daripada pahala dilakukan berasingan.

 

Bagaimana jika ada open-house? Kena buka puasa kah? Baca terperinci di sini –> http://alkahfi.com.my/adab-adab-berhari-raya/

 

#BroSyariefShares

Popular

Iklan

Iklan