Utama Blog Halaman 280

Menyibarnya Kejahilan : Tanda Kiamat Ke-28

0

Tanda Kiamat Ke-28/131
Menyibarnya Kejahilan (ظهور الجهل )

Sepatutnya umat islam sentiasa belajar dan mengajar, continuous unlearn and re-learn (terus membuang ilmu yang salah dan mengisi dengan ilmu yang sahih). Namun lain yang terjadi di akhir zaman, Nabi saw mengkhabarkan sebaliknya, umat Islam tidak lagi minat untuk belajar ilmu agama dan tersebarlah kejahilan.

Dalil hadith:

إنَّ اللهَ يُبغِضُ كلَّ جَعْظَريٍّ جوَّاظٍ سخَّابٍ بالأسواقِ جِيفةٍ باللَّيلِ حِمارٍ بالنَّهارِ عالِمٍ بأمرِ الدُّنيا جاهلٍ بأمرِ الآخِرةِ
الراوي : أبو هريرة المحدث : ابن حبان
المصدر : صحيح ابن حبان الصفحة أو الرقم: 72

Terjemahan: ” Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, “Allah sangat membenci orang Ja’dzari, Jawwadz, suka teriak di pasar, bangkai di malam hari, keledai di siang hari, pintar masalah dunia, dan bodoh ilmu akhirat. (HR. Ibnu Hibban, no.72 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth)

Syarah hadith: Allah membenci 7 jenis manusia:

1. Manusia ja’dzori = suka mencela manusia, maki hamun, keras

2. Jawadz = rakus dan licik menipu

3. suka teriak di pasar kerana mencari dan menipu pelanggan

4. Bangkai di malam hari = berjaga dan tidur sampai siang, missed solat isyak dan subuh

5. Keldai di siang hari = kuat makan

6. Pintar dalam masalah dunia, ilmu dunia, banyak skills

7. Bodoh akan ilmu akhirat atau agama, atau Al-Quran dan As-Sunnah.

Tanda Ke-28/131 (2)

Hadith Abu Musa

إنَّ بين يديِ الساعةِ أيامًا ، يُرفعُ فيها العِلمُ ، وينزلُ فيها الجهلُ ،.
الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قيس المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7064 خلاصة

Terjemahan: ‘Sesungguhnya menjelang datangnya hari Kiamat akan ada beberapa hari di mana diangkat ilmu dan diganti dengan kejahilan..”
(HR Bukhari, no 7064, dan Muslim)

Hadith Tabrani:

“يأتى على الناس زمان لا يُدْري فيه ما صلاة؟ ما صيام؟ ما صدقة؟”

“Akan datang kepada manusia sebuah zaman yang tidak dikenal lagi padanya apa itu sholat, apa itu puasa, dan apa itu sedekah”. Sahih kata Dr Al-Arifi

Syarah:
Kata Imam nawawi dan Ibnu Hajar:

1. Maksud ilmu di sini ialah ilmu agama, ilmu Al-Quran dan As-Sunnah, terangkatnya ilmu ialah matinya ulama-ulamak yang hebat-hebat dan yang tinggal adalah ulama-ulama yang jahil.

يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّـى إِذَا لَمْ يَبْقَ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.

‘Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain

2. Ilmu keduniaan tidak berkurangan, majunya pelbagai ilmu sains dan teknologi (Dr Al-Arifi), kata Dr al-Arifi, jangan terkejut, jika ramai orang Islam tidak lagi mengerti fiqh taharah, wudhu’, apatah lagi fiqh nikah kawin, muamalat dan ibadah.

Ini kerana manusia sibuk dengan dunia dan meninggalkan majlis ilmu. WA
Ini mukjizat Nabi, ia pasti berlaku…kita cuma kena jaga diri kita dan family kita dulu.

Hadis 50: Sabarnya Umar Disebalik Ketegasannya

0

Salam
Hadith ke-50

 50- وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال‏:‏ قدم عيينة بن حصن فنزل على ابن أخيه الحر بن قيس، وكان من النفر الذين يدنيهم عمر رضي الله عنه، وكان القراء أصحاب مجلس عمر رضي الله عنه ومشاورته كهولاً كانوا أو شباناً، فقال عيينة لابن أخيه ‏:‏ يا ابن أخي لك وجه عند هذا الأمير فاستأذن لي عليه، فاستأذن فأذن عمر‏.‏ فلما دخل قال‏:‏ هِىَ يا ابن الخطاب، فوالله ما تعطينا الجزل ولا تحكم فينا بالعدل، فغضب عمر رضي الله عنه حتى همّ أن يوقع به، فقال له الحر‏:‏ يا أمير المؤمنين إن الله تعالى قال لنبيه صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏{‏خذ العفو وأمر بالعرف وأعرض عن الجاهلين‏}‏ ‏(‏‏(‏الأعراف ‏:‏198‏)‏‏)‏‏.‏ وإن هذا من الجاهلين، والله ما جاوزها عمر حين تلاها، وكان وقافاً عند كتاب الله تعالى‏.‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏


50. Dari ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: ‘Uyainah bin Hishn datang – di Madinah, kemudian turun – sebagai tamu – pada anak saudaranya – sepupunya – iaitu Alhur bin Qais. Alhur ‘Adalah salah seorang dari sekian banyak orang-orang yang didekat-kan oleh Umar r.a. – yakni dianggap sebagai orang dekat dan sering diajak bermusyawarah, kerana para ahli baca al-Quran – yang pandai maknanya – adalah menjadi sahabat-sahabat yang menetap di majlis Umar r.a. serta orang-orang yang diajak bermusyawarah olehnya, baik orang-orang tua mahupun yang masih muda-muda usianya.

‘Uyainah berkata kepada sepupunya: “Hai anak saudaraku engkau mempunyai wajah – banyak diperhatikan – di sisi Amirul mu’minin ini. Cubalah meminta izin padanya supaya aku dapat menemuinya. Saudaranya itu memintakan izin untuk ‘Uyainah lalu Umar pun mengizinkannya. Setelah ‘Uyainah masuk, lalu ia berkata: “Hati-hatilah, hai putera Alkhaththab – iaitu Umar, demi Allah, tuan tidak memberikan banyak pemberian – kelapangan hidup – pada kita dan tidak pula tuan memerintah di kalangan kita dengan keadilan.” Umar r.a. marah sehingga hampir-hampir saja akan menjatuhkan hukuman padanya. Alhur kemudian berkata: “Ya Amirul mu’minin, sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman kepada NabiNya s.a.w. – yang ertinya:

“Berilah maaf, perintahlah kebaikan dan berpalinglah – jangan menghiraukan – pada orang-orang yang bodoh.”

Dan ini – yakni ‘Uyainah – adalah termasuk golongan orang-orang yang bodoh.

Demi Allah, Umar tidak pernah melaluinya – melanggarnya – di waktu Alhur membacakan itu. Umar adalah seorang yang banyak berhentinya – amat mematuhi – di sisi Kitabullah Ta’ala. (Riwayat Bukhari)

Berkata Al-Hafizh Ibnu Hajar:

وَمَعْنَى ” مَا جَاوَزَهَا ” مَا عَمِلَ بِغَيْرِ مَا دَلَّتْ عَلَيْهِ بَلْ عَمِلَ بِمُقْتَضَاهَا وَلِذَلِكَ قَالَ ” وَكَانَ وَقَّافًا عِنْد كِتَاب اللَّه ” أَيْ يَعْمَل بِمَا فِيهِ وَلَا يَتَجَاوَزهُ

“Makna: ‘tidak melangkahi ayat itu’ adalah tidak mengamalkan selain apa yang ditunjukkan ayat itu bahkan mengamalkan konsekuensi dari ayat itu. Karena itu berkata Ibnu Abbas,  ‘dan ia adalah seorang yang selalu berhenti pada kitabullah. ‘ yaitu selalu mengamalkan apa yang ada di dalam kitabullah dan tidak melewatinya. ” (Fathulbari juz 20 hal. 337 Maktabah Syamilah)

Itulah sedikit gambaran tentang keagungan sosok sahabat Nabi yang mulia, Umar bin Khathab رضي الله عنه. Dalam atsar di atas Umar mengajarkan kepada setiap pemimpin tentang sabar dan tunduk terhadap kebenaran.

Umar رضي الله عنه mengajarkan kepada setiap penguasa untuk bersabar menghadapi rakyatnya yang mungkin saja karena ketidaktahuan atau ketidakmautahuan mereka, mengkritik tanpa pertimbangan logis, “asal bunyi”, ringan mengumpat dan perilaku lainnya yang menyakitkan.

Dan kesabaran Umar nampak dari beberapa sisi

1. Ketika Uyainah mengucapkan “heh”, padahal kata ini digunakan untuk menghardik dan membentak.

2. Ketika Uyainah memanggilnya dengan Ibnul Khathab. Ini tentu tidak sopan. Sebab, ia sedang berbicara dengan seorang pemimpin umat dan negara, sedangkan orang-orang di zamannya termasuk para sahabat Nabi saja memanggilnya dengan Amirul mukminin.

3. Ketika Uyainah menyifati Umar sebagai seorang yang pelik dan tidak berbuat adil. Tentu saja itu mustahil berdasarkan fakta yang ada.

Sebab, fakta mencatat bagaimana Umar menorehkan tinta emas tentang keadilan dan kezuhudan dalam sejarah umat ini yang tak tertandingi oleh siapapun setelahnya.

Selain itu Umar juga mengajarkan kepada setiap pemimpin untuk siap menerima nasehat atau kritikan yang sampai kepadanya, jika memang itu adalah kebenaran.

Hendaknya ia tunduk pada kebenaran, tidak memalingkan muka serta tidak pula menutup telinga darinya, meskipun itu bertentangan dengan kemauan dan kehendaknya, betapapun beratnya.

Hal itu ditunjukkan Umar tatkala pendampingnya, yang juga seorang ulama mengingatkannya dengan ayat Allah, maka ia pun tunduk pada kebenaran yang disampaikannya dan mengenyampingkan emosi yang telah meluap di dadanya.

Sosok yang pantang untuk direndahkan oleh siapapun baik sebelum maupun setelah masuk islam ini, ternyata rela untuk ‘terhina’ dihadapan kebenaran.

Note 73 : Perkara yang menyerupai Talaq

0

Bismillah…
Note 73 : ruj Fiqh Manhaji 3

PERKARA YANG MENYERUPAI TALAQ

1. 3 perkara natijah merupai talaq :

1.1. Ila : sumpah
1.2. Zihar : menyerupai ibu atau saudara kandung
1.3. Lian : suamisteri menjauhi diri antara satu sama lain.

 

2. Ila : suami bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya tanpa menyebut tempoh tertentu atau atau selama atau lebih masa dari 4 bulan.

2.1. Menarik balik sumpah dan mengauli isteri semula serta menunaikan kafarah sumpah.

2.2. Menceraikan isterinya jika tidak mahu menarik sumpahnya.

 

3. Zihar : segi halal dan haram

3.1. Ijma ulama menyatakan zihar adalah haram dan satu daripada dosa besar.

3.2. Zihar dalam lafaz nyata dan lafaz kiasan.

3.2.1 Lafaz nyata iaitu lafaz tidak membawa apa-apa maksud.

3.2.2. Lafaz kiasan iaitu lafaz yang boleh diandaikan membawa maksud zihar dan bukan zihar.

Contohnya : padaku kamu seperti ibuku atau saudara perempuanku.

3.2.3. Jika suami menyingkapkan maksud sedemikian adalah zihar.

3.2.4. Jika suami menyamakan isteri dengan ibunya atau saudara perempuan dengan tujuan memuliakan dan penghormatan maka ia tidak dianggap zihar.

 

4. Lian iaitu tuduhan si suami terhadap isteri yang boleh mencemari rumahtangga atau aib si suami.

4.1. Berzina atau curang.

4.2. Tiada saksi kecuali diri sendiri. Hendaklah bersaksian orang itu ialah empat kali bersumpah atas nama Allah.

4.3.1. Suami tidak dikenakan hukuman qazaf. (Menuduh wanita melakukan zina).
4.3.2. Isteri yang dituduh akan dikenakan hukuman hudud jika dia bersalah kecuali dia juga melakukan lian.
4.3.3. Hubungan perkahwinan terputus.
4.3.4. Anak zina yang dinafikan nasabnya oleh suami jika suami menyebutkan penafiannya ketika berlian. Anak zina tersebut perlu dinasabkan kepada ibunya.
4.3.5. Suamisteri itu diharamkan bersatu semula buat selama lamanya.

Hadits 25: Menyayangi haiwan dengan menjaga perasaan mereka

0

Siapa yang menyakiti burung ini dengan mengambil anaknya? Kembalikanlah anaknya kepadanya.

من فجع هذه بولدها؟ ردوا ولدها إليها.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad no. 382, Abu Dawud no. 2675.

Ulasan:

1. Hadits asal: Para sahabat dalam suatu perjalanan bersama Rasulullah ﷺ, kemudian baginda keluar untuk buang hajat. Para sahabat melihat seekor burung bersama dua anaknya, lalu mereka mengambil anak-anaknya, membuatkan burung tersebut terbang berputar-putar di atas kepala mereka. Apabila Rasulullah kembali, baginda mengucapkan hadits di atas.

2. Tidak boleh menyakiti walaupun seekor burung.

#SilsilahShahihah:

Hadis 49: Ganjaran Bagi Orang Yang Redha Dan Sabar Menghadapi Ujian

0

Hadith ke-49

 49- وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏”‏ ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده ة وماله حتى يلقى الله تعالى وما عليه خطيئة‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح‏)‏‏)‏ ‏.

‏49. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak henti-hentinya bencana – bala’ – itu mengenai seseorang mu’min, lelaki atau perempuan, baik dalam dirinya sendiri, anaknya atau pun hartanya, sehingga ia menemui Allah Ta’ala dan di atasnya tidak ada lagi sesuatu kesalahan pun.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

? Orang mukmin senantiasa diuji dengan berbagai cobaan.

? Hadith ini merupakan khabar gembira bagi orang beriman yang mendapat ujian. Rujuk al-Baqarah: 155

? Cobaan dapat menghapus dosa; jika orang yang diuji ridha (dengan ujian tersebut).

? Antara rahmat Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman: Dia menghapuskan dosa-dosa mereka ketika masih berada di dunia melalui berbagai rintangan dan cobaan yang dialaminya.

Sifat al-Kalam Menurut Imam Asy-Syafie

0

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maaf kerana lama tiada pengisian.. InsyaAllah malam ini ana akan kongsikan sedikit, supper.

Masih daripada kitab Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi’i, karya Dr. Muhammad bin Abdul Wahab al-Aqil, salah seorang pensyarah di Uni Islam Madinah.

Topik Berkaitan Sifat al-Kalam (Kalamullah)

Imam asy-Syafi’i sempat sezaman dengan awal kemunculan fitnah, bahkan pernah berdebat dengan tokoh-tokoh generasi pertama ilmu kalam. Beliau memperingatkan mereka, mengingatkan umat akan ancaman yang berbahaya daripada mereka serta menyeru agar masyarakat menjauhi mereka.

Selain itu, beliau pernah juga mengatakan kafir terhadap siapa yang membangkang dari kalangan mereka, antaranya Hafs al-Fard. Terdapat banyak sumber yang menjelaskan tentang hal tersebut.

Deceritakan oleh al-Baihaqi rah. melalui sanadnya yang sampai kepada Imam asy-Syafi’i, dia berkata: “Al-Qur’an itu kalam Allah, bukan Makhluk.” Dahulu beliau juga sangat tegas terhadap orang yang menyalahi pendapat Ahlus Sunnah dalam masalah ini. Deceritakan oleh al-Baihaqi melalui sanad yang sampai kepada Abu Syu’aib al-Mishri, dia berkata:

“Aku datang ke rumah Muhammad bin Idris, sementara di sana ada Yusuf bin Amr bin Yazid dan ABdullah bin al-Hakam. Kemudian datanglah kepada mereka Hafs al-Fard, seorang tokoh ahli kalam yang sering berdebat, lalu berkata kepada Yusuf:

‘Apakah padanganmu tentang al-Qur’an?’
Yusuf menjawab: ‘Kalam Allah, aku tidak mempunyai pendapat selain ini.’

Selepas itu, semua yang ada di situ mengarahkan kepada asy-Syafi’i lalu menghadaplah Hafs kepada beliau dan berkata: ‘Mereka semua meminta untuk bertanya kepadamu.’ Asy-Syafi’i berkata kepadanya: ‘Jauhilah masalah ini olehmu.’ Namun Hafs tetap mendesak. Oleh itu, bertanyalah asy-Syafi’i kepadanya: ‘Apakah pandanganmu tentang al-Qur’an?’ ‘Sesungguhnya ia adalah makhluk,’ jawabnya.

Asy-Syafi’i bertanya: ‘Dari manakah kamu mengetahuinya?’ Hafs tetap mengatakan sedemikian sementara asy-Syafi’i tetap membantahnya. Akhirnya, beliau mengkafirkan dan memutuskan untuk tidak mempedulikannya.”

Cerita yang sama turut diriwayatkan pula oleh al-Baihaqi melalui sanad lain daripada ar-Rabi’ bin Sulaiman. Hanya saja pada bahagian akhirnya dia mengatakan bahawa Hafs berkata: “Asy-Syafi’i ingin membunuhku.” Melalui sanadnya juga yang sampai kepada ar-Rabi, Hafs berkata tatkala asy-Syafi’i berbicara kepadanya, Hafs mengatakan bahawa Al-Qur’an itu makhluk. Maka asy-Syafi’i menegaskan: ‘Engkau telah kafir terhadap Allah Yang Maha Agung.”

Perdebatan yang serupa juga terjadi kepada Imam asy-Syafi’i. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanadnya daripada Abu Muhammad al-ZUbairi:
“Seseorang telah bertanya kepada asy-Syafi’i tentang al-Qur’an: ‘Apakah Al-Quran itu Khaliq?’ Asy-Syafi’i menjawab; Tidak. Orang itu berkata lagi; Jadi, makhluk? Asy-Syafi’i menjawab; Bukan. Orang itu berkata lagi; Adakah ia bukan makhluk? Asy-Syafi’i menjawab; Ya.

Orang itu kembali bertanya:Apa buktinya jika Al-Quran bukan makhluk?

Asy-Syafi’i mengangkat kepalanya lalu berkata; Engkau mengakui bahawa Al-Quran itu kalam Allah? Dia menjawab; Ya. Asy-Syafi’i menegaskan; Engkau telah mengetahui tentang masalah ini melalui firman Allah Ta’ala:

وَإِنْ أَحَدٌ مِنْ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَمَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُون

َ
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia mendengar firman Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui. [At-Taubah 9:6]

…….وَكَلَّمَ اللّٰهُ مُوۡسٰى تَكۡلِيۡمًا

Dan kepada Musa Allah telah berfirman secara langsung [AN-Nisa’ 4:164]

Asy-Syafi’i berkata; Engkau mengakui bahawa Allah telah ada, begitu juga dengan kalam-Nya atau Allah ada dan belum ada kalam-Nya?
Lelaki itu menjawab; Allah telah ada dan telah ada kalam-Nya. Mendengar jawapan itu beliau pun tersenyum dan berkata;

Hai, orang-orang Kufah, kalian telah terlalu jauh terlibat dalam perkara yang besar. Jika kalian mengakui bahawa Allah telah ada sebelum segala sesuatu dan telah ada kalam-Nya, maka daripada mana kalian berpendapat bahawa kalam itu Allah? Atau selain Allah? Atau bukan Allah? atau ada di depan Allah? Maka orang itu terdiam lalu berlalu pergi.

Maksud daripada ucapan Imam Syafi’i itu ialah orang yang mengakui bahawasanya kalam Allah termasuk salah satu daripada sifat-sifat-Nya dan bahawa Allah tidak ada permulaan baginya, begitu juga dengan dzat-Nya, serta mengakui Al-Quran itu adalah kalam Allah maka wajib baginya mengakui Al-Quran itu bukan makhluk sebagaimana wajib baginya menjauhi segala bentuk putar belit kata-kata, syubhat yang disusupkan oleh syaitan seperti pertanyaan ini.

Imam asy-Syafi’i juga menyebutkan bahawa keyakinan yang dipegang olehnya adalah keyakinan generasi terdahulu, iaitu generasi salaf.

Wallahu’alam..

Semoga bermanfaat. Jzkk.

Hadis 48: Nabi Wasiatkan Agar Bersabar Dari Marah

0

Sambungan kitab Riyadus Solihin

Hadith ke – 48

 48- وعن أبي هريرة رضي الله عنه ، أن رجلاً قال للنبي صلى الله عليه وسلم‏:‏ أوصني، قال‏:‏ ‏”‏لا تغضب‏”‏ فردد مراراً، قال‏:‏ ‏”‏ لاتغضب‏”‏ رواه البخاري‏.‏

48. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berilah wasiat padaku.” Beliau s.a.w. bersabda: “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi beliau s.a.w. tetap bersabda: “janganlah marah.”                                                      (Riwayat Bukhari)

Keterangan:

Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini
ialah:

(a)        Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda’. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.

(b)       Kita dilarang marah ini apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi kalau berhubungan dengan hak-hak Allah, maka wajib kita pertahankan sekeras-kerasnya, misalnya agama Allah dihina orang, al-Quran  diinjak-injak atau dikencingi, alim  ulama diolok-olok padahal tidak bersalah dan lain-lain sebagainya.

(c)        Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun beliau tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat dan faedahnya. Cubalah kalau kita ingat-ingat, bahawa timbulnya semua kerosakan di dunia ini sebahagian besar ialah kerana manusia ini tidak dapat mengekang hawa nafsu dan syahwatnya, tidak suka menahan marah, sehingga menimbulkan darah mendidih dan akhirnya ingin menghentam dan membalas dendam.

(d) Memberi nasihat kewajipan muslim terhadap saudaranya.

(e) Mengulangi nasihat sangat bermanafaat bagi penerima nasihat.

(f) Untuk mengedali marah;
1. Memohon perlindungan Allah
2. Diam
3. Duduk atau baring.

Menyembunyikan Persaksian Yang Benar: Tanda Kiamat Ke-27

0

Tanda Kiamat Ke-27/131
Menyembunyikan Persaksian yang benar (كتمان شهادة الحق )

Dalil hadith:

إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ… شَهَادَةُ الزُّورِ وَكِتْمَانُ شَهَادَةِ الْحَقِّ.

Terjemahan:
“Sesungguhnya menjelang datangnya Kiamat… (akan banyak) persaksian palsu dan menyembunyikan persaksian yang benar. HR Ahmad, disahihkan oleh al-Albani dalam silsilah al-sahihah, no 647

الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 647 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح على شرط مسلم

Ia sambungan dari no 26 persaksian palsu, cuma di sini maksudnya lain sikit je, menyembunyikan persaksian yang benar.

Hukum asal, Allah memerintahkan agar kita menghentikan kezaliman dan melindungi seseorang dari kezaliman. Dan salah salah satu caranya ialah Allah haramkan menyembunyikan persaksian yang benar. Dalil al-Qur’an:

وَلا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ

Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan kesaksian, karena barang siapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya AQ 2:283

Akhir zaman ni manusia tahu kebenaran, tapi mereka masih mengundi pemimpin yang sama juga, PRU adalah persaksian rakyat atau pengundi kepada sistem politik yang baik, tapi mereka tetap memberi mandat kepada kezaliman, contohnya di Egypt, manusia tahu siapa yang patut menerajui kerajaan yang sah, tapi kesaksian itu disembunyikan, manusia tahu kebenaran sesuatu isu, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kebocoran, rasuah, tapi tanda akhir zaman, kesaksian yang benar itu disembunyikan kerana perut dan hawa nafsu. WA

Hadith 47: Ganjaran Bersabar Apabila Marah

0

Hadith ke 47

 47- وعن معاذ بن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏”‏ من كظم غيظاً ، وهو قادر على أن ينفذه، دعاه الله سبحانه وتعالى على رؤوس الخلائق يوم القيامة حتى يخيره من الحور العين ما شاء‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه أبو داود، والترمذي وقال‏:‏ حديثحسن‏)‏‏)‏‏.‏

47. Dari Mu’az bin Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang menahan marahnya padahal ia kuasa untuk meneruskannya – melaksanakannya – maka Allah Subhanahu wa Ta’ala mengundangnya di hadapan kepala – yakni disaksikan -sekalian makhluk pada hari kiamat, sehingga disuruhnya orang itu memilih bidadari-bidadari yang membelalak matanya dengan sesuka hatinya.”

Diriwayatkan  oleh  Imam Abu  Dawud  dan  Tirmidzi  dan  ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Hadits 24: Menyayangi haiwan dengan mudahkan sembelihan

0

#SilsilahShahihah:
Hadits 24: Menyayangi haiwan

Kenapa engkau tidak menajamkannya sebelum ini? Adakah engkau ingin mematikannya sebanyak dua kali?

أفلا قبل هذا؟ ‎أتريد أن تميتها موتتين؟

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Kabir (3/140/1), dan Mu`jam Al-Ausath (1/13/1).

Ulasan:

1. Hadits asal: Rasulullah ﷺ melintasi seorang penyembelih yang meletakkan kakinya di leher kambing, kemudian dia menajamkan pisaunya, sementara kambing itu melihatnya. Lalu baginda mengucapkan hadits di atas.

2. Antara adab dalam menyembelih haiwan adalah tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut, yang mungkin akan menyebabkan haiwan tersebut ketakutan sebelum disembelih.

Popular

Iklan

Iklan