Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadits 24: Menyayangi haiwan dengan mudahkan sembelihan

Hadits 24: Menyayangi haiwan dengan mudahkan sembelihan

103
0

#SilsilahShahihah:
Hadits 24: Menyayangi haiwan

Kenapa engkau tidak menajamkannya sebelum ini? Adakah engkau ingin mematikannya sebanyak dua kali?

أفلا قبل هذا؟ ‎أتريد أن تميتها موتتين؟

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Kabir (3/140/1), dan Mu`jam Al-Ausath (1/13/1).

Ulasan:

1. Hadits asal: Rasulullah ﷺ melintasi seorang penyembelih yang meletakkan kakinya di leher kambing, kemudian dia menajamkan pisaunya, sementara kambing itu melihatnya. Lalu baginda mengucapkan hadits di atas.

2. Antara adab dalam menyembelih haiwan adalah tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut, yang mungkin akan menyebabkan haiwan tersebut ketakutan sebelum disembelih.

Komen dan Soalan