Utama Blog Halaman 281

Hadith 47: Ganjaran Bersabar Apabila Marah

0

Hadith ke 47

 47- وعن معاذ بن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏”‏ من كظم غيظاً ، وهو قادر على أن ينفذه، دعاه الله سبحانه وتعالى على رؤوس الخلائق يوم القيامة حتى يخيره من الحور العين ما شاء‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه أبو داود، والترمذي وقال‏:‏ حديثحسن‏)‏‏)‏‏.‏

47. Dari Mu’az bin Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang menahan marahnya padahal ia kuasa untuk meneruskannya – melaksanakannya – maka Allah Subhanahu wa Ta’ala mengundangnya di hadapan kepala – yakni disaksikan -sekalian makhluk pada hari kiamat, sehingga disuruhnya orang itu memilih bidadari-bidadari yang membelalak matanya dengan sesuka hatinya.”

Diriwayatkan  oleh  Imam Abu  Dawud  dan  Tirmidzi  dan  ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Hadits 24: Menyayangi haiwan dengan mudahkan sembelihan

0

#SilsilahShahihah:
Hadits 24: Menyayangi haiwan

Kenapa engkau tidak menajamkannya sebelum ini? Adakah engkau ingin mematikannya sebanyak dua kali?

أفلا قبل هذا؟ ‎أتريد أن تميتها موتتين؟

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Kabir (3/140/1), dan Mu`jam Al-Ausath (1/13/1).

Ulasan:

1. Hadits asal: Rasulullah ﷺ melintasi seorang penyembelih yang meletakkan kakinya di leher kambing, kemudian dia menajamkan pisaunya, sementara kambing itu melihatnya. Lalu baginda mengucapkan hadits di atas.

2. Antara adab dalam menyembelih haiwan adalah tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut, yang mungkin akan menyebabkan haiwan tersebut ketakutan sebelum disembelih.

Sabar Dari Marah dan Cara Hikmah Dakwah Rasulullah: Hadis 46

0

Hadith ke-46

عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ صُرَدٍ قَالَ
كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلَانِ يَسْتَبَّانِ فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ فَقَالُوا لَهُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَقَالَ وَهَلْ بِي جُنُونٌ

Dari Sulaiman bin Shurad berkata; “Aku sedang duduk bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan ada dua orang yang saling mencaci. Satu diantaranya wajahnya memerah dan urat lehernya menegang. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh aku mengetahui satu kalimat yang bila diucapkan akan hilang apa yang sedang dialaminya. Seandainya dia mengatakan a’uudzu billahi minasy syaithaan“, (aku berlindung kepada Allah dari setan) “. Lalu orang-orang mengatakan kepada orang itu; “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata; “Berlindungkah kamu kepada Allah dari setan”. Orang itu berkata: “Apakah aku sudah gila?”.
Muttafaq ‘alaihi

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah
Surah Al-A’raf (7:200)

? Syaitan membangkitkan kemarahah kerana di dalamnya terkandung bahaya bagi agama dan dunia.

? Para sahabat manusia biasa yang ada sifat marah, tetapi mereka memenuhi tazkirah Rasulullah saw, tidak tenggelam dalam kebatilan.

? Kebijaksanaan Rasulullah saw dalam berdakwah kepada Allah…tidak dituju direct kepada orang yang sedang marah.

? Disunnah menasihati orang lain walaupun tidak diminta.

? Dibolehkan menyampaikan nasihat kepada orang yang belum mendengarkannya…

Al-Jamaah Menurut Istilah

0

AL-JAMA’AH

Al-Jamaah menurut bahasa :
Diambil dari perkataan (اجْتِمَاع) iaitu berkumpul dan lawannya (تَفَرَّقَ) iaitu bercerai-berai. Maka al-Jamaah membawa erti; satu golongan yang berhimpun untuk sesuatu urusan atau perkara .(Lihat Lisaanul al-Arab (8/53-60), oleh Ibnu Manzhur (w.711H). Lihat Al-Wajiz fi ‘Aqidati al-Salaf al-Soleh (ms.30), oleh Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari.)

Al-Jamaah menurut istilah :
Merupakan golongan salaf dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w., tabi’in ( generasi selepas sahabat ), tabi’ Tabi’in ( Generasi selepas tabi’in ), serta sesiapa yang mengikuti jalan mereka hingga hari kiamat, di mana mereka ini berkumpul atas landasan Al-Quran dan Al-Sunnah, serta berjalan di atas jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w, baik yang zahir mahupun batin.

– Sabda Nabi s.a.w:

(وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ، ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ)

Maksudnya : “ Dan sesungguhnya, agama ini (Islam), akan berpecah kepada 73 puak, 72 daripadanya di Neraka, dan satu di Syurga, iaitu al-Jamaah”.

[HR Abu Daud : no.4597] .

Hadith Abdullah bin Amru Radhiyallahu anhuma yang bermaksud :

………….Ia berkata : Siapakah jama’ah yang selamat dari api neraka wahai Rasulullah ? Beliau menjawab : ” Ialah Orang yang tetap berpegang dengan manhaj atau sunnah yang aku dan para sahabatku berjalan diatasnya “.

( Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Tirmidzi 2779 )

Berkata Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu :

( الجَمَاعَةُ مَا وَفَقَ الحَقَّ وَ إِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ )

Maksudnya : ” al-Jamaah itu, adalah apa-apa yang bertepatan dengan kebenaran, walau kamu bersendirian “.

( Diriwayatkan oleh Hibatullah bin al-Hasan al-Lalakai (w.418H) di dalam Syarh Ushul ‘Itiqaad Ahlis Sunnah wal Jamaah, (1/109), cet. Dar Thoyyibah, Riyadh, 1402, Pentahqiq : Dr.Ahmad Sa’ad Hamdan.)

Susunan: Cikgu Rahim

02.08.03#170615 : ASAL-USUL PERKEMBANGAN PEMALSUAN HADITS

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.03 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

ASAL-USUL PERKEMBANGAN PEMALSUAN HADITS

Para ahli sejarah hampir bersepakat bahawa pemalsuan hadits dan pembohongan di atas nama Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bermula pada awal era selepas pembunuhan khalifah Utsman ibn ‘Affan.

Hasil dari peristiwa itu, perpecahan berlaku di kalangan umat Islam kepada puak-puak dan kelompok-kelompok.

Dan bercampur aduklah di antara yang haq dan yang batil, yang ikhlas dengan yang mengikut hawa nafsu, yang hakikat dengan yang ditakwil.

Hanya saja peristiwa-peristiwa yang berlaku seiring dengan pembunuhan beliau memberi gambaran jelas bahawa pemalsuan hadits belum timbul dalam sejarah Islam, kecuali ianya timbul sebagai salah satu dari siri-siri propaganda yang disusun dan dirancang sebaiknya oleh generasi tidak bertanggungjawab dari kalangan Yahudi, Nasrani dan Parsi, dengan tujuan menghina Islam dan Muslim.

Kemudian berkembanglah usaha pemalsuan hadits dari satu matlamat ke matlamat yang lain, dan dari satu sebab ke sebab yang lain.

Bermula dengan tujuan menceritakan kelebihan-kelebihan para sahabat dan berakhir dengan tujuan-tujuan pribadi.

Dan ia hadir dalam segala aspek kehidupan secara khusus atau umum.

Oleh itu, kita akan mencuba pada nota-nota seterusnya untuk membentangkan kajian berdasarkan perkembangan bersiri dari perspektif masa akan sebab-sebab berlakunya pemalsuan hadits sama ada dengan sengaja atau tidak.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Siapakah Insan Yang Layak Digelar Al-Syadid: Hadis 45, Bab Sabar

0

Hadith seterusnya,hadith ke-45

 45- وعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏”‏ليس الشديد بالصرعة، إنما الشديد الذى يملك نفسه عند الغضب‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏ ‏‏ ‏والصرعة‏ ‏ بضم الصاد وفتح الراء‏.‏ وأصله عند العرب من يصرع الناس كثيراً‏ ‏

45. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukanlah orang yang keras – kuat – itu dengan banyaknya berkelahi, hanyasanya orang-orang yang keras – kuat – ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu sedang marah-marah.”                  (Muttafaq ‘alaih)

Ashshura-ah dengan dhammahnya shad dan fathahnya ra’, menurut asalnya bagi bangsa Arab, ertinya ialah orang yang suka sekali menyerang atau membanting orang banyak (sampai terbaring atau tidak sedarkan diri).

Hadis 25: Sifat Rambut Rasulullah Dan Mandi Menurut Sunnah

0

شرح الديارية
لأحاديث الشمائل المحمدية
للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة
(المتوفي سنة 279 هجرية)

Hadis 25, Dari Saitama, Jepun

25- حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ، وَكَانَ لَهُ شَعْرٌ فَوْقَ الْجُمَّةِ وَدُونَ الْوَفْرَةِ.

25- Telah bercerita kepada kami Hannad bin As-Sariy, dia berkata: Telah memberitahu kami `Abdu r-Rahman bin Abi z-Zinad, daripada Hisyam bin `Urwah, daripada bapanya, daripada `A’isyah, dia berkata:

Saya telah mandi, saya dan Rasulu Llah daripada bekas yang satu. Dan dia mempunyaï rambut di atas bahu, dan di bawah telinga.

Ulasan Adou_Fr:

Hadis ini diriwayatkan oleh `A’isyah, dan dia ialah isteri Nabi. Dalam hadis ini, `A’isyah menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam rumah tangganya, iaitu dia dan Nabi telah mandi daripada bekas yang satu. Hal yang sama juga diceritakan oleh isteri Nabi yang lain, iaitu Maymumah, bahawa dia telah mandi, dia dan Rasulu Llah daripada bekas yang satu, disebabkan janabah – iaitu hubungan seks –.

Penceritaan tentang mandi bersama ini sangat indah, jika ia dijadikan petunjuk hidup kita. Sebagai suami isteri, mandi bersama sebegini adalah satu cara hidup berkeluarga. Sama seperti hubungan kelamin sebagai cara hidup berkeluarga, mandi bersama juga harus menjadi imej dan bayangan hidup berkeluarga. Sama ada ia ialah mandi selepas bersetubuh dan melakukan hubungan seks, atau ia mandi yang biasa.

Namun, hal ini bukanlah untuk setiap mandi, dan bukanlah setiap hari. Ini disebabkan bangsa `Arab tidak dikenal sebagai bangsa yang mandi setiap hari. Berbeza dengan budaya Melayu yang mandi setiap hari beberapa kali, maka tidaklah perlu setiap kali mandi, suami dan isteri bersama-sama. Cukuplah apabila ia dilaksanakan secara berkala, mengikut keperluan dan kesesuaian, atau apabila ada keinginan untuk melakukannya.

Dalam hal mandi ini, bangsa Melayu sebenarnya mula melampaui batas dalam mandi, sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka melakukan pembaziran ketika mereka mandi. Dalam hadis setara yang menceritakan tentang `A’isyah dan Nabi mandi bersama, mereka berdua mandi dari bekas – besen atau tempayan – yang berisi 3 (آصع) asu` air. 1 (صاع) sa` air ialah 2.512 liter. Justeru, mereka berdua mandi dengan air sebanyak 7.536 liter. Supaya mudah dibayangkan, ia bersamaan dengan 5 botol air botol 1.5 liter. Dengan perkiraan matematik, kita dapat mengira bahawa secara purata, setiap seorang – Nabi dan `A’isyah – mandi menggunakan kurang 3 botol air botol 1.5 liter.

Apabila kita kembali kepada kehidupan kita, kita dapati bahawa sebahagian daripada kita sangat melampau dan membazir ketika mandi. Ramai yang mandi bukan untuk keperluan, tetapi untuk bermewah-mewahan. Sebahagian mandi dengan begitu lama dan menggunakan sangat banyak air, yang tanpa mereka sedari, ia menyalahi sunnah Nabi. Sebahagian menolak terus petunjuk Nabi dalam hal mandi ini, kerana bagi mereka, mandi ialah hak peribadi, dan mereka berhak untuk mandi sesuka hatinya.

Mandi ialah keperluan, dan Islam tidak mengehadkan seseorang untuk mandi hanya sekian sekian kali. Namun, ajaran Islam yang tetap ialah arahan Nabi agar tidak membazir. Nabi menyebut suatu hadis:

إِنَّهُ سَيَكُونُ فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الطَّهُورِ وَالدُّعَاءِ

«Sesungguhnya akan ada dalam umat ini, suatu golongan yang melampau ketika bersuci dan berdoa» [Abi Dawud/ 96, disahihkan oleh Al-Albaniy]

Sangatlah rugi jika kita termasuk dalam golongan yang disebut di dalam hadis ini, iaitu golongan yang melampau ketika bersuci dan berdoa. Bersuci adalah ketika berwudhu’ dan mandi, manakala berdoa adalah pada teks dan lafaz doa yang melampau.

Lebih membazir apabila seseorang menghabiskan masa yang sangat lama, sehingga ada yang melebihi setengah jam di dalam bilik mandi, lalu mereka merungut tidak sempat dan tidak cukup masa. Mereka bukan sahaja tidak menurut sunnah dalam mandi, tetapi telah melanggar larangan membazir, serta telah membazirkan masa. Sangat indah pepatah Melayu, buat baik berpada-pada. Berpada-padalah pada melakukan sesuatu, termasuk dalam hal mandi!

Seterusnya, `A’isyah menyebut sifat rambut Rasuli Llah, dan dia menceritakan dengan ringkas tentang rambut Nabi. Haruslah diketahuï bahawa `A’isyah ialah seorang wanita, dan dia masih muda ketika Nabi mati, sehingga diriwayatkan bahawa ketika Nabi mati, dia berusia 18 tahun. Namun, sebagai seorang perempuan, sebagai seorang yang muda, sebagai seorang isteri, dia hanya menyebut sebaris ayat sahaja tentang rambut Nabi.

Secara logik, sebagai seorang perempuan, sebagai seorang muda, sebagai seorang isteri, dia pasti mempunyaï sangat banyak kata dan cerita tentang Nabi. Andai seorang perempuan Melayu zaman ini berada di tempat `A’isyah, pasti hadis ini akan menjadi sepanjang sebuah ensiklopedia! Namun, `A’isyah yang dididik oleh Nabi, dia hanya bercakap apabila perlu, dan dia hanya bercakap apabila perkataan itu baik. Tidak seperti ramai wanita dewasa ini, mereka – atas nama kebebasan bersuara, atas nama hati dan perasaan – akan bercakap seperti orang gila – tanpa henti, tanpa difahami apakah yang ingin disampaikan!

Ini ialah sesuatu yang harus dipelajari oleh wanita zaman ini daripada `A’isyah – sedikit bicaranya, namun tinggi taqwanya! Berapa ramai wanita zaman ini yang panjang lidahnya, tetapi imannya senipis rambutnya! Wahai wanita, tahanlah lidah dan emosi anda, dan itulah tanda iman. Wahai wanita, tahanlah bicara dan umpatan anda, dan itu adalah tanda iman. Wahai wanita, tahanlah leteran dan bebelan anda, dan itulah tanda iman. Bercakaplah dengan `aqal, dan berbicaralah dengan penuh keimanan. Elakkan daripada syaytan dan godaannya. Elakkan daripada nafsu dan emosinya. Elakkan daripada neraka dan bahangnya. Contohilah `A’isyah yang digelar Ummu l-Mu’minin.

ترجمة وشرح باللغة الماليزية
Terjemahan dan Syarah oleh
محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري
ADÖULINÉ Lacharouphe
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Bab: Tanda iman, Cinta terhadap Kaum Ansor.

0

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،
بَابٌ: عَلاَمَةُ الإِيمَانِ حُبُّ الأَنْصَارِ

Bab: Tanda iman, Cinta terhadap Kaum Ansor.

Faedah,
1- Iman ialah tashdiq yakni membenarkan hati. Oleh itu mesti dizahirkan iman itu dengan amalan zahir. Kerana iman ialah kepercayaan yang sangat halus yang berada di dalam hati. Sebab itu lah tanda iman jika terzahir perasaan cintanya terhadap sahabat Nabi SAW. Dan antara sahabatnya ialah golongan sahabat kaum ansor.

٧ – حَدَّثَنَا أَبُو الوَلِيدِ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَبْرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسًا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «آيَةُ الإِيمَانِ حُبُّ الأَنْصَارِ، وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الأَنْصَارِ»

Abu alwalid menceritakan kepada kami,katanya Syu’bah menceritakan kepada kami,katanya Abdullah bin Abdillah bin Jabr mengkhabarkan kepadaku,katanya aku mendengar Anas dari Nabi SAW
berkata “Tanda iman adalah cintakan (kaum) Ansor, tanda munafiq adalah bencikan Ansor.”

Faedah hadith,

1- Lafaz alamat bermaksud tanda. Dan maksud tanda di sini ialah tanda yang terzahir dari perasaan cinta. Dan cinta perlu punyai bukti kukuh bahawa dia benar mencintai sahabat ansor. Dalil cinta dapat di lihat melalui amalannya yang bersesuai atau tidak dengan golongan sahabat ansor. Antara sifat golongan ansor, cepat melakukan amal kebaikan seperti cepat menerima Nabi SAW, cepat turut perintah Nabi SAW, cepat membantu golongan muhajirin dan Nabi SAW, cepat beramal dengan alquran dan AsSunnah dan lain-lain.

Contoh jika sahabat ansor tidak mengadakan bid’ah dalam agama maka kita pun sepatutnya tak buat bid’ah.

2- Kaum ansor ialah kabilah al aus dan kabilah al khazraj. Di sebut ansor kerana mereka membantu, menerima dan memberi tempat kepada Nabi SAW dan Sahabat Muhajirin.

3- Kelebihan ansor dari muhajirin dalam bab tanda iman kerana mereka sanggup berkorban untuk membela Nabi dan Muhajirin. Padahal golongan muhajirin bukan ada hubungan dengan mereka.

4- Dan antara kelebihan ansor kerana cinta mereka mendalam terhadap Allah dan Rasulullah. Oleh itu bab ini seolah menerangkan cara untuk melaksanakan cinta secara sebenar melalui bab-bab sebelum ini, kerana seolah-olah amalan ini diamalkan secara sempurna oleh kaum ansor. Iaitu nak cinta yang sebenar maka cintai lah ansor kerana mereka benar-benar menzahirkan cintanya terhadap Allah dan Rasulullah.

Wallahu a’lam
**habis di sini bab ini**
Boleh tanya soalan

?7⃣9⃣ Kenapa umat sekarang lebih mencinta tokguru daripada sahabat nabi saw? ?

Ustaz Solah: Kerana keliru cara sebenar untuk ikut Nabi SAW. Nak kenal Nabi maka kena kenal sahabat, nak kenal sahabat maka kena kenal sahabat kaum ansor. Bukan lah hanya terima bulat-bulat apa yang di bawa oleh guru-guru mereka dgn reka-reka amalan bid’ah lalu menerima bulat-bulat tanpa ilmu, dengan belajar hadith dan al-Quran, dapat lebih meluas cara untuk amal mengikut cara Nabi melalui bawakan sahabat.

?7⃣9⃣ Kalau rakyat negara lain meminta bantuan dari kita adakah kaum ansor menjadi contoh bagi kita melayan mereka sebaik-baiknya?

Utamakan pertolongan dari orang Islam..dan cara ini sesuai perbuatan sahabat ansor.
Habis di sini soalan..

Mula bab baru.
باب؛
Bab; (tanpa tajuk)

Faedah,

Beberapa kemungkinan sebab imam al-Bukhari tulis bab tanpa tajuk:

1- Imam al-Bukhari terlupa
2- Perawi dari imam al-Bukhari terlupa.
3- Penulis terlupa
4- Imam al-Bukhari bermaksud kosongkan bab untuk ditulis kemudian tapi tidak sempat.
5- Banyak sangat faedah penting dapat dari hadith bab itu. Sebab itu dikosongkan.
6- Untuk uji minda sesiapa yang belajar kitabnya. Ini keutamaan orang yang belajar secara mendalam kitabnya.
7- Imam al-Bukhari ingin menerangkan bab itu seolah sesuai dengan bab terdahulu atau contoh-contoh masalah dari bab terdahulu.
8- Jawapan bagi kekeliruan yang timbul dari bab sebelum.
9- atau selain dari itu wallahu a’lam.

٨ – حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو إِدْرِيسَ عَائِذُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا وَهُوَ أَحَدُ النُّقَبَاءِ لَيْلَةَ العَقَبَةِ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ، وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ: «بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لاَ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا، وَلاَ تَسْرِقُوا، وَلاَ تَزْنُوا، وَلاَ تَقْتُلُوا أَوْلاَدَكُمْ [ص: ١٣] ، وَلاَ تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ، وَلاَ تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ، فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ، وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ، وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ، إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ» فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِكَ

Abu a layman menceritakan kepada kami,katanya Syuaib mengkhabarkan kepada kami dari Azzuhri,katanya Abu Idris Aizullah bin Muhammad mengkhabarkan kepada ku bahawa Ubadah bin Somit dia adalah dikalangan ahli Badar. Dan dia dikalangan Nuqaba’ pada malam al’aqabah (dia berkata)

Sungguhnya Rasulullah SAW berkata ketika dia dikelilingi sahabatnya: Berbaiatlah denganku bahawa kamu tidak akan sedikit pun syirik kepada Allah. Dan tidak mencuri dan tidak berzina dan tidak bunuh anak-anak kamu dan tidak mendatangkan dusta rekaan kamu sendiri dan tidak derhaka dalam perkara ma’ruf. sesiapa dikalangan kamu yang sempurnakan janji baiatnya maka pahalanya Allah(sempurnakan) dan sesiapa melanggar sesuatupun dari janji baiatnya lalu di azab di dunia maka azab itu sebagai kafarah buatnya. Dan jika sesiapa melanggar sesuatupun dari janji baiatnya kemudian Allah sembunyikan dosanya maka dia diserah kepada Allah jika Dia ingin Dia boleh ampun dan jika Dia ingin Dia boleh balas azab terhadapnya kerana itu.

Faedah hadith,

1- Cerita dalam hadith ini berkaitan dengan ‘Ubadah bin as-Somit. Dia di kalangan kaum ansor. Melalui cerita ini dapat contoh hal bab-bab sebelum bab kosong ini.

2- Antara kelebihannya beliau ialah dia di kalangan sahabat yang hadir peperangan badar dan juga salah seorang nuqaba’ yang berbaiat pada malam al-‘Aqabah.

3- Janji baiat juga tanda kesetiaan beliau dan sahabat-sahabat lain yang sanggup mempertahankan maruah Islam iaitu sanggup berjanji tidak mahu melakukan amalan-amalan maksiat penderhakaan terhadap Allah.

4- Hadith ini dalil bagi kaum ansor kaum yang mula-mula berbaiat untuk menegakkan tauhid dan syariat hingga sanggup bermatian. Oleh sebab itu cintai mereka antara tanda iman.

5- Pendosa jika melakukan dosa lalu Allah balas di dunia maka mereka terampun dosa. Dan Allah lah yang mengetahui adakah benar mereka itu bertaubat setelah di azab atau tidak..atau juga dengan limpah kurniaan Allah dosa mereka terampun. Walaubagaimana pun tetap dosa-dosa besar seperti syirik mesti bertaubat baru lah terampun. Dan mungkin azab di dunia sebagai asbab dia akan bertaubat..
Wallahu a’lam
**habis disini sahaja kelas malam ini**
Wallahu a’lam bissowab,

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

? Bilik 79 : adakah dosa syirik terampun dosanya? pernah dengar dosa syirik adalah 1 daripada 7 dosa besar yang tak diampunkan dosanya..minta pencerahan

Ustaz Solah: Sila lihat faedah no 5, syirik tidak terampun sesuai dengan ayat al-Quran

? (Bilik 111): Maaf. Saya nak tanya. Apa maksud baiat?

Jawapaan:
Baiat: mengucap lafaz janji taat setia.

? Maaf ustaz, saya keliru..dalam faedah 5 ustaz katakan “walaubagaimana pun tetap dosa-dosa besar seperti syirik mesti bertaubat baru lah terampun”..kiranya dosa syirik akan diampunkan andai bertaubat, begitu ke?

Ya..mesti taubat dulu..

? Bilik 119
Bagaimana cara ingin taubat dosa syirik ustaz?

Jawapan:
Taubat makna kembali, menyesali, tak buat dah. Jadi kalau bertaubat betul kena kembali kepada tauhid iaitu tidak syirik, menyesali perbuatan syirik itu, dan tak ingin buat dah amalan tu. Jika ada ni maka taubat, maka minta ampun je la dosa-dosa tu dan kena yakin Allah pasti ampun dosa kita kerana Allah maha pengampun lagi maha belas kasihan..

Bertaubat kita, nyawa masih di kandung badan manakala sudah mati tiada guna sebarang taubat.

?7⃣9⃣ Adakah peperangan juga salah satu cara mengajak kepada mengesakan Allah dan menghapus syirik?

Peperangan ada syaratnya dan jihad ini adalah tahap akhir dalam menyeru tauhid jika banyak mashlahah (kebaikan) dari mafsadah (keburukan) dan sesuai dengan syarat-syarat yang ada melalui al-Quran dan as-Sunnah, jika cukup syaratnya maka jihad antara salah satu menegakkan kalimah Allah di tempat tertinggi. Bab jihad akan di bahas pada tempatnya dalam al-Bukhari in sya Allah..

Hadits 23: Menyayangi haiwan, berilah makan dengan baik

0

#SilsilahShahihah:

Takutlah kepada Allah dalam memelihara haiwan-haiwan yang tidak dapat berbicara ini. Tunggangilah ia dengan baik, dan berilah makan kepadanya dengan baik.

اتقوا الله في هذه البهائم المعجمة، فاركبوها صالحة و كلوها صالحة.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 2548.

Ulasan:

1. Hadits panjangnya adalah Rasulullah ﷺ melintasi seekor unta yang sangat kurus kerana tidak diberi makan dengan baik, lalu baginda mengucapkan hadits di atas.

2. Menjadi tanggungjawab penternak untuk memastikan haiwan peliharaannya mendapat makanan yang secukupnya.

Kesabaran Isteri Abu Thalhah, Allah Balas Ganjaran: Hadis 44

0

Hadith ke 44 bab sabar

 44- وعن أنس رضي الله عنه قال‏:‏ كان ابن لأبي طلحة رضي الله عنه يشتكي، فخرج أبو طلحة، فقبض الصبي، فلما رجع أبو طلحة قال‏:‏ ما فعل ابني‏؟‏ قالت أم سليم وهى أم الصبي ‏:‏ هو أسكن ما كان، فقربت إليه العشاء فتعشى، ثم أصاب منها، فلما فرغ قالت‏:‏ واروا الصبي، فلما أصبح أبو طلحة أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخبره، فقال‏:‏ ‏”‏أعرستم الليلة ‏؟‏‏”‏ قال‏:‏ نعم ، قال‏:‏ ‏”‏اللهم بارك لهما، فولدت غلاماً، فقال لي أبو طلحة‏:‏ احمله حتى تأتى به النبي صلى الله عليه وسلم، وبعث معه بتمرات، فقال‏:‏ ‏”‏أمعه شيء‏؟‏‏”‏ قال‏:‏ نعم، تمرات فأخذها النبي صلى الله عليه وسلم فمضغها ، ثم أخذها من فيه فجعلها في فيّ الصبي ، ثم حنكه وسماه عبد الله‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏. ‏وفى رواية للبخاري‏:‏ قال ابن عيينة ‏:‏ فقال رجل من الأنصار ‏:‏ فرأيت تسعة أولاد كلهم قد قرؤوا القرآن ، يعنى من أولا عبد الله المولود‏ ‏

وفى رواية لمسلم‏:‏ مات ابن لأبي طلحة بن أم سليم ، فقالت لأهلها لا تحدثوا أبا طلحة بابنه حتى أكون أنا أحدثه، فجاء فقربت إليه عشاءً فأكل وشرب، ثم تصنعت له أحسن ما كانت تصنع قبل ذلك، فوقع بها، فلما أن رأت أنه قد شبع وأصاب منها قالت‏:‏ يا أبا طلحة، أرأيت لو أن قوماً أعاروا عاريتهم أهل بيت فطلبوا عاريتهم، ألهم أن يمنعوهم‏؟‏ قال‏:‏ لا، فقالت ‏:‏ فاحتسب ابنك‏.‏ قال‏:‏ فغضب، ثم قال‏:‏ تركتني حتى إذا تلطخت أخبرتني بابني‏؟‏‏!‏ فانطلق حتى أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخبره بما كان ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏.‏ ‏”‏بارك الله في ليلتكما‏”‏ قال‏:‏ فحملت، قال وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر وهي معه، وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أتى المدينة من سفر لا يطرقها طروقاً فدنوا من المدينة، فضربها المخاض، فاحتبس عليها أبو طلحة، وانطلق رسول الله صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ يقول أبو طلحة‏:‏ إنك لتعلم يارب أنه يعجبني أن أخرج مع رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا خرج، وأدخل معه إذا دخل، وقد احتبست بما ترى، تقول أم سليم‏:‏ يا أبا طلحة ما أجد الذى كنت أجد، انطلق،فانطلقنا، وضربها المخاض حين قدما فولدت غلاماً‏.‏ فقالت لي أمي ‏:‏ يا أنس لا يرضعه أحد حتى تغدو به على رسول الله صلى الله عليه وسلم، فلما أصبح احتملته فانطلقت به إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم‏.‏ وذكر تمام الحديث

44. Dari Anas r.a., katanya: “Abu Thalhah itu mempunyai seorang putera yang sedang menderita sakit. Abu Thalhah keluar pergi – menghadap Nabi s.a.w., kemudian anaknya itu dicabutlah rohnya – yakni meninggal dunia. Ketika Abu Thalhah kembali -waktu itu ia sedang berpuasa, ia berkata: “Bagaimanakah keadaan anakku?” Ummu Sulaim, iaitu ibu anak tersebut – jadi isterinya Abu Thalhah – menjawab: “Ia dalam keadaan yang setenang-tenangnya.” Isterinya itu lalu menyiapkan makanan malam untuknya kemudian Abu Thalhah pun makan malamlah, selanjutnya ia menyetubuhi isterinya itu. Setelah selesai, Ummu Sulaim berkata: “Makamkanlah anak itu.” Setelah menjelang pagi harinya Abu Thalhah mendatangi Rasulullah s.a.w., lalu memberitahukan hal tersebut – kematiannya anaknya yang ia baru mengerti setelah selesai tidur bersama isterinya. Kemudian Nabi bersabda: “Adakah engkau berdua bersetubuh tadi malam?” Abu Thalhah menjawab: “Ya.” Beliau lalu bersabda pula: “Ya Allah, berikanlah keberkahan pada kedua orang ini -yakni Abu Thalhah dan isterinya. Selanjutnya Ummu Sulaim itu melahirkan seorang anak lelaki lagi. Abu Thalhah lalu berkata padaku – aku di sini ialah Anas r.a. yang meriwayatkan Hadis ini: “Bawalah ia sehingga engkau datang di tempat Nabi s.a.w. dan besertanya kirimkanlah beberapa biji buah kurma. Nabi s.a.w. bersabda: “Adakah besertanya sesuatu benda?” Ia -Anas- menjawab: “Ya. ada beberapa biji buah kurma.” Buah kurma itu diambil oleh Nabi s.a.w. lalu dikunyahnya kemudian diambillah dari mulutnya, selanjutnya dimasukkanlah dalam mulut anak tersebut. Setelah itu digosokkan di langit-langit mulutnya dan memberinya nama Abdullah.”
(Muttafaq ‘alaih

Dalam riwayat Bukhari disebutkan demikian:

Ibnu ‘Uyainah berkata: “Kemudian ada seorang dari golongan sahabat Anshar berkata: “Lalu saya melihat sembilan orang anak lelaki yang semuanya dapat membaca dengan baik dan hafal akan al-Quran, iaitu semuanya dari anak-anak Abdullah yang dilahirkan hasil peristiwa malam dahulu itu.

Dalam riwayat Muslim disebutkan: “Anak Abu Thalhah dari Ummu Sulaim meninggal dunia, lalu isterinya itu berkata kepada seluruh keluarganya: “Janganlah engkau semua memberitahukan hal kematian anak itu kepada Abu Thalhah, sehingga aku sendirilah yang hendak memberitahukannya nanti.” Abu Thalhah – yang saat itu berpergian – lalu datanglah, kemudian isterinya menyiapkan makan malam untuknya dan ia pun makan dan minumlah. Selanjutnya isterinya itu memperhias diri dengan sebaik-baik hiasan yang ada padanya dan bahkan belum pernah berhias semacam itu sebelum peristiwa tersebut. Seterusnya Abu Thalhah menyetubuhi isterinya. Sewaktu isterinya telah mengetahui bahawa suaminya telah kenyang dan selesai menyetubuhinya, ia pun berkatalah pada Abu Thalhah: “Bagaimanakah pendapat kanda, jikalau sesuatu kaum meminjamkan sesuatu yang dipinjamkannya kepada salah satu keluarga, kemudian mereka meminta kembalinya apa yang dipinjamkannya. Patutkah keluarga yang meminjamnya itu menolak untuk mengembalikannya benda tersebut kepada yang meminjaminya?” Abu Thalhah menjawab: “Tidak boleh menolaknya – yakni harus menyerahkannya.” Kemudian berkata pula isterinya: “Nah, perhitungkanlah bagaimana pinjaman itu jikalau berupa anakmu sendiri?” Abu Thalhah lalu marah-marah kemudian berkata: “Engkau biarkan aku tidak mengetahui – kematian anakku itu, sehingga setelah aku terkena kotoran – maksudnya kotoran bekas bersetubuh, lalu engkau beritahukan hal anakku itu padaku.”
Iapun lalu berangkat sehingga datang di tempat Rasulullah s.a.w. lalu memberitahukan segala sesuatu yang telah terjadi, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu berdua dalam malam mu itu.”

Anas r.a. berkata: “Kemudian isterinya hamil.” Anas r.a. melanjutkan katanya: “Rasulullah s.a.w. sedang dalam berpergian dan Ummu Sulaim itu menyertainya pula – bersama suaminya juga. Rasulullah s.a.w. apabila datang di Madinah di waktu malam dari berpergian, tidak pernah mendatangi rumah keluarganya malam-malam. Ummu Sulaim tiba-tiba merasa sakit kerana hendak melahirkan, maka oleh kerana Abu Thalhah tertahan – yakni tidak dapat terus mengikuti Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. terus berangkat.”
Anas berkata: “Setelah itu Abu Thalhah berkata: “Sesungguhnya Engkau tentulah Maha Mengetahui, ya Tuhanku, bahawa saya ini amat tertarik sekali untuk keluar berpergian bersama-sama Rasulullah s.a.w. di waktu beliau keluar berpergian dan untuk masuk -tetap di negerinya – bersama-sama dengan beliau di waktu beliau masuk. Sesungguhnya saya telah tertahan pada saat ini dengan sebab sebagaimana yang Engkau ketahui.”

Ummu Sulaim lalu berkata: “Hai Abu Thalhah, saya tidak menemukan sakitnya hendak melahirkan sebagaimana yang biasanya saya dapatkan – jikalau hendak melahirkan anak. Maka itu berangkatlah. Kita pun – maksudnya Rasulullah s.a.w., Abu Thalhah dan isterinya – berangkatlah, Ummu Sulaim sebenarnya memang merasakan sakit hendak melahirkan, ketika keduanya itu datang, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Ibuku – yakni ibu Anas r.a. – berkata padaku – pada Anas r.a.: “Hai Anas, janganlah anak itu disusui oleh siapapun sehingga engkau pergi pagi-pagi besok dengan membawa anak itu kepada Rasulullah s.a.w.”

Ketika waktu pagi menjelma, saya – Anas r.a. – membawa anak tadi kemudian pergi dengannya kepada Rasulullah s.a.w. Ia lalu meneruskan ceritera Hadis ini sampai selesainya.

Keterangan:

Hadis di atas itu memberikan kesimpulan tentang sunnahnya melipur orang yang sedang dalam kedukaan agar berkurang kesedihan hatinya, juga bolehnya memalingkan sesuatu persoalan kepada persoalan yang lain lebih dulu, untuk ditujukan kepada hal yang dianggap penting, sebagaimana perilaku isteri Abu Thalhah kepada suaminya. Ini tentu saja bila amat diperlukan untuk berbuat sedemikian itu.

Sementara itu Hadis di atas juga menjelaskan akan sunnahnya seseorang isteri berhias seelok-eloknya agar suaminya tertarik padanya dan tidak sampai terpesona oleh wanita lain, sehingga menyebabkan terjerumusnya suami itu dalam kemesuman yang diharamkan oleh agama. Demikian pula isteri dianjurkan sekali untuk berbuat segala hal yang dapat menggembirakan suami dan melayaninya dengan hati penuh kelapangan serta wajah berseri-seri, baik dalam menyiapkan makanan dan hidangan sehari-hari ataupun dalam seketiduran.

 Jadi salah sekali, apabila seseorang wanita itu malahan berpakaian serba kusut ketika di rumah, tetapi di saat keluar rumah lalu bersolek seindah-indahnya. Juga salah pula apabila seorang isteri itu kurang memerhatikan keadaan dan selera suaminya dalam hal makan minumnya, atau pun dalam cara melayaninya dalam persetubuhan.

Popular

Iklan

Iklan