Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadis 48: Nabi Wasiatkan Agar Bersabar Dari Marah

Hadis 48: Nabi Wasiatkan Agar Bersabar Dari Marah

387
0

Sambungan kitab Riyadus Solihin

Hadith ke – 48

 48- وعن أبي هريرة رضي الله عنه ، أن رجلاً قال للنبي صلى الله عليه وسلم‏:‏ أوصني، قال‏:‏ ‏”‏لا تغضب‏”‏ فردد مراراً، قال‏:‏ ‏”‏ لاتغضب‏”‏ رواه البخاري‏.‏

48. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berilah wasiat padaku.” Beliau s.a.w. bersabda: “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi beliau s.a.w. tetap bersabda: “janganlah marah.”                                                      (Riwayat Bukhari)

Keterangan:

Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini
ialah:

(a)        Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda’. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.

(b)       Kita dilarang marah ini apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi kalau berhubungan dengan hak-hak Allah, maka wajib kita pertahankan sekeras-kerasnya, misalnya agama Allah dihina orang, al-Quran  diinjak-injak atau dikencingi, alim  ulama diolok-olok padahal tidak bersalah dan lain-lain sebagainya.

(c)        Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun beliau tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat dan faedahnya. Cubalah kalau kita ingat-ingat, bahawa timbulnya semua kerosakan di dunia ini sebahagian besar ialah kerana manusia ini tidak dapat mengekang hawa nafsu dan syahwatnya, tidak suka menahan marah, sehingga menimbulkan darah mendidih dan akhirnya ingin menghentam dan membalas dendam.

(d) Memberi nasihat kewajipan muslim terhadap saudaranya.

(e) Mengulangi nasihat sangat bermanafaat bagi penerima nasihat.

(f) Untuk mengedali marah;
1. Memohon perlindungan Allah
2. Diam
3. Duduk atau baring.

Komen dan Soalan