Utama Blog Halaman 277

Hadis 58: Akibat Tidak Jujur Umat Nabi Terdahulu

0

58. Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada seorang Nabi dari golongan beberapa Nabi shalawatullahi wa salamuhu ‘alaihim berperang, kemudian ia berkata kepada kaumnya: “Jangan mengikuti peperanganku ini seorang lelaki yang memiliki kemaluan wanita – yakni baru kahwin – dan ia hendak masuk tidur dengan isterinya itu, tetapi masih belum lagi masuk tidur dengannya, jangan pula mengikuti peperangan ini seorang yang  membangun rumah dan belum lagi mengangkat atapnya – maksudnya belum selesai sampai sempurna sama sekali, jangan pula seseorang yang membeli kambing atau unta yang sedang bunting tua yang ia menantikan kelahiran anak-anak ternaknya itu – yang dibelinya itu.

Nabi itu lalu berperang, kemudian mendekati sesuatu desa pada waktu shalat Asar atau sudah dekat dengan itu, kemudian ia berkata kepada matahari: “Sesungguhnya engkau – hai matahari – adalah diperintahkan – yakni berjalan mengikuti perintah Tuhan – dan saya pun juga diperintahkan – yakni berperang ini pun mengikuti perintah Tuhan. Ya Allah, tahanlah jalan matahari itu di atas kita.” Kemudian matahari itu tertahan jalannya sehingga Allah memberikan kemenangan kepada Nabi tersebut.

Beliau mengumpulkan banyak harta rampasan. Kemudian datanglah, yang dimaksud datang adalah api, untuk makan harta rampasan tadi,  tetapi ia tidak suka memakannya. Nabi itu berkata: “Sesungguhnya di kalangan engkau semua itu ada yang menyembunyikan harta rampasan, maka dari itu hendaklah berbai’at padaku – dengan jalan berjabatan tangan – dari setiap kabilah seseorang lelaki. Lalu ada seorang lelaki yang lekat tangannya itu dengan tangan Nabi tersebut. Nabi itu lalu berkata lagi: “Nah, sesungguhnya di kalangan kabilah-mu itu ada yang menyembunyikan harta rampasan. Oleh sebab itu hendaklah seluruh orang dari kabilahmu itu memberikan pembai’atan padaku.” Selanjutnya ada dua atau tiga orang yang tangannya itu lekat dengan tangan Nabi itu, lalu beliau berkata pula: “Di kalanganmu semua itu ada yang menyembunyikan harta rampasan.” Mereka lalu mendatangkan sebuah kepala sebesar kepala lembu yang terbuat dari emas – dan inilah benda yang disembunyikan, lalu diletakkanlah benda tersebut, kemudian datanglah api terus memakannya – semua harta rampasan.

Oleh sebab itu memang tidak halallah harta-harta rampasan itu untuk siapapun ummat sebelum kita, kemudian Allah menghalalkannya untuk kita harta-harta rampasan tersebut, di kala Allah mengetahui betapa kedhaifan serta kelemahan kita semua. Oleh sebab itu lalu Allah menghalalkannya untuk kita.” (Muttafaq ‘alaih)

Alkhalifaat, dengan fathahnya kha’ mu’jamah dan kasrahnya lam adalah jamaknya khalifatun, artinya ialah unta yang bunting.

Hadits 30: Menyayangi haiwan

0

Pada suatu ketika ada seekor anjing berputar-putar di sekitar sebuah telaga, ia hampir mati kerana kehausan. Seorang pezina daripada kaum pelacur Bani Isra’il melihatnya, lalu wanita itu menanggalkan kasutnya kemudian mengambilkan air untuk anjing tadi, dan memberinya minum. Wanita itu diampuni dosanya kerana perbuatan tersebut.

بينما كلب يطيف بركية قد كاد يقتله العطش، إذ رأته بغي من بغايا بني إسرائيل فنزعت موقها، فاستقت له به فسقته إياه، فغفر لها به.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 3467, Muslim no. 2245.

#SilsilahShahihah:

Adakah Imam Syafie Takwil Sifat Allah

0

Persoalan yang ana timbulkan bukanlah bertujuan untuk “mengkaji zat” Allah s.w.t, kerana hal itu ditegah sama sekali didalam syariat, tujuan persoalan itu hanyalah untuk menyatakan bahawa mengisbatkan sifat-sifat Allah seperti mana yang telah warid didalam nas bukanlah mujassimah atau musyabbihah seperti mana yang didakwa oleh sesetengah golongan. Dan tuduhan itu sebenarnya adalah bersumber dari firqoh yang sesat lagi menyesatkan.

Berkenaan dengan sifat-sifat Allah, jalan yang paling selamat ialah seperti cara golongan salafussoleh, iaitu serah bulat-bulat makna yang dikehendaki kepada Allah s.w.t, kerana aqal manusia tidak mampu untuk memikirinya, usahkan sifat Allah, tentang makhluk ciptaan Allah pun aqal manusia tidak mampu mencapainya, seperti mana mafhum yang terdapat dalam sepotong hadis yang menghuraikan tentang syurga:

ما لا عين رأت ولا اذن سمعت ولا خطر على قلب بشر

Syurga ialah benda yang tidak pernah dilihat oleh mana-mana mata, dan tidak pernah didengari oleh mana-mana telinga, dan tidak pernah terlintas difikiran mana-mana manusia..
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Ini baru makhluk ciptaan allah, aqal manusia sudah tidak mampu untuk memikirinya apatah lagi zat Allah s.w.t yang maha agung lagilah aqal manusia tidak mampu memikirkannya.

Oleh kerana itu nabi s.a.w berpesan:

تفكروا في الخلق ولا تفكروا في الخالق

Fikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah, tetapi jangan sesekali kamu memikiri tentang zat kholiq.

Hadis marfuq melalui Abu Hurairah

Oleh kerana itu, golongan salaf (yang asli dari kalangan murid Nabi s.a.w yakni para sahabat sehinggalah akhir kurun ketiga) mereka tidak menghuraikan tentang sifat-sifat Allah, mereka hanya sebut sekadar yang warid sahaja, lalu makna hakikinya serah kepada Allah.

Walaupun begitu, hukum menghuraikan (mentakwil) sifat-sifat Allah adalah harus selagi mana ianya tidak bercanggah dengan nas atau tidak melampau didalam takwilan, dengan kata lain menepati kaedah, namun jika sampai ketahap tidak mensabitkan lafaz-lafaz asal yang telah warid dalam al-Quran dan hadis tentang sifat-sifat Allah, maka haram hukumnya.

Oleh itu hukum mentakwil sifat-sifat Allah ini hanya “harus” sahaja, bukanya wajib, bahkan silap takwil akan menjadi sumber dosa, kerana itu Nabi serta para sahabat tidak pernah menghuraikan tentang sifat-sifat Allah, sebab telah makruf Allah s.w.t tidak menyerupai makhluk.

Adapun dakwaan bahawa mesti atau wajib beraqidah aliran kholaf (asya’iroh dan maturidiyyah) adalah dakwaan mereka yang tak memahami apa yang mereka pelajari, sebab terbukti didalam kitab-kitab ulama kholaf, pada akhir huraian mereka tentang sifat Allah, mereka berkata “cara salaf (iaitu tidak menghuraikan sifat-sifat Allah) adalah cara paling selamat”.

Secara tidak sedar dakwaan mereka sebenarnya menafikan aqidah para salafussoleh yang dijamin sebagai ahli syurga yang mana mereka semua mati tanpa menghuraikan sedikitpun tentang sifat-sifat Allah yang hidup 300 tahun sebelum terciptanya aliran kholaf.

Dan mereka (golongan kholaf celup) sebenarnya tidak pun mengerti apakah tujuan sebenar akidah aliran kholaf dibentuk.. bahkan ramai dari mereka (kholaf celup) tidak pun mengerti tentang falsafah yang merupakan perkara asas kepada aliran kholaf, jika tidak tahu secara mendalam tentang falsafah, maka akan jadilah “kepala masuk sapoh”

? Bagaimana jika ada yang menakwil sifat-sifat Allah seperti yadullah sebagai suatu anggota? saya pernah berhadapan situasi ini.. jika ikut kaedah salaf, salaf tak kata ia sebagai anggota tapi menyerahkan maknanya bulat-bulat pada Allah..

Jawapan: Kami hanya beriman sebagaimana yang warid.

Maka hukumnya jika masih mengatakan ia sebagai anggota?

Jawapan: Kalau yang dimaksudkan sebagai anggota yang menyerupai makhluk tanpa khilaf mujassimah.

Allah mendengar, apa beza dengan tangan Allah?
Bukankah semuanya mutasyabihaat?

Akal manusia tidak mampu untuk sampai, oleh itu syariat menegah melampau dalam hal ini.

Dalam nas warid :
Yad, sima’, dhohik, istiwa’, qodam..

Kaedah imam syafei adalah kaedah salaf. Bahkan semua imam-imam mujtahid beraqidah salaf.

Ibn hammad menyatakan:

من شبه الله بشيء من خلقه فقد كفر, ومن انكر ما وصف الله به نفسه فقد كفر, فليس ما وصف الله به نفسه ورسوله تشبيه

Barangsiapa menyamakan Allah s.w.t dengan sesuatu apa pun dari makhluk ciptaanya maka dia telah kufur, dan barangsiapa yang mengingkari apa yang Allah s.w.t sifatkan dengan sifat itu pada dirinya maka sesungyuhnya dia juga telah kufur, maka bukanlah apa yang Allah s.w.t dan rasulnya sifatkan kepadanya( Allah dengan mana-mana sifat seperti yaad, istiwa’, wajah) itu dikira tasybiih.

Yang dikatakan tasybiih adalah apabila mendakwa “yaad itu seperti tanganku atau tangan makhluk”

Allah mendengar seperti aku atau mekhluk mendengar.

Allah istiwa sepertimana makhluk istiwa.

Maka ini jelas lagi bersuluh telah menyamakan Allah dengan makhluk.

Namun dalam hal ini ada golongan pelampau seumpama jahmiyyah sejak ribuan tahun dahulu lagi, mereka ini melampau didalam hal sifat ketuhanan yang tidak mampu pun akal manusia sampai, dengan kata lain, bukan medan yang boleh dimasuki oleh akal manusia yang cetek, yang tidak mampu pun memikiri tentang syurga makhluk ciptaan Allah.

Mereka para jahmiyah sentiasa mengutamakan akal mereka dengan membelakangi wahyu, sehingga mereka ghuluw didalam menghukum, lalu mereka menggelarkan kepada ASWJ sebagai musyabbihah dan mujassimah, bagi mereka sesiapa sahaja yang mengisbatkan sifat-sifat Allah s.w.t seperti mana yang telah warid sebagai “GOLONGAN MUSYABBIHAH DAN MUJASSIMAH”..maka umat Islam sepatutnya mengetahui kesesatan mereka sejak ribuan tahun dahulu lagi.

Kata guru imam Bukhori, Ishaq ibn Roohawaih :

انما يكون التشبيه اذا قال يد كيد او مثل يد, او سمع كسمع او مثل سمع, فاذا قال سمع كسمع او مثل سمع فهذا التشبيه.
واما اذا قال كما قال الله تعالى”يد, وسمع, وبصر ” ولا يقول كيف ولا يقول مثل سمع او كسمع فهذا لا يكون تشبيها, وهو كما قال تعالى في كتابه ليس كمثله شيء.

Sesungguhnya berlaku (yang dikatakan ) tasybiih itu apabila seseorang itu mendakwa yaad (tangan) seperti tangan (makhluk), atau seumpama tangan makhluk, atau (dia mendakwa) pendengaran Allah seperti atau seumpama pendengaran makhluk, maka apabila seseorang itu mendakwa “pendengaran Allah seperti pendengaran makhluk” maka itulah yang dikatakan tasybiih.

Adapon jika seseorang itu menyebut “yaad (tangan) ,pendengaran, penglihatan, dan dia tidak menyebut kaifiyyat, dan dia menyatakan “pendengaran seperti pendengaran makhluk” MAKA INI BUKANLAH TASYBIIH NAMANYA” dan ini (menepati) seperti mana firman Allah s.w.t :

Tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya.

Maka golongan yang gemar mentajsimkan atau mentasbihkan umat islam, cuba lihat, mereka mencontohi golongan yang mana?

Perkara ini jelas dinyatakan oleh Syah Waliyullah ad Dehlawi bahawa terdapat golongan yang gemar melemparkan tuduhan tajsim dan tasybih kepada golongan yang mengisbatkan sifat-sifat Allah seperti mana yang telah warid.

Sesiapa yang pandai arab, rujuk kajian secara ilmiyyah pasal imam Syafei

Imam Syafie

Dalam kitab diatas dikumpul keseluruhan kalam tentang manhaj imam Syafei dalam akidah, bukan seperti mana sesetengah bloger hanya petik separuh-separuh yang bersesuaian dengan kehendaknya. Kalau tidak tahu kedua-dua aliran, diam itu lebih baik. Kerana dibimbangi kita hanya fokus kepada kholaf, lalu secara tidak sedar menafikan salaf. Ana menyatakan itu bertujuan supaya yang tidak tahu usah berani membicarakannya.

Kerana perbicaraan akidah jika silap, bahaya. Imam Syafei disegi aqidah solid salaf. Ana berani mengiyakan kerana imam Syafei tidak mentakwil, aliran kholaf mentakwil. Tidak sama disudut takwil atau tidak.

*Dalam Ar Risalah, Imam Asy Syafi’i berkata, “Segala puji bagi Allah yang memiliki sifat-sifat sebagaimana Dia mensifati diri-Nya, dan di atas yang disifati makhluk-Nya.”

Adz Dzahabi dalam Siyar A’lam An Nubala’ (XX/341) menuturkan dari Imam Asy Syafi’i, kata beliau, “Kita menetapkan sifat-sifat Allah ini sebagaimana disebutkan di dalam Al Quran dan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan kita meniadakantasybih (menyamakan Allah dengan makhluk-Nya), sebagaimana Allah meniadakan tasybih itu dalam firman-Nya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْئٌ

“Tidak ada satu pun yang serupa dengan Dia.” [Asy Syura: 11]

*Tambahan penulis, dipetik dari http://muslim.or.id/10705-bermadzhab-syafii-berakidah-asyari.html

Tahukah apa kenyataan imam Syafei tentang Allah s.wt dilangit? Dan juga kenyataan imam Abu Hanifah?

Adakah imam Syafei beraliran kholaf?
Apakah orang mazhab Syafei boleh dikatakan mazhab Hanafi?

Bahaya aliran kholaf dimalaysia, sehingga mereka gemar menghukum umat Islam lain sebagai mujassimah, betul atau tidak pembaca sekalian?

Samakah dengan imam Syafei?. Aliran kholaf Malaysia banyak yang condong kepada golongan-golongan pelampau
Setuju atau tidak? Dan tidak salah jika dikatan tidak ikut imam Syafei.

Tentang Allah bertempat atau tidak, ada tak satu sahaja nas wahyu tentangnya?. Dituduh wahabi semata-mata kerana mengisbatkan sifat Allah seperti yang warid. Dan ada diantara mereka menuduh Muhammad bin Abd Wahab sebagai mujassimah, Ibn Taimiyyah sebagai mujassimah, adakah kita setuju hal ini?

Hal ini, boleh dilihat waqi’ di Malaysia, jelas terang lagi bersuluh. Tapi kita kena sedar, ramai ahli pondok mengkafirkan ibn Taimiyyah, atas alasan mujassimah. Sewaktu di kg. Darau Besut, ada satu program “Guru pondok bersama mufti Terengganu”.. isunya tentang bahaya aliran sesat, tapi guru pondok itu terlampau ghuluw sehingga beliau menyatakan dengan gahnya “IBN TAIMIYYAH KAAFIR”, terus beliau ditegur oleh mufti Terengganu, serta mufti menyatakan hal yang sebenar yang disalah fahami oleh guru pondok tersebut, muka merah membakar, namun tidak ada hujjah.

Tidak setuju dengan mana-mana ulamak itu perkara biasa. Ibnu Nasirudin ulamak Syafei diantara yang tidak setuju dengan ibn Taimiyyah, tapi mengarang kitab membela tohmahan yang dilemparkan kepada beliau.

Cerita Ibn Taimiyyah banyak diputar alamkan, seperti Ibn Batoota telah meriwayatkan satu riwayat yang tidak jelas, bahkan riwayat yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan Ibn Taimiyah didalam kitabnya Rehlah Ibn Batoota.

Yang menghairankan, beliau bukan ulamak, tapi kalamnya yang menghantam ulamak diterima sebahagian yang bergelar ulamak.

Kalau baca dalam google cerita ibn Taimiyyah boleh dikatakan 1001 versi. Maka bagaimanakah orang awam yang tiada asas hendak menapis perkara ini?

Tidak semua tapi kebanyakan majoriti yang ana jumpa begitu. Salah seorang ustaz pondok di Jerteh pon begitu. Anak muridnya sekarang di Sg. Buloh, mengajar disurau-surau sekitar Sg. Buloh, mulutnya masyaallah, diatas surau, dengan mic ditangan menyatakan “IBN TAIMIYYAH KAAAFIR”.

Buku-buku karangan juga berbagai-bagai versi, ada sumbernya yang soheh, ada yang palsu, bagaimana cara menapisnya? Supaya maklumat yang diperolehi itu tidak zolim

Menghukum kufur kerana melakukan amalan-amalan yang menyalahi al-Quran dan sunnah secara umum itu dibenarkan, dan memang begitu hukumnya..

Yang pasti Muhammad bin Abd Wahab juga mangsa tuduhan oleh pelampau. Sama seperti ibn Taimiyyah. Ana secara peribadi bukanlah pengikut Muhammad bin Abd Wahab, namun tuduhan-tuduhan berat terhadapnya patut dibela.

Hadis 57: Hebatnya Doa Syahid Dengan Sejujur-jujurnya

0

57. Dari Abu Tsabit, dalam suatu riwayat lain disebut-kan Abu Said dan dalam riwayat lain pula disebutkan Abulwalid, iaitu Sahl bin Hanif r.a., dan dia pernah menyaksikan peperangan Badar, bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang memohonkan kepada Allah Ta’ala supaya dimatikan syahid dan  permohonannya  itu  dengan  secara yang sebenar-benarnya, maka Allah akan menyampaikan orang itu ke tingkat orang-orang yang mati syahid, sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya.” (Riwayat Muslim)

Syuabul Iman: Cabang Ke-9 (Beriman dengan balasan Syurga dan Neraka)

0

Hari ni cabang ke 9 sangat sangat penting..

Beriman dengan balasan Syurga dan Neraka.

“Telah menceritakan kepada kami Ibrahim Bin Ishaq Ath Thalaqani, dia berkata; Telah menceritakan kepadaku An Nadlar Bin Syumail Al Mazini, dia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abu Na’amah, dia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abu Hunaidah Al Barra’ Bin Naufal, dari Walan Al ‘Adawi, dari Hudzaifah,

Dari Abu Bakar Ash Shiddiq, dia berkata; “”Disuatu pagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam shalat shubuh Kemudian duduk, hingga ketika tiba waktu Dhuha Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tertawa, kemudian duduk di tempat semula hingga beliau shalat Dzuhur, Ashar dan Maghrib, beliau tidak berbicara hingga shalat isya di akhir malam, kemudian pulang ke keluarganya, maka orang-orang berkata kepada Abu Bakar; “Mengapa tidak kamu tanyakan kepada Rasulullah atas apa yang beliau lakukan hari ini, padahal sebelumnya belum pernah melakukannya sama sekali?” Ia berkata; kemudian dia bertanya kepada beliau, maka beliau menjawab: “Ya, telah diperlihatkan kepadaku apa yang akan terjadi dari urusan dunia dan akhirat, maka dikumpulkanlah orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang datang di satu tempat, maka manusia ketakutan dengan hal itu, sehingga mereka datang kepada Adam sementara keringat hampir hampir menutupi mereka, mereka berkata; ‘Wahai Adam, engkau adalah bapak manusia dan Allah ‘azza wajalla telah memilihmu, maka mintalah syafa’at untuk kami kepada Rabbmu, ‘Adam menjawab; ‘Aku pun sedang menghadapi seperti apa yang sedang kalian hadapi, pergilah kepada bapak kalian setelah bapak kalian, yaitu Nuh, ‘Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran atas segala umat.”

Maka mereka datang kepada Nuh kemudian berkata; ‘berilah kami syafa’at di hadapan Rabb-Mu, karena Allah telah memilih engkau dan mengabulkan doa-Mu dan Dia tidak menyisakan orang-orang kafir satu rumahpun diatas permukaan bumi.’maka Nuh berkata; ‘Aku tidak bisa memberi kalian syafa’at, maka pergilah menghadap Ibrahim karena sesungguhnya Allah menjadikan dia sebagai kekasihnya.’ Kemudian merekapun menghadap Ibrahim, dan Ibrahim berkata; ‘aku tidak bisa memberi kalian syafa’at, pergilah menghadap Musa, karena Allah pernah berbicara kepadanya secara langsung. ‘Kemudian Musapun menjawab; ‘aku tidak memiliki apa yang kalian minta, maka pergilah menghadap Isa bin Maryam, sesungguhnya dia bisa menyembuhkan orang buta, penyakit belang dan menghidupkan orang mati. ‘

Kemudian Isa menjawab; ‘aku tidak memiliki apa yang kalian minta, akan tetapi pergilah menghadap tuannya anak Adam, karena kuburannya yang pertama kali terbuka pada hari kiamat,

Pergilah menghadap Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam pasti dia akan memberi kalian syafa’at di hadapan Rabb kalian. ‘Dia berkata; ‘Maka dia pergi, kemudian Jibril menghadap kepada Rabbnya, maka Allah berfirman: ‘izinkan dia (memberi syafa’at) dan berilah kabar gembira berupa syurga.’ dia berkata; kemudian jibril pergi dengan berita gembira tersebut, maka Muhammad pun tunduk bersujud selama satu Jum’at, kemudian Allah berfirman: ‘Angkat kepalamu wahai Muhammad, katakanlah kamu akan didengar dan berilah syafa’at kamu diberi izin memberi syafa’at.’ Dia berkata; maka dia mengangkat kepalanya dan ketika memandang Rabbnya diapun bersujud tunduk selama satu Jum’at yang lain,

Dan Allah berfirman lagi: ‘Angkatlah kepalamu dan katakanlah kamu akan didengar, berilah syafa’at kamu diizinkan memberi syafa’at.’ Dia berkata; dia pun pergi untuk bersujud, dan jibril memegang kedua tangannya, maka membuka doa doa yang belum pernah dibukakan sebelumnya kepada manusia sama sekali, maka beliau berkata; ‘Wahai Rabbku engkau telah ciptakan aku menjadi tuan anak Adam dan tidak ada kesombongan, Engkau jadikan aku orang yang pertama kali terbuka kuburannya pada hari Kiamat dan tidak ada kesombongan, sampai Engkau jadikan orang yang datang ke telagaku sebanyak apa yang ada diantara shon’a dan Ailah, ‘ kemudian dikatakan;

‘Panggillah para Shiddiqin agar mereka memberi syafa’at’, kemudian dikatakan; ‘panggillah para Nabi.’ Ia berkata; maka datanglah Nabi bersama sekelompok orang pengikutnya, dan ada Nabi yang bersama lima dan enam orang pengikut, dan ada Nabi yang tidak bersama seorangpun pengikut, kemudian dikatakan; ‘panggillah para syuhada agar mereka memberi syafa’at untuk orang-orang yang mereka inginkan.’ dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melanjutkan; maka ketika para syuhada telah melakukannya, Nabi berkata: Allah berfirman ‘Aku adalah yang paling pengasih dari para pengasih, masukkanlah kedalam syurgaku orang yang tidak menyekutukanku dengan suatu apapun.’ Ia berkata; maka merekapun masuk kedalam syurga. Dia berkata: kemudian Allah berfirman: ‘Lihatlah kedalam neraka, apakah kalian menjumpai seseorang yang pernah berbuat satu kebajikan? ‘Dia berkata; maka mereka mendapatkan seorang laki-laki, kemudian Allah bertanya kepadanya: ‘Apakah kamu pernah berbuat satu kebajikkan? ‘ Laki-laki itu menjawab; ‘tidak, kecuali dulu aku pernah memberikan kemudahan kepada manusia dalam masalah jual beli.’ Maka Allah berfirman: ‘Mudahkanlah kepada hambaku sebagaimana dia telah memberi kemudahan kepada hamba-hambaku yang lain.’

Kemudian mereka mengeluarkan seorang laki-laki dari neraka, dan Allah bertanya kepadanya; ‘ apakah kamu pernah melakukan satu amal kebaikan? ‘ ia menjawab; ‘tidak, kecuali aku pernah menyuruh anakku jika aku mati, bakarlah aku dengan api kemudian tumbuklah aku hingga seperti tepung, kemudian bawalah ke laut lalu tebarkanlah di udara, Maka demi Allah Rabb seluruh alam, tidaklah akan mampu mengembalikanku selama-lamanya.’ Maka Allah berfirman: ‘Kenapa kamu lakukan hal itu? ‘ dia menjawab; ‘karena takut kepadaMu.’ Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melanjutkan: maka Allah berfirman: ‘Lihatlah kerajaan yang paling agung kerajaannya, maka sesungguhnya bagimulah seperti itu bahkan sepuluh kali lipat sepertinya.‘Nabi melanjutkan: Hamba tersebut berkata; ‘mengapa Engkau menghinaku sedangkan Engkau adalah raja?”” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Itulah yang membuatku tertawa di waktu dhuha.”

Rujuk Sahih Bukhari, Bab Isi Syurga Dan Neraka

Hadis Kedua:
“Telah menceritakan kepada kami Mu’ad bin Asad, telah mengabarkan kepada kami Abdullah, telah mengabarkan kepada kami Umar bin Muhammad bin Zaid, dari Ayahnya, bahwa dia telah menceritakan kepadanya, dari Ibnu ‘Umar, mengatakan,

Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam, bersabda: “Ketika penghuni surga telah memasuki surga, dan penghuni neraka telah memasuki neraka, didatangkan kematian yang diletakkan diantara syurga dan neraka, lantas disembelih. Seorang juru seru menyampaikan pengumuman; ‘Hai penghuni surga! Sekarang tidak ada kematian. Hai penghuni neraka, sekarang tak ada lagi kematian. Maka penghuni surga bertambah senang sedangkan penghuni neraka menjadi sangat sedih.”

Rujuk Sahih Bukhari, Bab Isi Syurga Dan Neraka

Cabang Ke-9

Beriman dengan akan dibalas semua manusia yang beriman dan beramal soleh dengan Syurga dan yang Musyrik dan kafir akan di tempatkan di neraka. Adalah Al-Quran dan Al-Hadis menceritakan akan banyaknya perkhabaran Syurga dan neraka.

Maka kita tasdiq dalam hati, taqrir dengan lisan dan amal dengan mengejar ganjaran dengan amal amal soleh dan melarikan diri dari amal amal engkar yang dijanjikan akan neraka.

1 hadis mengenai ahli syurga yang terakhir dimasukkan, kerana pernah ada perasan takut akan siksaan Allah swt

Diberi syurga 10 kali ganda dunia ini saiznya.

Dan hadis kedua

Adalah setelah semua di masukkan ke dalam syurga, yakni yang terakhir tadi..

maka Maut akan di sembelih, tiada lagi maut.

dan ahli syurga akan kekal selama lama lama lamanya dalam syurga..

Begitu juga keadaanya ahli neraka. Dari itu tasdiqkanlah didalam hati sebenar benarnya perkhabaran ini pasti dan pasti dan pasti akan berlaku.

Sampaikanlah, ulanglah cerita ini pada keluarga, jiran dan setiap Muslim

Takutlah akan siksaan neraka. Gemar dan kejarlah ganjaran syurga dengan amal soleh.

Wallahu a’lam bi sowwab

Orang Amanah Dianggap Pengkhianat, Si Pengkhianat Pula Dipercayai : Tanda Kiamat Ke-33

0

Tanda Kiamat Ke-33/131
Orang Amanah Dianggap Pengkhianat, Si Pengkhianat Pula Dipercayai
(تخوين الامين و ائتمان الخائن)

Dalil:

الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ ، لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى ….، وَيُخَوَّنُ الأَمِينُ وَيُؤْتَمَنُ الْخَائِنُ
الراوي : أبو هريرة المحدث : الألباني
المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 3211 خلاصة حكم المحدث : صحيح بمجموع طرقه

Dan demi (Dzat) yang jiwa Muhammad berada di tangannya, tidak akan terjadi hari kiamat sampai orang yang amanah (jujur) dianggap pengkhianat, dan seorang pengkhianat dipercaya.” HR Ahmad, Tabrani, dr Abu Hurayrah, di nilai sahh oleh al-Albani, silsilah al-sahihah 3211

Kata al-Mubarakfuri,
Amanah = Apa saja yang mewajibkan manusia melaksanakannya. (tuhfatul ahwazi, jld 4);
Kata al-Maraghi,
Amanah = Sesuatu yang mesti dijaga dan diserahkan kepada yang ahli (tafsir al-Maraghi, jld V)

Dalam perjawatan atau employment, dua ciri penting calon untuk bekerja ialah:

….” karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”. [AQ-l Qashash/28 : 26].

Syarah:
Namun akhir zaman, dua fenomena berlaku:
1. Orang yang amanah dan jujur dianggap pengkhianat
2. Orang yang khianat dipercayai

Akan datang suatu zaman, di mana orang yang memegang kuasa dan penjawat awam adalah pengkhianat; manakala orang yang baik, amanah, beragama diketepikan dalam proses kepimpinan negara.

Hadith:

فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

“Jika amanah diremehkan, maka tunggulah saat kehancuran. Sahabat bertanya: “apa yang dimaksud meremehkan amanah? Rasul bersabda: jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.
HR. al-Bukhari, no 57

Hari ni kita nampak orang khianat kepada negara, yang menggelapkan harta rakyat, tapi mereka masih dipercayai.

Hadis 56: Bersikap Benar Itu Adalah Ketenangan Dan Sebaliknya

0

Kita bicara kitab riyadus solihin,
bagaimana untuk membentuk diri menjadi orang soleh/solehah. Bermula dengan ikhlas, ikhlaslah kerana Allah semata-mata. Kemudian bertaubat, taubat yang ikhlas.

Kemudian sabar dalam taat.

Hadith seterusnya..

56. Dari Abu Muhammad, iaitu Alhasan bin Ali bin Abu Thalib radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya menghafal sabda dari Rasulullah s.a.w. iaitu: “Tinggalkan apa-apa yang menyangsikan hatimu – yakni jangan terus dilakukan – dan berpindahlah kepada apa-apa yang tidak menyangsikan hatimu- yakni yang hatimu tenang jikalau melakukannya. Maka sesungguhnya bersikap benar itu adalah ketenangan dan berdusta itu menyebabkan timbulnya kesangsian.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.

02.08.08#220915: SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 05)

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.08 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 05)

05. Sikap ‘Asobiyyah kepada Qabilah, Bangsa dan Negara!

Bermulanya bibit-bibit sikap sebegini pada kurun ke-2 Hijrah, apabila orang-orang arab mula menetap di negeri-negeri yang telah dibuka dan mereka mula bercampur dan bergaul dengan golongan bukan arab.

Mereka pun mengutamakan pemimpin-pemimpin qabilah dan kaum tertentu, dan kelebihan sebahagian bangsa berbanding yang lain, lalu mereka mencipta hadits-hadits menceritakan kehebatan qabilah atau kaum tertentu berbanding yang lain.

Antaranya, Hilal bin Abdul Rahman al-Hanafi telah mencipta hadits memuji bangsa Quraisy yang disandarkan kepada Jabir bin Abdullah.

Dia menceritakan bahawa terdapat seorang lelaki yang dibunuh di Madinah dan tidak diketahui siapa yang membunuhnya, maka Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda:

أَبْعَدَهُ اللَّهُ ، إِنَّهُ كَانَ يُبْغِضُ قُرَيْشًا

“Semoga Allah menjauhkan dia, dia dahulunya membenci Quraisy”

[al-Maudhu’aat]

Walaupun terdapat hadits-hadits yang Sahih yang memuji Quraisy, tetapi tetap ianya tidak menjadi alasan untuk menerima hadits-hadits yang direka sebegini.

Selain itu, seorang lagi pemalsu hadits, Yahya bin Burayyid bin Abu Bardah telah mencipta hadits tentang kelebihan bangsa ‘Arab. Dikatakan bahawa Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, bersabda:

أَحِبُّوا الْعَرَبَ لِثَلاثٍ : لأَنِّي عَرَبِيٌّ ، وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ ، وَكَلامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ

“Cintailah Arab kerana 3 perkara: Aku adalah ‘Arab, alQuran itu dalam bahasa ‘Arab dan bahasa penduduk Syurga adalah bahasa ‘Arab.”

[Silsilah al-Ahaadits al-Dha’ifah]

Umar bin Musa bin Wajih al-Ansoriy pula mencipta hadits memuji bangsa Parsi,

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا غَضِبَ أنزل الْوَحْيَ بِالْعَرَبِيَّةِ ، وَإِذَا رَضِيَ أنزل الْوَحْيَ بِالْفَارِسِ

“Sesungguhnya Allah, ketika Marah, menurunkan wahyu dalam bahasa ‘Arab dan ketika Dia redha, menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi”

[al-Maudhu’aat]

Begitu juga hadits-hadits yang direka tentang kelebihan negeri atau daerah tertentu juga sangat banyak:

Antaranya adalah hadits berikut yang dicipta oleh Muhammad bin Yunus al-Basri,

إني لا أعرف أرضا يقال لها البصرة أقوامها قبلة وأكثرها مساجد ومؤذنين يدفع عنها من البلاء ما لا يدفع عن سائر البلاد

“Aku tidaklah mengenal satu daerah sepertimana daerah yang dipanggil Basrah, di mana qiblatnya paling tegak, masjid-masjidnya paling banyak dan muazzinnya paling ramai, diselamatkan ia dari mala petaka yang mana tidak dijaga pada daerah-daerah lain”

[al-‘Ilal al-Mutanahiah]

Dan hadits berikut,

إِذَا ذَهَبَ الْإِيمَانُ مِنَ الأَرْضِ وُجِدَ بِبَطْنِ الأُرْدُنِّ

“Apabila telah hilang iman dari muka bumi, ia akan ditemui di tengah-tengah Jordan”

Hadits ini telah direka oleh Ahmad bin Kinanah asy-Syaami.

[al-Mizan]

Dan banyak lagi hadits-hadits yang direka dan dicipta menceritakan kelebihan bangsa tertentu, negeri-negeri dan daerah-daerah tertentu dan dibandingkan dengan yang lain dalam keadaan melampau.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Hadits 29: Menyayangi haiwan walaupun seekor anjing

0

Seorang lelaki berjalan di satu jalan, sehingga dia berasa sangat haus, dia menemui sebuah telaga. Lalu dia turun ke dalamnya, minum airnya, dan keluar darinya. Terdapat seekor anjing menjilat-jilat tanah basah kerana terlalu haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini pasti terlalu haus sebagaimana aku tadi.” Lalu lelaki itu turun sekali lagi ke dalam telaga dan mengisi khufnya dengan air, kemudian memegang khuf tersebut dengan mulutnya sehingga dia keluar dari telaga tersebut dan memberi minum kepada anjing. Lalu Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sekiranya kami berbuat baik kepada haiwan kami akan mendapat pahala?” Jawab baginda: “Pada setiap makhluk yang memiliki hati yang basah ada ganjarannya.”

بينما رجل يمشي بطريق، إذ اشتد عليه العطش فوجد بئرا فنزل فيها فشرب وخرج، فإذا كلب يلهث يأكل الثرى من العطش فقال الرجل: لقد بلغ هذا الكلب من العطش مثل الذي بلغ مني، فنزل البئر فملأ خفه، ثم أمسكه بفيه حتى رقي فسقى الكلب فشكر الله له فغفر له، فقالوا: يا رسول الله! وإن لنا في البهائم لأجرا؟ فقال: في كل ذات كبد رطبة أجر.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 6009, Muslim no. 2244.

Ulasan:

1. Setiap umat Islam sepatutnya berbuat baik kepada anjing sebagaimana haiwan-haiwan lain.

2. Hadits ini menjadi hujah Al-Bukhari bahawa anjing tidak najis.

#SilsilahShahihah:

Berleluasa kekejian : Tanda Kiamat Ke-32

0

Tanda Kiamat Ke-32/131
Berleluasa kekejian ( ظهور الفهش)

Dalil hadith:

خرج الإمام أحمد والحاكم في “المستدرك” عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: “لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ”. (قال أحمد شاكر: إسناده صحيح).

Terjemahan:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga.
HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir

Fahsya’ = keji, kata-kata dan perilaku yang jahat. Misalnya berpakaian seksi, zina, berpacaran, homoseksualiti, lesbian, berpelukan, berciuman ditempat awam, melihat fornografi di internet, kata-kata cabul, lucah, menghina, memfitnah, menyibarkan aib orang di internet, melaknat manusia, dan lain-lain, sedangkan Nabi saw:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو يُحَدِّثُنَا إِذْ قَالَ لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَإِنَّهُ كَانَ يَقُولُ إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا [رواه البخاري]

Artinya : Dari Abdullah bin Amru ra, dia berkata Rasulullah Saw tidak pernah berbuat keji dan tidak pula menyuruh berbuat keji, bahwa beliau bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya. (HR. al-Bukhari)
عَن
ْ
Tanda ke-32 ni memang berakhir sampai sini je ke?

THTL: Tanda 32/131. Memang tak ada syarah dalam kitab asal “Nihayah al-Alam” ia abis gitu je, sebab dah zahir sangat depan mata kita berleluasanya kekejian dan mungkar..

? Assalamualaikum. Syeikh. Di Ireland, 3.2 juta sokong gay marriage Pope ugama Christian mereka membantah. Adakah ini tanda-tanda kiamat dan adakah akan terjadi musibah seperti zaman Nabi Luth a.s?

THTL: Termasuk tanda kiamatla tu, berleluasanya kekejian. Bala dan musibah seperti yang dialami oleh kaum Lut, mungkin tidaklaa..tapi bala Allah ni datang dalam pelbagai bentuk.

Ada contoh sheikh? Jika banyak negara yang luluskan undang-undang seperti ini, negara tersebut terkena bala dan tempias ke negara lain juga, sheikh?
Maaf, saya baru nak belajar, ilmu masih cetek lg?
Jazakallahu khayran, Syeikh.

THTL: Ya, satu dunia kena wabak HIV

Popular

Iklan

Iklan