Utama Bilik (150) Bicara Abu Daniel Adakah Imam Syafie Takwil Sifat Allah

Adakah Imam Syafie Takwil Sifat Allah

1248
0
Iklan

Persoalan yang ana timbulkan bukanlah bertujuan untuk “mengkaji zat” Allah s.w.t, kerana hal itu ditegah sama sekali didalam syariat, tujuan persoalan itu hanyalah untuk menyatakan bahawa mengisbatkan sifat-sifat Allah seperti mana yang telah warid didalam nas bukanlah mujassimah atau musyabbihah seperti mana yang didakwa oleh sesetengah golongan. Dan tuduhan itu sebenarnya adalah bersumber dari firqoh yang sesat lagi menyesatkan.

Berkenaan dengan sifat-sifat Allah, jalan yang paling selamat ialah seperti cara golongan salafussoleh, iaitu serah bulat-bulat makna yang dikehendaki kepada Allah s.w.t, kerana aqal manusia tidak mampu untuk memikirinya, usahkan sifat Allah, tentang makhluk ciptaan Allah pun aqal manusia tidak mampu mencapainya, seperti mana mafhum yang terdapat dalam sepotong hadis yang menghuraikan tentang syurga:

ما لا عين رأت ولا اذن سمعت ولا خطر على قلب بشر

Syurga ialah benda yang tidak pernah dilihat oleh mana-mana mata, dan tidak pernah didengari oleh mana-mana telinga, dan tidak pernah terlintas difikiran mana-mana manusia..
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Ini baru makhluk ciptaan allah, aqal manusia sudah tidak mampu untuk memikirinya apatah lagi zat Allah s.w.t yang maha agung lagilah aqal manusia tidak mampu memikirkannya.

Oleh kerana itu nabi s.a.w berpesan:

تفكروا في الخلق ولا تفكروا في الخالق

Fikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah, tetapi jangan sesekali kamu memikiri tentang zat kholiq.

Hadis marfuq melalui Abu Hurairah

Oleh kerana itu, golongan salaf (yang asli dari kalangan murid Nabi s.a.w yakni para sahabat sehinggalah akhir kurun ketiga) mereka tidak menghuraikan tentang sifat-sifat Allah, mereka hanya sebut sekadar yang warid sahaja, lalu makna hakikinya serah kepada Allah.

Walaupun begitu, hukum menghuraikan (mentakwil) sifat-sifat Allah adalah harus selagi mana ianya tidak bercanggah dengan nas atau tidak melampau didalam takwilan, dengan kata lain menepati kaedah, namun jika sampai ketahap tidak mensabitkan lafaz-lafaz asal yang telah warid dalam al-Quran dan hadis tentang sifat-sifat Allah, maka haram hukumnya.

Oleh itu hukum mentakwil sifat-sifat Allah ini hanya “harus” sahaja, bukanya wajib, bahkan silap takwil akan menjadi sumber dosa, kerana itu Nabi serta para sahabat tidak pernah menghuraikan tentang sifat-sifat Allah, sebab telah makruf Allah s.w.t tidak menyerupai makhluk.

Adapun dakwaan bahawa mesti atau wajib beraqidah aliran kholaf (asya’iroh dan maturidiyyah) adalah dakwaan mereka yang tak memahami apa yang mereka pelajari, sebab terbukti didalam kitab-kitab ulama kholaf, pada akhir huraian mereka tentang sifat Allah, mereka berkata “cara salaf (iaitu tidak menghuraikan sifat-sifat Allah) adalah cara paling selamat”.

Secara tidak sedar dakwaan mereka sebenarnya menafikan aqidah para salafussoleh yang dijamin sebagai ahli syurga yang mana mereka semua mati tanpa menghuraikan sedikitpun tentang sifat-sifat Allah yang hidup 300 tahun sebelum terciptanya aliran kholaf.

Dan mereka (golongan kholaf celup) sebenarnya tidak pun mengerti apakah tujuan sebenar akidah aliran kholaf dibentuk.. bahkan ramai dari mereka (kholaf celup) tidak pun mengerti tentang falsafah yang merupakan perkara asas kepada aliran kholaf, jika tidak tahu secara mendalam tentang falsafah, maka akan jadilah “kepala masuk sapoh”

? Bagaimana jika ada yang menakwil sifat-sifat Allah seperti yadullah sebagai suatu anggota? saya pernah berhadapan situasi ini.. jika ikut kaedah salaf, salaf tak kata ia sebagai anggota tapi menyerahkan maknanya bulat-bulat pada Allah..

Jawapan: Kami hanya beriman sebagaimana yang warid.

Maka hukumnya jika masih mengatakan ia sebagai anggota?

Jawapan: Kalau yang dimaksudkan sebagai anggota yang menyerupai makhluk tanpa khilaf mujassimah.

Allah mendengar, apa beza dengan tangan Allah?
Bukankah semuanya mutasyabihaat?

Akal manusia tidak mampu untuk sampai, oleh itu syariat menegah melampau dalam hal ini.

Dalam nas warid :
Yad, sima’, dhohik, istiwa’, qodam..

Kaedah imam syafei adalah kaedah salaf. Bahkan semua imam-imam mujtahid beraqidah salaf.

Ibn hammad menyatakan:

من شبه الله بشيء من خلقه فقد كفر, ومن انكر ما وصف الله به نفسه فقد كفر, فليس ما وصف الله به نفسه ورسوله تشبيه

Barangsiapa menyamakan Allah s.w.t dengan sesuatu apa pun dari makhluk ciptaanya maka dia telah kufur, dan barangsiapa yang mengingkari apa yang Allah s.w.t sifatkan dengan sifat itu pada dirinya maka sesungyuhnya dia juga telah kufur, maka bukanlah apa yang Allah s.w.t dan rasulnya sifatkan kepadanya( Allah dengan mana-mana sifat seperti yaad, istiwa’, wajah) itu dikira tasybiih.

Yang dikatakan tasybiih adalah apabila mendakwa “yaad itu seperti tanganku atau tangan makhluk”

Allah mendengar seperti aku atau mekhluk mendengar.

Allah istiwa sepertimana makhluk istiwa.

Maka ini jelas lagi bersuluh telah menyamakan Allah dengan makhluk.

Namun dalam hal ini ada golongan pelampau seumpama jahmiyyah sejak ribuan tahun dahulu lagi, mereka ini melampau didalam hal sifat ketuhanan yang tidak mampu pun akal manusia sampai, dengan kata lain, bukan medan yang boleh dimasuki oleh akal manusia yang cetek, yang tidak mampu pun memikiri tentang syurga makhluk ciptaan Allah.

Mereka para jahmiyah sentiasa mengutamakan akal mereka dengan membelakangi wahyu, sehingga mereka ghuluw didalam menghukum, lalu mereka menggelarkan kepada ASWJ sebagai musyabbihah dan mujassimah, bagi mereka sesiapa sahaja yang mengisbatkan sifat-sifat Allah s.w.t seperti mana yang telah warid sebagai “GOLONGAN MUSYABBIHAH DAN MUJASSIMAH”..maka umat Islam sepatutnya mengetahui kesesatan mereka sejak ribuan tahun dahulu lagi.

Kata guru imam Bukhori, Ishaq ibn Roohawaih :

انما يكون التشبيه اذا قال يد كيد او مثل يد, او سمع كسمع او مثل سمع, فاذا قال سمع كسمع او مثل سمع فهذا التشبيه.
واما اذا قال كما قال الله تعالى”يد, وسمع, وبصر ” ولا يقول كيف ولا يقول مثل سمع او كسمع فهذا لا يكون تشبيها, وهو كما قال تعالى في كتابه ليس كمثله شيء.

Sesungguhnya berlaku (yang dikatakan ) tasybiih itu apabila seseorang itu mendakwa yaad (tangan) seperti tangan (makhluk), atau seumpama tangan makhluk, atau (dia mendakwa) pendengaran Allah seperti atau seumpama pendengaran makhluk, maka apabila seseorang itu mendakwa “pendengaran Allah seperti pendengaran makhluk” maka itulah yang dikatakan tasybiih.

Adapon jika seseorang itu menyebut “yaad (tangan) ,pendengaran, penglihatan, dan dia tidak menyebut kaifiyyat, dan dia menyatakan “pendengaran seperti pendengaran makhluk” MAKA INI BUKANLAH TASYBIIH NAMANYA” dan ini (menepati) seperti mana firman Allah s.w.t :

Tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya.

Maka golongan yang gemar mentajsimkan atau mentasbihkan umat islam, cuba lihat, mereka mencontohi golongan yang mana?

Perkara ini jelas dinyatakan oleh Syah Waliyullah ad Dehlawi bahawa terdapat golongan yang gemar melemparkan tuduhan tajsim dan tasybih kepada golongan yang mengisbatkan sifat-sifat Allah seperti mana yang telah warid.

Sesiapa yang pandai arab, rujuk kajian secara ilmiyyah pasal imam Syafei

Imam Syafie

Dalam kitab diatas dikumpul keseluruhan kalam tentang manhaj imam Syafei dalam akidah, bukan seperti mana sesetengah bloger hanya petik separuh-separuh yang bersesuaian dengan kehendaknya. Kalau tidak tahu kedua-dua aliran, diam itu lebih baik. Kerana dibimbangi kita hanya fokus kepada kholaf, lalu secara tidak sedar menafikan salaf. Ana menyatakan itu bertujuan supaya yang tidak tahu usah berani membicarakannya.

Kerana perbicaraan akidah jika silap, bahaya. Imam Syafei disegi aqidah solid salaf. Ana berani mengiyakan kerana imam Syafei tidak mentakwil, aliran kholaf mentakwil. Tidak sama disudut takwil atau tidak.

*Dalam Ar Risalah, Imam Asy Syafi’i berkata, “Segala puji bagi Allah yang memiliki sifat-sifat sebagaimana Dia mensifati diri-Nya, dan di atas yang disifati makhluk-Nya.”

Adz Dzahabi dalam Siyar A’lam An Nubala’ (XX/341) menuturkan dari Imam Asy Syafi’i, kata beliau, “Kita menetapkan sifat-sifat Allah ini sebagaimana disebutkan di dalam Al Quran dan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan kita meniadakantasybih (menyamakan Allah dengan makhluk-Nya), sebagaimana Allah meniadakan tasybih itu dalam firman-Nya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْئٌ

“Tidak ada satu pun yang serupa dengan Dia.” [Asy Syura: 11]

*Tambahan penulis, dipetik dari http://muslim.or.id/10705-bermadzhab-syafii-berakidah-asyari.html

Tahukah apa kenyataan imam Syafei tentang Allah s.wt dilangit? Dan juga kenyataan imam Abu Hanifah?

Adakah imam Syafei beraliran kholaf?
Apakah orang mazhab Syafei boleh dikatakan mazhab Hanafi?

Bahaya aliran kholaf dimalaysia, sehingga mereka gemar menghukum umat Islam lain sebagai mujassimah, betul atau tidak pembaca sekalian?

Samakah dengan imam Syafei?. Aliran kholaf Malaysia banyak yang condong kepada golongan-golongan pelampau
Setuju atau tidak? Dan tidak salah jika dikatan tidak ikut imam Syafei.

Tentang Allah bertempat atau tidak, ada tak satu sahaja nas wahyu tentangnya?. Dituduh wahabi semata-mata kerana mengisbatkan sifat Allah seperti yang warid. Dan ada diantara mereka menuduh Muhammad bin Abd Wahab sebagai mujassimah, Ibn Taimiyyah sebagai mujassimah, adakah kita setuju hal ini?

Hal ini, boleh dilihat waqi’ di Malaysia, jelas terang lagi bersuluh. Tapi kita kena sedar, ramai ahli pondok mengkafirkan ibn Taimiyyah, atas alasan mujassimah. Sewaktu di kg. Darau Besut, ada satu program “Guru pondok bersama mufti Terengganu”.. isunya tentang bahaya aliran sesat, tapi guru pondok itu terlampau ghuluw sehingga beliau menyatakan dengan gahnya “IBN TAIMIYYAH KAAFIR”, terus beliau ditegur oleh mufti Terengganu, serta mufti menyatakan hal yang sebenar yang disalah fahami oleh guru pondok tersebut, muka merah membakar, namun tidak ada hujjah.

Tidak setuju dengan mana-mana ulamak itu perkara biasa. Ibnu Nasirudin ulamak Syafei diantara yang tidak setuju dengan ibn Taimiyyah, tapi mengarang kitab membela tohmahan yang dilemparkan kepada beliau.

Cerita Ibn Taimiyyah banyak diputar alamkan, seperti Ibn Batoota telah meriwayatkan satu riwayat yang tidak jelas, bahkan riwayat yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan Ibn Taimiyah didalam kitabnya Rehlah Ibn Batoota.

Yang menghairankan, beliau bukan ulamak, tapi kalamnya yang menghantam ulamak diterima sebahagian yang bergelar ulamak.

Kalau baca dalam google cerita ibn Taimiyyah boleh dikatakan 1001 versi. Maka bagaimanakah orang awam yang tiada asas hendak menapis perkara ini?

Tidak semua tapi kebanyakan majoriti yang ana jumpa begitu. Salah seorang ustaz pondok di Jerteh pon begitu. Anak muridnya sekarang di Sg. Buloh, mengajar disurau-surau sekitar Sg. Buloh, mulutnya masyaallah, diatas surau, dengan mic ditangan menyatakan “IBN TAIMIYYAH KAAAFIR”.

Buku-buku karangan juga berbagai-bagai versi, ada sumbernya yang soheh, ada yang palsu, bagaimana cara menapisnya? Supaya maklumat yang diperolehi itu tidak zolim

Menghukum kufur kerana melakukan amalan-amalan yang menyalahi al-Quran dan sunnah secara umum itu dibenarkan, dan memang begitu hukumnya..

Yang pasti Muhammad bin Abd Wahab juga mangsa tuduhan oleh pelampau. Sama seperti ibn Taimiyyah. Ana secara peribadi bukanlah pengikut Muhammad bin Abd Wahab, namun tuduhan-tuduhan berat terhadapnya patut dibela.

Komen dan Soalan