Utama Blog Halaman 278

Hadits 29: Menyayangi haiwan walaupun seekor anjing

0

Seorang lelaki berjalan di satu jalan, sehingga dia berasa sangat haus, dia menemui sebuah telaga. Lalu dia turun ke dalamnya, minum airnya, dan keluar darinya. Terdapat seekor anjing menjilat-jilat tanah basah kerana terlalu haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini pasti terlalu haus sebagaimana aku tadi.” Lalu lelaki itu turun sekali lagi ke dalam telaga dan mengisi khufnya dengan air, kemudian memegang khuf tersebut dengan mulutnya sehingga dia keluar dari telaga tersebut dan memberi minum kepada anjing. Lalu Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sekiranya kami berbuat baik kepada haiwan kami akan mendapat pahala?” Jawab baginda: “Pada setiap makhluk yang memiliki hati yang basah ada ganjarannya.”

بينما رجل يمشي بطريق، إذ اشتد عليه العطش فوجد بئرا فنزل فيها فشرب وخرج، فإذا كلب يلهث يأكل الثرى من العطش فقال الرجل: لقد بلغ هذا الكلب من العطش مثل الذي بلغ مني، فنزل البئر فملأ خفه، ثم أمسكه بفيه حتى رقي فسقى الكلب فشكر الله له فغفر له، فقالوا: يا رسول الله! وإن لنا في البهائم لأجرا؟ فقال: في كل ذات كبد رطبة أجر.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 6009, Muslim no. 2244.

Ulasan:

1. Setiap umat Islam sepatutnya berbuat baik kepada anjing sebagaimana haiwan-haiwan lain.

2. Hadits ini menjadi hujah Al-Bukhari bahawa anjing tidak najis.

#SilsilahShahihah:

Berleluasa kekejian : Tanda Kiamat Ke-32

0

Tanda Kiamat Ke-32/131
Berleluasa kekejian ( ظهور الفهش)

Dalil hadith:

خرج الإمام أحمد والحاكم في “المستدرك” عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: “لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ”. (قال أحمد شاكر: إسناده صحيح).

Terjemahan:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga.
HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir

Fahsya’ = keji, kata-kata dan perilaku yang jahat. Misalnya berpakaian seksi, zina, berpacaran, homoseksualiti, lesbian, berpelukan, berciuman ditempat awam, melihat fornografi di internet, kata-kata cabul, lucah, menghina, memfitnah, menyibarkan aib orang di internet, melaknat manusia, dan lain-lain, sedangkan Nabi saw:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو يُحَدِّثُنَا إِذْ قَالَ لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَإِنَّهُ كَانَ يَقُولُ إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا [رواه البخاري]

Artinya : Dari Abdullah bin Amru ra, dia berkata Rasulullah Saw tidak pernah berbuat keji dan tidak pula menyuruh berbuat keji, bahwa beliau bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya. (HR. al-Bukhari)
عَن
ْ
Tanda ke-32 ni memang berakhir sampai sini je ke?

THTL: Tanda 32/131. Memang tak ada syarah dalam kitab asal “Nihayah al-Alam” ia abis gitu je, sebab dah zahir sangat depan mata kita berleluasanya kekejian dan mungkar..

? Assalamualaikum. Syeikh. Di Ireland, 3.2 juta sokong gay marriage Pope ugama Christian mereka membantah. Adakah ini tanda-tanda kiamat dan adakah akan terjadi musibah seperti zaman Nabi Luth a.s?

THTL: Termasuk tanda kiamatla tu, berleluasanya kekejian. Bala dan musibah seperti yang dialami oleh kaum Lut, mungkin tidaklaa..tapi bala Allah ni datang dalam pelbagai bentuk.

Ada contoh sheikh? Jika banyak negara yang luluskan undang-undang seperti ini, negara tersebut terkena bala dan tempias ke negara lain juga, sheikh?
Maaf, saya baru nak belajar, ilmu masih cetek lg?
Jazakallahu khayran, Syeikh.

THTL: Ya, satu dunia kena wabak HIV

Buruknya semangat kejiranan: Tanda Kiamat Ke-31

0

Tanda Kiamat Ke-31/131
Buruknya semangat kejiranan (سوء الجوار )

Dalil:

خرج الإمام أحمد والحاكم في “المستدرك” عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: “لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ”. (قال أحمد شاكر: إسناده صحيح).

Terjemahan:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga.
HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir

Ini sedang berlaku, semangat kejiranan, ajaran Nabi saw supaya ada hubungan baik dengan jiran, menjaga hak-hak kejiranan sudah lebur.

Ketidakpedulian terhadap jiran akhirnya terjadinya jenayah pecah rumah, rompakan namun jiran tidak ambil peduli. Di Saudi Arabia paling ketara setiap rumah akan dikelilingi pagar batu setinggi 10-12 kaki, maka rosaklah semangat kejiranan. Kemudian banyaknya pekerja asing di sesuatu kawasan, maka dengan berlainan bahasa dan etnik, maka semangat jiran telah rosak.

Hadith-hadith pasal kejiranan yang tidak lagi diamalkan:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يُؤْذِي جَارَهُ.

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah menyakiti tetangganya.
HR Muslim

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ.

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka berbuat baiklah kepada tetangganya.”
HR Muslim

مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوْصِيْنِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ.

“Senantiasa Jibril memberikan wasiat kepadaku tentang tetangga sehingga aku mengira bahwa dia membawa perintah (dari) Allah untuk menjadikannya sebagai ahli waris.
HR Muslim

Begitu jelas ajaran sunnah, supaya kita baik dalam soal kejiranan sehingga hampir kepada hukum warisan namun apa yang terjadi diseluruh dunia, khususnya di malaysia, khususnya lagi di kotaraya dan taman perumahan moden, apartmen, kondominium atau pangsa puri, semangat kejiranan sudah hilang.

?Apakah persediaan kita untuk menghadapi kiamat?

? Jawapan: Persiapan kiamat
macam khatib selalu nasihat, bertaqwa dan jauhi larangan Allah

?Adakah sale atau jualan murah yg diadakan di pasaraya merupakan jarum halus dajjal untuk merosakkan kaum wanita?

?Jawapan: Jualan atau sale jarum dajjal?

Tak ia hanya tanda kecil kiamat, banyaknya mall dan dekatnya mall dengan kediaman manusia, sebelum ni dah diskus?

Apakah yg patut kita lakukan bila ulamak tidak lagi dihormati? Pada siapakah kita nak rujuk apabila huru hara berlaku?

? Jawapan: Apa yang patut dilakukan bila ulamak dipinggirkan.
Ia dah berlaku lama sejak kerajaan Umayyah, Abbasiah, Uthmaniah, ulamak memang tidak ngam dengan kerajaan. Tapi ulamak warathul anbiya, akan sentiasa ujud kerana jaminan Allah akan menjaga agamanya.

02.08.07#180915 : SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 04)

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.07 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 04)

04. Menjauhkan Manusia Dari Islam

Sekumpulan orang-orang zindiq dan athies yang menyusup ke dalam komuniti muslim, mengambil peranan besar dalam merosakkan agama mereka dan menimbulkan keraguan di dalam hati-hati mereka.

Mereka mula muncul di sepanjang kurun ke-2, di zaman pemerintahan ‘Abbasiyyah: al-Mansur (136-158H), al-Mahdi (158-169H), Harun ar-Rasyid (170-193H).

Mereka mencipta ribuan hadits-hadits palsu dalam pelbagai aspek agama Islam, khususnya aqidah, di mana hadits-hadits tersebut membuatkan jiwa-jiwa merasa teruknya Islam ini dan tidak dapat diterima akal.

Mereka lakukan itu semua dengan tujuan merosakkan wajah Islam, menunjukkan gambaran yang tidak masuk akal, agar ia dapat membuat manusia lari dari Islam dan merendahkan imej Islam.

Mereka mereka hadits tentang sifat-sifat Allah yang menafikan kesucianNya dari menyerupai apapun, antaranya:

قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مِمَّ رَبُّنَا؟ فَقَالَ : مِنْ مَاءٍ مَرُورٍ لَا مِنْ أَرْضٍ وَلَا مِنْ سَمَاءٍ ، خَلَقَ خَيْلًا فَأَجْرَاهَا ، فَعَرَقَتْ ، فَخَلَقَ نَفْسَهُ مِنْ ذَلِكَ الْعَرَقِ

“Ditanyakan: Wahai RasululLah, dari apakah tuhan kita? Maka baginda menjawab: Dari air yang mengalir, tidak dari bumi dan tidak dari langit. Dia ciptakan seekor kuda, dan kuda itu disuruh berlari, lalu ia berpeluh, lalu dia cipta dirinya dari peluh tersebut” Hadits ini direka oleh seorang yang bernama Muhammad bin Syuja’ al-Salji.

[al-Mawdhu’aat]

Terdapat seorang lagi pemalsu hadits bernama Muhammad bin Sa’id al-Syaamiy, dia menambah pada hadits yang sahih:

أَنَا خَاتَمُ النَّبِيِّينَ ، لَا نَبِيَّ بَعْدِي ، إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ

“Aku adalah penutup para nabi, tiada Nabi selepasku, kecuali jika Allah menginginkan”

Dia telah menambah pengecualian إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ yang bermaksud ‘kecuali jika Allah menginginkan’.

Dia juga pernah mengatakan, ‘Tidak mengapa bagi kata-kata yang baik, kita letakkan sanad (palsu) untuknya’.

[al-Mizan]

Ibnul Jawzi menyebutkan, ‘Sekumpulan zindiq telah memasukkan hadits-hadits palsu tentang sifat-sifat Allah, dengan tujuan mengaibkan Islam dan menimbulkan keraguan di dalam hati-hati orang Islam.’

[al-Mawdhu’aat]

Malah sekadar itu tak mencukupi, mereka juga mencipta hadits-hadits yang menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal seperti yang dilakukan ‘Abdul Karim bin Abu al-Auja’ ketika dibawa berhadapan pemerintah al-Mansur untuk dihukum.

Katanya, ‘Aku telah cipta 4000 hadits, aku haramkan yang halal, aku halalkan yang haram, aku jadikan hari kalian berbuka sebagai hari berpuasa, dan aku jadikan hari kalian berpuasa sebagai hari berbuka’

[at-Tadrib ar-Rawi]

Ada pula sebahagian mereka yang kemudiannya bertaubat dan menyesal. Kata Ibn Lahi’ah, ‘Aku menemui seorang syaikh ketika dia sedang menangis, lalu aku tanyakan: Apa yang membuatmu menangis?. Dia menjawab: Aku telah reka 400 hadits palsu, aku masukkan ia dalam majlis-majlis bersama orang ramai & aku tak tahu apa yang patut aku lakukan?’

[al-Majruhiin]

Dan banyak lagi nukilan akan pemalsuan hadits dengan tujuan menakutkan dan menjauhkan orang dari kebenaran agama Islam.

Semoga kita dijauhi dari sikap yang sangat merbahaya ini dan sentiasa diberi petunjuk olehNya.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Hadis 55: Hercules tahu umat Islam perlu bersikap benar

0

Hadith ke-55

Dari Abu Sufyan bin Shakhr bin Harb r.a. dalam Hadisnya yang panjang dalam menghuraikan ceritera Raja Hercules. Hercules berkata: “Maka apakah yang diperintah olehnya?” Yang dimaksud ialah oleh Nabi s.a.w. Abu Sufyan berkata: “Saya lalu menjawab: “Ia berkata: “Sembahlah akan Allah yang Maha Esa, jangan menyekutukan sesuatu denganNya dan tinggalkanlah apa-apa yang dikatakan oleh nenek-moyangmu semua.” Ia juga menyuruh supaya kita semua melakukan shalat, bersikap benar, menahan diri dari kemarahan serta mempererat kekeluargaan.”
(Muttafaq ‘alaih)

Hadis 28: Tidak Menyayangi Haiwan, Diancam Neraka

0

Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing dengan dikurungnya sehingga mati. Wanita tersebut masuk ke neraka kerana kucing tersebut. Wanita itu tidak memberinya makan atau minum ketika mengurungnya, dan tidak pula melepaskannya supaya kucing tersebut mencari makanannya sendiri.

عذبت امرأة في هرة سجنتها حتى ماتت فدخلت فيها النار، لا هي أطعمتها وسقتها إذ حبستها ولا هي تركتها تأكل من خشاش الأرض.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 3482, Muslim no. 2243.

#SilsilahShahihah:

Isu Hizbut Tahrir Dan Sistem Politik Ideal

0

?Soalan 15: Salahkah menjatuhkan kerajaan/pemerintah sedia ada melalui peti undi?

THTL: Tidak, sebab itulah tujuan demokrasi, pergiliran kerajaan secara sah tanpa pertumpahan darah. Apakah Malaysia dapat menyaksikan proses pergiliran kuasa melalui PRU, masih belum dapat disaksikan, namun di Negara seperti Indonesia, ia sudah mula berlaku. Yang salah ialah menjatuhkan dengan revolusi dan keganasan

?Soalan 16:Apakah kesilapan besar jama`ah Hizbut Tahrir (HT) yang ingin menegakkan sistem pemerintahan khilafah?

THTL: #HT atau Hizh Tahrir atau Parti Pembebasan yang diasaskan di Palestine oleh syaikh Taqiyudin anNabhani (w.1977), alumni al-Azhar, di Jurusalem pada tahun 1953. Visi utama HT berbeda dari yang lain ialah Khalifah adalah fardhu ain dan siapa yang tidak menegakkan adalah kafir. Dalil mereka:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ (44) [المائدة : 44[

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS Al Maidah : 44)

Ini juga tema pegangan semua aliran Khawarij supaya ditegakkan syariat atau hudud, cuma HT menukarkan kepada wajibnya khalifah Islam.

Kesalahan HT:
1. Wajibnya khalifah berdasarkan ayat 4:44, ia satu kesalahan, ayat itu ditujukan khusus kpd Yahudi dan bukan mendirikan khalifah.

2. Bagaimana cara melantik khalifah sekarang? Kerana Nabi tidak menunjukkan jalan untuk berbuat demikian. Ini kerana Nabi wafat dalam keadaan tidak ada sebarang wasiat untuk jawatan khalifah, jawatan pun Nabi tak sebut apa titlenya.

3. Tidak wujud sistem pemerintahan ala khalifah. Yang disyariatkan ialah sistem Syura bukan khalifah. Sistem syura maksudnya urusan Negara diputuskan oleh gabungan amir dan senat atau majlis syura.

4. Mereka menggunakan hadith Ahmad, akhir zaman akan wujud khilafah atas minhaj kenabian. Itu tidak benar kerana tafsiran yang sahih menurut Ibn Rajab, fasa kelima minhaj atas nubuwwah itu adalah zaman khilafah Umar bin abd Aziz.

?Soalan 17: Apakah sistem pemerintahan yang paling ideal menurut Al-Quran & Sunnah?

THTL: Tidak ada, yang ideal ialah system pemerintahan yang menggunakan system syura

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُون

َ
“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”.
[Asy Syura : 36-39].

Nabi tidak menunjukkan petunjuk siapa pengganti dan Nabi tidak ajar cara melantik successor atau pengganti baginda, ini menunjukkan tiada sistem politik yang ideal dalam Islam.

1 Abu Bakar ra dipilih melalui syura antara Muhajirin dan Ansar, dua kaum utama Negara islam.

2. Umar ra di pilih melalui lantikan terus oleh pemimpin yang masih memerintah, sistem putra mahkota.

3. Uthman ra dipilih dari satu panel calon presiden.

4. Ali ra diberi bai’ah oleh penduduk Madinah mewakili seluruh empayar atau commonwealth.

5. Amir Muawiyah ra menggunapakai sistem Kabilah sebagai parti yang memerintah, pemimpin mesti dari kabilah. Ini diamalkan di Saudi Arabia, pemimpin dari Kabilah al-Saud.

Kejujuran Membimbing Ke Syurga: Hadis 54

0

Hadith 54

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Abu Wa`il dari Abdullah radliallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke surga, sesungguhnya jika seseorang yang senantiasa berlaku jujur hingga ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan mengantarkan pada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan menggiring ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta.”
Muttafaq ‘alaihi

Bilakah Kewujudan Sistem Khilafah Di Akhir Zaman

0

?Soalan 13: Bagaimana yang dikatakan sistem khalifah akan muncul kembali di akhir zaman?

Jawapan THTL: Dalil hadith

تكونُ النُّبُوَّةُ فيكم ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ خلافةٌ على مِنهاجِ النُّبُوَّةِ ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ مُلْكًا عاضًّا، فتكونُ ما شاء اللهُ أن تكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فيكونُ ما شاء اللهُ أن يكونَ، ثم يَرْفَعُها اللهُ – تعالى -، ثم تكونُ خلافةً على مِنهاجِ نُبُوَّةٍ . ثم سكت . . .
الراوي : النعمان بن بشير المحدث : الألباني المصدر : تخريج مشكاة المصابيح
الصفحة أو الرقم: 5306 خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن
والحديث صححه الألباني في السلسلة الصحيحة، وحسنه الأرناؤوط

Terjemahan:
“Sesungguhnya Nabi saw bersabda: “Kenabian akan menyertai kalian selama Allah menghendakinya, kemudian Allah mengangkat kenabian itu bila menghendakinya. Kemudian akan datang khilafah sesuai dengan jalan kenabian dalam waktu Allah menghendakinya. Kemudian Allah mengangkatnya apabila menghendakinya. Kemudian akan datang kerajaan yang menggigit dalam waktu yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya apabila menghendakinya dan diganti dengan kerajaan yang memaksakan kehendaknya. Kemudian akan datang khilafah sesuai dengan jalan kenabian. Lalu Nabi saw diam”.
(HR Ahmad)

Status hadith:
Dengan jalan kenabian. Lalu Nabi saw diam”. (HR Ahmad)

فيه نظر،
وقد نقل العقيلي في الضعفاء(323- ج2/ص66)، وابن عدي في الكامل(525)، كلام الإمام البخاري
وقال ابن عدي(525): ولحبيب بن سالم هذه الأحاديث التي أمليتها، قد خولف في أسانيدها، وليس في متون أحاديثه حديثٌ منكر، بل قد اضطرب في أسانيد ما يروى عنه.

Status hadith: Hasan di sisi mutaakhirin , antaranya al-Albani dan syaikh Syuaib, Dha’if di sisi Mutaqaddimun dengan kalimah dalam sanadnya kena berhati-hati pada perawi Habib bin Salim menurut al-Bukhari, ibn Adiy dan al-Uqaili.

Fiqh hadith:
Sistem khalifah tidak lagi muncul kerana kalau anda cermati dalam matannya, dinyatakan oleh Nabi saw ada 5 fasa kepimpinan: Nubuwwah, Khulafa ar-Rasyidin, Dinasti, dan kezaliman dan fasa ke lima, ia muncul kembali. Kata Ibn Rajab, (dalam) Jami’ al Uloom, fasa kelima itu sudah berlalu, yakni zaman Umar Abdul Aziz ra (جامع العلوم والحكم (ج 28 / ص 18

Hadits 27: Menyayangi haiwan walaupun seekor burung

0

Sesiapa yang merahmati haiwan sembelihan, walaupun seekor burung, Allah akan merahmatinya pada hari Qiyamah.

من رحم و لو ذبيحة عصفور رحمه الله يوم القيامة.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad no. 371.

#SilsilahShahihah

Popular

Iklan

Iklan