Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Himpunan Hadis Bab Taqwa

Himpunan Hadis Bab Taqwa

2665
0
Iklan

Hadith berkait dengan Taqwa

69.  Pertama: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang semulia-mulianya?”

Beliau s.a.w. bersabda: “Iaitu orang yang bertaqwa di antara engkau semua.

Orang-orang berkata: “Bukan ini yang kita tanyakan.” Beliau s.a.w, menjawab: “Kalau begitu ialah Nabi Yusuf, ia adalah Nabiullah, putera Nabiullah dan ini pun putera Nabiullah pula dan ini adalah putera khalilullah – kekasih Allah yakni bahawa Nabi Yusuf itu adalah putera Nabi Ya’qub putera Nabi Ishaq putera Nabi Ibrahim iaitu Khalilullah.”

Orang-orang berkata lagi: “Bukan ini yang kita tanyakan.” Beliau s.a.w. menjawab pula: “Jadi tentang orang-orang yang merupakan pelikan-pelikan – pembesar-pembesar – dari bangsa Arab yang engkau semua tanyakan padaku? Orang-orang yang merupakan pilihan di antara bangsa Arab itu di zaman Jahiliyah, itu pula lah yang merupakan orang-orang pilihan di zaman Islam, jikalau mereka mengerti hukum-hukum agama.” (Muttafaq ‘alaih)

Lafaz Faquhuu jika dibaca dengan didhammahkan qafnya adalah masyhur, tetapi ada yang mengatakan dengan mengkasrahkan qaf, lalu dibaca Faqihuu, ertinya ialah “mengerti akan hukum-hukum syara’.”

Apa yg dimaksudkan dengan takwa ustaz?

Jawapan CR:
Banyak ta’rifnya.
Saya di kedai. Tak dapat hurai panjang.

Umumnya, taqwa itu buat apa yang Allah perintah, tinggal semua yang Allah larang.

Jika masih bergelumang dengan dosa, kita belum bertaqwa.

Seruan taqwa sangat penting. Rukun khutbah.

70. Kedua: Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

“Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau – yakni lazat dan nyaman – dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh kerananya, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipu daya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang melanda di kalangan kaum Bani Israil adalah dalam persoalan kaum wanita.” (Riwayat Muslim)

71. Ketiga: Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

“Ya Allah, sesungguhnya saya memohonkan padaMu akan petunjuk, ketaqwaan, menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati.” (Riwayat Muslim)

«71» الثالث: عن ابن مسعودٍ رضي الله عنه: أنَّ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يقول: ((اللَّهُمَّ إنِّي أَسألُكَ الهُدَى، وَالتُّقَى، وَالعَفَافَ، وَالغِنَى)). رواه مسلم.

Hadis 72, Bab Taqwa

72» الرابع: عن أبي طريفٍ عدِيِّ بن حاتمٍ الطائيِّ رضي الله عنه، قَالَ: سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ ثُمَّ رَأَى أتْقَى للهِ مِنْهَا فَليَأتِ التَّقْوَى)). رواه مسلم.

72. Keempat: Dari Abu Tharif, iaitu ‘Adi bin Hatim Aththa’i r.a., katanya; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya lebih menjurus kepada ketaqwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi – memilih -ketaqwaan itu saja.” (Riwayat Muslim)

يعني أن من حلفَ على فعل شيء أو تركه، فرأى غيره خيرًا من التمادي على اليمين واتقى الله، فَعَلَهُ وَكفَّر عن يمينه.

Salam Cikgu Rahim…

Apakah yang dimaksudkan PERSUMPAHAN dalam hadis ini.

Jawapan:
Kita bersumpah untuk melakukan sesuatu, jika ia tidak menjurus kepada taqwa, kita batalkan sumpah itu dengan kafarah. Kita pilih taqwa. Kafarah sumpah, memberi makan 10 orang fakir miskin sampai kenyang.

Kafarah jimak bulan ramadhan puasa 2 bulan berturut-turut.

Antara contoh kafarah,
Contoh, demi Allah saya akan panjat pokok jika saya menang.

Panjat pokok tidak dapat menambah taqwa lebih baik bayar kafarah untuk batalkan sumpah dan hidup bertaqwa.

Memberi makan 10 org fakir miskin tu berlaku untuk semua kafarah sumpah ke cikgu.

Jawapan:
Juga kafarah nazar, beri makan 10 orang fakir miskin

Cikgu, kalau orang yang kena kafarah tapi tak mampu beri makan ada ke cara lain lunaskan kafarah tersebut

Jawapan:

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).
Surah Al-Ma’idah (5:89)

Puasa 3 hari, puasa 3 hari tu last choice. Jika tak dapat beri makan, boleh beri pakaian atau bebaskan seorang hamba. Jika semua tak mampu, baru puasa 3 hari.

Pakaian untuk berapa orang?

Jawapan:
Ikut uruf, 10 orang juga. Baju kurung + kain batik.

Kalau puasa 3 hari tak mampu juga (contohnya kerana uzur /usia sudah lanjut) macam mana cikgu ?

Adakah cukup bertaubat sahaja ?
Cikgu Rahim
Dhaifnya hamba itu, miskin dan sakit pula. Berani pula bersumpah…?

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmati
lah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Surah Al-Baqarah (2:286)
https://www.uito.org/2015/11/12/hadis-72-sumpah-yang-bukan-kerana-taqwa-dan-perbahasannya/

(73): Dari Abu Umamah iaitu Shuday bin ‘Ajlan al-Bahili r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada’ – haji terakhir bagi beliau s.a.w. sebagai mohon diri, kemudian beliau s.a.w. bersabda:

Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah shalat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu – Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemegang-pemegang pemerintahanmu, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu.”

«73» الخامس: عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح).

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

بدأ بالتقوى لأنها الأساس؛ لتناولها فعل سائر المأمورات، وترك سائر المناهي، وعطف عليها ما بعدها وهو من عطف العام على الخاص، والله أعلم.

? Haji wada’: Haji terakhir Rasulullah saw
? Wajib berpegang teguh kepada rukun Islam, serta bertaqwa kepada Allah SWT.
? Semua itu jalan ke Syurga.
? Taat pemimpin dalam perkara makruf.

Habis bab taqwa.

Hadis 73: Bertaqwalah Kepada Allah

Komen dan Soalan