Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Terasa mulia dari orang lain: Hadits 33

Terasa mulia dari orang lain: Hadits 33

188
0
Iklan

Hadits 33: Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

“Salah seorang daripada kalian dapat melihat kotoran di mata saudaranya, tetapi dia lupa tentang kayu yang ada di matanya.”

يُبْصِرُ أَحَدُكُمْ القَذَاةَ فِي أَعْيُنِ أَخِيْهِ، وَيَنْسَى الجَذْلَ – أَوْ الجَذْعَ – فِي عَيْنِ نَفْسِهِ

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad no. 592, namun mauquf kepada Abu Hurairah.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Maksud hadits ini sesuai dengan pepatah Melayu: Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada nampak.

2. Kata `Abdullah Al-Muzani: “Sekiranya iblis memberikan was-was kepadamu bahawa engkau lebih mulia daripada muslim lain, maka perhatikanlah. Sekiranya dia lebih tua daripadamu, katakanlah: Dia telah mendahuluiku dalam beriman dan beramal shalih, maka dia lebih baik daripadaku. Sekiranya dia lebih muda daripadamu, katakanlah: Aku telah mendahuluinya dalam maksiat dan dosa, dan lebih layak diseksa berbanding dirinya, maka dia lebih baik daripadaku.”

#SilsilahShahihah:

Komen dan Soalan