Utama Blog Halaman 258

Ulum Hadith – Kelas #17

0

Kelas Ulum Hadith Al-Sakandary – 1 Nov 2015 @ 18 Muharram 1436

 

Bismillah, Alhamdulillah. Segala puji kepada Allah Rabb sekalian alam, kepadaNya kita memohon perlindungan, petunjuk serta pengampunan, selawat serta salam kepada baginda Muhammad SAW penutup segala Nabi dan Rasul, serta kepada para Sahabat baginda serta keluarga baginda dan kepada mereka yang teguh atas manhaj baginda hingga kini. Wa ba’d

Kita berdoa agar ditetapkan atas manhaj salaf, mengikuti tauladan para salaf. Manhaj salaf adalah bagi semua yang mengikut tauladan para Salaf. Moga kita dijauhkan dari sifat perasan diri mengikuti salaf serta memberi cop kepada orang lain sebagai tidak mengikut salaf hanya kerana orang itu tidak mengikut pendapat gurunya atau tidak mengekor pendapat syaikh yang disanjungnya.

Syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezqi untuk meneruskan kelas ulum hadith kita pada malam ini insyaAllah.

 

Definisi Hadith Syaz iaitu Munkar

Pada kelas yang lalu, kita telah melihat definisi hadith Syaz yang disebut juga sebagai Munkar. Telah kita jelas bahawa istilah Syaz dan Munkar adalah satu istilah yang sinonim sama erti, iaitu satu hadith yang tidak diketahui mana datangnya, atau yang baginya silap, baik silap pada isnad atau matan, baik perawi yang berbuat silap itu thiqah atau tidak, baik silap itu bersama mukhalafah atau tidak. Mereka yang membezakan antara Syaz dan Munkar telah silap, silap dan silap. Ramai penulis buku ulum hadith Mutaakhkhirin mensyaratkan bahawa hadith Munkar ialah hadith yang telah menyelisihinya perawi Dhaif atas perawi Thiqaat. Definisi ini adalah satu definisi yang bingung!

 

Istilah Munkar Bagi Hadith Yang Terdapat Silap

Sebagaimana yang telah saya bawakan contoh-contoh dalam kelas yang lalu, kita dapat melihat para huffaz Salaf Mutqaddimin menggunakan istilah Munkar bagi hadith yang terdapat silap, baik perawi yang berbuat silap itu Thiqah atau Dhaif. Maka menghadkan hadith Munkar pada perawi Dhaif adalah satu kesilapan. Juga saya telah jelaskan pada kelas yang lalu, para huffaz Mutaqaddimin menghukum hadith sebagai Munkar sebelum mereka menDhaifkan si perawi yang membawa hadith itu, maka bagaimana mungkin kita pula berkata syarat hadith Munkar ialah perawi itu mesti Dhaif??!

Imbas kembali apa yang pernah saya sebutkan dalam kelas lalu, apabila Ibn al-Junaid bertanya kepada al-Imam Yahya ibn Ma’in,

“Muhammad bin Kathir al-Kufi, dia bagaimana?”

Maka jawab Ibn Ma’in

“Dia tidak mengapa (diterima, thiqah)”

Maka bertanya lagi Ibn al-Junaid kepada Ibn Ma’in:

“Sesungguhnya dia meriwayatkan hadith-hadith munkar!”

Maka berkata Ibn Ma’in

“Hadith mana?”

Maka Ibn al-Junaid menjawab,

“Dia meriwayat dari Ismail bin Abi Khalid dari al-Sya’bi dari al-Nu’man bin Basyir secara marfu’ hadith (moga Allah mencerahkan wajah mereka yang mendengar hadith-hadith ku dan menyampaikannya)”

Maka berkata Ibn Ma’in,

“Sekiranya memang benar si syaikh (iaitu Muhammad bin Kathir al-Kufi) meriwayatkan ini maka dia pendusta!”.

Lihatlah al-Imam Yahya Ibn Ma’in, pada mulanya beliau menilai Muhammad bin Kathir al-Kufi sebagai thiqah kerana sepengetahuannya hadith-hadith yang beliau riwayatkan betul tiada salah menepati riwayat para manusia, namun apabila diberitahu kepadanya riwayat munkar (iaitu silap) yang diriwayatkan al-Kufi maka dia menilainya Dhaif bahkan menilainya sebagai Pendusta! Walaupun munkar di sini iaitu silapnya di sini adalah dari segi sanad bukannya matan hadith, kerana matan hadith yang di beritahu itu sememangnya Sahih.

 

Hadith Munkar – Menggerak Jari Ketika Tasyahud

Baik, pada kelas lepas saya telah membawa beberapa contoh hadith-hadith Munkar termasuklah hadith kelebihan membaca surah al-Kahfi khusus hari Jumaat, insyaAllah malam ini saya akan bawakan satu lagi contoh hadith Munkar, iaitu hadith berkenaan menggerak-gerak jari ketika tasyahud. Kita akan berbincang hadith ini saja malam ini, kemudian berhenti insyaAllah.

Hadith yang dimaksudkan ialah apa yang diriwayatkan oleh Zaidah katanya telah mengkhabarkan kami ‘Asim bin Kulaib katanya telah mengkhabarkanku Ayahku, bahawa sesungguhnya Wail bin Hujr al-Hadhrami mengkhabarkan kepadanya, bahawa dia melihat bagaimana Nabi SAW melakukan solat – satu hadith yang agak panjang yang menceritakan tatacara Nabi bersolat, yang mana di akhir-akhirnya ketika menjelaskan tatacara tasyahud di sebut,

“Kemudian beliau menggenggam antara jari-jarinya dan beliau jadikan ia melingkar, kemudian beliau angkat telunjuknya dan kulihat beliau menggerak-gerakkannya sambil memanjatkan doa”

Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh Ahmad, dari jalur ‘Abd al-Somad, juga dikeluarkan oleh al-Darimi, Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi dari jalur Muawiyaj bin ‘Amr, Juga dikeluarkan oleh al-Nasaie dari jalur ‘Abdullah ibn al-Mubarak Juga dikeluarkan oleh Ibn al-Jarud dari jalur ‘Abdurrahman bin Mahdi Juga dikeluarkan oleh Ibn Hibban serta al-Tabarani serta al-Khatib dari jalur Abi al-Walid. Kesemua mereka berlima iaitu ‘Abd al-Somad, Muawiyah, ‘Abdurrahman bin Mahdi, Ibn alMubarak serta Abu al-Walid, meriwayatkan dari Zaidah dari ‘Asim bin Kulaib dari Ayahnya dari Wail bin Hujr Jika kita lihat kepada sanad ini, tampak ia adalah sanad yang muttasil bersambung dengan para rawi yang thiqah belaka, namun pada matannya terdapat lafaz yang Munkar iaitu lafaz “menggerak-gerakkannya”, lafaz ini adalah lafaz tambahan (disebut ziyadah) yang tidak terdapat dalam jalur lain untuk hadith ini, iaitu telah menyendirinya Zaidah dalam membawa lafaz ini.

 

Sesungguhnya Zaidah telah waham silap dalam membawa lafaz tambahan ini.

Antara qarain petunjuk kuat bahawa telah waham (silapnya) Zaidah dalam membawa lafaz tambahan ini ialah:

  1. Dia menyendiri dalam membawa lafaz tambahan ini, tiada yang mengeikutinya dalam membawa lafaz tambahan ini. Berkata al-Imam Ibn Khuzaimah sejurus meriwayatkan hadith ini dari jalur Zaidah: “tiada langsung satupun yang membawa lafaz “menggerak-menggerak” ini, kecuali Zaidah seorang yang menyebutkannya”
  2. Iaitu hadith yang sama ini turut diriwayatkan oleh Sufyan al-Thauri, Sufyan Ibn ‘Uyainah, Syu’bah, Bisyr, Abu al-Ahwas, ‘Abdullah bin Idris, Khalid bin ‘Abdullah alWasithi, ‘Abdul Wahid bin Ziyad, Zuhair bin Mu’awiyah, Abi ‘Awanah, Qays bin alRabi’, Ghailan bin Jami’, ‘Ubaidah bin Humaid, Musa bin Abi Kathir, Jarir, ‘Anbasah bin Sa’id al-Asdi, Soleh bin Umar, serta Muhammad (iaitu Ibn al-Fudhail).

Kesemua 18 orang mereka meriwayatkan hadith ini dari ‘Asim bin Kulaib dari Ayahnya dari Wail bin Hujr hadith yang sama tanpa lafaz tambahan “menggerak-gerak”. Diulang 18 orang, 18 orang, iaitu Zaidah telah menyelisihi 18 orang perawi yang lebih thiqah dari beliau. Kesemua ini menunjukkan bahwa Zaidah telah silap ketika meriwayatkan hadith ini, dengan menambah lafaz “menggerak-gerak”. Sebahagian berkata,

“bukankah Zaidah itu thiqah?”

Ya kita tidak menafikan bahawa Zaidah adalah seoranh thiqah, bahkan telah saya sebutkan pada awal-awal takhrij bahawa sanad hadith jalur Zaidah muttasil dengan para thiqaat semuanya.

Namun thiqahnya Zaidah tidak mencapai tahap thiqahnya Sufyan al-Thauri, apatah lagi tahap Sufyan Ibn ‘Uyainah, jika Zaidah menyelisihi satu dari mereka berdua saja sudah cukup menjadikan riwayatnya silap, inikan pula beliau menyelisihi kedua Sufyan! Bahkan menyelisihi lagi 18 orang perawi thiqaat yang telah mengatasi beliau dari segi dhabit dan itqan!

 

Berbuat Silap adalah Fitrah Allah kepada Manusia

Ini jelas menunjukkan bawa Zaidah telah melakukan kesilapan, dan dia waham dalam membawa lafaz tambahan “menggerak-gerak”. Thiqah bukan bermaksud tidak boleh melakukan kesilapan. Berbuat silap adalah fitrah yang Allah jadikan kepada manusia. Hanya saja sang thiqah silapnya sedikit berbanding sang dhaif, bukan bermaksud tiada silap langsung. Tambahan perawi thiqah (ziyadah al-thiqah) bukanlah sentiasa diterima.

Bab ini kita akan bincangkan dalam kelas mendatang insyaAlllah berkenaan penerimaan ziyadah sang thiqah. Cuma bagi hadith ini suka saya bawakan kisah yang pernah dibawakan oleh guru saya alSyaikh Maher Yasin al-Fahl, dialog antara al-Syaikh Muqbil al-Wadie serta al-Syaikh ‘Abdul Wahhab al-Wishabi, kisah ini berlaku di Darul Hadith di Dammaj, Yaman. Pernah selepas solat asar di Darul Hadith Dammaj, al-Syaikh Muqbil al-Wadie duduk bersama al-Syaikh ‘Abdul Wahhab al-Wishabi, yang turut dihadiri oleh murid-murid Darul Hadith, berlaku diskusi sekitar tambahan lafaz “menggerak-gerak” jari ini, maka berkata al-Syaikh al-Wishabi kepada al-Syaikh Muqbil al-Wadie

“Sesungguhnya Zaidah adalah seorang thiqah, serta sesungguhnya al-Syaikh al-Albani telah mensahihkan tambahan lafaz ini yang datang dari Zaidah kerana dia thiqah”

Maka jawab al-Syaikh Muqbil al-Wadie rahimahullah

“Sesungguhnya al-Syaikh al-Albani telah menghukum atas hadith-hadith Zaidah yang lain yang mana menyendirinya Zaidah serta hanya menyelishi 2 orang rawi saja! Dalam hadith ini Zaidah telah menyelisihi 15 orang rawi (sebenarnya 18 orang), sekiranya riwayat ini tidak dinamakan syaz, maka tiadalah hadith syaz di dunia ini!!”.

 

Imam Ahmad Menggerak-Gerakkan Jari

Saya melihat terdapat beberapa tulisan dalam blog-blog berbahasa melayu menyatakan berkata bahawa al-Imam Ahmad menggerak-gerak jari, bahkan dikatanya menggerak-gerak dengan kuat! Sungguh ini adalah satu dusta, dusta kepada al-Imam Ahmad, kerana jika kita melihat kepada sumber asalnya iaitu kitab Masail ‘an al-Imam Ahmad dari muridnya Ibn Hani’, jelas bahawa yang ditanya kepada al-Imam Ahmad adalah

“Adakah seseorang mengisyaratkan dengan jarinya ketika solat?”

Jawab Ahmad

“Ya”

Memberi isyarat bukan bermaksud menggerak-gerak!! Memberi isyarat ialah mengangkat satu jari sebagai tanda tauhid, sehingga tampak tauhid di jiwa beserta lisan serta perbuatan. Kenapa perlu memesongkan soalan Ibn Hani’ serta jawapan al-Imam Ahmad??

Dusta kepada mereka berdua. Terdapat riwayat lain berkenaan menggerak-gerak jari ini, antaranya apa yang diriwayatkan al-Waqidi dari Kathir bin Said dari Nafi’ dari Ibn ‘Umar dari Nabi: “menggerak-gerak jari dalam solat itu menakutkan syaitan”, hadith ini juga Munkar, bahkan Ibn ‘Adiy menyatakan Munkarnya kerana al-Waqidi, ia hadith yang tidak mahfuz.

Baik setakat ini saja malam ini, telah jelas kepada kita bahawa hadith berkenaan menggerakgeral jari adalah hadith Munkar atau disebut juga Syaz, telah silapnya Zaidah dalam membawa tambahan lafaz “menggerak-gerak”. Dalam kes ini kesilapan adalah dari perawi yang thiqah. Jika ada yang bertanya saya, adakah menggerak-gerak jari ketika tasyahud itu sunnah? Maka jawab saya ia bukan sunnah!

Semoga bermanfaat.

Fiqh Wanita : Nota ke 44 (Umum)

0

Soal Jawab Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Adakah berdosa niat isteri untuk menegur suami berbelanja tanpa pengetahuan isteri sedangkan suami tidak pernah mengambil tahu tentang pendapatan isteri?

Jawapan 1 Thtl :

Suami berbelanja tanpa pengetahuan isteri. Antara rahsia dan objektif kahwin:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (AQ, Ar-Rum: 21)

Cinta antara suami isteri ni maksudnya mereka mengurus perbelanjaaan rumah (income, spending, investment) bersama, bukan duit aku, aku punya, duit hang, hang punya. Itu tak betul utk zaman moden sekarang, di mana kos barang naik, cukai yg banyak dan keperluan tabungan dan pelaburan utk masa depan.

Kalau masih berahsia dalam pendapatan dan perbelanjaan, maka objektif kahwin belum sampai dan belum ada cinta dalam perkahwinan. Ini kena selesaikan dulu, ada yg tak kena.

 


Soalan 2

Apakah hukum pakaian yang dibasuh dengan mesin basuh automatik.  Adakah boleh dibawa untuk solat? Saya menggunakan mesin basuh automatik. Minta pencerahan.

Jawapan 2 Thtl

Isu washing machineKaedah: teknologi tidak berlawanan dgn syarak, maksudnya teknologi memudahkan agama.

Contoh: Dulu orang berwuduk dengan satu mud air, atau dua kolah. Sekarang guna paip air sahaja. Dulu manusia membasuh di sungai, sekarang, manusia membasuh dengan Toshiba, Samsung, LG dan Panasonic. Fungsi basuhan itu diambil alih oleh machine, maka kena syukurlah sebab isteri akan ada lebih banyak masa untuk benda lain bukannya sibuk meragui hukum pakaian yang dibasuh oleh teknologi.

Teknologi washing machine adalah amat bersih dan dicipta oleh bangsa Jepun yang terkenal dengan bangsa yang paling bersih dalam dunia, yang perkenalkan 5S kepada dunia dan mereka yang menjadikan washing machine menjadi basuhan yang sempurna. Juga kemajuan dalam teknologi detergen, hingga terhasil detergen yang amat powerful, seperti Dynamo, Breeze, Fab dan Daia. Umat Islam jauh mundur dan tidak mampu mencipta apa-apa, maka bersyukurlah orang lain yang menciptakannya untuk kita.

 


4.1.1

Soalan 3

Bolehkan orang islam belajar senaman chi kung and tai chi ?

Jawapan 3 Thtl

Isu senaman chi kung dan tai chiSebuah hadith:

الحديث رواه الترمذي وابن ماجه من حديث أبي هريرة ـ رضي الله عنه ـ ولفظه: الكلمة الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها. قال الترمذي: هذا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الوَجْهِ

Hadith Abu Hurayra :

“Kalimah hikmah adalah barangan yg hilang dari org mukmin, bila ia jumpa maka merekalah yg lebih berhak ke atasnya” HR Termidzi dan Ibn Majah, dinilai dhaif oleh Imam abu Isa. Tetapi maksudnya sahih, yakni boleh kita mengambil apa jua hikmah dan ilmu yang berada di tangan non-muslim asalkan tiada diselitkan unsur keagamaan dan akidah mereka. Jika semata-mata kesihatan dan well being, tak ada salahnya.

 


 

Soalan 4

Adakah sama taraf ibu kandung dan ibu tiri dari pandangan islam? Ibu kandung yang melahirkan tetapi anak-anak dijaga, dididik oleh ibu tiri.

Jawapan 4 Thtl

Ibu kandung vs ibu tiri. Hukum asal:

Ibu kandung, ibu asal yg thabit dengan nasab, hubungan darah dan daging kerana kehamilan 9 bulan, kesakitan melahirkan dan menyusu.

Manakala ibu tiri, hubungan kerana perkahwinan ayah yang baru. Ada ibu tiri yg soleh dan ada ibu tiri yang seperti dalam bawang putih bawang merah atau cinderella story, ibutiri yang kejam.

Keduanya tidak sama. Ibu kandung adalah abadi, hubungan yang kekal dan berbakti dan menyayangi ibu adalah suruhan kedua selepas menyembah Allah.

Dalil:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.(17:23)

Itu suatu perintah. Manakala ibu tiri, jika dia baik, maka si anak hendaklah juga berbakti dan membalas kebaikan dengan kebaikan yang sama.

Dalil:

Dan berbuat baik-lah ; karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (AQ,Al Baqarah , 2 : 195)

Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik” (AQ, Aali’Imraan , 3 : 147-148)

 


 

Soalan 5

Apakah hukum suami yang join tabligh keluar rumah 40 hari berturut-turut tanpa disempurnakan nafkah isteri dan anak-anak? Bila ditegur, beliau memberi alasan para sahabat yang diutuskan oleh nabi ke merata dunia berbulan-bulan ada yang meninggalkan isteri dan keluarga untuk memastikan agama Islam dapat disebar luaskan. Keliru dan buntu. Mohon penjelasan sheikh.

Jawapan 5 Thtl

Isu suami keluar dengan dakwah Tabligh (JT). 

Satu: Sejarah JT – JT adalah NGO dakwah yang ditubuhkan di Nizamuddin India oleh Mawlana Ilyas, tahun 1926. Ia dakwah yang sesuai dalam masyarakat India, dimana ia dikuasai oleh majoriti Hindu yang mencegah aktiviti politik umat Islam melalui pergerakan atau pertubuhan. Maka cara terbaik komuniti Islam minoriti India ialah menubuhkan NGO dakwah tanpa politik di India dengan nama dakwah tablighi.

Kedua: Jika orang Melayu ingin menyertai JT, dia kena pastikan kebajikan keluarganya terjaga dan terjamin dulu. Macam mana dia nak jamin kebajikan umat Islam, jika dia abaikan keluarganya. Ini bercanggah dengan ajaran Islam, family first.

Dalilnya sebuah hadith:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

“Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik bagi istrinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kalian terhadap istriku” (HR At-Tirmidzi no 3895 dari hadits Aisyah dan Ibnu Majah no 1977 dari hadits Ibnu Abbas dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani (lihat As-Sahihah no 285))

 


maxresdefault

Soalan 6

Apakah hukum jika suami tinggalkan anak isteri untuk berjihad di negara yang bergolak dengan peperangan? Mohon pencerahan.

Jawapan 6 Thtl

Suami pergi berjihad di negara bergolak. Ada dua syarat seseorang nak pergi berjihad di negara lain:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.” (QS. An Nisa’: 59).

Kata syaikh Soleh al-Fawzan, ahli majlis fatwa saudi arabia, ada dua syarat:

1. Mendapat izin ibubapanya, restu ibubapa dan isteri
2. Mendapat izin ulil amri, ini kerana penguasa yg sah yang ada power untuk declare war atau declare jihad ke atas negara lain.

(Majmu’atu Rosail Da’wiyyah wa Manhajiyah, Syaikh Sholeh Al Fauzan, terbitan Al Mirots An Nabawiyah, ms. 367-368)

 


zakat

Soalan 7

Hasil jualan rumah perlu dikeluarkan zakat?

Jawapan 7 Thtl

Fiqh zakat: Hasil jualan rumah. Hasil jualan rumah dimasukkan dalam pengiraan pendapatan tahunan, contohnya, pendapatan tahun 2015:

Pendapatan bergaji: RM100,000 setahun
Pendapatan dari sumber lain:

  • Penjualan rumah: RM500,000
  • Penjualan saham: RM100,000
  • Jumlah kasar pendapatan tahunan: RM700,000
  • Tolak Kos: x, y, z`

 

Bulughul Maram : Hadis ke 72 – 74

0

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم. اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي. أما بعد،

بَابُ نَوَاقِضِ الْوُضُوءِ

Bab sebab-sebab terbatal wudhu

Hadis 72

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ – رضي الله عنه – قَالَ: كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ الله – صلى الله عليه وسلم – عَلَى عَهْدِهِ – يَنْتَظِرُونَ الْعِشَاءَ حَتَّى تَخْفِقَ رُؤُوسُهُمْ, ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا يَتَوَضَّئُونَ. أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ, وَصَحَّحَهُ الدَّارَقُطْنِيُّ. وَأَصْلُهُ فِي مُسْلِمٍ.

Anas Ibnu Malik رضي الله عنه berkata: pernah para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم semasa zaman hidupnya, mereka menunggu waktu isya’ sehingga kepala mereka tersengguk-sengguk kemudian mereka solat dalam keadaan tidak berwudhu (baru).

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Dawud. Dan disohihkan oleh ad Daruquthni dan asalnya (hadis) ada dalam sohih muslim.

Darjat hadis

Hadis ini sohih. Asalnya ada dalam Sohih Muslim.

Penerangan

1- maksud asalnya ada dalam Sohih Muslim iaitu asal kisah hadis ini ada diceritakan dalam sohih muslim seperti berikut:

“كانُوا يتنظرون العشاء فينامون ثمَّ يصلون ولا يتوضؤون”

Mereka (sahabat2) menanti solat isya’ lalu mereka tertidur kemudian mereka solat tanpa berwudhu (baru).

2- hadis ini dalil bahawa tidur ringan tidak membatalkan wudhu. Manakala tidur berat sehingga lenyap tidurannya yang tidak sedar diri membatalkan wudhu.

3- hadis ini menunjukkan kesungguhan para sahabat رضي الله عنهم menanti waktu solat di masjid. Dalam hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah رضي الله عنه :

أنَّ النَّبي -صلى الله عليه وسلم- قال: “لا يزال أحدكم في صلاةٍ ما دامت الصلاة تحبسه

“Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وسلم berkata: setiap kalangan kamu sentiasa berada dalam (mendapat pahala) solat selama-mana (penantian) solat itu lah menyebabkannya tertahan (di dalam masjid kerana hendak berjemaah)

4- boleh tidur ringan atau tidur berat di dalam masjid lebih2 lagi kerana menanti solat berjemaah.

5- khilaf ulama tentang terbatal wudhu kerana tidur:

  1. ada mengatakan tidur ringan atau tidur berat hukumnya terbatal wudhu secara mutlak. Ini seperti hadis riwayat sofwan sebelum ini menyebut tentang sapuan khuff dibenarkan kerana berak,kencing dan tidur.
  2. ada mengatakan tidak batal secara mutlak.ini kerana bagi pendapat ini tidur adalah bentuk disangka datang hadas (terkeluar sesuatu dari qubul atau dubur).
  3. jumhur mengatakan terbatal jika tidur berat sehingga lenyap.manakala tidur sedikit serta ringan tidurnya maka tidak membatalkan wudhu.ini sesuai dengan hadis bab di atas. Ini lah yang sohih.

Habis di sini.. Ada soalan boleh tanya sebentar.

 


 

 

 

Soalan saya mazhab Syafie menganggap tidur posisi tidak menetap menetap sahaja membatalkan wuduk. Apa pandangan Ustaz?

Kalau mazhab syafie yang muktamad dalam hal ini tidak batal wudhu tidur sedikit atau tidur berat. Ini seperti di dalam majmu’ syarah muhazzab.

Pandangan saya sudah diberitahu di atas yang saya isyaratkannya yang sohih.

 


 

Sambung hadis

Hadis 73

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ الله عَنْهَا قَالَتْ: جَاءَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبِي حُبَيْشٍ إِلَى النَّبِيِّ – صلى الله عليه وسلم – فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ الله، إِنِّي امْرَأَةٌ أُسْتَحَاضُ فَلَا أَطْهُرُ, أَفَأَدَعُ الصَّلَاةَ? قَالَ: «لَا. إِنَّمَا ذَلِكَ عِرْقٌ, وَلَيْسَ بِحَيْضٍ, فَإِذَا أَقْبَلَتْ حَيْضَتُكِ فَدَعِي الصَّلَاةَ, وَإِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِي عَنْكِ الدَّمَ, ثُمَّ صَلِّي». مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Aisyah رضي الله عنها berkata: Fathimah binti Abu Hubaisy datang ke hadapan Nabi صلى الله عليه وسلم lalu berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku ini perempuan yang selalu keluar darah (istihadhah) dan aku tidak bersuci,bolehkah aku meninggalkan solat? Rasul menjawab: “Tidak boleh itu hanya lah penyakit urat dan bukan darah haid. Bila (istihadhah itu datang ketika waktu biasa) haidmu datang maka tinggalkanlah solat dan apabila (istihadhah itu datang ketika waktu biasa) terkebelakang waktu haidhmu maka bersihkanlah dirimu dari darah itu kemudian solat lah” Muttafaq ‘alaihi

Hadis 74

وَلِلْبُخَارِيِّ: «ثُمَّ تَوَضَّئِي لِكُلِّ صَلَاةٍ» وَأَشَارَ مُسْلِمٌ إِلَى أَنَّهُ حَذَفَهَا عَمْدًا

Menurut Riwayat Bukhari: “Kemudian kamu berwudhu lah ketika setiap kali hendak solat” Imam Muslim memberikan isyarat bahawa kalimat tersebut sengaja dibuangnya.

Penerangan

1- dalam riwayat Al Bukhari ada menyebut:
“Kemudian kamu berwudhu lah ketika setiap kali hendak solat” manakala Muslim memberi isyarat bahawa dia sengaja buang lafaz seperti Al Bukhari. Ini kerana anggapan Muslim hadis tambahan itu hanya dari seorang perawi sahaja iaitu Hammad bin Zaid. Baki perawi lain tidak menyebutnya. Bahkan sebenarnya dia tidak menyendiri dengan satu perawi kerana datangnya hadis itu dari ramai perawi serta pelbagai jalur hadis. Dan lebih2 lagi Al Bukhari menyebutkan lafaz ini. Sebab itu Al Bukhari menetapkan ada tambahan dari hadis di atas.

2- hadis ini menerangkan bahawa wajib bertanya orang lebih tahu bila ada kemusykilan. Tidak boleh menyerahkan hal kejahilan pada adat istiadat masyarakat. Tidak boleh jadi pak turut tanpa mengetahui ilmu tentangnya. Kerananya melalui hadis ini Fatimah bint Hubaisy terus bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم .

3- hadis ini menerangkan perbezaan darah haidh dengan darah istihadhah. Darah haidh datang mengikut kesesuaian kejadian asal diciptanya perempuan. Manakala darah istihadhah adalah darah yang di luar waktu haidh. Datangnya tanpa batasan waktu serta bahkan bentuk penyakit urat darah atau sejenis gangguan dari syaitan.

4- hukum najis darah istihadhah sama dengan darah haidh. Maka wajib bersihkannya.

5- hadis ini dalil bagi perempuan datang haidh mesti meninggalkan solat dan tidak menggantikannya. Ini sesuai dengan lafaz hadis dia atas أفأدع الصلاة (apakah aku kena tinggalkan solat) iaitu seperti biasanya keadaan haidh. Dalam riwayat Al Bukhari ada menyebut:

أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ لِعَائِشَةَ أَتَجْزِي إِحْدَانَا صَلَاتَهَا إِذَا طَهُرَتْ فَقَالَتْ أَحَرُورِيَّةٌ أَنْتِ كُنَّا نَحِيضُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا يَأْمُرُنَا بِهِ أَوْ قَالَتْ فَلَا نَفْعَلُهُ

Sungguhnya ada seorang wanita bertanya kepada ‘Aisyah, Apakah seorang dari kita harus melaksanakan solat yang ditinggalkannya bila sudah suci?’Aisyah menjawab, Apakah kamu dari kelompok haruriyyah! Sungguh kami pernah mengalami haid di sisi Nabi صلى الله عليه وسلم , dan beliau tidak memerintahkan kami untuk itu.Atau Aisyah mengatakan, Kami tidak melakukannya (qadhakannya).

6- hadis ini juga mengajar kaedah menghitung waktu sebenar kedatangan darah istihadhah dengan mengetahui adat kebiasaan kedatangan darah haidh. Ini sesuai bagi perempuan sudah pandai menilai keadaan biasa kedatangan waktu haidhnya.

Manakala bagi perempuan yang masih baru akil baligh biasanya tidak mengetahui waktu kebiasaaan haidhnya. Maka dia kena bezakan darah iaitu darah haidh biasanya merah gelap kehitaman,pekat serta berbau kurang enak dan darah istihadhah pula tidak. Hal ini dikalangan perempuan lebih arif dari lelaki.

7- hadis di atas tidak menyebut tambahan kena mandi setelah berlalu waktu haidh. Iaitu lafaz dalam bukhari ada sebut واغتسلي maksudnya hendak lah kamu mandi (setelah berlalu waktu haidhmu).

Maka kena mandi lah. Bukan sekadar berwudhu.

والله أعلم. وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين. السلام عليكم ورحمة الله

Riyadhus Solihin : Hadis ke 110 – Sedekah

0

«110» السادس عشر: عن أبي مسعود عقبة بن عمرو الأنصاري البدري رضي الله عنه قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ آيةُ الصَّدَقَةِ كُنَّا نُحَامِلُ عَلَى ظُهُورِنَا، فَجَاءَ رَجُلٌ فَتَصَدَّقَ بِشَيءٍ كَثيرٍ، فقالوا: مُراءٍ، وَجَاءَ رَجُلٌ آخَرُ فَتَصَدَّقَ بِصَاعٍ، فقالُوا: إنَّ اللهَ لَغَنيٌّ عَنْ صَاعِ هَذَا! فَنَزَلَتْ: {الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لا يَجِدُونَ إِلا جُهْدَهُمْ} [التوبة: 79]. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. وَ ((نُحَامِلُ)) بضم النون وبالحاء المهملة: أي يحمل أحدنا عَلَى ظهره بالأجرة ويتصدق بِهَا. قوله: ((لَمَّا نَزَلَتْ آيةُ الصَّدَقَةِ)) قال الحافظ: كأنه يشير إلى قوله تعالى: {خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا} الآية [التوبة: 103]. قوله: ((وجاء رجل فتصدَّق بصاع))، وكان تحصيله له بأن أجّر نفسه على النزع من البئر بصاعين من تمر، فذهب بصاع لأهله وتصدَّق بالآخر. وفي هذا: أنَّ العبد يتقرب إلى الله بجهده وطاقته، وحسب قدرته واستطاعته.

110. Keenambelas: Dari Abu Mas’ud iaitu ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshari al-Badri r.a., katanya: “Ketika ayat sedekah turun, maka kita semua mengangkat sesuatu di atas punggung-punggung kita -untuk memperolehi upah dari hasil mengangkatnya itu untuk disedekahkan. Kemudian datanglah seseorang lalu bersedekah dengan sesuatu yang banyak benar jumlahnya. Orang-orang sama berkata: “Orang itu adalah sengaja berpamir saja – memperlihatkan amalannya kepada sesama manusia dan tidak kerana Allah Ta’ala melakukannya. Ada pula orang lain yang datang kemudian bersedekah dengan barang sesha’ – dari kurma. Orang-orang sama berkata: “Sebenarnya Allah pastilah tidak memerlukan makanan sesha’nya orang ini.” Selanjutnya turun pulalah ayat – yang artinya:

“Orang-orang yang mencela kaum mu’minin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan pula mencela orang-orang yang tidak mendapatkan melainkan menurut kadar kekuatan dirinya,” dan seterusnya ayat itu – yakni firmanNya: “Lalu mereka memperolok-olokkan mereka. Allah akan memperolok-olokkan para pencela itu dan mereka yang berbuat sedemikian itu akan memperolehi siksa yang pedih.” (at-Taubah: 79) (Muttafaq ‘alaih)

Nuhamilu dengan dhammahnya nun dan menggunakan ha’ muhmalah, artinya ialah setiap orang dari kita sekalian mengangkat di atas punggung masing-masing dengan memperolehi upah dan upah itulah yang disedekahkannya.

 

Sahih Bukhari : Bab Mengiringi Jenazah

0

Syarahan Sahih Bukhari

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم. اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي. أما بعد،

باب: اتباع الجنائز من الإيمان

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الله بْنِ عَلِيٍّ الْمَنْجُوفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا رَوْحٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ الْحَسَنِ وَمُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ. أَنَّ رَسُولَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنْ الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ تَابَعَهُ عُثْمَانُ الْمُؤَذِّنُ قَالَ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ

Bab: Mengiringi jenazah bagian dari iman

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Abdullah bin Ali Al Manjufi berkata, telah menceritakan kepada kami Rauh berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Auf dari Al Hasan dan Muhammad dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: Barangsiapa mengiringi jenazah muslim, kerana iman dan mengharapkan balasan dan dia selalu bersama jenazah tersebut hingga sampai disolatkan dan setelah selesai menanamnya (dalam kubur), maka dia pulang dengan membawa dua qiroth, setiap qiroth setara dengan gunung Uhud. Dan barangsiapa solat jenazah itu dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qiroth.

Hadits ini juga diriwayatkan secara mutabi’ dari Utsman Al Mu`adzin, dia berkata; telah menceritakan kepada kami ‘Auf dari Muhammad dari Abu Hurairahdari Nabi صلى الله عليه وسلم semakna dengan hadis di atas.

Penerangan

1- maksud lafaz اتباع ialah mengiringi. Maksudnya bersama dengan jenazah ketika di hantar ke kubur. Sebahagian ulama menafsirkan makna mengikuti jenazah dari belakang atau sisi kanan atau sisi kiri. Tapi yang jelas ialah mengiringi jenazah samada depan,belakang,kanan atau kiri boleh belaka.

2- maksud iman dan ihtisab ialah orang mu’min yang melakukan amalan itu tanpa mengharap balasan upah serta bukan menunjuk bagus di depan orang agar dianggap orang baik. Makna lainnya mengharapkan balasan hanya dari Allah Ta’ala semata. Syarat ini adalah berupa syarat penting untuk mendapat ganjaran seperti di dalam hadis ini. Bila di lihat keadaan zaman lani, ramai manusia yang mengambil kesempatan dari kesusahan orang lain. Sehingga dalam perkara mengurus jenazah sudah menjadi seperti satu perniagaan bagi orang2 tertentu. Dari pengurusan mandi hingga lah ke tanam dikuburan semuanya dengan ada upahan tertentu. Bahkan ada sesetengah tempat sanggup caj mahal bagi mandikan jenazah dan sebagainya. Melalui hadis ini mari lah kita sama2 muhasabah diri melakukan ibadah kepada Allah dengan tulus ikhlas dan sanggup khidmat untuk agama dan membantu orang lain yang dalam kesusahan. Dan yang penting Allah memberi ganjaran besar pahala.

3- hadis ini juga sebagai dalil bahawa sesiapa yang solat jenazah lalu iringi jenazah itu ke kubur hingga selesai tanam maka dia mendapat ganjaran dua qiroth iaitu satu qiroth bersamaan besarnya gunung uhud.
Manakala jika hanya solat jenazah saja kemudian dia pulang maka dia mendapat ganjaran sati qiroth. Dan satu qiroth itu sudah cukup besar. Cuma syaratnya mesti dengan keimanan dan ihtisab. Jika harapkan upah manusia tidak termasuk orang yang mendapat ganjaran ini. Harap lah ganjaran upah dari Allah yang sangat besar ganjarannya dibanding habuan dunia yang sedikit nilainya lagi tidak ada erti di sisi Allah.

Jika ada soalan berkaitan boleh tanya sebentar.

 


 

 

 

Soalan: apakah hukum mengiringi jenazah orang kafir

Tidak di sunnatkan.

 

Soalan: jadi hukumnya harus?

Ya mungkin harus pada keadaan tertentu..waAllahu a’lam selebihnya tak tahu.

 

Soalan: Harus tu bahasa Indonesia kan. Bahasa melayu maksudnya boleh, betul ke ustaz?

Harus bagi istilah fiqah tidak berdosa dan tidak dapat pahala..iaitu tidak sunat tidak haram.

 

Soalan: sekiranya mengiringi jenazah dengan melakukan Bid’ah. Adkah kita dapat pahalanya

Iringi jenazah adalah sunnah.. Pelaku bid’ah dapat dosa..dan seperti dalam hadis syaratnya mu’min..org mu’min tidak lakukan amalan bid’ah.

Iman maksudnya melakukan amalan soleh yang sesuai ajaran Allah. Dengan hatinya membenarkannya,lidahnya dan perbuatannya..

Iman ini juga sesuai dengan maksud bukhari yg isyaratkan sebagai makna amal..iman mesti disertakan dengan amal.seiring bersama.

 

Soalan: adakah rezeki upah memandikan mayat halal?

Bagi saya tidak halal ambil upah..lebih2 lagi dengan melakukan perkara amalan yg berselisih dengan sunnah.

Di tempat saya, upah mandi tanpa dibantu oleh ahli waris 350..jika dibantu ahli waris 250…caj upah ni tak termasuk kain kapan atau lain2..hanya mandikan sahaja.ini seperti yg saya pernah dengar sendiri iklan dlm masjid..ini secara jelas adalah munkar.

 


باب: خوف المؤمن من أن يحبط عمله وهو لا يشعر

وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ: «مَا عَرَضْتُ قَوْلِي عَلَى عَمَلِي إِلَّا خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ مُكَذِّبًا» وَقَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ: ” أَدْرَكْتُ ثَلاَثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ، مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ: إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ ” [ص: ١٩] وَيُذْكَرُ عَنِ الحَسَنِ: ” مَا خَافَهُ إِلَّا مُؤْمِنٌ وَلاَ أَمِنَهُ إِلَّا مُنَافِقٌ. وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ، لِقَوْلِ الله تَعَالَى: {وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ} [آل عمران: ١٣٥]

 

Bab orang mu’min itu takut terbatal amalannya tanpa disedari.

Ibrahim at taimi berkata: aku tidak (berani) menyebut tentang amalanku (kepada orang) melainkan kerana aku khuatir diriku berkata dusta.

Penerangan.

1- ini kerana dia takut mengatakan sesuatu seolah2 dia amal secara sempurna padahal tidak seperti dikata.. Ini adalah bentuk penjagaan lidah dari mempersohorkan sesuatu yang tidak begitu. Akibatnya dia hanya berbohong kepada orang supaya seolah2 orang ingat dia ahli ibadah. Contoh2 begini banyak dalam atsar hadis.

2- ibrahim at taimi adalah seorang tabien,kuat beribadah dan seorang tsiqah (dipercayai dalam meriwayatkan sebarang berita)

Sambung matan Al Bukhari

Ibn Abi Mulaikah berkata: aku pernah bertemu 30 orang sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم. Mereka semua takut nifaq (berpura-pura) terhadap diri sendiri. Lalu tidak ada seorang pun dikalangan mereka berani mengatakan dirinya beriman seperti iman malaikat Jibril atau Mikail.

Penerangan

1- sifat takut dikalangan sahabat2 ini adalah melambangkan sifat wara’ (menjauhi dosa dan perkara syubhah)

Sambung matan..

Diceritakan dari al Hasan al Basri dia berkata: tidak lah yang takut nifaq melainkan orang mu’min dan tidak lah yang berasa aman dengan nifaq melainkan orang munafiq.

Berkata Al Bukhari:

Dan apa yang perlu diwaspadai ialah amalan terus menerus nifaq dan maksiat tanpa taubat seperti firman Allah Ta’ala:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا الله فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا الله وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Ali ‘imran 135

Penerangan

1- dalam sohih Al Bukhari nuskhah hindi ada perkataan التقاتل sebagai ganti perkataan النفاق dalam jumlah وما يحذر من الإصرار علي التقاتل والعصيان

Maksudnya: dan apa yang perlu diwaspadai ialah amalan terus menerus melakukan penentangan (terhadap Allah dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم) dan maksiat.

Ini sesuai juga dengan keadaan munafiq zaman Nabi صلى الله عليه وسلم selalu menentang Nabi صلى الله عليه وسلم dibelakang. Berpura2 didepan Nabi.

WaAllahu a’lam

وآخر دعوانا ان الجمد لله رب العالمين. السلام عليكم ورحمة الله

Hadith 109: Sifat Tawadhu’ Anas An-Nadhr Tika Bermujahadah

0

Syarah Riyadhus Solihin

  1. Kelimabelas: Dari Anas r.a., katanya:

“Bapa saudaraku, iaitu Anas bin an-Nadhr r.a. tidak mengikuti peperangan Badar, kemudian ia berkata: “Ya Rasulullah, saya tidak mengikuti pertama-tama peperangan yang Tuan lakukan untuk memerangi kaum musyrikin. Jikalau Allah mempersaksikan saya -menakdirkan saya ikut menyaksikan – dalam memerangi kaum musyrikin – pada waktu yang akan datang, niscayalah Allah akan memperlihatkan apa yang akan saya perbuat.

Ketika pada hari peperangan Uhud, kaum Muslimin menderita kekalahan, lalu Anas – bin an-Nadhr – itu berkata: “Ya Allah, saya mohon keuzuran – pengampunan – padaMu daripada apa yang dilakukan  oleh   mereka  itu  –  yang  dimaksudkan   ialah  kawan-kawannya  kerana  meninggalkan tempat-tempat yang sudah ditentukan oleh Nabi s.a.w. – juga saya berlepas diri – maksudnya tidak ikut campurtangan – padaMu daripada apa yang dilakukan oleh mereka – yang dimaksudkan ialah kaum musyrikin yang memerangi kaum Muslimin.

Selanjutnya ia pun majulah, lalu Sa’ad bin Mu’az menemuinya. Anas bin an-Nadhr berkata: “Hai Sa’ad bin Mu’az, marilah menuju syurga. Demi Tuhan yang menguasai Ka’bah (Baitullah), sesungguhnya saya dapat menemukan bau harum syurga itu dari tempat di dekat Uhud.”

Sa’ad berkata: “Saya sendiri tidak sanggup melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Anas itu, ya Rasulullah.”

Anas   –   yang   merawikan   Hadis   ini   yakni   Anas   bin   Malik anak saudara   Anas  bin  an-Nadhr  –  berkata;   “Maka  kami  dapat menemukan dalam tubuh Anas bin an-Nadhr itu lapan puluh buah lebih pukulan pedang ataupun tusukan tombak ataupun lemparan panah. Kita menemukannya telah terbunuh dan kaum musyrikin telah pula mencabik-cabiknya. Oleh sebab itu seorang pun tidak dapat mengenalnya lagi, melainkan saudara perempuannya saja, kerana mengenal jari-jarinya.”

Anas – perawi Hadis ini – berkata: “Kita sekalian mengira atau menyangka bahawasanya ayat ini turun untuk menghuraikan hal Anas bin an-Nadhr itu atau orang-orang yang seperti dirinya, iaitu ayat -yang artinya:

“Di antara kaum mu’minin itu ada beberapa orang yang menempati apa yang dijanjikan olehnya kepada Allah,” sampai seterusnya ayat tersebut. (Muttafaq ‘alaih)

«109» الخامس عشر: عن أنس رضي الله عنه، قَالَ: غَابَ عَمِّي أَنَسُ بْنُ النَّضْرِ رضي الله عنه عن قِتالِ بدرٍ، فَقَالَ: يَا رسولَ الله، غِبْتُ عَنْ أوّل قِتال قَاتَلْتَ المُشْرِكِينَ، لَئِن اللهُ أشْهَدَنِي قِتَالَ المُشركِينَ لَيُرِيَنَّ اللهُ مَا أصْنَعُ. فَلَمَّا كَانَ يَومُ أُحُدٍ انْكَشَفَ المُسْلِمونَ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ أعْتَذِرُ إلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ هؤُلاءِ- يعني: أصْحَابهُ- وأبْرَأُ إلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ هؤُلاءِ- يَعني: المُشركِينَ- ثُمَّ تَقَدَّمَ فَاسْتَقْبَلهُ سَعدُ بْنُ مُعاذٍ، فَقَالَ: يَا سعدَ بنَ معاذٍ، الجَنَّةُ وربِّ الكعْبَةِ إنِّي أجِدُ ريحَهَا منْ دُونِ أُحُدٍ. قَالَ سعدٌ: فَمَا اسْتَطَعتُ يَا رسولَ الله مَا صَنَعَ! قَالَ أنسٌ: فَوَجَدْنَا بِهِ بِضْعًا وَثَمانينَ ضَربَةً بالسَّيفِ، أَوْ طَعْنةً بِرمْحٍ، أَوْ رَمْيَةً بسَهْمٍ، وَوَجَدْنَاهُ قَدْ قُتِلَ وَمَثَّلَ بِهِ المُشْرِكونَ فما عَرَفهُ أَحَدٌ إلا أُخْتُهُ بِبَنَانِهِ. قَالَ أنس: كُنَّا نَرَى أَوْ نَظُنُّ أن هذِهِ الآية نزلت فِيهِ وفي أشباهه: {مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ} [الأحزاب: 23] إِلَى آخِرها. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. قوله: ((لَيُرِيَنَّ اللهُ)) روي بضم الياء وكسر الراء: أي لَيُظْهِرَنَّ اللهُ ذلِكَ للنَّاس، وَرُويَ بفتحهما ومعناه ظاهر، والله أعلم. في هذا الحديث: جواز الأخذ بالشدة في الجهاد وبذل المرء نفسه في طلب الشهادة، والوفاء بالعهد.

Lafaz Layuriannallah, diriwayatkan dengan dhammahnya ya’ dan kasrahnya ra’, artinya: Niscayalah Allah akan memperlihatkan yang sedemikian itu – apa-apa yang dilakukannya – kepada orang banyak. Diriwayatkan pula dengan fathah keduanya – ya’ dan ra’nya -dan maknanya sudah jelas – iaitu: Nescayalah Allah akan melihat apa-apa yang dilakukan olehnya. Jadi membacanya ialah: Layara-yannallah. Wallahu aiam.

Anas bin an-Nadhr r.a. mengatakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dalam peperangan yang pertama yakni perang Badar tidak ikut, kemudian dalam peperangan kedua, yakni perang Uhud ikut menyertai pasukan ummat Islam melawan kaum kafirin dan musyrikin. Kemudian ia berkata di hadapan Rasulullah s.a.w. sebagai janjinya, andaikata ia mengikuti, niscaya Allah akan menampakkan apa yang hendak dilakukan olehnya atau Allah pasti mengetahui apa yang hendak diperbuatnya.

Ia mengatakan sebagaimana di atas itu setelah selesai perang Badar dan belum lagi terjadi perang Uhud. Yang hendak diperbincangkan di sini ialah mengenai kata-kata Anas tersebut berbunyi Maa ashna-‘u, artinya: Apa-apa yang akan saya lakukan. Mengapa ia tidak berkata saja: Aku akan bertempur mati-matian sampai titik darah yang penghabisan, sebagaimana yang biasa dikatakan oleh orang-orang di zaman kita sekarang ini. Nah, inilah yang perlu kita bahas sekadarnya.

Al-lmam al-Qurthubi dalam mengupas kata-kata Anas r.a. iaitu Maa ashna-‘u itu menjelaskan demikian:

Ucapan Sayidina Anas r.a., juga sekalian para sahabat Rasulullah s.a.w. selalu mengandungi makna yang mendalam. Anas r.a. misalnya, dalam menyatakan janjinya akan mengikuti peperangan bila nanti terjadi peperangan lagi dengan hanya mengatakan: Maa ashna-‘u, itu mempunyai kandungan bermacam-macam, umpamanya:

(a)   Ia tidak memiliki sifat kesombongan dan ketakaburan dan oleh sebab itu tidak mengatakan bahawa ia akan berjuang mati-matian sampai hilangnya jiwa yang dimilikinya dan amat berharga itu. Orang yang sombong itu umumnya tidak menepati janji yang diucapkan. Kadang-kadang baru melihat musuh sudah lari terbirit-birit atau sebelum melihatnya saja sudah tidak nampak hidungnya.

(b) Anas r.a. sengaja memperkukuhkan ucapannya sendiri dan benar-benar dipenuhi. Diri dan jiwanya akan betul-betul dikorbankan untuk meluhurkan kalimat Allah yakni agama Islam dengan jalan melawan musuh yang sengaja menyerbu negara dan hendak melenyapkan agama yang diyakini kebenarannya itu.

(c)   Ia hendak berusaha keras memenangkan peperangan dan mencurahkan segala daya dan kekuatannya tanpa ada ketakutan sedikitpun akan tibanya ajal, sebab setiap manusia pasti mengalami kematian, hanya jalannya yang berbeza-beza.

(d)   Ia takut kalau-kalau apa yang hendak dilakukan nanti itu belum  memadai  apa yang diucapkan, sebab  mengingat bahawa segala  gerakan   hati  dapat saja  diubah-ubah  oleh  Allah  Ta’ala. Mungkin hari ini putih,tetapi besoknya sudah menjadi hitam. Itulah yang  dikhuatirkan  olehnya,  sehingga  semangatnya  yang  asalnya menyala-nyala, tiba-tiba mengendur tanpa disedari.

Selanjutnya setelah terjadi perang Uhud ia menunjukkan perjuangan yang sebenar-benarnya, sampai-sampai terciumlah olehnya bau-bauan dari syurga dan akhirnya ia gugur sebagai pahlawan syahid fi-sabilillah. Untuk menegaskan janji Anas r.a. inilah Allah Ta’ala berfirman dalam al-Quran:

artinya:

“Di kalangan kaum mu’minin itu ada beberapa orang(seperti sahabat Anas) yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah dan sungguh-sungguh memenuhi janjinya itu. Diantara mereka ada yang menemui ajalnya – sebagai pahlawan syahid – dan ada juga yang masih menanti-nantikan – yakni ingin mendapatkan kematian syahid dan oleh sebab itu tidak mundur setapak pun menghadapi musuh. Itulah orang-orang mu’min yang tidak berubah pendiriannya sedikit pun.” (al-Ahzab: 23)

 

Sunnah Segerakan Urusan Jenazah Dan Syafaat Muslim Yang Menjaga Tauhid

0

SOLAT JENAZAH YANG DIRAHMATIُ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ. وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Rasulullah ﷺ bersabda:,

مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا لَا يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا شَفَّعَهُمْ الله فِيهِ

Maksudnya;

Tiada seorang muslim yang meninggal dunia lalu jenazahnya disolatkan oleh 40 orang lelaki, yang mana mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan doa syafa’at mereka untuknya (yakni bagi jenazah).
(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ahmad)

إِذَا وُضِعَتْ الْجِنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ قَدِّمُونِي قَدِّمُونِي وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الْإِنْسَانَ وَلَوْ سَمِعَهَا الْإِنْسَانُ لَصَعِقَ

Maksudnya;

Saat jenazah diletakkan (di atas pengusung) dan telah diusung di atas pundak lelaki, sekiranya jenazah itu soleh, dia akan berkata, “Percepatkanlah diriku”. Jika jenazah tidak soleh, dia akan berkata, “Celaka aku, ke mana akan mereka membawaku?”. Suara itu bisa didengar oleh setiap benda kecuali manusia. Sekiranya dia mendengarnya, pasti dia pengsan. ( Riwayat al-Bukhari)

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين. والله أعلم بالصواب

Sekian, selamat beramal…

 

KECINTAAN SAHABAT NABI S.A.W KEPADA AL-QURAN.

0

Abu Abdul Rahman as-Sulami berkata:

حدثنا الذين كانوا يُقرِئوننا: أنهم كانوا يستقرِئون من النبي صلى الله عليه وسلم،

Mereka yang mengajar kami al-Quran (iaitu para sahabat nabi) menyampaikan kepada kami bahawa mereka mempelajari al-Quran daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

فكانوا إذا تعلَّموا عَشْر آيات لم يخلِّفوها حتى يعملوا بما فيها من العمل،

Apabila mereka mempelajari sepuluh ayat, mereka tidak akan berpindah (ke ayat yang lain) sehingga mereka beramal dengan isi kandungan ayat itu.

فتعلَّمنا القرآن والعمل جميعًا

Oleh kerana itu, kami mempelajari dan mengamalkan al-Quran pada masa yang sama.
[Tafsir at-Thabari, jilid 1, m/s 80, Shaikh Ahmad Syakir berkata: Isnadnya Sahih Muttasil]

Abdullah bin Mas’ud berkata:

وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ

Demi Allah yang tiada siapa yang berhak disembah selainNya.

مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلاَّ أَنَا أَعْلَمُ أَيْنَ أُنْزِلَتْ

Tidaklah turun satu surah daripada kitab Allah kecuali aku tahu di mana ia turun.

وَلاَ أُنْزِلَتْ آيَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلاَّ أَنَا أَعْلَمُ فِيمَ أُنْزِلَتْ،

Tidaklah turun satu ayat daripada kitab Allah kecuali aku tahu kerana sebab ia diturunkan.

وَلَوْ أَعْلَمُ أَحَدًا أَعْلَمَ مِنِّي بِكِتَابِ اللَّهِ تُبَلِّغُهُ الإِبِلُ لَرَكِبْتُ إِلَيْهِ.

Seandainya aku mengetahui ada seseorang yang lebih mengetahui tentang kitab Allah berbanding diri aku, yang mana tempat itu dapat dituju dengan menunggang unta, nescaya aku akan menunggang unta ke tempat itu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 5002]

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:

وَكَانَ الرَّجُلُ إِذَا قَرَأَ : الْبَقَرَةَ ، وَآلَ عِمْرَانَ ، جَدَّ فِينَا – يَعْنِي عَظُمَ –

Apabila seseorang telah membaca surah al-Baqarah dan Ali ‘Imran, maka orang itu menjadi mulia pada pandangan kami. [Musnad Ahmad, Musnad Anas bin Malik, no: 12236, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya sahih di atas syarat Shaikhan]

Hadits-Hadits Palsu Keutamaan Menamakan Bayi Dengan Muhammad

0
little child baby smiling lying under thr towel

Assalamualaikum. Soalan: Adakah menjadi sunnah memberi nama anak lelaki bermula dengan MUHAMMAD.

Jawapan Oleh Ustaz Adli Khalim:

Memberi nama Muhammad kepada anak lelaki bukanlah suatu sunnah yang dianjurkan, namun amalan ini dibolehkan. Cuma biasanya orang `Arab kebanyakan nama anak mereka hanya 1 patah perkataan. Contohnya:

  • Imam Asy-Syafi`i: Muhammad bin Idris
  • Imam Al-Bukhari: Muhammad bin Isma`il
  • Imam At-Tirmidzi: Muhammad bin `Isa

Untuk lebih faham, sila baca petikan artikel di bawah, dan kalau ada waktu sila klik link yang saya sertakan. Wallahu a`lam.

 


 

NAMA-NAMA YANG DISUNNAHKAN UNTUK DIBERIKAN KEPADA BAYI

3. Bernama dengan nama para nabi dan rasul. Mereka adalah orang-orang yang memiliki akhlak yang paling mulia dan memiliki amalan yang paling bersih. Diharapkan dengan memberi nama seorang anak dengan nama nabi ataupun rasul dapat mengenang mereka juga karakter dan perjuangan mereka.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri juga pernah menamakan anaknya dengan nama Ibrahim, nama ini juga beliau berikan kepada anak sulung Abu Musa radhiallahu ‘anhu dan beliau juga menamakan anak Abdullah bin Salaam dengan nama Yusuf.

Adapun hadits tentang keutamaan orang yang bernama Ahmad atau Muhammad tidak ada yang shahih. Ibnu Bukair al-Baghdadi menyusun sebuah kitab tentang keutamaan orang yang bernama Ahmad atau Muhammad, dan pada kitab tersebut beliau menyertakan 26 hadits yang tidak shahih. Wallahu a’lam.

Sumber

 


 

 

ADAKAH KEUTAMAAN KHUSUS ORANG YANG BERNAMA MUHAMMAD?

Terdapat beberapa hadist yang tidak shahih bahkan maudhu’ (palsu) yang dinisbatkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai keutamaan bagi mereka yang bernama dengan nama “Muhammad”. Bahkan sebagian hadits tersebut memberikan ancaman bagi orang yang tidak mahu memberikan nama anak mereka dengan nama “Muhammad”.

Misalnya hadits palsu berikut:

مَنْ وُلِدَ لَهُ أَرْبَعَةُ أَوْلادٍ ، فَلَمْ يُسَمِّ أَحَدَهُمْ مُحَمَّدًا لَمْ يَدْخُلْ حُبُّ مُحَمَّدٍ قَلْبَهُ

“Barang siapa yang mempunya empat orang anak kemudian tidak memberikan nama salah seorang dari mereka dengan nama ‘Muhammad’, maka tidak masuk rasa kecintaan kepada (nabi) Muhammad dalam hatinya.”

Kemudian hadits palsu berikut:

من ولد له مولود فسماه محمداً تبرّكّا به كان هو ومولودُهُ في الجنة

“Barang siapa yang mempunyai anak kemudian diberi nama ‘Muhammad’ dalam rangka mencari keberkahan, maka dia dan anaknya akan berada di surga”

Hadits di atas di nilai palsu oleh banyak ulama seperti Imam Adz-Zahabi dalam Talkhis kitab Al-Maudhu’aat, Ibnul Qayyim dalam Al-Manarul Munif , syaikh Al-Albani dalam As-Silsilah Ad-Dha’ifah dan ulama lainnya. Bahkan hadits -hadits yang menceritakan tentang keutamaan bernama dengan “Muhammad” tidak shahih semuanya. Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah menjelaskan,

هذا الحديث مكذوب ، وموضوع على الرسول ـ صلى الله عليه وسلم ، وليس لذلك أصل في السنة المطهرة ، فكل ما جاء في هذا من الأخبار لا أساس لها من الصحة ، فالاعتبار بإتباع محمد ، وليس باسمه ـ صلى الله عليه وسلم ، فكم ممن سمي محمداً وهو خبيث ؛ لأنه لم يتبع محمدا ولم ينقد لشريعته ، فالأسماء لا تطهر الناس ، وإنما تطهرهم أعمالهم الصالحة ، وتقواهم لله ـ جل وعل ـ

“Ini adalah hadits dusta dan palsu, bukan perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bukanlah termasuk sunnah yang suci. Semua hadits-hadits mengenai hal ini (keutamaan bernama dengan ‘Muhammad’) tidak ada dasarnya untuk dikatakan shahih. Yang menjadi patokan/kepentingan adalah mengikuti ajaran nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bukan mengikuti namanya. Betapa banyak orang yang bernama Muhammad akan tetapi kelakuannya tidak baik karena tidak mengikuti ajaran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak patuh terhadap syariat. Nama tidak mensucikan orang, yang mensucikannya adalah amal shalih dan takwa kepada Allah.”[1]

Adapun hadits shahih Bukhari-Muslim berikut:

سَمُّوْا باسمي ولاتَكَنَّوْا بكنيتي، فإني أنا أبو القاسم

“Silakan memberi nama dengan namaku, namun jangan ber-kun-yah dengan kun-yah-ku. Kun-yah-ku adalah Abul Qasim” [2]

Ulama menunjukkan hanya kebolehannya saja karena setelahnya ada larangan agar tidak bernama dengan nama kun-yah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam

 

Hadith 108: Sebaik-baik Manusia

0

Bab Mujahadah – Hadith 108.

Keempatbelas: Dari Abu Shafwan iaitu Abdullah bin Busr al-Aslami r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik kelakuannya.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

«108» الرابع عشر: عن أَبي صَفوان عبد الله بنِ بُسْرٍ الأسلمي رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((خَيرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمُرهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ)). رواه الترمذي، وَقالَ: ((حديث حسن)). ((بُسْر)) بضم الباء وبالسين المهملة. في هذا الحديث: فضلُ طول العمر إذا أُحسن فيه العمل.  وفي بعض الروايات: ((وشركم

Popular

Iklan

Iklan