Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Biarlah Mati Ketika Beramal Soleh

Biarlah Mati Ketika Beramal Soleh

85
0

Bilik ini
https://telegram.me/joinchat/A0jOFDwXc2ZsoAIRSFHpfA

116. Kelima: Dari Jabir r.a., katanya: “Nabi s.a.w. bersabda: “Dibangkitkan setiap hamba itu – dari kuburnya, menurut apa yang ia mati atasnya.” (Riwayat Muslim)

 

Keterangan:

Hadis ini menyerukan setiap manusia muslim lagi mu’min agar senantiasa berbuat kebaikan kepada siapapun, mengerjakan apa-apa yang diredhai Allah, menetapi sunnah-sunnahnya Rasulullah s.a.w. dalam segala waktu, tempat dan keadaan. Juga menyerukan supaya terus menerus memiliki keikhlasan hati dalam mengamalkan segala hal semata-mata untuk Allah Ta’ala jua, baik dalam ucapan ataupun perbuatan. Kepentingannya ialah agar di saat kita ditemui oleh ajal, maka kematian kita pun menetapi keadaan sebagaimana yang tersebut di atas itu, sehingga pada hari kita diba’ats atau dibangunkan dari kubur nanti, keadaan kita pun sebagaimana halnya apa yang kita tetapi sewaktu kita berada di dunia ini.

Semogalah kita memperolehi husnul-khatimah atau penghabisan yang bagus dan terpuji.

«116» الخامس: عن جابر رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيهِ)). رواه مسلم.
في هذا الحديث: تحريضٌ للإِنسان على حسن العمل، وملازمة الهَدْي المحمدي في سائر الأحوال، والإِخلاص لله تعالى في الأقوال والأعمال، ليموت على تلك الحالة الحميدة فيُبعث كذلك، وبالله التوفيق.

Komen dan Soalan