Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Antara Doa Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat

Antara Doa Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat

1969
0

Kitab Riyadhus Solihin

114. Ketiga: Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Tidaklah Rasulullah s.a.w. bersembahyang sesuatu shalat setelah turunnya ayat: Idza ja-a nashrullahi walfathu – Apabila telah tiba pertolongan dari Allah dan kemenangan, melainkan dalam shalatnya itu selalu mengucapkan:

Subhanaka rabbana wa bihamdik. Allahummaghfirli – Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan saya mengucapkan puji-pujian kepadaMu. Ya Allah berilah pengampunan padaku.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat yang tertera dalam kedua kitab shahih – yakni Bukhari dan Muslim, disebutkan dari Aisyah pula demikian:

“Rasulullah s.a.w. itu memperbanyakkan ucapannya dalam ruku’ dan sujudnya iaitu:Subhanakallahumma rabbana wa bihamdika, Allahummaghf’ir Li – Maha Suci Engkau ya Allah Tuhan kami dan saya mengucapkan puji-pujian kepadaMu. Ya Allah, berikanlah pengampunan padaku,” beliau mengamalkan benar-benar apa-apa yang menjadi isi al-Quran.

Makna: Yata-awwalul Quran ialah mengamalkan apa-apa yang diperintahkan pada beliau itu yang tersebut dalam al-Quran, yakni dalam firman Allah Ta’ala: Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirhu,ertinya: Maka maha sucikanlah dengan mengucapkan puji-pujian kepada TuhanMu dan mohonlah pengampunan kepadaNya.

Dalam riwayat Muslim disebutkan:

“Rasulullah s.a.w. itu memperbanyak ucapannya sebelum wafatnya, iaitu: Subhanaka wa bihamdika, astaghfiruka wa atubu ilaik – Maha Suci Engkau dan saya mengucapkan puji-pujian kepadaMu, saya mohon pengampunan serta bertaubat kepadaMu.

Aisyah berkata: Saya berkata: “Hai Rasulullah, apakah ertinya kalimat-kalimat yang saya lihat Tuan baru mengucapkannya itu?” Beliau s.a.w. bersabda: “Itu dijadikan sebagai alamat bagiku untuk ummatku, jikalau saya telah melihat alamat tersebut. Itu saya ucapkan apabila telah datang pertolongan dari Allah dan kemenangan.” Beliau membaca surah an-Nashr itu sampai selesai.

Dalam riwayat Muslim lainnya disebutkan:

“Rasulullah s.a.w. memperbanyakkan ucapan: Subhanallah wabihamdih, astaghfirullah wa atubu ilaih – Maha Suci Allah dan saya mengucapkan puji-pujian kepadaNya, saya mohon pengampunan serta bertaubat kepadaNya.

Aisyah berkata: Saya berkata: “Ya Rasulullah, saya lihat Tuan selalu memperbanyak ucapan:Subhanallah wa bihamdih, astaghfirullah wa atubu ilaih.
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:

Tuhanku telah memberitahukan kepadaku bahawasanya aku akan melihat sesuatu alamat untuk ummatku. Jikalau saya melihatnya itu, maka aku memperbanyakkan ucapan Subhanallah wa bihamdih astaghfirullah wa atubu ilaih. Kini aku telah melihat alamat tersebut, iaitu jikalau telah datang pertolongan Allah dan kemenangan yakni dengan dibebaskannya kota Makkah. Dan engkau melihat para manusia masuk dalam agama Allah dengan berduyun-duyun. Maka maha sucikanlah dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhanmu dan mohonlah pengampunan kepadaNya, sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima taubat.”

«114» الثالث: عن عائشة رضي الله عنها، قَالَتْ: مَا صلّى رَسُول الله صلى الله عليه وسلم صلاةً بَعْدَ أنْ نَزَلتْ عَلَيهِ: {إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتْحُ} إلا يقول فِيهَا: ((سُبحَانَكَ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وفي رواية في الصحيحين عنها: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يُكْثِرُ أنْ يقُولَ في ركُوعِه وسُجُودهِ: ((سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي))، يَتَأوَّلُ القُرآنَ.
معنى: ((يَتَأَوَّلُ القُرآنَ)) أي يعمل مَا أُمِرَ بِهِ في القرآن في قوله تَعَالَى: {فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ}.
وفي رواية لمسلم: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يُكثِرُ أنْ يَقُولَ قَبلَ أنْ يَمُوتَ: {إذا جَاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتْحُ} … إِلَى آخِرِ السورة.
وفي رواية لَهُ: كَانَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يُكثِرُ مِنْ قَولِ: ((سبْحَانَ اللهِ وَبِحَمدِهِ أسْتَغفِرُ اللهَ وأتُوبُ إِلَيْهِ)). قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ، أَراكَ تُكثِرُ مِنْ قَولِ سُبحَانَ اللهِ وَبِحَمدهِ أسْتَغْفِرُ اللهَ وأتُوبُ إِلَيْه؟ فَقَالَ: ((أخبَرَني رَبِّي أنِّي سَأرَى عَلامَةً في أُمَّتي فإذا رَأيْتُها أكْثَرْتُ مِنْ قَولِ: سُبْحَانَ اللهِ وبِحَمدهِ أسْتَغْفرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْه فَقَدْ رَأَيْتُهَا: {إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتْحُ} فتح مكّة، {وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللهِ أَفْوَاجًا * فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا})).
في هذا الحديث: مواظبته صلى الله عليه وسلم على التسبيح والتحمد والاستغفار في ركوعه وسجوده، وأشرف أوقاته وأحواله.
وفيه: خضوعه صلى الله عليه وسلم لربه وانطراحه بين يديه، ورؤية التقصير في أداء مقام العبودية، وحق الربوبية.
وفيه: الحث على الازدياد من الخير في أواخر العمر.

Komen dan Soalan