Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits Beza Sunnah Dengan Hadits

Beza Sunnah Dengan Hadits

573
0
Iklan

Hadits dari sudut bahasa bermaksud kata-kata, dan ia juga boleh bermaksud baru.

Sunnah pula dari sudut bahasa bermaksud jalan dan adat yang diikuti.

Adapun dari sudut teknikal kedua-duanya mempunyai definisi yang sama iaitu apa yang disandarkan kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dari bentuk perkataan, perbuatan atau sifat.

Perbezaan paling ketara adalah dari sudut konteks penggunaan.

Hadits biasanya disebut merujuk kepada teks yang direkod atau disebutkan yang mengandungi sanad dan matan.

Sunnah pula biasanya disebut merujuk kepada aspek praktikal apa yang telah ditunjukkan oleh Baginda sallaLaahu ‘alaihi wa sallam.

Contoh penggunaan istilah Sunnah dan Hadits:

Membaca bismillah sebelum berwudhu merupakan SUNNAH Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dan ini berdasarkan HADITS yang diriwayatkan oleh Anas di dalam Musnad Ahmad, dan lain-lain.

Cuba terbalikkan penggunaan istilah SUNNAH dan HADITS dalam pernyataan di atas, akan kelihatan pelik dan sukar difahami.

Membaca bismillah sebelum berwudhu merupakan HADITS Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dan ini berdasarkan SUNNAH yang diriwayatkan oleh Anas di dalam Musnad Ahmad, dan lain-lain.

Komen dan Soalan