Utama Blog Halaman 210

S&J Bersama Doktor (Penyakit Kencing Manis)

0

Soalan:

– Doktor, ayah saya mengidap penyakit kencing manis sudah 12 tahun. Tapi tahun ini keadaan dia agak teruk kerana sakit-sakit badan dan tidak boleh tahan sakit. Kena ada orang yang selalu urut-urut badan dia. Kencing manis ayah saya jenis kering. Apakah puncanya? Sebab sekarang dia meraung kesakitan bila malam susah hendak tidur.

Jawapan:

– Mungkin ayah anda mengalami dehidrasi, ketoasidosis, hiperurisaemia atau neuralgia yang merupakan komplikasi kencing manis. Elok buat pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah.

 Soalan:

– Tapi normal ke sakit-sakit badan macam tu? Sebab bila pagi kurang. Malam yang kerap sakit.

Jawapan:

– Ini merupakan keadaan biasa sakit kencing manis disebabkan kerosakan pada sistem saraf deria. Kena kawal kencing manis dengan baik untuk mengurangkan komplikasi.

 Soalan:

– Bagaimana kita ingin kawal kencing manis ini? Sebab bila kami bagi nasi kuantiti sedikit contohnya ayah merajuk. Ada cara lain tidak untuk mengurangkan rasa sakit badan?

Jawapan:

– Cuba bagi vit B1 B6 B12 dose tinggi. Memang susah dengan ayah atau emak, kadang-kadang terpaksa pejam mata sebelah. Selain itu boleh beri ubat tahan sakit.

Kawaid Bid’ah Siri 6/16

0

Jika berlaku Perselisihan Ulama tentang sesuatu amalan itu bid’ah atau tidak, maka terbaik jangan diamalkan apa yang khilaf itu (القاعدة السادسة: الاختلاف في فعل ما هل هو بدعة أم لا يسوغ العمل به بسبب ذلك الاختلاف)



Syarah :

Apabila kita dapati ada perselisihan ulama dalam menentukan sesuatu amal , sebahagian mereka menyatakan ianya sunnah , harus atau sebahagian lagi menyatakan ianya bid’ah.

Maka jangan diamalkan amalan yang diperselisihkan itu sebaliknya hendaklah berpegang dengan pendapat ulama Muhaqqiqin yakni ulama’ yang memiliki hujah dan dalil dari AQ , As-Sunnah dan amalan salaf.

Contoh :

Beribadat pada malam Nisfu Sya’ban , membaca Yaasin Malam Jumaat , Solat Hajat perdana , membaca Yaasin kepada orang yang nazak , membaca AQ di kuburan , mengadakan kenduri arwah sempena kematian dan sebagainya, semuanya terdapat banyak pendapat.

Maka sewajarnya kita jauhi dari melakukannya dan kita berpegang dengan pendapat para ulama Muhaqqiqin.


Syarah Syaikhul Islam , Ibnu Taimiyyah rhm ,


قال شيخ الإسلام كما في مجموع الفتاوى “26/202”: وليس لأحد أن يحتج بقول أحد في مسائل النزاع، وإنما الحجة النص والإجماع، والدليل مستنبط من ذلك، تقرر مقدماته بالأدلة الشرعية، لا بأقوال بعض العلماء، فإن أقوال العلماء ويحتج لها بالأدلة الشرعية


Berkata Syaikhul Islam ( Majmu’ Fatawaa jilid 26: 202 ):

Tidak patut seseorang berhujah dengan pendapat seseorang ulama dalam masalah yang diperselisihkan. Sebaliknya hujah yang perlu dipegang ialah nas , ijmak dan dalil yang diistibanth dari nas dan ijmak. Pendapat ulama hanya boleh dipegang bila ia disokong oleh dalil-dalil syarak.”

Maka , dalam masalah yang sering menjadi isu di Malaysia tidak bersandarkan nas , melainkan mereka melakukannya kerana faktor-faktor lain dan majoriti atau mainstream melakukannya kerana taksub kepada ulama’ tersebut.kemudian mereka melabelkan pula kumpulan yang memiliki hujah sebagai ‘wahabi’.


Rumusan:

kaedah ini menetapkan :

1. Jangan beramal dengan amalan yang diperselisihkan statusnya  samada

    bid’ah atau sunnah atau harus.

2. Terbaik dan jalan keluar yang selamat ialah berpegang dengan ulama yang

    membahaskan khilaf tersebut yang memiliki hujah dan dalil syarak.

 

Kawaid Bid’ah Siri 5/16

0

Niat Yang Baik Tidak Menghapuskan Amalan Bid’ah ( النية الحسنة لا تخرج الشيء المحدث عن كونه بدعة بتلك النية الحسنة )


Dalil Hadith :


قوله عليه الصلاة والسلام: “إنما الأعمال بالنيات”

Sabda Nabi saw melalui jalur Umar al-Khattab ra ,

” Sesungguhnya setiap amal berdasarkan niat ”

( Matan Arbain An-Nawawi no 1 )


Maksud hadith :

Niat tidak menghalalkan semua amalan akan tetapi amalan yang ada nas dari AQ dan AsSunnah sahaja.

 

5/16 Bahagian 2 syarah


قال محمد بن عجلان كما في جامع العلوم والحكم “10”: لا يصلح العمل إلا بثلاث: التقوى لله، والنية الحسنة والإصابة

” Tidak sah sesuatu amalan melainkan dengan tiga perkara : taqwa , niat yang baik dan ikut sunnah.

(Syaikh Muhammad bin Ajlan , syarah Jaami’ al-Uloom wal Hikam , ms 10 )

 


وقد جاء في قصة عبد الله بن مسعود مع أصحاب الحِلق الذين كان معهم حصى يذكرون الله به أن ابن مسعود قال لهم: “والذي نفسي بيده إنكم لعلى ملة أهدى من ملة محمد أو مفتتحوا باب ضلالة” قالوا: والله يا أبا عبد الرحمن ما أردنا إلا الخير، قال: “وكم من مريد للخير لن يصيبه”.
أخرجه الدارمي “1/68” وهو صحيح


Terdapat kisah Ibn Mas’ood ra yang melihat sekumpulan orang Islam duduk dalam mesjid berzikir secara jama’iy sambil menghitungnya dengan kerikil batu.

Lantas Ibn Mas’ood menegurnya , ” Demi diriku dalam genggamannya , apakah kamu dapat lebih hidayah dari Muhammad atau kamu membuka pintu (Bid’ah) kesesatan ?”

salah seorang dari mereka menjawab ,

” Demi Allah , Ya Abu Abdul Rahman , niat kami baik baik sahaja.

” Jawab Ibn Mas’ood , ” berapa banyak orang yang inginkan kebaikan tetapi tidak menemuinya “

( Sunan Darimi, 1/68, sahih )


Syarah atsar :

Ibn Mas’ood menolak zikir jama’iy dan menghitung zikir dengan anak batu

( sekarang biji tasbih ) walaupun niat mereka adalah untuk beribadat.

Ini kerana niat baik tidak merubah amalan bid’ah.



Kawaid Bid’ah Siri 4 / 16

0

Bersederhana dalam melakukan Sunnah lebih baik dari Keterlaluan dalam melakukan Bid’ah (القاعدة الرابعة: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة)



Dalil Hadith :

عن عبد الله بن مسعود أنه قال: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة

أخرجه الدارمي “223” واللالكائي “1/55، 88” وغيرهما وهو أثر صحيح

 Dari Ibn Mas’ood ra berkata ,
” Bersederhana atau bersedikit dalam mengerjakan sunnah lebih baik dari keterlaluan dalam melakukan Bid’ah “

( HR Darimi, sunan , no 223 al-Lalikai, ianya atsar yang sahih )


Syarah :

Sedikit dalam mengerjakan sunnah yang sahih lebih baik dari banyak amalan tetapi bid’ah.

 

4/16 Bahagian 2 Syarah

وعن سعيد بن المسيب: أنه رأى رجلاً يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيهما الركوع والسجود، فنهاه، فقال: يا أبا محمد يعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.

أخرجه الخطيب في الفقه والمتفقه “1/147”.

Dari Sa’id bin Musayyab , kibar tabi’iin wafat 94H , telah melihat seorang lelaki melakukan solat sunat fajar lebih dari dua rakaat dengan ruku’ dan sujud yang lama. Lalu Sa’id melarang lelaki tersebut. Lelaki itu menjawab :

” Duhai Abu Muhammad , apakah Allah swt akan mengazab aku kerana solat demikian?”

jawab Sa’id ,

” Tidak , tetapi Dia akan mengazabmu kerana melanggar sunnah ”

( HR Khatib alBaghdadi , Faqih al-Mutafaqqih, 2:147 )


Syarah :

Perbuatan lelaki tersebut yang solat menyalahi solat sunat sunat Nabi saw juga termasuk keterlaluan dan menjadi bid’ah.

 

Bid’ah 4/16 Bahagian 3 Syarah

وعن سفيان بن عيينة قال: سمعت مالك بن أنس وأتاه رجل فقال

يا أبا عبد الله من أين أحرم؟ قال: من ذي الحليفة، من حيث أحرم رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إني أريد أن أحرم من المسجد من عند القبر، قال: لا تفعل، فإني أخشى عليك الفتنة، فقال: وأي فتنة في هذه؟! إنما هي أميال أزيدها! قال: وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ إني سمعت الله يقول: {فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ} [النور: 63]. (أخرجه الخطيب في الفقيه والمتفقه “1/146” وأبو نعيم في الحلية “6/326” وغيرهما.)

Dari Sufyaan bin Uyainah ( tabi’tabiin Kufah , w. 198H ), Imam Malik bin Anas rhm dikunjungi oleh seorang lelaki meminta fatwa darinya ,

” wahai Abu Abdillah , dari mana saya patut berihram ?”

Jawab Imam Malik rhm , ” daripada Zulhulaifah , kerana dari situlah Nabi berihram.

” lelaki itu menjawab , ” saya ingin berihram dari masjid Nabawi dari sisi kubur baginda.

” Jawab Imam Malik rhm , ” Jangan lakukan demikian , nanti kamu ditimpa fitnah.

” balas lelaki tersebut , ” fitnah apa ?, saya cuma tambah beberapa batu (KM) saja dari Zulhulaifah.

” Jawab Imam Malik rhm , ” Tidak ada fitnah yang lebih besar dari melihat anda telah mendahului Rasulullah dalam melakukan sesuatu kelebihan agama. kemudian Imam malik rhm membaca surah an-Nuur ayat 63 ( Maka hendaklah orang-orang yang melanggar ketentuan Rasul itu awas menjaga supaya jangan ditimpakan Tuhan kepada me­reka ujian ataupun ditimpa mereka oleh azab siksa yang pedih )


Maksud atsar Ibn Musayyab ialah perbuatan itu menyalahi sifat solat sunat Fajar Nabi saw , yang cuma solat 2R , ruku’ dan sujudnya sedang-sedang saja. lelaki tersebut ingin mendahului Nabi saw dengan melakukan lebih dari dua rakaat dan sujud yang lebih lama dari Nabi saw dengan kata lain , solatlah sebagaimana nabi solat. Jangan lebih , lebih itu tidak bagus , ia jadi bid’ah.



kawaid Bid’ah Siri 3 / 16

0

Semua Bid’ah adalah Haram , tidak ada yang Makruh (القاعدة الثالثة: البدع كلها محرمة وليس فيها ما هو مكروه)


Menjawab isu ada fuqaha’ yang menyatakan ada bid’ah yang berstatus makruh.


Makruh bermaksud tidak berdosa melakukannya dan diberi pahala jika meninggalkannya. Ini yang kita faham selama ini. Maka bila dikatakan ada bid’ah yang makruh , ini kenyataan yang pelik kerana bagaimana bid’ah boleh dilakukan sedangkan semuanya sesat dan haram.

Ikuti penjelasan Syaikh AL-Albani

 

Bah 2 Syarah Tiada Bid’ah Yang Makruh


Kata Syaikh Allamah Al-Albani ( w. 1999, Syria ) :

قال الألباني في حجة النبي صلى الله عليه وسلم “103”: ولكن يجب أن نعلم أن أصغر بدعة يأتي الرجل بها في الدين هي محرمة بعد تبين كونها بدعة فليس في البدع كما يتوهم البعض ما هو في رتبة المكروه فقط

Bid’ah yang kecil sekalipun jika terbukti ianya memang bid’ah , maka ia adalah Haram. Tidak ada di sana bid’ah yang makruh seperti yang dikatakan segelintir orang.

( Hajjah al-Nabi ms 103 )

 

3/16 Syarah Akhir


Imam Al-Syatibi rhm ada membahagikan bid’ah kepada bid’ah yang haram dan makruh. Apakah maksudnya ? Lihat al-I’tishom , 2:49


Maksud Imam Al-Syatibi rhm , bid’ah yang haram di sisinya ialah makruh Tahrim. Sejenis makruh yang amat hampir kepada haram ( Maulana Zakariya al-Pakistani , Usyul Fiqh di sisi Ahli hadith ,1/200 )

Kawaid Bid’ah Siri 2/16

0

Tidak Wujud dalam Syarak Bid’ah Hasanah , bahkan semua Bid’ah itu Sesat (القاعدة الثانية: ليس في الشرع بدعة حسنة بل كل بدعة هي ضلالة)

 

Pengertian Bid’ah :

كل اعتقاد أو لفظ أو عمل أحدث بعد موت النبي صلى الله عليه والسلام بنية التعبد والتقرب ولم يدل عليه الدليل من الكتاب ولا من السنة, ولاإجماع السلف

“ Setiap keyakinan  atau ucapan atau perbuatan yang diada-adakan setelah kematian Nabi saw dengan niat untuk beribadah dan bertaqarrub padahal tidak ada dalil yang menunjukkannya baik dari al-Qur’an , as-Sunnah dan Ijma’ salaf ”

( Al-Qaulul Mufid , Syaikh Muhammad Al-Whushaby , KSA: 81 )

 

Dalil Tiada Bid’ah Hasanah

 

عن العرباض بن سارية عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال “إياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل ببدعة ضلالة وكل ضلالة في النار” . صحيح: أخرجه أبو داود “5407” والترمذي “2676” وابن ماجة “42” وغيرهم.

Dari al-`Irbadh bin Saariyah dari Nabi Saw ,

” Jauhilah kalian dari mencipta perkara yang baru (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru (dalam agama) adalah bid’ah dan setiap (semua) bid’ah adalah sesat  dan setiap kesesatan tempatnya di neraka ”

 

2/16 bah 2 Syarah

Kaidah ini menafikan wjudnya istilah Bid’ah Hasanah dari segi syarak.


Dalil Hadith :


فقد قال عبد الله بن عمر: كل بدعة ضلالة وإن رآها الناس حسنة
أخرجه اللالكائي “1/92” بإسناد صحيح


Berkata Ibn Umar ra ,

“setiap bid’ah adalah sesat walaupun dilihat oleh manusia sebagai hasanah ”

( Isnad sahih , dikeluarkan atsar ini oleh al-Laalika’iy )


Maka pembahagian bid’ah kepada wajib , sunat , haram , makruh dan harus adalah pembahagian bid’ah yang salah dan bertentangan dengn nas hadis dan kefahaman ahli hadith sejak salaf.

 

2/16 bah 3 syarah

Dalil fuqaha bahawa adanya Bid’ah Hasanah atau Bid’ah yang baik.


Nabi saw bersabda ,


ﻣﻦ ﺳﻦ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺳﻨﺔ ﺣﺴﻨﺔ ﻓﻠﻪ ﺃﺟﺮﻫﺎ ﻭﺃﺟﺮ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺃﻥ ﻳﻨﻘﺺ ﻣﻦ ﺃﺟﻮﺭﻫﻢ ﺷﻲﺀ ﻭﻣﻦ ﺳﻦ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺳﻨﺔ ﺳﻴﺌﺔ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺯﺭﻫﺎ ﻭﻭﺯﺭ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﻣﻦ ﺑﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺃﻥ ﻳﻨﻘﺺ ﻣﻦ ﺃﻭﺯﺍﺭﻫﻢ ﺷﻲﺀ


“ Barangsiapa merintis (membuat atau meletakkan) jalan yang baik dalam Islam , maka ia memperoleh pahalanya dan pahala orang-orang yang melakukannya sesudahnya tanpa berkurang sedikit pun pahala mereka dan barangsiapa merintis ( membuat atau meletakkan)  jalan yang buruk dalam Islam , maka dia menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang melakukannya sesudahnya tanpa berkurang sedikit pun dosa mereka ”

( HR Muslim no 1017 ( الراوي : جرير بن عبدالله | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلمالصفحة أو الرقم: 1017 )


Hadith di atas bukan hujah tentang kewujudan bid’ah hasanah kerana Nabi saw menyebut dengan jelas istilah sunnah Hasanah.

Kenapa manusia boleh ubah ungkapan Nabi saw , sunnah hasanah kepada bid’ah hasanah?


Hadith di atas mengenai kabilah Mudhar yang amat dhaif datang ke madinah dan lantas Baginda saw menaiki mimbar masjid Nabawi dan berkhutbah menyeru penduduk Madinah agar membantu dan menderma untuk kabilah tersebut. Bila sahabat berderma dengan banyaknya , Baginda saw gembira dan mengeluarkan hadith di atas dan menyebutnya sebagai sunnah hasanah yakni tabiat suka menderma kepada orang miskin.

 

2/16 bah 4 syarah


Atsar Umar al-Khattab ra ketika dia mengumpulkan orang ramai untuk solat tarawih berjamaah.



ويحتج أيضا من يقول بالبدعة الحسنة بقول عمر لما رأى الناس مجتمعين في صلاة التراويح نعمت البدعة هذه

Umar berkata , ” sebaik-baik bid’ah adalah yang ini ”

( Muwatta’ Malik , no 231 , sahih )


Ulasan Imam Ibn Taymiyah (Iqtidha’, 2:589): (وهذه تسمية لغوية لا تسمية شرعية، وذلك أن البدعة في اللغة تعم كل ما فعل ابتداء من غير مثال سابق)

Bid’ah yang disebut oleh Umar ra dilihat dari sudut bahasa sahaja bukan dari segi syarak. Ini kerana bid’ah dari segi bahasa bisa merangkumi semua benda yang tidak ada contoh sebelumnya.

Kata Ibn Rajab (Jami’ al-Uloom, 233): (وأما وقع في كلام السلف من استحسان بعض البدع فإنما ذلك في البدع اللغوية لا الشرعية)

Memang terdapat para salaf yang mengaitkan hasanah dengan bid’ah tetapi sebenarnya mereka merujuk kepada lughawiyah bukan syari’iyah ( bahasa bukan syarak )

 

2/16 bah 5 syarah

Atsar Ibn Mas’ood ra ,


(بأثر: “ما رآه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ” )


” Apa saja yang dilihat oleh orang Islam sebagai baik , maka baiklah di sisi Allah ”

Maksudnya jika orang Islam buat bid’ah hasanah , maka hasanahlah juga di sisi Allah “


Kata Ibn Qayyim rhm: (قال ابن القيم في الفروسية “60”: في هذا الأثر دليل على أن ما أجمع عليه المسلمون ورأوه حسنا عند الله فهو حسن، لا مارآه بعضهم فهو حجة عليكم)

kenyataan di atas bermaksud apa yang ijmak di sisi orang Islam bukan sebahgian umat islam 

( AlFurusiah ms 60 )


Jadi ia sebenarnya isu Ijmak.


Kata Syaikh Al-Albani dalam silsilah al-Dha’ifah , 2:17, ada dua isu :

1. Ia mauquf kepada Ibn Mas’ud dan Mauquf bukan hujah syarak.

2.  Ia bermaksud ijmak sahabat dalam beberapa perkara bukan semua

     perkara , ia juga merujuk kepada al-muslimun yakni ulama atau orang

     Islam yang berilmu bukan semua muslimin yang jahil termasuk.

Antara contoh Ijmak sahabat yang dimaksudkan oleh Ibn Mas’ood ialah kisah ijmak sahabat akan pemasyhuran abu Bakar sebagai khalifah pertama.

Inilah yang dimaksudkan dengan apa yang dipandang baik oleh orang Islam.

Rumusan:

1. Tiada di sana istilah Bid’ah Hasanah sebab semua bid’ah itu sesat. Jika

    disebut oleh salaf bermaksud lughawi/bahasa sahaja.

2. Apa yang dinamakan hasanah di zaman salaf bermaksud ijmak mereka

    dalam beberapa isu bukan semua isu.

 

 

Hadis 54: Al-Qamis Menjadi Kesukaan Nabi

0

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

بَابُ مَا جَاءَ فِي لِبَاسِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Apa yang datang berkenaan pakaian Rasuli Llah

54- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حُمَيْدٍ الرَّازِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى وَأَبُو تُمَيْلَةَ وَزَيْدُ بْنُ حُبَابٍ، عَنْ عَبْدِ الْمُؤْمِنِ بْنِ خَالِدٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: كَانَ أَحَبَّ الثِّيَابِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقَمِيصُ.

54- Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Humayd, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Al-Fadhl bin Musa dan Abu Tumaylah dan Zayd bin Hubab, daripada `Abdi l-Mu’min bin Khalid, daripada `Abdi Llah bin Buraydah, daripada Ummi Salamah, dia berkata: Pakaian yang paling disukaï Rasulu Llah ialah al-qamis.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini menyebutkan tentang pakaian yang paling disukaï oleh Nabi, dan Ummi Salamah iaitu isteri Nabi menyebut bahawa ia ialah (الْقَمِيصُ) al-qamis. Dalam istilah moden, al-qamis, ialah sejenis jubah, yang dipakai di atas pakaian lain di dalamnya. Al-Qamis ini mempunyaï lengan yang panjangnya sehingga ke pergelangan tangan, dan labuhnya sehingga ke atas sedikit daripada buku lali. Al-Qamis ini mempunyaï poket dan butang.

Terdapat banyak huraian mengapa al-qamis menjadi kesukaan Nabi, antaranya ialah kerana ia dapat menutup `awrat seseorang dengan paling sempurna, sekali gus menampilkan perwatakan yang paling segak bagi pemakainya. Hendaklah diketahuï bahawa setiap bayi dilahirkan dalam keadaan bogel, tanpa pakaian atau penutup. Kemudian, manusia menggunakan pakaian untuk menutupi tubuhnya untuk beberapa sebab, iaitu untuk menutup bahagian `awrat, untuk mengelakkan hawa yang terlalu panas atau sejuk, dan untuk berhias sebagai identiti atau imej diri. Namun, bagi orang-orang yang beriman, faktor utama dalam pemilihan pakaian ialah untuk menutup `awrat.

Menutup `awrat bermaksud apabila seseorang mahu menjahit pakaian atau membelinya di kedai, tujuan utama adalah agar pakaian itu dapat melindungi anggota tubuhnya daripada dilihat atau ditontonkan kepada orang lain. Justeru, atas faktor pertama ini, terdapat sebahagian pakaian yang harus dijauhi oleh orang-orang yang beriman, iaitu pakaian yang menampakkan anggota tubuh.

Bagi lelaki, seluar pendek, atau seluar sekerat, ia hendaklah dijauhi kerana ia akan menampakkan `awrat di bahagian lutut dan di paha.

Bagi wanita, t-shirt ketat, pakaian singkat, baju yang berlubang di bahagian dada atau belakang, atau kain yang terbelah, ia hendaklah dijauhi kerana ia akan mendedahkan tubuh mereka yang diharamkan Tuhan daripada dipertunjukkan kepada umum.

Walau bagaimanapun, pakaian yang menjadi pakaian dalam, maka itu tidaklah menjadi masalah untuk membeli atau memakainya, tanpa mengira bagaimana hal keadaannya. Sebagai contoh, antara sependa dan boxer, walaupun ia berbeza ciri-cirinya, ia tiada masalah untuk dibeli atau dipakai, atas keperluan untuk menggunakannya. Sungguhpun demikian, ia hendaklah dipakai di bahagian dalam, sama ada di dalam kain atau seluar, dan bukan ditunjukkan kepada orang lain dan bukan juga untuk dipakai tanpa pakaian lain.

Justeru, adalah salah apabila terdapat sebilangan lelaki yang memakai sependa, atau boxer, contohnya di dalam bilik asrama yang mempunyaï banyak mata lain yang melihat. Begitu juga adalah salah bagi sebilangan lelaki yang memakai sependa, atau boxer ketika mandi di laut atau sungai, kerana fungsi sependa dan boxer itu ialah sebagai pakaian dalam, bukan pakaian yang ditunjukkan.

Bagi wanita juga, tiada masalah untuk membeli dan memakai pakaian dalamnya, selagi ia dipakai di bahagian dalam, dan ia tidak dipakai tanpa pakaian lain.

Sehubungan itu, hadis ini harus menjadi panduan kepada kita semua apabila kita merancang tentang pakaian kita. Mulakan dengan memilih pakaian yang paling melindungi dan menutupi `awrat kita semua, kerana pakaian yang paling sempurna menutup `awrat itulah yang paling disukaï Nabi.

*******
*******
*******

.

Quran Harfiyyah Wa I’rab – Al-Baqarah ayat 11 dan 12

0

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا نُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ
قَالُوٓا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ – ١١
وَ : dan
إِذَا : apabila
قِيلَ : dikatakan
لَ : kepada
هُمٔ : mereka
لَا : jangan
تُفْسِدُوا : kamu membuat kerosakan
فِي : di
الأَرْضِ : bumi
قَالُوا : mereka berkata
إِنَّمَا : sesungguhnya
نَحْنَ : kami
مُصْلِحُونَ : membuat kebaikan

Makna: Dan apabila dikatakan kepada mereka ” janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi , mereka menjawab “sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.

الإعراب
وَ : الواو ستئنافية : rujuk pelajaran yang lepas
إِذَا : ظرف : keterangan masa
قِيْلَ : فعل ماض مبني للمجهول مبني على الفتحة .
Kata kerja lepas bina fasif المجهول kekal berbaris atas الفتحة
ل : اللام حرف جر : Kata sendi
هُمْ : ضممير متصل للغائبين في محل جر باللام و الجر و المجرور ” لهم ” متعلق بقيل و الجملة الفعلية بعده ” لا تفسدوا في الأرض” في محل رفع نائب فاعل.
Ganti nama bersambung bagi orang ketiga الغائب berkedudukan di tempat jar dengan huruf lam ل jar dan majrur لهم ada kaitan dengan قيل . Dan jumlah fi’liyyah selepasnya ” لا تفسدوا في الأرض ” hukum i’rabnya rofa’ pengganti pelaku perbuatan نائب فاعل.

لا : ناهية جازمة : larangan
Dimana لا ناهية menjazakan kata kerja sedang مضارع .
تُفْسِدُوا : فعل مضارع مجزوم بلا و علامة جزمه حذف النون – أصله تفسدون – لأنه من الأفعال الخمسة و الوا ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل والالف فارقة.
Kata kerja sedang/akan مضارع hukum i’rabnya majzum ( tanda sukun sekiranya bukan kata kerja yang lima ) dengan لا yang berfungsi “larangan” dan tanda jazamnya dengan membuang huruf nun di mana asalnya ( تفسدون ) kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima, dan huruf و ialah ganti nama bersambung ضمير متصل berbaris mati السكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan dan huruf alif sebagai pembeza antara و dzomir dengan و asal dalam kalimah

في : حرف جر : kata sendi
الأَرضِ : اسم مجرور بحرف الجر و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخرو و الجر و المجرور ” في الأرض متعلق بتفسدوا.
Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan kata sendi ” في” dan tanda jarnya baris bawah الكسرة yang jelas diakhirnya , dan jar dan majrur “في الأرض” ada hubungkait dengan تفسدوا
قَالُوا : فعل ماض مبني على الضمة لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الالف فارقة و الجملة الفعلية ” قالوا” جواب سرط غير جازم .
Kata kerja masa lepas ماض dibina dengan baris hadapan الضمة kerana bersambung dengan waw و jamak, dan huruf wau و itu ganti nama bersambung dibina dengan baris mati السكون berkedudukan rofa’ sebagai pelaku perbuatan فاعل. Dan huruf alif sebagai pembeza ( rujuk ayat-ayat sebelum). Jumlah fi’liyyah “قالوا” adalah jawab syarat yang tidak dijazamkan.

إِنَّمَا : توكيد : penegas
نَحْنُ: ضمير رفع منفصل – ضمير المتكلمين مبني على الضمة في محل رفع مبتدأ
Ganti nama yang berpisah ( tidak boleh bersambung dengan kalimah-kalimah lain ) berkedudukan rofa’ kerana ianya subjek
مُصُلِحُونَ : خبر مبتدأ ” نحن” مرفوع و علامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر السالم و النون عوض من الحركة التنوين في الاسم المفرد و الجملة الإسمية ” إنما نحن مصلحون
في محل نصب مفعول به.
Prediket bagi subjek نحن hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya ialah huruf waw kerana ia terdiri dari jamak muzakkar salim جمع مذكر سالم
Dan huruf nun dihujungnya ganti untuk baris tanwin pada katanama mufrad مفرد , dan ayat fi’liyyah “إنما نحن مصلحون”
berkedudukan nasab disebabkan ” yang dikenai perbuatan” مفعول به.

ألآ إِنَّهُمْ هُمُ المُفْسِدُوْنَ وَلٰكِن لَا
يَشْعُرُونَ – ١٢

أَلآ : Ketahuilah
إِنَّ : sesungguhnya
هُمْ : mereka
هُمُ : merekalah
المُفْسِدُونَ : pencetus kerosakan
وَلٰكن : tetapi
لَا يَشْعُرُونَ : mereka tidak sedar

Terjemahan: Ketahuilah bahawa sesungguhnya merekalah ( munafik) orang-orang yang sebenar benarnya pencetus bencana dan kerosakan , sedangkan mereka tidak menyedarinya.

الإعراب:
أَلآ : حرف استفتاح و تنبيه
Huruf pembukaan untuk menyatakan sepaya pemusatan perhatian kepada isi kandungan ayat ini.
إِنَّ : حرف نصب و توكيد مشبه بالفعل
Huruf yang menasabkan isim dan merofa’kan khobar خبر dikatakan seakan akan dengan kata kerja.
هُمْ : الهاء ضمير متصل مبني على الضمة في محل نصب اسم ” إن”
Huruf ha الهاء ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris hadapan الضمة dan ianya berkedudukan nasab kerana isim اسم kepada إِنَّ .

و الميم علامة جمع الذكور أو تعرب
” هم” ضميرا متصلا للغائبين مبنيا على السكون في محل نصب اسم ” إِنَّ” و كسرت همزة ” إن” لأنها مسبوقة بألآ .
Dan huruf mim م sebagai tanda jamak lelaki atau هم boleh juga di i’rab sebagai ganti nama bersambung ضمير متصل bagi orang ketiga lelaki ramai, dibina dengan baris mati السكون berkedudukan nasab نصب isim kepada إِنَّ , manakala hamzah dibaris bawahkan كسرة kerana didahului oleh الآ .

هُمُ : ضمير منفصل – ضمير للغائبين مبني مبني على السكون الذي حرك بالضمة لاشباع الميم في محل رفع مبتدأ
Ganti nama berpisah ضمير منفصل ( maksudnya tidak boleh disambungkan dengan perkataan lain) , ganti nama bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati pada asalnya tetapi digantikan dengan baris hadapan untuk membolehkan huruf mim itu diwasalkan dengan vokal ” u ” kerana bertemu dengan kalimah berikutnya yang beralif dan lam ” المفسدون ” dan هم itu berkedudukkan sebagai subjek .

المُفْسِدُونَ : خبر المبتدأ ” هم ” مرفوع وعلامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر سالم و النون عوض من التنوين و الحركة في الاسم المفرد .
Prediket خبر bagi هم hukum i’rabnya marfu’ مرفوع dan tanda rofa’nya adalah huruf waw kerana ia jamak muzakkar salim, dan huruf nun dihujungnya ganti tanwin ( baris dua) ketika mana ianya mufrad.

الجملة الإسمية ” هم المفسدون” في محل رفع خبر ” إِنَّ” و يجوز أن يكون الضمير “هم” توكيدا لضمير ” هم” في ” إنهم”
Ayat ismiyyah ” هم المفسدون” berkedudukan rofa’ kerana prideket خبر bagi إن dan هم yang kedua dari ayat ini sebagai penegas توكيد bagi ganti nama هم yang ada pada إنهم.

وَلٰكن ” الواو حرف زائد . لٰكن : استدراك
Huruf waw adalah tambahan, manakala لكن berma’na tetapi.

لا : نافية لا عمل لها
Huruf nafi yang tidak berfungsi sebagai عامل untuk merubah baris اعراب perkataan selepasnya.

يَشْعُرُونَ: فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.
Kata kerja sedang / akan berlaku فعل مضارع hukum i’rabnya marfu’ مرفوع dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun ن diakhirnya kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima الأفعال الخمسة dan huruf waw الواو ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ sebagai pelaku perbuatan فاعل.

والله أعلم

NOTA FIQH WANITA- PENCERAIAN

0

Dosa Takhbib (Penyebab Berlakunya Perceraian Orang Lain)

Diantara dosa besar yang mungkin jarang diketahui oleh kaum muslimin adalah dosa takhbib. Menjadi penyebab percerian dan kerosakan rumah tangga. Kerana kehadirannya, membuat seorang wanita menjadi benci suaminya dan meminta untuk berpisah dari suaminya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam banyak hadis, memberikan ancaman keras untuk pelanggaran semacam ini. Diantaranya,

1. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ خَبَّبَ امرَأَةً عَلَى زَوجِهَا

”Bukan bagian dariku seseorang yang melakukan takhbib terhadap seorang wanita, sehingga dia melawan suaminya.” (HR. Abu Daud 2175 dan dishahihkan al-Albani)

2. Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَنْ أَفْسَدَ امْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا فَلَيْسَ مِنَّا

”Siapa yang merosak hubungan seorang wanita dengan suaminya maka dia bukan bagian dariku.” (HR. Ahmad 9157 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Dalam penjelasannya tentang bahaya cinta buta, Ibnul Qoyim menjelaskan tentang dosa takhbib,

وقد لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم من فعل ذلك ، وتبرأ منه ، وهو من أكبر الكبائر ، وإذا كان النبي صلى الله عليه وسلم قد نهى أن يخطب الرجل على خطبة أخيه وأن يستام على سومه : فكيف بمن يسعى بالتفريق بينه وبين امرأته وأمته حتى يتصل بهما

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaknat orang yang melakukan takhbib, dan baginda berlepas diri dari pelakunya. Takhbib termasuk salah satu dosa besar. Kerana ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang seseorang untuk meminang wanita yang telah dilamar oleh lelaki lain, dan melarang seseorang menawar barang yang sedang ditawar orang lain, maka bagaimana lagi dengan orang yang berusaha memisahkan antara seorang suami dengan isterinya atau hambanya, sehingga dia boleh menjalin hubungan dengannya. (al-Jawab al-Kafi, hlm. 154).

Bahkan, kerana besarnya dosa takhbib, Syaikhul Islam melarang menjadi makmum di belakang imam yang melakukan takhbib, sehingga boleh menikahi wanita tersebut. (Majmu’ Fatawa, 23/363).

Makna Takbib

Dalam Syarah Sunan Abu Daud Azim Abadi (w. 1329 H) menjelaskan, takhbib secara bahasa ertinya menipu dan merosak. Dengan menyebut-nyebut keburukkan suami di hadapan isterinya atau kebaikan lelaki lain di depan wanita itu. (Aunul Ma’bud, 6/159).

Di bahagian lain, baginda juga menyebutkan,

مَنْ خَبَّب زوجة امرئ أي خدعها وأفسدها أو حسن إليها الطلاق ليتزوجها أو يزوجها لغيره أو غير ذلك

‘Siapa yang melakukan takhbib terhadap isteri seseorang’ maknanya adalah siapa yang menipu wanita itu, merosak keluarganya atau memotivasinya agar cerai dengan suaminya, agar dia boleh menikah dengannya atau menikah dengan lelaki lain atau cara yang lainnya. (Aunul Ma’bud, 14/52).

Ad-Dzahabi mendefinisikan takhbib,

إفساد قلب المرأة على زوجها

”Merosak hati wanita terhadap suaminya.” (al-Kabair, hal. 209).

Dalam Fatwa Islam, usaha memisahkan wanita dari suaminya, tidak hanya dalam bentuk memotivasi si wanita untuk menuntut cerai dari suaminya. Yang juga termasuk takhbib adalah ketika seseorang memberikan perhatian, simpati, menjadi teman chatting terhadap wanita yang sedang ada masalah dengan keluarganya.

وإفساد الزوجة على زوجها ليس فقط بأن تطلب منها الطلاق ، بل إن محاولة ملامسة العواطف والمشاعر ، والتسبب في تعليقها بك أعظم إفساد ، وأشنع مسعى يمكن أن يسعى به بين الناس .

”Merosak hubungan isteri dengan suaminya, tidak hanya dalam bentuk memotivasi dia untuk menggugat cerai. Bahkan semata upaya memberikan simpati, belas kasihan, berbagi rasa, dan segala sebab yang membuat si wanita menjadi jatuh cinta kepadamu, merupakan bentuk merosak (keluarga) yang serius, dan usaha paling licik yang mungkin boleh dilakukan seseorang.” (Fatwa Islam, no. 84849)

Memahami hal ini, berhati-hatilah dalam bergaul dengan lawan jenis siapapun dia. Boleh jadi pada awalnya seseorang memiliki niat baik, niat saling menolong, niat merasa kasihan, perlu ada teman untuk berbagi rasa. Kita kan niatnya baik, saling mengingatkan dan menasihati. Saya merasa dekat dengan Allah semenjak kenal dia, kita saling mengingatkan untuk tahajud, untuk puasa sunat, saya menjadi rajin ibadah kerana nasihatnya, hatiku merasa nyaman dan tentram bersamanya, semoga dia menjadi pasanganku di syurga…, dan sebarang khayalan kasmaran lainnya.

Ibnul Jauzi menukil nasihat dari Al-Hasan bin Soleh yang mengatakan,

إن الشيطان ليفتح للعبد تسعة وتسعين بابا من الخير يريد به بابا من الشر

“Sesungguhnya syaitan membukan 99 pintu kebaikan, untuk menjerumuskan orang ke dalam satu pintu keburukan.”

(Talbis Iblis, hlm. 51).

Waspada bagi para lelaki, jangan sampai menerima sms wanita tentang keluarganya. Boleh jadi ini langkah pembuka Iblis untuk semakin menjerumuskan anda. Terkecuali jika anda seorang ulama, tokoh agama, yang berhak memberikan fatwa dengan ilmunya. Anda boleh menjelaskan halal-haram satu masalah.

Semoga Allah, menyelamatkan kita dari bahaya besar lingkungan yang kurang memperhatikan adab pergaulan.

Berlanggan dgn @soal_jawab

Bersama Ustaz Basyer dalam channel UiTO.

RENUNGAN BERSAMA

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”
(HR Termidzi, Ibn Majah, sahih, al-Albani, silsilah sahihah, no 284

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

Artinya: “Aisyah ra berkata: “Rasulullah saw bersabda:
“Sebaik-baik kamu adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” HRTirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani, As Sahihah (no. 285).

Kaedah Memahami Bid’ah : 1 / 16

0

 

 

Asal pada Ibadat adalah Larangan , Asal pada Adat kebiasaan manusia adalah harus saja (القاعدة الأولى: الأصل في العبادات المنع وفي العادات الإباحة )

Dalil Hadith :


عن عائشة أم المؤمنين قالت قال رضي الله عنه: “من أحدث في أمرنا ما ليس منه فهو رد” أخرجه مسلم 1718

Dari Aisyah ra , bahawa Nabi saw bersabda , Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu amal yang baru dalam urusan kita (agama) yang tidak ada contoh sebelumnya , maka ia tertolak ”

( HR Muslim no 1718 )


قَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَنْ تَأْكُلَ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ السَّلَام
Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla telah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi ‘alaihim as-salaam”

( Al-Mujtabaa , no. 1374 , sahih albani )

Ia bermaksud kemuliaan ke atas para Nabi- Nabi  dan khususiyat buat mereka. Tidak boleh takwil sebab ia diluar akal.
Hadith diatas juga bermaksud jasad mereka tidak hancur , tidak diusik oleh ulat didalam bumi.

 

Syarah syaikhul Islam Ibn Taymiyah rhm :

Ibadat yang disyariatkan tidak thabit melainkan apa yang diperintahkan yakni dalil syarak , samada melalui Al-Quran atau hadith sahih. Ibadat sesuatu yang diperintah , maka bagaimana dinamakan ibadat jika anda melakukannya jika ia tidak thabit dengan nas?


Sebaliknya kebiasaan manusia atau adat , ia tidak boleh diharamkan melainkan dengan adanya nas mencegahnya kerana larangan juga  termasuk syariat. Maka suruhan dan larangan semuanya termasuk ibadat.  Maka apa juga keperluan manusia , semuanya harus , tidak boleh dilarang kecuali apa yang Allah haramkan.

 

Imam Ahmad rhm berkata ,

Asal ibadat adalah Taufiq ( berdasarkan nas ), tidak boleh disyariatkan kepada manusia melainkan selepas ia sah dari syariat Allah.


Dalil Al-Quran :


” Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih “

( AQ Asy-Syura 42 : 21 )

 


Asal adat adalah mubah

Dalil Al-Quran :


” Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram  dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”

( AQ Yunus 10 :59 )


Maksud ayat diatas , asal dalam adat kebiasaan manusia adalah harus , kemaafan dan tidak boleh diharamkan.

 

Rumusan :

Dari kaedah ini , ibadat , kita taufiq , berdasarkan nas syarak , kita tidak boleh merekacipta ibadat yang baru.

Memadai dengan apa yang thabit dengan nas. Manakala kreativiti dan inovasi dalam adat kehidupan adalah bebas, dimaafkan dan tidak diharamkan kecuali sedikit sahaja.


Contoh :

Solat Hajat perdana SPM. Ia adalah daerah ibadat. Majlis tahlil mayyat/arwah , majlis baca yasin perdana , majlis satu Malaysia berselawat.Semua ini adalah ibadat yang direkacipta.


Manakala dalam adat kebiasaan seperti menaiki Air Asia atau Saudia Airlines ke Mekah , membesarkan masjidil haram , memasang pendingin hawa dalam mssjid , berkereta ke masjid , menaiki motor ke masjid , menonton ceramah dalam youtube , berdakwah guna telegram , semuanya adalah adat kebiasaan manusia yang dimaafkan dan tidak diharamkan.


Rujukan :

Syaikh Islam IT, Majmu’ Fatawa29:16  شيخ الإسلام ابن تيمية كما في مجموع الفتاوى “29/16

 

 

Popular

Iklan

Iklan