Utama UiTO Bicara THTL Kaedah Memahami Bid’ah : 1 / 16

Kaedah Memahami Bid’ah : 1 / 16

230
0
Iklan

 

 

Asal pada Ibadat adalah Larangan , Asal pada Adat kebiasaan manusia adalah harus saja (القاعدة الأولى: الأصل في العبادات المنع وفي العادات الإباحة )

Dalil Hadith :


عن عائشة أم المؤمنين قالت قال رضي الله عنه: “من أحدث في أمرنا ما ليس منه فهو رد” أخرجه مسلم 1718

Dari Aisyah ra , bahawa Nabi saw bersabda , Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu amal yang baru dalam urusan kita (agama) yang tidak ada contoh sebelumnya , maka ia tertolak ”

( HR Muslim no 1718 )


قَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَنْ تَأْكُلَ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ السَّلَام
Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla telah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi ‘alaihim as-salaam”

( Al-Mujtabaa , no. 1374 , sahih albani )

Ia bermaksud kemuliaan ke atas para Nabi- Nabi  dan khususiyat buat mereka. Tidak boleh takwil sebab ia diluar akal.
Hadith diatas juga bermaksud jasad mereka tidak hancur , tidak diusik oleh ulat didalam bumi.

 

Syarah syaikhul Islam Ibn Taymiyah rhm :

Ibadat yang disyariatkan tidak thabit melainkan apa yang diperintahkan yakni dalil syarak , samada melalui Al-Quran atau hadith sahih. Ibadat sesuatu yang diperintah , maka bagaimana dinamakan ibadat jika anda melakukannya jika ia tidak thabit dengan nas?


Sebaliknya kebiasaan manusia atau adat , ia tidak boleh diharamkan melainkan dengan adanya nas mencegahnya kerana larangan juga  termasuk syariat. Maka suruhan dan larangan semuanya termasuk ibadat.  Maka apa juga keperluan manusia , semuanya harus , tidak boleh dilarang kecuali apa yang Allah haramkan.

 

Imam Ahmad rhm berkata ,

Asal ibadat adalah Taufiq ( berdasarkan nas ), tidak boleh disyariatkan kepada manusia melainkan selepas ia sah dari syariat Allah.


Dalil Al-Quran :


” Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih “

( AQ Asy-Syura 42 : 21 )

 


Asal adat adalah mubah

Dalil Al-Quran :


” Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram  dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”

( AQ Yunus 10 :59 )


Maksud ayat diatas , asal dalam adat kebiasaan manusia adalah harus , kemaafan dan tidak boleh diharamkan.

 

Rumusan :

Dari kaedah ini , ibadat , kita taufiq , berdasarkan nas syarak , kita tidak boleh merekacipta ibadat yang baru.

Memadai dengan apa yang thabit dengan nas. Manakala kreativiti dan inovasi dalam adat kehidupan adalah bebas, dimaafkan dan tidak diharamkan kecuali sedikit sahaja.


Contoh :

Solat Hajat perdana SPM. Ia adalah daerah ibadat. Majlis tahlil mayyat/arwah , majlis baca yasin perdana , majlis satu Malaysia berselawat.Semua ini adalah ibadat yang direkacipta.


Manakala dalam adat kebiasaan seperti menaiki Air Asia atau Saudia Airlines ke Mekah , membesarkan masjidil haram , memasang pendingin hawa dalam mssjid , berkereta ke masjid , menaiki motor ke masjid , menonton ceramah dalam youtube , berdakwah guna telegram , semuanya adalah adat kebiasaan manusia yang dimaafkan dan tidak diharamkan.


Rujukan :

Syaikh Islam IT, Majmu’ Fatawa29:16  شيخ الإسلام ابن تيمية كما في مجموع الفتاوى “29/16

 

 

Komen dan Soalan