Utama Bilik (53) AlQuran Harfiyyah Wa I'rab Quran Harfiyyah Wa I’rab – Al-Baqarah ayat 11 dan 12

Quran Harfiyyah Wa I’rab – Al-Baqarah ayat 11 dan 12

58
0
KONGSI

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا نُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ
قَالُوٓا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ – ١١
وَ : dan
إِذَا : apabila
قِيلَ : dikatakan
لَ : kepada
هُمٔ : mereka
لَا : jangan
تُفْسِدُوا : kamu membuat kerosakan
فِي : di
الأَرْضِ : bumi
قَالُوا : mereka berkata
إِنَّمَا : sesungguhnya
نَحْنَ : kami
مُصْلِحُونَ : membuat kebaikan

Makna: Dan apabila dikatakan kepada mereka ” janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi , mereka menjawab “sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.

الإعراب
وَ : الواو ستئنافية : rujuk pelajaran yang lepas
إِذَا : ظرف : keterangan masa
قِيْلَ : فعل ماض مبني للمجهول مبني على الفتحة .
Kata kerja lepas bina fasif المجهول kekal berbaris atas الفتحة
ل : اللام حرف جر : Kata sendi
هُمْ : ضممير متصل للغائبين في محل جر باللام و الجر و المجرور ” لهم ” متعلق بقيل و الجملة الفعلية بعده ” لا تفسدوا في الأرض” في محل رفع نائب فاعل.
Ganti nama bersambung bagi orang ketiga الغائب berkedudukan di tempat jar dengan huruf lam ل jar dan majrur لهم ada kaitan dengan قيل . Dan jumlah fi’liyyah selepasnya ” لا تفسدوا في الأرض ” hukum i’rabnya rofa’ pengganti pelaku perbuatan نائب فاعل.

لا : ناهية جازمة : larangan
Dimana لا ناهية menjazakan kata kerja sedang مضارع .
تُفْسِدُوا : فعل مضارع مجزوم بلا و علامة جزمه حذف النون – أصله تفسدون – لأنه من الأفعال الخمسة و الوا ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل والالف فارقة.
Kata kerja sedang/akan مضارع hukum i’rabnya majzum ( tanda sukun sekiranya bukan kata kerja yang lima ) dengan لا yang berfungsi “larangan” dan tanda jazamnya dengan membuang huruf nun di mana asalnya ( تفسدون ) kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima, dan huruf و ialah ganti nama bersambung ضمير متصل berbaris mati السكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan dan huruf alif sebagai pembeza antara و dzomir dengan و asal dalam kalimah

في : حرف جر : kata sendi
الأَرضِ : اسم مجرور بحرف الجر و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخرو و الجر و المجرور ” في الأرض متعلق بتفسدوا.
Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan kata sendi ” في” dan tanda jarnya baris bawah الكسرة yang jelas diakhirnya , dan jar dan majrur “في الأرض” ada hubungkait dengan تفسدوا
قَالُوا : فعل ماض مبني على الضمة لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الالف فارقة و الجملة الفعلية ” قالوا” جواب سرط غير جازم .
Kata kerja masa lepas ماض dibina dengan baris hadapan الضمة kerana bersambung dengan waw و jamak, dan huruf wau و itu ganti nama bersambung dibina dengan baris mati السكون berkedudukan rofa’ sebagai pelaku perbuatan فاعل. Dan huruf alif sebagai pembeza ( rujuk ayat-ayat sebelum). Jumlah fi’liyyah “قالوا” adalah jawab syarat yang tidak dijazamkan.

إِنَّمَا : توكيد : penegas
نَحْنُ: ضمير رفع منفصل – ضمير المتكلمين مبني على الضمة في محل رفع مبتدأ
Ganti nama yang berpisah ( tidak boleh bersambung dengan kalimah-kalimah lain ) berkedudukan rofa’ kerana ianya subjek
مُصُلِحُونَ : خبر مبتدأ ” نحن” مرفوع و علامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر السالم و النون عوض من الحركة التنوين في الاسم المفرد و الجملة الإسمية ” إنما نحن مصلحون
في محل نصب مفعول به.
Prediket bagi subjek نحن hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya ialah huruf waw kerana ia terdiri dari jamak muzakkar salim جمع مذكر سالم
Dan huruf nun dihujungnya ganti untuk baris tanwin pada katanama mufrad مفرد , dan ayat fi’liyyah “إنما نحن مصلحون”
berkedudukan nasab disebabkan ” yang dikenai perbuatan” مفعول به.

ألآ إِنَّهُمْ هُمُ المُفْسِدُوْنَ وَلٰكِن لَا
يَشْعُرُونَ – ١٢

أَلآ : Ketahuilah
إِنَّ : sesungguhnya
هُمْ : mereka
هُمُ : merekalah
المُفْسِدُونَ : pencetus kerosakan
وَلٰكن : tetapi
لَا يَشْعُرُونَ : mereka tidak sedar

Terjemahan: Ketahuilah bahawa sesungguhnya merekalah ( munafik) orang-orang yang sebenar benarnya pencetus bencana dan kerosakan , sedangkan mereka tidak menyedarinya.

الإعراب:
أَلآ : حرف استفتاح و تنبيه
Huruf pembukaan untuk menyatakan sepaya pemusatan perhatian kepada isi kandungan ayat ini.
إِنَّ : حرف نصب و توكيد مشبه بالفعل
Huruf yang menasabkan isim dan merofa’kan khobar خبر dikatakan seakan akan dengan kata kerja.
هُمْ : الهاء ضمير متصل مبني على الضمة في محل نصب اسم ” إن”
Huruf ha الهاء ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris hadapan الضمة dan ianya berkedudukan nasab kerana isim اسم kepada إِنَّ .

و الميم علامة جمع الذكور أو تعرب
” هم” ضميرا متصلا للغائبين مبنيا على السكون في محل نصب اسم ” إِنَّ” و كسرت همزة ” إن” لأنها مسبوقة بألآ .
Dan huruf mim م sebagai tanda jamak lelaki atau هم boleh juga di i’rab sebagai ganti nama bersambung ضمير متصل bagi orang ketiga lelaki ramai, dibina dengan baris mati السكون berkedudukan nasab نصب isim kepada إِنَّ , manakala hamzah dibaris bawahkan كسرة kerana didahului oleh الآ .

هُمُ : ضمير منفصل – ضمير للغائبين مبني مبني على السكون الذي حرك بالضمة لاشباع الميم في محل رفع مبتدأ
Ganti nama berpisah ضمير منفصل ( maksudnya tidak boleh disambungkan dengan perkataan lain) , ganti nama bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati pada asalnya tetapi digantikan dengan baris hadapan untuk membolehkan huruf mim itu diwasalkan dengan vokal ” u ” kerana bertemu dengan kalimah berikutnya yang beralif dan lam ” المفسدون ” dan هم itu berkedudukkan sebagai subjek .

المُفْسِدُونَ : خبر المبتدأ ” هم ” مرفوع وعلامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر سالم و النون عوض من التنوين و الحركة في الاسم المفرد .
Prediket خبر bagi هم hukum i’rabnya marfu’ مرفوع dan tanda rofa’nya adalah huruf waw kerana ia jamak muzakkar salim, dan huruf nun dihujungnya ganti tanwin ( baris dua) ketika mana ianya mufrad.

الجملة الإسمية ” هم المفسدون” في محل رفع خبر ” إِنَّ” و يجوز أن يكون الضمير “هم” توكيدا لضمير ” هم” في ” إنهم”
Ayat ismiyyah ” هم المفسدون” berkedudukan rofa’ kerana prideket خبر bagi إن dan هم yang kedua dari ayat ini sebagai penegas توكيد bagi ganti nama هم yang ada pada إنهم.

وَلٰكن ” الواو حرف زائد . لٰكن : استدراك
Huruf waw adalah tambahan, manakala لكن berma’na tetapi.

لا : نافية لا عمل لها
Huruf nafi yang tidak berfungsi sebagai عامل untuk merubah baris اعراب perkataan selepasnya.

يَشْعُرُونَ: فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.
Kata kerja sedang / akan berlaku فعل مضارع hukum i’rabnya marfu’ مرفوع dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun ن diakhirnya kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima الأفعال الخمسة dan huruf waw الواو ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ sebagai pelaku perbuatan فاعل.

والله أعلم

Komen dan Soalan