Utama UiTO Bicara THTL Kawaid Bid’ah Siri 6/16

Kawaid Bid’ah Siri 6/16

208
0
Iklan

Jika berlaku Perselisihan Ulama tentang sesuatu amalan itu bid’ah atau tidak, maka terbaik jangan diamalkan apa yang khilaf itu (القاعدة السادسة: الاختلاف في فعل ما هل هو بدعة أم لا يسوغ العمل به بسبب ذلك الاختلاف)



Syarah :

Apabila kita dapati ada perselisihan ulama dalam menentukan sesuatu amal , sebahagian mereka menyatakan ianya sunnah , harus atau sebahagian lagi menyatakan ianya bid’ah.

Maka jangan diamalkan amalan yang diperselisihkan itu sebaliknya hendaklah berpegang dengan pendapat ulama Muhaqqiqin yakni ulama’ yang memiliki hujah dan dalil dari AQ , As-Sunnah dan amalan salaf.

Contoh :

Beribadat pada malam Nisfu Sya’ban , membaca Yaasin Malam Jumaat , Solat Hajat perdana , membaca Yaasin kepada orang yang nazak , membaca AQ di kuburan , mengadakan kenduri arwah sempena kematian dan sebagainya, semuanya terdapat banyak pendapat.

Maka sewajarnya kita jauhi dari melakukannya dan kita berpegang dengan pendapat para ulama Muhaqqiqin.


Syarah Syaikhul Islam , Ibnu Taimiyyah rhm ,


قال شيخ الإسلام كما في مجموع الفتاوى “26/202”: وليس لأحد أن يحتج بقول أحد في مسائل النزاع، وإنما الحجة النص والإجماع، والدليل مستنبط من ذلك، تقرر مقدماته بالأدلة الشرعية، لا بأقوال بعض العلماء، فإن أقوال العلماء ويحتج لها بالأدلة الشرعية


Berkata Syaikhul Islam ( Majmu’ Fatawaa jilid 26: 202 ):

Tidak patut seseorang berhujah dengan pendapat seseorang ulama dalam masalah yang diperselisihkan. Sebaliknya hujah yang perlu dipegang ialah nas , ijmak dan dalil yang diistibanth dari nas dan ijmak. Pendapat ulama hanya boleh dipegang bila ia disokong oleh dalil-dalil syarak.”

Maka , dalam masalah yang sering menjadi isu di Malaysia tidak bersandarkan nas , melainkan mereka melakukannya kerana faktor-faktor lain dan majoriti atau mainstream melakukannya kerana taksub kepada ulama’ tersebut.kemudian mereka melabelkan pula kumpulan yang memiliki hujah sebagai ‘wahabi’.


Rumusan:

kaedah ini menetapkan :

1. Jangan beramal dengan amalan yang diperselisihkan statusnya  samada

    bid’ah atau sunnah atau harus.

2. Terbaik dan jalan keluar yang selamat ialah berpegang dengan ulama yang

    membahaskan khilaf tersebut yang memiliki hujah dan dalil syarak.

 

Komen dan Soalan